Support My Blog

Tuesday, December 3, 2013

KELAPA SAWIT (Part 3)

KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) adalah tanaman utama di Malaysia pada masakini. Kelapa sawit terdiri daripada dua spesies Arecaceae atau famili palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit Afrika (Elaeis guineensis) adalah jenis yang berasal dari Afrika Barat di antara Angola dan Gambia. Sementara itu Kelapa Sawit Amerika (Elaeis oleifera) pula adalah berasal dari Amerika Tengah atau pun Amerika Selatan. Terdapat seluas 4,691,160 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2012 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975. Pada masa ini Negeri Sabah merupakan kawasan utama tanaman sawit di Malaysia (iaitu seluas 1.362 juta ha atau 29.7%) diikuti dengan Sarawak (0.840 juta hektar atau 16.6% ) dan Johor (0.712 juta hektar atau 15.32%). Negeri paling kecil mempunyai tanaman kelapa sawit adalah di Pulau Pinang iaitu cuma 14,000 hektar sahaja. Daripada jumlah keluasan tersebut seluas 2,807 juta hektar kelapa sawit ditanam oleh pihak Estet swasta (59.8%) sementara 20.2% dimajukan oleh Skim Kerajaan (FELDA - 675,167 ha, RISDA- 80,262 dan FELCRA- 160,832) , 321,947 hektar (7,1%) oleh Skim Kerajaan Negeri dan bakinya seluas 540,194 hektar (12.98%) oleh Pekebun kecil. Nilai buah segar industri kelapa sawit Malaysia sekitar RM 4.6 billion dengan nilai pasaran produk berasaskan ekspot sebanyak RM 36.110 billion. Terdapat seramai 451,000 orang yang terlibat dengan industri kelapa sawit dimana saya dapati terdapat sebanyak 1,264 buah perladangan (estet). Statistik menunjukkan pada masa ini ujud sebanyak 444 buah kilang memproses buah kelapa sawit dan beratus-ratus kilang atau syarikat yang memproses hasilan daripada industri kelapa sawit di Malaysia. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman kelapa sawit dan teknologi yang berkaitan dengannya iaitu beberapa jenis perosak dan juga penyakit kelapa sawit.

Ulat bungkus Kelapa  Sawit
Tanaman kelapa sawit memang ada diserang oleh serangga perosak. Diantara perosak nya adalah seperti Ulat Bungkus ataupun beluncas yang banyak akan memakan daun sawit dengan begitu hebat sekali, sehingga boleh menyebabkan daun tinggal bahagian lidinya saja. Pokok sawit akan kehilangan permukaan daun untuk melakukan proses fotosintesis bagi tujuan menghasilkan buah. Hasil akan merosot sebanyak 40 peratus bagi tempoh 2 tahun berikutnya. Biasanya keluasan tanaman sawit yang diserang adalah agak luas dan kadangkala akan membabitkan beberapa buah ladang yang berhampiran atau bersebelahan. Bilangan ulat bungkus yang melebihi 10 ekor larva hidup dan memakan daun bagi setiap pelepah sudah dianggap melebihi ‘paras ambang’ (Treshold level) dan perlu dikawal dengan menggunakan racun serangga. Selalunya cuaca panas yang berpanjangan menyebabkan peringkat serangga berkembang lebih cepat daripada biasa. Ini akan menyebabkan serangga perosak ini mencapai peringkat dewasa dengan lebih cepat dan akhirnya mengawan, bertelur dan seterusnya akan terus meningkatkan populasinya. Ulat bungkus atau pun beluncas mempunyai musuh semula jadi tertentu seperti serangga parasitoid atau pemangsa. Musuh semula jadi seperti inilah yang sentiasa mengawal populasinya di bawah paras ambang. Sekiranya populasi musuh semula jadi adalah amat rendah, keupayaan perosak untuk meningkatkan bilangannya amat tinggi.

Serangga parasitoid adalah sejenis penyengat halus, yang hidup dengan cara bertelur di dalam badan serangga perosak tadi. Larvanya akan memakan tisu dalaman badan perosak tadi dan akhirnya membunuh perosak berkenaan. Serangga pemangsa pula adalah serangga lain yang bertindak dengan cara memakan atau menghisap cairan tubuh serangga perosak tersebut, sekali gus akan membunuhnya. Selain serangga, musuh semula jadi lain membabitkan daripada jenis mikrob seperti kulat, bakteria ataupun virus. Kewujudan mikrob ini juga bergantung kepada faktor cuaca. Biasanya mikrob akan lebih cepat merebak dalam keadaan cuaca yang lembap. Serangga parasitoid dan pemangsa memerlukan tempat perlindungan dan sumber makanan. Serangga parasitoid memerlukan nektar ataupun madu untuk melanjutkan tempoh hidupnya. Di dalam persekitaran ladang sawit, wujud pelbagai jenis tanaman bermanfaat yang mengeluarkan nektar sepert Cassia cobanensis, Euphorbia hetrophylla dan Antigonon leptopusPenggunaan racun hanya dilakukan bila perlu saja. Pastikan ia pergi tepat ke sasaran (daun sawit) dan bukan ke kawasan persekitaran di mana terdapat kebanyakan musuh semula jadi. Perbuatan ini akan menurunkan bilangan musuh semula jadi dan sekali gus meningkatkan risiko berlakunya serangan merebak.

