Kelawar Kecil Berlidah Panjang ini hidup secara berkumpulan kecil atau individu dalam kawasan habitat semulajadi dalam hutan atau kawasan perkebunan. Ia makan nektar dan juga debunga menggunakan lidahnya yang panjang masuk kedalam bunga. Antara tumbuhan yang sering dikunjungi kelawai ini adalah seperti pokok pisang (Lihat foto ia menyedut nektar pada jantung pisang disebelah), pokok bakau (mangroves tree) dan banyak tanaman lain dalam keluarga Myrtaceae, Bamboceae, Bignociaceae, Leguminoceae, Musaceae dan Soneraticeae di negara kita. Ia memang banyak didapati dikawasan hutan bakau dimana mampu hidup sehingga ketinggian 1,000 meter dari aras laut. Haiwan jenis ini dilaporkan sebanyak 14% daripada keseluruhan populasi semua jenis kelawar dalam negara dan sangat signifikan dalam mendebungakan banyak jenis tanam termasuk bunga durian. Kelawar ini mempunyai jantina Kelawar jantas yang mempunyai Organ Testis dan Kelawar Betina yang mempunyai organ Polyestrus yang matang dalam masa 140 - 160 hari untuk mengawan. Tempoh mengandung selama 120 hari (10 hari perbezaan) dengan waktu menyusu selama 60-70 hari bagi anak kelawar dengan sebanyak 2-3 ekor anak sekali beranak. Unikinya haiwan ini mampu membiak sepanjang tahun tanpa henti bergantung kepada kecukupan makanan disekelilingnya.
Bunga durian adalah nokturnal dan anthesis (berkembang) bermula pada waktu senja, mencapai kemuncak pada tengah malam dan berakhir pada waktu subuh. Debunga akan kehilangan upaya untuk bersenyawa menjelang keesokan harinya. Manakala stigma mencapai tahap puncak penerimaan debunga pada waktu malam sehinggalah awal pagi, kemudian menurun dengan mendadak ketika lewat pagi dan tengahari. Dalam keadaan semulajadi, durian didebungakan oleh agen pendebungaan nokturnal seperti Kelawar Kecil (Econycterus spalee dan Macroglossus minimus), Lebah Tualang (Apis dorsata) dan beberapa spesis semut. Sejurus selepas pendebungaan, seluruh struktur bunga akan gugur kecuali ovari dan filamen. Seterusnya ovari akan membesar manakala filamen menjadi kering dan buah akan terbentuk. Sebaliknya jika pendebungaan tidak berjaya, bunga akan gugur 7 hingga 10 hari selepas berkembang. Buah durian matang 90-130 hari selepas anthesis.
KELAWAR KECIL...IA PENDEBUNGA...
JARANG DILIHAT...KECIL SAIZNYA...
POKOK DURIAN...ADA PERANANNYA...
KENALI DIA... TERIMAKASIH PADANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(19 Safar 1435H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.