Support My Blog

Thursday, August 26, 2010

TOMATO - PENANAMAN


TOMATO (Solanum lycopersicum) dari adalah sejenis tumbuhan kategori sayur buah dari keluarga Solanaceae merupakan sejenis tanaman yang di tanam dan di makan oleh manusia diseluroh dunia. Tomato dipercayai berasal dari Amerika Selatan dan disebarkan keseluroh dunia oleh orang2 Sepanyol. Tomato diklasifikasikan sebagai kategori BUAH tetapi lebih popular juga sebagai SAYURAN dalam penggunaannya. Kajian saya pada tahun 2011 dari FAO Statistic menunjukkan pengeluaran buah tomato dunia adalah sebanyak 159.02 juta metrik tan dari kawasan penanaman dituai tomato 4.734 juta hektar. Negara China merupakan pengeluar utama tomato didunia pada tahun 2012 iaitu sebanyak 48.57 juta metrik tan diikuti dengan India (16.8 juta mt), USA (12.6 juta mt), Turki (11.0 juta mt) dan Mesir (8.1 juta mt).  Artikel kali ini saya akan menulis dalam "Anim Agro Technology"  satu teknologi atau maklumat mengenai tanaman tomato berdasarkan kepada pengalaman penulis yang berkecimpong dalam sektor pertanian selama 31 tahun. 


Penanaman tomato di Malaysia banyak di tumpukan di kawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland Pahang dan Kundasang Sabah. Terdapat seluas 23,567 hektar tanaman tomato dengan pengeluaran sebanyak 43,987 metrik tan pada tahun 2009 di Malaysia. Selain untuk penggunaan tomato segar sebagai salad dan sayuran, tommato tempatan juga digunakan untuk dibuat puree, paste dan concentrate. Malaysia mengekspot sebanyak 56.8 metrik tan puree ke Singapura dan Brunei pada 2009. Penggunaan tomato untuk di buat sos tomato merupakan satu industri yang besar dinegara ini dengan jenama seperti LIFE, MAGGI, Del Monte dan sebagainya. Pokok tomato mempunyai batang berwarna hijau yang lembut dan perlukan sistem sokongan untuk tumbuh. Batangnya mampu menjalar sehingga 8-10 meter dalam sistem rumah kaca yang terkawal. Pada tanaman terbuka biasanya tumbuh setinggi 0.5 - 1.0 meter. Daun tomato berbentuk oval dan berwarna hijau serta ada yang agak berbulu. Bunga tomato berwarna kuning yang keluar dari tunas ketiak dan didebungakan oleh serangga. Buah tomato berbentuk bulat, lonjong dan sebagainya yang mempunyai pelbagai warna mengikut kultivar dan yang paling popular adalah jenis tomato warna merah. Akar pokok tomato dari jenis akar serabut.

Terdapat banyak kultivar tomato diseluroh dunia (Rujukan menunjukkan lebih 7,500 varieti).Jenis tomato hybrid paling banyak ditanam. Pembiakan tanaman tomato merupakan satu proses yang lama dan membentuk beribu2 kultivar oleh para botanis. Buah tomato kebanyakkannya berwarna merah tetapi terdapat juga buah tomato yang berwarna hujau, hitam, ungu, pink, kuning, oren juga putih. Kultivar tomato yang popular di Malaysia dari Varieti Bulat, Varieti Lonjong dan Varieti Bersegi. Jenis L24 iaitu Tomato Bulat Tempatan Cameroon Highland ditanam di kawasan tanah tinggi . Tomato tanah Rendah pula adalah dari jenis MT1, MTII, Sedrang 2, King Kong (F1). Tomato jenis baru pula ialah seperti MT1 (MARDI) sementara jenis-jenis Hybrid seperti Pink 26, Local White, Ehsan 1, Ehsan 2 dan terkini banyak jenis-jenis tomato Ceri yang ditanam. Kebanyakan kultivar yang ditanam di Malaysia adalah untuk kegunaan segar sahaja.


Tomato di Malaysia ditanam di atas tanah terbuka dan kini banyak menggunakan sistem Fertigasi dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH). Bagi penanaman secara terbuka penyediaan tanah dan batas disiapkan setiap musim penanaman dan dibubuh baja organik. Benih tomato terpilih disemai menggunakan kotak semaian. Anak benih di ubah keatas batas yang telah di pasang plastik penutup sungkupan dengan jarah 0.6 m x 0.6 m dan memberikan sebanyak 20,800 pokok sehektar. Penanaman secara fertigasi mengikut Pakej Teknologi Tanaman Fertigasi. kebanyakan sistem fertigasi menanam jenis Tomato Ceri di Johor. Saya berpeluang dengan DTO Zainal mendapatkan ilmu di projek TKPM IPAH Air Hitam Johor (Foto bawah).

Tanaman tomato mempunyai banyak risiko perosak dan penyakit. Penyakit yang paling serious adalah Layu Fusarium (Fusarium Wilt) yang disebabkan oleh Ralstonia solanacerum dan memusnahkan pokok tomato dikawal dengan membakar pokok terjangkit dan amalkan tanaman giliran. Penyakit lain seperti Bintik Daun (Cercospora spp), Reput Pangkal (Sclerotium rolfsii), Hawar Pucuk (Choanephora cucubitarum), Antraknos (Collectroticum spp), Hawar Daun (Phythoptora infestans) atau Blight, Reput Buah (Phomopsis vexans) dan Mizek Virus mudah menyerang pokok tomato. Kawalan menggunakan kaedah Kawalan Bersepadu, pemilihan benih yang resistan, APB dan kawalan kimia perlu dijalankan. Tomato juga mempunyai pelbagai perosak seperti Ulat Pengorek Buah (Helicoverpa obsoleta) yang mengorek buah tomato dan jadi rosak dikawal dengan semburan BT atau sembur dengan racun serangga seperti chlorpyrifos, cypermethrin, tebufenozole atau lufenuron, Lalat Buah (Bactrocera latifrons) menyerang dengan bertelur dan larvanya merosakan buah tomato dikawal dengan racun kimia atau umpan methyl eugenol. Ulat Lipat Daun (Psara biounctalis) menyerang daun2 dan melipat daun dikawal dengan racun serangga. Ulat pengorek Buah/Kuntum (Helicovera armigera) menyerang buah dan busuk. 


