Support My Blog

Showing posts with label BETIK - KULTIVAR DIDUNIA. Show all posts
Showing posts with label BETIK - KULTIVAR DIDUNIA. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

BETIK - KULTIVAR DIDUNIA 3

BETIK atau PAPAYA (Carica papaya) merupakan diantara buah yang popular didunia dan ditanam dibanyak negera. Pengeluaran betik dunia adalah sebanyak 14 juta metrik tan setahun dengan keluasan penanaman melebihi 2.43 juta hektar. Antara Negara yang banyak menanam betik adalah seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Brazil, Negara-negara Amerika Selatan. Buah betik segar merupakan antara bentuk pasaran untuk betik dan hanya sebahagian kecil sahaja digunakan sebagai produk proses. Terdapat banyak variety betik yang ditanam diseluruh dunia dimana program biak baka terus aktif semenjak dulu. Penghasilan betik hybrid merupakan kaedah untuk mendapatkan variety betik yang mamou menghasilkan hasil tinggi dan buah berkualiti. Artikel sempena cuti tahun baru cina ini saya menulis dalam “Anim Agro Technology” mengenai sebanyak 25 kultivar betik yang popular diseluruh dunia untuk rujukkan dan bacaan umum anda semua dalam Part 3. 


17.  Varieti 'Rainbow

Varieti betik Rainbow didaftarkan di USA yang mana ia berasaskan kepada kajian untuk mendapatkan baka yang tahan kepada serangan Penyakit Ringspot Virus Betik (PRSV). Kulitnya berwarna hijau kuning dan bertukar kepada warna kuning apabila ia matang. Apa yang paling istimewa varieti ini adalah isinya yang mempunyai warna kuning emas dibahagian tepi kulitnya tetapi isinya adalah berwarna kemerahan kuning sedikit.


18.  Varieti 'Ranchi' 

Mendengar namanya, varieti 'Ranchi' memang berasal dari India. Ia popular ditanam di India terutama dikawasan Selatan India seperti di kawasan Bihar dan mempunyai warna kulit yang hijau dan apabila masak akan menjadi kekuningan. Bentuk buahnya adalah Oblong dengan isi yang berwarna kuning pekat dan sangat manis. Ia mempunyai rasa manis dan amat sesuai dimakan segar dan dikomsersilkan banyak di India.


19. Varieti 'Solo' 
Saya baru tahu yang varieti "Solo" adalah berasal dari negara Barbados. Ia telah pun diistiharkan pada tahun 1911 dan dipopularkan semula pada tahun 1919 dengan nama yang sama. Buah ini berbentuk agak bulat dengan kulit yang licin permukaannya. Isinya berwarna oren kemerahan dengan isi pejal dan paling istimewa isinya sangat manis. Ia walau pun agak sama dengan 'Hawaian Solo' yang popular tetapi mempunyai saiz dan bentuk yang sedikit berbeza. Betik keluarga Solo ini juga merupakan induk kepada betik popular di Malaysia iaitu Betik Eksotika.


20. Varieti 'Sunrise' 

Seterusnya ke 20 adalah varieti 'Sunrise' yang juga pernah dipanggil sebagai jenis 'Sunup' yang berasal daripada Hawaii,  USA. Buah betik jenis ini mempunyai kulit hijau kekuningan dan bertukar menjadi kuning. ia dibangunkan untuk mengatasi masaalah penyakit PRSV dari betik yang mempunyai isi warna merah yang juga dipanggil sebagai “Betik Strawberry”. isinya adalah sangat berair (juicy) dengan warna oren kemerahan.


21.  Varieti 'Sunset' 
Betik varieti Sunset juga dikenali dengan nama Sunset Solo yang berasal dari kajisn di Universiti Hawai, USA. Varieti ini mempunyai kulit warna merah-oran dengan banyak mengikut ciri betik jenis solo. Saiz buah adalah dari saiz kecil kepada sederhana besar. Bentuk buah adalah pyriform dengan isi buah yang sama warna dengan warna kulit. Janis ini mempunyai rasa amat manis dan memberikan hasil tinggi setiap pokok. 


22.  Varieti 'Taiwan-785'
Betik ini mengikut nama tempat asal ia didaftarkan iaitu negara Taiwan. Varieti Taiwan 785 mempunyai kulit warna hijau dengan sesuai untuk dimakan segar dan juga diproses. Bentuk buah adalah bulat lonjong dengan isi yang sangat tebal. isinya berwarna merah oren dan rasanya jyga manis. Kajian menunjukkan setiap pokok varieti ini mempu menghasilkan sebanyak 100 - 125 biji buah pada tahun pertama penanaman. Pokok ini mempunyai tahap ketahanan penyakit yang tinggi. 


