Support My Blog

Thursday, December 19, 2013

HEMPEDU BUMI (SAMBILOTO)

HEMPEDU BUMI atau SAMBILOTO (Andrographis paniculata) merupakan tumbuhan herba daripada keluarga Acanthaceae. Tumbuhan herba ini terkenal kerana khasiat perubatannya secara semulajadi dan kini ramai telah meminati tumbuhan HERBA ini untuk dikomersialkan penanamannya dan diproses menjadi produk makanaan kesihatan yang popular. Saya dapati tumbuhan ini tumbuh menegak secara berkumpulan terutama dikawasan tanah gambut. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti Akar Cerita ; Akar Pahit (Malaysia), Sambiloto (Indonesia), King of Bitter ; Green Chiyaryta ; Andrographis (English), Chuan Xin Liang (China), Fa Thalai Chon (Thailand) , La Sa Bee (Laos), Kirayat (Hindi), Quasabhuya (Arab) dan Nilavembu (Tamil). Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan sebenar tumbuhan ini di Malaysia daripada sumber berkaitan. Kajian mengenai tanaman herba ini juga masih kurang diberikan perhatian di negara kita. Pokok Hempedu Bumi atau di Indonesia lebih terkenal dengan 'Sambiloto' merupakan pokok herba renek yang tumbuh menegak dengan mampu mencapai ketinggian 60-70 cm walau pun ada yang setinggi sehingga 1 meter. Daunnya berwarna hijau gelap dan berkilat serta bersisun secara bersilang. Bentuk daun hempedu bumi adalah bujur dengan agak meruncing dibahagian hijung dan nipis sedikit dibahagian pangkal. Saiz daun bergantung kepada keadaan persekitaran dan lazimnya 7-8 cm panjang dan 2.0 - 2.5 cm lebar. Bunganya agak kecil dengan kelopak unik berwarna pitih dengan warna ungu dibahagian tengahnya bergantung kepada spesis. Terdapat lebih daripada 28 spesis hempedu bumi dilaporkan dan paling banyak spesis terdapat di negara India. Biji hempedu bumi terbentuk hasil pendebungaan dan disimpan dalam kapsul berukuran 2 cm dimana didalamnya mengandungi banyak biji berwarna coklat kekuningan. Artikel malam ini saya meulis mengenai herba Hempedu Bumi atau Sambiloto dalam "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda.

Hempedu bumi atau Sambiloto merupakan jenis tumbuhan berkhasiat dan dijadikan sebagai ubat. Tabiat pokok yang tumbuh menegak yang tingginya boleh mencapai 90 sentimeter. Tumbuhan ini natif dati kawasan Tropika terutama di Asia dan terdapat dibeberapa kawasan lain seperti di India Selatan sampai di Thailand dan Indonesia terutama dikawasan Pulau Jawa. Ia mampu hidup di dataran rendah sampai kepada tanah dengan ketinggian 700 meter dari permukaan laut. Kawasan yang menerima hujan mencukupi menyebabkan herba ini dapat tumbuh baik dengan curahan hujan sekitar 2,000 -,3,000 mm/tahun dengan suhu udara 25-32 Celcius. Keperluan persekitaran terbaik jika mempunyai kadar kelembaban yang sesuai iaitu 70-90%. Sinaran matahari yang banyak dan lama diperlukan untuk hempedu bumi yang hendak ditanam cara komersil. Penanaman tumbuhan hempedu bumi boleh dilaksanakan menggunakan bahan tanaman dari BIJI BENIH atau bahan tanaman KERATAN BATANG. Pemerhatian saya semasa melawat negara Indonesia beberapa bulan dulu mendapati, penanaman menggunakan Keratan Batang lebih banyak digunakan kerana mampu mengeluarkan bunga dari biji benih. Keratan yang mempunyai 3 ruas mata tunas yang di potong dan boleh terus ditanam dikebun yang telah mempunyai sistem pengairan dan persediaan dengan tahap sempurna. Keratan mudah didapati dalam kuantiti yang banyak bagi mempastikan varieti yang ditanam adalah tulin (true to type). Penggunaan biji benih hempedu bumi perlu kutip dari pokok yang telah cukup matang dan bijinya dijemur dahulu. 