Jangkamasa tanaman tomato lingkungan 5-6 bulan bergantung kepada kaedah pengurusan. Buah tomato yang matang dipetik menggunakan tangan dan dibersihkan sebelum di gredkan. Anggaran pengeluaran hasil sistem tanaman terbuka di Kawasan Cameroon Highland lingkungan 17,000 - 18,000 mt sehektar. Dengan purata harga ladang sebanyak RM 1.60 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar tomato sebanyak RM 28,800 sehektar. Kos pengeluaran tomato sebanyak RM 19,500 sehektar memberikan pulangan bersih sebanyak RM 9,300 sehektar. Penanaman tomato menrupakan satu bidangusaha yang intensif dan perlukan ilmu teknikal yang tinggi. Bersambung...



TANAM TOMATO...DITANAH TINGGI....
DI MAKAN SEGAR...DIJAGA KUALITI...
CARA TANAM...TEKNOLOGI FERTIGASI...
HASIL LUMAYAN...UNTUNG DAH PASTI...

By
M Anem
Bertam Valley,
Cameroon Highlands
Pahang
Malaysia
17 Ramadan 1343H
- Kemaskini pada 4 Rejab 1434H

CANTUMAN


Mengapa cantuman dibuat?. Cantuman adalah satu proses pembiakan tampang (vegetative) bagi tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk dibiakan dengan cara mengambil sebahagian tunas dari pokok induk yang digabung dengan pokok anak benih penanti. Pembiakan ini dijalankan bagi mendapatkan anakbenih tanaman yang menyerupai ciri-ciri pokok induk yang baik seperti tahan penyakit, hasil yang tinggi, mudah diurskan dan sebagainya. Cantuman merupakan teknik pembiakan paling luas diamalkan oleh nurseri terutama untuk tanaman buah-buahan. Teknik cantuman yang mudah, ringkas dan mempunyai peratus kejayaan yang tinggi membolehkan ia menjadi pilihan kepada pembiaknaka tanaman. Beberapa tanaman tertentu memberikan teknik cantuman sebagai kaedah paling baik untuk mendapatkan sumber anakbenih baru sama kualiti dengan pokok induknya. Bagi tumbuh-tumbuhan yang membiak melalui biji, terdapat kelemahan yang telah dikenalpasti. Diantara nya ialah buah terhasil menerusi proses pendebungan yang tidak lengkap. Ini berlaku apabila pendebungaannya berlaku dihasilkan oleh debunga jantan dari pokok yang sama jenis tetapi bukan dari pokoknya sendiri. Biji dan seterusnya anak pokok yang terhasil dari kaedah ini tidak mempunyai sifat-sifat induknya yang asal. Selain dari itu pembiakan biji juga didapati tempoh matangnya (berbuah) adalah lebih panjang. Bagi mendapatkan benih yang baik dan mengikut kualiti pokok bakanya, teknik atau kaedah pembiakan tampang diamalkan. Artikel kali ini penulis ingin berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai cantuman berdasarkan pengalaman dan pembelajaran penulis selama 30 tahun dalam bidang pertanian.

Pembiakan tampang dilakukan dengan mengambil bahagian-bahagian pokok yang terpilih daripada pokok-pokok yang berbaka baik, sihat dan telah beberapa kali berbuah. Bahagian-bahagian pokok yang boleh digunakan ialah mata tunas, ranting dan pucuk mengikut kesesuaian kaedah yang hendak digunakan. Kebaikan cara ini seperti dapat mempercepatkan kematangan pokok, ciri-ciri pokok seperti induknya, murah, cepat matang, jangkamasa yang singkat dan sebagainya. Foto sebelah menunjukkan pokok cempedak yang telah dicantum dengan varieti CH28 yang bersedia untuk dialih keladang. Pokok induk atau pokok penanti dipilih daripada varieti yang lasak dan mempunyai kelebihan tertentu dan CH28 merupakan varieti cempedak yang dikehendakki.

Kaedah-kaedah pembiakan tampang.

  1. • Cantuman mata tunas
  2. • Cantuman baji (cantuman appolo)
  3. • Cantuman sanding
  4. • Tut pada pokok dewasa
  5. • Keratan ranting.

1.  Cantuman mata tunas
Cantuman mata tunas adalah diantara kaedah pembiakan tampang yang mudah dan banyak diamalkan oleh para petani dan juga mereka yang mengusahakan tapak semaian pokok buah-buahan. Kejayaan kaedah ini lebih tinggi iaitu mencapai 80% hingga 90% bergantung pada jenis pokok, kemahiran penjagaan. Jenis-jenis pokok yang boleh dibiakkan dengan keadah ini adalah terdiri daripada pokok buah-buahan berbatang keras seperti durian, rambutan, pulasan dan mangga.

Peralatan asas yang diperlukan:
• Anak benih dalam polibeg - pokok penanti
• Pisau cantuman
• Pita cantuman
• Mata tunas dari pokok yang telah dipilih 
dan Gunting pokok

PersiapanSediakan sepokok anak benih yang mempunyai saiz lilitan batangnya diantara 3cm hingga 4cm. Anak benih ini hendaklah yang tumbuh sihat dalam polibeg. Jangan gunakan anakbenih yang sedang berpucuk muda kerana ini akan menyukarkan kerja-kerja mengopek kulit dari batangnya. Anak benih ini diistilahkan sebagai pokok penanti. 
Cara-caara untuk mencantum adalah dengan menggunakan pisau cantuman, buat kelaran lintang 1/3 daripada lilitan batang. Jarak kelaran dengan permukaan tanah didalam polibeg hendaklah di antara 12 hingga 15 cm. Buat 2 kelaran dikiri dan kanan ke bawah sepanjang 2.5 cm. Dengan menggunakan pisau cantuman, kopek kulit daripada batang bermula bermula dari kelaran lintang kebawah. Sekarang pokok penanti telah pun siap untuk dibuat cantuman.

