Support My Blog

Thursday, December 26, 2019

KOLAGEN - TAHUKAH ANDA?

KOLAGEN (Collagen) adalah sejenis protin yang terbina daripada rantaian asid amino. Antara Asid Amino utama yang membina kalogen adalah ialah jenis glisina, prolina, hidrokspirolina dan arginina. Kolagen juga merupakan protein struktur utama di ruang luar sel dalam pelbagai tisu penghubung dalam badan haiwan. Protein ini paling banyak terdapat dalam mamalia sekitar 25% - 35% dari seluruh kandungan protein badan dimana ia merupakan kolagen yang berfungsi sebagai komponen utama tisu penghubung. Kolagen tisu boleh bersifat tegar (tulang) dimana ia juga mudah melentur (tendon) mahupun di tengah-tengah (tulang rawan) bergantung kepada kandungan mineralnya. Kolagen kebanyakannya ditemui di tisu perantara seperti tendon, ligamen dan kulit dalam bentuk gentian halus yang fungsinya memanjang. Kandungan kolagen juga banyak pada organ seperti kornea mata, tulang rawan, tulang, darah, usus, cakera intervertebral dan dentin di gigi. Ia juga berfungsi sebagai komponen utama endomisium tisu-tisu otot. Ia terdiri daripada satu hingga dua peratus komponen tisu otot dan 6% berat otot yang kuat. Sel-sel fibroblast merupakan salah satu sumber kolagen yang kerap dikenalpasti. Dalam pada itu gelatin yang digunakan dalam makanan dan industri merupakan kolagen yang telah disingkirkan komponen airnya melalui hidrolisis. Kolagen juga digunakan secara kerap dalam bidang perubatan dalam merawat masalah tulang dan kulit. Pada masa ini ramai dikalangan ramai orang yang ingin tahu mengenai kolagen dan kehebatannya terutama sekali dikalangan wanita. Mana-mana makanan kesihatan sering dikaitkan dengan kecantikan dikalangan wanita. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kolagen agar anda semua dapat membuat rujukkan. Penulis blog telah membuat rujukkan daripada beberapa buah buku kesihatan dan perubatan serta laman web untuk menulis artikel ini bagi tatapan anda semua.

Apa yang paling sering diperkatakan adalah apabila ada penggguna kolagen ini akan sentiasa awet muda dengan mencegah proses penuaan pada kulit manusia (Sila lihat foto disebelah). Perkara ini diambil kesempatan oleh pengeluar produk kecantikan untuk menghasilkan produk yang berasaskan campuran kolagen dengan persaingan yang kuat dan berlumba-lumba dalam pemasarannya. Biasanya sumber kolagen adalah daripada haiwan yang menjadi makanan manusia secara semulajadi. Terdapat banyak jenis kolagen yang telah dikenalpasti. Saintis telah menjumpai sebanyak 27 jenis kolagen yang terbina lebih daripada 40 gen yang berbeza. Kolagen juga merupakan protin yang paling banyak membina tubuh badan haiwan terutamanya haiwan mamalia yang mana dilaporkan ia mempunyai sekitar 25 - 35% kandungan kolagen. Baru-baru ini penulis blog melawat kilang minuman di Merlimu, Melaka yang membuat minuman sihat berasaskan koko sebuah syarikat bumiputra iaitu Pengeluar Produk Koko Minda dimana salah satu produk yang mendapat pasaran baik adalah Koko Minda Collagen. Produk ini memang enak diminum disamping didakwa mampu memberikan nikmat kesihatan.

Antara fungsi kolagen yang diambil oleh manusia sebagai mamalia adalah seperti ia menjadi struktur protin utama bagi pembentukkan tisu penghubung haiwan. Ia juga paling banyak dijumpai didalam kornea mata, tulang rawan, tulang salur darah, saluran pencernaan dan juga cakera intervetebrata. Kolagen juga merupakan komponen utama bagi endomysium bagi pembentukkan tisu-tisu otot dimana ia terdiri daripada 2% tisu otot. Kolagen juga memang dilaporkan mewakili 6% daripada jumlah berat keseluruhan otot yang kuat dan berotot. Kolagen merupakan bahan yang sebenarnya didalam bentuk fibrous fibris yang membentuk tisu serabut (fibrous tissue) seperti tendon, ligamen dan kulit. Dalam pada itu dilaporkan juga dimana kolagen adalah mewakili matrik organik tulang dan dentin bagi memberi kerentanan kepada kedua-duanya daripada retak dan rapuh.  Kolagen yang selalunya diambil daripada bahagian daging haiwan mamalia antaranya seperti Lembu, Kambing dan Babi. Apa pun dilaporkan kolagen ada diambil daripada haiwan seperti ayam dan hidupan air seperti ikan. Apa pun terkini ada kaijan canggih ada mendapati kolagen juga boleh diekatrak daripada tumbuhan seperti RumpaiLaut (Seaweed). Kolagen daripada rumpai laut bagaimana pun bukan kolagen sebenar akan tetapi ia mempunyai struktur yang menyamai dengan struktur kolagen. Sehingga kini belum ada kajian menemukan dimana kolagen mampu untuk dihasilkan selain daripada haiwan mamalia.  Bagaimana pun dilaporkan ada sesetengah tumbuhan mempunyai asid amino yang menggalakkan penghasilan kolagen secara semulajadi oleh tubuh manusia.

Kolagen yang diperolehi daripada haiwan sebenarnya mudah larut ddalam air suam. Bagaimana pun fungsinya akan berkurang seiring dengan peningkatan umur (semakin tua maka semakin kurang berkesan). Ini adalah disebabkan oleh strukturnya tidak tetap dimana ia mudah bertukar kepada struktur yang lebih stabil dan saling berhubung secara berterusan. Apa pun kolagen sesuai untuk warga emas ketika kebolehan untuk memegang air yang berkurangan menyebabkan kedutan pada kulit dibahagian tertentu dan sensitif. Akibat kekurangan air atau kelembapan pada kulit ini yang menyebabkan orang ramai suka mengaitkan kolagen dengan isu awet muda dan tidak berkedut terutama dibahagian muka. Kolagen yang diambil daripada haiwan mempunyai kandungan asid amino yang berbeza-beza. Ia dilaporkan ada terutama dibahagian kulit haiwan dan ikan. Kandungan asid amino treonina, serina, asid glutamik, glisina, alanina, metionina, fenilalanina, hidroksilisina, histidina dan arginina didalam kulit ikan dan kulit mamalia. Agak sukar level pengguna dengan nama-nama asid amino yang dituliskan itu.

