Support My Blog

Friday, September 6, 2024

SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA

Menarik peribahasa masyarakat Melayu lama SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA untuk di bincangkan dalam agronomi dan teknikal pertanian. Peribahasa ini menggunakan perkataan penting iaitu haiwan Kera atau Monyet (Monkey) dan juga Bunga (Flowers) yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan. Apa pun peribahasa ini dilihat ia mempunyai maksud yang berlainan dengan pilihan perkataan-perkataan yang membentuknya. Penulis blog dapati peribahasa ini mempunyai makna dua lapis iaitu peribahasa ini kadang-kadang ia menyebutkan akan perbandingannya dan kadang-kadang dilihat tidak. Peribahasa ini memberikan makna atau maksud 'Orang yang tidak tahu menilai dan menghargai pemberian kepadanya' yang mana ia sering berlaku dalam masyarakat. Peribahasa ini seakan bertentangan perilaku atau berlawanan dengan peribahasa 'Orang Berbudi, Kita Berbahasa' atau peribahasa 'Di mana Bumi Dipijak, Disitu Langit Dijunjung' dan seumpamanya. Apa pun perkataan peribahasa yang menggunakan perkataan 'Bak, Bagai, Ibarat, Laksana, Macam, seperti dan umpama' selalunya ia adalah merujuk kepada perkara perbandingan. Penulis blog ambil contoh beberapa peribahasa yang ada unsur perbandingan antaranya 'Bagai anak ayam kehilangan ibu, Seperti pungguk merindukan bulan, Seperti katak di bawah tempurung dan juga Seperti rusa masuk kampong'. Kesemua perkataan ini dilihat cuba membandingkan diantara kedua kiasan yang amat ekstrim untuk dibandingkan. Dalam peribahasa ini monyet dan bunga memang banyak perbezaannya. Hanya manusia yang memahami akan makna, aroma, kesenian, kegunaan, maksud dan sebagainya tentang bunga. Bunga Rss atau bunga mawar yang berwarna merah berlainan kegunaan dan maksudnya dengan bunga ros berwarna biru dan kuning didalam masyarakat. Begitu juga pokok bunga kemboja selalu di tanam di tanah perkuburan dan bunga raya adalah lambang bunga kebangsaan Malaysia. Monyet pula tidak melihat bunga itu sebagai ada nilai dimana kalau monyet mengambil bunga pun pun hanya untuk dimakan atau di rosakannya sahaja. Artikel pada petang Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mengupas akan peribahasa iaitu seperti kera mendapat bunga untuk di jadikan bahan rujukkan dan bacaan pembaca blog semua.


MONYET
atau dipanggil KERA (Sub-order: Haplorhini) adalah haiwan yang sering kita jumpa dikawasan taman rekreasi, kebun, kampong dan juga dimana-mana ia boleh mendapatkan makanan dan membiak. Haiwan ini adalah haiwan jenis omnivor iaitu ia lazimnya akan makan tumbuhan (Bahagian buah, daun bunga, biji dan pucuk) dan juga menjadi haiwan pemangsa kepada haiwan lain. Terdapat lebih daripada 260 spesis monyet diseluruh dunia dimana monyet adalah jenis Mamalia berdarah panas yang dari Order Primate. Monyet juga jenis haiwan yang mampu bergerak dengan cepat diatas pokok, diatas darat malahan berenang merentasi sungai. Kepantasan bergerak didahan dan batang pokok serta lompatan jauh membolehkan haiwan ini menganggu kehidupan manusia sama ada menyerang dapor rumah atau didalam kebun petani. Kehadiean kelompok monyet atau gerombolan monyet ketika tanaman sedang berbuah hampir masak dimana ia menyebabkan petani akan kehilangan hasil pendapatan. Di kampong saya di Gersik, Muar terdapat banyak pokok buah-buahan seperti pisang, rambutan, mangga, nangka, betik, petai dan sebaganya. Bagaimana pun lazimnya simonyet ini atau panggilan manja dipanggil sebagai "CHE MON" ini akan datang dan makan buah-buahan yang masih muda, mentah apalagi kalau ia telah hampir masak. Selain daripada makan buah, monyet juga akan merosakkan tanaman dengan mematahkan dahan atau menruntuhkan buah-buahan yang ada pada pokok. Kajian saya mendapati purata masa makan seekor monyet ialah lebihkurang selama 20 minit dan boleh makan sehingga 20 kali. Makanannya terdiri daripada pelbagai jenis seperti buah-buahan, batang pokok, ketam, bunga-bungaan, serangga, cendawan, rumpai, malah ada kalanya memakan tanah liat. Tabiat pemakanan yang lahap itu menjadikan monyet menjadi masalah kepada para petani. Ia mudah dan cepat membiak jika mempunyai makanan yang cukup dan sering tinggal berkelompok.


BUNGA (Flower) pada tumbuhan atau kembang ialah struktur pembiakan untuk tumbuh-tumbuhan dalam division iaitu Angiosperma. Bunga mengandungi organ-organ yang menghasilkan biji-biji benih tumbuhan yang baharu melalui pembiakan. Untuk tumbuhan-tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi dimana, biji-biji merupakan keturunan yang berikut, dan bertindak sebagai cara yang utama untuk penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara luas. Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan berkembang menjadi buah yang mengandungi biji-biji ini. Apa pun selain fungsi praktikal pembiakan, bunga lazimnya cantik. Manusia telah lama mengagumi bunga dan menggunakannya bagi mengindahkan sekitaran mereka, dan juga sebagai objek cinta, upacara, agama, perubatan dan malah sumber makanan. Dilaporkan dimana ada terdapat empat bahagian atau sepusar yang utama (bermula daripada bawah bungga atau buku terendah naik ke atas) seperti berikut pertama KALIKS (calyx) iaitu kelopak yang luar; biasanya, ini berwarna hijau akan tetapi kelihatan seolah-olah kelopak dalam sebilangan spesies. Kedua adalah KOROLA (Corolla) iaitu bahagian semua ranggi yang selalunya nipis, lembut dan berwarna-warni untuk dapat menarik serangga supaya dapat membantu dalam proses pendebungan. Ketiga adalah ANDROESIUM yang mana komponen ini terdiri daripada satu atau dua sepusar stamen  dengan setiap stamen merupakan sebatang filamen yang mempunyai anter pada hujungnya untuk menghasilkan POLLEN (Debunga). Debunga ini mengandungi gamet jantan.
Keempat adalah GINESIUM atau organ betina yang terdiri daripada satu atau lebih pistil. KARPEL (Carpel) pula adalah organ pembiakan betina yang mengandungi ovari serta ovul-ovul yang mengandungi gamet betina. Sebatang pistil juga mungkin terdiri daripada satu karpel yang tunggal atau sebilangan karpel yang digabungkan bersama-sama untuk menjadikan satu pistil bagi setiap bunga (bunga yang sebegini digelarkan apokarpa). Stigma, iaitu bahagian hujung pistil yang lekit, ialah penerima debunga. Stil pula adalah tangkai yang menyangga stigma dimana ia menjadi laluan untuk penumbuhan tiub debunga dari butir-butir debunga yang terlekat pada stigma ke ovul, dan membawa bahan-bahan pembiakan. Apa pun fungsi bunga ialah untuk menjadi pengantara bagi penyatuan gamet jantan dan gamet betina. Proses ini diistilahkan sebagai pendebungaan. Banyak bunga bergantung kepada angin untuk menggerakkan debunga antara bunga-bunga spesies yang sama. Ada juga yang bergantung kepada haiwan, khususnya serangga untuk berbuat demikian. Tempoh masa yang mana proses ini dapat dilakukan (iaitu bunga telah menjadi matang dan berfungsi) digelarkan antesis. Terdapat banyak bunga dalam alam semula jadi telah berubah untuk menarik haiwan-haiwan untuk menyenyawakannnya. Pergerakan-pergerakan agen pendebungaan memberikan peluang untuk penggabungan semula genetik dalam populasi tumbuhan yang tersebar.