Pilih ranting dari pokok baka yang baik, sihat dan telah beberapa kali berbuah. Saiz ranting hendaklah lebih kecil daripada batang pokoki penanti. Kemudian daun-daun yang ada pada ranting hendaklah dipotong dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan mata tunas yang terdapat diantara tangkai daun dengan ranting. Kelar memanjang dikiri dan juga kanan tunas lebih kurang 2.5 cm dan juga melintang sepanjang 1.5 cm dikedua-dua hujung bahagian kelaran memanjang. Dengan menggunakan pita cantuman, balut batang pokok penanti bermula dari bahagian bawah tapak cantuman keatas. Semasa membalut, pastikan pita cantuman tidak mengenai mata tunas. Matikan ikatan pita cantuman setelah membalut 3 cm hingga 4 cm diatas daripada mata tunas.

Penjagaan.

Anak pokok yang telah dicantum diletakkan dibawah lindungan dan disiram 2 kali sehari terutamanya pada musim panas. Pita cantuman hendaklah dibuka setelah selepas 2 hingga 3 minggu. Untuk memastikan kejayaan cantuman, kelarkan sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman. Anak pokok yang telah dicantum diletakkan dibawah lindungan dan disiram 2 kali sehari terutamanya pada musim panas. Pita cantuman hendaklah dibuka setelah selepas 2 hingga 3 minggu. Untuk memastikan kejayaan cantuman, kelarkan sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman. Sekiranya didapati kulit mata tunas bewarna hijau, ini bererti cantuman yang telah dibuat telah pun berjaya. 7 hari kemudian, potong batang pokok penanti dengan cara menggunakan gunting pokok lebih kurang 15 cm dari paras cantuman. Ini perlu dilakukan untuk mengurangkan pertumbuhan pucuk dipokok penanti dan bagi menggalakkan petumbuhan tunas pada bahagian cantuman.


Selepas 2 minggu, potong sebahagian lagi batang pokok penanti iaitu 2.5 cm dari paras cantuman. Ini akan membantu pembesaran pucuk mata tunas. Penanaman diladang bolehlah dilakukan apabila anak benih berumur diantara 8 hingga 10 bulan selepas cantuman dibuat. Dalam tempoh itu penjagaan hendaklah dibuat seperti biasa. Siraman perlu dilakukan 2 kali sehari dan merumput mesti dilakukan 1 bulan sekali diikuti dengan membaja setiap kali selepas kerja-kerja merumput. Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kanan, tanggalkan kulit tunas daripada ranting. Mata tunas dapat dilihat disebelah dalam kulit tunas dan pastikan tunasnya tidak cacat ataupun tertinggal pada kayu ranting. Kulit tunas ditampalkan dibahagian tetingkap yang telah dibuat terlebih awal pada pokok penanti. 
Cantuman mata tunas adalah satu kaedah pembiakan yang paling mudah dan boleh dijadikan satu perniagaan. Terdapat lebih 750 nurseri atau Perniagaan Tapak Semaian di Malaysia yang manjalankan cantuman sebagai kaedaah pembiakan tanaman. Bagi mereka yang minat untuk belajar berkaitan Teknik dan Teknologi Cantuman boleh bertanya kepada Jabatan Pertanian untuk mengetahui bila kursus cantuman akan diadakan. Wasallam!...

CANTUMAN POKOK...TEKNIK CEPAT...
PISAU TAJAM...BETUL DAN TEPAT...
BOLEH BERNIAGA...UNTUNG DAPAT...
ILMU DI CARI...BELAJARLAH CEPAT...


By
M Anem
Senior Agronomist
Nurseri Swasta Bu Seng Chong,
Sungai Abong, Muar,
Johor, Malaysia.
(Kemaskini pada 17 November 2014)

PAM PENYEMBUR (Knapsack)

Pam Penyembur Racun atau 'Knapsack Sprayer' merupakan satu alatan pertanian yang digunakan secara meluas dalam sektor pertanian. Artikel ini memberikan maklumat mengenai Pam Penyembur Racun dari segi maklumat asas dan kaedah penggunaan berdasarkan kepada pengalaman penulis dalam bidang pertanian. Knapsack Sprayer merupakan alat yang digunakan untuk menyemburkan larutan (Dalam bahasa Jawa - MENYEMPROT) daripada dalam tong tangki kepada sasaran (biasanya rumpai, daun, batang, buah, tanah dsb) melalui nozel yang bertekanan tinggi.


Knapsack Sprayer terdiri dari Jenis Manual dan Jenis Bermotor (Foto sebelah). Jenis Manual adalah alat yang menggunakan tenaga manusia untuk mengepam menggunakan tangan. Jenis Bermotor adalah alat yang dipasang dengan jentera pengepam yang mampu mengepam secara mekanikal. Lazimnya petani-petani kecil menggunakan pam air manual sebagai pilihan kerana murah, mudah di selenggara, ringan, kecekapan yang tinggi dan penggunaan yang mudah kerana menggunakan teknologi biasa. Knapsack Sprayer jenis Bermotor hanya digunakan untuk ladang yang luas, menjimatkan kos buruh, cepat dan menyembur tempat tinggi walau pun harganya lebih mahal dan kos selenggara yang lebih.