Kelapa sawit boleh hidup di kawasan beriklim tropika dan sub-tropika. Ia boleh hidup dengan pelbagai jenis tanah dari tanah gambut sehinggalah tanah mineral dengan pH diantara 4-7.5. Kelapa sawit selalunya dibeli dari nurseri kerana ingin menjamin kualiti anak pokok semasa penanaman. Untuk 3 tahun pertama penanaman, air adalah penting bagi pokok kelapa sawit. Keperluan baja bagi kelapa sawit ialah 120 kg N, 100 kg P2O5, 300 kg K2O dan 50 kg MgO per ha/tahun. Dari segi produktiviti, industri sawit masih tidak menunjukkan peningkatan yang diharapkan. Tahun 2003, purata penghasilan minyak hanya 3.75 tan/hektar/tahun. Pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) dan Kadar Perahan Minyak (KPM) di tahap masing-masing 18.99 tan/hektar/tahun dan 19.75 peratus juga masih jauh rendah dari sasaran 35 tan/hektar/tahun dan 25 peratus. MPOB dilaporkan telah berjaya membangunkan satu proses pensterilan tandan sawit secara berterusan di kilang. 

Basal Stem Rot (atau singkatannya sebaagai BSR) juga lebih dikenali dengan nama 'Ganoderma Disease' adalah penyakit merbahaya tanaman kelapa sawit yang juga sering dipanggil sebagai Penyakit Cendawan. Ia merupakan satu jenis penyakit yang senang berjangkit dan bersifat parasit pada akar dan pohon. Sebelum ini Penyakit BSR belum ada satu kawalan atau perubatan yang baik. Apabila pokok sawit dijangkiti BSR maka lazimnya kita akan tunggu saja masa untuk aktiviti bagi dimusnahkan. Penyakit ini telah dikenalpasti menjejaskan Industri pengeluaran minyak sawit. Mengikut laporan, dibahagian tepi pantai Semenanjung Malaysia, pokok sawit yang berumur 13 tahun keatas kemungkinan sebanyak 80% boleh diserang penyakit BSR. Dibahagian pedalaman Semenanjung Malaysia pula pokok yang berumur 13 tahun keatas sebanyak 30% diserang oleh penyakit BSR. 

Penyakit busuk pucuk kelapa sawit atau juga dikenali sebagai Penyakit Layu Fusarium (Marchitez disease), Penyakit Cincin Merah (Red ring disease) dan Penyakit Daun Menguning adalah penyakit-penyakit penting pada tanaman kelapa sawit yang juga terdapat pada kelapa. Penyakit Busuk Pucuk kelapa sawit ini dapat menyerang tanaman kelapa sawit dengan gejala mengering bagian pucuk dan bila dibela akan mengeluarkan bau yang busuk. Penyakit ini menyerang tanaman yang akan memasuki masa produksi dan yang telah produksi. Penyakit ini dapat menyebabkan kematian tanaman, dan berlangsung sangat cepat bila serangan masuk ke titik tumbuh. Penyebab penyakit sama dengan penyebab penyakit busuk pucuk dan gugur buah pada tanaman kelapa yaitu Phytophthora palmivora. Penyakit Layu Fusarium (Lihat foto sebelah) disebabkan oleh kulat iaitu Fusarium oxysporum f. sp. elaeidis, yang merupakan patogen vaskular. Gejala pada serangan berat akan sangat bervariasi yang muncul pada daun muda dan dewasa. Penyakit layu adalah patogen vaskular yang umum ditemukan di banyak negara Afrika, dan juga pada beberapa daerah di Amerika Selatan, di mana diyakini dalam menanam bahan berasal dari Afrika. Gejalanya sangat bervariasi antara daun pelepah yang muda, tetapi biasanya hanya beberapa daun dari gejala menunjukkan menguning dan mengering.

Penyakit Cincin Merah (Red ring disease) dimana tanaman kelapa sawit diserang menunjukkan gejala akut oleh serangan penyakit cincin merah dan tanaman mati dan terjadi hanya dalam beberapa bulan (Lihat foto sebelah). Gejala serangan berat daun mengecil dan nampak bercak kuning-oranye pada petioldan daun tombak daun muda yang menguning. Bentuk cincin pada jaringan pada sawit dipengaruhi oleh cincin merah. Jenis cincin tidak selalu muncul sebagai berbeda dan menempati seluruh panjang batang. Umumnya ditemukan bukan cincin, tapi bintik hitam tersebar dan membentuk pola cincin. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis cacing nematod (Bursaphelenchus cocophilus) dan ditularkan oleh kumbang Rhynchophorus. Penyakit ini juga banyak ditemukan pada tanaman kelapa tapi Indonesia sampai saat ini belum pernah dilaporkan.

Penyakit Daun Menguning pula disebabkan oleh Potyvirus sppTanaman kelapa sawit menunjukkan gejala layu yang di mulai dari daun yang lebih rendah dengan gejala berubah warna menjadi coklat dari ujung dan kering. Gejala klorosis daun yang berbentuk cincin yang disebabkan olehpotyvirus. Gejala lain termasuk mosaik stripe kuning (daerah hijau bergantian dengan beberapa kuning). Kaedah kawalan semua penyakit yang menyerang kelapa sawit perlu dirujuk kepada manual tanaman kelapa sawit yang diedarkan oleh pihak berkuasa. Sebaiknya amalan Kawalan Perosak Bersepadu (IPM) digalakkan untuk mengatasi masaalah ini. semuga artikel kali ini memberikan ilmu tambahan kepada semua pembaca. Wasallam!.

ULAT BUNGKUS...DAUN DIMAKANNYA..
SERANG TERUK ... TINGGAL LIDI SAJA...
PENYAKIT LAIN...NAMA GANODERMA...
PERLU DIKAWAL...PELBAGAI CARA...

By,
M Anem
Seniior Agronomist,
Pamol Estate,
Kg Gajah, Kluang,
Johor, Malaysia.
(Tempat buat latihan Amali semasa belajar 1979)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...