RUMPUT NAPIER (Brachiaria ducumbens) atau nama lain synonim sebagai Urochloa ducumbens ) atau RUMPUT GAJAH adalah sejenia rumput dari keluarga Poaceae (dulu dipanggil sebagai Graminae) yang banyak ditanam untuk kegunaan makanan ternakan. Rumput jenis ini dipercayai natif daripada kawasan Afrika dan Amerika Selatan dan sesuai hidup dikawasan Tropika serta kawasan Sub-Tropika. Saya belajar mengenai rumput Napier semasa di universiti dahulu pada hujung tahun 1970'an hingga awal tahun 1980'an dibawah subjek ternakan ruminan dan jenis-jenis rumpai. Pada masa ini kita mudah menjumpai rumput napier ini di Malaysia iaitu dikawasan padang ragut milik JPV atau pun milik persendirian untuk membekalkan kepada haiwan ternakan seperti Lembu, Kambing dan ruminan lain. Artikel petang ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' berkaitan rumput napier atau rumput gajah untk dikongsi bersama pembaca blog ini.
Rumput Napier juga dipanggil dengan pelbagai nama seperti nama Signal Grass (Australia); Surinam grass, Surinamgras (German); Australiano, braquiária, braquiária comum, braquiária de alho, capim braquiária, decumbens (Portuguese – Brazil); braquiaria, pasto alambre, zacate Surinam, pasto chontalpo, pasto de la palizada, pasto de las orillas, pasto peludo, pasto prodigio, zacate prodigio, pasto señal, señal, zacate señal, zacate signal (Spanish). Walau pun rumput ini natif di Afrika tetapi kini telah ditanam dengan meluas sebagai tanaman ladang di Amerika, Asia Pasifik dan Asia Tenggara sebagai tanaman 'fodder' untuk makanan ternakan. Kawasan tanaman rumput napier lazimnya merupakan tanaman kekal lama dengan kaedah Potong dan Angkut (Cut-and-carry system) oleh kebanyakannya penternak kecil-kecilan dan separa intensif. Penanaman rumput napier dikawasan berlereng juga membantu dalam menghalang aktiviti hakisan tanah.
Rumput napier tumbuh menegak (erected type) dengan mempunyai rhizom serta stolon dibahagian akar yang mudah membiak. Daun rumput ini berwarna hijau muda dimana lebar daun sekitar 7 - 20 mm lebar dan panjang daaun sekitar 5 - 25 cm panjang dengan hujung daun yang tajam. Apa yang saya teliti, daun rumput napier adalah berbulu halus (haired) dan ianya akan menyebabkan gantal tangan jika tercalar. Daunnya boleh keluar dari stolon atau ruas (nodes) yang menjalar atau merayap. Rumput napier mampu menghasilkan biji dimana biji terbentuk dalam 2 - 7 bekas dipanggil sebagai 'racemes' yang saiznya berukuran 5 - 10 cm panjang.
Tanah yang kurang subur juga sesuai untuk tanaman rumput napier asalkan ianya mempunyai sistem saliran yang baik. Tanah yang masam dengan pH 3.5 pun rumput napier boleh tumbuh dengan baik jika diuruskan program pembajaan dengan sempurna, apa lagi kalau ditanam diatas tanah yang memang subur. Kelembapan penting untuk pertumbuhan rumput ini dimana purata taburan hutan antara 1,000 - 3,000 mm setahun sangat sesuai. Terdapat beberapa spesis rumput napier yang tahan dengan kemarau selama 5 bulan (Bricharia brizantha) dan ada spesis yang tahan dalam keadaan terendam air untuk jangkamasa pendek seperti spesis Brachiaria humidicola. Suhu lebih daripada 19 darjah selsius adalah amat diperlukan untuk pertumbuhan rumput ini dengan kawasan sinaran matahari melebihi 60% menggalakan proses pertumbuhan.

Penanaman rumput napier dikawasan luas boleh dijalankan dengan menggunakan bahan tanaman dari biji benih. Lazimnya biji rumput ini adalah dormat untuk selama 6 bulan selepas dituai dan perlu disimpan dahulu. Kadar menabur biji benih adalah sebanyak 2 - 4 kg kilogram sehektar. Biji benih ditabur selepas aktiviti membajak dan harrow dan pastikan ianya ditutup semula selepas menabur benih. Lazim juga rumput ini ditanam dengan jenis tanaman penutup bumi yang lain sebagai tanaman forage. Bagi penanaman untuk kawasan kecil boleh di jalankan dengan menggunakan stolon atau rizom yang dipotong pendek yang mempunyai matatunas daun dan ditanam didalam alur atau parit kecil.
BERSAMBUNG!
RUMPUT NAPIER...MUDAH TANAMANNYA...
POKOK MENJALAR...MUDAH MENJAGANYA...
DI PORONG DIANGKUT...HASIL TUAIANNYA...
MAKANAN TERNAKAN...SIHAT KHASIATNYA...
By,
M Anem
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bukit Beruang Air Keroh,
Malaka, Malaysia.
(5 October 2012)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.