Komponen Knapsack Sprayer Manual terdiri daripada Tong Simpanan, Pam, Sesalur, Nozel dan Tali Pengendong. Tong Simpanan Larutan diperbuat daripada Plastik atau Logam (samaada Tembaga, Zink, Besi dsb) yang mempunyai pelbagai saiz isipadu. Lazimnya dipasaran tong bersaiz 4 gelen (18 liter) paling popular digunakan kerana beratnya apabila diisi larutan lingkungan 20 kg sesuai untuk dipikul oleh pengguna. Terdapat saiz yang lebih kecil seperti 3 gelen dan 2 gelen. Tong Penyembur ini mempunyai lubang bahagian atas untuk memasukan air dan larutan racun dan mempuyai penutup yang Kedap Udara. Terdapat penapis di bahagian lubang untuk masukkan air untuk mempastikan tiada kotoran yang akan masuk kedalam tong yang akan menyebabkan nozel tersumbat. Tong ini mestilah kuat untuk menampung tekanan dari pam untuk menyemburkan air keluar.


Komponen Pam terdiri daripada sistem pam injap mudah dengan digerakkan atas kebawah untuk menghasilkan tekanan udara kedalam tong simpanan. "Handle' yang digerakan dengan tangan digerakan dan menghasilkan tekanan kedalam tong dan akan keluar melalui sesalur dan nozel. Kekuatan tekanan air dalam tong bergantung kepada kekerapan pergerakan pam yang digunakan. Sesalur Knapsack Sprayer dibuat dari besi dan getah yang kuat menerima tekanan. Sesalur ini disambung dengan pam dan akan menghantar larutan bertekanan tinggi kebahagian hujung sesalur iaitu NOZEL. Nozel merupakan alat yang akan memecahkan semburan larutan kesapa sasaran. Terdapat berbagai jenis nozel untuk pelbagai jenis kaedah semburan yang dikehendakki. Kepada nozel ini boleh ditukar-tukar samada untuk semburan tersebar, kuncup, tajam, tinggi dan sebagainya.


Tali Pengendong merupakan 2 unit sejenis nylon berukuran 4-5 cm lebar yang diikat dibahagian atas dan bawah tong penyembur untuk di galas di belakang pengguna. Biasanya kedua-dua unit tali ini mempunyak penyangkut dibahagian bawah untuk memudahkan memasang dan membuka sebelum dan selepas meracun. Bagi pam kecil (Berbentuk bulat dan pam diatas) hanya satu tali pengendong digunakan dan tong tersebutt di'sandang' sahaja.


Cara menggunakan Pam Penyembur Racun amat mudah di fahami. Bagi aktiviti meyembur racun rumpai (Paling lazim digunakan) masukkan air bersih terlebih dahulu melalui tapis. Jangan isi terlalu penoh sehingga paras penutup kerana akan menyukarkan kerja memasukkan racun dan membancuh (stir). Masukkan racun rumpai mengikut sukatan yang disyorkan kedalam air dan bancuh sehingga rata. Tutup sehingga kuat dan kedap udara. Letakkan ditempat yang agak tinggi anggaran 3-4 kaki atas tanah untuk mudahkan kita pasang tali pengendong. Apabila telah digendong mulakan mengepam pada 'handle' sehingga terasa berat menandakan tekanan mencukupi. Halakan nozel pada sasaran rumpai dan lepaskan larutan dengan menarik alat kawalannya.


Kaedah menggunakan alat Knapsack Sprayer mesti betul agar tidak menyakitkan bahu. Pengguna perlu sentiasa berdiri tegak dan membuat perimbangan terutama ketika tong berisi penoh. Pastikan memakai pakaian yang lengkap unttuk menyembur seperti penutup mata, penutup hidung, baju lengan panjang, sarung tangan dan kasut getah yang tidak licin. Elakkan daripada terjatuh tau tergelincir kerana akan mencederakan pengguna. Pastikan arah tiupan angin dahulu sebelum memulakan penyemburan.

Terdapat bermacam-macam model, bentuk, warna dan sistem knapsack spyayer diseluroh dunia. Kajian saya untuk maklumatt di internet mendapati dalam masa 0.17 saat kita boleh lihat lebih 593,000 jenis knapsack sprayer diseluroh dunia dari jenis yang paling kecil hingga kepada jenis yang paling canggih kita boleh lihat. Apa pun fungsinya adalah serupa iaitu untuk 'menyemprot' larutan kepada sasaran dengan bersistematik.


PAM PENYEMBUR....AMAT UNIK...
ADA YANG KECIL,,,WARNA PUN CANTIK...
BIASA DIGUNAKAN....AGAR RUMPUT MATI....
KELAK KEBUN...AKAN JADI CANTIK....


Related article :


1. Racun Rumpai (Klik disini)
2. Cangkul dan Tajak (Klik disini)
3. Kuku Kambing (Klik disini)
4. Inovasi kawalan pintu Walit (Klik disini)
5. Brix Meter (Klik disini)
6. Silvershine Plastic (Click here)
7. Drip Irrigation (Click here)
8. Farm record keeping (Click here)
9. Racun Kulat (Klik disini)
10.Racun Paraquat (Klik disini)


By,
M Anem
Precint 11
Putrajaya
Malaysia
(16 Ramadan 1431H)

Sunday, August 22, 2010

KACANG BUNCIS - TEKNOLOGI MENANAM

KACANG BUNCIS (Phaseolus vulgaris) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae (dulu ia adalah famili Leguminoceae) iaitu jenus tumbulan menjalar dan ditanam diseluroh dunia. Nama panggilan lain kacang buncis ialah French Bean (English), Pinto Bean, Kidney Bean dan sebagainya. Negera China merupakan pengeluar utama Kacang Buncis hijau didunia dengan dengan pengeluaran sebanyak purata 2.47 juta metrik tan setahun di ikuti dengan Indonesia (0.87 juta mt) dan Turki (0.53 juta metrik tan setahun). Kebanyakkan penanaman di negara mereka adalah untuk penghasilan Biji Kacang Buncis untuk tujuan kegunaan komersial. Penulis ingin berkongsi maklumat mengenai tanaman Kacang Buncis berdasarkan pengalaman selama 34 tahun dalam bidang pengembangan pertanian di Malaysia. Di Malaysia kacang buncis ditanam sebagai jenis sayuran buah untuk tujuan domestik dan ekspot. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 1,506 hektar tanaman kacang buncis pada tahun 2014 dengan penghasilan sebanyak 12,430 metrik tan. Kawasan utama tanaman kacang buncis di Malaysia adalah di Daerah Bachok, Kelantan (310 ha) diikuti Daerah Cameroon Highland, Pahang (255 ha) dan Daerah Besut ,Terengganu (193 ha). Jenis Kacang Buncis yang ditanam adalah dari jenis tempatan yang bersaiz kecil (10 - 15 cm) panjang berwarna hijau. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi penanaman kacang buncis untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.