Dilaporkan didalam beberapa rujukkan dimana diantara sumber kolagen yang popular adalah babi dan lembu. Dari kedua haiwan ini kolagen ini diambil daripada bahagian kulit (Sila lihat foto disebelah). Ia merupakan satu sumber kolagen yanh murah dan juga mudah diperolehi serta paling popular dikalangan produk kolagen yang dipasarkan diseluruh dunia. Kolagen daripada Ayam dan Arnab pula pada kebiasaannya diambil daripada bahagian organ dan kulitnya. Sumber kolagen ini agak murah dan kurang popular dikalangan pembuat dan penggunanya dipasaran. Ikan pula mampu menghasilkan kolagen dengan cara mengekstrak sisik atau kulitnya. Ikan dapat hasilkan kolagen yang mahal kerana ia adalah kolagen premium. Ini disebabkan ia perlu diekstrak dengan menggunakan teknologi tinggi dan mahal. Paling terkejut apabila penulis blog dapati sumber kolagen terbaik didakwa daripada Plasenta. Kolagen daripada plasenta ini juga sering digunakan untuk produk kesihatan dan juga produk kecantikan. Didakwa plasenta manusia mampu memberikan kesan yang paling baik untuk semua lapisan masyarakat bagi mengekalkan awet muda. Fungsi kolagen adalah seperti membentuk struktur tulang yang kuat, membentuk tulang rawan dan tisu penghubung dan juga menjadi komponen utama logamen pada kulit. Ia juga membina salur darah yang tahan apabila dipam pada tekanan tinggi bagi mengelakkan dinding ateri pada dinding.  Kolagen adalah komponen pada tendon yang menghubungkan otot dan tulang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMA COLAGEN... APA BENDANYA...
ASAL PROTIN... PELBAGAI GUNANYA...
ASID AMINO... ADA LIMA SEMUANYA...
SELALU DIMAKAN... SIHAT SEJAHTERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(30 RabiulAkhir 1441H).

Wednesday, December 25, 2019

BAYAM BRAZIL - MUDAH TANAM DAN BERKHASIAT

BAYAM BRAZIL (Althernanthera sissoo) adalah spesies tanaman sayuran berdaun yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae yang kini sudah ditanam dinegara kita. Sayur ini juga dipanggil sebagai Brazillian Spincah, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu lettuce. Spesies tumbuhan ini mudah hidup dimana kaedah datau cara pembiakkannya melalui keratan batang. Bayam Brazil adalah tanaman sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Kepada mereka yang kali pertama mendengar perlu ketahui morfologi Bayam Brazil. Bayam Brazil merupakan spesies tumbuhan yang cepat membesar dan mudah dijaga. Ia mempunyai daun yang boleh dimakan samada mentah atau dimasak. Tumbuhan lembut ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daunnya pula sekitar 2.0 - 3.5 cm lebar (Sila lihat foto diatas). Ramai juga dikalangan kita yang ada menanam sendiri bayam ini yang diambil mengikut keperluan untuk dimakan. Hidangan Bayam Brazil mudah disediakan dengan daun Bayam Brazil yang agak berlendir dan juga rangup. Ini membolehkan sayuran ini juga sesuai dijadikan ulaman. Selain itu, Bayam Brazil juga sesuai utnuk dijadikan bahan masakan seperti salad, masakan tumis, sup atau sayuran di dalam masakan barat. Sejarah menunjukkan dimana masyarakat di Brazil mengamalkan makan bayam ini secara mentah bersama tomato, bawang putih dan cuka. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam blog milik "Anim Agro Technology" mengenai bayam brazil yang mudah ditanam dan dijaga serta enak dan berkhasiat dimakan segar atau sebagai ulaman untuk bahan rujukkan anda semua.


Menanam sendiri Bayam Brazil ini amat mudah dilakukan dirumah untuk tujuan kegunaan sendiri atau kalau lebih lebih sedekahkan kepada sanak saudara atau jiran. Ada boleh menanamnya diatas tanah, dalam pasu atau didatas batas kecil yang dipasang papan ditepinya. Gunakan tanah campuran atau media cocoapeat (murah dalam kampit) dan dipadatkan sedikit. Campurkan baja organik dengan kadar sesuai dalam media tanaman (Sila lihat foto disebelah). Benih bayan brazil boleh didapati daripada membelinya di pasar (keratan bayam brazil yang ada dijual) atau ambil dari rumah rakan (kalau belum ada benih) atau gunakan benih sendiri (jika telah ada tanaman sebelumnya). Potong sekitar 2 - 3 cm panjang pucuk bayam brazil (sederhana matang) dan terus dicucuk diatas tanah yang disediakan didalam bekas. Pastikan ia ditekan sedikit dan siram 2 kali sehari (pagi dan petang). Ia akan keluar akar selapas 2-3 minggu bertanam dan membiak dengan cepat dengan tunas-tunas baru. Anda boleh memetik bahagian pucuknya dengan tangan kerana ia lembut dan rapuh. Pastikan selalu dipeting agar lebih banyak tunas baru keluar dan sentiasa segar. Basuh bersih dengan air mengalir sebekum dimakan sebagai ulaman atau dimasak tumis dan sebagainya.


Mungkin masih belum ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang tahu akan khasiat Bayam Brazil terhadap kesihatan. Ia didakwa selain dapat dijadikan hidangan yang lazat, Bayam Brazil sangat berkhasiat untuk kesihatan semua. Bayam Brazil didakwa dapat melawan masaalah kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan juga dapat menguatkan tulang. Bagi mereka yang ingin berdiet disyorkan mengambil Bayam Brazil kerana ia dilaporkan dapat menurunkan berat badan. Selain itu juga spesis tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah, mencegah anemia, mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium. Bagi wanita yang mementingkan kecantikan wajah pula, amalan memakan Bayam Brazil dapat mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda. Bagi wanita yang hamil pula, pengambilan Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung. Bayam Brazil juga dirujuk secara saintifik sebagai Althernanthera sissoo adalah tanaman sayuran yang mudah hidup dengan hanya ditanam secara keratan batang yang berasal daripada Brazil.


Mungkin ramai kita tidak suka akan bayam ini kerana ia mempunyai ciri daunnya yang agak berlendir dan boleh dikatakan sedikit ranggup sesuai dijadikan sebagai bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran di dalam masakan barat. Lain pula bagi masyarakat Brazil dimana ianya boleh dimakan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan minyak atau cuka (Sila lihat foto disebelah). Antara khasiat yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang pengambilan bayam brazil adalah didakwa ia mampu untuk melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata,  salah satu sumber vitamin K yang signifikan, menguatkan tulang,  membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sistem imuniti badan dan juga boleh membantu didalam sistem penghadaman. Selain itu bayam brazil mampu mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah,  mencegah anemia, mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina,  mengekalkan kesihatan mulut, mengikat kalsium, mencegah penuaan pramatang dan juga mampu mengekalkan tahap kesihatan ibu mengandung. Dilaporkan juga bayam brazil adalah tanaman yang amat baik dan sangat bagus untuk tubuh badan kita. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pebaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
NAMA BAYAM BRAZIL... APA RASA...
MUDAH DITANAM... SALAD SAHAJA...
BERWARNA HIJAU...BERLENDIR DIA..
AMALKAN TANAM... UNTUNG ANDA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(19 RabiulAkhir 1441H).