23.  Varieti 'Taiwan-786' 
Seperti varieti Taiwan -785, varieti Taiwan-786 juga berasal dari negara Taiwan yang mempunyai kulit berwarna hijau. Buan ini sesuai untuk pasaran segar dan juga diproses. Buah berbentuk bulat lonjong dengan isi yang sangat enak dan manis rasanya. Keistimewaan varieti ini juga memounyai biji yang sedikit. Berat buah lingkungan antara 1 - 3 kg sebiji dan agak tahan lama disimpan. 


24.  Varieti 'Vista Solo' 
Betik varieti Vista solo juga berasal dari USA iaitu dari  Ralph Corwin di Vista, California.  Buah betik ini mempunyai bersaiz sederhana sehingga ada yang bersaiz besar dengan isi yang berwarna kuning oren. Isi buah agak keras sedikit dan padat. Betik ini ada dijual dan ditanam secara komersil dibanyak negara tetapi tidak ada di negara kita. Ia mempunyai rasa manis dan sesuai dimakan segar. Bentuk seperti buah 'pear' dan kulit nipis.


25.  Varieti 'Waimanalo'
Varieti betik ini dikenali juga sebagai 'Solo' Line 77 yang didaftarkan di USA. Varieti ini didapati melalui proses pemilihan baka mulai tahun  1960 di Hawaii Agricultural Experiment Station dan selesai pada tahun 1968. Buah ini hijau sepenohnya dan berbentuj bulat dengan tangkai yang pendek. Purata berat buah sekitar 16 - 39 aun dengan kulit yang licin dan berkilat. Ruang tengah buag adalah berbentuk bintang dan mempunyai isi yang tebal. Isi yang berwarna kuning oren ini mempunyai rasa yang enak dan kualiti buah sangat baik. Varieti betik ini tahan lama dalam simpanan.

Begitulah 25 kultivar atau varieti betik yang disenaraikan agak popular semenjak beberapa dekat lagi. Kebanyakan betik tersebut ditanam oleh negara-negera tertentu bagi pasaran tempatan dan juga ekspot. Di Malaysia pula kita mempunyai beberapa kultivar yang popular iaitu Betik Sekaki, Betik Eksotika, Betik Subang, Betik Btu Arang dan juga Betik Tempatan. Walau pun kultivar betik yang popular di negara kita tidak ada didalam senarai diatas, penanaman betik di Malaysia masih menghasilkan nilai ekspot jutaan ringgit setahun walau pun terdapat masaalah serangan penyekit betik seperti Penyakit Mati Rosot betik dan Penyakit PRSV. Industri betik negara akan diteruskan dengan pelbagai amalan teknologi untuk menghasilkan kualiti betik sesuai untuk pasaran domestik dan ekspot. 
Wasallam!.



NAMA BETIK...PAPAYA DIA JUGA...
DALAM DUNIA...25 KULTIVAR ADA...
ADA YANG BIASA...HIBRID BAKANYA...
INI TIDAK MASUK..VARITI LOKAL KITA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1434H)

Tuesday, March 24, 2015

BETIK - KULTIVAR DIDUNIA 2



BETIK atau PAPAYA (Carica papaya) merupakan diantara buah yang popular didunia dan ditanam dibanyak negara termasuk di Malaysia. Pengeluaran betik dunia adalah sebanyak 14 juta metrik tan setahun dengan keluasan penanaman melebihi 2.43 juta hektar (Sumber : FAO Report Statistic 2010). Antara negara yang banyak menanam betik adalah seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Brazil, Negara-negara Amerika Selatan. Industri penanaman betik di Malaysia telah lumpuh akibat serangan Penyakit Papaya RingSpot Virus (PSRV) dan 'Papaya Dieback' tidak berrapa lama dahulu. Penyekit ini yang memusnahkan tanaman betik bagaimana pun dapat dikawal secara berperingkatBuah betik segar merupakan antara bentuk pasaran untuk betik dan hanya sebahagian kecil sahaja digunakan sebagai produk proses. Terdapat banyak varieti betik yang ditanam diseluruh dunia dimana program biakbaka terus aktif semenjak dulu. Penghasilan betik hybrid merupakan kaedah untuk mendapatkan varieti betik yang mamou menghasilkan hasil tinggi dan buah berkualiti. Artikel sempena cuti tahun baru cina ini saya menulis dalam “Anim Agro Technology” mengenai sebanyak 25 kultivar betik yang popular diseluruh dunia untuk rujukkan dan bacaan umum anda semua. Sila anda baca sama Part 1 dan Part 3. 

