Support My Blog

Showing posts with label KOPI - PERBEZAAN JENIS KOPI. Show all posts
Showing posts with label KOPI - PERBEZAAN JENIS KOPI. Show all posts

Monday, December 15, 2014

KOPI - PERBEZAAN JENIS KOPI (PART 2)

KOPI (Coffea spp) merupakan sejenis tanaman industri yang telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1895 oleh penjajah kolonial (140 tahun dahulu). Tanaman kopi telah ditanam oleh sektor pekebun kecil dan estet dengan tujuan untuk pasaran ekspot oleh pemerintah kolonial iaitu sebagai komoditi penting. Jenis yang ditanam ini adalah jenis liberica dan sedikit robusta pada masa itu sebagai tanaman selingan dan juga tanaman tunggal. Semasa zaman kolonial tanaman kopi mendapat perhatian Department of Agriculture Malaya sebagai tanaman yang penting sehingga negara merdeka dimana program ini diteruskan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan dipromosikan dengan pengedaran benih dan input pertanian kepada petani dibawah program 'Agriculture Input Diversification Scheme' . Statistik pada tahun 1979 menunjukkan seluas 14,836 hektar kopi ditanam di seluruh Semenanjung Malaysia dengan paling luas di Selangor yang menanam 8,091 hektar dan Johor 4,330 hektar. Masa itu Perlis dan Pulau Pinang dan Melaka pun menanam kopi tetapi kini hampir pupus di 3 negeri tersebut. Kajian penulis pada tahun 2013 hany aseluas 3,474 hektar sahaja kopi yang masih ditanam di Malaysia dengan terluas di Sabah (2,220 hektar) dan Johor (1,116 hektar) dan hanya 80 hektar di Selangor dan bakinya berada di Sarawak dan Kedah. Pengeluaran kopi tahun 2013 sebanyak 14,740 mt  bernilai sekitar RM 11.791 juta. Negeri lain dilaporkan tiada lagi menanam kopi atau keluasan yang tidak signifikan dalam penanaman kopi. Maknanya dalam 35 tahun (1979-2014) seluas 11,090 hektar tanaman kopi telah pupus atau purata kepupusan 317 hektar setahhun. Mengambil kira kira fakta diatas saya fikir industri tanaman kopi adalah boleh di kategorikan sebagai 'sunset industry' di Malaysia. Pada masa sama negara mengimpot sebanyak 106,555 metrik tan kopi setahun bernilai RM 972.3 juta daripada Indonesia (47%), Vietnam (33%) dan Brazil (5%) untuk kegunaan domestik dan diproses untuk ekspot semula (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia 2013). Nilai ekspot kopi pada tahun tersebut adalah sebanyak RM1,299 juta menunjukkan hanya sebahagian kopi untuk kegunaan domestik. Perkara ini menunjukkan sumbangan pengeluaran kopi tempatan adalah masih signifikan. Bagaimana pun artikel malam Sabtu ini sambil menonton TV Astro Maharaja Lawak saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tentang perbezaan ciri-ciri kopi jenis kopi untuk rujukkan anda.


Terdapat 3 jenis kopi yang lazimnya ditanam diseluruh dunia iaitu Kopi Arabica -KA (Coffea arabica), Kopi Robusta -KR (Coffea robusta) dan Kopi Liberica - KL (Coffea liberica). Kesemuanya mempunyai perbezaan yang saya fikir penting kita mengetahuinya. Semua ini akan dibincangkan dengan jelas agar anda dalat mengenali perbezaan tersebut. Saya akan gunakan singkatan KA, KR dan KL dalam perbincangan ini.




BUNGA
KA - Bunga berwarna putih dan berbau harum mewangi
KR - Bunga putih dan berkelompok
KL -  Bunga putih, besar dan berkelompok


PENDEBUNGAAN
KA - Pendebungaan sendiri (Self-pollination)
KR - Pendebungaan kacok (Cross-pollination)
KL - Pendebungaan kacok (Cross-pollination)

BUAH KOPI
KA - Buah beraneka warna dari merah tua kemeran
        kekuningan. Kulitnya manis. Buah masak antara 7-8 
        bulan selepas berbunga. Buah masak gugur daripada    
        pokok. Ukuran buah 1.5 cm berbentuk 'Oval-epiliptik'
KR - Buah muda berwarna hijau dan bertukar merah tua dan 
        ungu apabila masak. Buah masak 9-10 bilan selepas     
        berbunga dan berlaku serentak. Buah masak tidak 
        gugur daripada pokok sehingga dipetik. Ukuran buah 
        0.8 - 1.5 cm berbentuk panjang dan bulat. Kulit buah 
        adalah nipis.
KL - Buah yang masak nerwarna kekuningan merah tua dan 
        ianya berlaku tidak serentak. Buah yang masak tidak 
        gugur daripada pokok. Ukuran buah 2.3-2.5 cm 
        berbentuk 'Oval drupe' dan berkulit tebal




