
Bolehkah tanam Pokok Buah Dalam Pasu?
Jawabnya... BOLEH dengan buah-buahan tertentu untuk ditanam dalam pasu dikeliling rumah. Lazimnya pokook buah-buahan ditanam diatas tanah dalam kebun yang sesuai kawasaannya. Antara buah-buahan yang sesuai ditanam dalam pasu ialah Belimbing Besi (Averhoa carambola), Mangga (Magnifera indica), Jambu Air, Rambutan, Limau, Kedondong, Ciku dan Mata Kucing. Ada penghuni rumah teres yang berminat menanam pokok buah-buahan ini kerana sangat minat dan memberikan hasil serta mencantikkan lansdkap kawasan rumahnya.

Pastikan memilih pokok buah yang betul dan saiz pasu yang sesuai. Pokok buah berbeza dengan pokok bunga-bungaan tanpa buah kerana tujuan penghasilan buah yang sempurna. Benih dari pembiakan tampang sesuai digunakan (Cantuman atau Tut atau Sulur) kerana ianya mampu berbuah dengan lebih cepat. Saiz benih disesuaikan dengan saiz pasu (Mungkin gunakan pasu dari Pasu Tanah Liat, Bekas Tin Biskut, Tong Drum, Pasu papan dsb). Bagi benih berukuran 60-70 cm disyorkan guna bekas/pasu berukuran paling minima 30 cm panjang x 30 cm tinggi dan 30 cm lebar. Pastikan ada lubang dibahagian bawah untuk saliran air keluar.

Pembajaan pokok buah-buahan dalam pasu dibuat dengan baja organik dan baja bukan organik. Mula-mula diperingkat awal gunakan baja 15:15:15 sebulan sekali dan peringkat berbunga gunakan baja 12:12:17:2 dan peringkat berbuah gunakan baja 15:19:10. Cara membaja ialah dengan gaul dalam tanah atau kaedah semburan air baja ke daun. Bagi kawalan perosak buat pemerhatian dahulu di pasu samaada berlaku serangan atau tidak. Jika boleh kutip serangga tersebut dengan tangan dan musnahkan tetapi jika serangan serious dan bilangan pokok banyak gunakan semburan racun kimi secara terkawal.

Hasil buah dalam pasu boleh dipetik apabila cukup masak. Jika perlu catit tarikh pokok berbunga dan kita boleh kira bila buah tersebut sesuai untuk dituai. Antara pokok buah yang paling popular ditanam dalam pasu ialah Limau Kasturi dimana ianya mudah diuruskan, hasil yang banyak, kegunaan harian dan musim buah yang tidak berhenti. Limau kasturi juga digunakan sebagai pokok hiasan yang cantik. Lain-lain limau seperti limau nipis dan Limau Bali ditanam dalam pasu. Saya sering melihat pokok jambu batu dalam pasu selain daripada pokok jambua air merah yang juga sesuai untuk ditanam dalam pasu. Selamat mencuba.
POKOK BUAH... TANAM DALAM PASU...
NAMPAK BERBUAH....RASA TERHARU...
JIRAN NAMPAK...HANTARLAH SELALU...
JANGAN LOKEK.... NANTI JIRAN BERBULU...
By
M Anem
Johor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.