Support My Blog

Friday, November 23, 2018

PINACOLAMA - DI LANCARKAN!!!

PINACOLAMA merupakan sejenis minuman yang berkhasiat yang dihasilkan oleh Lembaga Perindustrian nanas Malaysia (LPNM) dimana telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 21 Novemner 2018. YB Dato Salahuddin Ayub dan Timbalan Menteri Pertanian YN Sim Tze Tzin serta Ketua Pengarah LPNM Dato' Hj Mohd Anim Hosnan hadir didalam majlis pelancaran tersebut (Sila lihat foto diatas). Turut hadir adalah TKSU(D) dan TKSU(P) Kementerian Pertanian dan Kerta Pengarah Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Pertanian. Majlis pelancaran dilakukan di dalam ruang pameran Laman Nanas di MAEPS Serdang sempena Media Tour MAHA 2018 disertai lebih dari 50 pihak petugas media. Minuman Pinacolama adalah minuman dari gabungan dua jenis buat terhebat masa kini iaitu Buah NANAS (Ananas comosus) dan KELAPA (Cocos nucifera) yang kini merupakan sejenis komoditi diklasifisikan  dibawah Sumber Kekayaan Baru negara (SKB). Ini adalah bertepatan dengan status Malaysia sebagai antara negera utama yang banyak menanam nanas seluas 13,433 hektar dengan pengeluaran sebanyak 438,811 metrik tan pada tahun 2017. Tanaman Kelapa pula seluas 81,585 hektar dengan peneluaran sebanyak 538,685 metrik tan pada tahun yang sama. Di negara Puerto Rico minuman Pina Colada merupakan sejenis minuman kebangsaan negera tersebut tetapi menggabungkan jus nanas, santan kelapa dan White Rum (alkohol) sebagai kombinasinya. Pihak LPNM melalui unit Pembangunan Produk LPNM mengambil peluang membangunkan minuman halal untuk rakyat Malaysia dengan tanpa menggunakan RUM (alkohol) sebaliknya guna bahan penstabil lain yang sesuai. Pelancaran minuman ini sempena MAHA 2018 merupakan salah satu daya tarikan utama untuk pengunjung mengunjungi MAHA dimana terdapat lebih daripada 1,500 gerai dan pameran teknologi pertanian iaitu yang terbesar di Asia Tenggara. Artikel subuh ini saya paparkan dalam "Anim Agro Technology" mengenai pelancaran minuman Popular Pinacolama dan Skinny Pinacolama untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Pinacolama dipercayai mempunyai daya tarikan dan keistimewaan tersendiri kerana ia dibangunkan setelah banyak kajian ujirasa dijalankan (Sila lihat foto disebelah). Ia menggabungkan rasa unik diantara santan kelapa dengan jus nanas (Nanas Premium MD2) iaitu rasa lemak, manis dan aroma antara keduanya. Ia memerlukan satu proses agak teknikal untuk menyediakannya kerana jika tersilap teknik maka ianya tidak jadi seperti diharapkan (jus nanas dengan santan kelapa akan menjadi terasing dalam campuran). Terdapat dua jenis produk Pinacolama iaitu PINACOLAMA Biasa dan juga Skinny Pincolama. Minuman Pinacolama biasa adah gabungan jus nanas dengan santan kelapa dan ramuan lain dan Skinny Pinacolama adalah gabungan jus nanas dengan air kelapa dan isi lembut kelapa muda dan isi nanas. Buah nanas yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin B serta banan mineral lain selain daripada bahan Bromelaine merupakan buah yang sangat berkhasiat. Kelapa pula memang bahan yang berkhasiat daripada air kelapa, santan serta isinya. Buah kelapa mengandungi banyak bahan anti-oksidan yang mampu melindungi tubuh badan dari gangguan radikal bebas serta mampu untuk melambatkan proses penuaan kulit. Minum Pinacolama menjadikan anda awet muda!. Seiring dengan pelancaran minuman baru ini diharap industri nanas dan kelapa negara akan terus berkembang jauh dimasa akan datang. LPNM telah melatih beberapa usahawan tempatan didalam pembangunan minuman Pinacolama untuk dijadikan sebagai produk nasional dimasa akan datang.  Salah satu usahawan tersebut adalah QAF Food yang beroperasi di Serdag, Selangor dengan mempunyai kelengkapan asas untuk menydaiakan Pincolama. 

