Lumut atau Moss sejenis tumbuhan hijau dari keluarga BRYOPHYTA yang tumbuh diatas tanah terutama dikawasan lembab yang banyak air. Walau pun lumut kebanyakannya berwarna hijau di Malaysia tetapi lazimnya tetapi terdapat juga lumut berwarna merah, kuning dan sebagainya di negara lain. Lumut masih menyukai tempat yang lembab dan basah. Lumut yang hidup di air jarang kita jumpai, kecuali lumut gambut (Sphagnum spp.). Di Malaysia terdapat sebuah bandar penting dipanggil Bandar Lumut yang terletak di Perak iaitu satu pelabuhan masuk untuk pergi ke Pulau Pangkor. Sejarah Bandar Lumut mungkin juga berasal dari tumbuhan lumut yang mungkin banyak didapati dikawasan tersebut masa dulu oleh penduduk tempatan. Artikel pagi 20 Ramadan saya menulis tumbuhan jenis lumut yang saya baca dari beberapa buah buku dan pengalaman penulis sendiri.
Tumbuhan lumut adalah tumbuhan pada asasnya berwarna hijau dengan ketinggian 1-4 cm dan tumbuh secara berkelompok dikawasan terbuka atau dibawah naungan dan perlukan sedikit cahaya matahari untuk tumbuh. Lumut tidak mempunyai bunga atau bijibenih tetapi mempunyai daun berbentuk mudah (Simple leaf) dan kebanyakannya mempunyai bulu atau rambut halus. Lumut menghasilkan spora didalam kapsul khas yang akan disebarkan untuk pertumbuhan lumut baru. Lumut tumbuhan dari kumpulan Byrophyta mempunyai 7 kelas atau jenis iaitu Kelas Takakiosida, Spagnosida, Andreosipda, Andreobyropsida, Oidipoiopsida, Politryiopsida, Tetraphidopsida dan Byropsida.
Lumut seolah-olah mempunyai bahagian akar tetapi yang sebenarnya Akar tidak ada dimana tumbuhan ini melekat dengan organ Rhizoid (akar halus). Tumbuhan lumut merupakan bentuk peralihan antara tumbuhan jenis Talus (Talofita) dengan tumbuhan jenis Kormus (Kormofita). Bahagian daun lumut menjalankan proses fotosintesis dimana bahagian daun ini yang mengandungi KLOROFIL memerlukan cahaya matahari, air dan makanan serta udara untuk menjalankan proses fotosintesis. Lumut merupakan tumbuhan yang perlukan persekitaran lembab untuk hidup. Jika kawasan menjadi kering dan panas maka lumut akan mati.
Di Malaysia dan kawasan tropika yang lain, tumbuhan lumut tumbuh di berbagai tempat terutama di atas batu atau tanah lembab yang dapat cahaya matahari. Lumut yang hidup pada daun-daun disebut sebagai Epifil. Jika pada hutan banyak pohon dijumpai epifil maka hutan demikian disebut hutan lumut. Kajian oleh ahli botani menunjukkan bahawa tumbuhan lumut mempunyai akar dan batang yang tidak mempunyai pembuluh pembawa makanan (di panggil sebagai Xylem dan Phloem). Bagaimana pun lumut terdapat organ pembiakan yang di panggil sebagai Gametangia (alat-alat kelamin) yang di juga dikenali sebagai Alat kelamin Jantan disebut Anteridium yang menghasilkan Spermtozoid dan juga Alat Pembiakan betina disebut Arkegonium yang menghasilkan Ovum. Jika kedua gametangia terdapat dalam satu individu disebut berumah satu (Monoesius). Jika terpisah pada dua individu disebut berumah dua (Dioesius). Gerakan spermatozoid ke arah ovum berupakan Gerak Kemotaksis dimana adanya rangsangan zat kimia berupa lendir yang dihasilkan oleh sel telur.
Kajian juga mendapati lumut akan menghasilkan Sporogonium iaitu badan yang menghasilkan spora. Spoorogonium ini terdiri dari 3 bahagian iaitu Bahagian Vaginula (kaki), Bahagian Seta (tangkai) dan Bahagian Apofisis (ujung seta yang melebar). Terdapat juga bahagian yang dipanggil sebagai Kapsul atau Kotak Spora yang terdiri daripada Kaliptra (tudung) dan Kolumela (jaringan dalam kapsul spora yang tidak ikut membentuk spora). Spora lumut bersifat haploid.
CONTOH-CONTOH SPESIES LUMUT
a. Kelas HEPATICAE (lumut hati) :
Marchantia polymorpha dimana bentuknya pipih seperti pita dan terdapat laporan dimana dahulu digunakan untuk mengubati masaalah penyakit hepatitis. Kajian klinikal oleh pakar-pakar masih dijalankan untuk tujuan ini.
b. Kelas MUSCI (lumut daun) :
Dalam kelas lumut daun terdapat 4 jenis lumut yang sering dijumpai iaitu seperti berikut :-
- Sphagnum fimbriatum
- Sphagnum acutilfolium
- Sphagnum squarrosum
- Sphagnum ruppinense
Lumut belum banyak dikaji mengenai penggunaanya untuk kegunaan manusia. Pada masa ini lumut dianggap tumbuhan yang berfungsi sebagai tumbuhan semulajadi yang terdapat dikawasan lembab yang menstabilkan ekosistem sesuatu lokaliti. Keujudan lumut dikawasan lembab, berair, terlindung dan semulajadi ini menunkukkan kawasan tersebut masih bebas dari pencemaran bahan-bahan kimia. Kegunaan lumut hanya ditumpukan sebagai tumbuhan hiasan yang digunakan sebagai hiasan didalam rumah, dinding atau dikawasan taman-taman bunga awam yang cantik dan indah. Pakar sains masih membuat kajian mengenai genes dalam lumut untuk kegunaan biakbaka dan kajian mengenai khasiat lumut untuk kesihatan manusia.
PEKAN LUMUT...DINEGERI PERAK....
LUMUT HIJAU...TUMBUH BERSELERAK....
KAJIAN LANJUT...PERLU DI GERAK...
LUMUT BERGUNA...BOLEH DI TERNAK?...
By,
M Anem
Pct 11
Pyjaya
Malaysia
(Subuh 5.35 pagi, 20 Ramadan)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.