Tanaman Kacang Buncis adalah dari jenis menjalar dengan batang berwarna hijau dan bersifat melilit pada kayu sokongan dengan panjang batangnya mencapai 2 - 3 meter panjang. Daunnya berbentuk 'alternate' yang berstruktur lembut berwarna hijau muda atau hijau tua dan mempunyai bunga berwarna putih (Ada yang berwarna pink atau ungu) yang berbentuk macam tigasegi bersaiz 1 cm. Bijinya akan berwarna hijau atau hitam atau ungu atau kekuningan yang bilangan bijinya 4 - 6 butir bersaiz 1 -1.5 cm berbentuk buah Pinggang (Kidneys). Kelebihan tanaman kacang buncis ini ialah keupayaannya mengurai Nitrogen (nitrogen fixation) dalam tanah apabila berlaku simbiosis dengan Bakteria Rhizobium dalam tanah.  Penanaman menggunakan biji benih sebanyak 10 kg sehektar yang biasanya dibeli dengan harga RM 30.00 sekilogram di Tangkak, Muar, Johor. Jarak tanaman yang diamalkan di Muar ialah 0.5 m x 0.6 m memberikan sebanyak lingkungan 25,000 pokok sehektar. Tanaman dibuat diatas batas yang dinaikkan setinggi 20 -30 cm dan dibubuh baja organik Tahi Ayam sebanyak 5.0 mt/ha dan baja kapor GML sebanyak 2.5 mt/ha. Pembajaan dengan baja NPK 15:15:15 pada peringkat awal dan baja NPK 12:1:17:2 sebanyak 700 kg/ha diberi berperingkat2. Kawalan rumpai dengan manual atau kimia. Adalah disyorkan menggunakan plastik penutup batas plastik jenis silvershine sebanyak 20 gulong sehektar untuk kawal rumpai dan kecekapan pembajaan.

Antara perosak tanaman kacang buncis di Malaysia adalah seperti Kutu Daun (Aphis craccivora) yang akan menghisap cairan daun dimana ini akan mengakibatkan daun menjadi kerinting dan boleh dikawal dengan racun kimia profenos, diaznon atau malathion. Perosak seterusnya adalah serangga Kumbang Kekacang (Melannogromyza phaseoli) menyerang peringkat anak benih yang boleh menyebabkan kematian benih dikawal dengan racun deltamethrin, diaznon, dimethoate atau trochlorfon. Serangga Ulat Pengorek Buah/Lengai (Marucca festulis) merupakan ulat yang menyerang daun dan buah buncis akibatkan terbantut dan rosak dikawal dengan racun jenis yang sistemik seperti racun indoxacarb, alphacypermethrin, lufenuron, deltamethrin atau racun jenis acetamidprid. Ulat Pengorek Buah Kekacang (Euchrysops cnejus) memakan buah kacang buncis yang akibatkan berlubang2 pada buah dikawal dengan racun cypermathrin. Pastikan penggunaan racun yang betul seperti pada label.

Penyakit yang sering menyerang Kacang Buncis pula adalah seperti Penyakit Bintik Daun (Cercospora canescens) iaitu tanda2 bintik kecil perang pada daun dikawal dengan racun kulat seperti mancozeb, maneb atau carbendazim. Penyakit Karat (Uromyces appendices) menyebabkan bintik2 bulat berlarat pada daun yang boleh menyebabkan dun jadi kuning dan kering dikawal dengan racun maancozeb, copper hydroxide, propineb, maneb, mepronil atau terbaik gunakan varieti yang tahan karat. Penyakit Lecuh anak benih (Phytium spp) dikawal dengan racun kulat Capstan atau Hexaconazole. Penykit Antraknos (Collectotricum lindenmunthianum) menyerang buah dan daun dikawal dengan racun kulat yang sesuai. Kawalan perosak dan penyakit tanaman kacang buncis perlu dilakukan dengan berhati-hati dan berjadual. Elakkan dari menyembur racun ketika memetik hasil kerana ia boleh menjejaskan kualiti hasil buncis yang dipetik. Terdapat beberapa kes kandungan MRL (Minimum residual level) dikesan pada kacang buncis yang dihantar ke negera jiran dan ia memerlukan kesedaran diperingkat pengeluar. Tanaman kacang buncia yang sihak memerlukan baha tambahan organik dan baja foliar diperingkat reproduktif.

Pokok kacang buncis berhasil 4-5 minggu lepas ditanam dan kerja menuai hasil dengan memetik menggunakan tangan setiap hari selepas masa PHI tamat. Buah yang matang berwarna hijau dan elakkan memetik lewat kerana buncis akan keras. Gredkan KACANG BUNCIS mengikut saiz dan kadar keseragaman. Anggaran hasil buncis di Tangkak Muar sebanyak 12-15 metrik tan sehektar dan memerlukan tenaga kerja sebanyak 120 mandays untuk memetik hasil. Harga jualan diladang antara RM 2.50 - RM 3,50 sekilogram dan kadang-kadang lebih tinggi lagi. Kajian penulis untuk kebun Kacang Buncis di Kg Solok dan Kg Melayu Sagil Muar baru-baru ini mendapati purata hasil diantara 12 -15 mt sehektar. Pendapatan kasar sebanyak RM 42,000.00 sehektar dengan kos pengeluaran sebanyak RM 22,390 sehektar memberikan pendapatan bersih sebanyak RM 19,209 sehektar iaitu agak lumayan berbanding dengan sayuran lain. Kerja menuai atau memetik hasil amat memenatkan dan menjemukan!. Kiraan penulis mendapati kos untuk sekilogram buncis di tangkak sebanyk RM 1.87 sekilogram dimana setiap satu ringgit dilaburkan memebrikan pulangan balik sebanyak RM 1.88. 