Laporan Bernama dengan tajuk "MAHA 2018 ketengahkan kepentingan agroteknologi" pada 21 Nov 2018 ada melaporkan sedikit mengenai pelancaran ini. Berita Bernama dari Serdang ini merujuk kepada satu pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 yang akan bermula dari 22 Nov 2018 sehingga 2 Dis 2018 dengan mengetengahkan kepentingan teknologi dan inovasi pertanian atau agroteknologi dalam industri agromakanan tempatan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Salahuddin Ayub berkata melalui kecanggihan agroteknologi, lebih banyak produk pertanian dapat dihasilkan dengan lebih efektif dan secara tidak langsung ia dapat menerajui kedaulatan makanan negara. Katanya, konsep ini juga bertujuan untuk mewujudkan keyakinan masyarakat terhadap penyelidikan dan teknologi terkini dalam membangun dan meningkatkan industri pertanian. "Di samping itu, MAHA 2018 kali ini akan memperkenalkan beberapa inovasi terbaharu antaranya penggunaan robotik kulinari dan konsep 'dari makmal ke hidangan' (from lab to table)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersama media sempena MAHA 2018, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini. Turut serta dalam lawatan itu timbalannya Sim Tze Tzin dan Ketua-ketua pengarah Jabatan/Agensi dibawan MoA. Salahuddin juga berkata antara sasaran yang ingin dicapai pada MAHA 2018, adalah kehadiran lebih 3.5 juta pengunjung serta nilai jualan dagangan dan pemadanan sebanyak RM300 juta. "Bagi mencapai sasaran tersebut, MAHA 2018 menampilkan 13 pavilion negeri, masing-masing mempunyai reka bentuk unik dengan identiti, kebudayaan, pameran dan makanan mereka sendiri yang boleh dinikmati pengunjung. "Kita (MOA) akan perkenalkan beberapa tarikan baharu untuk kita sasarkan kepada segmen tertentu antaranya kulinari, sumber rezeki baharu, teknologi pertanian terkini, dan festival kanak-kanak terbesar LolaBaba," katanya. Selain itu, antara tarikan lain yang turut dipamerkan pada MAHA 2018 adalah jualan bahan-bahan pertanian dan makanan seperti produk industri asas tani (IAT), bakeri dan kuih muih, makanan dalam tin, jus, buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, ikan dan makanan laut segar, daging, ayam, dan pelbagai lagi. Sementara itu, ketika lawatan itu, Salahuddin merasmikan dua majlis pelancaran iaitu kad perlindungan Takaful Agro Mabrur-i Edisi Khas MAHA 2018 oleh Agrobank, dan produk minuman berkhasiat Pinacolama iaitu minuman gabungan daripada dua jenis buah iaitu nanas dan kelapa oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).- BERNAMA.

Dalam Akhbar Utusan malaysia Online dengan tajuk "40,000 nelayan telah jalani pemutihan" juga menyatakan proses pelancaran minuman baru iaitu Pinacolama. Foto disebelah telah menunjukkan YB Salahuddin Ayub (tengah) melancarkan minuman berkhasiat Pinacolama yang dihasilkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia di MAEPS Serdang dekat sini hari ini. Wartawan Ab Hadi Manap pada 21 November 2018 jam 3:03 PM menulis dari Kuala Lumpur dimana pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah melaksanakan proses pemutihan kepada 40,000 daripada 54,000 nelayan di negara ini bagi memastikan jumlah sebenar kelompok itu untuk penyaluran bantuan yang lebih telus. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, gerak kerja yang telah dimulakan pada bulan Mei lalu kini masih berjalan untuk mengesan individu-individu yang memperoleh lesen atas kapasiti politik. “Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), ada satu skim untuk beri sahaja lesen kelas A kepada orang yang meminta dengan motif pilihan raya. Ini kita hendak betulkan, kita tidak mahu ketirisan berlaku. “Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan nelayan dapat bantuan secukupnya. Kerajaan akan memutih bersihkan senarai nelayan dan pastikan mereka adalah nelayan tulen,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan Media Tour sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dekat sini hari ini. Yang turut hadir Timbalan Menterinya, Sim Tze Tzin. - UTUSAN ONLINE. 