Menarik dapam portal hmetro.com kisah bertajuk 
'Terima kasih tak lupakan nelayan' dipetik dari Kota Bahru, Kelantan bagaimana hampir 100,000 nelayan di bawah Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) akan mendapat manfaat daripada Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri. Dipetik sunber dimana Pengerusinya, Abdul Hamid Bahari berkata yang peruntukan yang diumumkan itu dapat meringankan beban ditanggung nelayan di seluruh negara. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang tidak pernah melupakan nelayan. Perkara ini juga tidak seperti peribahasa lama 'Seperti Kera Mendapat Bunga' yang memberikan makna orang yang tidak menghargai atai menilai pemberian kepadanya' dan mereka bersyukur apabila  kerajaan masih mengekalkan pemberian subsidi kepada nelayan terutama pembelian petrol dan ia akan meringankan beban nelayan untuk terus mencari rezeki di laut. Adalah diharapkan dimana pemberian ini akan meningkatkan hasil tangkapan ikan dan juga negara. Rata-rata nelayan amat bersyukur atas pemberian ini kerana ia sangat bermakna dan memberi semangat kepada kami untuk meningkatkan hasil. Menerusi pembentangan Belanjawan 2024 itu dilihat kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk membaik pulih rumah nelayan. Apa pun dalam belanjawan itu turut ada juga diperuntukkan untuk pinjaman mudah kepada nelayan dan diharap ia dapat mengembangkan lagi bidang perniagaan yang diceburi. Nelayan juga menyambut baik skim insurans yang diperkenalkan kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk melindungi nelayan, pesawah dan petani yang terbabit dengan bencana alam. Dalam media melaporkan, Belanjawan 2024 Malaysia MADANI menyediakan RM2.6 bilion bagi menyalurkan pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada pesawah dan nelayan. Dinyatakan kerajaan terus mengekalkan subsidi diesel pada harga terendah iaitu RM1.65 sen seliter kepada nelayan kelas tertentu dengan kuota 840 juta liter setahun. Bagi kalangan nelayan yang telah diberikan elaun sara hidup sehingga RM300 sebulan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan sehingga RM1,000 sebulan. Kerajaan juga menyediakan RM10 juta untuk membina baharu dan baik pulih rumah nelayan yang uzur. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SEPERTI KERA...DIA MENDAPAT BUNGA...
SEMUANYA DI ROSAK...TIADA BERGUNA...
ORANG BERBUDI...TIDAK BERHARGA...
JANGAN BEGITU... MASYARAKAT BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Safar 1446H).

Thursday, September 5, 2024

KETAM NIPAH - INFO MENARIK (PT 2)

KETAM NIPAH
(Scylla serrata) merupakan sejenis haiwan yang sesuai diternak secara komersial dan ia memberikan keuntungan dan menjana pendapatan. Kini telah ada teknologi ternak ketam nipah yang semakin dipertingkatkan. Pada penulis blog ketam nipah adalah haiwan dari jenis krustacea iaitu bercangkerang seperti udang. Ia juga dikenali sebagai ketam bakau atau ketam lumpur dari keluarga Portunidae. Secara semulajadi ketam hidup serta membiak di sekitar paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau air masin mengikut masa air pasang dan surut. Menternak ketam menggunakan kolam atau 'membintur' begitu popular terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Lazimnya kolam-kolam dibuat sekitar paya bakau atau berdekatan dengan laut kerana memerlukan air payau atau air masin. Namun teknik ini sebenarnya akan memerlukan kawasan yang luas berbeza dengan teknologi menggunakan bakul plastik yang mana ia lebih mudah diuruskan. Lazimnya teknoligi untuk proses menggemukkan memerlukan bekas khas untuk mengisi benih ketam secara berasingan kerana ketam adalah dari spesies yang ganas, karnivor dan tahan lasak serta akan memakan sesama sendiri apabila lapar. Ketam nipah membiak secara bertelur dan boleh membesar sehingga karapasnya mencapai 20 sentimeter atau lebih iaitu dengan berat badan melebihi satu kg (kilogram) hingga empat kg seekor. Ketam nipah boleh diperolehi dalam tiga warna iaitu hijau, coklat dan merah. Ketam tersebut mempunyai potensi dalam bidang industri perikanan terutamanya kegiatan separa kultur. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bagaimana menternak ketam nipah ini boleh dijadikan satu bidangusaha yang menjana pendapatan.


Dalam portal hmetro.com dilaporkan kes '
Rezeki ketam nipah' dimana berat seekor ketam nipah boleh mencecah berat satu kilogram seekor oleh penternak hebat. Kisah dari Kuala Muda dilaporkan sebenarnya dimana bukan mudah hendak senang, namun demi kelangsungan hidup seorang nelayan di Bukit Meriam yang nekad membanting tulangnya untuk memberi keselesaan kepada keluarganya. Nelayan Roslan Ramli (49) yang dulunya seorang nelayan dan ke laut saban hari demi mencari sesuap nasi untuk isteri dan lapan anaknya berusia enam hingga 23 tahun. Diaporkan dia ketika itu hanya bergantung pendapatan daripada sumber laut yang mana ia kadangkala lumayan dan cukup membeli keperluan dapur dan anak-anak. Kalau tidak ke laut dia keluar mencari ketam nipah di kawasan pantai berlumpur sekitar Pantai Merdeka sebelum dijual kepada peraih atau dibekalkan sebagai benih kepada mereka yang mengusahakan kolam ternakan ketam. Kalau dulu dia hanya menangkul ketam jika tidak ke laut dan kemudian hasilnya saya jual di tepi jalan kepada pelanggan yang ingin merasai kelainan isi ketam nipah. Diingat memang dulu susah mencari ketam nipah kerana keadaan ia hidup di kawasan paya bakau dan di dalam lumpur dan memang memerlukan kemahiran tinggi. Kini dia selalu memindahkan benih ketam ke dalam kolam miliknya di Bukit Meriam, Kuala Muda dimana dia melihat aktiviti ini boleh dikomersialkan dan  dia kemudian memberanikan diri mengusahakan kolam ketam seluas satu hektar. Bermula pada 2011 dengan menyambung mengusahakan kolam yang dimiliki rakannya secara perlahan-lahan sehingga memiliki tiga kolam di bawah jagaannya. apa pun usahanya sedikit demi sedikit membuahkan hasil dan bermula secara kecil-kecilan. Dia bermula dengan mencari benih sendiri sebelum dipindahkan ke kolamnya itu sebelum ia mula membiak sehingga kini. Kini dia mampu menghela nafas lega dengan apa yang diusahakan selain permintaan yang tinggi daripada orang ramai. Hasil yang diperolehi saya jual dalam pelbaga bentuk, ada yang dijual bagi tujuan makanan selain ada yang dijual bagi tujuan benih. Harga yang biasa dijual di pasaran mampu mencecah RM40 sekilogram bergantung kepada saiz ketam. Dia kini tidak menang tangan memasarkan ketam itu berikutan permintaan yang tinggi daripada orang ramai, ditambah menjelang hari perayaan. Dakwanya dimana diantara masalah dihadapinya ialah modal pusingan yang digunakan untuk kolamnya ini tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak dan hanya bergantung kepada poketnya sendiri. Ini kerana tapak kolam yang kini diusahakan tidak memiliki geran sementara atau TOL kerana ia milik kerajaan, jadi agensi kerajaan tidak dapat menyalurkan bantuan kepada saya bagi tujuan ini. Namun dia sedang berusaha untuk mendapatkan geran sementara untuk tiga kolam yang diusahakannya kini dan bercadang untuk membesarkan lagi kapasiti kolamnya. Sehingga hari ini satu kolamnya boleh menempatkan sehingga 2,000 ekor ketam nipah dan setiap hari dia dapat memungut hasil sehingga 100 kilogram sehari.


Dalam portal bharian.com kisah bagaimana 'Ketam nipah berpotensi rawat denggi, kanser' memang wajar dikongsikan. Terdapat beberspa saintis yang berjaya menunjukkan ketam nipah yang berpotensi menjadi penawar kepada kanser dan denggi. Kisah daripada Kuala Terengganu dimana ada sekumpulan penyelidik Institut Akuakultur Tropika atau ringkasnya AKUATROP di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapati ketam bakau berpotensi menjadi penawar penyakit kanser dan denggi. Walaupun kajian itu masih di peringkat awal, beberapa hasil kajian makmal mendapati ketam bakau atau nama saintifiknya Scylla olivacca yang berpotensi menjadi ubat kepada penyakit berkenaan menerusi ekstrak partikel nano perak yang terdapat dalam darahnya. Bagi Pengarah AKUATROP, Prof Emeritus Dr Mohd Azmi Ambak, berkata kajian itu baru dijalankan kira-kira setahun dan beberapa bukti penting ditemui bagi menyokong hasil kajian. Kajian mendapati ada partikel nano perak dalam darah ketam bakau adalah bahan yang mampu menjadi ubat kepada penyakit denggi dan kanser luaran seperti kanser payudara yang menjadi pembunuh utama wanita di dunia. Di dalam ketam bakau terdapat beberapa partikel nano dan antaranya ialah perak (silver) yang berunsur toksik, tetapi selepas menjalani proses biosintesis, ia akan menjadi ubat yang mampu merawat penyakit denggi dan kanser. Bagaimanapun, kajian ini masih di peringkat awal dan kita perlu melalui proses panjang termasuk ujian klinikal yang lebih terperinci sebelum mampu mengeluarkan ubat yang boleh digunakan oleh manusia sejagat. Selain khidmat penyelidik UMT mereka dilaporkan mempunyai kepakaran saintis dari Kanada yang bekerja secara kontrak di sini dan mungkin akan bekerjasama dengan Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi menjalankan kajian lanjut mengenai penemuan ini. Selain berpotensi menjadi penawar kepada kanser dan denggi, ketam bakau juga boleh digunakan untuk merawat penyakit udang di kolam ternakan yang sering mengakibatkan kerugian besar kepada penternak secara komersial. UMT sudah pun menjalankan ujian makmal terhadap udang segar dan sakit yang diambil dari kolam dan selepas diberi makanan yang mengandungi bahan ini (ekstrak darah ketam bakau), kita dapati ia mampu merawat penyakit berkenaan. 