BIJI KOPI
KA - Antara 8 mm panjang. Nisbah buah masak dengan biji 
        kering  adalah 6:1 dengan bilangan biji kering setiap 1 
        kg adalah lebihkurang 2,200 biji
KR - Antara 8 mm panjang. Nisbah buah masak dengan biji 
        kering  adalah 3.5:1 - 5.5:1 dengan bilangan biji kering 
        setiap 1kg adalah lebihkurang 2,300 biji
KL - Antara 13 mm panjang. Nisbah buah masak dengan biji 
        kering  adalah 10:1 dengan bilangan biji kering setiap 1 
        kg adalah lebihkurang 1,760 biji


KANDUNGAN CAFFIENE
KA : 1 - 1.5%
KR : 2 - 2.5%  
KL : 1.4 - 1.6%




HASIL PURATA BIJI KERING BERSIH SEHEKTAR
(TANAMAN TUNGGAL)
KA - Sekitar 403-1,008 kg
KR - Sekitar 1,008 - 1,254 kg
KL - Sekitar 750 - 1,008 kg

Maklumat diatas memang perlu kita tahu kerana minuman kopi kini semakin popular di Malaysia dan seluruh dunia. Kini ada Starbuck, Kopi Tiam dan pelbagai iklan mengenai kopi dimana ia menjadi satu gaya hidup yang dikaitkan dengan ekslusif dan ada kelas. Rakyat Malaysia menggunakan perkapita kopi sebanyak 0.86 kg setahun dan dijangka akan meningkat lagi pada masa akan datang. Dalam Majlis Keramaian, di Hotel serta Restoran Terkemuka hidangan minuman kopi sering disajikan dengan harga murah sehingga kepada harga yang mahal diluar jangkaan kita. 

Wasalam!.


Secangkir Kopi...Berapa harganya?
JENIS KOPI ... ADA 3 SEMUA...
KOPI HEBAT...ITU ARABICA...
KEDUANYA...ITU ROBUSTA...
YANG PAHIT...ADALAH LIBERICA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Muzeum Negeri Sarawak,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(12 Safar 1436H)

Sunday, December 14, 2014

KOPI - PERBEZAAN JENIS KOPI (PART 1)

KOPI (Coffea spp) merupakan sejenis tanaman industri yang telah diperkenalkan di Malaysia semennjak tahun 1895 oleh penjajah kolonial (140 tahun dahulu). Tanaman kopi telah ditanam oleh sektor pekebun kecil dan estet dengan tujuan untuk pasaran ekspot oleh kolonial sebagai komoditi penting. Jenis kopi yang ditanam ini adalah jenis liberica dan sedikit dari jenis robusta sebagai tanaman selingan dan juga untuk tanaman tunggal. Semasa zaman kolonial, tanaman kopi mendapat perhatian Department of Agriculture sebagai tanaman yang sehingga negara kita merdeka dimana inisiatif program ini diteruskan oleh pihak Jabatan Pertanian Malaya dan dipromosikan dengan pengedaran benih dan input pertanian kepada petani dibawah program 'Agriculture Input Diversification Scheme'  atau AIDS. Statistik pada tahun 1979 menunjukkan seluas 14,836 hektar kopi ditanam di seluruh Semenanjung Malaysia iaitu angka paling luas di laporkan terutama di Selangor yang menanam 8,091 hektar dan Johor 4,330 hektar. Masa itu Perlis dan Pulau Pinang dan Melaka pun menanam kopi tetapi kini hampir pupus di semua negeri tersebut. Kajian penulis pada tahun 2013 mendapati hanya seluas 3,474 hektar sahaja tanaman kopi yang masih ditanam di Malaysia dengan kawasan utama penanaman kopi terluas di Sabah (2,220 hektar) dikuti dengan Johor (1,116 hekktar) dan hanya 80 hektar di Selangor dan bakinya di Sarawak dan Kedah. Pengeluaran kopi tahun 2013 sebanyak 14,740 mt  bernilai sekitar RM 11.791 juta. Negeri-negeri lain di Malaysia dilaporkan tiada menanam kopi atau keluasan yang tidak signifikan dalam penanaman kopi. Maknanya dalam 35 tahun (1979-2014) seluas 11,090 hektar tanaman kopi telah pupus atau purata kepupusan 317 hektar setahhun. Mengambil kira kira fakta diatas saya fikir industri tanaman kopi adalah boleh di kategorikan sebagai 'sunset industry' di Malaysia. Pada masa sama negara mengimpot sebanyak 106,555 metrik tan kopi setahun bernilai RM 972.3 juta daripada Indonesia (47%), Vietnam (33%) dan Brazil (5%) untuk kegunaan domestik dan diproses untuk ekspot semula (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia 2013). Nilai ekspot kopi pada tahun tersebut adalah sebanyak RM1,299 juta (RM1.3 billion) menunjukkan hanya sebahagian kopi di Malaysia adalah untuk kegunaan domestik. Perkara ini menunjukkan sumbangan pengeluaran kopi tempatan adalah masih signifikan. Bagaimana pun artikel malam Sabtu ini sambil menonton TV Astro Maharaja Lawak saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tentang perbezaan ciri-ciri kopi jenis kopi untuk rujukkan anda.