Tuesday, December 24, 2019

TANAM KELADI CINA - KOMERSIL

TANAMAN KELADI CINA (Colocasia esculenta) iaitu tanaman umbisi daripada keluarga Araceae adalah menguntungkan jika dilakukan dengan skala komersil. Ia juga merupakan sejenis tanaman umbisi yang di percayai berasal dari Malaysia atau India yang hidup subur di kawasan rendah (khususnya tanah gambut) dan mempunyai saliran yag baik seperti di kawasan tanah gambut sederhana dalam. Keladi adalah tumbuhan umbisi dari keluarga Araceae. Tanaman Keladi juga di panggil Taro (Indonesia), Callalo, Coco dan Cocoyam digunakan sebagai sumber makanan ramai penduduk semanjak dulu kala. Keladi mengandungi banyak zat mineral dan vitamin seperti Thiamin, Riboflavin, Zink, Posforus, Kalium, Manganese dan juga Zat Besi. Kandungan vitamin pula seperti Vitamin C, Niacin, B6 dan juga asid Oksalik. Keladi mempunyai sumber Kanji yang sangat tingggi. Dibeberapa negara seperti Irian Jaya, Papua New Guinea, Timor Leste dan beberapa masyarakay di Afrika menjadikan keladi sebagai makanan ruji mereka. Ini telah menjadikan tanaman keladi amat penting dinegara mereka dengan ditanam untuk sumber makanan negara. Keluasan tanaman keladi di Malaysia sekitar 812 hektar dengan pengeluaran sebanyak 4,641 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian 2018). Aantara negeri yang banyak menanam keladi adalah seperti Johor, Selangor, Sarawak dan Sabah. Kebanyakan tanaman keladi adalah dikawasan tanah gambut walau pun ada segelintir petani menanam ditanah mineral. Penanaman keladi juga dijalankan secara monokrop dan juga secara tanaman campuran dengan tanaman makanan lain. Pasaran keladi adalah untuk bekalan domestik dan juga dieksport keluar negara terutama ke Singapura. Artikel pada kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi penanaman keladi cina secara komersil untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Keladi cina adalah salah satu jenis keladi yang sangat dipercayai ia popular di kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Ini kerana semasa perayaan Tahun Baru Cina adalah waktu rezeki kepada pengusaha keladi cina kerana masa ini harga keladi naik mendadak sehingga RM9 hingga RM 12.30 sekilogram. Keladi ini penulis blog mendapati memang digemari rakyat Malaysia kerana keenakannya dengan ianya disediakan melalui pelbagai resepi dihasilkan seperti kerepek keladi, bubur keladi, kuih keladi dan sebagainya. Saya ada banyakmenulis artikel mengenai keladi yang anda boleh baca (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Kawasan penanaman keladi perlu dikenalpasti dahulu kerana ia perlukan kawasan lapang dengan sinaran matahari melebihi 6 jam. Diperlukan kawasan minima 0.5 ha (1 ekar) atau lebih untuk menanam pokok keladi secara komersil. Tanah yang sesuai untuk menanam keladi ialah tanah gambut hitam, lom dan tanah mineral yang tertentu atau pun dikawasan tanah bekas lombong yang dipulihkan. Tanah beralun dan rata juga sesuai untuk penanaman keladi cina ini. Boleh juga untuk menyewa tanah dari orang lain untuk tujuan di atas tetapi pastikan diusahakan bersungguh-sungguh untuk pulangan yang menguntungkan dengan jangkamasa agak lama. Apa yang penting asasnya adalah kenapasti BENIH KELDI CINA. Pastikan benih anak keladi (sulur) dalam jumlah yang mencukupi dan mudah diperolehi seta tulen (Sila lihat foto disebeah). Carilah orang yang biasa menanam pokok keladi Cina dimana penulis blog dapati secara umumnya harga anak keladi cina di pasaran ialah kira-kira RM 0.30 -  RM0.60 satu sulur. Sebaiknya di pilih anak keladi yang sihat, tidak berpenyakit dan bersaiz besar. Sebelum membeli anak keladi cina perlu buat peneitian dibeberapa sumber tentang harga terlebih dahulu. Setiap penjual meletakkan harga berbeza-beza, ini supaya anda boleh mendapatkan harga anak keladi yang paling terbaik untuk dibeli. berpatutan. Keperluan benih keladi dalam 1 ekar sebanyak 8,000 benih keladi. Jika dibeli seunit benih ini dengan harga RM 0.30 sen (8,000 X RM 0.30 maka keperluan kos benih adalah sebanyak RM 2,400). Apa pun jika menanam keladi cina tidak menggunakan batas atau ikut keluasan tanah keperluan anak benih sebanyak 18,000 pokok.

Kawasan sesuai perlu dibersihkan dan aktiviti menanam dibuat dengan menebang tebang pokok dan bersihkan semak samun pada tanah tersebut. Biarkan kering dan bakar (elakkan dikawasan tanah gambut). Bagi anda yang memilih untuk membuat lubang diperlukan kerja meracun rumput jika rumput sudah tumbuh. Namun  meracun tidak perlu jika tanah anda dibajak. Pastkan kebun dikawasan lapang dengan ia akan terima sinaran matahari melebihi 6 jam. Pertama buat lubang penanaman sedalam 1 kaki dengan jarak antara lubang ialah 4 kaki. Setiap lubang tersebut sebaiknya dibubuh kapur GML dengan kadar setengah gengam atau kurang dari itu jika tanah anda kurang berasid. Bagi tanah mineral perlu di bubuh baja kompos atau tinja binatang seperti tinja ayam reput dengan kadar 2 genggam sahaja. Untuk penjimatan anda boleh memilih baja organik tinja ayam kerana murah. Anda perlukan 50 -70 karung tinja ayam untuk 1 ekar keluasan tanah. Rehatkan tanah anda sekurang-kurangnya 2 minggu barulah menanam bagi membolehkan baja kompos ini sebati pada tanah.  Amalan terbaik juga menyembur racun pra-cambah dikawasan penanaman untuk mengawal rumpai. Tanam anak keladi sedalam 3 - 4 inci di dalam tanah. Jangan terlalu dalam nanti isi keladi terbentuk memanjang dan tidak bulat. Ini juga akan menjejaskan rupa dan bentuk keladi anda. Jika memilih pada tanah yang dibajak tanam anak keladi sedalam 3 - 4 inci dengan jarak 3 - 5 kaki pada setiap lubang atau batas. Jika anda menggunakan penyiram berkala maka boleh disiram dengan air setelah selesai menanam. Apabila pokok keladi anda sudah berusia 2 hingga 3 minggu dengan jumlah daun 2 hingga 3 helai, bubuh baja NPK 2 genggam pada setiap pokok keladi. Jika anda tidak kesah anda bolehlah untuk menggunakan baja subur urea (warna merah) untuk pembajaan. Lakukan pembajaan pada minggu ketiga selepas ditanam, minggu keenam (baja subur dan baja isi berwarna putih), minggu kesembilan (baja organik, baja urea untuk subur dan baja urea untuk isi) dan minggu keduabelas dengan baja kompos dan baja isi.Merumput adalah aktiviti yang harus dilakukan, buang rumput rumpai pada kawasan penanaman keladi anda. Jangan biarkan keladi tersebut dipenuhi rumput. Ini supaya pokok keladi anda membesar dengan baik.