Setelah benih direndam selama 24 jam, ia kemudian disemai dalam tanah campuran 1:1:1 (Tanah : Pasir : Organik) dan benih selalunya akan bercambah dalam 7 hari kemudian. Setelah mempunyai 5 helai daun, alihkan kedalam polibeg plastik kecil dan sesuai ditanam dikebuh selepas 21 hari. Penggunaan plastik silvershine diatas batas tanaman membantu mengurangan rumpai, mengawal kelembapan tanah dan kesuburan tanaman (Lihat foto sebelah). Jarak penanaman yang disyorkan adalah 20 cm x 40 cm sebaiknya ditanam diatas batas kerana cara ini mudah dalam sistem pengurusan. Kawasan yang mempunyai sistem pengairan (biasanya gunakan sistem sprinkler) memberikan kadar pertumbuhan cepat dan seragam. Pembajaan tanaman hempedu bumi secara monokrop perlu dilaksanakan dengan menggunakan baja Urea (100 kg/ha), TSP (100 kg/ha) dan KCL (50 kg/ha). Tanaman hempedu bumi perlukan banyak baja organik sebanyak 10-12 tan sehektar untuk mempastikan kadar pertumbuhan baik dan hasil yang berkualiti. 
Bagaimana pun saya akan paparkan beberapa khasiat dan kegunaan hempedu bumi seperti yang diamalkan di Indonesia untuk bacaan.

Tanaman sambiloto digunakan untuk mencegah pembentukan radang, melancar proses perpeluhan, menurunkan suhu panas badan (antipiretika), ubat sakit perut, kencing manis, dan terkena racun. Kandungan unsur atau zat seperti Kalium (K) dimana ini akan memberikan kesan menurunkan tekanan darah. Hasil percubaan pakar farmasi ada menunjukkan bahawa air rebusan daun sambiloto dengan kadar kepekatan 10% dalam bekas 0.3 ml/kg berat badan dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah yang setanding dengan peengambilan ubatan seperti glibenclamid. Daun Sambiloto juga dipercayai boleh digunakan sebagai ubat penyakit taifoid dengan cara mengambil 10-15 daun yang direbus sampai mendidih dan air rebusan kemudian diminum. Bagi masaalah seperti radang saluran pernafasan, radang paru-paru boleh dirawat dengan mengambil herba hempedu bumi yang telah dikeringkan sebanyak 9-5 g dan direbus dengan 3 gelas air sampai tinggal hanya 1 gelas. Setelah dingin ditapis dan diminum sehari 2 kali sebanyak setengah gelas sekali minum. 

Masaalah seperti Influenza dan juga sakit kepala atau demam boleh dirawat dengan cara mengambil sebuk kering hempedu bumi sebanyak 1 g direndam dalam cawan yang mengandungi air panas. Setelah sejuk makan diminum sekaligus dan ia perlu dilakukan sebanyak 3 - 4 kali sehari sehingga sihat. Jika anda demam maka boleh mengambil daun sambiloto segar sebanyak 1 genggam dimana ia kemudian ditumbuk. Seterusnya anda tambahkan 1/2 cawan air bersih, ditapis dan kemudian ia minum sekaligus. Daun segar yang digiling halus juga boleh digunakan sebagai bahan untuk ditampal pada pesakit yang memang mempunyai suhu badan yang panas. Daun sambiloto boleh dikeringkan kemudian ia digiling sehingga menjadi serbuk. Tambahkan madu secukupnya sambil digaul sehingga rata sehingga boleh dijadikan seperti pil dengan diameter 0,5 cm. Pil ini boleh dimakan terus atau direndam dalam air suam dan diminum. Amalkan dengan kekerapan 2 – 3 kali sehingga sihat. Jika anda ada masaalah BATUK disarankan agar ambil sebanyak 5 - 7 lembar daun hempedu bumi dan direndam dengan 1/2 cangkir air panas. Tambahkan madu secukupnya sambil dikacau sehingga sebati dan kemudian diminum sekaligus. Lakukan sehari 3 kali sehingga masaalh batuk itu hilang. Herba hempedu bumi boleh digunakan bagi mengatasi kesakitan akibat gigitan ular berbisa atau sengatan binatang berbisa lainnya, Ambil bahagian daun sambiloto dan kunyah, airnya di telan dan sisanya di tempelkan pada luka terkena sehingga hilang sakit tetapi saya fikir perlu jumpa doktor jika tidak berkesan. Diharap info ini memberikan idea dan pengetahuan berguna kepada pembaca semua. Wasallam!

HEMPEDU BUMI...SAMBILOTO JUGA...
POKOK RENEK... SEJENIS HERBA...
MUAH DITANAM...DIMANA-MANA...
ADA KHASIAT...PELBAGAI GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1426, The Regency Hotel,
Jalan Raja Alang,
Kuala Lumpur, WP,
Malaysia.
(16 Safar 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...