8.  Variety ‘CO. 6’ 

Betik varieti ini juga berasal dari negara India. Saya terfikir kenapa India mampu menghasilkan banyak varieti betik. Ia mempunyai warna kulit hijau dengan ada tompok-tompok kuning. Ia merupakan hasil pemilihan baka dari jenis betik besar (giant papaya selection). Buah betik varieti CO.6 mempunyai saiz sederhana dengan isi yang berwarna kuning sehingga kemerahan apabila cukup matak. Buah varieti ini amat sesuai dimakan segar dan manis.  


9.  Varieti ‘CO. 7’ 

Buah betik CO.7 juga merupakan hasil penyelidikan daripada negara India. Ia adalah buah betik dengan warna kulit hijau dan sedikit kekuningan (Green with sparse yellow tint). Betik ini merupakan kacukan daripada induk jenis Pusa Delicious, CO.3, CP. 75 dan Coorg Honey Dew. Buah berbentung lonjong dengan warna isi yang sederhana merah dan tekstur agak pejal. Betik ini memberi rasa manis dan sesuai digunakan untuk makan segar. Betik jenis ini belum ditanam di Malaysia.


10.  Varieti ‘Higgins’ 

Varieti ini dahulu dinamakan sebagai Betik Line 17A yang berasal dari USA. Betik ini telah ditemui pada tahun 1960 secara kebetulan melalui kacukan banyak varieti yang kurang diketahui. Warna kulitnya kuning oren dengan purata berat buah sekitar 0.45 kg sebiji. Bentuknya juga berbeza iaitu bentuk Pyriform, isinya adalah berwarna kuning pekat. Pokok betik ini sangat sensitif dengan bekalan air dimana jika kurang air maka bsaiz buah akan menjadi kecil.


11.  Varieti ‘Hortus Gold’ 

Seterusnya adalah varieti berasal dari South Africa iaitu Hortus Gold atau Hortus Emas. Ini kerana buahnya mempunyai warna kuning keemasan. Ia telah dilancarkan pada tahun 1950'an sebagai betik popular. Saya pun baru lahir pada hujung tahun 1950'an. Bentuk buah adalah bulat dan oval (Round-oval) dengan sedikit muncung seakan paruh pada hujungnya. Isinya sangat manis dengan tekstur lembut dan ada rasa seakan 'mushy' apabila terlalu masak. 


12.   Varieti ‘Hybrid No. 5’ 

Betik ini berasal daripada Australia dengan kulit buah berwarna Kuning. Ia merupakan hasil kacukan daripada dua jenis betik iaitu variety 'Bettina 100A' x 'Petersen 170' yang dikeluarkan lama dulu iaitu pada tahun 1947. Buah ini mempunyai kulit licin, berbentuk bulat-oval dengan isi yang padat dan rasa yang sangat sedap. Penulis hanya dapat paparkan foto varieti hybrid setelah membuat beberapa rujukkan.


13.  Varieti 'IIHR39 dan IIHR54' 

Varieti ini juga berasal dari negara India. Buah yang berwarna hijau ini adalah hasil pembiakbaka dari IIHR, Bangalore, India. Buah betik ini mempunyai tahap kemanisan sekitar 14.5° Brix dengan saiz buah kategori sederhana. Buah ini boleh disimpan agak lama selepas dipetik dari pokok. Varieti ini juga penulis tidak dapat paparkan foto IIHR54 untuk ditatap sama oleh pembaca semua tetapi paparkan sejenis varieti induk IIHR.


14.  Varieti 'Kamiya' 

Varieti kamiya sekali sebut macam perkataan Orang Asli atau macam bahasa India. Varieti ini dihasilkan dari USA iaitu hasil proses pemilihan (Breeding selection) betik jenis Waimanalo. Kulitnya berwarna hijau kekuningan dengan saiz buah yang kecil sehingga saiz sederhana. Ia hasil kerja yang dijalankan di University of Hawaii . Betik ini mempunyai bentuk yang agak bersegi (Blocky-shaped) dengan tangkai buah yang pendek. Isinya hampir mempunyai warna yang sama dengan warna kulit dengan sangat berair, pejal dan manis. Hasil varieti ini adalah tinggi.


