Support My Blog

Thursday, August 25, 2011

PIANGGANG

PIANGGANG (Leptocorisa varicornis) adalah sejenis serangga dari keluarga Alydidae iaitu kumpulan Hemiptera yang berbau busuk dan sering merosakan tanaman terutamanya padi. Serangga ini juga mampu merosakan tanam-tanaman lain yang terdapat di dalam kebun di negara kita. Pianggang merupakan serangga yang digelar sebagai RICE GUNDI BUGS dalam sawah padi dengan menghisap cairan susu semasa pembentukkan padi dari biji padi yang mula terbit. Artikel subuh 25 Ramadan ini saya sempat menulis serangga pianggang yang telah dikenali dulu lagi semasa membantu keluarga membuat sawah padi di Sawah Ring, Muar pada tahun 1970'an.


Pianggang mempunyai bentuk badan yang mudah dikenali dimana warnanya sama ada hijau atau coklat mempunyai bentuk badan yang bersegi dibahagian abdomennya. Serangga ini apabila dipicit akan mengeluarkan bau yang amat busuk dan ini merupakan ciri khusus pada serangga ini. Pianggang bertelur pada tangkai atau daun padi yang rata (flat eggs) dalam satu baris berwarna kehitaman.Pada peringkat nymph ianya berwarna kehijauan yang kurus dengan mempunyai sepasang kepak berwarna jernih dan berkaki.


Kaedah kawalan yang boleh dijalankan untuk pianggang ialah dengan memusnahkan perumah gantian serangga ini di luar musim padi. Serangga ini cepat membiak dengan keadaan cuaca panas kering yang berpanjangan dan hujan lebat membantu mengurangkan populasi pianggang dalam sawah. Dari segi kawalan IPM boleh disemburkan dengan larutan 5% ekstrak neem terus dimana ianya dapat mengurangkan kehadiran pianggang dalam sawah. Semburan dengan racun kimia komersil juga mengurangkan populasi serangga ini pada tahap penyemburan yang dianngap kritikal sahaja.


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Subuh jam 5.45 pagi ; 25 Ramadan)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...