Support My Blog

Tuesday, November 6, 2018

NANAS PANGGANG - PERLU DI PROMOSI

NANAS PANGGANG (Grilled pinepple) merupakan satu lagi resepi yang boleh diketengahkan daripada buah nanas. Nanas (Ananas commosus) merupakan sejsnis buah tropika yang sesuai dan luas ditanam di Malaysia melibatkan keluasan 13,945 hektar dengan kapasiti pengeluaran dengan jumlah sebanyak 486,700 metrik tan yang mencecah nilai pengeluaran hasil sebanyak RM618 juta pada tahun 2017 (Sumber: Laporan ststistik, LPNM). Sejak 60 tahun dahulu nanas di Malaysia boleh dikatakan ditanam untuk kegunaan segar dan dikalengkan (ditinkan) dimana kemnudianya nanas tin ini dieksport keseluruh dunia. Nanas Moris dahulu merupakan varieti nanas yang ditanam untuk dihantar kekilang terutama dikawasan tanah gambut di Negeri Johor. Kini hanya sebuah kilang memproses buah nanas skala besar dengan kebanyakannya memproses nanas N36 dan juga beberapa varieti lain di Skudai, Johor yang masih beroperasi. Nanas kaleng ini menggunakan buah yang murah tetapi perlu ditinkan untuk menjaga kualitinya. Terkini beberapa varieti nanas baru telah ditanam secara komersil seperti Nanas MD2, Nanas Josapine dan juga Nanas N36 bertujuan untuk pasaran domestik dan eksport. Kini dengan adanya penanaman nanas premium MD2 maka produk makanan nanas pangganag boleh diketengahkan kepada pengguna. Nanas lain seperti nanas Maspine, Nanas Yankee, Nanas Josapine, Nanas N36, Nanas Madu Kaca dan sebagainya juga mungkin sesuai untuk diketengahkan berdasarkan kepada segmen pasaran pengguna. Artikel subuh ini dalam kedinginan 11 Celcius dari APA Hotel and Resort, Nihishinjuku-Tower, Shibuya-Ku, Tokyo saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" satu potensi baru dari buah nanas iaitu 'nanas panggang' sebagai bahan rujukkan.


Nanas ditanam untuk menghasilkan sebiji buahnya dari setiap pokok. Bergantung kepada cara amalan agronomi, penjagaan, varieti dan cuaca maka ianya akan memberikan kualiti buah yang premium, biasa dan juga buah off-grade semasa tuaian. Terdapat banyak gred buah nanas MD2 selepas menuai sama ada ia jatuh dalam Gred A, B dan sebagainya dimana lazimnya buah yang off-grade pula akan diproses menjadi pelbagai produk lain seperti pes nanas, jus nanas, kiub nanas dan sebagainya. Kini penulis blog mempaparkan potensi produk promosi nanas panggang (Grilled pineapple) di Malaysia. Nanas Panggang ini boleh dipelbagaikan resepi dan cara hidangan bergantung kepada kehendak pelanggan. Paling asas adalah dengan memotong buah nanas yang telah masak (sama ada membentuk bulat, leper dan sebagainya) dan boleh terus dihidangkan (Sila lihat foto disebelah).  Program kulinari Malaysia pada saya perlu diperkenal dan dipromosikan produk ''nanas panggang'' yang sepatutnya dihidangkan semasa makan daging. Digalakkan semua restoren yang ada daging steak dan premis menjual sate menyediakan buah nanas segar dan hidangan nanas panggang untuk tujuan meyeimbangkan makanan berasaskan daging dengan nanas untuk memberikan kesan pencernaan yang sempurna. Gerai 'House of Kambing Ecofarm' yang terletak di MAEPS Serdang, Selangor telah ada menghidangkan buan nanas segar semasa menikmati hidangan kambing. Rasanya nanas panggang akan dihidangkan disana.


