(1) THUNKLAO
Jambu Air varieti ini mempunyai warna hijau cerah apabila masak (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai saiz sederhana besar dengan bentuk yang sesuai. Isinya berwarna putih krim dengan rasa manis dan berair (Juicy). Mempunyai tahap ketahanan agak lama dan sesuai untuk dimakan segar. Masaalah jambu jenis ini kerana ia mudah gugur dipokok ketika musim hujan atau ditiup angin agak kuat. Ia merupakan salah satu varieti jambu air yang sederhana popular di Thailand. Selain dari dimakan terus begitu sahaja, ia sering dimakan dengan asam boi atau dicecah dengan perasa lain. Jambu jenis ini ada yang dieksport ke Malaysia tetapi kuantiti adalah sedikit.
(2) THAPTHIMCHAN
Varieti ini mempunyai warna merah kuat kegelapan apabila cukup masak (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai bentuk panjang dan bulat dengan saiz buah sederhana besar. Rasa isinya manis dan berair (juicy) serta agak padat dengan tahap kemanisan antara 10 - 12 darjah Brix. Ia amat diminati oleh pengemar buah jambu air kerana warnanya yang menarik. Varieti ini popular paling di Thailand dan paling banyak yang dieksport ke Malaysia sebagai Jambu Air Segar. Ia mempunyai ketahanan antara 4-6 hari masih boleh dimakan dalam keadaan biasa. Sesiapa teliti mungkin anda akan jumpa varieti ini terutama di kawasan RnR Tapah, Perak. Ia dijual dengan harga RM 8.00 - RM12.00 sekilogram runcit.
(3) PHETSAIRUNG
Varieti Phetsairung merupakan varieti yang agak baru dan ia semakin popular. Ia mempunyai kombinasi warna unik apabila matang dimana dibahagian atas buah kehijauan dan dibawahnya semacam ungu kemerahan (Sila lihat foto disebelah). Buah yang mempunyai saiz sederhana ini mempunyai rasa sederhana manis dan rangup. Ia sesuai dimakan segar atau dijadikan jus minuman. Mempunyai nilai pasaran agak baik dan digemari ramai. Varieti ini belum ada yang ditanam di Malaysia mengikut laporan dari Jabatan Pertanian.
(4) PHETSAMPRAN
Varieti ini juga merupakan jenis buah Jambu Air Hijau (Sila lihat foto disebelah). Bentuk buah adalah seperti 'tiga segi bulat' atau kon dengan saiz buah sederhana. Semasa muda ia berwarna hijau tetapi buah yang masak akan berubah warnanya hijau dengan sedikit kemerahan terutama dibahagian bawah. Varieti ini mempunyai isi yang berwarna keputihan dengan rasa manis dan sangat berair (very juicy). Sesuai da makan segar dan tahan sekitar 4-5 hari tanpa sebarang teknik penyimpanan khas.
(5) PHETSUWAN
Varietii Phetsuwan ini antara yang mudah disebut dengan buah yang bersaiz agak besar dan menarik. Buah ini apabila masak akan berwarna hijau kemerahan (Sila lihat foto disebelah). Bahagian pangkal tangkai kehijauan dan bahagian bawah buah akan merah jambu (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai isi berwarna keputihan dengan rasa isi sederhana manis. Walau pun ia jenis jampu yang menarik, tidak banyak petani yang menanam varieti ini kerana sukar untuk mendapatkan benih. Ia dikelaskan sebagai jambu air gred premium di Thailand.
(6) PHETNAMPHUENG
Varieti ke 6 ini juga mempunyai warna merah menarik apabila cukup masak (Sila lihat foto disebelah). Ia juga merupakan salah satu jenis jambu air yang agak popular ditanam dinegara tersebut. Buahnya bersaiz sederhana besar dan isinya juga manis serta rangup. Mempunyai isi yang pejal dan berair (juicy) dengan harga diberikan kepada jambu ini juga menarik. Sesuai dimakan segar atau dijadikan jus minuman. Jambu jenis ini mungkin telah ada ditanam di Malaysia oleh petani.
Begitulah 6 varieti Jambu Air yang dapat penulis paparkan untuk dijadikan bahan bacaan. Mungkin membaca artikel ini akan membolehkan anda berminat untuk mendapatkan bekalan anakbenih semasa melawat di negara tersebut atau merasainya. Penulis sebenarnya ada beberapa kali lawat negara gajah putih (ThallatThai Market) dan sempat membeli jambu air diatas untuk di makan. semuga ia memberi info berguna kepada pembaca blog pertanian ini. Di Malaysia telh didaftarkan 6 varieti jambu air seperti yang telah penulis posting dahulu (Varieti Jambu Air - Sila anda klik disini). Bagaimana pun hanya varieti Jambu Air Asahan (E6) yang ditanam secara luas dan komeril di Malaysia masa kini. Wasallam!.
JAMBU AIR... MENARIK DIA...
DITHAILAND... 6 YANG UTAMA...
ADA MERAH... HIJAU PUN ADA....
BARU PETIK... ENAK DIMAKANNYA...
By,
M Anem,
Talat Thai Market, Rangin Road,
Phatum Thani, Bangkok,
Thailand.
(Visit on May 2014)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.