Support My Blog

Showing posts with label BAWANG HOLLAND DAN FAKTANYA. Show all posts
Showing posts with label BAWANG HOLLAND DAN FAKTANYA. Show all posts

Wednesday, October 21, 2026

BAWANG HOLLAND DAN FAKTANYA (PART 3)

BAWANG HOLLAND (Allium cepa)  ialah bawang besar kuning (yellow onion) dari keluarga Aliaceae yang mempunyai kulit luar berwarna coklat keemasan dan isinya yang berwarna kekuningan. Malaysia mengimport sekitar 34,886 tan metrik (34.8 juta kg) Bawang Holland setahun berdasarkan data perdagangan terbaru oleh DOSM. Apa yang penulis blog rujuk dimana secara keseluruhannya, Malaysia amat bergantung kepada pasaran luar kerana 100% bekalan bawang negara adalah diimport. Apa pun faktanya jumlah import bawang Holland Malaysia sebanyak 34,886 tan metrik ia bernilai kira-kira RM16.4 juta atau sebanyak USD16.48 juta). Dilaporkan negara Belanda membekalkan sekitar 5 - 9% daripada jumlah keseluruhan import bawang ke Malaysia dimana bawang yang dibawa masuk dari negara tersebut ialah Bawang Holland (Bawang Besar Kuning). Merujuk data ini dimana jumlah import Semua Jenis Bawang Malaysia sebanyak 590,000 - 750,000 tan metrik bawang setahun iaitu ia merangkumi bawang besar, bawang merah atau bawang kecil dan bawang putih iaitu dengan kos keseluruhan import semua jenis bawang mencecah RM1.5 bilion setahun. Apa pun di laporkan selain Belanda, pasaran bawang Malaysia didominasi oleh negara pengeksport utama lain seperti China (pembekal terbesar sekitar 46%), India, New Zealand dan Pakistan. Ramai pengguna kenal dengan Jenis Bawang Holland iaitu sejenis besar holland yang mempunyai rasa yang lemak dan sedikit pedas dan berangin. Bawang jenis ini menjadi pilihan dalam masakan terutama untuk menumis kerana ia mempunyai tekstur yang lembut dan keperangan apabila dimasak. Bagi penulis blog paling hebat menggunakan bawang holland untuk buat sambal nasi lemak. Ia juga dilaporkan ada mengandungi kandungan gula semulajadi yang tinggi berbanding dengan jenis-jenis bawang-bawang lain. Apa pun China masih dominan sebagai pembekal import terbesar bawang holland ke Malaysia kerana harganya yang lebih murah dan mampu milik. Walau pun Belanda (Holland): ia dikenali sebagai negara asal yang mempopularkan nama bawang besar kuning ini serta merupakan antara pengeluar bawang terbesar dunia tetapi harganya lebih tinggi sama sepeti dari New Zealand walau pun ia berkualiti tinggi, namun harganya lebih mahal. Meneliti fakta ciri bawang ini dimana ia memang kurang pedas berbanding bawang merah tempatan serta mempunyai rasa manis semula jadi yang bertambah manis dan berkaramel apabila dimasak lama. Ia bertekstur lembut, berair dan cepat menjadi rangup atau keperangan apabila ditumis. Sebenarnya istilan atau nama 'Holland' adalah ia dipanggil demikian di Malaysia sebagai sebutan umum untuk bawang besar kuning import (walaupun bekalan di pasaran Malaysia kebanyakannya diimport dari China, Belanda dan New Zealand). Kegunaan dalam masakan ia sesuai untuk jenis masakan seperti sup, stew, pasta, sos, dan burger atau sangat sesuai untuk menumis dengan api yang tinggi kerana ia cepat memberikan aroma yang wangi dan rasa lemak manis. Ia juga selalu di makan sebagai 'Salad' iaitu dihiris nipis untuk dimakan mentah dalam sandwic atau salad kerana pedasnya tidak terlalu menyengat. Artikel tengahari Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dan paparkan fakta penting tentang Bawang Holland untuk bahan rujukkan semua. 


