POKOK KETAPANG (Terminalia catappa) merupakan sejenis tumbuhan lazimnya liar tumbuh dikawasan tepi laut, tepi sungai dan sebagainya dikawasan tropika termasuk di Malaysia. Nama botani pokok ini merupakan yang paling saya ingat semasa mula belajar di Universiti dulu selain daripada nama botani Melastoma malabatricum.... senduduk lah tu. Pokok ketapang digunakan sebagai tanaman landskap oleh kebanyakan majlis daerah dan kerajaan tempatan sebagai pokok yang sesuai ditanam dikawasan taman bunga, tepi jalan dan dikawasan bangunan. Pokok yang sederhana besar atau kadang-kadang besar ini mampu tumbuh setinggi 25-35 meter dengan batang pokok yang juga besar. Kawasan letak kereta juga sering ditanam dengan pokok ini kerana ianya ketapang mempunyai kanopi lebar dan sesuai menjadi perlindungan dari panas matahari. Artikel malam sabtu ini saya tulis mengenai pokok ketapang dan teknologi yang berkaitan dengan tumbuhan ini.
Pokok ketapang merupakan tumbuhan yang tahan lasak dimana ianya mampu tumbuh dikawasan pelbagai jenis tanah dari tanah berpasir, tanah pantai , tanah gambut dan tanah bermasaalah asalkan kawasan tersebut tidak mudah untuk ditenggelami air. Pokok ketapang mudah ditanam dengan biji dari buah yang matang dimana pokoknya mudah tumbuh dalam keadaan hujan yang mencukupi. Buah ketapang yang terapung-apung dilaut pun jika diletak diatas tanah mudah tumbuh. Kesan air laut tidak ada pada biji dan mampu tumbuh. Lazimnya benih disemai dalam polibeg oleh pekerja majlis dareah sebelum ditanam di sepanjang jalan raya atau taman-taman. Pokok ini tidak mempunyai masaalah serangan musuh dan penyakit. Hanya tupai yang suka mengopek kulit pokok ketapang dan menjilat2 bahagian lembut pada batang pokok. Namun begitu, daun muda pokok ketapang disukai oleh serangga , kumbang dan ulat makan daun. Terdapat juga serangan Lalat Buah pada buah ketapang.
Buah Ketapang adalah jenis buah 'DRUPE' iaitu berbentuk bujur memanjang berukuran sekitar 3.5 - 7.0 cm panjang serta 2-5 cm lebar. Buah muda yang saya lihat selalunya hijau dan kemudian akan berwarna kuning atau kemerahan apabila telah masak. Buah ini mempunyai lapisan kulit yang tebal (3-6 mm tebal) dan banyak mengandungi jus serta ada lapisan dalam yang keras. Seolah-olah ada lapisan sel batu yang keras dan berserabut dengan pelbagai bentuk, saiz dan pelbagai warna. Siapa diantara pembaca yang pernah makan isi buah ketapang ?...mungkin anda akan setuju dengan saya yang rasa isinya pahit manis dan kurang sesuai dimakan. Bunga ketapang berada dalam jambak yang kecil berwarna putih kehijauan (Lihat foto) dan banyak komponen adalah bunga jantan. Jambak bunga keluar dari ketiak daun dengan ukuran 8 - 16 cm panjang.
Kajian di makmal mendapati kulit kayu pokok ketapang mengandungi Tanin yang tinggi (11-23%). Bahagian buah juga mengandungi Tanin sebanyak 6-20% begiitu juga dengan bahagian akar, daun dan kulit pokok. Kajian makmal juga mendapati daun ketapang mengandungi 12 jenis tanin yang boleh di proses melalui Hidrolisis. Kandungan Asid Galik, Asid Clagik, Korinlagen serta Asid Carbicylic Brevifolin juga terdapat pada bahagian daun. Kulit Pokok pula mengandungi Katecin, Epikateen, Asid gilik, Asid Elagik dan Leucosianidin. Biji buah ketapang kaya dengan minyak (54%), Asid Palmitik (52%) dan Protin (27%). Isi biji kering pula mengandungi 25% protin, 6% Gula dan 16 jenis kumpulan Asid Amino.
