Support My Blog

Thursday, January 21, 2016

JENIS-JENIS KOBIS (Part 3)

KOBIS (Brassica oleracea) merupakan sejenis sayuran yang popular ditanam dan dimakan diseluruh dunia semenjak zaman dahulu daripada keluarga Brasicaceae. Terdapat lebih daripada 400 spesis kobis diseluruh dunia dengan pengeluaran sebanyak 70.1 juta metrik tan setahun. Laporan FAO terkini menyatakan negara China merupakan pengeluar utama sayuran kobis diseluruh dunia sebanyak 32.8 juta metrik tan setahun atau 47% daripada pengeluaran kobis dunia. Ini diikuti dengan negara India (8.5 juta mt/ tahun) dan Rusia (3.3 juta mt/tahun). Selapas itu dua negara berikutnya adalah Jepun (2.3 jta mt/tahun) dan Korea Selatan (2.1 juta mt/tahun).  Nama lain bagi jenis Kobis Bulat adalah seperti Round Cabbage (Inggeris) dan juga Kol (Indonesia). Dalam banyak rujukkan bentuk Kobis adalah berbagai daripada yang berbentuk Bulat, Konical, Flat dan juga ada yang Kerinting (Curly). Mengenai warna daun pula sayuran kobis mempunyai warna Daun seperti  Hijau, Putih, Merah atau Ungu. Lazimnya varieti Utama yang popular ditanam dan dimakan terdiri daripada kumpulan WHITE HEAD VARIETY. Dari segi kegunaannya pula kobis ini boleh dimakan mentah, dimasak goreng, sup atau boleh diproses menjadi makanan jeruk (Kimchi). Kebanyakan penggunaan kobis di Malaysia adalah sama ada dimasak sebagai sayur atau dijadikan jeruk. Sayuran kobis didapati mempunyai bahan SULFUR yang mana ia boleh mengubati masaalah seperti ULSER. Malaysia ada menanam kobis terutama di 3 kawasan tanah tinggi iaitu di Cameroon Highland (Pahang), Lojing (Kelantan) dan Kundasang di Sabah. Keluasan tanaman kobis bulat sekitar 960 hektar CHE setahun dengan pengeluaran sebanyak 11,500 metrik tan setahun (Sumber: Laporan statistik tanaman Jabatan Pertanian 2014). Jika dicampur dengan jenis kobis lain yang ditanam jumlah keluasan semua adalah sekitar purata 1,400 hektar CHE setahun termasuk tanaman Kobis Cina. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis kobis yang perlu diketahui oleh orang kita sekadar menambah ilmu pengetahuan anda. Artikel ini terbahagi kepada 3 iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3.


Sayuran kobis memang antara jenis sayuran yang paling banyak dimakan oleh manusia. Kajian menunjukkan perkapita pengambilan kobis didunia adalah sebanyak 105 kg seorang setahun. Kadar ini adalah pengambilan untuk semua jenis kobis. bagaimana pun penduduk China dikatakan memakan kobis dengan kuantiti yang banyak didunia iaitu sebanyak 300 kg seorang setahun!. Info yang penulis dapati daripada Laporan AgroMakanan Kementerian Pertanian 2014 mendapati purata rakyat Malaysia makan kobis cuma sekitar 3.3 kg seorang setahun sahaja. Dalam laporan dari jurnal dilaporkan orang lelaki Cina dikatakan mempunyai umur yang amat panjang kerana banyak makan kobis dan kurang diserang masaalah penyakit prostat. Dianntara khasiat kesihatan dari makanan sayuran kobis termasuk membantu merawat sembelit, ulser perut, sakit kepala, reumatisme, artritis, gout, masalah mata, sakit jantung dan penuaan (awet muda). Dalam penulisan lain dinyatakan kobis mampu menurunkan berat badan oleh sebab bagi setiap secawan kobis cuma mengandungi 15 kalori sahaja. Kobis memang kaya dengan bahan serat yang membantu untuk mengekalkan air dalam badan dan ia baik untuk menangani sembelit dan masalah berkaitan. Selain itu kobis memang kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin iaitu vitamin A, C, E dan vitamin B yang diperlukan oleh badan manusia. Cara makan kobis ini ada pelbagai cara dan sebaiknya adalah jika dimakan mentah sebagai salad.



(6) KOBIS BRUSSEL SPROUT
Kobis Brussels Sprouts memang pelik bentuknya dan namanya (Sila lihat foto diatas sekali dan diatas tajuk). Ia merupakan jenis kobis yang amat jarang dijumpai diMalaysia dan lazimnya diimport untuk pasaran khusus. Uniknya kobis ini mempunyai biji kobis kecil yang keluar daripada celah-celah tangkai daun pada batangnya. Kobis mini ini berbentuk bulat macam kobis bulat mini dengan warna batang adalah hijau dan bunganya juga hijau. Lazimnya kobis Brussel Sprout ini dijual dalam dua bentuk sama ada dijual dalam bentuk biji berasingan atau bersama-sama batang atau tangkainya (sold loose seperately). Kobis ini memang jenis yang boleh disimpan lama dalam keadaan sejukbeku. Lazimnya kobis ini akan di masak ‘Stim’ dan campur dengan pelbagai perasa lain. Kobis ini dijual dengan harga agak mahal dan memang ada pengimport yang bawa masuk ke Malaysia daripada Australia dan China. Penulis hanya dapat makan kobis jenis ini 3 kali sahaja dihotel berbintang di Eropah tahun lepas semasa bercuti bersama keluarga. Rasanya memang enak dimakan dengan nasi putih atau roti.


(7) KOBIS BUNGA
Terdapat dua jenis KOBIS BUNGA yang popular ditanam dan dipasarkan iaitu jenis Brokoli / Flokoli yang mempunyai Bunga Hijau dan juga jenis Cauliflower yang mempunyai Bunga Putih (Sila lihat foto diatas). Kobis bunga lazimnya mempunyai isi padat dan sederhana keras. Kobis ini biasanya tahan lama disimpan dalam suhu sejuk. Ia juga amat sesuai untuk dimasak sebagai sayur campur, digoreng, dibuat sup atau dimakan sebagai salad. Selalu juga ia dimakan dengan dicelur atau distimkan sahaja dan dituang dengan kuah atau pelbagai perasa lain. Ia mempunyai rasa agak manis dan dikatakan amat berkhasiat. Kobis bunga adalah sayuran yang amat baik untuk kesihatan terutama bagi kaum lelaki bagi kesihatan prostat. Malaysia ada menanam brokoli dan cauliflower tetapi banyak yang diimport dari luar negara. Sila baca juga artikel dalam Part 1 dan Part 2 sebelum ini. Semuga artikel 3 part ini memberi info berguna kepada anda. Maklumat ini telah penulis beri taklimat kepada lebih dari 270 orang pengimport kobis di seluruh Malaysia sepanjang bulan Oktober 2015. Wasallam!.

JENIS KOBIS... ADA 7 SEMUANYA...
KOBIS BULAT ... PALING UTAMA...
KOBIS BULAT...JUGA KOBIS CINA...
BANYAK DIMAKAN...DIMANA-MANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(14 Muharam 1347H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...