Istilah 'Bawang Holland' ialah nama tempatan di Malaysia bagi bawang besar kuning atau 'Yellow onion' atau nama botani adalah Allium cepa. Selain bawang Holland ada di pasaran Jenis Bawang Kecil, Bawang Putih, Bawang Bambay, Daun Bawang dan sebagainya yang memenuhi keperluan masakan dalam negara. Apa pun uniknya bagi penulis blog sebab nama 'Holland' ia digunakan secara umum di Malaysia untuk dapat merujuk kepada bawang besar kulit kuning atau warna perang yang diimport dari luar negara seperti dari negara China, negara Belanda dan New Zealand. Mudah mengenali jenis Bawang Holland di jual sebab ia ada warna kulit iaitu perang kekuningan atau keemasan dengan lapisan kertas nipis dengan ada warna isi yang putih kekuningan. Sebenarnya ia ada rasa kurang pedas berbanding bawang merah kecil akan tetapi mempunyai kandungan gula yang tinggi yang bertukar menjadi manis dan keperangan apabila dimasak atau istilahnya sebagai 'caramelized'. Penulis blog cuba kupas akan jenis dan varieti utama didalam Kategori Bawang Holland atau Jenis Bawang Besar Kuning ini sebagai rujukkan. Apa pun di pasaran tempatan di Malaysia ia dijual secara umum sebagai jenis 'Bawang Holland' secara umum iaitu satu kategori bawang besar kuning. Bagaimana pun sebenarnya ia juga terbahagi kepada beberapa varieti utama mengikut jenis atau asal pengeluarannya. Pengkelasan Bawang Holland pertama adalah Jenis Bawang Kuning Biasa (Yellow Onion atau Jenis Spanish Onion) dimana ia berbentuk bulat sedikit lonjong, kulit perang keemasan yang tebal, rasa sedikit tajam mentah tetapi menjadi manis apabila dimasak lama. Apa yang penulis blog faham dimana jenis bawang holland biasa (atau dikenali sebagai bawang besar kuning atau yellow onion) dimana ia mempunyai beberapa ciri fizikal, rasa dan kegunaan utama dalam masakan iaitu ia ada jenis kulit berwarna kuning keemasan atau coklat cerah dengan saiznya lebih besar dan bentuknya lebih bulat atau sfera. DIlihat isi dalamannya adalah ia berlapis-lapis tebal dengan warna putih kekuningan. Ia juga mempunyai rasa kurang pedas berbanding bawang merah kecil, tetapi mempunyai kandungan gula semula jadi yang tinggi. Teksturnya ia menjadi lembut, berjus dan lebih manis apabila dimasak lama. Ia juga boleh bertukar keperangan dan rangup apabila digoreng (seperti caramelised onion). Dari segi kegunaan dalam masakan sesuai untuk Jenis Masakan Barat dan Masak Sup serta stew, sos dan burger. DI Malaysia ia sesuai untuk tumisan dan gorengan seperti sambal nasi lemak, masakan tradisi Cina, Melayu atau dibuat bawang goreng. Jenis ini ia kurang sesuai jika dikisar terlalu halus atau dimasukkan ke dalam sup ayam kerana boleh menghasilkan bau yang kurang sedap. Kedua ada Jenis Bawang Manis atau 'Sweet Onion' contohnya varieti Vidalia atau Walla Walla) dimana bawang jenis ini ia ada kandungan sulfur yang lebih rendah dan paras gula yang tinggi dimana ini akan juga menyebabkan ia kurang pedas dan boleh dimakan mentah. Jenis Bawang Vidalia (atau sering dikategorikan sebagai jenis bawang manis atau sweet onion) ialah variasi premium daripada keluarga bawang besar (bawang kuning atau Holland) yang mempunyai ciri unik yang membezakannya dengan bawang Holland biasa. Ciri-ciri utama bawang Vidalia adalah dimana ia berikan rasa yang Sangat Manis dan kurang Pedas dimana ia berbeza dengan bawang biasa, bawang Vidalia mempunyai kandungan gula semula jadi yang sangat tinggi (sekitar 8% hingga 12%) dan kandungan sulfur yang sangat rendah. Ini menyebabkan rasanya manis dan ia tidak menyengat, dan tidak membuatkan mata mudah berair atau menangis semasa dipotong. Ia berberbentuk sedikit leper (flattened globe) dan tidak bulat sempurna seperti bawang Holland biasa dengan kulit luarnya berwarna kuning keemasan pucat dengan isi dalaman berwarna putih bersih (Sila lihat foto disebelah). Ia berjus dan rangup kerana kandungan airnya yang tinggi dan bawang ini sangat rangup dan berair apabila digigit mentah. Nama 'Vidalia' adalah jenama yang dilindungi undang-undang sebab bawang ini hanya boleh ditanam di 20 daerah tertentu di Georgia, Amerika Syarikat. Jenis tanah di kawasan tersebut sangat unik kerana kekurangan sulfur, yang menjadi rahsia mengapa bawang yang dihasilkan di situ menjadi sangat manis. Kegunaan masakan sebab rasanya yang lembut dimana ia sangat sesuai dimakan mentah dalam salad, sandwic, atau burger. Jika dimasak, ia sangat cepat bertukar menjadi karamel (caramelized) dan sering digunakan untuk membuat sup atau jejari bawang (onion rings). Ia juga sangat sesuai untuk salad, sandwic atau dibuat onion rings. Apa pun ketiga ada Jenis Bawang Besar Putih (White Onion) iaitu dengan ada ciri kulit berwarna putih bersih dan isinya lebih tajam serta segar apabila dimakan mentah. Jenis bawang besar putih (white onion) ialah sejenis bawang besar yang mempunyai kulit luar berwarna putih pucat dan isi dalam yang putih bersih. Ia berbentuk bulat, kulit luarnya nipis berwarna putih pucat atau keperakan dan isi dalamnya berwarna putih padat. Ia mempunyai rasa yang paling tajam, pedas dan menyengat berbanding bawang besar kuning atau merah apabila dimakan mentah dan bertekstur lebih rangup (crunchy) dan berair (juicy) berbanding jenis bawang lain. Jenis ini ia sangat popular dalam masakan Mexico (seperti sos salsa, pico de gallo dan bahan tabur pada taco) kerana ia memberi rasa segar dan 'ada rasa 'kick' apabila dimakan mentah dimana ia bagus digunakan dalam masakan bertumis, sup, atau rebusan bagi melengkapkan rasa. 
 

Fakta penting dimana Bawang Holland (atau dikenali sebagai bawang besar kuning) selalunya ia dijual dan diproses ke dalam beberapa jenis produk di pasaran dunia. Beberapa jenis dan kategori produk bawang Holland utama yang boleh didapati secara global yang pertaman Produk Bawang Holland Segar (Fresh Produce) iaiatu ia adalah bentuk asal bawang Holland yang belum diproses dan dikategorikan mengikut negara asal serta gred saiz. Dalam kategori ini ada Produk 
Bawang Holland Belanda (Asal Eropah) dimana jenis ini ia mempunyai kualiti premium, kulit coklat keemasan yang licin, isi yang padat, manis dan ketahanan simpanan yang lama. Ada Jenis Produk Bawang Holland China Segar dimana jenis ini ia paling banyak ditemui di pasaran Malaysia kerana harganya yang lebih murah dan kompetitif. Ketiga dalam kategori ini ada Jenis Produk Bawang Holland New Zealand dan Bawang Holland Australia dimana ia terkenal dengan standard kualiti yang tinggi dan gred premium namun harganya sedikit mahal yang menyebabkan kebanyak penduduk kelas biasa di Malaysia berfikir dua kali untuk membelinya berbanding dengan produk dari China. Keempat ada Jenis Gred Saiz Bawang Holland Komersial dimana jenis ini ia biasanya dijual secara pukal dalam guni (sekitar berat 5kg sehingga 25kg) mengikut saiz diameter seperti Saiz Kecil (Small), Sederhana (Medium) dan Besar (Large atau saiz Jumbo) di jual dalam ruangan tertentu di pasaraya. Kedua ada Produk Bawang Holland Mengikut Produk Sedia Dimasak atau Diproses (Processed Products) di jual di pasaran. Ia dijual bagi memenuhi industri makanan (HORECA -atau keperluan pihak Hotel, Restoran, Kafe) dan juga bagi kegunaan rumah yang mahukan kesenangan, bawang Holland diproses yang pertama Jenis  Bawang Holland  Siap Kupas (Peeled & Vacuum Packed) dimana bawang ini telah dibuang kulit dan dibungkus menggunakan pek vakum untuk ia akan mengekalkan kesegaran tanpa mengurangkan kualiti airnya (Sila lihat foto paling atas sekali). Kedua dalam kategori ini ada Produk Bawang Holland Di Potong Segar (Pre-cut atau Diced) dimana bawang holland ini dipotong secara dadu, di hiris (sliced) atau cincang (minced) dan disejukbekukan untuk pasaran industri makanan pantas (Sila lihat foto disebelah). Apa pun kategori ketiga ada Jenis Produk Nilai Tambah dan Produk Kering (Value-Added Products) antaranya Jenis Produk Bawang Goreng Rangup (Crispy Fried Onions) dimana bawang Holland dihiris dan digoreng sehingga menjadi perang keemasan. Produk ini sangat popular dieksport dari Belanda ke pasaran global untuk dijadikan topping makanan seperti hotdog, burger atau mi. Kedua ada Jenis Produk  Serbuk Bawang Holland (Onion Powder) yang mana ia diperbuat daripada bawang Holland yang dikeringkan dan dikisar halus menjadi serbuk dan selali ia digunakan secara meluas sebagai penambah rasa (perasa makanan) dalam sup, sos dan industri snek. Akhir sekali ketiga dalam kategori ini ada Jenis Produk Serpihan Bawang Holland Kering atau dikelai sebagai 'Dehydrated Onion Flakes' dimana bawang yang dikeringkan dalam bentuk serpihan kecil. Sangat popular dalam pembuatan mi segera atau sup segera kerana ia akan mengembang semula apabila terkena air panas.


