mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, December 7, 2019

KAVA - TUMBUHAN SEDATIF

KAVA atau Kava Kava (Piper methysticum) adalah tanaman dari keluarga Pipericaceae (sama dengan dsun sireh) yang tumbuh di wilayah Pasifik Barat yang telah lama ditanam untuk kegunaan sedatif. Penulis blog cuba kenali tanaman dan kegunaan Kava selepas seorang delagasi dari Fiji dalam Mesyuarat APCC 2018 telah menghadiahkan satu jenis alat memproses produk kava kepada wakil Malaysia dalam maljis perasmian penutupa. Tanaman kava ini dianggap memiliki kesan ubat penenang dimana ia adalah jenis herba yang telah digunakan dalam aktiviti kebudayaan tradisional penduduk asli kepulauan Asia Pasifik selama ratusan tahun. Penulis blog dapatahu dari delegasi Fiji yang berkata bahagian akar tanaman kava biasanya dikunyah atau ditumbuk menjadi bubur dan kemudian ditambahkan dengan air sejuk sebelum diminum. Ini adalah sejenis lagi minuman untuk 'ceremonial' yang menyemai dengan meminum wine atau alkohol dalam budaya Barat. Dalam pada itu ilmu pengetahuan moden telah dibuat kajian dimana sebenarnya bahan aktif yang terkandung dalam ekstrak kava pada tanaman ini dikenalpasti sebagai Kavalactones dimana ia kini dikilangkan secara biosynthetic suplement. Apa yang hebat mengenai tanaman kava ini adalah dimana cara untuk penggunanya akan mendapat kesan relax dan juga perasaan yang menenangkan. Tumbuhan Kava Kava sudah dianggap berguna dalam mengubati keadaan seperti kecemasan, insomnia dan yang berkait gangguan saraf. Kava Kava dalam bentuk suplemen berpotensi beracun untuk hati dan ia didakwa boleh menimbulkan beberapa masalah kesihatan dan perasaan tidak menentu. Kava bermaksud 'Pahit' memang menjadi bahan perubatan tradisional dikepulauan Polinesia termasuk Hawai, Vanuatu, Malenisea, Micronesia dan Fiji. Minuman kava dari akanya mempunyai sifat 'entheogenic drik' dengan kesan sedative, anesthetic dan euphoriant. Artikel subuh ini dari bilik hotel di DoubleTree Hilton, Al-Barsha, Dubai, UAE saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan kava dan kesan sedatif tanaman ini.

Terdapat beberapa jenis tumbuhan yang memberikan kesan sedatif apabila mengambilnya dimana salah satu yang paling popular di Asia Pasifik adalah daripada Kava. Kandungan bahan Kavalactones dalam akar kava akan memberikan kesan kepada mereka yang mengambilnya. Kekuatan kesan sedatif tersebut bergantung kepada jenis kava diambil, umur pokok, dos diambil dan beberapa faktur lain. Secara tradisional kultivar kava terbaik (noble kava) adalah jenis yang selamat dimakan dan memberikan kesan sedatif yang berkesan. Apa yang penting kava ini mampu memberikan rasa ketenangan (calmness), Otak rehat (relaxation) dan kecergasan tanpa mengurangkan prestasi. Pada peringkat awal kesan kava menyebabkan fasa banyak bercakap diikuti dengan fasa kerehatan otot dan akhirnya menyebabkan rasa mengantuk. Minum kava dengan dos sedikit pula menyebabkan hilang keletihan selepas penat bekerja. Menilai kepada kenyataan tersebut ianya hampir menyamai dengan kesan minum air ketum di Malaysia. Anda boleh membaca mengenai ketum dengan merujuk artikel saya sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Walau kava ada kesan Physcoactive tetapi lazimnya pengguna tidak ada kesan Ketagihan seperti dadah yang lain. Di kepulauan pasifik minuman kava menjadi satu kebangaan dalam majlis keramaian tetapi kini ia telah berkembang keluar negara bagi penggunaan sedatif dan relaxasi. Minuman kav ayang lebih selamat daripada jenis sedatif lain kini ada yang mengambil untuk tujuan peningkatan tahap  kesihatan.