15.  Varieti 'Kapoho Solo' 

Betik Kapoho Solo ini juga dikenali dengan nama 'Puna Solo'. Ia juga didaftarkan sebagai berasal dari Hawaii, USA. Buah masak mempunyai kulit warna kuning dan memang banyak ditanam di Hawaii.  Bentuk buah adalah Pyriform dengan anggaran purata berat sekitar 400-800 gram sebiji. isi buah adalah kuning pekat sehingga berwarna oren pucat dengan mempunyai rasa seperti buah 'peach-melon'. 


16.  Varieti 'Laie Gold' 

Varieti Laie Gold ini juga berdaftar di USA iaitu hasil kacukan diantara jenis Kamiya dengan varieti yang tidak diketahui tetapi memberikan kualiti buah yang baik. Warna kulitnya adalah hijau kekuningan. Ciri-ciri isi hampir serupa dengan varieti Kamia dari segi warna, kemanisan dan teksturnya. 

Pemilihan varieti betik memberikan pilihan yang penting kepada petani. Dalam negara selain daripada MARDI, beberapa orang petani telah membuat biakbaka sendiri secara pemilihan (selection) atau membawa biji benih betik yang berpotensi dari luarnegara. Ini merupakan salah satu faktir bagaimana keasukkan penyakit PSRV dan Papaya Dieback yang dipaercayai dibawa masuk daripada Taiwan (negara tersebut telah diserang penyekit tersebut beberapa tahun sebelum berlaku wabak serangan di Malaysia). Kemungkinan kemasukan patogen perosak ini juga dikaitkan dengan kejasian banjir besar 2006 yang mana ia berlaku outberak yang serious selepas itu. Adalah penting petani yang melawat negara luar untuk mengistiharkan benih atau anakbenih yang cuba dibawa masuk kedalam negara untuk mengelakkan perkara sama berulang dimasa akan datang. Sila baca artikel kultivar betik Part 1 dan juga artikel Part 3 selanjutnya. Wasallam!.


NAMA BETIK...PAPAYA DIA JUGA...
DALAM DUNIA...25 VARIETI ADA...
BIAKBAKA...HIBRID JADIYA...
TIADA.. DI TANAM DI MALAYSIA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1434H)

Monday, March 23, 2015

BETIK - KULTIVAR DIDUNIA 1


BETIK atau PAPAYA (Carica papaya) merupakan diantara buah yang popular didunia dan ditanam dibanyak negara terutama dikawasan tropika. Pengeluaran betik dunia adalah sebanyak 14 juta metrik tan setahun dengan keluasan penanaman melebihi 2.43 juta hektar (Laporan dari FAO Statistic 2010). Antara negara yang banyak menanam betik adalah seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Brazil, India, negara-negara Amerika Selatan dan Australia Utara. Buah betik segar merupakan antara bentuk pasaran untuk betik dan hanya sebahagian kecil sahaja digunakan sebagai produk proses. Antara pengimport buah betik Malaysia secara tradisi adalah Hong Kong dan China. Bagaimana pun akibat serangan beberapa penyakit betik yang berlaku di Malaysia seperti Papaya ingspot Virus (PSRV) dan Papaya Diback, industri penanaman betik secara komersil dan eksport betik terjejas. Pengenalan beberapa varieti baru betik yang tahan kepada serangan penyakit dan perosak perlu diperkenalkan. Penulis membuat beberapa rujukan dan mendapati terdapat banyak varieti betik yang ditanam diseluruh dunia dimana program biak baka terus aktif semenjak dulu. Penghasilan betik baru Hibrid (hybrid papaya) merupakan kaedah untuk mendapatkan varieti betik yang mampu menghasilkan hasil tinggi dan buah berkualiti. Artikel sempena cuti Tahun Baru Cina ini saya menulis lagi dalam “Anim Agro Technology” mengenai sebanyak 25 kultivar betik yang popular diseluruh dunia untuk rujukkan dan bacaan umum anda semua. Artikel ini ditulis dalam 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dan pastikan anda dapat mebaca kesenua bahagian ini.

1. Varieti ‘Bettina or Petersen’ 

Varieti betik ini berasal daripada kawasan Australia Well. Ia mempunyai warna sederhana lembut yang menarik (Sila lihat foto disebelah). Varieti ini juga merupakan jenis hibrid dari kacukan antara jenis Florida's 'Betty' dengan varieti Queensland strain. Betik ini hanya popular dibeberapa negara sahaja seperti di Australia kerana selalunya buah ini mempunyai berat purata sekitar 1.40 - 2.30 kg sebiji dan berbentuk bulat yang oval. Kita di Malaysia dilaporkan tidak menanam betik varieti ini. Buah betik jenis ini adalah untuk kegunaan segar dan juga sesuai intuk diproses.