Menarik juga di kongsikan akan kepercayaan atau Mitos yang berkait dengan Bawang Holland yang ada diseluruh dunia ia sama dengan semua jenis bawang besar yang lain. Apa paling popular adalah Mitos atau Kepercayaan bahawa bawang yang telah dikupas, diiris dan dibiarkan terdedah ia boleh menjadi 'Magnet' yang menyedap dan menyerap bakteria, virus, serta racun dari udara dimana mitos ini membawa kepada dua pemahaman karut yang bertentangan. Pertama adalah Mitos Bahaya (Bawang Jadi Beracun) sebabnya masih ramai yang percaya jika bawang Holland dipotong dan disimpan baki untuk keesokan harinya didakwa ia akan merbahaya dan beracun kerana sudah dipenuhi bakteria dari udara sekitar. Apa pun m
itos mengenai bawang beracun merujuk kepada dakwaan kononnya bawang (sama ada bawang merah, bawang putih, atau bawang bombay) yang telah dikupas, diiris atau disimpan semalaman akan berubah menjadi racun atau magnet yang menyerap virus, bakteria dan kuman di dalam bilik. Faktanya dimana dari sudut sains bawang yang dipotong tidak bertindak sebagai span yang menyerap kuman dari udara. Mitos ini dikesan bermula sejak abad ke-16 semasa wabak hawar (bubonic plague) dan muncul semula semasa pandemik flu tahun 1919. Pada zaman itu, masyarakat percaya penyakit berjangkit tersebar melalui 'udara busuk' (miasma). Mereka meletakkan hirisan bawang di sekitar rumah dengan kepercayaan bahawa bawang tersebut akan dapat menyerap racun dan kuman di udara agar manusia tidak jatuh sakit. DIjelaskan kenapa Bawang Tidak Beracun kerana ada sifat Asid Melawan Bakteria iaitu bila bawang dipotong, ia mengeluarkan jus yang mengandungi sebatian sulfur dan asid. Komponen ini sebenarnya mempunyai sifat antimikrob yang membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria dan ia bukannya menarik kuman. Permukaan bawang yang dipotong akan cepat mengering. Bakteria memerlukan kelembapan dan nutrien protein yang tinggi untuk membiak, manakala bawang tidak menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembiakan bakteria berbanding makanan lain (seperti daging atau jenis mayonis). Persoalan bila bawang boleh menjadi bahaya iaitu ia sama seperti mana-mana bahan makanan lain, bawang boleh tercemar dan menyebabkan keracunan makanan hanya disebabkan oleh faktor luaran, bukannya kerana sifat bawang itu sendiri. Ada kes 'pencemaran silang' semasa memotong bawang menggunakan papan pemotong atau pisau yang kotor (contohnya bekas memotong daging mentah). Ia mungkin juga disebabkan oleh cara penyimpanan yang salah dimana bawang mentah yang belum dikupas akan cepat lembik dan berkulat jika disimpan di dalam persekitaran kulkas yang terlalu lembap. Bawang yang sudah berkulat atau busuk memang tidak boleh dimakan kerana mengandungi bakteria pembusuk. Kedua ada Mitos Rawatan Bawang (Penyerap Penyakit) apabila masih ramai juga percaya dengan cara dia meletakkan hirisan bawang Holland di penjuru rumah atau bilik tidur, ia boleh 'menyerap' virus selesema dan membersihkan udara.  Faktanya dimana dari sudut kajian sains dan sains makanan, mitos ini telah dibuktikan palsu oleh komuniti saintifik antarabangsa termasuk National Onion Association (NOA). Apa pun asas uul kepercayaan ini bermula sejak abad ke-16 semasa wabak penyakit bubonic plague melanda dunia. Pada zaman itu, masyarakat menyangka penyakit berjangkit merebak melalui udara busuk (miasma) dimana mereka akan meletakkan bawang untuk menapis udara. Mitos ini tular semula di internet sekitar tahun 2008 melalui sebuah hantaran blog oleh warganet. Apa pun bawang Bukan Magnet Bakteria sebab secara biologinya, bawang mempunyai cecair berasid dan sebatian sulfur (seperti allicin) yang sebenarnya bersifat antimikrob. Ini bermakna permukaan bawang yang dipotong akan melawan bakteria, bukannya menariknya. Akhir sekali petua cara Simpan Baki Bawang terbaik dimana sesiapa boleh makan baki bawang Holland yang telah dipotong. Syaratnya adalah ia perlu disimpan dengan betul di dalam bekas bertutup rapat (kedap udara) dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan sehingga 7 hari. Bawang hanya akan tercemar jika disentuh dengan tangan yang kotor atau diletakkan di atas papan pemotong yang dicemari daging mentah. Artikel ini di tulis dalam dua (2) bahagian iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini mampu memberi info sangat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

BAWANG HOLLAND ... POPULAR DI DUNIA...
PENGELUAR UTAMA...INDIA DAN CHINA...
DALAM MASAKKAN...SEDAPKAN RASANYA...
BACA ARTIKEL... AMAT MENARIK FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 JamadilAwal 1448H).

Tuesday, October 20, 2026

BAWANG HOLLAND DAN FAKTANYA (PART 2)