Dalam bharian.com juga dilaporkan '
Ketam nipah Abang Sado' iaitu kisah dari Sarawak yang menarik di kongsikan. Kisah dari Tg Manis, Sibu (penulis blog berkunging pada 31 Ogos 2024 baru-baru ini) tetapi tidak sempat ujirasa kehebatan ketam ini. Media laporkan gelaran `Abang Sado' antara jolokan diberikan nelayan setempat terhadap `Ketam Sebayang' atau nama saintifiknya Scylla serrata yang cukup popular dalam kalangan penggemar makanan laut di daerah ini. Gelaran itu jelas memperlihatkan saiznya yang agak luar biasa, selain memiliki tekstur isi lebih kenyal dan manis berbanding ketam biasa, menyebabkannya sentiasa menjadi `buruan'. Bagi nelayan setempat, ketibaan musim ketam berkenaan yang kebiasaannya boleh ditemui di Sungai Sebayang dan Sungai Semaring, disifatkan sebagai rezeki Ramadan, sekali gus mewujudkan sumber pendapatan tambahan untuk mereka. Dilaporkan dimana Ketam Sebayang memang isinya manis dan enak sehingga ramai pengusaha makanan laut sanggup menawarkan harga tinggi untuknya.  Ramai peminat sanggup bersengkang mata memburu ketam itu semata-mata mahu mencari rezeki lebih dimana lazimnya ketam ini kebanyakannya gemuk dan isinya cukup manis. Ia tidak hanya dijual kepada individu malah ada pengusaha makanan laut sanggup menawarkan harga tinggi semata-mata mahu menikmati kelazatan ketam ini. Masih tidak ramai mengetahui ketam berkenaan yang dijual di Sibu, termasuk Sarikei diperoleh dari Kampung Sebayang atau di jual hanya di perkampungan nelayan berhampirannya. Didakwa dimana selain dari rasa isinya yang lembut dan manis menyebabkan nilainya semakin meningkat dimana ini lebih-lebih lagi adalah didorong permintaan tinggi pelanggan, terutama dalam kalangan pengusaha restoran makanan laut. Biasanya, ketam ini `timbul' bermusim dan amat sukar diperoleh jika di luar musimnya mendarat. Dalam kalangan pengusaha restoran makanan laut, ia biasanya dianggap sebagai hidangan eksklusif. Nelayan lain Edmond Juat dakwa harga ketam nipah liar kebiasaannya lebih mahal berbanding yang diternak di dalam sangkar. Ada nelayan yang mampu menangkap ketam 'Abang Sado' hingga 50 kilogram sehari. Sekilogram ketam ini dijual pada harga antara RM28 hingga RM30 mengikut saiz dan gred. Ini kerana banyak cabaran perlu diharungi penangkap ketam berikutan tabiat haiwan itu yang gemar bersembunyi di kawasan berpaya. Kerja menangkap ketam nampak mudah tetapi memerlukan kemahiran. Nelayan akan menggunakan perangkap bernama `bento' yang diletakkan umpan ikan segar seperti kembung dan tenggiri. Umpan ini berperanan sebagai 'penarik' ketam keluar daripada tempat persembunyiannya. Nelayan akan memperoleh hasil tangkapan mencecah 50 kilogram sehari, dengan setiap kilogram ketam berkenaan dijual pada harga antara RM28 hingga RM30/kg mengikut saiz dan gred. Aktiviti memburu ketam hanya dilakukan pada musim tertentu dan beliau mempelajari selok belok ini termasuk kaedah bagaimana cara penangkapannya sejak 10 tahun lalu. Kerja mengikat sepit ketam juga perlu kemahiran sebab ia adalah untuk mengelak daripada disepit dengan mengikatnya menggunakan tali. Jika tidak maka tentu jari akan menjadi mangsa. Apa pun tidak dinafikan kerja ini memang sukar. Itulah sebab tidak ramai sanggup melakukannya. Namun bagi kami di sini, pekerjaan ini sudah menjadi sumber rezeki dan mata pencarian untuk menyara keluarga. Sebagai info dimana sebanyak 50 kilogram purata `Ketam Sado' diperoleh dalam sehari dengan harga jualan adalah amtara RM28 hingga RM30 satu kilogram dimana tangkapan akan gunakan alaat 'Bento' (Sila lihat foto paling bawah sekali). Semuga artikel dalam dua (2) segmen ini iaitu Part 1 dan Part 2 dibaca kesemuanya dan memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
MENTERNAK KETAM.. KETAM NIPAH...
HUKUM MAKAN...FAWTA ADA SUDAH...
RAWAT DENGGI...KANSER PUN BOLEH...
DI GORENG SAJA.. SUP PUN DIPILEH..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Safar 1446H).

Wednesday, September 4, 2024

KETAM NIPAH - INFO MENARIK (PT 1)

KETAM NIPAH
(Scylla serrata) merupakan sejenis haiwan yang sesuai diternak secara komersial dan ia memberikan keuntungan dan menjana pendapatan. Kini telah ada teknologi ternak ketam nipah yang semakin dipertingkatkan. Pada penulis blog ketam nipah adalah haiwan dari jenis krustacea iaitu bercangkerang seperti udang. Ia juga dikenali sebagai ketam bakau atau ketam lumpur dari keluarga Portunidae. Secara semulajadi ketam hidup serta membiak di sekitar paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau air masin mengikut masa air pasang dan surut. Menternak ketam menggunakan kolam atau 'membintur' begitu popular terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Lazimnya kolam-kolam dibuat sekitar paya bakau atau berdekatan dengan laut kerana memerlukan air payau atau air masin. Namun teknik ini sebenarnya akan memerlukan kawasan yang luas berbeza dengan teknologi menggunakan bakul plastik yang mana ia lebih mudah diuruskan. Lazimnya teknoligi untuk proses menggemukkan memerlukan bekas khas untuk mengisi benih ketam secara berasingan kerana ketam adalah dari spesies yang ganas, karnivor dan tahan lasak serta akan memakan sesama sendiri apabila lapar. Ketam nipah membiak secara bertelur dan boleh membesar sehingga karapasnya mencapai 20 sentimeter atau lebih iaitu dengan berat badan melebihi satu kg (kilogram) hingga empat kg seekor. Ketam nipah boleh diperolehi dalam tiga warna iaitu hijau, coklat dan merah. Ketam tersebut mempunyai potensi dalam bidang industri perikanan terutamanya kegiatan separa kultur. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bagaimana menternak ketam nipah ini boleh dijadikan satu bidangusaha yang menjana pendapatan.


Dalam beberapa keterangan dimana k
etam nipah yang kenali dengan nama umum 'Mud-Crab' atau 'Mangrove crab' adalah sejenis ketam dimana nama saintifiknya Scylla serrata iaitu sejenis haiwan dari jenis krustasea. Sebagai haiwan dari jenis krustasea dimana ketam nipah juga memiliki cengkerang sebagaimana hidupan lain yang bercangkerang seperti udang. Apa pun selain dikenali sebagai ketam nipah dimana spesies yang tergolong dalam famili Portunidae ini juga dikenali sebagai 'Ketam Bakau'. Di sesetengah tempat ia turut juga dipanggil sebagai 'Ketam Lumpur' dan 'Ketam Bangkang'. Mungkin disebabkan oleh sifatnya yang kuat melawan maka ia digelar sedemikian untuk di kenalinya. Dilaporkan memang ada banyak dan pelbagai spesies ketam nipah iaitu Scylla sp dijumpai meluas di kawasan hutan bakau di mana habitatnya meliputi kawasan berlumpur daripada kawasan zon pasang surut. Ianya merangkumi sebahagian kecil dunia perikanan yang ada di persisiran pantai. Ketam nipah dari spesis Scylla serrata didakwa ia adalah jenis yang dianggap sesuai diternak disebabkan isinya yang padat, sedap dan rasa yang enak. Ketam jenis ini adalah spesies yang penting dan mempunyai permintaan yang meluas di seluruh negara Indo-Pasifik. Pada pengalaman penulis blog mendapati semasa buat tinjauan di lokasi penternak ikan, ketam dan udang air payau mendapati dimana harga ketam nipah adalah tinggi bergantung kepada saiznya. KAjian mendapati dimana sebagai contohnya ketam nipah yang ada telur berharga antara RM30-RM50 seekor. Di Malaysia. Dilaporkan dimana industri ketam nipah dijalankan secara kecil-kecilan oleh kaum nelayan yang berada di kawasan tepi pantai. Apa pun secara ekologinya, kitar hidup ketam nipah bermula di kawasan paya hutan bakau dan ketika ketam nipah hendak bertelur selalunya ia akan berenang ke laut dan melepaskan seluruh telurnya. Induk ketam yang sihat boleh menghasilkan 3 juta telur. Apabila telur menetas, peringkat anak larva iaitu zoea akan mengambil masa 30 hari menjadi anak ketam dan kembali ke habitat asalnya iaitu di kawasan paya hutan bakau. Dilaporkan di Malaysia dimman aktiviti ternakan ketam nipah bermula dengan ternakan anak ketam nipah yang ditangkap di kawasan paya bakau dan di pelihara sehingga membesar ke saiz yang sesuai untuk dijual. Penangkapan anak ketam nipah secara berleluasa akan mengakibatkan populasi ketam nipah berkurangan. Masa ini dilaporkan Pusat Kajian Samudera dan Pantai sedang aktif menjalankan kajian penghasilan benih ketam nipah sebagai usaha menjamin bekalan anak ketam dapat menampung untuk keperluan industri ternakan ketam nipah di masa akan datang. Dijangka populasi ketam nipah di kawasan asalnya terpelihara dan tidak pupus di masa akan datang.