Kacang Buncis sesuai dimasak sayuran tumis dengan bawang dan cili serta sedikit garam dan serbuk perasa. Ianya memberikan khasiat yang sangat baik kepada tubuh manusia kerana mengandungi 31 kcal kalori, Karbohiderat (7 g), Protin (1.8 g), Vitamin A (35 microgram - 4%) dan Vitamin C (16 mg - 27%) serta Kalsium (37 mg - 27%). Dinegara pengekspot kacang buncis atau Kidney Beans merupakan sumber utama untuk protin dan di komersialkan sebagai sumber knji, protin dan Serat (fiber) yang kaya dengan besi, solenium, molibedenum, pottassium, thiamine, asid folic dan Vitmin B6. tanaman kacang buncis di sekeliling rumah dalam program Bumi Hiju untuk menjamin kesegaran, kebersihan dan pasti ianya selamat!. Wasallam!...


KACANG BUNCIS ...HIJAU WARNA....
MUDAH IDTANAM...DIMANA-MANA...
HASIL LUMAYAN...TANAM SEGERA....
PENAT MEMETIK...TINGGI HARGA...

By.
M Anem
Senior Agronomist,
Room 108, Hotel Laverage,
Bandar Bagu Mergong,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
12 Ramadan 1434
(Kemaskini pada 19 Febuari 2015)

Thursday, August 19, 2010

LABU MANIS


LABU MANIS (Cucurbita spp.) merupakan sejenis tanaman menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang sesuai ditanam di Malaysia. Labu manis juga dipanggil sebagai Pumpkin (English), Peppo (Latin) dan Pompon (France). Tanaman ini dikategorikan sebagai tanaman jangkapendek kerana hanya perlukan 3-4 bulan sahaja untuk dituai. Terdapat seluas 670 hektar tanaman labu manis dengan penghasilan sebanyak 5,490 metrik tan pada tahun 2009 yang bernilau sebanyak RM 6,456,000. Kawasan utama tanaman labu manis di Malaysia adalah di Negeri Johor ,Kelantan dan Pahang. Tanaman labu diusahakan secara komersial sebagai tanaman tunggal atau sebagai tanaman selingan. Penanaman labu manis yang telah dikategorikan sebagai tanaman ladang anaman semula kelapa sawit  hanya ditanam dikawasan yang tetap dan juga sebagai tanaman kontan apabila dibuat tanaman semula (replanting). Artikel malam ini say menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman labu manis untuk rujukan dan bacaan anda semua. 

Terdapat empat spesies utama labu di dunia iaitu Cucurbita maxima, Cucurbita mixta, Cucurbita moschata dan Cucurbita pepo. Terdapat labu yang sangat besar dipanggil 'Giant Pumpkins' (Lihat Foto di bawah) ditanam di USA dan Canada. Penanaman labu di negara temperate dibuat secara meluas dengan jenis labu kuning. Terdapat 3 jenis labu yang ditanam diseluroh dunia mengikut 3 klasifikasi saiz buah iaitu Labu Kecil (1-2 kg), Labu Sederhana (4-8 kg) dan Labu Besar (8-12 kg). Antara Labu Jenis Kecil seperti Baby Bear, Baby Pam, Small Sugar, Spoktakular, Sugar Treat sementara Jenis Sederhana seperti Autumn gold, Bushkin, Frosty, Funny Fact, Harvest Moon, Spirit , Young beauty dan Jenis Besar seperti Aspen, Big autumn, Big Tom,Ghost rider, Happy jack dan banyak lagi. Penanaman disesuaikan dengan musim panas dan musim sejuk dimana penuaian dijalankan megikut kalendar tanaman.

Tanaman Labu Manis di Malaysia adalah untuk kegunaan domestik dan ekspot. Jenis labu yang ditanam dulu dari jenis labu manis yang berbentuk leper dan besaiz agak besar. Kini hanya "Labu Taiwan' yang banyak ditanam oleh petani yang bentuk agak bulat dan saiz agak kecil sedikit. Kajian penulis di Johor dan Melaka mendapati petani menggunakan benih Taiwan yang didakwa sebagai benih hybrid dengan harga runcit sekitar RM25.00 sekilogram. Sebanyak 800 gram benih diperlukan untuk sehektar tanaman.
Daun labu berbentuk lebar berwarna hijau dan berbulu. Batang labu menjalar diatas tanah dan berwarna hijau. Pucul labu sering digunakan sebagai sayuran. Bunga labu berwarna kuning dan didebungakan oleh serangga seperti lebah, rama-rama dan juga semut. Buah labu berbagai bentuk yang bulat, leper dan mempunyai ketak-ketak. Labu muda putik berwarna hijau dan ada corak dan apabila matang akan berwarna kekuningan atau coklat dan kulit yang agak keras.

Tanah perlu dibajak dan dibuat batas untuk kawasan rendah dan jarak tanaman adalah 1.2 m x 2.4 m memberikan sebanyak 2,600 pokok sehektar. Pasang plastik penutup bumi dan buatkan lubang penanaman serta 2 biji benih selubang. Baja asas seperti tahi ayam sebanyak 2.5 - 3.0 mt tan sehektar digunakan. Pemasangan sistem pengairan adalah baik untuk menjamin bekalan air. Buat penjarangan setelah benih berumur 8-10 hari.Pembajaan dengan baja NPK 15:15:15 dan baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 800 kg/ha untuk 4 kali aplikasi. Kawalan rumpai dibuat dengan manual atau racun kimia terpilih (Jika perlu).

