Support My Blog

Friday, April 13, 2012

PEROSAK NANGKA

NANGKA (Artocarous heterophyllus) merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika yang popular di Malaysia.  Tanaman dari keluarga Moraceae ini kebanyakannya ditanam untuk kegunaan segar dan juga untuk diproses selain daripada dijadikan sayuran yang enak (Nangka muda). Terdapat seluas 3,972 hektar tanaman nangka di negara kita pada tahun 2010 dengan pengeluaran hasil sebanyak 27,500 metrik tan (Laporan Jabatan Pertanian). Kebanyakkan penanaman pokok nangka adalah secara kecil-kecilan dan juga ditanam secara monokrop djalankan oleh petani swasta dan juga projek-projek TKPM dan Projek Kelompok Jabatan Pertanian, SEDC, FELDA, FELCRA serta LPP.  Antara varieti popular yang disyorkan adalah J29, J30, J33 dan beberapa varieti lain. Penanaman nangka merupakan satu komoditi yang berpotensi dan mendapat pemerhatian khusus walau pun banyak masaalah serangan penyakit dan perosak yang perlu di selesaikan. Artikel petang jumaat ini saya tulis untuk membincangkan penyakit dan perosak yang menjejaskan kualiti buah nangka jika tidak dikawal dengan baik.

PENYAKIT NANGKA


1. Penyakit Mati Rosot 
(Branch Dieback/Bacterial Blight)

Penyakit ini disebabkan oleh sejenis fungi iaitu Ervinia caratovora dimana ianya merebak lalu menyerang dahan dan batang. Pemerhatian saya mendapati apabila pokok diserang, ianya akan makan bahagian daun menjadi kuning pada cabang pokok yang dijangkiti. Jika berjangkit pada batang utama, kita dapat lihat  keseluruhan pokok akan menjadi kuning dimana kemudian daun gugur dan diikuti dengan mati rosot. Sering kita akan dapat 'Damar' yang  berwarna putih kekuningan pada kulit pokok dan tangkai buah. Akhirnya kulit menjadi lembut dengan keadaan reput yang basah dan memberikan bau yang busuk. Cara kawalan dengan membersihkan kawasan ladang untuk mengurangkan sumber penyakit. Buang dan bakar pokok-pokok yang diserang dengan teruk. Potong dan bakar bahagian pokok yang baru diserang. Bersihkan alat memangkas degnan disinfektan (alkohol 90% sodium hydroxide 10%) terlebih dahulu.

2. Penyakit Cendawan Angin 


Serangan penyakit Cendawan Angin disebabkan oleh sejenis kulat (Erytricum simoncolor) menyerang pokok nangka dimana kulat disebarkan melalui angin dan memusnahkan pokok nangka. Pengalaman saya di Projek Nangka Mastura di Segamat dan Mersing mendapati serangan penyakit ini menyebabkan petani kerugian apabila banyak pokok mati selepas diserang. Belum ada kaedah kawaalan yang pasti untuk mengawal masalah penyakit ini. Bagaimana pun kebersihan ladang, amalan agronomi dan pemantauan kerap membantu mengurangkan risiko penyakit ini.

PEROSAK NANGKA:

1. Pengorek Buah
(Margaronia caesalis) 
Serangga inia adalah dari kumpulan  jenis kupu-kupu. Kupu-kupu dewasa akan bertelur pada putik buah nangka dan telurnya akan menetas menjadi larva. Larva yang baru menetas dan yang saya tahu akan mengorek dan masuk ke dalam isi buah. Larva ini akan memakan buah dan meninggalkan lubang di permukaan buah. Bahan buangan atau fras dikeluarkan dari lubang ini. Cara kawalan paling baik dengan membalut buah dua minggu selepas berputik dengan karung kertas. Kawalan semburan dengan racun kimia boleh dijalankan tetapi kurang praktikal.

2. Pengorek Batang 
 (Apriona flavescens)
Ulat Pengorek Batang merupakan serangga daripada kumpulan KUMBANG. Kumbang dewasa akan bertelur dicelah-celah dahan dan telurnya akan menetas menjadi larva. Larva mengorek ke dalam batang dan mengambil masa lebih enam bulan untuk matang. Larva akan mengorek terowong di sepanjang ranting hingga ke dahan dan ke batang utama. Ia mengeluarkan frass melalui lubang yang dikorek. Kesan serangan apabila kita lihat yang daun dan pucuk menjadi kuning dan kering.  Cara kawalan dengan membuat cantasan atau potong dahan ranting dan dahan yang diserang kemudian kita dipangkas dan dibakar.

3. Lalat buah (Bactrocera spp).
Lalat Buah merupakan serangga perosak yang kritikal pada banyak jenis buah-buahan tropika. Lalat Dewasa lazimnya bertelur di dalam buah yang hampir masak. Telur yang menetas menghasilkan larzva atau ulat yang akan mengorek dan memakan isi buah. Cara paling mudah untuk mengawal adalah dengan membungkus buah apabila saiz mencapai 16-18 cm dengan karung kertas. Cara membungkus buah nangka dengan pelbagai bahan pembungkus. Saya ada mencipta alat APC-2 pada tahun 2000 yang menang Naib Johan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Malaysia bagi membalut putik buah nangka yang tinggi. Kaedah lain kawalan lalat buah dengan penggunaan umpan protein promar dicampur dengan racun perosak seperti malathion kemudian akan disemburkan ke daun. Penggunan bahan penarik methyl-eugenol untuk memerangkap lalat buah. Cara ini mudah dann praktikal dijalankan.

4. Kumbang Pemakan Daun 

(Apogonia spp dan Anderatus spp)
Kumbang ini sering menyerang daun muda dan pokok muda yang baru ditanam. Kesannya daun yang di makan akan rosak (terutamanya daun pucuk muda). Cara kawalan yang disyorkan adalah dengan membungkus buah apabila saiz mencapai 16-18 cm dengan karung kertas. Kaedah ini adalah digunakan sebagai halangan fizikal untuk mengelakkan lalat buah bertelur pada buah. Pastikan kawalan sempurna pada nangka untuk mendapatkan buah nangka berkualiti dan dan boleh dijual dengan harga premium.



Tanaman nangka merupakan satu jenis komoditi yang berpotensi untuk dimajukan dinegara kita dengan varieti yang sesuai dan pengurusan kebun mengikut Amalan Pertanian baik. Nangka yang dihasilkan boleh di jual segar atau pun melalui 'minimum process product' atau pun diproses menggunakan teknologi 'Vacuum Fry'. Galakan penanaman nangka diberikan melalui projek TKPM, Projek Kelompok dan juga projek komersil oleh pelbagai pihak. Diharap dengan memberikan maklumat mengenai perosak dan penyakit tanaman nangka memberikan ilmu berguna kepada pembaca.
Alat Pembalut Putik Nangka (APC-2)
PENYAKIT NANGKA.... MERBAHAYA SEKALI....
PEROSAK NANGKA....PERLULAH  DITELITI.....
KAWALAN IPM....PERLULAH DIPERHATI....
HASIL BERKUALITI....NAK  JUAL PUN PASTI....

By,
M Anem
Room 1204, Prime City Hotel,
Kluang, Johor,
Malaysia.
(20 JamadilAwal 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...