Menarik dalam hmetro.com bagaimana '
UMT laksana kajian pulih populasi ketam nipah' apabila diketahui yang ketam nipah memang ia menghasilkan banyak telur hasil kajian dijalankan Institut AKUATROP UMT.  Dilaporkan dimana kajian di Kuala Nerus mendapati yang populasi ketam nipah yang semakin terjejas mendorong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Institut Akuakultur dan Tropika (AKUATROP) menjalankan kajian berkaitan habitat dan pembenihan hidupan itu. Dilaporkan dimana selain ketam nipah, AKUATROP juga membuat pelbagai kajian berkaitan pengkulturan, pembiak bakaan, pembenihan udang, ketam, ikan, belangkas dan kuda laut. Pengarah Institut AKUATROP UMT, Prof Dr Mhd Ikhwanuddin Abdullah dapati ada pelbagai inisiatif dijalankan terhadap pembenihan ketam nipah bagi meningkatkan populasi spesis itu di Setiu, Terengganu. Apa pun program khas itu dijalankan sejak 2014 di tanah lembap Setiu. Pelbagai usaha secara saintifik diperkenalkan bagi mencari solusi terbaik. Diantara objektif program itu ialah menghasilkan formulasi makanan untuk larva dan induk ketam, meningkatkan kematangan kelenjar reproduksi (gonad) induk ketam dan kualiti serta kadar hidup benih ketam. UMT juga mengkaji keberkesanan sistem kandang terhadap jumlah populasi ketam di habitat semula jadi serta mengkaji keberkesanan aktiviti ternakan ketam dalam sistem kandang. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat peningkatan populasi ketam di kawasan itu selepas penganjuran program yang membabitkan masyarakat setempat dilaksanakan secara bersama. Pihak AKUATROP juga berjaya menambah baik teknologi penghasilan benih ketam selain mewujudkan pusat penetasan benih secara semula jadi di kawasan tanah lembap. Usaha itu bukan sekadar untuk kegunaan penyelidikan, malah peningkatan populasi ketam turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi komuniti setempat. Program yang dijalankan secara bersama itu mencerminkan hubungan antara sebuah gedung ilmu yang memiliki kepelbagaian bidang kepakaran dalam memberikan faedah serta manfaat kepada masyarakat setempat. Projek seperti itu menterjemahkan slogan universiti untuk masyarakat.


Merujuk artikel umpan.com.my dimana tajuk '
Ketahui Status Hukum Memakan Ketam Nipah' sesuai dikongsikan dan di tulis semula kali ini. Mungkin diluar sana dipercayai ada masih ramai yang sangsi akan status halal haram ketam nipah untuk dimakan. Banyak pihak telah pun memperjelaskan bahawa ketam nipah adalah HALAL dan ketam nipah bukanlah haiwan dua alam. Sebenarnya ramai yang keliru antara ketam nipah dan ketam batu yang memang benar hidup dua alam. Bergantung kepada banyak rujukkan dimana ada keterangan yang lebih sahih akan isu ini agar tidak lagi timbul lagi sangkaan was-was. Dalam Majlis Fatwa Kebangsaan di nyatakan status halal bagi ketam nipah. Dilaporkan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mar 1990 telah membincangkan Menternak Binatang Dua alam dimna bagi kes Ketam Nipah iaitu muzakarah telah memutuskan bahawa kes perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah 'harus' kerana ia bukan binatang dua alam. Dalam kes lain dilaporkan dimana penternakan katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulama dan bagi Ketm Bru pula (a) Menurut jumhur ulama dimana perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dua alam. Dalam pada itu (b) Menurut Mazhab Maliki dimana penternakan katak untuk tujuan eksport adalah 'harus'. Ini dikaitkan dengan keterangan atau hujah: Mengikut istilah sains, haiwan dualam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru'. Apa pun perlu difahami dimana kitaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya. Bgi Ketam Nipah pula dilaporkan dimana ia bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia akan tetapi ia adalah dari jenis krustasea iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dimana ia mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah haiwan yang boleh dimakan. Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
KETAM NIPAH...ITULAH NAMA KHASNYA...
KAWASAN TEPI PANTAI... HABITATNYA...
ADA DITERNAK... LUMAYAN HARGANYA...
MAKAN KETAM... SIHAT SENTIASA....


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Safar 1446H).

Tuesday, September 3, 2024

TUMBUHAN BERACUN DAN ANCAMANNYA

TUMBUHAN BERACUN
merupakan jenis tumbuhan liar yang ada dlm hutan atau sesetengah tumbuhan renek atau tumbuhan ornamental di dakam rumah yang menghasilkan racun yang mengganggu kehidupan manusia. Ada jenis banyak tumbuhan yang mengeluarkan cairan, getah (latex), serbuk (powder), debunga (pollen) dan sebagainya yang ada racun dimana ia boleh mengancam kesihatan manusia daripada rasa gatal apabila terkena atau dimakan sehingga kepada kejadian maut (fatal). Bagaimana pun di dalam hutan selalunya masyarakat didalam hutan akan menggunakan bahan racun dari tumbuhan ini untuk di jadikan senjata khas bagi tujuan memburua haiwan atau binatang liar sebagai makanan atau tujuan komersil yang lain. Bagi penulis blog yang sudah bekerja di banyak lokasi diseeluruh negara dan sering juga masuk kedalam hutan memang sering melihat aktiviti mengambik racun dari tumbuhan ini oleh masyarakat orang asli di Semenanjung Malaysia dan oleh kaum dayak di Sarawak dan Sabah. Antara jenis tumbuhan popolar adalah seperti Pokok Ipoh (
Antiaris toxicaria) dimana getah ipoh (latex) adalah sejenis raun di ambil untuk berburu termasuk dalam penggunaan sumpit. Nama pokok ini pokok ipoh mempunyai getah yang beracun. Biasanya getah pokok ini digunakan oleh orang asli untuk memburu haiwan, dengan cara mengunakan sumpit dan hujung anak sumpit yang dipangil (temiang) itu disapukan dengan getah. Racun getah pokok ipuh ini bertindak dengan serta-merta dimana ia akan membunuh mangsa dengan cepat. Merupakan sejenis racun getah yang boleh membunuh. Biasanya bahagian daging haiwan yang terkena anak sumpit itu akan dipotong dan dibuang untuk mengelakkan keracunan kepada pemburu. Apa pun senjata parang atau pisau yang terkena getah pokok ipuh ini mesti dipastikan dicuci bersih sebelum mengunakan untuk momotong makanan atau buah-buahan. Artikel pada petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai tumbuhan beracun dan ancaman serta kegunaanya dalam masyarakat sebagai bahan rujukkan semua.


Dalam stu laporan di hmetro.com dilaporkan dimana ujud keadaan '
Pokok menarik tapi beracun' yang sesuai dirujuk. Sebagai contoh dimana pokok jenis dieffenbachia adalah yang berikan ancaman (Sila lihat foto disebelah). Apa pun semua suka memiliki rumah kediaman dengan taman menarik dan tentunya menjadi impiana. Ia tidak mengira kediaman dari jenis atas tanah atau pangsapuri. Jika kediaman bertanah pastinya laman rumah menjadi tempat untuk dihiasi dengan landskap tumbuh-tumbuhan menghijau. Begitu juga dengan kediaman bertingkat, kebanyakkannya menjadikan ruang balkoni sebagai taman mini. Dalam semua ingin menzahirkan keunikan itu ramai dalam kalangan kita berkunjung ke nurseri tanaman atau lot perniagaan yang menawarkan pelbagai jenis tumbuhan hidup sebagai koleksi hiasan paling menarik. Kebanyakan sekadar memilih tanaman yang menarik,menepati cita rasa rekaan landskap diimpikan dan mudah dijaga selain mempunyai jangka hayat hidup yang lama. Namun di sebalik keghairahan kita membeli pelbagai tanaman itu, berapa ramai pula yang melihat pada sisi lain iaitu sejauh manakah iq selamat untuk menghiasi ruang halaman atau balkoni kediaman?. Harus dinilaikan juga iaitu sama ada jenis tumbuhan itu menghasilkan batang yang panjang, menghasilkan duri, mengeluarkan bau kurang enak dan beracun. Jadi untuk beberapa minggu berikutnya sesuai dikongsikan berkenaan beberapa tanaman menarik untuk dijadikan hiasan akan tapi sebenarnya mempunyai racun yang boleh memudaratkan anda dan keluarga. Berikut beberapa tanaman hiasan yang seelok-eloknya dielakkan untuk dijadikan tanaman hiasan dalam rumah. Antaranya adalah pertama dinamakan 'Pokok Duit-duit' yang merupakan sejenis tanaman tropika ini berasal dari Afrika dan dikatakan boleh menyebabkan gatal pada bahagian tubuh terutama kulit sensitif. Ia adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai racun pada bahagian tertentu. Pada kebiasannya pokok duit-duit dijadikan hiasan meja sudut luar atau dalam rumah. Ini kerana daunnya yang tebal dan berkilat menghasilkan keadaan sudut pandangan menarik. Namun harus berwaspada kerana tumbuhan ini antara pokok hiasan beracun yang boleh membahayakan kesihatan. Kedua adalah 'Pokok Keladi Dieffenbachia' yang merupakan sejenis tanaman hiasan juga sering kelihatan menghiasi taman dan bahagian dalam rumah. Apa pun jika diteliti dengan mikroskop, ia mempunyai hablur kristal halus berbentuk jarum dari ‘kalsium oksalate.’ Apabila daun ini mungkin dimakan tanpa sengaja oleh anak, ia boleh menyebabkan rasa ‘mencucuk’ lidah maka mulut mangsa akan membengkak dan air liur meleleh. Apa pun jika dalam keadaan teruk kesannya mulut jadi kaku dan memudaratkan. Selalunya jenis tumbuhan ini haruslah dijauhi dan dielakkan terutama bagi yang mempunyai anak kecil.