Apabila keladi cina anda sudah berusia 3 bulan ke atas maka aktiviti mencabut atau membuka anak keladi yang tumbuh di sekeliling pokok keladi induk. Berhati-hati untuk membuka anak keladi agar akar keladi induk tidak cedera teruk. Tujuan membuka anak keladi ialah supaya induk keladi cina anda cepat membesar dan cepat berisi tanpa berlaku pembahagian zat makanan ke tempat lain. Ini dapat memendekkan waktu tuaian keladi cina anda. Pokok keladi juga mudah diserang makhluk perosak seperti serangan belalang dengan memakan daun keladi. Selain itu serangan dari apid hitam pada batangnya, juga serangan dari ulat hijau gergasi, terdapat juga serangan dari ulat seribu yang menyerang pada daun muda, ulat jenis ini bersaiz kecil tetapi berjumlah banyak. Penyakit keladi seperti reput akar, penyakit mata-mata dari serangan fungi, pucuk layu dan penyakit tompokan hitam pada batangnya. Pertama sekali kawalan masalah di atas boleh dikurangkan dengan menjaga kualiti tanah, kelembapan dan pembajaan serta zat makanan. Elemen tersebut membolehkan pokok keladi cina hidup subur. Keduanya, guna racun serangga organik yang boleh dibeli di pasaran untuk menghalang serangan lagi teruk atau anda boleh menggunakan racun serangga yang boleh dibeli di kedai pertanian. Keladi cina sudah boleh dituai setelah genap 6 bulan dimana dilihat isi keladi sudah da yang tertonjol keluar dari tanah. Daun dan pokok keladi menampakkan kering sedikit. Cabut pokok-pokok keladi yang sudah matang dengan mencucuk pisau di sekelilingnya. Berhati-hati jangan mencederakan isi keladi tersebut. Bersihkan tanah, anak keladi perlu dibuka dan batang yang reput melekat pada isi keladi. Jangan sesekali cuci dengan air. Isi keladi akan mengeluarkan getah yang menyebabkan kegatalan pada tangan. Bagi tujuan pemasaran sebaiknya buat perhunbungan awal dengan pembeli atau orang tertentu atau pemborong untuk menjual keladi dengan harga keladi yang betul. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pemaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAM KELADI ...KELADI CINA...
LEBIH SEEKAR... ITU MINIMANYA...
TANAH GAMBUT... SESUAI AREA....
BENIH BAIK... PULANGAN ADA..

By,
MAnem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Mlaysia.
(20 RabiulAkhir 1441H). 
Posted ffrom:
Room 411, Villion Tong Hotel,
Muadzam Shah, Pahang.
24 dec 2019

Monday, December 23, 2019

KOLAM KECIL DI KEBUN NANAS

KOLAM KECIL DI KEBUN NANAS terutama dikebun nanas tanah gambut merupakan satu keperluan untuk bekalan air bagi tujuan simpanan air adalah penting untuk disediakan. Penulis blog mendapati ia merupakan salah satu infra di kebun nanas ditanah gambut yang perlu ada dimana ada beberapa kaedah yang sering dilakukan oleh pekebun nanas di Malaysia untuk dapatkan air. Kaedah yang paling biasa adalah dengan meletakkan tong drum ditengah kebun dan dipasang zink tadahan air hujan, menggunakan kalbat dan menggali kolam. Bagaimana pun kaedah penyimpanan air dikawasan kebun nanas ini amat kritikal semasa musim kemarau untuk pelbagai tujuan. Keperluan air ditengah-tengah kebun nanas adalah untuk ianya digunakan bagi campuran menyembur racun rumpai, menyembur hormon nanas, menyembur baja foliar dan sebagainya. Kawasan tanah gambut walau pun lazimnya mempunyai banyak perparitan dan ada air didalamnya akan tetapi air tersebut tidak sesuai digunakan unruk aktiviti penyemburan racun kerana kualiti air tersebut adalah ASIDIK dengan pH diantara 3.00 - 4.0. Pada kualiti air yang asidik ini semua bahan kimia akan bertindakbalas dalam air berasid ini dan tidak berkesan untuk menyembur racun serangga, racun kulat, pembajaan foliar, hormon nanas dan sebagainya. Oleh itu sebaiknya adalah petani menggunakan air hujan yang bertakung didalam simpanan tong drum, kalbat dan juga kolam takungan kecil seperti artikel yang akan dibincangkan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan mengenai keperluan kolam kalbat kecil dikawasan tanah gambut kebun nanas yang didalam aktiviti penanaman nanas.


Kolam Kalbat di kawasan tanah gambut di kebun nanas walau pun nampak mudah untuk dipasang tetapi sebenarnya memang mempunyai teknik khusus yang perlu diketahui. Tinjauan ke Ladang Nanas Wak Sajiman dimana penulis blog mendapat penjelasan daripada anaknya bernama En. Jumaat bagaimana cara bagi menyediakan kolam kecil ini. Kalau dimulakan dengan menggali kolam dahulu dan dimasukkan kalbat kemudian ditanah gambut maka ianya tidak akan menjadi seperti yang dirancang. Ini kerana keadaan kalbat akan tidak rata (senget) dan kualiti air kurang cantik untuk digunakan. Akhirnya kalbat tersebut akan tenggelam didalam tanah gambut dan sukar dapat dilihat selepas beberapa lama atau 'hilang'.  Menurut Encik Jumaat mula-mula kalbat tersebut diletakkan diatas lokasi yang dipilih untuk dibuat kolam kecil. Kemudian tanah yang berada ditengah kalbat akan dikorek secara manual dan ianya dikeluarkan dicampak disekelilingnya. Ia juga perlu dilakukan sehingga paras sesuai dimana kalbat ini akan menurun secara berperingkat sehingga ia menjadi bahan pendinding kepada kandungan air sesuai digunakan. Cara ini akan membolehkan kalbat tersebut separuh dalam tanah dan sebahagian lagi berada diatas paras tanah (Sila lihat foto di sebelah). Lama kelamaan kalbat tersebut akan turun sendiri sehingga separas dengan permukaan tanah atau jauh kedalam lagi. Memang pandai 'jurutera' kampung dan pakar tanah gambut En Jumaat ini. Tinjauan penulis blog berbaloi bila 'rahsia' ini diberitahu kepada saya dengan jujur dan ikllas. Ini adalah satu teknologi yang jarang ditulis dalam mana-mana blog sebelum ini betsama fotonya. Penulis blog pun ingat lupa mengenai perkara ini kerana pernah melihatnya semasa kecil di  Muar dulu.