BAWANG HOLLAND (Allium cepa)  ialah bawang besar kuning (yellow onion) dari keluarga Aliaceae yang mempunyai kulit luar berwarna coklat keemasan dan isinya yang berwarna kekuningan. Malaysia mengimport sekitar 34,886 tan metrik (34.8 juta kg) Bawang Holland setahun berdasarkan data perdagangan terbaru oleh Jabatan Perangkaan (DOSM). Apa yang penulis blog rujuk dimana secara keseluruhannya, Malaysia amat bergantung kepada pasaran luar kerana 100% bekalan bawang negara adalah diimport. Apa pun faktanya jumlah import bawang Holland Malaysia sebanyak 34,886 tan metrik ia bernilai kira-kira RM16.4 juta atau dinilai sebanyak USD16.48 juta). Dilaporkan negara Belanda membekalkan sekitar 5 - 9% daripada jumlah keseluruhan import bawang ke Malaysia dimana bawang yang dibawa masuk dari negara tersebut ialah Bawang Holland (Bawang Besar Kuning). Merujuk data ini dimana jumlah import Semua Jenis Bawang Malaysia sebanyak 590,000 - 750,000 tan metrik bawang setahun iaitu ia merangkumi bawang besar, bawang merah atau bawang kecil dan bawang putih iaitu dengan kos keseluruhan import semua jenis bawang mencecah RM1.5 bilion setahun. Apa pun di laporkan selain Belanda, pasaran bawang Malaysia didominasi oleh negara pengeksport utama lain seperti China (pembekal terbesar sekitar 46%), India, New Zealand dan Pakistan. Ramai pengguna kenal dengan Jenis Bawang Holland iaitu sejenis besar holland yang mempunyai rasa yang lemak dan sedikit pedas dan berangin. Bawang jenis ini menjadi pilihan dalam masakan terutama untuk menumis kerana ia mempunyai tekstur yang lembut dan keperangan apabila dimasak. Bagi penulis blog paling hebat menggunakan bawang holland untuk buat sambal nasi lemak. Ia juga dilaporkan ada mengandungi kandungan gula secara semulajadi yang tinggi berbanding dengan jenis-jenis bawang-bawang lain. Apa pun China masih dominan sebagai negara pembekal import terbesar bawang holland ke Malaysia kerana harganya yang lebih murah dan mampu milik. Walau pun Belanda (Holland): ia dikenali sebagai negara asal yang mempopularkan nama bawang besar kuning ini serta ia juga merupakan antara pengeluar bawang terbesar dunia tetapi harganya lebih tinggi sama sepeti dari New Zealand walau pun ia berkualiti tinggi, namun harganya lebih mahal. Meneliti fakta ciri bawang ini dimana ia memang kurang pedas berbanding bawang merah tempatan serta mempunyai rasa manis semula jadi yang bertambah manis dan berkaramel apabila dimasak lama. Ia bertekstur lembut, berair dan cepat menjadi rangup atau keperangan apabila ditumis. Sebenarnya istilan atau nama 'Holland' adalah ia dipanggil demikian di Malaysia sebagai sebutan umum untuk bawang besar kuning import (walaupun bekalan di pasaran Malaysia kebanyakannya diimport dari China, Belanda dan New Zealand). Kegunaan dalam masakan ia sesuai untuk jenis masakan seperti sup, stew, pasta, sos, dan burger atau sangat sesuai untuk menumis dengan api yang tinggi kerana ia cepat memberikan aroma yang wangi dan rasa lemak manis. Ia juga selalu di makan sebagai 'Salad' iaitu dihiris nipis untuk dimakan mentah dalam sandwic atau salad kerana pedasnya tidak terlalu menyengat. Artikel tengahari Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dan paparkan fakta penting tentang Bawang Holland untuk bahan rujukkan semua. 


Morfologi bawang Holland (secara botani dikelaskan sebagai Allium cepa jenis kuning atau menyamai marfologi bawang Bombai iaitu kalau merujuk kepada struktur fizikal luaran dan dalaman tanaman tersebut. Bawang Holland juga ia dikenali dengan saiz bulbnya yang besar, berbentuk bulat seperti sfera dan diluar ia mempunyai kulit luar nipis berwarna coklat keemasan atau kuning cerah bergantung kepada jenisnya. Bagi penulis blog sekali pandang di kawasan rak-rak bawang sudah mudah mengenali bawang holland sebab ia memang berbeza dengan jenis-jenis bawang yang lain dengan senang di bezakannya. Apa pun secara terperinci dimana struktur morfologi bagi tanaman bawang Holland pertama Ciri Umbi (Bulb) iaitu ia adalah berbentuk bulat atau sedikit leper (globose) dan selalu ia bersaiz jauh lebih besar berbanding bawang merah kecil tempatan yang ada dijual di Malaysia. Ia dilihat mempunyai jenis struktur lapisan aiaitu ia merupakan jenis umbi lapis tunggal (Sila lihat foto disebelah). Lapisan isinya iaitu ciri pelepah daun yang menebal dimana ia berfungsi menyimpan simpanan makanan dan air dalam blub yang menyebabkan tekstur kulitnya tebal dan isinya adalah berair. Ia mempynyai warna kulit pelindung luar yang kering berwarna kuning keemasan atau coklat cerah. Isi dalamnya berwarna putih krim hingga kekuningan dan berjus. Kedua adalah Ciri Akar Bawang Holland dimana tanaman ini mempunyai sistem akar serabut dimana akarnya dilihat ia tumbuh melekat pada bahagian pangkal umbi dibahagian bawahnya dengan jelas. Apa pun saiz akarnya ia berdiameter halus iaitu ukurannya sekitar 2 - 5 mm), berwarna putih dan tumbuh agak dangkal di dalam tanah dengan panjang sekitar 10 - 20 cm. Lazimnya Bawang Holland Berbatang Sejati (Piring Bulat) atau ia mempunyai batang berbentuk cakera yang sangat pendek, nipis dan terletak di bahagian paling bawah umbi yang mana ia bertindak sebagai tapak tumbuhnya akar dan tunas didalam tanah. Bawang ini mempunyai Batang Semu (Pseudostem) berwarna hijau yang kelihatan di atas tanah sebenarnya adalah batang semu yang selalu ia akan terbentuk daripada susunan pelepah-pelepah daun yang saling memeluk rapat. Marfologi Daun (Leaves) Bawang Holland ia berbentuk silinder memanjang seperti pipa dan mempunyai rongga (berlubang) di tengahnya dengan ciri pada hujung daunnya meruncing. Daun ini ia berwarna hijau tua dengan permukaan yang dilapisi lilin nipis (glaucous) menjadikannya kelihatan sedikit berkilat. Daunnya tumbuh lebih tebal dan lebar berbanding daun bawang merah biasa. Ciri Bunga Bawang Holland (Jika Dibiarkan Matang) ia akan keluar atau tumbuh melingkar membentuk payung bulat (jambak yang majmuk) di hujung tangkai bunga yang panjang, besar dan berongga. Jika diteliti sebenarnya bunganya kecil berwarna putih kehijauan atau sedikit ungu. Ia akan membentuk buah dan biji juga dimana buahnya berbentuk kapsul bulat berongga tiga yang mengandungi biji-biji kecil berwarna hitam dan berkedut apabila kering dan ia boleh disemai untuk tanaman baru walau pun peratus percambahannya sangat rendah.