Anatara masaalah penyakit tanaman Labu adalah Kulapok Downy (Pseudomonas cubensis) yang menyerang daun menyebabkan berbintik2 kekuningan dan dikawal dengan racun Metalaxyl atau carbendazim. Penyakit Kulapok Berdebu ( Erysiphe chicorancerum) menyerang bahagian bawah daun yang akibatkan daun menjadi kuning perang dan berkerekot dikawal dengan semburan racun kimia seperti carbendazim atau tridermorph. Penyekit Lecuh Anak Benih atau Damping-Off disebabkan oleh 3 jenis kulat (Phythoptora spp, Phytium spp atau Rhizoctonia spp) menyebabkan anak benih lecuh serta akan mati dan perlu dikawal dengan menggunakan racun mancozeb atau melataxyl. Penyakit Antraknos adalah biasa pada pokok labu manis dimana penyebabnya Kulat (Collectotricum lindemunthiamun) menyebabkan bintik2 berpusar dikawal dengan racun kulat jenis Maneb, Zineb, Chlorothalonil, carbendazim atau mancozeb.


Pokok labu di Malaysia perlukan masa selama 3 bulan satu pusingan. Labu yang telah matang akan dituai dan digredkan mengikut saiz dan bentuk. Anggaran hasil sebanyak 15,000 kg sehektar dan purata harga ladang adalah RM 0.80 dan RM 0.85 sekilogram. Buah labu agak tahan lama selepas dituai sehingga 2 bulan dengan penyimpanan yang baik. Kegunaan labu manis adalah untuk dibuat sayur masak lemak (Lihat foto sebelah) dan juga untuk dibuat kuih (Kuih Bingka dsb). Selain itu buah laabu di proses untuk dijadikan tepung dan juga kerepek labu.

Kajian penulis baru-baru ini di Jasin, Melaka dan Tangkak, Muar mendapati anggaran pendapatan kasar tanaman labu sebanyak RM 12,750.00 sehektar dengan Kos Pengeluaran sebanyak RM 10,358 sehektar menjadikan pendapatan bersih sebanyak RM 2,391 sehektar. Kiraan kasar menunjukkan kos pengeluaran labu manis sebanyak RM 0.69 sekilogram dengan kadar pulangan pelaburan setiap satu ringgit sebanyak RM 1.23. Walau pun penanaman labu kurang menguntungkan tetapi risiko kerugian juga agak rendah.



Pa Cik Ben dengan labu Giant di USA ..Wow besarnya!



ADA MINAT ...MENANAM LABU...
LABU MANIS....JENIS TAK TAHU...
TANAM LABU...UNTUNG TAK MENENTU...
LABU GIANT...AKU TENGOK MACAM TU...


By
M Anem,

Senior Agronomist,
Air Keroh, Melaka,
MLyai.

Wednesday, August 11, 2010

Inovasi Kawal Burung Hantu


Burung Hantu (Tyto Alba) merupakan sejenis burung PREDATOR yang makan daging dan ikan di sekitar kawasan kebun, sawah padi atau pun sekitar Bangunan Burung Walit. Burung Hantu mengganggu Rumah Burung Walit sehingga boleh menyebabkan populasi burung walit berpindah keluar dan tidak mahu tinggal lagi. Pengalaman penulis di Sg Sudah Muar, Johor yang mana terdapat kawasan sawah padi yang di pasang Sarang Burung Pungguk Jelapang Padi (BJP –sama dengan burung hantu) terdapat masaalah perbezaaan kepentingan antara penanam padi dan pemilik rumah burung walit. Pesawah memasang sarang BJP untuk membiarkan Burung Hantu tinggal dikawasan sawah bagi memakan tikus sawah tetapi pemilik rumah burung walit (sekitar 2 tahun dulu baru popular) tidak menyukai kehadiran burung hantu. Kejadian pemilik rumah burung walit menembak Burung Hantu menjadi isu masyarakat setempat untuk ditangani.

Burung Hantu bergerak pada waktu malam dengan matanya yang besar mampu melihat pergerakan mangsa dalam waktu gelap dan walau pun pada siang hari hanya tidur sahaja. Keadaan dalam rumah burung walit yang gelap gelita dan ada tikus yang menghuni memang sesuai untuk burung hantu tinggal dengan masuk melalui pintu utama. Burung Hantu akan mengeluarkan bunyi yang nyaring ketika memburu tikus dalam rumah burung walit dan ini menakutkan semua burung walit didalamnya. Akibatnya burung walit ketakutan dan akan berpindah keluar. Pelaburan membina rumah burung walit dan pembelian kelengkapan akan sia-sia jika ini berlaku..

Tanda kedapatan burung hantu dalam rumah burung walit ialah apabila terdapat muntahan Burung Hantu berwarna putih dengan tulang-tulang mangsa makanan dilantai. Biasanya burung hantu akan tenggek di kawasan puntu keluar-masuk apabila waktu gelap. Kehadiran burung hantu akan akibatkan populasi burung walit tidak akan berkembang malahan akan terus pupus jika tidak dikawal.

Kawasan rumah burung walit yang berhampiran sawah padi atau estet kelapa sawit memang perlukan kaedah khusus untuk mengawal serangan burung hantu. Penulis telah melihat beberapa pengusaha burung walit menangani masaalah ini. Paling mudah mereka menembak burung hantu pada waktu tertentu. Kaedah lain ialah dengan memasang lampu ’sport-light’ dikawasan pintu masuk dan lampu didalam rumah burung walit tetapi kurang berkesan. Ada pengusaha yang memasang pintu yang boleh di buka dan ditutup secara manual. Caranya dengan meletakkan papan yang disambung dengan tali yang perlu di tarik pada waktu pagi untuk di buka dan dilepaskan pada waktu senja (Jam 8.00 malam untuk ditutup) secara manual.