Biasa saiz kalbat yang sesuai adalah kalbat bersaiz 4 kaki dimana ia mudah untuk diambil air didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Kalbat konkrit ini mudah dibawa ketengah kebun nanas ditanah gambut dengan menggunakan keenderaan sesuai atau ada yang hanya penanam nanas akan menggolekkannya sehingga kelokasi sesuai ditengah kebun semasa pokok nanas belum ditanam atau semasa dibakar. Kaedah ini membolehkan tanah gambut yang mudah 'runtuh' tidak akan menutupi kolam tanah semulajadi yang hanya bertahan beberapa bulan sahaja tanpa dinding kalbat. Perbezaan diantara air di dalam kolam kecil kalbat ini dengan air yang ditadah datas tanah (tong drum atau tong kalbat) adalah biasanya ada telur dan berudu katak. Didalam kolam kecil jarang ada berudu katak dan telur nyamut tetapi seringkali juga ada anak ikan. Air dalam kalbat ini sesuai diambil menggunakan baldi plastik yang diikat dengan tali untuk mencedoknya dan ditapis sebelum dimasukan didalam pam pnyembur atau tong drum besar untuk bancuhan racun. Bagaimana pun dalam kes tertentu seringkali air didalam kolam ini akan kering dalam keadaan kemarau melampau.


Pengurusan tanaman nanas di tanah gambut adalah berbeza dengan cara pengurusan tanaman nanas di tanah mineral. Pertama sekali dari segi masa menanam dimana ditanah gambut lebih mudah menanam berbanding ditanah mineral akan tetapi kos untuk membuka kawasan baru ditanah gambut tinggi kerana penyediaan infra jalan dan perparitan (Sila lihat foto disebelah). Semasa tinjauan di Parit Ghani En Jumaat maklumkan kos membina jalan di kebunnya adalah RM1,400 bagi 1 km kerana tanah gravel perlu dibawa dari tempat lain yang jauh. Penanaman nanas ditanah mineral perlu mereka menggunakan plastik penutup batas silvershine untuk mengawal rumpai . Bagaimana pun ada beberapa petani yang tidak menggunakan plastik silvershine ini di Changloon, Kedah tetapi melakukan kawalan rumpai cara tersendiri. Dari segi mekanisasi, penanaman nanas di kawasan tanah gambut agak sukar berbanding dengan mekanisasi seperti menabur baja butir, baja foliar, menghormon dan memetik hasil dimana ditanah mineral ia adalah praktikal. Pada pendapat penulis blog kualiti buah nanas banyak bergantung kepada pengurusan ladang sama ada menadai mengikut pakej amalan teknologi yang mana ia disyorkan LPNM dan Jabatan Pertanian atau hanya memberikan input yang minimum sahaja. Pembinaan kolam kecil dikebun nanas seperti ini akan membantu memudahkan aktiviti agronomi dikebun yang membolehkan pengusaha nanas mendapat buah yang berkualiti melebihi 80% untuk gred bagi memaksimakan keuntungan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

KOLAM KECIL... ADA KEPERLUANNYA...
KALBAT DI LETAK...SESUAI LETAKNYA...
BUANG TANAH TENGAH... ITU CARANYA...
CANTIK TERLETAK...  MUDAH DIGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Jalan Istana, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(16 RabiulAwal 1441H).

Sunday, December 22, 2019

PAGAR LETRIK - SOLAR POWER


 PAGAR LETRIK dalam kebun Nanas (Ananas comosus) merupakan satu infrastruktur yang penting dipasang untuk mengawal serangan haiwan perosak terutama daripada babi hutan (Wild boar). Kini ramai usahawan yang menceburi bidang pertanian terutama didalam penanaman nanas jenis MD2. Usahawan ini terdiri daripada mereka dari syarikat ternama, usahawan muda, ahli perniagaan, bekas-bekas kakitangan awam dan swasta serta orang muda yang mana mereka berminat dengan penanaman nanas. Nanas MD2 atau nama varieti sebegai 'Millie Dillard' diberikan nombor pendaftaran oleh Jabatan Pertanian sebagai AC9 antara varieti nanas yang dilaporkan boleh memberikan pulangan terbaik jika dapat buah yang berkualiti (Banyak Gred A) dan juga selamat daripada serangan perosak dan penyakit.  Mengenali buah nenas varieti MD2 tidak lengkap kalau kita tidak mengetahui akan peciriannya. Keistimewaan nenas MD2 memilikki tahap kemanisan yang tinggi dengan warna kuning keemasan yang menyerlah. Kulit buah nenas ini akan berwarna adalah kekuningan emas apabila cukup masak. Apa yang penting mengenai bentuk buah nenas MD2 adalah bentuk fizikal buahnya yang SELINDER (cylindrical shape) bersaiz daripada sederhana besar kepada saiz besar. Dalam pemantauan penulis blog ke banyak kebun yang menanam nenas MD2 di Selangor, Johor, Perak, Kedah dan Pahang terdapat beberapa penanam nenas lebih berminat untuk menghasilkan buah nenas MD2 dengan berat lebih 3.0 kg sebiji untuk pasaran domestik. Kebanyakan kawasan tanaman nanas ini juga berada dikawasan tanah baru dan tanah sedia ada. Bagi kawasan tanah baru dipingggir hutan lazimnya terdaoat beberapa isu serangan haiwan perosak seperti babi hutan dan sebagainya. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technoloogy" saya paparkan teknologi pagar eletrik menggunakan solar sel di salah sebuah ladang tanaman nanas MD2 di Ulu Bernam, Selangor untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Sistem Pagar letrik dikawasan kebun ini memang telah menjadi satu keperluan terutama dikawasan kebun yang mana ia berhampiran dengan pinggir hutan atau belukar dimana terdapat babi hutan yang memang semulajadi menjadi habitatnya. Baru-baru ini penulis blog membuat tinjauan teknologi kesalah satu kebun nanas komersil seluas 18 ekar kepunyaan TSY Group di Ulu Bernam, Selangor untuk melihat prestasi penanaman nanas MD2 mereka. Menurut Tonni yang mengusahakan kebun nanas ini dengan Saiful dan Yusoff dimana dakwanya kebun ini yang terletak berhampiran dengan hutan secondary disebelahnya telah ditanam nanas MD2 semenjak 10 bulan lepas berperingkat dan masaalah utama dari pringkat awal penanaman adalah serangan babi hutan.Seranagan ini berterusan sehingga kini. Pada penulis blog mendapati dimana babi hutan sering tinggal dikawasan hutan belantara yang mana ia suka mencari cacing dan kawasan yang ada banyak cacing adalah pada pangkal pokok nanas dibawah plastik silvershine. Babi hutan juga suka makan umbut nanas sebagai makanannya. Ia akan mengorek tanah dan juga akan merosakannya menyebabkan pokok tersebut akan mati. Babi hutan adalah sejenis haiwan yang aktif pada waktu malam untuk mencari makanan atau pada waktu siang hari jika tiada kelibat manusia. Kawasan tanaman nanas yang jauh dipendalaman memang tiada bekalan eletrik dan penggunaan solae cell merupakan terbaik untuk usahawan diaplikasikan (Sila lihat foto disebelah). Solar Panel ini mudah dibeli dan dipasan dengan peyelenggaraan yang murah dan mudah.