Apa yang penting adalah ramuan yang digunakan untuk menyediakan resepi makanan nanas panggang ini. Terdapat lebih daripada 100 resepi mengenai nanas panggang atau pun nanas bakar yang penulis blog dapat google. Lain negara mempunyai resepi mengenai nanas panggang yang berbeza dan juga mengikut citarasa dan kegemaran masing-masing. Bagaimana pun penulis blog mempaparkan kaedah membuat nanas panggang yang paling simpel dan enak dimakan. Bahan yang mudah diperolehi ini semestinya adalah sebiji buah nanas ranum (pada saya nanas MD2) adalah nanas premium yang disyorkan. Ini kerana nanas MD2 mempunyai tahap kemanisan tinggi disamping aromanya yang sangat enak dan kuat. Bahan lain diperlukan adalah seperti mentega untuk menyapu pada kepingan nanas, 2 suduk madu lebah, 250 ml air dan 1 sudu gula melaka. Cara menyediakan nanas panggang yang unik ini dengan semestinya mengupas buah nanas dan kemudian dipotong dan buang bahagian isi tengahnya (empulur nanas). Penulis blog syorkan agar cara memotong yang sesuai adalah dengan memotong dimana ia membentuk bulatan-bulatan agar menampilkan bentuk gelang (ring) yang cantik. Potongan ini membolehkan kerja memanggang nanas ini lebih mudah dilakukan. Kemudan campurkan gula melaka, madu dan air dalam suatu bekas dan kepingan potongan nanas tadi direndam dalam masa selama 30 minit lamanya. Pada masa sama boleh disiapkan alat pembakar sama ada dari arang, stove atau pembakar eletrik. Kemudian diangkat kepingan nanas tadi dan letakkan diatas pembakar dan pada masa sama di sapukan dengan berus khusus cairan dicelup tadi sehingga bahagian luas nanas agak kering. Ketika membakar perlu anda mengawal kepanasan agar tidak hangus dan kepingan nanas juga perlu diterbalikkan beberapa kali. Hasilnya akan ada kesan-kesan terbakar yang amat menarik untuk dihidangkan (Sila lihat foto disebelah)Sajikan selagi hangat dan rasakan sensasi kesegaran di balik bagian luar nanas yang telah dipanggang di atas bara api.


Dalam pada itu ada juga potensi untuk menyediakan nanas panggang bersama kulitnya. Perkara ini merujuk kepada bagaimana kelapa (Cocos nucifera) dan beberapa buah lain yang dipanggang dan airnya diminum dipercayai memberikan khasiat tertentu. Penulis blog dapati aktiviti memanggang kelapa diatas bara ini masih ada di Ulu Tiram, Kota Tinggi dan di Sabah dimana masih ada penjual ditepi jalan yang menjual 'kelapa bakar'. Buah nanas mempunyai kulit yang tebal dan nippis mengikut varieti. Buah ini dipilih pada indeks kematangan tertentu dan terus dipanggang diatas api panas tanpa membuang kulitnya untuk beberapa minit. Kemudian ia boleh dipotong-potong mengikut kesesuaian sama ada dengan membuang kulitnya dahulu atau bersama kulitnya. Tetapi hidangan paling penulis blog syorkan adalah dengan membubuh bahan ramuan yang sesuai dahulu dan dipotong kepada empat bahagian untuk dihidangkan (Sila lihat foto disebelah). Nanas panggang ini enak dimakan semasa panas lagi dimana anda akan dapat menikmati citarasa unik dan enak menikmatinya. Dalam pada anim agro technology ini membicarakan dakwaan akan khasiat nanas panggang. Apa pun kita perlu mengetahui apakah sebabnya kita perlu memanggang nanas?. Bab berikutnya saya paparkan testimoni mengenai khasiat nanas panggang untu dijadikan bahan rujukkan.


Didakwa selain membantu dalam menurunkan berat badan, nanas panggang juga memiliki manfaat luar biasa yang akan dapat anda rasakan dalam jangka waktu 3 jam. Pertama sekali khasiatnya adlah dakwaan dimana nanas panggang adalah penghilang stres yang hebat dan didakwa juga membantu mencegah proses inflamasi (bengkak di tekak). Selain itu ia juga akan dapat mengurangkan atau merawat rasa ngilu pada sendi yang disebabkan oleh masaalah radang sendi. Selain itu didakwa nanas panggang mampu untum meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan (immunity system) dan hebatnya ia mempunyai ciri diuretik yang membantu dalam melancarkan proses buang air kecil yang luar biasa. Memang produk dari buah nanas seperti ini membantu dengan signifikan didalam membantu proses pencernaan. Kepada mereka yang sakit mata disyorkan mengambil nanas panggang kerana ia membantu merawatnya disamping dakwaan mencegah dari kes karang gigi. Selain itu nanas panggang memang mampu menyembuhkan sembelit, membantu memperbaiki dalam penampilan kulit bersih. Paling hebat dimana ada dakwaan dimana nanas panggang mampu untuk melawan masaalah aterosklerosis, penyakit jantung dan diabetes. Bagi tujuan untuk anda menurunkan berat badan penulis blog anim agro technology syorkan makan nanas panggang elakkan bubuh madu untuk menghindari kalori ekstra atau berlebihan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!

NANAS PANGGANG... MD2 JENISNYA...
DIPOTONG .... KUALI AJAIB DIGUNA...
DIBUBUH REMPAH... DITABUR ATASNYA..
DIHIDANGKAN... SEMAKIN BERSELERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1213, APA Hotel and Resort,
Nishisnjunku- Gochome - Eki Tower,
Shibuya-Ku, Tokyo,
Japan.
(23 Safar 1440H).
Posteď from:
Seat 4C (Business Class), ANA,
 Flight NH885 Haneda-KLIA,
Haneda, Tokyo, Japan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...