Support My Blog

Tuesday, November 20, 2018

DAGING WAGYU - LAPORAN MEDIA

DAGING WAGYU telah dilaporkan di dalam media tempatan dimana diterangkan apakan dia benda tersebut atau apakah lembu wagyu?. Perkataan 'Wagyu' berasal dari perkataan Jepun iaitu Wa bermaksud daging dan Gyu bererti ''lembu Jepun''. Mengapa daging lembu ini lebih mahal berbanding harga lembu-lembu yang lain?. Ini juga adalah disebabkan ujudnya 'marbling' iaitu lapisan lemak tidak tepu di antara daging wagyu yang tinggi iaitu kira-kira 30 peratus dimana ia akan memberikan rasa yang kaya terhadap daging lembu jenis ini berbanding baka lain.  Oleh kerana kualiti ini yang tiada pada baka lembu lain, maka ia menjadi lembu jenis ini adalah yang paling bermutu. Perkara ini juga disebabkan ciri-ciri keunikannya maka lembu baka wagyu kini telah terkenal dan mendapat keistimewaan dengan cara diternak dalam kawasan khas dan pemakananya dikawal iaitu hanya diberi rumput hijau yang segar serta buah-buahan dan makanan tambahan lain. Apa yang paling unik lagi adalah dimana kandangnya perlu luas dan bersih. Untuk menghasilkan daging yang berkualiti lembu-lembu wangyu juga dipastikan bebas dari tekanan perasaan. Dilaporkan dimana daging lembu wagyu memiliki kandungan lemak Asid shomifuri  yang kaya akan Omega-3 yang mana ia didakwa memang mengandungi kolestrol baik dan bagus untuk jantung.Daging wagyu dikategori kepada gred A, B dan C berdasarkan kualiti termasuk jumlah peratusan lemak tepu, warna dan testur daging tersebut. Penulis blog sempat juga menikmati sekeping daging wagyu berharga sekitar RM600 untuk dikongsi bersama 6 orang (dapat secubit kecil sahaja) dimana ia memang enak seperti didakwa. Dapat juga melihat bagaimana proses memanggang daging wagyu sehingga ia dimakan (Sila lihat foto dibawah sekali). Kami makan di kedai Wagyu Halal Yakiniku di Tokyo. Inilah kali pertama dapat rasa apa yang digembar gemburkan itu.  Artikel pada petang khamis ini saya menulis dalam blog artikel ke 4,981 di ''Anim Agro Technology''  mengenai daging wagyu setelah penulis blog kenal daging ini apablia melihat dan ujirasa makanan yang dikatakan amat mahal ini dengan rakan-rakan sekarar untuk ''merasa'' sahaja daging wagyu ini.

Dalam laman media pernah heboh di media sosial apabila menu mewah masakan daging lembu wagyu yang dihidangkan kepada meja utama yang diduduki Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir serta tujuh tetamu lain selepas majlis angkat sumpah ahli Dewan Rakyat menjadi tular. Daging wagyu yang mana sehingga detik ini merupakan antara daging lembu termahal di dunia itu dimasak kicap bersama kentang. Bunyi masakan sahaja sudah kedengaran sedap. Kecur air liur dibuatnya. Mereka yang berkongsi menu tersebut di media sosial melahirkan kehairanan mengapa daging lembu baka mahal menjadi menu makanan pemimpin. Menurut mereka, perlukah pemimpin dihidangkan dengan makanan mewah sedangkan negara kini menanggung hutang yang tinggi sehingga rakyat rela hati menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia bagi membantu melunaskan hutang negara. Bagi menjawab isu ini maka Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed berkata, Parlimen Malaysia tidak pernah lagi berbelanja mewah untuk tujuan tersebut malah kadar kelayakan seorang tetamu ditetapkan sebanyak RM50 sahaja. “Ini menjadikan nilai perbelanjaan di meja utama bernilai RM400 bagi santapan lapan orang tetamu dan menu tambahan tersebut bukan dipesan oleh Parlimen Malaysia tetapi disediakan oleh pihak katerer bagi meraikan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Pihak tersebut menjelaskan daging itu bukan berharga RM2,000 sekilogram seperti yang ditularkan sebaliknya hanya berharga RM280 sekilogram. Semakan harga secara online di salah sebuah pasaraya di Malaysia https://www.jayagrocer.com pula menunjukkan satu kilogram daging itu dijual dengan harga RM446.90. Ini amat mahal jika dibanding dengan harga daging lembu tembatan sekitar RM25 - RM36 sekilogram dan daging lembu import yang lebih murah lagi.

Dalam laporan lain penulis blog telah mendapat info dimana selain Jepun kini Australia, Amerika Syarikat, Kanada dan Britain adalah negara yang telah berusaha menternak dan mengeksport daging lembu wagyu. Ini adalah juga diisebabkan faktor-faktor tersebut maka tidak hairan wagyu menjadi antara daging lembu paling mahal di dunia (Sila lihat foto disebelah). Kini sudah tentu segelintir rakyat terkejut apabila daging lembu tersebut dihidangkan kepada pemimpin ketika rakyat berhempas pulas dengan harga barangan yang tinggi ketika ini. Dalam isu ini mungkin niat katerering menghidangkan wagyu masak kicap dan tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap hidangan tersebut untuk meraikan pemimpin negara sudah pasti dipersoalkan seperti dilaporkan media tempatan. Untuk tidak mendatangkan polemik pada masa depan mungkin pihak katerering boleh menghidangkan daging lembu hasil ternakan Pak Ali kepada pemimpin negara. Laporan media juga nyatakan lembu tempatan walaupun tidak seenak wagyu namun tidak kurang kualitinya dan harganya pun mampu dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana iaitu sekitar RM32 sekilogram. Perdana Menteri dan pemimpin lain sudah tentu tidak kisah menu tidak mewah dihidangkan kepada mereka. Mereka juga mungkin terkejut dihidangkan dengan daging wagyu ketika itu. Laporan media ini ingin menyatakan bahawa hanya makanan berkualiti yang juga berkhasiat seperti wagyu ini akan mempastikan tahap kesihatan yang baik dan inysAllah boleh panjang umur.