Dalam pada itu pengambilan minuman kava berlebihan mnyebabkan kulit menjadikan bersisik, kurang berat badan, kurang selera makan, gangguan sistem penghadaman dan juga mata menjadi kemerahan. Kesan negatif lain jika mengambil kava berlebihan adalah kurang nafsu sek, malas, kurang selesa dan sebagainya. Untuk jangkamasa panjang ia juga didakwa memberikan kesan kepada penyakit kronik lain. Kava juga dipercayai boleh menyebabkan kerosakkan pada hati iaitu kesan 'hepatoxicity'. Perkara ini telah dibuktikan dengan mereka yang mengambil banyak minuman akkohol dan bahan sedatif yang lain. Bagaimana pun beberapa kajian menunjukkan penggunaan kava adalah yang paling selamat berkaitan dengan kes hepatoxicity.  Produk kava komersil pula kini perlukan satu piawaian khusus untuk menentukan kualiti dan efeknya. Dikawasan Pasifik Selatan mereka membuang kulit akar dahulu untuk sebelum memproses akar kava seterusnya dimana kaedah ekstraksi dengan asas air adalah yang paling disyorkan. Kajian kava terhadap kesan Anxiolytic (penrangsang tidur dan sifat berkaitan tidur) agak berkesan untuk digunakan. Kava juga didakwa mampu untuk merangsang masaalah rawatan infeksi gonorrhea, cystis yang kronik dan kesukaran untuk buang air kecil (urinate) serta kesihatan kepada wanita. Ia juga didakwa mampu merawat batuk, lelah atau asthma dan juga merawat sakit kulit. Ada yang dakwa kava baik merawat tuberculosis dan juga masaalah luka-luka serta analgesic.

Dari segi undang-undang, kava adalah tidak menyalahi kebanyak undang-undang dadah negara didunia. Di Australia pembekalan dan pengedaran kava di kawal dibawah peraturan National Code of Kava Management.  Mereka yang masuk ke Australia dibenarkan membawa sebanyak 2 kg kava dalam lugage asalakan mereka berumur lebih 18 tahun. Memang Australia merupakan negara yang paling dekat dengan kawasan kelulauan Asia Pasifik Selatan dimana kava banyak diusahakan dan di gunakan. Jika ingin mengimport kava dengan jumlah besar di Australia perlukan lesen permit mengimport yang sah untuk tujuan perubatan dan kajian saintifik. Peraturan ini telah mula dikuatkuasakan di Australia semenjak tahun 2017 lagi. Undang-undang di Australia juga hanya membenarkan sebanyak 250 gram kavalactones diambil dibawah Australian Therapeutic Goods Administration Law. Di Eropah pula produk kava telah ada dijual di Jermansemenjak tahun 2002 lagi sebagai makanan herba dan produk farmaseutikal. Penjualan kava di Switzerland, Perancis dan Belanda juga dikawal. Kesannya terdapat beberapa negara di Kepulauan Asia Pasifik yang menanam dan mengeksport produk kava in ke Eropah dan ujud Perjanjian dengan WTO kepada negara Fiji, Samoa, Tonga dan Vanuatu mengenai pengeksportan kava keluar. Di United Kingdam menjual mengedar dan menggunakan kava adalah satu kesalahan kriminal dibawah unndang-undang mereka. Dilaporkan pad atahun 2018 ini EU telah lama mengharamkan (ban) kava dimana individu pesalah boleh dipenjarakan. Kes ini berlainan di New Zealand yang membenarkan pengedaran, penjualan dan penggunaan kava disana. Begitulah bagaimana kava sebagai minuman sedatif digunakan dengan meluas daripada cara ambil tradisional oleh penduduk asli kepulauan pasifik zaman dahulu. semuga tulisan ini memberikan info terbaik kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

MEMBACA BUKU... TERJUMPA KAVA...
TUMBUHAN ASLI... MEMANG BERGUNA...
MINUMAN SEDATIF.. ITU KESANNYA...
SUDAH TAHU... INGIN ANDA CUBA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 109, DoubleTree Hilton,
Al-Barsha, Dubai,
United Arab Emirate.
(4 Oktober 2018).
Kemaskini pada 2 Disember 2019

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...