Penulis blog paparkan fakta akan Kitaran Hidup Bawang Holland (Allium cepa) berdasarkan tinjauan peribadi kenegara Belanda, China, Korea Selatan dan ke Jepun semasa ada bertugas dahulu. 
Di laporkan bergantung kepada varieti, cuaca dan amalan agronomi dimana tanaman bawang Holland akan mengambil masa sekitar 4 bulan atau sekitar100 - 120 hari (sama dengan beberapa jenis tanaman padi) dari mula ia ditanam sehinggalah ia sedia untuk dituai. Secara botani dilaporkan ia adalah tumbuhan dwitahunan (biennial) namun dalam aktiviti pertanian ia akan diuruskan sebagai tumbuhan semusim (annual) kerana ubinya dituai pada musim pertama. Beberapa peringkat penanaman didahului dengan pertama Peringkat Percambahan Benih atau 'Establishment' iaitu ddari minggu pertama sehingga minggu ke 2. Bijibenih (seeds) bawang holland yang terpilih dan berkualiti akan disemai ke dalam media tanah yang lembap dimana dalam tempoh 5 hingga 10 hari maka biji benih akan mula bercambah. Akar pertama akan menembusi tanah untuk menyerap air manakala sehelai daun halus (kotiledon) akan muncul ke permukaan tanah untuk memulakan proses fotosintesis. Kedua adalah Peringkat Vegetatif (Vegetative Growth) dalam minggu ke 3 hingga minggu ke 8 iaitu pokok bawang fokus sepenuhnya kepada pertumbuhan daun dan akar dan selalunya daun-daun hijau yang berbentuk tiub tirus akan tumbuh dengan banyak (Sila lihat foto disebelah). Selalu dilihat jumlah daun yang tumbuh pada peringkat ini sangat penting dimana jika ada lebih banyak daun yang sihat dan tebal dihasilkannya maka akan lebih besar saiz ubi bawang Holland yang akan terbentuk nanti. Pokok memerlukan baja tinggi nitrogen (N) eperti kompos pada fasa ini. Apa pun jika tanaman bawang holland ini disemai di dalam bekas semaian maka anak pokok yang berumur sekitar 45 - 60 hari (sudah mengeras dan mula membentuk ubi kecil) dimana ia sudah sedia untuk dipindahkan ke batas atau pasu kekal. Ketiga ada Peringkat Permulaan Pembentukan Ubi (Bulb Initiation) iaitu berlaku dalam minggu ke 9 hingga minggu ke 12 dimana apabila pokok mendapat panjang siang (daylight) yang sudah mencukupi bermakna fasa vegetatif bertukar kepada fasa pembentukan ubi. Masa ini dipangkal pokok (bahagian leher) mula membengkak dan ubi bawang Holland yang berwarna keemasan mula terbentuk di bawah tanah. Pertumbuhan daun baru akan mula perlahan atau berhenti kerana pokok bawang ini akan menghantar semua tenaga dan nutrien ke bahagian ubi sehingga matang. Keempat ada Peringkat Pematangan atau Proses Pematangan Ubi (Bulb Development) berlaku pada minggu ke 13 hingga minggu ke 15 dimana selalunya ubi bawang Holland membesar dengan pantas pada tahap yang maksimum. Pada fasa ini amat kritikal sistem pengairan perlu dikurangkan dengan ketara sebabnya air yang terlalu banyak atau tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan ubi bawang merekah, terbelah atau rosak atau reput akibat serangan kulat. Kelima ada Peringkat Matang dan Tuaian (Harvest) berlaku pada minggu Ke 16 atau pada bulan Ke-4 dimana petanda utama bawang Holland sudah matang sepenuhnya ialah apabila daun-daun hijaunya mula bertukar kuning, layu dan ada yang tumbang atau rebah ke tanah secara semula jadi.  Leher bawang akan mengecil dan mengering dimana ciri ini adalah isyarat bahawa kitaran hidup musim pertamanya telah lengkap dan ubi bawang Holland sedia dicabut untuk ianya dikeringkan (curing) sebelum sedia digunakan atau disimpan. Apa pun jika ubi bawang tidak dituai dan dibiarkan di dalam tanah menembusi musim seterusnya maka ia akan memasuki fasa pembungaan bagi menghasilkan biji benih baru untuk melengkapkan kitaran hidup dwitahunannya).


Banyak kajian di nyatakan dimana bawang holland mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan namun ia juga boleh kemudian mendatangkan ancaman atau kesan sampingan jika diambil secara berlebihan atau oleh individu yang mana mempunyai masalah kesihatan tertentu. Bawang Holland yang berwarna kuning keemasan ini kaya dengan nutrien penting seperti vitamin C, serat dan antioksidan yang tinggi. Apa pun di laporkan antara khasiat Bawang Holland untuk Kesihatan seperti pertama Ia Menjaga Kesihatan Jantung dimana bawang holland kaya dengan antioksidan seperti 'quercetin' dan 'sebatian sulfur organik' yang membantu mengurangkan kolesterol jahat (LDL) serta menurunkan tekanan darah, dan melancarkan aliran darah. Ia juga didakwa akan Mengawal Gula dalam Darah sebab zat sebatian kromium dan sulfur di dalamnya membantu untuk meningkatkan pengeluaran insulin dimana ciri ini ia sekali gus membantu menstabilkan tahap gula darah, terutamanya bagi pesakit diabetes. Ketiga khasiatnya adalah Ia Meningkatkan Sistem Imun Badan sebab ada kandungan vitamin C dan antioksidan yang tinggi membantu tubuh melawan jangkitan bakteria, virus, selsema, serta radikal bebas. Keempat adalah bawang holland akan Melancarkan Sistem Penghadaman dengan cara membekalkan serat larut dan prebiotik (seperti inulin) yang menjadi makanan kepada bakteria baik dalam usus dan ini akan membantu mencegah masaalah sembelit dan dapat menjaga kesihatan perut. Kelima dimana ia juga Berpotensi Mencegah Kanser apabila ada kandungan sebatian allium dan fitokimia didapati membantu mengawal dan menyekat pertumbuhan sel kanser, terutamanya kanser perut dan usus. 


