mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, February 22, 2020

KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN MERACUN (Part 2)

MENYEMBUR RACUN (Chemical spraying) merupakan satu aktiviti yang lazim dilakukan di kebun atau ladang bertujuan mengawal perosak atau pun rumpai.Racun terdiri daripada banyak jenis dan foemulasi dimana rujuan penyemburan adalah untuk mematikan rumpai atau membunuuh patogen yang menyebabkan penyakit dan perosak (serangga) yang menyerang tanaman. Penulis blog yang berpengalaman lebih 38 tahun didalam sektor pertanian di Malaysia ada menulis banyak artikel mengenai jenis-jenis racun, kaedah penggunaan dan sebagainya untuk dijadikan bahan rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Pengendalian sebelum, semasa dan selepas aktiviti meracun amat penting diamalkan agar keselamatan diutamakan. Pada saya pengenalan dalam usaha untuk mengelakkan dan mengawal kesan bahaya (hazard) kepada manusia dan alam sekitar, langkah-langkah yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut: Apa yang penting dimana petani atau pengusaha ladang dikehendaki dalam menyediakan PPE (Personel Protection Equipment) yang lengkap dan memastikan penggunaannya. Dalam pada itu pekerja ladang perlu diberi latihan mengenai penggunaan RMP secara berhemah. Pengusaha ladang atau petani perlu melupuskan baki bancuhan RMP, RMP lapuk (obselete), air bilasan peralatan dan bekas RMP kosong mengikut kepada peraturan dan undang-undang semasa yang berkenaan. Sebaiknya semua peralatan semburan yang sedia digunakan hendaklah bersesuaian dengan jenis dan keadaan tanaman, dikalibrasi dan perlu diselenggara. Sebarang kesilapan semasa aktiviti meracun boleh mendatangkan ancaman keselamatan atau bahya kepada diri merka sendiri, orang lain, haiwan ternakan, tanaman serta alam sekitar. Amat penting aktiviti meracun ini mengikuti langkah-langkah keselamatan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian sebagai langkah berterusan untuk diamalkan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kepentingan meracun dan perlindungan serta peralatan yang perlu semasa meracun untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Perkara penting didalam mengendalikan racun RMP adalah termasuk kebersihan diri dimana ia paling utama dipatuhi dan diamalkan sentiasa. Antara beberapa langkah berjaga-jaga yang perlu dipatuhi adalah termasuk membasuh tangan dan muka sebelum makan, minum atau merokok. Patuhi amalan sepertii elakkan makan makan, minum atau merokok semasa melakukan kerja. Kemudian jangan sentuh muka atau bahagian kulit lain yang terdedah dengan sarung tangan atau tangan yang kotor. Basuh sarung tangan (jika dipakai) sebelum menanggalkannya. Sentiasa amalakn membasuh dengan segera jika RMP tumpah dan terkena anggota badan. Apabila balik pastikan mandi dengan segera setiap kali selesai melakukan kerja berkaitan RMP. Badan dan rambut haruslah dibasuh sebersih-bersihnya dengan bahan pencuci dan air. Kepada pakaian speerti baju yang diguna semasa bekerja haruslah ditukar setiap hari. Semua jenis peralatan unutuk menyembur racun termasuk pakaian harus selalu dicuci atau dibersihkan bagi menyingkirkan segala jika berlaku kontaminasi. Pastikan untuk menyimpan atau menempatkan pakaian yang telah digunakan jauh daripada pakaian yang lain dan daripada pakaian kotor keluarga. Saki baki racun RMP yang masih ada pada pakaian kerja itu boleh mencederakan mereka yang menyentuhnya. Jadi jangan biarkan kanak-kanak atau haiwan peliharaan terdedah dengannya. Dalam skim persijilan My GAP ada digariskan dimana semua bahan kimia mesti disimpan didalam setor mengikut kaedah MyGAP yang mengasingkan antara racun rumpai, racun kulat, racun rumpai dan sebagainya dan dilabelkan dengan jelas mengikut sususan yang distorkan didalam setor. Dalam pada itu kena pastikan orang yang akan membasuh pakaian kerja itu tahu tentang bahaya yang mungkin berlaku. Jangan basuh pakaian kerja bersama dengan pakaian kotor keluarga. Ini demi menjaga agar tidak berlaku percampuran pakaian seterusnya melibatkan konyaminasi. Kemudian perlu dipastikan semua langkah keselamatan pada label produk telah dipatuhi kerana racun mempunyau darjah kebisaan, kaedah tindakbalas bahan perawis dan penggunaan yang berlainan. Jika berlaku pendedahan kepada organ mata (ocular) dimana ia boleh berlaku semasa mencampur dan mengisi tangki, semasa membilas bekas, atau semasa menyelenggara penyembur. Kesannya dimana ia boleh mengakibatkan kerosakan penglihatan buat selama-lamanya dan mungkin menjadi buta. Pendedahan ocular boleh juga dielakkan dengan memakai goggle semasa menjalankan aktiviti ini. Bagi keselamatan lebih lanjut sebaiknya perl disediakan alat pernafasan kartrij kimia bertujuan agar dapat meminimumkan pendedahan penyedutan ketika aktiviti mengendalikan semua jenis racun diladang terutamanya semasa mencampur, mengisi tangki, membilas bekas dan menyelenggara alat penyembur.

