Tanaman Nenas (Ananas cosmossus) merupakan sejenis tanam baru yang diperkenalkan di Daerah Pekan, Pahang secara besar-besaran semenjak tahun 2008. Saya telah berpeluang melawat beberapa projek tanaman nenas diatas tanah gambut di Projek Kelompok Sg Miang dan Projek Komersil oleh Syarikat PekanPina dikawasan Mukim Sg Miang, Daerah Pekan. Pembantu Pertanian Kawasan En Faizal telah bersama mengikuti lawatan teknikal ini dan memberikan penerangan ringkas terhadap perlaksanaan tanaman nenas di kawasan perkhidmatan beliau. Jenis tanah adalah dari ketegori tanah gambut dalam yang baru diteroka dan masih banyak fiber (Kayu-kayu , dahan , ranting dan daun) yang masih belum reput. Kayu fiber ini perlu dikeluarkan untuk proses penanaman nenas dan tanaman makanan yang lain. Artikel petang ini selepas lawatan tersebut saya menulis didalam ' Anim Agro Technology' iaitu proses perlaksanaan tanaman nenas di dua kawasan tersebut.
Ladang Nenas PekanPine mempunyai tanah lebih 20 hektar yang kini dalam proses penyediaan kawasan, penyediaan infrastruktur jalan serta perparitan dan juga peringkat awal untuk menanam. Nenas 'Varieti Dinar' telah ditanam pada awal tahun sementara varieti MD2 telah mula ditanam secara berperingkat diladang tersebut. Dalam perbincangan yang diadakan di Pejabat Ladang dengan Pengurus Ladang Pekanpine iaitu En Saiful, beliau ada berkata bahawa kawasan baru seluas 10 ekar akan ditanam dengan nenas varieti MD2 sebelum akhir tahun 2012. Program penanaman nenas MD2 ini merupakan sasaran utama syarikat ini untuk pengeluaran nenas jenis baru ini masa akan datang secara besar-besaran. Apa yang pasukan kami komen tentang lawatan tekninal ini, syarikat perlu meneliti kaedah dalam pembangunan ladang ini untuk membuang banyak tunggul-tungul kayu. Dinasihatkan juga agar penyediaan keperluan infrastruktur ladang seperti pintu kawalan air ditambah. Jarak penanaman dan kedalaman tanaman anak benih yang baru ditanam perlu diperbaiki terutamanya pada plot atau kawasan penanaman baru. Terdapat 8 - 10% anakbenih MD2 yang baru ditanam telah dimusnahkan oleh babi hutan dan perlu disulam segera semasa pemeriksaan dijalankan.
Lawatan seterusnya pula adalah ke Projek Kelompok Tanaman Nenas Kg Sg Miang, Pekan dibuat dengan kami bertemu ketua projek iaitu En Ismail. Plot tanaman ketua projek sangat bersih dengan pertumbuhan pokok berumur 4 bulan yang amat baik. Varieti yang ditanam adalah Nenas Josapine dan sedikit nenas varieti N36 yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang bersama LPNM Negeri Pahang. Antara masaalah yang dihadapi oleh peserta kelompok adalah masaalah serangan babi hutan dimana walau pun usaha kawalan dengan kaedah memasang pagar dengan kawat jaring tetapi tidak berkesan. Bagaimanapun kaedah memasang pagar dengan 'indutrial zinc' (Lihat foto diatas dan dibawah) didapati berkesan tetapi perukan kos yang tinggi. Peserta kelompok ini telah menerima bantuan pinjaman daripada TEKUN sebanyak RM 7,000 seorang dalam program penanaman nenas. Sehingga kini kaedah menembak babihutan yang dijalankan bersama pasukan RELA dan PERHILITAN Daerah Pekan mampu membunuh 61 ekor babi hutan dalam beberapa operasi yang dijalankan. Banyak plot yang terbiar apabila saya periksa disebelah belakang kerana kebanyakan pokok nenas telah dimusnahkan oleh babi hutan.
Dalam temubual dengan beberapa peserta kelompok lain, mereka ada menyatakan masaalah serangan Penyakit Mata Dalam pada buah dan juga masaalah reput pucuk buah akibat 'scorching'. Saya nasihatkan kepada mereka untuk menggunakan tudung nenas (Cap Nenas - Sila klik disini) untuk mengatasi masaalah kerosakan buah nenas akibat masaalah scorching. Harga nenas Josapine dan Nenas N36 dijual agak tinggi di Daerah Pekan iaitu diantara RM 1.80 - RM 2.00 sebiji pada harga ladang. Selain daripada jualan borong kepada pembeli, FAMA juga ada menyediakan 10 unit Gerai Buah-buahan Bimbingan FAMA (GBBF) ditepi jalan utama Pekan-Rompin untuk memasarkan produk nenas dan beberapa produk Industri Asas Tani hasil aktiviti IAT penduduk dari Kg Baru Sg Miang. Saya percaya kawasan ini akan menjadi kawasan baru serta produktif dalam industri penanaman nenas di Malaysia pada masa akan datang dengan perancangan yang baik dan perlaksanaan yang tersusun pada masa akan datang. InsyaAllah!
KG SG MIANG...NENAS TANAMANNYA....
ADA 500 RUMAH... SUBUR TANAHNYA...
NENAS N36 & MD2...SASARAN VARIETINYA...
SEMUGA BERJAYA...MARI DOAKANNYA...
By,
M Anem
Kg Baru Sg Miang,
Pekan, Pahang,
Malaysia.
(2 Zulhijjan 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.