Menarik kisah dikalangan 
kaum Dayak khasnya yang mana kaun ini sangat digeruni di era perang gerila suatu masa dulu kerana ianya adalah Pembunuh Senyap (silent killer). Apapun dengan  penggunaan getah pokok ipuh digunakan sebagai bahan khas yang di sapu pada hujung anak sumpit (damak) merupakan sejenis racun yang boleh melumpuhkan dan membunuh sasaran dalam beberapa saat sahaj dimana ia digunakan untuk memburu musuh atau haiwan di hutan. Pokok Ipoh dilihat yang ia adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain dengan dkenali dangan nama sainsnya Antiaris toxicaria Lesch yang mana kini pokok ini sudah terancam semakin pupus juga selain daripada pupusnya atau semakin kurang pnggunaan cara menyumpit digantikan dengan memburu menggunakan senapang (senapang angi tradisional atau jenis senapang patah yang moden). Penggunan racun dari pokok getah ipoh ini selalunya ada dua jenis pokok ipoh iatu diambil daripda 'Pokok Daun Halus' atau diambil dari 'Pokok Daun Lebar'. Hasil rujukkan menyatakan dimana sebenarnya latek dari kedua jenis tumbuhan iai sama bisanya. Perbezaanya adalah pokok yang berdaun halus getahnya sedikit berbanding dengan pokok ipoh yang berdaun besar. Pada penulis blog kenyataan ini memang logik kerapa pokok berdaun lebar mampu melakukan proses fotosintesis lebih cekap daripada pokok ipoh berdaun halus. Bagaimana pun dalam say pernah bertanya kepada Tok Batin di Kg Peta, Mersing (Suku Jakun) dimana lazimnya kebidaan racun daripada pokok ipoh berdaun besar kurang berbanding dengan tahap kebisaan dari pokok ipoh berdaun halus. Apa tekniknya dimana untuk tujuan memantapkan lagi tahap racun getah tersebut makan perlu amalkan merebus atau pun ia masak dengan beberapa jenis akar-akar tertentu bagi menambahkan tahap bisanya dan keberkesanannya kepada mangsa buruan. Alat tradisional yang sesuai dan sudah lama di gunakan adalah Sumpit. Asasnya alat sumpit ini adalah sama sahaja di seluruh dunia. Apakah yang pembaca blog ini terbayang akan sumpit dan cara ia berfungsi?. Tentunya ia adalah sejenis buluh panjang (kini sudah ada gunakan PVC pipe sahaja) dimana diisikan dengan kapas dan panah sumpit yang di bubuh racun ipoh. Penulis blog pernah ke Taman Negara Pahang melihat Suku Kaum Batek membawa sumpit dan membawa monyurt hasil buruannya. Semasa bertugas di Sarawak pula lagi sering dapat elihat aktivit menyumpit di perkampongan di sana. Apa pun ada persamaan keduanya dimana bagi kaum asli yang ditemubual dimana sumpit tersebut akan diletakkan Getah Ipoh sebelum menyumpit binatang. Pokok Ipoh mempunyai getah beracun dimana kmudin racun ini bertindak dengan serta-merta untuk membius atau akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk mengelakkan keracunan kepada pemburu diman pada bahagian dagingyang kena racun ipoh pada mangsa perburuan akan dipotong dan dibuang. Hasil tinjauan dimana kos sebatang sumpit untuk hiasan atau di gunakan beserta peluru sumpitan berharga antara RM15 hingga RM30 dimana ia bergantung pada ukuran kepanjangan, kelebaran dan kecantikan sumpit tersebut.


Tumbuhan yang beracun ini ada dimana sahaja dimana ia akan mengeancam manusia dan haiwan yang terkena racunnya. bagaimana pun pada penulis blog semua pembaca perlu tahu akan langkah-langkah bagaimana untuk mengelakkan keracunan daripada tumbuhan ini. Sebenarnya kes k
eracunan tumbuh-tumbuhan boleh dielakkan atau ia boleh dikurangkan jika langkah-langkah berikut diikuti. Cara ini ia mungkin boleh menyelamatkan keluarga terutaka kepada kanak-kanak atau pun ancaman kepada  haiwan peliharaan dan juga haiwan ternakan. Pada penulis blog langkah pertama adalah dengan mengambi tahu atau belajar akan beberapa spesis tumbuhan beracun ini. Pastikan tentang tumbuhan yang ditanam di taman atau di perkarangan rumah sama ada beracun atau tidak dengan bertanya kepada pakar atau pihak nut=rseri bertanggungjawab atau google sahaja di internet. Kemudian mesti mengenalpasti tumbuhan tersebut sebelum menanamnya di taman atau di perkarangan rumah atau di khaskan di petak atau kawasan berpagar atau berkunci takut di hampiri oleh orang lain. Dalam masa sam aperlu juga memberitahu atau mengajar terutama golongan kanak-kanak agar tidak menghampiri pokok beracun apa lagi perlu pastikan ada bahagian tumbuhan yang di makan atau di masukkan kedalam mulut. Perlu juga mengajar kanak-kanak supaya tidak memasukkan mana-mana bahagian tumbuhan yang bukan makanan ke dalam mulut dimana selalunya kanak-kanak lebih cepat mendapat kesan keracunan berbanding orang dewasa. Amalkan agar jangan menganggap bahawa tumbuhan tersebut tidak beracun hanya kerana haiwan lain bolek memakannya sebab yang makan itu mungkin spesis haiwan makan tumbuhan dengan mempunyai 4 perut. Penting diingatkan ketika masuk hutan dimana jangan sesekali mencuba tumbuhan hutan kecuali setelah mengenalpasti ia benar-benar selamat dan tidak beracun. Perlu sentiasa ingat bahawa dengan kaedah memasak tidak bermakna boleh memusnahkan bahan toksid tersebut sebab banyak toksik yang masih mengancam kesihatan selepas ia di masak sekali pun. Dalam pada itu perlu diingatkan bahawa tidak semua orang menunjukkan reaksi yang sama ke atas tumbuhan yang dikenalpasti sebagai penyebab kerangsangan sentuhan. Sebaiknya jika ada kanak-kanak atau haiwan peliharaan baru sahaja menelan tumbuhsn beracun ini maka jangan cuba dorongkannya supaya memuntahkan semula bahan tersebut. Disyorkan agar dibawa segera berjumpa doktor atau veterinarian untuk rawatan lanjut. Adalah lebih baik jika sampel tumbuhan beracun yang terlibat dibawa bersama. Apa pun j kan berlaku ada individu yang mempunyai tindakbalas yang berbeza terhadap tumbuhan yang merengsakan dimana sebaiknya untuk tindakan selanjutnya perlu diambil segera bagi mengelakkan kesan alahan yang berterusan jika tidak diubati yang menyebabkan kesan kesihatan lebih serius. Apa pun perlu penulis blog nyatakan jika sesuatu tumbuhan itu adalah dianggap beracun jika apabila ia digunakan dalam jumlah yang normal dimana ia boleh menyebabkan berlaku tindakbalas seperti kaedah untuk mengelakkan, menyekat , menahan atau memusnahkan proses semulajadi manusia atau haiwan yang seterusnya diikuti penderitaan. Boleh juga berlaku situasi perubahan patologikal atau kes-kes kematian perseorangan jika tidak di jauhi pokok beracun ini. Terdapat 7,000 spesis tumbuhan beracun di dunia dan kebanyakkan spesisnya dijumpai di negara yang bersuhu panas dan lembap sepertu di Malaysia. Tumbuhan beracun akan berterusan ia akan ditanam epeminatnya  kerana ia adalah bergantung kepada kegunaannya. Strategi yang terbaik sekali untuk dapat mengelakkan keracunan tumbuhan ini ialah dengan cuba semua mengelakkan ia daripada berlaku dan pembaca blog digalakkan untuk berhati-hati dalam mengendalikan tumbuh-tumbuhan ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Waslallam!!!...
RACUN BERBISA.... DARI TUMBUHAN...
POKOK IPOH... MENJADI TUMPUAN...
SENJATA SSUMPIT ... IA DIGGUNKAN...
MEMBACA ARTIKEL... BHN RUJUKKAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Safar 1446H).