Komponen pasar letrik Solar Panel ini terdiri daripada Solar Panel, Bateri, Energizer, Dawai/Wayar Rentang, Tiang Pagar dan Electrometer. Kesemua ini hanya perlu dipasang ditempat yang selamat dan menerima 100% cahaya matahari untuk mempastikan ia boleh berfungsi dengan baik. Elakkan dari meletakkan panel solar ini dikawasan yan terlindung. Kuasa letrik daripada solar panel ini pada sepanjang siang hari akan disimpan didalam bateri dan Energizer yang disimpan didalam kotak yang terlindung daripada hujan dan panas atahari (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya kesemua sistem panel dan peralatan pagar letrik ini dipagar dan dikunci untuk elakkan kecurian. Maklum sahaja lokasi kebun juga jauh daripada penglihatan manusia dimana bila-bila masa sahaja ia terdedah kepada kehilangan. Paling diminati adalah panel solar dan bateri dimana pekerja ladang boleh curi atau ambil untuk mereka pasang dirumah kongsi bagi mendapatkan bekalan letrik untuk TV dan juga handphone. Pada penulis blog sistem ini adalah cekap dan signifikan jika ia selalu dijaga baik dan diperiksa mengikut jadual. Lazimnya akan ditambah juga alat 'Timer' pada sistem inii jika hendak dipasang untuk waktu tertentu sahaja dimana cara ini akan dapat juga menjimatkan bateri.


Pengalaman penulis blog sejak dahulu memang tahu kuasaletrik yang standard digunakan untuk pagar letrik ini adalah 6 Joule dimana ia sudah cukup mengejutkan haiwan atau sesiapa yang menyentuhnya. Bagaimana pun kuasa letrik ini boleh dikawal daripada Energizer sama ada ingin memberikan 6 Joule atau 12 Joule (watt) bergantung kepada kesesuaian dan kehendak pekebun. Lazimnya pemasangan pagar elektrik ini biasanya dipasang dengan sekurang-kurangnya 1 - 3 jalur dawai khas (Poly wire) bergantung kepada kehendak dan kesesuaian dan ia mengelilingi kawasan tanaman nanas atau ternakan. Semua jenis binatang yang datang menyentuh dawai khas tersebut akan mendapat kejutan atau renjatan elektrik yang rendah. Kejutan atau renjatan ini tidak bahaya kerana ia hanya membawa arus yang rendah. Akibat dari kejutan atau renjatan ini akan membuatkan haiwan tersebut takut untuk menghampirinya. Arus elektrik yang rendah ini boleh diprogramkan agar ia hanya mengalir dalam dawai tersebut di mana arus dihantar 3 saat sekali atau berterusan. Kalau terkana kepada babi hutan ia akan berpatah balik dan beralih kelokasi lain. Kalau terlanggar lagi ia akan lari dan tidak mahu melaluinya lagi terutama pada malam hari.


Sistem Pagar Elektrik ini berfungsi dengan cara mempastikan dimana arus elektrik akan dialirkan oleh alat yang dipanggil ENERGIZER yang disambung pada jalur wayar yang mengeliling kawasan tanaman atau ternakan tersebut. Jalur wayar atau dawai ini mesti dipasang mengikut ketinggian sesuai (1 kaki- 1.5 kaki) dari paras tanah diatas tiang dengan kukuh (Sila lihat foto disebelah). Apa yang paling penting adalah wayar tadi mestilah bersih laluannya daripada sebarang kayu, semak atau rumput menyentuhnya. Ini kerana jika ada sntuhan maka arus eletrik akan terus mengalir dan wayar berkenaan tidak berfungsi dengan baik. Katika huja pula lebih cepat arus letrik hilang kerana ia terlus mengalir dan PENTING BERSIHKAN SEPANJANG WAYAR, Punca kuasa energizer ini adalah daripada bateri 12volt (N60/N70/N100 dimana Batteri lebih besar lebih tahan lama) ataupun terus daripada punca elektrik menggunakan adaptor khas (jika ada bekalan letrik TNB). Lazimnya arus letrik ini akan dihantar pada jalur dawai tersebut tiga saat sekali.  Haiwan yang menyentuh jalur dawai ini akan mendapat kejutan/renjatan eletrik yang rendah (tidak membahayakan) melalui sistem elektrik yang asas iaitu haiwan yang berpijak di atas tanah akan menerima renjatan ini. Terdapat banyak syarikat dan jenama pagar letrik ini yang menawarkan harga serta khidmat selepas jualan yang berbeza-beza. Pilih jenama dan sistem yang sesuai dengan keadaan kebun dan kekampuan kewangan anda. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PAGAR LETRIK... SANGAT BERGUNA...
TENAGA SOLAR... DIPASANG SAMA...
BERFUNGSI... PEROSAK TAKUTNYA...
MEMANG CEKAP... SELAMAT JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(14 RabiulAkhir 1441H). 

