Support My Blog

Thursday, August 18, 2011

Nama Lain - MENGKUDU

Mengkudu (Morinda citrifolia L.) adalah sejenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat di negara Malaysia sebagai tanaman mempunyai khasiat untuk makanan kesihatan. Mengkudu berasal dikawasan Polinesia terutamanya di kawasan Tropika dan Kepulauan Pasifik. Orang dari kawasan Polinesia dipercayai telah menggunakan mangkudu untuk tujuan kesihatan semanjak 100 tahun dulu. Dari segi klinikal, Dr. Ralph M. Heninicke, Ahli Biokimia dari University of Hawaii, Amerika Syarikat merupakan seorang perintis yang mengkaji buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau menemui kompoun alkoloid "proxeronine" dalam buah mengkudu secara tidak sengaja ketika mengkaji enzime "bromelin" dalam buah nenas. Kandungan "proxeronine" dalam buah mengkudu adalah 800 kali berbanding paras yang terdapat dalam buah nenas.
Jadi dilaporkan buah mengkudu amat berguna kepada kesihatan manusia. Buah mengkudu mengandungi zat pencetus "xeronine" yang dipanggil sebagai zat  "proxeronine". Artikel subuh 18 Ramadan ini saya menulis mengenai nama-nama lain tanaman buah mengkudu berdasarkan beberapa rujukan dalam buku dan laman sesawang untuk rakyat Malaysia.



Kepentingan xeronine didalam mengkudu dilaporkan seperti berikut :
1) Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.


2)Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus kecil - sekali gus mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.


3) Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.


4)Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan. Biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam, atau di dalam beras. Apabila sudah masak ia boleh dimakan begitu sahaja. Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan.


5) Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin. Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit Malaria. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak.


Nama-nama lain bagi buah mengkudu adalah seperti berikut :-

BENGALI :
Ach, Bartundi, Hurdi, Surangi.


BURMESE :
Mhanbin, Neihpahsae, Yaiyae.


CHINESE :
Hai ba ji, Wu ning (Singapore), Luo ling (Singapore, Taiwan).
DUTCH :
Noni, Kaasvrucht, Stinkend kaasvrucht.


ENGLISH :
Beach mulberry, Canary wood (Australia), Great morinda, Indian mulberry, Large-leaved morinda, Noni (Hawaii), Noni fruit, Noni plant, Nonu (Samoa), Pain killer tree (Caribbean), Rotten cheesefruit (Aust.).


FRENCH :
Nono (Tahiti).


GERMAN :
Indische Maulbeere, Indischer Maulbeerbaum, Indischer Maulbeerstrauch, Noni-Baum.


GUJARATI :
Saraoji, सुरंगी Surangi.


HINDI : आल Aal, आक Aach, Ak, Ashi , Barraal, बारतुन्डी Bartundi, Surangi.


KANNADA : Al, Mulgul, Tagase maddi.


MALAY : Bengkudu, Bengkudu daun besar, Bengkudu laki-laki, Mengkudu (Malaysia/Indonesia), Pacel (Indonesia).


MALAYALAM : Kattapitavalam, Manjanathhi, Manjanatthi, Mannanatti, Mannapavatta.


MARATHI : Aal, Ach, Al, Aval, Nagakuda, Nagakunda, Surangi.


NEPALESE : Hardikath.


ORIYA : Pindre.


PORTUGUESE : Pau-azeitona.


RUSSIAN : Моринда Ситрифолиа , Моринда лимонолистная


SANSKRIT : Achuka, Achchhuka, Ashyka, Ashyuka


SINHALESE : Ahugaha, Yhugaha.


SPANISH : Huevo de reuma (Dominican Republic), Mora de la India, Noni (Puerto Rico).


TAGALOG : Bankudo.


TAMIL : மஞ்சணாறி Mancanaari, Munja pavattay, நுணா Nunaa, Periyanuna, வெள்ளைநுணா Vellainunaa.


TELUGU : Maddi chettu, Mogali, Molagha, Molugu, Mulugu, Togaru, Togarumaddi, Togarumogali.


THAI : มะตา สือ Mata suea (Northern Thailand) , แยใหญ่ Yae yai (Karen), ยอ Yor , ยอบ้าน Yo ban.


URDU : Achu.


VIETNAMESE :
Cây nhàu, Trái nhàu.


VISAYAN :
Bancudo, Bangcudo, Nino.

Macam-macam nama mengkudu diberikan kepada tumbuhan ini diseluroh dunia. Kalau kita hendak membeli produk mengkudu pastikan daripada sumber yang telah dibuktikan secara klinikal mempunyai nilai permakanan dan kesalamatan yang baik. Penanaman mengkudu di Malaysia kini agak 'senyap' berbanding beberapa tahun dahulu dimana ramai petani dan usahawan berebut-rebut ingin menanam tanaman mengkudu. Pokok mengkudu mudah ditanam dan diurskan kerana tahan serangan perosak dan penyekit serta cepat berhasil. Potensi penanaman mengkudu di Malaysia tetap tinggi dengan syarat kos pengeluaran dan terdapat pembeli tetap yang mahu memproses produk mengkudu secara komersial.


TANAM MENGKUDU...SENANG DIJAGA....
CEPAT BERHASIL...BANYAK BUNGA...
HASIL KELUAR...SEPANJANG MASA...
PROSES SENDIRI.. SANGAT BERGUNA?...


By
M Anem
Pct 11,
Putrajaya
Malaysia
(Subuh 6.20 pagi ; 18 Ramadan)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...