Monday, September 2, 2024

SEPERTI MENGHAMBAT KERBAU BERLABUH

Peribahasa Melayu 'SEPERTI MENGHAMBAT KERBAU BERLABUH' mungkin masih ramai pembaca blog ini yang mungkin tidak mengetahuinya. Maklumlah masa sekolah dulu cikg tidak mengajar akan peribahasa ini dan dirumah dengan keluarga pun tidak pernah mengenali haiwan kerbau ini. Pada penulis blog peribahasa ini menarik kerana ia melibatkan sektor pertanian iaitu haiwan Kerbau yang mana suatu masa dulu ia merupakan sejenis haiwan peliharaan yang serbaguna dimana selain daripada produk daging dan susu, kerbau juga sering di gunakan sebagai haiwan yang digunakan dalam membajak sawah dan juga mengangkut buah kelapa sawit di ladang sawit. Haiwan kerbau tidak sama dengan lembu dan kambing dimana populasinya meningkat sedangkan haiwan kerbau semakin berkurangan dan susah untuk meihat kerbau di ternak di Malaysia. Apa pun peribahasa ini iaitu 'Seperti Menghambat Kerbau Berlabuh' berkaitan bagaimana sukar untuk menangkap kerbau bebas di lapangan apaila ia bersaiz besar dan bukan mudah menangkapnya. Ada kalangan para pemilik kerbau yang akan menembak dulu dengan ubat pelali jika ingin menangkapnya untuk di jual atau di sembelih. Apa yang menarik mengenai peribahasa ini dimana ia memberi maksud 'Menghalang (mengganggu) perbuatan orang yang akan mendatangkan kesenangan baginya' dan dalam rujukkan lain di maksudkan dengan makna 'Mencegah sesuatu yang akan mendatangkan keuntungan atau kesenangan kepada orang'.  Mungkin untuk memahami maksud peribahasa ini agak susah kerana ayatnya kurang masuk kedalam hati jika sekali baca. Seorang individu perlu menghalang akan sesuatu perkara yang berkaitan dengan diri dan masyarakatnya jika perbuatan atau perkara tersebut akan mendatangkan keuntungan kepada individu atau orang lain. Contoh ayat mungkin 'Pak Hamid tidak bersetuju untuk beri akses tanah di kebunnya kepada Ahmad kerana dia tahu yang Ahmad akan membuka projek ternakan Ayam Daging yang berhampiran rumahnya dan akan menyebabkan bau busuk dan kehadiran lalat yang menganggu kehidupannya'. Isu gangguan lalat yag di sebabkan oleh ternakan ayam pernah penulis blog lalui semasa balik kampong di Gersik, Muar dulu dimana kehadiran ribuan lalat di rumah dan semasa majlis kenduri amat menganggu kesihatan dan keselesaan ramai. Ini disebabkan oleh ribuan ekor ternakan ayam daging sekitar 1.5 km jaraknya dari rumah dan amat menganggu penduduk kampong. Walau pun komplain di buat kepada pihak berwajib akan tetapi isu ini berlanjutan bertahun-tahun sehingga ia menjadi isu dikalangan masyarakat. Wajar pihak tertentu seperti Jabatan Perkhidmatan Verterinar dan juga Pejabat Kesihatan pro-aktif didalam mengatasi masaalah ini. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas peribahasa Seperti Menghambat Kerbau Berlabuh untuk dijadikan bahan bacaan semua.  


Haiwan Kerbau (Bubalus bubalis) adalah ia merupakan sejenis haiwan bovid besar yang berasal dari Asia Selatan, Asia Tenggara, dan China dimana ia merupakan sejenis haiwan ruminan. Kini spesieskerbau sudah ada ditemui di Eropah, Australia, Amerika Utara, Amerika Selatan dan beberapa buah negara Afrika dimana ada kerbau yang di komersilkan untuk pelbagai kegunaan. Dalam pada itu terdapat juga spesis iaitu Kerbau Liar (Bubalus arnee) yang juga berasal dari Asia Tenggara dikategorikan ia sebagai sejenis spesies memang ia  berbeza akan tetapi paling berkemungkinan mewakili keturunan daripada kepada kerbau ternakan dahulu asalnya. Apa pun di laporknan asasnya ada dua jenis kerbau umum berasaskan kriteria Morfologi dan Kelakuan iaitu Jenis Kerbau Sungai dari Asia Selatan ke barat hingga rantau Balkan, Mesir, dan Itali, dan jenis Kerbau Paya yang ditemui dari Assam di barat melalui Asia Tenggara hingga Lembah Yangtze, China di timur. Haiwan kerbau paya di percayai telah pun di jadikan haiwan peliharaan yang mungkin berasal dari China dan dibela jinak kira-kira 4,000 tahun dahulu akan tetapi jenis kerbau sungai mungkin berasal dari India dan dibela jinak kira-kira 5,000 tahun dahulu. Kalau di lihat populasinya dimana ada sekurang-kurangnya 130 juta ekor kerbau bela jinak dseluruh dunia dimana ada lebih ramai orang yang bergantung pada kerbau daripada mana-mana haiwan belaan jinak yang lain. Umum tahu dimana haiwan kerbau sesuai khusus untuk membajak sawah sejak dahulu dan susunya dilaporkan ia lebih kaya dengan lemak dan protein daripada susu dari ternakan lembu susu. Di dalam Bahasa Melayu ada 12 buah peribahasa berkaitan dengan kerbau antaranya 'Seekor Kerbau Membawa Lumpur semuanya Terpalit', 'Busuk Kerbau, Jatuh Berdebuk', 'Emas Berpeti, Kerbau Sekandang', 'Kerbau menanduk Anak', 'Kerbau punya susu, sapi punya nama', 'Kerbau Runcing Tanduk', 'Membeli Kerbau di Padang', 'Menghambat Kerbau Berlabuh', 'Menjilat Keluan Bagai Kerbau', 'Padi Sekepuk Hampa, Emas Seperti Loyang, Kerbau  Sekandang Jalang', 'Seekor Kerbau Berkubang, Sekandang Kena Luluknya', 'Seperti Kerbau Dicucuk Hidung' dan juga peribahasa 'Telah Dapat Gading Bertuah, Terbuang Tanduk Kerbau Mati'. Pembaca blog ini mungkin faham kalau kerbau hitam kulitnya akan tetapi ada yang kulitnya berwarna biru tua. DIlaporkan yang jenis kerbau paya kelabu ketika lahir tetapi dilihat menjadi kulit biru dan ada juga jenis kerbau balar.Apa pun jenis kerbau sungai panjang muka, kecil lilitan, dan besar kakinya berbanding kerbau paya. Rabung pada belakangnya selalu ia menjangkau jauh ke belakang dan menirus dengan lebih beransur-ansur. Tanduknya tumbuh menurun dan ke belakang dimana ia kemudian melengkung ke atas secara pilin. Selalunya dilihat yang kerbau paya ia ada berbadan berat dan sasa dengan saiz badannya pendek dan perutnya besar. Dahinya agak rata dengan ciri matanya yang menonjol serta bermuka pendek dengan muncungnya lebar. Kerbau paya juga mempunyai leher yang agak panjang dan bahagian punggungnya cembung dengan pada tanduknya tumbuh ke luar dan melengkung menjadi separuh bulatan, tetapi sentiasa kekal dalam lingkungan satah dahi. Saiz kerbau berlainan dengan purata ketinggiannya sekitar 129 -133 cm bagi kerbau jantan dan sekitar 120-127 cm bagi kerbau betina. Berat purata kerbau adalah dalam julat 300 kg hingga 550 kg akan tetapi kerbau juga pernah dicatatkan berat melebihi 1,000 kg. Siapa yang tahu dan suka melihat kerbau tentunya faham yang kerbau gemar berendam dalam air atau ia juga suka berkubang dalam lumpur. Sebenarnya kerbau sungai menggemari air dalam sementara spesis kerbau paya pula lebih suka berendam dalam kubang lumpur yang digali sendiri dengan tanduknya. Ketika berkubang kerbau akan cuba memakai selaput lumpur yang tebal. 


