KOPI (Coffea spp) merupakan sejenis tanaman minuman yang semakin kurang popular penanamannya di malaysia tetapi kadar pengambikan minuman kopi semakin meningkat dengan kadar 7 - 10% setiap tahun. Berdasarkan kepada kajian penulis terhadap beberapa kilang memproses biji kopi di seluruh Malaysia mendapati kadar permintaan untuk serbuk kopi dalam pelbagai jenis produk semakin meningkat terutama untuk jenis 'white coffee', 3-in-one coffee, black coffee, kopitiam dan beberapa jenis antarabangsa seperti Expresso, Latte, Capucino dan sebagainya. Penanaman dan penggunaan kopi dunia kini 70% adalah daripada jenis Kopi Arabica, 28% daripada jenis Kopi Robusta dan hanya 2% sahaja dari jenis Kopi Liberica. Terdapat seluas 3,714 hektar keluasan tanaman kopi di Malaysia direkodkan oleh Jabatan Pertanian pada 2014 dengan kebanyakannya di Negeri Sabah (2,226 hektar) dan diikuti dengan Johor (1,176 hektar). Malaysia juga mengimport biji kopi untuk kegunaan kilang memproses kopi tempatan daripada Indonesia (48%) dan Vietnam (26%) setiap tahun. Pegeluaran kopi tempatan hanya menampung kurang dari 10% keperluan bekalan biji kopi mentah dalam negara. Antara jenis kopi yang di tanam adalah jenis Liberica dan Robusta. Sabah menanam 75% dari jenis Robusta dan 15% dari jenis Liberica dikawasan tanah tinggi dan tanah rendah. Antara varieti kopi yang mendapat perhatian di Sabah adalah varieti CATIMOR yang ditanam dikawasan tanah tinggi Kundasang Daerah Ranau. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis kopi yang tiada ditanam di Semenanjung Malaysia iaitu Kopi Catimor berdasarkan kepada lawatan penulis ke Daerah Ranau pada 5 Mac 2015 untuk dikongsi bersama pembaca.
Varieti Kopi Catimor adalah berkait dengan varieti seperti Caturra dan Timor yang dipercayai berasal daripada Negara Portugal. Varieti kopi ini dari segi botani adalah dari jenis Kopi Hibrid yang sesuai tumbuh dikawasan tanah tinggi iaitu diantara 500 meter dari paras laut sehingga 1,500 meter dari paras laut. Ia merupakan jenis kopi yang sesuai ditanam di kawasan Tengah Amerika Selatan dan juga di Asia. Dari sei marfologi warna buah ia mempunyai warna predominan MERAH (Red). Bentuk buahnya adalah BULAT dengan saiz biji yang sederhana juga agak bulat. Saiz pokok kopi catimor dikategorikan sebagai RENEK (Dwarf) dengan mempunyai ciri daun yang besar dan lebar (Large and wide). Kepadatan tanaman adalah sekitar 3,000 pokok sehektar dengan jarak tanaman yang disyorkan adalah 1.67 meter x 1.67 meter. Anakbenih kopi catimor yang disediakan daripada biji atau benihh biasa yang dibuat 'top grafting' adalah sesuai ditanam. Penanaman kopi catimor dikawasan tanah tinggi Ranau tidak disediakan tanaman perlindungan seperti yang dijalankan dikawasan tanah rendah.
Pokok kopi catimor yang berusia 8 tahun di kampong ini menurut penelitian penulis ditahap memuaskan. Terdapat seluas 54 hektar tanaman kopi catimor yang dimajukan dengan bantuan input daripada Jabatan Pertanian Sabah. Ini kerana aktiviti cantasan dan pembajaan dilakukan dengan baik oleh petani diatas nasehat oleh Pegawai Pertanian Daerah dan Juruteknik Pertanian Daerah Ranau (Sila lihat foto disebelah). Ketikal lawatan beberapa pokok kopi diserang ulat pengorek nuah kopi dan serangan kulat dibahagian dahan dan pucuk. Tiupan angin kencang juga menyebabkan kerosakan tanaman kopi dibahagian tebing yang terdedah. Adalah disyorkan agar beberapa pokok penghalang angin (wind breaker) perlu ditanam dikawasan yang terdedah kepada tiupan angin. Beberapa petani muda yang saya temui amat gembira apabila dapat berkenalan dengan penulis "Anim Agro Technology" yang mana mereka sering jadikan blog saya sebagai rujukkan. Saya menulis lebih daripada 35 artikel mengenai tanaman kopi yang dipostkan sepanjang bulan Disember 2014. Biji kopi catimor yang telah dikeringkan dijual dengan purata harga RM15.00 sekilogram. Pembeli daripada Kota Kinabalu sering datang untuk membuat belian. Peserta projek juga pohon Jabatan Pertanian Sabah membantu untuk mereka memproses sendiri biji kopi kepada produk akhir kopi.
Penulis seterusnya membuat rujukkan dan pembacaan dari beberapa buku dan sumber mengenai varieti Kopi Catimor. Ia dikatakan varieti yang kontroversi iaitu merupakan kombinasi antara jenis kopi Timor dengan Cantura. Kopii Timor ini dikatakan jenis kopi yang tahan dengan karat daun yang menjadi masaalah serius dikawasan Amerika Tengah. Ia dibiakbaka di Portugal sekitar tahun 1959 (sama dengan tahun lahir penulis) dan terus mendapat tempat penanamannya dimana ia memberikan hasil yang tinggi. Kajian agronomis mendapati varieti catimor berhasil tinggi dan tahan dengan serangan karat daun (HV) serta tumbuh dengan baik dikawasan tanah rendah. Bagaimana pun ia kurang sesuai dikawasan terlalu tinggi atau terlalu rendah. Walau pun ia berhasil tinggi tetapi ia juga dilaporkan mempunyai jangkamasa penghasilan menurun mendadak selepas 10 tahun. Kini varieti ini banyak ditanam di negara Indonesia dan Vietnam. Semuga artikel kopi kali ini dapat memberikan sedikit info berguna kepada anda pembaca blog ini. Wasallam!.
PERGI RANAU... CATIMOR KOPI...
BUAH KECIL... RENEK TAK TINGGI...
RM 15.00 SEKG... HARGA DIBERI...
MEMBERI NASIHAT... SUDAH PASTI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 606, Hotel Promenade,
Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
(6 Mac 2015)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.