Support My Blog

Thursday, January 30, 2014

PADI AEROB - TESTIMONI 2

Apakah teknologi pengeluaran padi aerob?. PADI AEROB (Oryza sativa) merupakan Ianya satu teknologi penanaman padi yang bertujuan untuk mengurangkan keperluan air sehingga 50% berbanding penanaman sawah. Lazimnya padi sawah perlukan 3,000 - 5,000 liter air. Ia boleh ditanam di kawasan sawah yang mempunyai masalah pengairan (kurang air) seperti tiada tali air atau kurang sumber air. Kawasan tadahan hujan (ditanam di luar musim). Kawasan darat yang sesuai untuk penanaman. Samada di tanah rata mahupun di kawasan berbukit asalkan tiada air bertakung dan kering. Semua kawasan tersebut perlu mempunyai infra pengairan seperti sprinkler. Tanah bermasalah seperti tanah jerlus tidak sesuai dengan padi aerob. Walaupun tanah jerlus dirawat, ianya masih berair dan lembap. Penyediaan tanah padi aerob perlu kering seperti penyediaan tanah untuk menanam jagung. Ia bertepatan dengan tujuan penanaman padi aerob iaitu mengurangkan penggunaan air untuk tanaman padi. Tambahan pula, tanah jerlus menghalang penggunaan jentera untuk penyediaan tanah dan menanam padi aerob. Adakah padi aerob mirip penanaman rumput seperti di Padang golf tentu jawapnya tidak kerana penanaman padi aerob lebih mirip kepada penanaman jagung. Padi aerob kini menjadi perbualan dikalangan pesawah dan pegawai pengembangan pertanian yang ingin tahu teknologi penanamannya dan potensinya. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa testimoni 2 bagi tanaman padi aerob untuk dijadikan bahan bacaan.

Berapa sebenarnya harga kos operasi dan jualan beras padi aerob kepada BERNAS?. Kenyataan dari lamanweb MOA menyatakan kos operasi sekitar RM2,700.00 sehektar. Namun, ianya perlu mengikuti manual teknologi penanaman yang telah pun dibangunkan. Kini didapati harga jualan beras adalah sama dengan harga beras sawah walau pun teknik pengeluarannya agak berbeza. Padi aerob didapati tidak dituai dituai seperti biasa. Sistem penanaman padi aerob masih ditanam secara barisan cuma ianya tidak berada dalam petak sawah. Dalam keadaan sekarang, petak sawah sebenarnya diadakan bertujuan untuk menakung air dibuat ban sawah dan bukan untuk menuai. Persoalan terkini adalah kenapa ianya tidak diagihkan kepada petani diseluruh negara untuk percubaan. Selepas majlis pelancaran di Pulau Pinang oleh menteri, dilaporkan 4 peserta projek peningkatan skala akan mula menanam padi aerob di 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Perak sahaja. Jika ada petani yang berminat, katanya permohonan akan dipertimbangkan dimana mereka masih boleh hubungi Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri MARDI. Namun laporan dari MARDI mengatakan yang peserta perlu mengikuti syarat yang dikenakan iaitu benih padi mesti dijual balik kepada MARDI selain mengikuti SOP yang ditetapkan bagi memastikan kualiti padi yang dihasilkan. Begitulan makluman awal yang dapat diperolehi mengenai padi aerob yang baru dilancarkan ini.


TESTIMONI 4 :
Padi Aerob tanpa air tingkat pengeluaran beras

Utusan Malaysia
Ismail Sabri Yaakob (tengah) mengetam padi Aerob pada Majlis Pelancaran 
Teknologi Pengeluaran Padi Aerob di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

KEPALA BATAS 22 Ogos - Kerajaan yakin akan dapat meningkatkan pengeluaran beras bagi menampung keperluan negara dengan memperkenalkan padi baharu yang dinamakan Aerob. Jenis padi baharu tanpa air bertakung itu boleh ditanam di kawasan berbukit dan tidak bergantung kepada sistem pengairan seperti diamalkan petani sekarang. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, padi Aerob ini boleh dijadikan tanaman giliran kerana dapat mengurangkan serangan penyakit seperti ancaman siput gondang yang dihadapi apabila menggunakan sistem air bertakung. Beliau berkata, penghasilan padi Aerob oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu bagi membantu meningkatkan pengeluaran beras negara. Tanaman padi ini boleh diusahakan di luar kawasan jelapang padi, selain menjimatkan perbelanjaan dan petani tidak perlu bergantung kepada bekalan air. Setakat ini, jenis padi sedemikian ditanam di Brazil dan China manakala Malaysia menjadi negara pertama di ASEAN yang akan menanam padi tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Teknologi Pengeluaran Padi Aerob dan Perasmian Hari Bersama Pelanggan MARDI Seberang Perai di sini.

Sehingga kini, MARDI telah menghasilkan 37 jenis padi manakala yang popular ialah MR219 yang ditanam di lebih 90 peratus kawasan sawah padi negara. Ismail Sabri berkata, penanaman padi Aerob ini bertujuan supaya negara tidak bergantung kepada pengeluaran padi sawah yang memerlukan sistem pengairan. "Pihaknya akan menanam padi Aerob di kawasan seluas 40 hektar di Terengganu, Pahang dan Perak, tahun ini. "Sebanyak 1,000 hektar lagi akan ditanam padi baharu pada tahun depan," ujarnya. Selain itu, pihaknya akan berunding dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk membangunkan kawasan tanaman padi ini secara konsortium. Melalui usaha itu saya percaya golongan muda akan berminat untuk menceburi tanaman padi ini," ujarnya.