Pokok Ketapang selain daripada untuk dijadikan pokok hiasan dan landskap untuk apa agaknya?... Dalam membuat rujukan pada buku O.H. Chooi saya mendapati ada orang yang makan biji buah ketapang setelah biji tersebut dipanggang dulu. Ada maklumat menyatakan minyak dari biji ketapang boleh dijadikan minyak masak. Buah ketapang yang masak juga boleh dimakan oleh sesiapa yang suka. Bahagian paling berguna dari pokok ketapang adalah batang kayunya yang keras dimana boleh dibuat perabot, perahu, bahan binaan dan juga bahan bakar yang baik. Bagaimana pun saya dapat lihat yang kayu ketapang tidak boleh diletak atas tanah kerana sangat disukai oleh anai-anai (termites). Walau pun daun, kulit kayu dan akar ada yang digunakan untuk proses menyamak dan mewarna, ianya jarang kita dilihat di Malaysia tetapi diaplikasikan di India dan Sri Lanka. Terdapat sejenis ulat sutera (Indian Silt Worm) yang makan daun ketapang untuk penternakannya.
Khasiat dari tumbuhan pokok Ketatang jarang-jarang di bincangkan. Mana ada orang yang minat hendak mengkaji khasiat pokok ketapang yang ditanam disepanjang jalan?. Paling asas adalah kegunaan bahagian akar pokok yang direbus dan airnya diminum untuk untuk rawatan deman panas, masaalah hati , masaalah hempedu, cirit birit dan disenteri. Air ini juga boleh disapu pada kudis, bisul atau sakit puting payu dara bagi ibu yang menyusukan anak. Biji ketapang yang dimakan boleh melawaskan buang air besar dan merangsang air susu tetapi AWAS!, kalau makan terlalu banyak akan akibatkan cirit birit pula. Ada petua pula agar sesiapa yang makan biji ketapang bersama sarang lebah akan mampu menghilangkan bau busuk kentut dan elakkan najis berdarah. Satu khasiat dari buah ketapang adalah apabila direbus dan diminum akan merawat demam panas, cirit birit dan juga masaalah asma (semput).
DAUN Ketapang merupakan bahagian paling berkhasiat. Daun ketapang boleh dijadikan ubat pupuk rawatan sakit tulang (Rheutisme) dan jika daun2 dihancurkan dan dimasukkan dalam air mandian akan menghilangkan masaalah ruam. Air rebusan daun juga bertindak sebagai tonik yang mampu menghentikan masaalah cirit. Ia juga didakwa mampu menghentikan masaalah batuk berdarah dan juga mengatasi masaalah cacing dalam perut dan usus kita (daun merah). Paling penting adalah daun ketapang yang hendak digunakan mestikan bersih, tidak berpenyakit dan bukan yang ditanam ditengah-tengh lebuhraya yang banyak asap atau ada logam berat. Penyakit kulit juga boleh dirawat dengan menghancurkan daun ketapang, dicampur dengan minyak biji ketapang dan sapukan pada tempat sakit kulit. Daun ketang yang dipanaskan dan diletakkan pada bahagian sendi yang sakit mampu mengurangkan masaalah tersebut termasuk juga masaalah rheutismae. Mungkin fakta diatas adalah panduan sahaja...TAK CUBA TAK TAU...Wasallam.
POKOKNYA RENDANG...POKOK KETAPANG...
BUAHNYA DRUPE...MUDAH DIBIAKKAN....
DAUN GUGUR...SAMPAI SEMUA LAPANG....
BANYAK KHASIAT...ASALKAN JANGAN BUANG....
By,
M Anem
Dewan PLPP< Jalan Besar, Sg Merab,
Bangi, Selangor,
Malaysia.
(6 JamadilAkhir 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.