Menarik kisah dalam hmetro.com bertajuk '
Kandang kerbau Syukur ditutup JPV' untuk di jadikan bahan bacaan mengenai peribahasa ini. Dilaporkan dimana pihak    JPV Terengganu harap orang ramai beri kerjasama dengan tidak memasuki kawasan kandang kerbau milik Muhammad Syukur Khamis (15) atau lebih dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia' daripada dikunjungi orang ramai, hari ini. Apa pun penutupan kandang kerbau dengan tali penghalang amaran itu dijalankan mengikut Akta Binatang 1953, (Akta 647) Kawalan Penyakit bagi menghadkan kemasukan orang awam ke kawasan kandang seterusnya mengelakkan penularan wabak Haemorrhagic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah ke kawasan lain. Pengarahnya, Dr Mohd Termizi Ghazali nyatakan orang ramai diharap memberi kerjasama dengan tidak memasuki kawasan kandang kerbau itu. Memang ada bakteria HS dalam kandang kerbau itu. Kehadiran orang ramai selain penternak lain boleh menjadi punca penularan HS ke lokasi lain. HS cepat merebak dimana sekiranya tidak dikawal, kami bimbang ternakan pertenak berhampiran pula yang akan diserang penyakit sama. Pihak JPV juga akan memberi taklimat berkaitan HS kepada penduduk setempat serta penternak lain di Kampung Banggol Katong. Adalah sudah terlewat sekiranya mahu memindahkan ternakan ke kawasan lain kerana dibimbangi ternakan itu sudah menghidap HS. Apa pun bukan semua ternakan dijangkiti HS terus mati kerana ia bergantung kepada antibodi ternakan juga. Kini ternakan yang mempunyai antibodi yang kuat akan mengambil masa untuk mati tetapi ia tetap menjadi pembawa HS dan boleh menjangkiti ternakan lain. JPV terus berharap penternak tidak memindahkan ternakan dari kawasan yang mempunyai kes HS ke kawasan lain dalam tempoh terdekat. Sebaiknya di kurung ternakan di kandang ternak masing-masing dan hadkan kedatangan orang luar ke kandang. Bagi penternak lain Khamis Jusoh (64) dakwa dimana dia akur dengan arahan penutupan kandang kerbau oleh JPV Terengganu. Sebenarnya tindakan penutupan kandang kerbau dibuat untuk kebaikan semua bagi mengelak HS merebak ke kawasan lain. Kepada penternak walau pun ada rasa kasihankan kerbau yang berada di kandang itu kerana berada di tengah panas, maklumlah tak boleh keluar dan kandang pula tidak berbumbung. Pada kebiasaannya dimana  jam 7 pagi dimana semua kerbau dilepas untuk berendam dalam air dan lumpur berhampiran bagaimana pun akibat penyakit berjangkkit ini semua kerbau terkurung dalam kandang. Dalam Harian Metro semalam melaporkan terdapat 36 daripada 110 kerbau milik Muhammad Syukur mati akibat HS sejak Rabu lalu.


Dalam portal sinarharian.com bertajuk '
Lima lagi kerbau Syukur mati, kandang ditutup elak jangkitan wabak' adalah berkait dengan peribahasa diatas. Dilaporkan dimana kandang kerbau peliharaan Muhammad Syukur Khamis atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ di Kampung Banggol Katong, Serada iaitu di Terengganu di sini ditutup kepada orang ramai bagi mengelak penularan wabak Haemorrhagic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah ke kawasan lain. Hari ini lima lagi kerbau peliharaan Muhammad Syukur mati menjadikan keseluruhan ternakan yang mati sebanyak 41 ekor. Penutupan pintu masuk ke kawasan kandang itu dilakukan oleh penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu sekitar di kawasan berkenaan sekitar jam 10.30 pagi tadi. Pengarah JPV Terengganu nyatakan tindakan itu dilakukan di bawah Akta Binatang 1953 (Akta 647) Kawalan Penyakit bagi mengehadkan kemasukan orang awam ke kawasan kandang seterusnya mengelakkan penularan wabak. JPV berharap dengan langkah ini dapat mengelakkan orang ramai daripada berkunjung ke kawasan ini seterusnya dapat memastikan keselamatan awam terjamin dan wabak hawar berdarah ini tidak merebak ke kawasan lain. Apa pun didalam kandang kerbau itu banyak bakteria HS. JPV khuatir sesiapa yang datang ke situ kemudian ke tempat lain boleh menyebabkan penularan wabak di kawasan lain pula. JPV harap orang ramai terutama penternak lain dapat memberikan kerjasama dengan tidak memasuki kawasan kandang kerbau itu sesuai dengan peribahasa 'Seperti Menghambat Kerbau Berlabuh' untuk dijadikan amalan keslamatan inds=ustri ini. Dilihat dimana para anggota penguat kuasa JPV Terengganu menutup pintu masuk ke kandang kerbau peliharaan Muhammad Syukur dan bapanya, Khamis di Kampung Banggol Katong, Serada (Sila lihat lihat foto disebelah). Apa pun penyakit HS cepat merebak sekiranya tidak dikawal dan dibimbangi ternakan penternak berhampiran akan diserang penyakit sama. Memang bukan semua ternakan dijangkiti HS terus mati kerana ia bergantung kepada antibodi ternakan juga. Ternakan yang mempunyai antibodi yang kuat akan mengambil masa untuk mati tetapi tetap pembawa penyakit HS dan boleh menjangkiti ternakan lain. Pihak JPV berharap penternak tidak memindahkan ternakan dari kawasan yang mempunyai kes HS ke kawasan lain dalam tempoh terdekat. Apa pun sekarang sudah terlewat jika ingin memindahkan ternakan ke kawasan lain kerana dibimbangi ternakan itu sudah menghidap HS. Sebab itu kita minta semua penternak supaya tidak memindahkan ternakan ke kawasan lain. JPV bharap semua penternak yang haiwan ternakannya mempunyai gejala HS bertindak mengurung ternakan di kandang ternak masing-masing dan hadkan kedatangan orang luar ke kawasan kandang. Pihak JPV juga akan mengumpul penduduk setempat termasuk penternak lain di kawasan Kampung Banggol Katong untuk memberi taklimat mengenai wabak yang menyerang haiwan ternakan itu. Bagi seorang pemilik kerbau iaitu Khamis Jusoh mendakwa dia akur dengan arahan supaya kawasan kandang kerbaunya ditutup daripada dikunjungi orang ramai dan akan terus memaklumkan bahawa kawasan itu tidak boleh dikunjungi buat masa ini. Walau pun ada ramai yang menelefon bertanya untuk datang melihat keadaan kerbau, saya terpaksa maklumkan buat masa ini tidak boleh menerima kunjungan di kawasan kandang ini bagi mengelak wabak. Antara notis yang ditampal pada pintu masuk kandang kerbau di Kampung Banggol Katong, Serada Terengganu masa itu. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalam!!..
NAMANYA KERBAU...BESAR SAIZNYA...
MUDAH DI TERNAK..ADA CABARANNYA...
HARGANYA MAHAL... SUSAH CARINYA...
MEMBACA ARTIKEL.. SUKA INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Safar 1446H).

Sunday, September 1, 2024

FAKTA MENARIK KAKTUS DI MEDIA

POKOK KAKTUS
(Cactus Plant) merupakan sejenis pokok atau tumbuhan daripada famili Cacta­ceae berasal dari Benua Amerika. Tumbuhan ini adalah berbatang hijau, berisi, dan berduri yang biasanya banyak terdapat di kawasan panas dan kering. Hampir semua tumbuhan batang berduri adalah kaktus termasuk pokok Buah naga (Pitaya). Kaktus telah berevolusi bermula dari jenis primitif yang hampir seakan bunga mawar sehinggalah ke yang berbentuk globe dan lajur seperti yang dikenali sekarang. Terdapat pelbagai jenis kaktus di dunia walau pun dari segi ciri-ciri hampir dikatakan berkongsi yang sama atau hampir sama seperti berduri, batang berair, hidup di kawasan berpasir dan kering dan menerima seratus peratus pancaran cahaya matahari. Tumbuhan Kaktus telah mampu untuk mengubahsuai daun mereka menjadi bentuk duri bagi mengurangkan proses transpirasi (kekeringan) terutama dikawasan yang arid. Apa yang perlu diketahui dimana kaktus adalah salah satu tumbuhan yang boleh hidup di tempat yang kering dengan sedikit air disebabkan tumbuhan kaktus mempunyai tahap kemampuan bertahan hidup dipersekitaran panas dan kering. Ia mampu menyesuaikan tempat kehidupannya dimana ia salah satu tumbuhan yang mamu hidup dikawasan gurun dan padang pasir. Sebenarnya kaktus lebih mudah dikawasan lembab dab -anas seperti di negara kita Malaysia. Bagaimana pun terkini tumbuhan kaktus telah dikomersilkan dan dijadikan tanaman hiasan (ornamental plants) yang mempunyai pasaran yang besar. Di Malaysia tanaman kaktus di jual di beberapa buah nurseri dan pasar malam selain daripada premis beli belah sebagai tanaman hiasan menarik. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa fakta menarik kaktus di media untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.


