Support My Blog

Saturday, December 14, 2013

BELIMBING TANAH

BELIMBING TANAH (Tacca criststa Jack) merupakan tumbuhan jenis herba yang jarang-jarang kita menjumpai atau mengenalinya. Nama botani lain bagi tumbuhan unik ini adalah Tacca integrifolia Ker Gawl dimana tumbuhan ini juga dipanggil Janggut Adam, Janggut Baung, Kelamoyang Air, Sebiak, Pelemah Urat, Keladi Murai dan beberapa lagi. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Bat Lily, Black Lily  iaitu tumbuhan dari keluarga Taccaceae (Jarang kita dengar). Tumbuhan ini adalah natif dikawasan hutan hujan tropikan seperti di negara kita dan beberapa negara jiran lain. Kali pertama saya kenal tumbuhan ini setelah membuat lawatan teknikal dan belajar di Taman Herba Negeri Perak di Gopeng bersama pasukan teknikal. Saya telah diperkenalkan oleh pengurus taman sejenis tumbuhan umbisi yang bernama Belimbing Tanah. Saya bertanya kenapa ia dinamakan belimbing tanah?. Tidak ada jawapan yang dapat diberikan masa itu kerana tidak dicatitkan maklumatnya. Bagaimana pun hasil daripada pemerhatian yang dibuat saya dapati buahnya memang seperti buah belimbing buluh dan ada segi tetapi keluad dibahah dan hampir dengan tanah. Hanya terdapat beberapa pokok tanaman belimbing tanah yang sedang berbunga di taman tersebut dan ianya amat unik sekali. Tumbuhan ini saya fikir memang jarang ditanam oleh orang kebanyakann. Saya difahamkan tumbuhan herba ini mempunyai banyak khasiat perubatan dan telah dimenafaatkan oleh pengamal perubatan tradisional sejak lama dulu. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis tumbuhan herba yang kurang pupular untuk bacaan kita semua.


Belimbing tanah adalah sejenis pokok herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter bagi jenis liar di negara lain. Daun atau pelepahnya agak besar, panjang, berbentuk bujur telur (ovate) dan bewarna hijau tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut) dan ada jaluran yang jelas. Bunganya juga besar berwarna ungu keputihan yang lazimnya akan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak (Lihat foto sebelah). Didalam taman yang saya lawati, didapati tumbuhan ini mencapai ketinggian sekitar 60 cm dari paras tanah. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit di negara kita dan juga negara jiran yang mempunyai iklim dan habitat sama. Cara pembiakan belimbing tanah adalah dengan mengambil rizom pokok atau anakbenih yang dipecahkan untuk ditanam dikawasan baru. Sebaiknya kawasan ada sedikit teduhan atau naungan seperti habitat asal dihutan. Ia sesuai tumbuh dikawasan tanah subur yang agak lembab dan mempunyai saliran baik. Tumbuhan ini memang subur dalam kawasan yang mempunyai naungan sekitar 60-70% dimana ia kurang sesuai dalam kawasan yang terbuka.


Mengenai khasiat dan kegunaan, saya telah merujuk banyak laporan dimana ada dakwaan bahawa tumbuhan ini agak popular di kawasan Pantai Timur, Semenanjung Malaysia dalam perubatan tradisional. Selalunya air rebusan akar tumbuhan ini lazim digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit seperti penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok Selayar Hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu. Selain itu terdapat tumbuhan iaitu dinamakan Pelemah Urat iaitu sejenis tumbuhan jenis herba yang tumbuh tegak, mempunyai ubi dalam tanah, batangnya pendek dan lembut seakan pokokk belimbing tanah. Daunnya jenis tunggal, bersaiz besar, pangkal daun bentuk bulat, lebar di bahagian tengah ke hujung, hujungnya tirus runcing, teksturnya tebal, licin dan lembut, lamina atasnya hijau berkilat, tangkai daun panjang, daun tersusun padat mengelilingi batang. Jambak bunga bertangkai panjang, keluar tegak dari celah daun, bunga tersusun padat di hujung atasnya, bunganya besar berwarna ungu kehitaman, mempunyai struktur seperti benang panjang yang keluar terjuntai berwarna putih keungguan. Buahnya besar bersegi seperti belimbing, buah muda berwarna hijau bertukar hitam apabila masak.  Tumbuhan berumpun ini agak sukar ditemui namun ia biasanya didapati tumbuh liar dikawasan yang agak redup terutamanya dikebun getah, dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit. .Daunnya lebar dan panjang berukuran kira-kira 15 inci panjangnya. Ia membiak melalui rizom dan pokoknya jika dilihat sekali imbas menyerupai pokok kunyit.