TESTIMONI 5 :
Padi aerob ditanam tahun depan




ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) menggunakan lesung kaki untuk mengemping 
padi ketika Majlis Menuai Padi dan Projek Baik Pulih Paya Terbiar 
di Kampung Sentang, Chenor, Maran, Pahang, semalam.

MARAN 30 Jun - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membangunkan penanaman padi aerob pada tahun depan jika kaedah itu dapat menampung pengeluaran padi negara. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kumpulan penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya menghasilkan benih padi aerob itu yang kurang menggunakan air berbanding padi sawah. Menurut beliau, kementerian akan meningkatkan jumlah penanaman padi aerob jika tempoh percubaan itu terbukti menghasilkan jumlah lebih tinggi setiap hektar berbanding padi sawah. "Benih jenis aerob hanya memerlukan air ketika tiada hujan malah kaedah siraman boleh dilakukan secara renjis atau saluran paip untuk membasahkan tanah. Lebih menarik lagi, tempoh matang benih itu lebih pendek dan boleh dituai selepas 90 hari berbanding 110 hari padi sawah. Potensi padi tersebut membolehkan penggunaan tanah dapat dimaksimumkan dengan penanaman tiga kali setahun yang menguntungkan petani," katanya di sini hari ini. Menurut beliau, penjagaan dan penyelenggaraan padi aerob adalah lebih mudah berbanding padi sawah termasuk daripada segi pembajaan menggunakan baja organik. Tambah beliau, padi aerob sudah diuji tanam di beberapa stesen penyelidikan MARDI seperti di Seberang Prai, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, Sabah. Padi berkenaan jika dikomersialkan akan menjimatkan kos sistem pengairan membabitkan perbelanjaan besar. Pada masa sama para petani tidak perlu risau tentang serangan penyakit dan musuh padi seperti siput gondang yang berpunca daripada takungan air," katanya. 


TESTIMONI 6 :
Padi Aerob tidak perlu sawah


SERDANG: Penyelidik MARDI berjaya mem­bangunkan benih padi ku­rang menggunakan air hingga boleh ditanam tanpa air bertakung dan men­jimatkan separuh penggu­naan air berbanding padi sawah. Penanaman secara Aerob yang tidak menggunakan petak sawah itu bermakna padi kini boleh ditanam di mana jenis tanah di negara ini seperti menanam jagung atau pokok lain. Pengarah Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri MARDI, Dr Sariam Othman, berkata penyelidikan itu bertujuan menangani isu perubahan iklim yang akan mengaki­batkan kekurangan bekalan air untuk sektor per­tanian. Katanya, kajian kumpu­lan penyelidik MARDI itu menunjukkan 50 peratus daripada bekalan air untuk pertanian pengairan digu­nakan oleh pesawah kerana lebih 2,000 liter air diper­lukan untuk menghasilkan satu kilogram padi. Sebaliknya, beliau berka­ta, padi Aerob hanya me­merlukan air ketika tiada hujan manakala siraman boleh dilakukan secara ren­jis atau paip untuk membasahi tanah.

Tempoh matang padi Aerob juga lebih pendek berbanding padi sawah ia­ itu hasil boleh dituai se­lepas 90 hari berbanding se­kurang­kurangnya 110 hari untuk padi sawah. Ini bermakna penggu­naan tanah dapat diperting­kat kerana tempoh matang lebih singkat, iaitu padi Ae­rob boleh ditanam semula selepas tiga bulan," kata nya kepada Berita Harian ketika ditemui di pejabat­ nya di sini, semalam. Sariam berkata, penyeli­dikan mengenai padi Aerob bermula pada 2005 memba­bitkan aspek pengurusan air, mekanisasi, pembajaan dan kawalan rumpai. Katanya, padi Aerob berasal daripada benih AERON 1 yang diperoleh dari Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa, Manila, Fi­lipina. Beliau berkata, benih berkenaan dalam proses ka­cukan dengan benih padi sawah dan padi bukit untuk mendapat pelbagai varieti seperti hasil tinggi, kurang menggunakan air dan ta­han serangan penyakit.

"Ketika ini, padi Aerob daripada benih AERON me­ngeluarkan hasil kurang 20 peratus berbanding padi sa­wah. Isu ini sedang dita­ngani oleh penyelidik MARDI menerusi pembajaan kerana benih padi ini lebih mudah dibaja berbanding padi sawah. Padi Aerob paling bagus  menggunakan baja organik seperti tahi ayam," katanya yang memiliki ijazah dok­tor falsafah dalam bidang kesuburan tanah dari Uni­versiti Putra Malaysia. Sariam berkata, padi Aerob sudah diuji tanam dibeberapa stesen penyelidi­kan MARDI seperti di Se­berang Prai, Kota Kinabalu dan Jelebu serta menunjuk­ kan hasil yang baik.


PADI AEROB... GLAMOUR NAMANYA...
HARAPAN BARU... PERLU DISEGERA...
MANA BENIH...RAMAI HENDAK CUBA...
JANGAN LAMBAT...NANTI TERLUPA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Pulau Gadong,
Melaka Tengah,
Melaka, Malaysia.
(26 Rabiulawal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...