HALWA BETIK adalah satu produk proses daripada buah Betik (Carica papaya) yang merupakan sejenis produk tradisional semenjak dulu kala. Zaman dulu ketika Hari Raya dan mengikuti rombongan marhaban dari rumah ke rumah seluroh kampong , kuih halwa betik merupakan antara kuih yang menjadi buruan zaman kanak-kanak kerana rasanya sedap dan sangat manis selain daripada warnanya dan bentuknya yang menarik. Halwa Betik disediakan untuk tetamu yang berkunjung pada sambutan Hari Raya dan yang saya ingat memang setahun jumpa sekali sahaja...itu tahun 1970'an.... Pada masa ini halwa betik mudah didapati atau dibeli di Pasar Malam, di hypermarket dan banyak lokasi lagi yang dijual secara komersil, sedap dan cara yang bersih. Malam ini saya menulis sedikit mengenai teknologi membuat Halwa Betik dalam "Anim Agro Technology" berdasarkan daripada pengalaman lama dan beberapa rujukan dari buku yang saya baca.
Halwa Betik menggunakan bahan asas BETIK, GULA PASIR, GULA BATU, KAPOR SIREH dan BEKAS penyimpanan serta beberapa peralatan untuk membuatnya. Pilih betik yang telah tua sekitar 1 kg dan pastikan buah belum masak sepenohnya atau pilih yang cukup tua. Buah dibasuh dan kemudian buang kulitnya menggunakan pisau tajam dan potong mengikut kehendak dan rekabentuk Halwa yang hendak dibentuk. Basuh sehingga bersih setelah dikupas daripada getah (jika ada). Bagi tujuan buat halwa untuk jualan komersil maka tidak mementingkan bentuk halwa tetapi jika untuk tujuan hantaran meminang atau hantaran kahwin perlu dibuat bentuk khas. Ada yang memotong seperti dadu, panjang, lonjong dan nipis bagi tujuan jualan. Bentuk Bunga Ros, Kupu-kupu, Daun, Bunga Raya, Kapal, buah dan apa juga bentuk dibuat menggunakan pisau tajam.
Kreativiti mengukir Halwa Betik untuk Barang Hantaran memerlukan idea yang betul-betul sesuai untuk dibuat gubahan. Potongan-potongan betik tadi perlu diikat atau dilekatkan menggunakan pin bagi melekatkan dan membentuk gubahan yang dhendak dibuat. Panaskan air dan masukkan ukiran tadi kedalam air panas selama 3-5 minit. Lepas itu angkat dari periok dan toskan sehingga agak kering. Bahasa kampong yang mudah untuk difahami aktiviti ini adalah namanya 'mencelur' ukiran dan potongan buah betik dalam air panas. Setelah tos maka rendam potongan betik tadi didalam air kapor selama satu hari atau lebih kurang 24 jam. Apakah gunanya rendam dalam air kapor?.... Tujuannya adalah untuk mengeluarkan air dalam potongan buah betik dan meneuteralkan rasa betik (Kapor kan alkali).
Angkat dan bersihkan potongan halwa dan masak 200 gram gula dalam air sehingga semuanya larut dan sejukkan. Jika hendak campur bahan perwarna masukkan ketika masak gula tadi sama ianya warna Hijau (Daun), Merah (Bunga Ros), Kuning (Bunga) dan sebagainya mengikut kreativiti. Kemudian masukkan halwa kedalamnya dan simpan selama 24 jam lagi. Keesokkan harinya buang air gula tersebut. Masak sebanyak 300 gram gula lagi dalam air dan sejukkan. Masukkan halwa tadi kedalamnya dan simpan selama 24 jam lagi. Ulangi proses tersebut beberapa kali sehingga semua 1 kilogram gula tadi habis diserap oleh halwa betik. Penggunaan campuran gula batu dengan gula pasir akan menambahkah lagi keenakan, kerangupan dan kecantikan halwa betik. Peringkat akhir membuat halwa betik adalah menjemur sehingga kering halwa tersebut. Mungkin proses membuat halwa agak leceh dan lama tetapi sebenarnya ia merupakan kaedah pengawetan paling asas sekali.
Halwa yang telah siap tadi boleh disimpan, digred atau pun di bungkus untuk dijual dipasaran. Selalunya halwa betik yang dijual dipasar malam berharga RM 4.00 0 RM5.00 setiap 100 gram tetapi kalau di Hypermarket mencecah RM 8.00 /100 gram. Halwa Betik untuk hantaran pula akan dihias dengan beberapa bahan lain seperti daun sireh, ceri, buah-buahan dan sebagainya bagi tujuan keunikan gubahan. Halwa Betik memang mengandungi Gula yang tinggi dan tahan disimpan lama. Khasiat halwa betik memang ada tetapii kurang baik kepada mereka yang ada masaalah diabetis. Saya fikir kalau ada usahawan yang berminat boleh mencuba memproses halwa betik sebagai permulaan untuk berniaga.
HALWA BETIK ....MANIS RASANYA...
MUDAH DIPROSES...SENANG CARANYA...
BUAT HANTARAN...CANTIK GUBAHANNYA...
KENA KREATIF....BERBALOI JODOHNYA....
By,
M Anem
Putrajaya,
Malaysia
(9 JamadilAkhir 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.