Saturday, December 21, 2019

KACANG TANAH - BAJA KOMPOS SAWIT

KACANG TANAH (Arachis hypogea) adalah komoditi yang kurang ditanam di Malaysia sebagai tanaman makanan. Rekod daripada Jabatan Pertanian menunjukkan keluasan penanaman kacang tanah pada tahun 2018 hanya 75 hektar sahaja dengan jumlah hasil sebanyak 235 metrik tan sahaja (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Kawasan penanaman kacang tanah ini hanya Daerah Machang, Kelantan (74 ha), Daerah Kinta di Perak (45 ha), Daerah Pitas di Sabah (23 ha) dan di Tangkak. Bagaimana pun tanaman kacang tanah merupakan komoditi makanan dan agrobisnis yang bernilai ekonomi cukup tinggi dan merupakan salah satu sumber protein dalam pola pangan penduduk Indonesia. Keperluan kacang tanah di negara jiran ini dari tahun ke tahun terus meningkat sejalan dengan bertambahnya jumlah penduduk, keperluan zat makanan protin masyarakat, diversifikasi tanaman makanan, serta meningkatnya kapasiti industri permakanan di Indonesia. Namun pengeluaran kacang tanah dalam negera mereka belum mencukupi keperluan Indonesia yang masih memerlukan pengimportan dari luar. Kerajaan Indonesia terus berusaha untuk meningkatkan jumlah pengeluarannya melalui intensifikasi, perluasan kawasan penanaman dan penggunaan pembajaan tepat. Kacang tanah memiliki nilai ekonomi tinggi serta mempunyai peranan besar dalam mencukupkan keperluan makanan dari kategori kekacang. Kacang tanah memiliki kandungan protein 25-30%, lemak 40-50%, karbohidrat 12% serta vitamin B1 dan membolehkan kacang tanah memenuhi keperluan zat makanan selepas tanaman Kacang Soya di Indonesia. Ia juga berguna sebagai bahan asas dalam industri pembuatan produk makanan seperti margarin, sabun, minyak masak dan sebagainya. Dilaporkan jumlah pengepuaran kacang tanah nasional di Indonesia pada tahun 2015 sebanyak 779,228 metrik tan (ia adalah 3,315 kali ganda lebih banyak daripada pengeluaran Malaysia!). Bagaimana pun negara tersebut masih mengimport sebanyak 125,636 metrik tan kacang tanah pada tahun yang sama. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan satu kajian dari negara jiran mengenai hasil penyelidikan penggunaan baja kompos tandan sawit dalam penghasilan kacang tanah untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.

Peningkatan penghasilan kacang tanah di negara jiran ini dapat dilakukan dengan penggunaan varieti unggul (Deptan RI, 2008) dengan memperbaiki amalan agronomi tanaman, cara pebajaan yang tepat dan sistem saliran yang cekap. Salah satu perkara dikenalpasti saintis adalah berlakunya penurunan hasil ini disebabkan oleh ketidakmampuan gynophore (tangkai bunga yang membenuk polong buah kacang tanah) untuk sampai ke dalam tanah sehingga menyebabkan ginofore tersebut gagal membentuk polong (Sila lihat foto disebelah). Walau pun pokok tumbuh subur dengan penjagaan yang baik akan tetapi kegagalan pembentukan polong catau lengai dalam tanah menyebabkan hasilnya berkurangan. Dalam pada itu dilaporkan dimana telah ada kesedaran berlaku kesan yang  negatif terhadap penggunaan baja buatan dan amalan agronomi pertanian moden lainnya terhadap usaha bagi sebahagian kecil petani telah membuat mereka beralih dari pertanian konvensional ke pertanian organik. Pertanian jenis ini memerlukan keperluan nutrien melalui pemberian baja organik. Permintaan baja kompos sebagai salah satu bentuk dari baja organik bagi tanaman telah semakin meningkat. Pengguna dari di negara maju telah giat mengelakkan bahan makanan dengan penggunaan bahan anorganik seperti baja kimia. Permintaan baja organik yang mana kini semakin pesat merupakan salah satu peluang penggunaan Tandan Kosong Kelapa Sawit menjadi punca baja kompos secara ekonomik. Tandan Kosong Kelapa Sawit melalui proses dekomposisi dapat dijadikan menjadi baja yang kaya dengan unsur seperti N, P, K, dan Mg sesuai yang diperlukan oleh tanaman.

Hasil kajian awal mendapati pemberian kompos tandan kosong kelapa sawit dan interaksi antara pemberian kompos tandan kosong kelapa sawit dengan kekerapan  pemberian yang berbeza berpengaruh nyata terhadap parameter jumlah ginofor per/pokok. Kekerapann pemberian kompos rawatan berbeza didapati tidak menunjukkan hasil kesan tidak nyata terhadap pengeluaran jumlah ginofor/pokok secara fizikal. Hasil analisa data secara statistik bagaimana pun mendapati menunjukan bahawa pemberian kompos tandan kosong kelapa sawit berpengaruh nyata terhadap jumlah ginofor/ pokok. Dilihat dimana kuantiti kompos tandan kosong kelapa sawit jelas memberikan pengaruh nyata jumlah ginofor per sampel akan bertambah. Perkara ini sesuai dengan temuan yang menyatakan bahwa unsur zat P memberikan peranan yang penting dalam merangsang pertumbuhan akar serta pembentukan bunga, buah dan biji. Hasil analisis data yang dibuat secara statistik menunjukan bahawa pemberian kompos tandan kosong kelapa sawit berpengaruh tidak nyata terhadap parameter tinggi tanaman dan juga jumlah cabang. Setiap hasil menunjukkan perbezaan yang tidak jauh beza sehingga kesan tidak nyata. hal ini diduga karena nitrogen menjadi faktor pembatas di lahan penelitian ini. Kenyataan dimana tanaman kurang N maka pertumbuhan tanaman akan terencat dimana ia akan nampak kurus, mengurangkan hasil. Ia berlaku sebab pembentukan klorofil dan juga kesan kekurangan nitrogen.


Sebenarnya di Indonesia kacang tanah merupakan salah satu tanaman kekacang dan makanan yang mempunyai nilai ekonomi tinggi sebab akan kandungan zat permakanannya terutama protein dan lemak yang tinggi. Usaha peningkatan pengeluaran kacang tanah antara lain dengan pemberian kompos tandan kosong kelapa sawit (oil palm bunch) dan kekerapan pemberian baja ini. Pemyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh atau kesan pemberian kompos tandan kosong kelapa sawit dan frekuensi pemberian terhadap pertumbuhan dan juga pengeluaran kacang tanah. Parameter yang dikaji adalah tinggi tanaman, jumlah cabang, umur berbunga, jumlah ginofor per sampel, jumlah polong per sampel, jumlah lengai kacang tanah, bilangan biji setiap biji lengai, berat kering biji kacang tanah, serta pelbagai paramiter lain. Hasil kajian ini mendapti dimana aplikasi kompos tandan kosong kelapa sawit adalah berpengaruh nyata terhadap parameter jumlah ginofor per sampel. Frekuensi pemberian baja kmpos ini didapati mempengaruhi dengan nyata terhadap jumlah lengai kacang tanah sepokok. Semuga artikel ini memberi info bebrguna kepada pembaca blog "Anim Agro Technology" kali ini . Wasallam!!!..
MENANAM CACANG TANAH... INDINESIA...
BAJA KOMPOS... TANDAN SAWIT DI GUNA...
KESAN POSITIF... KAJIAN INI BERJAYA...
JADIKAN AMALAN... UNTUK MEREKA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrahaya,
Malaysia.
(16 RabiulAkhir 1441H).