KEGUNAAN BELIMBING TANAH

Tumbuhan ini didakwa berkhasiat dan sesuai untuk mengatasi masalah masaalah seperti darah tinggi, kencing manis dan juga mengurangkan bengkak. Daripada laporan yang saya baca, berikut adalah maklumat berguna yang mungkin boleh dijadikan panduan mengenai khasiat daripada belimbing tanah. Batang Daun (Leaf stalks) sesuai untuk merawat Penyakit Kulit (Skin disease) dan bahagian Daun (Leaves) untuk kawalan masaalah Darah Tinggi (high blood pressure), diabetes, bengkak dan benjolan (swelling). Dilaporkan juga keseluruhan Tanaman (Whole plant) memang boleh digunakan untuk rawatan diabetes, masalah buah pinggang (kidney problem) dan hypertension.  Bahagian akar muda (Tubers) boleh mengatasi masallah gatal disebabkan ulat bulu (rash caused by caterpillar poison).

CARA MENGGUNAKAN 

Bagaimanakah kita hendak menggunakan tumbuhan ini?. Mungkin ramai tidak pernah tahu atau pernah menggambil tumbuhan ini sebagai bahan untuk kesihatan. Jika kita hendak gunakan bahagian daun, maka ambil daun muda yang sesuai dibersihkan kemudian direbus. Air rebusan daun muda diminum sebagai tonik kesihatan untuk megubati darah tinggi dan kencing manis. Cara lain adalah dengan daunnya yang lebar dilayur atas api supaya panas sedikit, kemudian digunakan sebagai pembalut atau dibuat tekap pada bahagian buku lali dan lutut yang sakit untuk menghilangkan bengkak urat dan sakit sendi. Saya ada baca laporan cara perubatan tradisional diThailand menggunakan empulur pokok belimbing tanah bagi menggawal tekanan darah tinggi dan didakwa mampu untuk menambah baik fungsi seksual.  Di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia pula dilaporkan bahawa air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat beberapa masaalah. Antaranya adalah ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya adalah dengan mengambil seluruh pokok ini termasuk akar dan buahnya direbus hingga mendidih dan airnya diminum dua kali sehari.  Ia seperti laporan diatas merupakan satu itu tonik yang juga berupaya mengubati masalah buasir, kencing manis dan lemah jantung.
Di Terengganu juga ada dilaporkan bahawa pelepah daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu. Sebaiknya kita joleh jadikan tumbuhan ini sebagai satu ramuan dalam mandian bagi merawat wanita selepas bersalin dan untuk membuang angin dalam badan.   Terkini ada laporan iaitu tumbuhan ini mampu mengugat akan bahan penyebab kanser (Cytotoxic) dan boleh mengelakkan serangan Kanser Sel Payudara. Diharap artikel ini menambahkan pengetahuan penulis dan pembaca semua. Wasallam!

BELIMBING TANAH... APA BENDANYA....

POKOK HERBA... MEMANG JARANG ADA...
IA BERKHASIAT...PELBAGAI GUNANYA...
KENCING MANIS & GATAL... ANTARANYA...

By,

M Anem, 
Senior Agronomist,
Room 1203, Muar Traders Hotel,
Muar, Johor, 
Malaysia.
(9 Safar 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...