Menarik fakta dan kisah dalam hmetro.com bertajuk '
Idea taman kaktus mini' untuk di kongsikan kali ini. Memang tidak kira sama ada taman bersaiz besar atau sebaliknya, kehadiran kaktus mampu menambah variasi dan karakter di ruang itu. Banyak jenis kaktus yang sesuai di tanam terutama jenis kaktus mini yang pelbagai bentuk, warna dan durinya. Sekarang mendapatkan maklumat mudah dimana ilmu dan idea daripada pelbagai sumber rujukan membuatkan tanaman hiasan ini semakin mudak diakses melalui internet sahja. Isu kekurangan bahan untuk dipilih sebagai tanaman hiasan utama di negara ini dimana tidak bermakna kaktus terus diabaikan peminat dunia landskap. Apa pun dilaporkan dimana kaktus yang tumbuh di negara ini jarang mengeluarkan bunga kerana faktor cuaca. Daripada perkembangan ilmu dan idea dari pelbagai sumber rujukan membuatkan tanaman hiasan ini makin mendapat perhatian sejak kebelakangan ini. Ini dilihat selari dengan perlambangan landskap yang sinonim dengan maksud usaha memelihara alam sekitar dan keindahannya supaya dapat hidup lebih selesa serta harmoni. Kini tidak kira sama ada taman bersaiz besar atau sebaliknya dimana kehadiran pokok kaktus mampu menambah variasi dan karakter di ruang itu. Bagi kawasan dilaman berkeluasan terhad maka idea mencipta taman mini kaktus yang biasanya dihasilkan sendiri mengikut kreativiti anda. Ini sskali gus akan dapat memanfaatkan bajet kerana dalam satu bekas atau pasu saja idea menarik dapat dikreatifkan. Peminat boleh mendapatkan pelbagai jenis kaktus mini supaya gaya hiasan benar-benar menarik perhatian. Walau pun ia nampak ringkas dan mudah untuk dihasilkan akan tetapi semua perlu peka dan tidak boleh untuk mengabaikan tumbuhan ini sebaik ditanam. Perlu dielakkan kelembapan pada pokok kaktus kerana ini boleh merosakkan tanaman berkenaan. Jika diletakkan pada ruang dalaman dimana ia perlu sesekali taman kaktus mini perlu didedahkan kepada matahari. ‘Menjemur’ kaktus di bawah terik matahari juga bukan langkah bijak sebab kebanyakan kita salah faham pokok kaktus tahan dengan pancaran matahari akan tetapi hakikatnya tidak semua tanaman itu tahan cahaya terik. Apa pun kesannya kaktus didapati terbakar di hujungnya menjadi warna coklat dan kehitaman. Kaktus juga tidak boleh disiram setiap hari kerana boleh menyebabkan pokok itu lembap. Pada pengalaman penuis blog dimana sebaiknya siram kaktus dua kali seminggu menggunakan semburan dan ciri tanaman yang lembap adalah hujungnya terasa lembik. Peminat kaktus sebaiknya menyediakan tanah kompos, sabut halus atau tanah berpasir, pasu plastik atau mengikut pilihan. Pilih enam atau tujuh kaktus mini yang biasanya dijual dalam pasu kecil. Batu hiasan, kerikil dan ‘pebble wash’ serta beberapa helai surat khabar. Pada dasar pasu perlu ditutup dengan batu kerikil supaya sistem pengaliran sempurna dan air tidak bertakung sebaik kaktus disiram. Masukkan tanah mengikut kesesuaian pasu supaya kaktus tampil menarik dan tidak tenggelam. Sekiranya tidak menggunakan sarung tangan untuk menanggalkan kaktus mini dari pasu asal, gunakan kertas surat khabar yang dilipat mengikut saiz tanaman itu. Boleh meletakkan kaktus paling besar di tengah pasu. Gunakan pasu asal untuk membentuk ruang sesuai sebelum kaktus ditanam. Apabila selesai kaktus paling besar, ia diikuti kaktus mini atau kecil kemudian beberapa batu hiasan sederhana besar yang disusun mengikut kreativiti. Tabur ‘pebble wash’ menggunakan sudu terbuang pada ruang kosong bersebelahan kaktus dan batu hiasan sederhana besar, selain batu hiasan kecil sebagai tarikan.


Portal sama laporkan 'Usah abai sebaik kaktus ditanam' berkaitan dengan artikel ini. Sebenarnya susunan dan aspek  dekoratif unik bagaikan membawa sebuah cerita di taman mini kaktus. Ini juga kan turut membawa aura semula jadi jika diletakkan di balkoni. Sebaiknya ia diletakkan sebagai satu taman mini kaktus anda pada ruang atau sudut yang sesuai. Ramai kalangan peminat kaktus yang akan membentuk dan menggunakan bekas khas dimana ia tturut mempengaruhi penampilan kaktus yang ditanam bersama tanaman lain. Kini dalam kesibukan harian gaya penataan ruang dalaman dan landskap di rumah atau di pejabat pasti diberi perhatian. Segalanya perlu dirancang rapi untuk dapat meraikan kunjungan tetamu dan menzahirkan suasana selesa sepanjang masa. Bersembang sambil menikmati juadah, lebih bermakna apabila mata turut disajikan idea hiasan menarik di ruang tamu atau sudut ruang makan. Bagi tetamu di taman dimana boleh berlaku terjemahan landskap amat menarik membawa gambaran pemiliknya mencintai alam semula jadi dan kedamaian. Apa pun kelelainan dapat diketengahkan jika anda kreatif dan menggunakan pendekatan dengan cara lebih menjimatkan. Ia amat mudah dihasilkan terutama musim perayaan ini kerana boleh dilakukan sesiapa saja. Mencipta taman mini kaktus dapat memanfaatkan bajet kerana dalam satu bekas atau pasu saja idea menarik dapat dikreatifkan. Boleh mendapatkan pelbagai jenis kaktus mini supaya gaya hiasan benar-benar menarik perhatian. Apa pun usaha menampilkan hiasan segar itu dalam satu bekas lebih tahan lama jika anda menimba sebanyak mungkin ilmu atau maklumat berkenaan cara mencipta taman kaktus mini. Perlu tahu akan tutorial berkenaan teknik penanaman berkesan dapat diperoleh menerusi teknologi maklumat. Walau pun ia nampak ringkas dan mudah dihasilkan akan tetapi isemua peminat kaktus perlu peka dan tidak mengabaikan tumbuhan ini sebaik ditanam. Semua hanya perlu menyediakan bekas atau pasu sesuai dengan taman mini kaktus yang ingin diketengahkan. Pastikan dimana terlebih dulu alas bahagian bawah bekas atau pasu pilihan supaya air siraman tidak membasahi bahagian itu. Bahan arang turut dicadangkan sebagai alas bahagian bawah bekas bagi menyerap air siraman berlebihan sekali gus mencegah pereputan akar pokok jika terendam air. Menanam kaktus mini bersama dengan medium tanamannya yang masih melekat pada akarnya bagi memastikan pokok berkenaan dapat terus hidup subur. Kaktus adalah sejenis pokok atau tumbuhan daripada famili Cacta≠ceae berasal dari Benua Amerika. Tanaman istimewa ini berbatang hijau, berisi dan berduri yang biasanya banyak terdapat di kawasan panas serta kering. Ia antara tanaman tahan lasak, tidak memerlukan penjagaan intensif dan menerima seratus peratus cahaya matahari.  Bagaimana pun, kaktus yang tumbuh di negara ini jarang mengeluarkan bunga kerana faktor cuaca. Elakkan kelembapan pada pokok kaktus anda kerana ini boleh merosakan tanaman berkenaan. Apa pun jika meletak pada ruang dalaman iaitu pada waktu tertentu taman kaktus mini itu perlu didedahkan kepada matahari. Kesannya kaktus didapati terbakar di hujungnya menjadi warna coklat dan kehitaman. Sebenarnya kaktus ia  tidak boleh disiram setiap hari kerana boleh menyebabkan pokok itu lembap. Sebaiknya siram kaktus dua kali seminggu menggunakan semburan dan ciri tanaman yang lembap adalah hujungnya terasa lembik. Pembajaan biasanya dilakukan menggunakan jenis baja yang boleh dilarutkan dalam air siraman atau semburan.


Dalam portal bernama dan sinarharian dilaporkan dimana aka kes 'Herba campuran, kaktus dirampas' untuk di jadikan panduan semua. Kisah dikutip daripada Butterworth, Pulau Pinang dimana pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk herba campuran dan pokok kaktus di Pejabat Pos Malaysia, Bukit Mertajam untuk dikongsikan. Pihak MAQIS laporkan hasil pemeriksaan yang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengesan barangan itu yang dibawa masuk tanpa sebarang dokumen permit import yang sah oleh Maqis dan sijil fitosanitasi. Dilaporkan keluaran pertanian itu dirampas selepas pemeriksaan di pusat mel dan kurier mendapati terdapat beberapa bungkusan berisi pelbagai jenis herba campuran yang diimport dari China dan Hong Kong. HAsil dari aktiviti pemeriksaan lanjut menemui sebanyak 1,750 gram herba campuran yang bernilai RM470 serta satu kotak bungkusan mengandungi tiga unit pokok kaktus yang diimport dari Itali dengan nilai dagangan sebanyak RM590, di lokasi pemeriksaan. Pihaknya turut mengesan dua warga tempatan yang cuba membawa masuk 360 paket makanan tambahan haiwan dari Netherland bernilai RM1,270 untuk tujuan pasaran. Maqis mendapati pengimportan tersebut tiada sebarang dokumen yang sah seperti Permit Import dan Sijil Akta Makanan Haiwan 2009. Perbuatan mengimport apa-apa keluaran pertanian dan makanan haiwan tanpa permit import yang sah adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh di hukum di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama. Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. Semuga artikel ini memberi info berguna kepads emua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KAKTUS... BERDURI DIA...
PELBAGAI BENTUK... DAN WARNA...
MUDAH DI BELI... HIASAN CANTIKNYA...
BANYAK PILIHAN... IKUTI CITARASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya, no
Malaysia.
(25 Safar 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...