Friday, December 20, 2019

MANGO FLOAT - UNIK DI CAGAYAN

MANGO FLOAT merupakan sejenis makanan yang unik dan semakin diminati ramai di negara jiran Filipina terutama di Cagayan de Oro dimana penulis blog berkunjung untuk 5 hari. Pada hari pertama saya berkunjung ke Kompleks membeli belah Central yang hanya 7 minit berjalan dari A1 Express Hotel dimana ada banyak stall yang menjual pelbagai produk dan makanan. Filipina yang terkenal dengan 'Mangga Manila' atau Carabao Mango memang ada banyak produk yang berasaskan buah enak ini termasuk Mango Juice, Dried Mango, Fresh Cut Mango dan juga Mango Float. Menurut rakan saya Azman memang makanan yang diperbuat daripada mangga popular di negara tersebut yang mana beliau telah tinggal selama 12 tahun disana. Petang tersebut saya mengintai untuk membeli 'Mango Float' Juice yang sejuk dengan ais tetapi oleh kerana tekak saya kurang mengizinkan maka dibatalkan sahaja niat meminum mango fruit float juice. Memang telan air liur sahaja kerana tidak dijual mango fruit juice tanpa ais yang berharga 75 Peso satu cawan besar. Diatasnya siap ada aiskrim yang memang enak jika saya tidak batuk ketika itu. Bagaimana pun pada hari kedua saudara Azman nyatakan untuk makan 'Mango Float' di kedai mango float yang popular dibandar tersebut dan beliau amat meminatinya. Kami menaiki teksi selama 15 minit untuk ke premis tersebut jam 11.30 pagi dan memesan makanan tersebut. Kedai ini terletak tidak jauh dari Universiti Cagayan De Oro. Jangkaan saya meleset apabila melihat juadah yang dihidangkan rupanya adalah semacam kek yang ada inti pes mangga didalamnya (Sila lihat foto diatas sekali). Memang ramai pengunjung datang didalam kedai yang kecil dengan meja sempit di penjuru bangunan tepi jalan utama ini terutama para siswa. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai sejenis makanan unik iaitu Mango Float versi Cagayan de Oro untuk dikongsi oleh anda semua.


Mango Manila (Mangifera indica) atau pun Carabou Mango memang merupakan satu varieti mangga popular di negara jiran tersebut yang mana pernah dicatitkan sebagai varieti mangga termanis didunia oleh World Guiness Book of Record pada tahun 1995. Penulis blog juga sempat membuat tinjauan mengga jenis ini dan membelinya digerai buah yang ada beberapa kualiti dengan harga berbeza dari 60 Peso sehingga 120 Peso sekilogram (Sila lihat foto disebelah). Kadar pertukaran diantara Ringgit dengan Peso adalah RM1 bersamaan 12 Peso. Membeli 2 kilogram gred terbaik dan dimakan di hotel untuk ujirasa didapati mangga ini amat memuaskan dan mengenyangkan. Rasa manis sekitar 15 -18 Brix (anggaran penulis mengikut pengalaman) iaitu memang sangat manis dan mempunyai aroma yang baik. Dalam pada itu penulis juga sempat ujirasa mangga ini yang telah dikeringkan tanpa bahan aditif dan memang enak dimakan. Beberapa produk berasaskan mangga lain dapat ujirasa seperti aiskrim manga dan beberapa lagi. Pada penulis blog sebenarnya mango float ini memang mudah dibuat jika mempunyai bahan mencukupi dan ada kemahiran untuk membuatnya. Rupanya ramai orang Malaysia yang selalu membuat mango float dengan dijadikan makanan pencuci mulut yang enak.


Pada penulis blog kalau menyebut ‘mango float’ sudah mesti ramai yang terbayang minuman 'ala ice blended'  yang berperisa mangga. Tapi jenis ini lain. Sebenarnya mango float adalah sejenis pencuci mulut yang cukup terkenal di Filipina. Lebih kurang macam kek batik, ianya dilapis-lapis dengan biskut kraker dan krim akan tetapi versi mereka ini menggunakan buah mangga sebagai bahan utamanya. Mereka juga sering menggunakan pes mangga dari jenis mangga manila (Sila lihat foto disebelah). Dalam menyediakan makanan enak ini dperlukan bahan asas iaitu  1 cawan whipping cream, 1/2 tin susu pekat manis (hendak manis letak lebih), 200 gm cream cheese, 1/2 peket biskut cream cracker, 4 biji mangga (dihiris memanjang) atau pes mangga (rasa sedkit lain), 2 keping biskut cream cracker (hancurkan). Keperluan lain adalah seperti Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuaian, Bahan aluminium foil serta Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut). Cara membuatnya dengan mengisar (blender)  cream hingga pekat dan dimasukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi. Kalau tidak ada mixer maka boleh juga guna blender biasa. Sebaiknya ditunggu sehingga kembang dan sebati. Dalam pada sama boleh disediakan loyang dimana balutkan loyang dengan aluminium foil. Bagaimana pun jika hendak menggunakan bekas lain tanpa aluminium foil pun boleh.


Dalam pada sama boleh rendam biskut didalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut didalam loyang. Ia boleh dilapiskan dengan Cream Cheese dan seterusnya dimasukkan adunan cream cheese dan ratakan seingga kemas. Cara yang baik kemudian perlu mengaturkan hirisan buah mangga atau pes mangga diatasnya dengan kemas (Sila lihat foto disebelah). Ulang langkah menyusun sehingga selesai dan bagi tujuan menyediakan 'topping' maka sebaiknya dibahagian lapisan atas dimana selepas cream cheese diratakan maka bolehlah di tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan diatas bahan tadi dengan kemas. Proses seterusnya adalah menyejukkan mango float ini didalam freezer selama sekurang-kurangnya 3 jam dmana selepas itu mango float bolehlah diambil untuk dimakan atau dihidangkan. Sebaiknya ia dihidangkan dengan dipotong-potong mengikur bentuk yang disukai sama ada empat segi sama, bujur atau tiga segi bergantung kepada kerativiti masing-masing. Perlu diingat dimana sebenarnya mango float ini mudah cair iaitu semacam ais krim juga. Ia memang tidak boleh terbiar lama dalam dalam suhu bilik. Adalah lebih baik jika berlaku masa hendak makan baru sesuai keluarkan dan hidang dari peti sejuk. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERGI MINDANAO... CAGAYAN DI SANA....
MELIHAT MANGGA... PELBAGAI JENISNYA...
MAKANAN MANGO FLOAT... POPULAR DIA...
MEMANG ENAK...PENULIS DAPAT UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 103, A1 Express Hotel,
Claro M. Recto Avenue, 
Cagayan de Oro, Misamis Orientalis,
Philipines.
(19 RabiulAwal 1441H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...