IKAN WADER (Puntius binotatus) merupakan sejenis ikan kecil anggota suku Cyprinidae anak-suku Cyprininae. Semasa saya keluar daripada lapangan terbang Jogjkarta, Indonesia bulan lalu, terpandang satu papantanda besar terpampang yang di tulis dengan perkataan "SUP WADER ISTIMEWA'. Saya bertanga kepada pemandu pelancong apakah itu ikan wader?. Katanya ia adalah sejenis ikan air tawar yang banyak terdapat dalam tali air di Indonesia dan dijadikan makanan istimewa penduduk disana. Ikan ini terdapat di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Indocina dan Filipina. Nama lain yang saya tahu di kamppong saya adalah Ikan Seluang, Terbol dan juga ada yang panggil ikan wader juga (Jawa Muar). Dalam bahasa Inggeris ikan inidikenali sebagai 'spotted barb' atau 'common barb' kerana memang mempunyai bintik atau jalur berwarna gelap yang jelas dibadannya. Ikan wader yang mempunyai bintik-dua dikenalpasti oleh saintis bernama Achille Valenciennes pada 1842 dengan nama Barbus binotatus (Kalau diterjemahkan kepada bahasa kita maknanya adalah 'Barbus' iaitu sungut iaitu merujuk pada sungut-sungut pendek di ujung muncungnya dan 'binotatus' bermakna ia ada titik dua). Sebelumnya ikan ini disebut dengan nama-nama lain seperti Systomus binotatus, Capoeta binotata, dan Barbodes binotatus. Artikel pagi sempena cuti Hari Krismas ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan dengan sejenis ikan air tawar iaitu ikan wader untuk rujukkan anda.
Ikan berukuran kecil-sedang, dimana panjang badan sehingga kebahagian ekor sekitar 100mm dan jarang-jarang lebih besar. Kadang-kadang ia sampai boleh mencapai hingga 170mm. Ikan ini bersungut empat di ujung muncungnya dimana ada urat sisi yang sempurna (tidak terputus) berjumlah 23-27. Sirip dorsal (punggung) mempunyai 4 duri dan 8 jari-jari lunak; duri yang terakhir bergerigi di belakangnya. Awal sirip dorsal berjarak 4½ sisik dengan gurat sisi. Warna dan bentuk tubuh ikan ini amat berubah-ubah. Kebanyakan berwarna abu-abu kehijauan seperti buah zaitun atau ada yang berwarna keperakan. lazimnya ikan yang berwarna yang lebih gelap di bahagian punggung berangsur-angsur pucat dan keputihan di sisi dada dan perut. Dua bintik besar biasanya akan didapati iaitu di pangkal sirip dorsal dan di tengah batang ekor (peduncle). Di samping itu, pada ikan-ikan yang masih muda sering didapati iaitu 1-3 bintik tambahan di tengah badan yang terletak pada sebuah coret agak tidak terang (samar) yang memanjang di sisi tubuh di belakang tutup insang, dan satu bintik di awal sirip anal. Bintik-bintik ini umumnya akan memudar dan menghilang pada spesimen-spesimen yang besar.
Dalam keadaan semulajadi yang ada di negara kita atau Indonesia dilaporkan bahawa ikan wader bintik-dua tinggal di kawasan pantai hingga ketinggian sekitar 2.000m dari paras laut. Ikan ini sering dijumpai dengan bercampur dengan spesis wader lainnya didalam parit-parit cetek (dangkal yang jernih), sungai kecil di pegunungan, sungai berukuran sederhana sehingga yang besar, saluran yang mengalir lambat dan bahkan juga dalam tasek. kajian saintis mendapati ikan wader ini cenderung bersifat omnivora iaitu dengan memakan makanan seperti plankton, larva serangga sehingga ke serpih-serpihan beberapa jenis tumbuhan hijau. Keadaan habitat semulajadi adalah perairan tropika dengan pH antara 6.0 - 6.5 (agak asam), kualiti air sekitar 12.0 dGH dan kisaran suhu antara 24–26 °C (75–79°F). Kajian juga mendapati ikan wader bintik-dua kurang aktif di perairan terbuka pada waktu menjelang gelap.
Kajian juga mendapati setiap kali bertelur, ikan wader ini menghasilkan diantara 200–500 biji telur di antara tumbuh-tumbuhan air. Telur-telur ini akan menetas selepas 48 jam kemudian dan selama beberapa hari berikutnya anak ikan ini akan berlindung di celah-celah daun tanaman air. Ikan wader dewasa tidak akan segan-segan untuk memangsa telur atau makan telurnya ataupun anak ikan dari jenisnya sendiri. Ikan Wader bintik-dua merupakan jenis ikan yang paling disukai ramai penduduk kampong tempatan. Di Malaysia dan Indonesia, ikan ini dijadikan makanan dan lauk yang enak selepas digoreng garing dan dimakan dengan nasi panas. Apa lagi kalau ikan tersebut masih segar lagi shingga kita boleh meratah tulang sekali. Kini dipasaran antarabangsa ikan wader telah dijadikan ikan hiasan dalam akuarium yang menarik dan mampu mencapai harga tinggi. Ikuti artikel terbitan saya pada masa akan datang bagaimana hendak memancing ikan wader dan bolehkah ikan ini dijadikan ikan ternakan komersil?. Anda juga boleh membaca artikel berkaitan dengan ikan seluang (Sila klik disini) uuntuk maklumat tambahan. Wasallam!
IKAN WADER... CANTIK BENTUKNYA...
DALAM SUNGAI...MUDAH JUMPANYA...
SANGAT AKTIF..PANCING SUKANYA...
DIGORENG KUNYIT...AMBOI ENAKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agrologist,
Kg Parit Bengkok, Gersik,
Ledang/Muar, Johor,
Malaysia.
(21 Safar 1435H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.