Dalam akhbar Sinar Harian bertajuk "Minuman Pinacolama berkhasiat dan menyegarkan" Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin, Tze Tzin dan Ketua Pengarah Lembaga Nenas, Datuk Mohd Anim Hosnan (tengah) mencuba minuman Pinacolama selepas mereka merasmikan produk itu ketika lawatan MAHA2018 di Maeps, Serdang, Selangor (Sila lihat foto disebelah). Anda boleh menikmati minuman berkhasiat diberi nama 'Pinacolama' berasaskan nanas dan kelapa yang mempunyai rasa unik.  Minuman yang baharu dilancarkan semalam dihasilkan oleh Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) istimewa untuk MAHA2018. Selain minuman Pinacolama, LPNM turut memperkenalkan satu lagi minuman unik Skinny Pinacolama iaitu tanpa santan namun mengandungi isi kelapa dan isi buah nanas. Dalam majlis seterusnya YB Menterijuga telah melancarkan Kad takaful Agro Mabrur-i Edisi MAHA2018.  Agrobank tidak melepaskan peluang memberikan manfaat kepada pengunjung MAHA2018 dengan memperkenalkan kad perlindungan takaful istimewa edisi MAHA2018 iaitu Takaful Agro Mabrur-i Edisi Khas MAHA2018.


Dalam Akhbar Berita Harian juga dipaparkan artikel bertajuk "MAHA 2018 pamer inovasi terbaharu industri pertanian" sempena lawatan YB Menteri. Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2018) bermula hari ini hingga 2 Disember, menampilkan kelainan dengan mempamerkan inovasi terkini dalam industri pertanian. Acara dwi tahunan yang menghimpunkan segala hasil pertanian terbaik dari seluruh negara itu dijangka dapat menarik lebih 3.5 juta pengunjung dengan sasaran jualan RM300 juta. Berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, ia dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata industri robotik kulinari dan konsep dari makmal ke meja hidangan adalah antara tarikan terkini yang dipamerkan pada MAHA 2018. Tingkat sektor pertanian dijalankan dengan promosi yang dilakukan sejak tahun lalu, kita mensasarkan kehadiran pengunjung seramai 3.5 juta orang. Apa yang menarik dapat saya lihat pada penganjuran kali ini adalah pembabitan usahawan muda yang menampakkan peningkatan. “Kalau beginilah indikatornya, masa depan industri dalam semua sektor pertanian dapat dipertingkatkan,” katanya selepas mengadakan lawatan bersama media sempena penganjuran MAHA 2018. Yang turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin. Sepanjang lawatan menjelang penganjuran MAHA 2018 semalam, Salahuddin turut menyempurnakan pelancaran minuman berkhasiat yang dihasilkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang dinamakan PinacolamaMinuman itu diinspirasikan daripada minuman popular Pinacolada yang terdapat di Puerto Rico dan resepinya dioleh semula oleh LPNM menggunakan nanas dan kelapa. Semuga artikel subuh ini dalam blog anim agro technology memberi info terbaik kepada anda semua. Wasallam!!!.

SUDAH DILANCARKAN... PINACOLAMA...
MENTERI PERTANIAN... SEDAP KATANYA...
JUS NANAS... SANTAN KELAPA ASASNYA....
PRODUK BARU... KEBANGGAAN MALAYSIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 960, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(16 RabiulAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...