Dalam akhbar Berita Harian bertajuk ''Malaysia bakal hasilkan daging wagyu sendiri" pula certianya berbeza. Foto disebelah menunjukkan Nordin (kanan) bersama wakil PPP Tokyo (Taqiyuddin) dan OCCI Obihiro ketika kunjungan ke salah satu ladang lembu di Obihiro, Hokaiddo, baru-baru ini. Wartawan Faiza Zainudin yang mellaporan dari Tokyo menyatakan Negara Malaysia berpotensi didalam usaha mengeluarkan daging wagyu sendiri yang sama mutu dihasilkan Jepun menerusi peluang kerjasama dengan persatuan ternakan dari negara matahari terbit itu, tidak lama lagi. Pengerusi Koperasi Generasi Transformasi Ruminan (GTR) iaitu En Nordin Mat berkata pihaknya kini dalam perbincangan dengan Dewan Perniagaan dan Industri (OCCI) Obihiro yang merangkumi persatuan industri ternakan lembu dan tenusu di Hokkaido di utara Jepun. Beliau berkata ia penting bagi membolehkan mereka memindahkan teknologi menghasilkan baka lembu wagyu ke Malaysia berikutan halangan membawa keluar ternakan dan benih dari negara berkenaan berbanding daging siap diproses. "Kami cuba bekerjasama antara dua pihak supaya dapat mengimport benih lembu wagyu Jepun yang telah dibekukan bagi menghasilkan baka lembu wagyu berkualiti di Malaysia. "Persatuan mereka tidak membenarkan genetik ternakan mereka dibawa keluar kecuali jika melakukan kerjasama dengan universiti dan institut berkaitan untuk membuat penyelidikan dan pembangunan (RnD). "Sekiranya perbincangan ini tercapai dalam mesyuarat bersama OCCI di Malaysia bulan depan, hasrat kita untuk menghasilkan baka lembu wagyu sendiri akan terlaksana," katanya kepada BH, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas hasil lawatan kerja dan kerjasama strategik ke Obihiro, Hokkaido, Jepun baru-baru ini anjuran Pejabat Perwakilan Pertanian (PPP) Tokyo, Kedutaan Besar Malaysia di sini. PPP Tokyo diwakili Kaunselornya, Mohd Taqiuddin Zakaria manakala OCCI Obihiro diwakili Pengurus Besarnya, Takeda Koji.

GTR ditubuhkan lima tahun lalu dengan keahlian berdaftar hampir 4,000 orang di seluruh negara. Malaysia mengeluarkan kurang 10 peratus hasil ternakan dan produk tenusu untuk keperluan dalam negara. Mengulas lanjut, Nordin berkata pihaknya mahu meneroka pasaran produk daging premium wagyu Jepun kerana teknologi dan kualiti yang jauh lebih tinggi berbanding negara lain selain permintaan daging wagyu yang semakin meningkat dalam negara. "Hasil lawatan ke sana, kami dapati lembu mereka sangat berkualiti dengan purata seekor lembu mencecah berat 850 kilogram bernilai RM50,000 dan boleh disembelih pada umur 20 bulan. "Industri tenusu mereka juga jauh lebih maju dengan satu kilang tenusu di Hokkaido mampu mengeluarkan 1,650 tan susu lembu sehari berbanding Malaysia mampu mengeluarkan 350 tan sehari. "Selain melihat potensi daging premium, koperasi juga akan meneroka peluang mengeksport produk susu kambing ke Jepun kerana mereka kekurangan produk itu terutama ketika musim sejuk," katanya. Sementara itu, Mohd Taqiuddin berkata, lawatan kerja berkenaan memberi fokus kepada sesi padanan perniagaan, perkongsian teknologi dan teknikal serta mesyuarat dua hala dengan pihak terbabit dengan pengeluaran lembu pedaging dan tenusu antara Malaysia dan Jepun. Di samping itu, katanya tujuan program untuk berkongsi prospek industri halal global dengan Malaysia bertindak sebagai halal hub strategik yang menawarkan kemudahan perdagangan dan logistik berkelas dunia bagi syarikat Jepun membuat pelaburan dalam menghasilkan produk makanan halal bagi pasaran halal global. ''Status Hokkaido sebagai antara pengeluar utama produk susu segar dan produk hiliran berasaskan susu yang terkenal di dunia, dilihat sebagai satu peluang baik kepada usahawan tenusu Malaysia. "Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk memfokuskan bidang industri tenusu sebagai sumber kekayaan baharu dalam bidang pertanian seperti diumumkan dalam Bajet 2018 lalu," katanya. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology mengenai daging wagyu. Wasallam!!!.
Penulis dan daging Wagyu di Tokyo.
DAGUNG WAGYU... IANYA DAGING LEMBU...
DI NEGARA JEPUN... DITERNAK SELALU...
NEGARA-NEGARA LAIN... CUBA MENIRU...
MAHAL HARGANYA... RAMAI TIDAK MAMPU...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 710, Hotel Pine Tree,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(30 Safar1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...