Kini inovasi pemasangan pintu Buka-tutup pintu masuk Rumah Burung Walit boleh di perbaiki secara automatik dengan memasang alat ”TIMER” yang berharga kira-kira RM 25.00 – RM 40.00 sebiji. Satu motor menolak dan menarik pintu utama dipasang dan disambung dengan alat TIMER tersebut. Alat tersebut di tentukan masa untuk buka pintu utama rumah burung walit pada jam 6.00 subuh dan akan ditutup sekitar jam 8.00 malam secara automatik. Ini akan membenarkan burung walit untuk keluar pagi hari bila pintu terbuka dan dapat menghalang Burung Hantu masuk selepas jam 8.00 malam. Kaedah ini benar-benar mempunyai tahap kecekapan yang sesuai untuk menjadikan industri burung walit lebih berkesan.



WAKTU MALAM..... AKTIF BURUNG HANTU....
RUMAH BURUNG WALIT....ADA PINTU...
BURUNG HANTU MASUK...JADI TAK MENENTU..
PERLU DIKAWAL...PINTU INOVASI BARU....
By
M Anem
Muar
Johor

Tuesday, August 10, 2010

PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU (IPM)

Pengurusan Tanaman Bersepadu (Intergrated Crop Managemant - ICM) merupakan satu terminologi yang merangkumi aktiviti pertanian di ladang seperti kerja-kerja penyediaan tanah, penanaman, pengurusan sumber air, kaedah menanam, kebersihan kebun dan sebagainya. Ini termasuk aktiviti pengawasan dan pengawalan perosak dan penyakit yang ujud didalam kebun. Asas utama dalam ICM adalah aktiviti mengawal dan menguruskan perosak ketahap yang rendah dan tidak menjejaskan hasil tanaman. Antara beberapa kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) merupakan satu sistem atau konsep pengawalan yang menggabungkan kaedah-kaedah kawalan perosak yang serasi secara serentak dan bersepadu dengan mengambil kira kepentingan dan impak terhadap petani, masyarakat dan alam sekitar. Contohnya penggunaan racun serangga yang sangat minima di kobinasikan dengan kaedah kawalan biologi, kaedah kawalan mekanikal dan juga penggunaan cara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai konsep asas Penggurusan Perosak Bersepadu sebagai asas untuk pemahaman.

IPM telah pun dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian untuk tanaman padi melalui penggunaan varieti rentang (Resistant), melaksanakan kaedah kawalan kultura meliputi aspek agronomi dan sanitasi kawasan, kaedah kawalan biologi melalui Kaedah Burungg Pungguk Jelapang Padi (BJP - Tyto alba) untuk kawalan tikus, menjalankan pengawasan dan ramalan yang membolehkan populasi perosak dan musuh semulajadi diawasi dan seterusnya kawalan dapat dijalankan dengan lebih tepat dan berkesan dan membendung dari kejadian merebak kekawasan lain. IPM juga telah banyak dilaksanakan untuk tanaman sayur-sayuran dengan teknik menggunakan kawalan secara kultura dan fizikal seperti penggunaan pelekat warna, Lampu UV, Struktur atau Bangunan Kalis serangga, agen biolgi (Cotesia plutellae, Diaromus collaris, Diadegma semiclausum, Coenosia exigua) serta penggunaan racun biologikal telah diguna dan menunjukkan kejayaan mengawal musuh tanaman sayuran pada tahap yang rendah. Sayuran merupakan komoditi yang sangat aktif ditanam dan lazimnya memerlukan penggunaan bahan kimia yang banyak untuk mengawal mudoh dan penyakit. Pendekatan kawalan IPM dapat mengurangkan kos dan keselamatan produk sayuran yang sering bermasaalah dengan isu Residu Racun (MRL).



Penggunaan Kaedah Secara Pengurusan Amalan Tanaman Bersepadu (ICM) bergantung kepada 4 komponen penting iaitu TEKNOLOGI, PEMBERDAYAAN (EMPOWERMENT), DEMONSTRASI dan PROMOSI. Teknologi tanaman berhubungkait dengan kekurangan teknologi kawalan yang berkesan terhadap perosak, ketidakstabilan ekosistem, kehadiran pelbagai jenis perosak dan kurang kepelbagaian hayat (Biodiversity) akibat aktiviti penanaman monokultur. Manakala dari aspek kawalan diladang ialah kurangya pemahaman dari aspek kawalan IPM dan juga kaedah kawalan yang berbeza-beza diantara ladang selain daripada kurang kesedaran dari aspek kepentingan faktor biologi dan ekologi, sistem penyampaian yang kurang berkesan , kurang keyakinan terhadap kawalan secara biologi dan keputusan kaedah kawalan dilaksanakan oleh penjual racun perosak.

Kaedah mempromosikan kawalan tanaman melalui petak demonstrasi tanaman yang mengamalkan konsep pendekatan ICM dan IPM perlu dijalankan berterusan dan ditunjukkan kepada petani-petani. Demonstrasi yang dijalankan sebaiknya diracng dan disesuaikan dengan keperluan sebenar petani dan sebaiknya dijalankan berdekatan atau dalam kawasan kebun petani. Sebarang teknologi ICM dan IPM per di promosi dan dipantau tahap perlaksanaannya. Perlaksanaan ICM dapat membantu petani dalam meningkatkan hasil tanaman, mengawal serangan perosak dan penyakit untuk jangkapanjang seterusnya dapat memelihara kesihatan manusia dan alam sekitar agar masyarakat dapat hidup lebih selesa dan harmoni. Kaedah ICM perlu dikembangkan dari segi pemahaman dan perlaksanaan dalam perlaksanaan projek pertanian di Malasyia. Wasallam!



TEKNOLOGI IPM ... AMAT BAIKNYA..
CARA ICM PULA ...SAMA SAHAJA....
KURANG RACUN...LAIN2 JUGA...
HASIL BAIK...MYGAP ASASNYA...


By
M Anem
Senior Agronomist
Pejabat Pertanian Daerah
Muar, Johor,
Malaysia
24 Ramadan 1431
(Kemaskini pada 15 Januari 2015)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...