MENCEBURI BIDANG PERTANIAN adalah satu trend yang merupakan satu alternatif dan kini semakin diminati oleh mereka dari golongan professional dari bukan Pertanian. Ramai profesional daripada golongan Jurutera, Doktor Perubatan, Kontraktor Pembinaan, Peguam, Pegawai Bank, Ahli Perniagaan, Ahli ICT dan sebagainya yang telah mula menunjukkan minat dalam sektor pertanian terutamanya bidang pengeluaran bahan makanan. Saya sering ditanya atau dikunjungi oleh kumpulan ini yang ingin memulakan bidang pertanian sebagai satu cabang perniagaan atau pun dijadikan sebagai pertanian hobi sahaja. Kebanyakan mereka memang tahu tentang pertanian tetapi tidak pernah mendalami ilmu pertanian secara khusus dengan formal. Kini sebahagian dari mereka akan merujuk kepada internet untuk mendapatkan maklumat mengenai pertanian sebagai langkah permulaan didalam mendapatkan maklumat. Walau pun banyak sumber maklumat boleh didapatii daripada laman web, mereka juga seterusnya akan mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada pelbagai sumber primer seperti Jabatan dan Agensi Kerajaan, Agen-agen pemasaran, Pengiat-pengiat Pertanian atau Usahawan berjaya bidang pertanian sedia ada dan membuat lawatan kelokasi menjadi rujukan berikutnya. Artikel malam ini sambil menonton Berita Jam 8.00, saya akan menulis isu semasa mengenai perkara diatas didalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan anda semua.
Lazimnya saya akan berinteraksi dengan mereka bahawa dalam bidang pertanian memerlukan beberapa faktur asas sebelum menceburinya. Beberapa perkara asas yang perlu diketahui dalam menceburi bidang pertanian adalah seperti faktur utama iaitu TANAH, MODAL, TEKNOLOGI, PENGURUSAN, PEMASARAN, JENIS BIDANG USAHA dan TENAGA BURUH. Kesemua faktur-faktur ini perlu di kaji dan dianalisa sebelum membuat pemilihan menceburi bidang pertanian. Faktur tanah, teknologi dan pemasaran telah dibincangkan dalam artikel sebelum ini (Sila - klik disini). Kali ini saya akan meneruskan perbincangan kepada beberapa faktur lain sebelum menceburi bidang pertanian.
PENGURUSAN (Management Team) perlu dikenalpasti sebelum anda ingin menceburkan diri dalam sektor pertanian berskala sederhana atau besar. Ini kerana kebanyakkan ahli profesional yang ingin menceburi bidang pertanian masih lagi menjalankan aktiviti asas mereka yang sedang dijalankan. Pasukan Pengurusan mungkin dilantik dikalangan profesional pertanian berkelayakan seperti mereka yang mempunyai Ijazah, Diploma atau Sijil Pertanian seperti graduan dari pada Universiti, NATC, Institut Pertanian Malaysia, Pusat Latihan RISDA, Politeknik dan sebagainya. Bergantung kepada skala perniagaan dalam bidang pertanian, jumlah pekerja pengurusan dan buruh ladang perlu di tentukan jumlahnya. Jika ingin menggunakan tenagakerja ladang tempatan, perlu dikaji akan produktivitinya dan jika ingin menggunakan buruh asing akan dibincnang pada bab berikutnya dibawah.
TENAGA BURUH (Farm worker) di ladang untuk projek pertanian merupakan satu faktor sangat kritikal dan peru diuruskan dengan signifikan. Pada masa ini kerajaan telah menetapkan gaji minima sebanyak RM 900 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM 800 sebulan di Sabah dan Sarawak. Ini bermakna kadar yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 35.00 sehari selama 30 hari sebulan. Jadual kerja mereka perlu diaturkan dengan baik oleh pengurus agar produktivitinya ditahap optima setiap masa. Pengalaman saya di beberapa projek TKPM di Johor dan Pahang mendapati, kekangan buruh ladang kadang-kadang merupakan faktur yang mengagalkan projek pertanian yang baru diceburi. Buruh ladang yang mempunyai kemahiran tinggi lazimnya dibayar dengan lebih tainggi berbanding dengan buruh asing yang baru masuk untuk bekerja.
JENIS BIDANG USAHA (Commodity selection) atau pemilihan aktiviti pertanian perlu ditentukan dengan teliti. Ramai mereka yang ingin menceburi bidang pertanian memilih bidang tersebut kerana terikut-ikut kawan-kawan, ada yang terpengaruh mendengar berita sensasi dari media elektronik, suka-suka kerana berminat dengan perkara tersebut dan banyak alasan lagi. Sebaiknya buat kajian awal atau menyediakan Pelan Bisness dahulu sebelum memilih sesuatu bidang usaha. Mungkin sebenarnya kita memilih untuk menternak lintah , tetapi oleh kerana kita hendak pegang lintah pun takut, macam mana memilih ternakan lintah?. Ada rakan saya hendak tanam sayuran organik, tetapi beliau tidak faham apa itu tanaman dan produk organik dan kemana hendak menjual produk organik, macamana?. Seorang kawan lagi dari Pahang (Mr Lee) hendak tanam buah Mata Naga atau Pitaya (Hylocerus undatus) yang kini mendapat pasaran baik, tahukah dia bahawa belum ada teknologi murah untuk mengawal Penyakit Reput Batang pokok pitaya?. Pelan Bisnes yang disediakan akan membantu kita dalam mengetahui dayamaju projek dari pelbagai sudut sebelum kita memulakannya. Saya berpengalaman memberi latihan kepada banyak bakal usahawan pertanian mengenai penyediaan pelan bisnes dari peringkat petani, usahawan, agen-agen pengembangan dan pegawak pakar bidang khas di peringkat lokal dan antarabangsa.
PEKERJA PERTANIAN... PERLU DIURUSKAN...
PILIH PROJEK...BISNES PLAN DISEDIAKAN...
BELUM CUBA...KEBERANIAN DI PERLUKAN....
APABILA BERJAYA... SAYA JANGAN LUPAKAN....
By,
M Anem
Senior Agriculture Economist,
Putrajaya, Malaysia.
(25 Zulhijjah 1433H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.