Bagaimana pun ada kesan sampingan dan aspek ancaman Bawang Holland jika ia diambil secara berlebihan atau penyediaan yang tidak betul. Ini kerana walaupun berkhasiat namun bawang holland boleh mencetuskan beberapa kesan negatif dalam situasi yang pertama Ancaman dan Masalah Penghadaman dan Angin (Kembung Perut) dimana ada laporan menyatakan dimana bawang holland mengandungi fruktan (sejenis karbohidrat rantai pendek) yang sukar dicerna oleh sesetengah orang. Pengambilan bawang holland yang banyak selalunya ia juga boleh menyebabkan perut kembung, berangin, kerap sendawa dan sakit perut, terutamanya bagi penghidap sindrom usus sensitif (IBS). Makan bawang ini boleh menyebabkan Kes  Pedih Hulu Hati (Asid Reflux) sebab bila memakan bawang holland (terutamanya secara mentah) boleh melonggarkan otot injap antara esofagus dan perut. Ini menyebabkan asid perut mudah naik ke atas dan mencetuskan rasa pedih ulu hati atau penyakit GERD. Ada ancaman Risiko Pendarahan bila makan bawang ini sebab bawang mempunyai sifat semula jadi yang boleh mencairkan darah. Jika pembaca blog anim agro technology kaliini adalah mereka yang mengambil ubat jenis pencair darah (seperti warfarin) atau bakal sesiapa bakal menjalani pembedahan maka pengambilan bawang dalam kuantiti yang terlalu ekstrem harus dikawal bagi mengelakkan risiko pendarahan berlebihan. Ancaman seterusnya adalah Potensi Kes Alergi atau Kerengsaan Kulit dimana ada sesetengah individu mungkin mengalami alahan terhadap bawang, yang boleh menyebabkan gejala seperti gatal-gatal, mata berair, atau ruam pada kulit apabila mengendalikan atau memakannya. Paling selalu orang tidak suka sebab memakan bawang termasuk bawang holland mentah akan menyebabkan Kes Bau Badan dan Mulut sebab dengan pengambilan bawang mentah secara kerap boleh menghasilkan sebatian sulfur yang dilepaskan melalui nafas dan peluh dimana ini akan menyebabkan bau mulut serta bau badan yang kuat. Bagi penulis blog memakan bawang holland sangat selamat dan menyihatkan jika digunakan sebagai bahan masakan harian dalam kuantiti yang sederhana. Bagaimanapun, jika anda mempunyai perut yang sensitif atau jenis penyakit seperti Penyakit Angin atau 'GERD' sebaiknya masak bawang tersebut sehingga betul-betul layu atau kurangkan jumlah pengambilan secara mentah. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) bahagian iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini mampu memberi info sangat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

BAWANG HOLLAND ... POPULAR DI DUNIA...
PENGELUAR UTAMA...INDIA DAN CHINA...
DALAM MASAKKAN...SEDAPKAN RASANYA...
BACA ARTIKEL... AMAT MENARIK FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 JamadilAwal 1448H).

Monday, October 19, 2026

BAWANG HOLLAND DAN FAKTANYA (PART 1)

BAWANG HOLLAND
(Allium cepa)  ialah bawang besar kuning (yellow onion) dari keluarga Aliaceae yang mempunyai kulit luar berwarna coklat keemasan dan isinya yang berwarna kekuningan. Nama antarabangsa Bawang Holland adalah 'Yellow Onion' ata 'Brown Onion' tetapi dimana Malaysia mengimport 
sekitar 34,886 tan metrik (34.8 juta kg) Bawang Holland setahun berdasarkan data perdagangan terbaru oleh Jabatan Perangkaan (DOSM). Apa yang penulis blog tahu bila merujuk dimana secara keseluruhannya, Malaysia amat bergantung kepada pasaran luar kerana 100% bekalan bawang negara adalah diimport. Apa pun faktanya jumlah import bawang Holland Malaysia sebanyak 34,886 tan metrik ia bernilai kira-kira RM16.4 juta atau sebanyak USD16.48 juta). Dilaporkan negara Belanda membekalkan sekitar 5 - 9% daripada jumlah keseluruhan import bawang ke Malaysia dimana bawang yang dibawa masuk dari negara tersebut ialah Bawang Holland (Bawang Besar Kuning). Merujuk data ini dimana jumlah import dari semua jenis bawang Malaysia sebanyak 590,000 - 750,000 tan metrik bawang setahun iaitu ia merangkumi bawang besar, bawang merah atau bawang kecil dan bawang putih iaitu dengan kos keseluruhan import semua jenis bawang mencecah RM1.5 bilion setahun. Apa pun di laporkan selain Belanda, pasaran bawang Malaysia didominasi oleh negara pengeksport utama lain seperti China (pembekal terbesar sekitar 46%), India, New Zealand dan Pakistan. Ramai pengguna kenal dengan Jenis Bawang Holland iaitu sejenis 'besar holland' yang mempunyai rasa yang lemak dan sedikit pedas dan berangin. Bawang jenis ini menjadi pilihan dalam masakan terutama untuk menumis kerana ia mempunyai tekstur yang lembut dan keperangan apabila dimasak. Bagi penulis blog paling hebat menggunakan bawang holland untuk buat sambal nasi lemak. Ia juga dilaporkan ada mengandungi kandungan gula semulajadi yang tinggi berbanding dengan jenis-jenis bawang-bawang lain. Apa pun China masih dominan sebagai pembekal import terbesar bawang holland ke Malaysia kerana harganya yang lebih murah dan mampu milik. Walau pun Belanda (Holland): ia dikenali sebagai negara asal yang mempopularkan nama bawang besar kuning ini serta merupakan antara pengeluar bawang terbesar dunia tetapi harganya lebih tinggi sama sepeti dari New Zealand walau pun ia berkualiti tinggi, namun harganya lebih mahal. Meneliti fakta ciri bawang ini dimana ia memang kurang pedas berbanding bawang merah tempatan serta mempunyai rasa manis semula jadi yang bertambah manis dan berkaramel apabila dimasak lama. Ia bertekstur lembut, berair dan cepat menjadi rangup atau keperangan apabila ditumis. Sebenarnya istilan atau nama 'Holland' adalah ia dipanggil demikian di Malaysia sebagai sebutan umum untuk bawang besar kuning import (walaupun bekalan di pasaran Malaysia kebanyakannya diimport dari China, Belanda dan New Zealand). Kegunaan dalam masakan ia sesuai untuk jenis masakan seperti sup, stew, pasta, sos, dan burger atau sangat sesuai untuk menumis dengan api yang tinggi kerana ia cepat memberikan aroma yang wangi dan rasa lemak manis. Ia juga selalu di makan sebagai 'Salad' iaitu dihiris nipis untuk dimakan mentah dalam sandwic atau salad kerana pedasnya tidak terlalu menyengat. Artikel tengahari Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dan paparkan fakta penting tentang Bawang Holland untuk bahan rujukkan semua.