Keperluan Setor Simpanan bahan kimia dan racun perlu disediakan dikawasan selamat (Sila lihat foto disebelah). Jarak stor penyimpanan racun hendaklah berada sejauh sekurang-kurangnya 30 meter (100 kaki) daripada rumah pekerja untuk keselamatan. Ia mesti berbumbung, kering dan jauh daripada punca air bagi mengelakkan risiko berlaku pencemaran kepada punca air jika berlaku tumpahan. Setor ini juga mesti mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan pencahayaan yang cukup. Sentiasa pastikan pinti ditiutup dan dikunci bagi elakkan sebarang kecurian dan salahguna. apa pun kerja mentutup dan mengkunci tanggungjawab kepada pekerja/individu yang terlatih dalam pengendalian RMP. Perlu juga dipamer tanda bahaya dan tanda stor racun makhluk perosak di tempat yang mudah dilihat. Pastikann juga dikawasansetor mempunyai baldi berisi bahan penyerap yang digunakan untuk mengawal tumpahan RMP seperti habuk kayu atau pasir dan sentiasa diletakkan dalam atau luar stor. Setor perlu mempunyai punca bekalan air bersih untuk kerja pembersihan bila perlu. iJika ada racun jenis perumusan cecair diletakkan di bahagian bawah rak RMP jenis perumusan pepejal (serbuk). Pastikan di setor ada mempunyai rekod yang sentiasa dikemaskini. Mempunyai label asal dalam keadaan sempurna bagi setiap RMP yang terdapat di dalam stor berkenaan. xii. Menampal Prosedur Keselamatan berdekatan dengan stor. Prosedur tersebut mestilah mengandungi maklumat penting sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan. Adalah DILARANG dalam setor bagi menyimpan sama ada makanan, hasil pertanian atau bahan tanaman bersama-sama dengan RMP. Pastikan semasa menyimpan alatan meracun (PPE) dengan juga menyediakan alat pemadam api yang diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat di luar stor. Sebaiknya bahagian rak-rak yang ada di dalam stor diperbuat daripada bahan yang tidak menyerap cecair. (Bagi rak yang diperbuat daripada bahan yang menyerap cecair hendaklah dilapik dengan bahan yang tidak menyerap cecair). Sebaik-baiknya racun rumpai diasingkan daripada racun-racun jenis lain. iv. RMP hendaklah diasingkan dari bahan-bahan lain termasuk bahan kimia pertanian yang lain seperti baja. Sekiranya RMP disimpan dalam sebuah bangunan stor yang sama dengan bahan-bahan lain maka sekatan perlu dibuat dan dilabelkan. Sentiasa amalkan menyimpan hanya RMP berdaftar untuk tanaman yang ditanam di ladang tersebut sahaja.

Sebenarnya ada prosedur bagi tujuan menangani masaalah kemalangan akibat RMP. Apa pun sekiranya ia melibatkan manusia maka bawa mangsa jauh dari punca tumpahan racun. Pertama sekali perlu  ditanggalkan pakaian yang tercemar. Kepada bahagian anggota badan yang terkena racun hendaklah segera dibasuh. Jika ada tanda keracunan, bawa mangsa untuk mendapatkan rawatan doktor dengan segera. Bawa bersama bekas racun yang masih berlabel semasa mendapatkan rawatan. Sekiranya berlaku kes tumpahan racun maka ia perlu dibendung dan alihkan tumpahan menggunakan bahan penyerap seperti habuk kayu atau pasir. Perlu dikumpulkan RMP yang telah diserap ke dalam bekas khas. Pelrlu juga dibersihkan atau pun dineutralkan tempat tumpahan. Kemudian pstikan air basuhan tidak mencemar punca air. •Akhirnya perlu dilupuskan racun RMP yang diserap dengan kaedah yang dibenarkan oleh undang-undang.  Saya ulangi akan kepentingan peralatan yang perlu semasa hendak meracun. Sebagai contoh jika hendak sembur racun rumput pada batas sawah berikut adalah SOP yang perlu diikuti. Antara jenis peralatan dperlukan adalah Tong racun, Baldi kecil, Topi keselamatan, Alat Pelindung Pernafasan, Cermin Mata Keselamatan (Google) dan jga But Getah (Wellington Boot). Sarung tangan getah bersaiz panjang sampai kesiku lengan. Pastikan Pakaian Keselamatan Diri (PPE, terdiri daripada Overall atau Apron). Bahan Racun digunakan adalah jenis Racun rumput (jenama KENPAT , SPARK ,ROUNDUP , GRAMOXONE atau lain-lain). Cara perlaksanaan dengan melengkapkan diri dengan pakaian dan alat keselamatan diri (PPE).Kemudian dimasukkan air ke dalam tong racun dan kemudian dimasukkan racun ke dalam tong racun yang telah di isi. Ikuti aturan sukatan racun dengan mengikut apa yang telah ditetapkan dan disarankan oleh pengeluar atau pengilang (Ada ditulis ikut RMP). Perlu dipastikan tiada orang atau apa-apa aktiviti lain di kawasan yang hendak disembur racun tersebut. Anda boleh mula meracun di kawasan rumput yang hendak diracun. Pastikan muncung ‘nozzle’ tong racun tidak diarahkan kepada pokok bunga selain daripada rumput yang hendak diracun. .Jangan menyembur racun melawan arah angin. .Selepas siap kerja-kerja meracun bersihkan peralatan kerja dan simpan semula ke dalam stor. Botol atau bekas racun yang telah habis/kosong hendaklah dibasuh bersih-bersih, keringkan sebelum dibungkus dan dibuang dengan cara betul.  Bersihkan diri dan tukar pakaian kepada pakaian biasa. Artikel ini sambungan daripada artikkel dalam Part 1. Semuga anda mendapat info berguna membaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENYEMBUR RACUN...IA MERBAHAYA...
IKUTI PERATURAN... MEMANG TERSEDIA...
ELAKKAN KEMALANGAN...MASA MENGGUNA..
PERALATAN LENGKAP... PAKAI SENTIASA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(5 JamadilAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...