mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, March 27, 2020

CHLOROQUINE DARI POKOK CHICHONA

POKOK CINCHONA (Cinchona pubesens) atau Quinine tree atau Quina merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Rubiaceae yang di ketahui oleh dunia perubatan sebagai tumbuhan yang dapat menyembuhkan penyakit Malaria. Bagaimana terkini apabila ada pandemik Covid-19 ada didakwa ia mampu digunakan untuk elakkan virus maut ini. Dalam internet telah banyak diperkatakan mengenai bahan 'Chloroquine' yang akan dikaji keberkesanannya didalam mengawal wabak Covid-19 ini. Saya telah menulis mengenai pokok chichona ini dalam blog ini pada tahun 2011 (Sila klik disini).  Banyak negara diseluruh dunia ini yang mana telah menjalankan perintah 'Lockdown' termasuk Malaysia didalam memaksa rakyatnya berada dialam rumah untuk elakkan merebaknya virus covid-19. Lockdown ini selama 30 hari ini merupakan langkah halang atau memutuskan rantaian renakan viris ini. Berbalik kepada bahan chloroquine ini yang dipercayai dihasilkan daripada tumbuhan yang dikatakan mempunyai 38 spesis dan ianya dipercayai berasal atau natif daripada Amerika Selatan dan hutan tropika. Bagaimana pun dipercayai tumbuhan ini boleh di tanam dan hidup subur di Malaysia dan Indonesia kerana ianya memang sesuai di sini. Tumbuhan ini didakwa telah disebarkan oleh penjajah Inggeris dan Belanda dan dilaporkan kini banyak di tanam di Sri Lanka dan Indonesia. Nama Cinchon berasal dari keluarga raja Countess of Chinchon dari negara Sepanyol yang telah sembuh dari penyakit Malaria setelah mereka menggunakan kulit kayu tersebut pada kurun ke 17 dana nama ini kekal digunakan sehingga sekarang. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mengupas beberapa maklumat mengenai Pokok Quinine atau Pokok Cinchona berdasarkan kepada pembacaan daripada buku " An introduction of the botany of tropical crops" karangan L.S. Cobley terbitan Longman pada tahun 1975 dan produk choloquine yang didakwa mampu merawat wabak pandemik covid-19 yang belaum dipastikan lagi keberkesanannya walau pun terbukti ia adalah ubat terbaik merawat malaria. 


Pokok Chinchona atau Pokok Quinine ini tumbuh liar secara semulajadi di kawasan hutan di pergunungan tropika Amerika Selatan dan khususnya di Peru. Kini tanaman cinchona ini ditanam dibeberapa negara di Asia khususnya di Sri Lanka dan Indonesia (khususnya Pulau Jawa) dan di benua Afrika dengan anggaran keluasan sekitar 2,500 hektar CHE. Pokok ini dipanggil juga sebagai Chinchona, Chinchona Bark, Peruvian Bark dan Quinine Bark. Tumbuhan ini adalah berbentuk pokok yang menegak dengan ketinggian kira-kira 5-25 meter bergantung kepada spesis dan kesuburan tanah. Daunnya berwarna hijau dengan cara susunan bertentangan (opposite) berbentuk 'lancolate' bulat dengan ukuran 10-40 cm panjang. Bunganya berwarna putih , pink atau ungu yang terbit di bahagian pucuk panicle yang lazimnya berbebtuk memanjang. Kadang-kadang bunganya diseliputi rambut-rambut yang menyebabkan bentuk bunga agak kurang jelas. Buah Cinchona terbentuk dalam kapsul yang mengandungi banyak biji. Pokok chichona didakwa boleh mula di tuai pada umur 4-6 tahun selepas ditanam bergantung kepada spesis dan cara pengurusan tanaman. Kaedah menuai dibuat dengan melakukan penjarangan dan iaitu mencabut pokok tersebut sehingga berumur 10-12 tahun dimana semua pokok akan di tuai. Kaedah ini berbeza mengikut spesis dan negara iaitu jika pokok jenis besar cuma di kopek kulitnya sahaja. Kaedah menuai adalah dengan mencabut semua pokok bukan dengan menotong atau mencantas kerana kandungan alkoloids dalam bahagian kulit bawah dan dalam akar adalah lebih banyak daripada bahagian dahan atas dan pucok. Selepas di cabut maka kulit bahgian akar dan batang di kopek dan kemudian di keringkan dibawah panas matahari atau oven pengering dengan suhu terkawal. Kulit yang telah dikeringkan akan di gredkan dan disimpan sebelum dijual sebagai bahan untuk menghasilkan quinine. Kini bentuk serbuk menjdi pilihn pembeli produk quinine kerana lebih mudah dan senang untuk digunakan.