Sebelum penulis blog paparkan kisah bawang dimana di Malaysia terdapat istilah dan p
erbezaan utama antara perkataan 'Bawang' dan 'Onion' iaitu dari segi istilah bahasa. 'Bawang' ialah perkataan bahasa Melayu umum bagi sejenis sayuran umbisi (termasuk bawang merah, bawang besar dan bawang putih), manakala istilah 'Onion' pula ialah perkataan bahasa Inggeris yang khusus merujuk kepada bawang besar (atau bawang bombai). Apa pun lazimnya perbandingan Istilah dan Jenis  Bawang (Bahasa Melayu) dimana ia merangkumi bawang dari satu keluarga tumbuhan Allium yang mempunyai pelbagai jenis seperti Jenis Bawang Merah (Shallot) yang bersaiz kecil, bujur, kulit ungu atau warna merah jambu dengan rasa lebih manis dan lembut dimana ia sering digunakan untuk bawang goreng, sambal atau masakan Melayu. Jenis Bawang Besar atau Jenis Bawang Holland (Yellow atau Brown Onion) ia bersaiz besar, bulat, kulit perang kekuningan dengan ada rasa tajam mentah tetapi 'menjadi manis' apabila dimasak lama yang amat sesuai untuk masakan sup, kari dan tumisan (termasuk sambal nasi lemak). Jenis ketiga di pasaran adalah Jenis  Bawang Putih (Garlic) dimana ulasnya kecil berwarna putih serta ada rasa pedas dan berangin dimana selalu ia akan digunakan sebagai penambah aroma masakan. Dalam buat rujukkan lain di laporkan Jenis Onion (Bahasa Inggeris) adalah ia merujuk secara khusus kepada kategori bawang besar (bulb onion) seperti yellow onion (bawang Holland), white onion, sweet onion atau red onion (bawang besar merah). Perlu dijelaskan dimana didalam bahasa Inggeris iaitu jenis bawang merah tempatan di Malaysia yang bersaiz kecil ia selalunya akan dipanggil 'Shallot' dan bukannya 'Onion'. Penulis jelaskan lagi akan jenis-jenis bawang yang biasa digunakan di Malaysia dan selalu digunakan didalam resepi masakan. Jenis Pertama adalah Jenis Bawang Merah (Shallot) yang cirinya bersaiz kecil, kulit ungu kemerahan, lapisan nipis. Rasanya manis dan lembut yang selalu akan digunakan untuk bahan tumisan, sambal, rendang, masakan tradisional Melayu dan Thai. Kedua adalah Jenis  Bawang Besar (Yellow Onion atau Brown Onion) dimana cirinya ia bersaiz besar, kulit coklat kekuningan dengan ada rasa yang tajam mentah dan manis bila dimasak. Jenis ini kegunaannya untuk masakan tumis, sup, kari serta juga bagi jenis masakan Barat dan Asia. Ketiga ada Jenis Bawang Putih (Garlic) iaitu bawang ulir putih (clove) serta berkulit nipis dengan rasa pedas semasa mentah dan berbau wangi bila digoreng. Apa pun kegunaan bawang putih meluas dari diguakan untuk tumisan, perapan, masakan Cina, Melayu, Itali. dan banyak jenis masakan lain. Keempat ada Jenis Bawang Holland (Sweet Onion atau Vidalia) yang saiznya besar, warna kulinya keemasan, isi lebih lembut dan manis. dimana ia manis dan kurang pedas. Kegunaannya sebagai makanan salad, sandwich serta ia digoreng untuk bawang goreng rangup. Kelima ada Jenis Bawang Merah Kecil (Red Onion) dimana cirinya berkulit ungu, isi merah keputihan dan juga ia memberikan rasa lebih kuat dari bawang besar. Kegunaannya selalu di gunakan dalam maskan kerabu, ulam, masakan India dn juga jenis masakan Timur Tengah. Keenam ada Jenis  Daun Bawang (Spring Onion atau Scallion) dimana ia berbatang hijau panjang dania tidak berumbi besar (tiada bebawang) serta berikan rasa yang lembut dan segar. Ia selalu akan di gunakan sebagai bahan hiasan makanan, sup, omelet telur, masakan Jepun dan Korea. Ketujuh adalah Jenis Bawang Bombay (Onion Bombay) iaitu saiznya jauh lebih besar berbanding bawang merah atau bawang putih biasa. Ia berikan rasa yang lebih manis, kurang pedas dan aroma yang lebih ringan berbanding bawang merah. Apa pun penulis blog faham asal nama 'bombay' kerana ia dibawa masuk ke rantau ini oleh pedagang-pedagang yang berasal dari bandar Bombay (kini dikenali sebagai Mumbai) di India, walaupun ia sebenarnya berasal dari Asia Tengah atau rantau Palestin. Bawang Bombay ia sesuai dimakan mentah dalam salad atau burger, ditumis sebagai asas masakan, dijadikan bawang goreng rangup, atau ditambah ke dalam sup dan kari.  
  
Fakta menarik mengenai Jenis Bawang Holland atau ia juga dikenali sebagai 'Bawang Besar Kuning' atau 'Jenis Bawang Besar' atau 'Jenis Yellow Onion' memang ia merangkumi kira-kira 75% daripada jumlah keseluruhan hasil dari pengeluaran bawang di dunia. Merujuk kepada lapornan ststistik dunia dimana dilaporkan jumlah pengeluaran dunia semua jenis bawang secara keseluruhan adalah sebanyak 108 juta - 111 juta tan metrik bawang iaitu jumlah ini termasuk dari pelbagai jenis dan ini termasuk Bawang Holland setiap tahun. Khusus jika merujuk kepada negara Holland atau Negara Belanda atau Netherlands iaitu sebagai sebuah negara yang memberi nama kepada nama bawang ini iaitu panggilan nama 'Bawang Holland' dimana mereka menghasilkan sekitar 1.6 bilion tan metrik (atau 1.6 juta tan metrik) bawang setahun. Walaupun Belanda bukan pengeluar utama berasaskan jumlah berat (tan) yang terbesar akan tetapi Holland adalah sebuah negara pengeksport bawang terbesar di dunia dengan membekalkan lebih 1.2 juta tan metrik bawang ke lebih 130 buah negara diseluruh dunia. Penulis blog ada membuat tinjauan teknologi ke Belanda dan berpeluang membuat tinjauan ke kawasan tanaman bunga tulips, tanaman bawang dan juga lokasi perkebunan lain sekitar tahun 1996 dahulu (Sila lihat foto sebelah dan yang paling bawah sekali). Rekod menunjukkan dimana negara pengeluar bagi bawang terbesar dunia oleh rekod statistik rasmi global (seperti FAOSTAT) mengira jumlah pengeluaran bawang secara umum (di mana bawang Holland atau jenis bwanag Kuning adalah jenis yang paling dominan). Negara India adalah yang terbanyak mengeluarkan bawang dengan jumlah sebanyak 24.2 - 30.2 Juta Tan Metrik dari jenis bawang merah kecil sehingga jenis-jenis bawang besar serta 
India ialah antara pengeluar dan pengeksport bawang merah dan bawang besar terbesar di dunia. Ia bersaing sengit dengan China sebagai dua negara teratas yang menguasai sebahagian besar pasaran dan pengeluaran bawang dunia. 
Di India antara jenis bawang utama dihasilkan sebab India terkenal dengan pengeluaran bawang merah (red onion) serta varieti bawang besar atau bawang Bombay. Bawang merah dari India sangat popular kerana aromanya yang kuat dan rasa yang tersendiri. Apa pun kawasan pengeluaran utamanya ia terletak di Negeri Maharashtra (terutamanya di daerah Nashik) merupakan wilayah pengeluar bawang terbesar di India yang menyumbang lebih daripada satu pertiga hingga separuh daripada jumlah pengeluaran negara. Negeri lain yang turut menyumbang ialah Madhya Pradesh, Karnataka dan Gujarat.  India merupakan rakan dagangan dan pembekal bawang terbesar bagi Malaysia dimana cita rasa rakyat Malaysia yang sangat menggemari bawang India menyebabkan Malaysia mengimport ratusan ribu tan metrik bawang dari sana setiap tahun. Negara China hasilkan sebanyak 24.2 - 24.9 juta tan metrik bawang besar kuning (Holland). Negara China dilapor merupakan salah satu pengeluar utama bawang kuning dan pelbagai jenis bawang lain di dunia. China dan India secara konsisten mendominasi pasaran global dengan menyumbang hampir separuh daripada jumlah pengeluaran bawang dunia.  Walaupun India lebih terkenal dengan pengeluaran bawang merah, China mengekalkan kedudukan teratas bagi jumlah pengeluaran keseluruhan bawang termasuk varieti bawang kuning (yellow onion) atau bawang holland yang sangat popular untuk pasaran eksport global. Apa pun kawasan penanaman bawang holland ini ia ditanam secara meluas di kawasan pedalaman, utara, barat laut dan timur laut China. Wilayah utama seperti Gansu, Shandong dan Hebei menjadi pusat pertanian bawang yang sangat besar. China amalkan teknologi Pertanian Moden secara mekanikal, kaedah sistem pengairan yang maju dan menggunakan jenis benih hibrid yang membolehkan petani di China menghasilkan hasil tuaian (yield) setiap hektar yang jauh lebih tinggi daripada purata global. Kos pengeluaran yang efisien membolehkan China ia dapat mengeksport bawang kuning berkualiti tinggi ke seluruh dunia pada harga yang sangat berdaya saing atau lebih murah sedikit. Amerika Syarikat menghasilkan sebanyak 3.4 juta tan metrik setahun terutama di kawaan California dan Washington. Negara Mesir hasilkan sebanyak 3.4 juta tan metrik bawang kuning terbesar di benua Afrika dan Bangladesh juga hasilkan sebanyak 2.9 juta tan metrik bawang kuning yang tinggi untuk pasaran Asia Selatan. Apa pun negara seperti Belanda (Netherlands) cuma hasilkn sekitar 1.6 juta mt Bawang Holland dan kehebatannya ia menjadi salah satu pengeksport global nombor satu dunia.