2. Varieti ‘Cariflora’

Varieti ini berasal dari USA iaitu merupakan salah satu verieti hasil dari penyelidikan di Tropical Research and Education Center of the University of Florida. Buah betik ini berbentuk hampir bulat dengan saiz buah sederhana besar seakan ‘cantaloupe size’. Isinya tebal dengan warna isi diantara kuning gelap hingga oren muda. Walau pun varieti ini mempunyai rasa yang manis tetapi tekstur isinya agak lembik dan lembut. Ia juga tidak ditanam di negara kita. Betik ini melihat kepada foto disebelah agak kurang menarik dibanding dengan solo dan betik Subang agaknya.


3. Varieti ‘CO.1’ 

Varieti ini berasal dan popular di India. Buah betik ini mempunyai kulit yang berwarna hijau kekuningan dengan beberapa jalur kekuniingan (stripes). Rujukan menunjukkan variety ini adalah hasil penyelidikan di TNAU, Ranchi, Coimbatore, India. Buah mempunyai saiz sederhana dan bentuknya adalaah ‘spherical’. Kulit buah licin dengan mana buah yang lembut, pejal, sederhana berair dan berwarna kuning oren. Tahap penyimpanan buah varieti ini agak baik dan lama. Ia ditanam untuk dimakan segar dan isinya adalan amat manis.


4. Varieti ‘CO.2’ 

Varieti CO2 ini juga berasal dari Negara India. Buah betik ini mempunyai warna kulit hijau dengan sedikit jalur-jalur kekuningan dibahagian bawah buah yang lebar. Ia juga di hasilkan dari penyelidikan di TNAU, India. Saiz buah betik ini sederhana berbentuk obovate dengan sdedikit tirus di pangkal buah. Isinya adalah berwarna merah, tekstur buah yang lembut sehingga agak keras dan sederhana berair. Buah ini mempunyai tahap simpanan baik. 


5.  Varieti ‘CO.3’ 

Varieti CO.3 juga berasal daripada negara India iaitu sama dengan varieti diatas. Ia hasil kacukan hibrid diantara varieti CO. 2 x Sunrise Solo yang mempunyai warna kulit hijau. Buah ini mempunyai saiz lebih besar daripada varieti Sola dengan berat diantara 1-1.5 kg sebiji. Laporan dari India menunjukkan betik jenis ini mempunyai kualiti tahap penyimpanan yanag sangat baik. Kajian juga menyatakan ia mampu menghasilkan sebanyak 100-120 biji buah spokokk bila berumur 2 tahun.


6.  Varieti ‘CO. 4’ 

Betik ini (Carica Papaya L.) juga merupakan hasil program biakbaka betik di India. Betik ini mempunyai warna hijau dengan ada bintik-bintik kuning pada kulitnya. Ia merupakan baka hibrid hasil kacukan antara baka CO.1 (Induk betina) dengan baka Washington (induk jantan). Saiz buah adalah sederhana dengan berat diantara 1.2 kg – 1.5 kg. sebiji. Isinya berwarna kuning dengan ada warna ungu yang agak jelas. Varieti ini tiada ditanam di Malaysia dan popular di negara India sebagai satu koleksi baka.


7.  Varieti ‘CO. 5’ 

Betik varieti CO.5 juga berasal dari negara India. Betik ini mempunyai warna kulit hijau dengan warna kuning yang jarang dibeberapa lokasi. Ia merupakan satu proses pemilihan dari baka Washington. Purata berat buah ini sekitar 5 - 1.6 kg sebiji. jenis ini juga mampu menghasilkan sebanyak 1,500-1,600 kg papain kering sehektar.  Sila anda baca artikel mengenai varieti betik didunia agar mendapat info untuk digunakan dalam membuat rujukan mengenai baka betik seluruh dunia. Bersambung Part 2.



NAMA BETIK...PAPAYA DIA JUGA...
DALAM DUNIA...25 KULTIVAR ADA...
ADA BIASA...HIBRID BAKANYA...
TIDAK MASUK..VARITI LOKAL KITA...

By,
M Anem
Taman Cendana,
Jalan Istana,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1434H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...