Terdapat 3 jenis kopi yang ditanam diseluruh dunia iaitu Kopi Arabica -KA (Coffea arabica), Kopi Robusta -KR (Coffea robusta) dan Kopi Liberica - KL (Coffea liberica). Kesemuanya mempunyai perbezaan yang saya fikir penting kita mengetahuinya. Semua ini akan dibincangkan dengan jelas agar anda dalat mengenali perbezaan tersebut. Saya akan gunakan singkatan KA, KR dan KL dalam perbincangan ini.



Asal
KA - Ethiopia, 
KR - Afrika Barat/ Uganda, 
KL - Liberia/Afrika

Kesukaan Orang Ramai
KA - Bermutu tinggi sebagai 'brewing coffee' dan     
        mempunyai bau yang sedap, menghasilkan lebih protin 
        dan lemak dan banyak minyak 'coffeol'.
KR - Kebanyakan diguna untuk kopi segera (eg Nescafe)
KL - Popular hanya di Malaysia/ Timur jauh (Rasanya pahit)

Kesesuaian Tanah
KA - Tanah tinggi antara ,385 - 1,848 dari paras laut
KR - Tidak tahan tanah masam (Acidic condition) dan tidak 
        begitu sesuai dikawasan tanah liat pantai. Tumbuh 
        subur dikawasan tanah merah atauu granite. Ketinggian         dari 600 -800 dari paras laut
KL - Sesuai ditanam ditanah rendah (tanah pamah), ditanah         liat pantai (coastal clay), tanah lanar dan tanah liat     
        berorganik. Tidak dapat hidup pada tanah bertakung air.

Ketahanan Pada Karat Daun
KA - Tidak tahan
KR - Tahan
KL - Tidak tahan

Kesesuaian Suhu
KA : 16 - 21 C
KR : 24 - 27 C  
KL : 24 - 27 C



Struktur Pokok
KA - Kecil (globorous shrub) dari robusta/liberica
KR - Sederhana (capai 3 m tinggi) tanpa cantasan dan 
        berbentuk payung (Umbrella shape)
KL - Paling besar sehingga mencapai 9 m tinggi tanpa 
       cantasan

Lindungan
KA - Perlu bagi menambahkan hasil
KR - Perlu bagi menambahkan hasil
KL - Tidak memerlukan lindungan

Daun Kopi
KA - Bujur telur, meruncing dibahagian hujung
KR - Bujur lembut seperti kulit, kisut dan nipis dari liberica 
KL -  Besar berkilat, kisut dan tirus dihujungnya

Maklumat diatas memang perlu kita tahu kerana minuman kopi kini semakin popular di Malaysia dan seluruh dunia. Kini ada Starbuck, Kopi Tiam dan pelbagai iklan mengenai kopi dimana ia menjadi satu gaya hidup yang dikaitkan dengan ekslusif dan ada kelas. Rakyat Malaysia menggunakan perkapita kopi sebanyak 0.86 kg setahun dan dijangka akan meningkat lagi pada masa akan datang. Dalam Majlis Keramaian, di Hotel serta Restoren terkemuka hidangkan minuman kopi sering disajikan dengan harga murah sehingga kepada harga yang mahal diluar jangkaan kita. Semuga pembaca blog "Anim Agro Technology" dapat info berguna mengenai kopi sepanjang Disember 2014 ini.

Wasalam!.
JENIS KOPI ... ADA 3 SEMUA...
KOPI HEBAT...ITU ARABICA...
KEDUANYA...ITU ROBUSTA...
YANG PAHIT...ADALAH LIBERICA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Muzeum Negeri Sarawak,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(12 Safar 1436H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...