Menarik unutk mengupas akan trend pasaran bawang holland atau bawang kuning dunia semasa tahun 2026 menunjukkan dinamik yang stabil namun mencabar terutamanya ia juga memang dipengaruhi oleh faktor cuaca ekstrem, isu saiz tuaian dan rantaian bekalan serantau. Secara amnya dilaporkan ada terdapat bekalan yang mencukupi di peringkat global akan tetapi isu pasaran menghadapi tekanan harga bagi gred atau saiz yang tertentu. Isu trend bagi pasaran Bawang Holland atau Bawang Kuning dunia tertakluk kepada isu saiz tuaian akibat daripada isu kekurangan Bawang Besar apabila beberapa buah negara pengeluar utama Eropah seperti Netherlands (Belanda), berkurang dan isu gelombang haba dan kemarau semasa musim penanaman menyebabkan hasil tuaian bawang kuning kebanyakannya bersaiz kecil hingga sederhana (gred 40/60). Ini menyebabkan trend pasaran mengalami kekurangan bekalan bawang kuning saiz besar (gred 60+) dimana iau ini menyebabkan harganya melonjak kerana permintaan yang tinggi dipasaran antarabangsa. Apa pun akibat dari isu kesan Cuaca Ekstrem dan Isu Hujan lebat di Sepanyol telah juga ia menjejaskan rantaian awal penanaman. Manakala apa yang berlaku di Amerika Utara dilaporkan pada tahun 2026 ini  walaupun bekalan domestik mencukupi dilaporkan ada juga terdapat isu kualiti penyimpanan (seperti reput) akibat kesan cuaca sebelum ini. Kesan daru jumlah permintaan Industri Pemprosesan skala global terhadap bawang holland atau bawang kuning yang dikeringkan (dehydrated) dan ianya diproses untuk industri makanan terus meningkat secara konsisten, dipacu oleh pasaran Asia Pasifik dan Amerika Syarikat. Kedua menganalisa isu purata Harga Bawang Kuning Dunia (Suku Kedua dan Suku Ketiga 2026) apabila harga bawang di pasaran global berbeza mengikut rantau dan kos pengeluaran negara tersebut. Berdasarkan data pasaran komoditi IMARC Group dan Procurement Resource iaitu anggaran harga mengikut metrik tan (MT) atau kilogram (kg) adalah berlainan mengikut rantau atau mengikut negara pengeluar. Dilaporkan dimana bagi rantau Amerika Syarikat (USA) harga pasaran bawang hollang sekitar USD 745 -USD 810.75 setiap mtatau sekitar RM3.20 - RM3.50/kg) iaitu harga ini adalah lebih tinggi disebabkan kos operasi tempatan dan permintaan tinggi. Bagi rantau Eropah dan Jerman berharga USD 331.10 mt atau sekitar (RM1.40/kg) dimana ini adalah harga pada pasaran stabil sementara di Belanda dicatatkan harga €29 - €34/100kg bagi gred bawang saiz besar. Bagaimana pun di China bawang holland di jual dengan harga sekitar USD 208 - USD 256 mt (sekitar RM0.90 - RM1.10/kg) sebagai tawaran harga eksport paling kompetitif kerana hasil pengeluaran yang besar. Membahas tentang pasaran bawang holld di Malaysia dimana sebagai negara yang mengimport sebahagian besar bekalan bawang kuning (sering dipanggil Bawang Holland) dimana kadar harga domestik adalah stabil namun dipengaruhi oleh kos logistik. Harga runcit semasa dengan berdasarkan data pemantauan harga Bawang Besar Kuning atau bawang Holland di Malaysia adalah pada harga sekitar RM 4.25 sekilogram. Harga ini bergerak dalam julat pasaran antara RM 1.86 -RM 11.98 sekilogram yang mana ia bergantung kepada gred kualiti, saiz (bawang besar premium vs sederhana), premis jualan dan negeri. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini mampu memberi info sangat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAWANG HOLLAND ... POPULAR DI DUNIA...
PENGELUAR UTAMA...INDIA DAN CHINA...
DALAM MASAKKAN...SEDAPKAN RASANYA...
BACA ARTIKEL... AMAT MENARIK FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 JamadilAwal 1448H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...