Berita TV SCTV Indonesia yang bertajuk "Disebut Jadi Obat Corona, Apa Itu Avigan dan Chloroquine?" sesuai dipetik dari Jakarta mengenai perkara ini. Dilaporkan dimana  Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) umumkan negara itu akan mengeluarkan penawar chloroquine iaitu ubat anti-malaria yang diuji sebagai bentuk perawatan COVID-19. Menurut beliau sebuah syarikat farmaseutikal milik kerajaan, PT Kimia Farma akan menghasilkan penawar yang diekstrak dari pokok cinchona yang biasa didapati di negara Indonesia itu. Pokok ini yang berasal daripada Peru dan Amerika Selatan telah dibawa oleh penjajah Belanda untuk ditanam di Indonesia. Ia hisup subur dikawasan hutan tropika.Sehingga artikel ini ditulis memang banyak laporan dihasilkan dimana memang belu atau tidak ada ubat atau antivirus untuk COVID-19, tetapi kita mengambil pengalaman dari negara-negara lain dimana chloroquine didapati dapat digunakan untuk membantu pesakit sembuh dari penyakit. Presiden Jokowi menyatakan demikian semasa membuat lawatan di perkampungan atlet Sukan Asean di Kemayoran, Jakarta yang telah dijadikan hospital khas untuk merawat pesakit COVID-19. Jokowi berkata dimana penawar itu tidak boleh didapati di kedai ubat kerana ia hanya akan diberi selepas mendapat kelulusan doktor. Jelasnya lagi, kerajaan juga telah memperoleh tiga juta tablet chloroquine yang mana boleh didapati di hospital. Chloroquine yang lazim digunakan untuk merawat malaria juga telah disyorkan oleh China yang mendakwa ia berkesan dalam memerangi penyakit ini. 

Laporan berita Liputan 6 juga menyatakan dimana seorang profesor farmakologi dan farmasi klinik di Universiti Padjadjaran, Keri Lestari berkata yang negara Indonesia mengimport chloroquine sebagai bahan mentah untuk menghasilkan ubat anti-malaria akan tetapi tidak mustahil untuk menghasilkan semula penawar itu dengan semua bahan tempatan. Indonesia dilaporkan boleh menghasilkan penawar dari bahan yang sama yang dipanggil quinine sulfate. Bagaimana pun lebih banyak kajian diperlukan untuk para saintis dapat menilai keberkesanannya. Menurut Prof Keri lagi pihak kerajaan perlu memanfaatkan kemungkinan mengeluarkan penawar menggunakan bahan tempatan akibat kekurangan stok global. Indonesia dilaporkan mempunyai makmal di Universiti Padjadjaran, Universiti Airlangga dan Universiti IPB untuk menjalankan ujian yang diperlukan. Amerika Syarikat kini dilaporkan menguji chloroquine untuk menentukan sama ada ia sesuai untuk rawatan. Penawar ini masih bagaimana pun masih di bawah percubaan klinikal di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bersama dengan ubat anti-flu favipiravir, yang juga dikenali sebagai Avigan; gabungan dua ubat HIV, lopinavir dan ritonavir; dan penawar Ebola.

Sementara itu di Arizona USA dilaporkan dimana seorang lelaki maut akibat ambil chloroquine untuk cegah COVID-19. Ia dilaporkan telah meninggal dunia selepas menelan chloroquine phosphate kerana ia dipercayai dapat melindungi diri daripada dijangkiti COVID-19. Isterinya yang turut mengambil bahan kimia tersebut kini menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan kritikal. Bahan toksik yang diambil oleh pasangan tersebut bukan merupakan ubat yang sering digunakan untuk merawat malaria. Sebaliknya, bahan yang diambil mereka adalah terkandung dalam rawatan parasit yang digunakan untuk ikan. Dalam satu temubual bersama media tempatan NBC News, isteri mangsa tersebut mendapat tahu tentang bahan itu apabila Presiden AS, Donald Trump dalam satu sidang media telah mengemukakan beberapa manfaat mengambil chloroquine. Walaupun masih tiada ubat yang disahkan mampu menjadi penawar atau pencegah COVID-19, terdapat beberapa kajian yang mencadangkan bahawa bahan tersebut boleh digunakan untuk tujuan terapi. “Saya lihat [rawatan parasit ikan] terletak di rak dan terfikir, bukankah itu bahan yang disebut di televisyen?” kata isterinya. Justeru, pasangan dalam lingkungan usia 60-an tersebut mencampurkan chloroquine bersama cecair lain untuk diminum dengan harapan untuk elak dijangkiti koronavirus. “Kami takut sekiranya jatuh sakit,” katanya.  Hanya dalam tempoh masa 20 minit, kedua-dua mereka mula rasa sakit dan pening. “Saya mula muntah. Suami saya pun mula mengalami masalah pernafasan,” kata wanita tersebut kepada NBC News. Susulan itu, wanita berkenaan menghubungi talian kecemasan dan sejurus tiba di hospital, suaminya meninggal dunia. Semuga artikel ini memberi infoo berguna kepada anda pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!...
 POKOK CHICHONA... ADA GUNA...
DAHULU DIGUNA...RAWAT MALARIA..
PANDEMIK COVID-19... SATU DUNIA...
SETELAH BACA... ADA MAKLUMATNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Preciint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(2 Syaaban 1441H).
STAY HOME... ELAKKAN JANGKITAN COVID-19.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...