Support My Blog

Saturday, June 12, 2010

Keledek


Keledek (Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman umbisi dari keluarga Convoculaceae yang dipercayai berasal dari Bahagian Tropika Benua Amerika. Penanaman keledek di Malaysia dijalankan secara komersial terutama dikawasan penanaman semula getah dan kelapa sawit sebagai tanaman kontan. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 1,991 hektar ditanam pada 2006 (Pengeluaran sebanyak 28,445 mt) telah menurun kepada cuma 1,320 pada tahun 2009 dengan penghasilan sebanyak 18,810 mt sahaja. Penulis berpengalaman memberikan khidmat pengembangan mengenai penanaman keledek selama bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah selama lebih 25 tahun!

Keledek merupakan sejenis tanaman umbisi yang menjalar diatas tanah dan mempunyai batang yang lembut. Daunnya berwarna hijau gelap dan bentuk tiga segi. Bunganya berwarna putih kemerahan daan mempunyai akar serabut uang membentuk umbisi keledek. Buah keledek didalam tanah mempunyai pelbagai saiz dan warna bergantung kepada varieti. Di Malaysia terdapat beberapa jenis keledek yang disyorkan untuk di tanam mengikut keperluan pasaran dan minat petani. Antara varieti tersebut ialau Keledek Bukit Naga, Keledek Gendut (MSP 34), Keledek Vitato (Gambar disebelah) ,Keledek Cina Tempatan dan beberapa jenis lagi.

Tanaman Keledek perlukan kawasan yang panas dan cahaya matahari berterusan 3 bulan yang mencukupi. Tanah perlu lembab dan sesuai dikawasan tanah loam berpasir yang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dan tanah bekas lombong juga sesuai untuk penanaman keledek dengan pengkayaan tanah tersebut. Pastikan kawasan mempunyai sistem saliran yang baik. Keledek sesuai ditanam diatas batas untuk tujuan pengurusan tanaman dan pungutan hasil.

Batas disediakan berukuran 30-50 cm tinggi dan 0.8 -1.2 meter lebar. Benih tanaman dari keratan batang sepanjang 20-30 cm dari pokok induk varieti yang di syorkan dicucukan 10 cm dalam tanah . Ada juga kaedah penanaman menggunakan umbisi atau biji keledek tetapi kaedah ini kurang produktif dan lambat. Jarak tanaman disyorkan ialah 1 meter x 0.3 meter untuk memberikan kepadatan sebanyak 33,333 pokok sehektar. Buat penyiraman sekali sehari pada peringkat awal penanamkan jika tidak hujan. Pucuk-pucuk muda yang menjalar diatas batas perlu dialihkan kebahagian tengah batas untuk elakkan ianya mengeluarkan akar dan membentuk ubi. Biarkan umbisi keledek pada bahagian akar utama.

Pengawalan rumpai dibuat menggunakan kaedah manual (Kawasan kecil) atau racun kimia terpilih. Pastikan racun rumpai tidak menjejaskan tanaman keledek. Pembajaan dijalankan berperingkat2 dengan baja kapur sebanyak 1.0 mt serta Urea sebanyak 57 kg/ha , Baja TSP sebanyak 70 kg/ha serta baja MOP sebanyak 55 kg/ha yang ditabur seminggu sebelum menanam. Sebulan lepas mananam kemudian tabur baja urea sebanyak 57 kg/ha. Hasil keledek biasanya dituai selepas 3-4 bulan selepas ditanam bergantung kepada varieti dan pengurusan. Kaedah menuai keledek dengan membuang daun-daun dahulu dan korek menggunakan cangkul dan menggali dalam batas.

Antara masalah perosak tanaman keledek ialah Keruping Daun (Elsine batatas) yang menyerang daun sehingga keruping dan pokok terbantut serta dikawal menggunakan banih tahan penyakit serta racun kimia seperti Maneb, Benomyl dan Cuprum Oxcychloride. Serangan Bintik Daun Cercospora (Cercospora timorensis) menyerang daun dan akan luruh pada cuaca lembab dan dikawal dengan racun Maneb atau Zineb. Serangan Kumbang (Cyclas formicarius) yang merosakan umbisi keledek dan dikawal dengan amalan tanaman bergilir2, rensam benih dalam racun, gunakan racun Carbofuran serta segerakan penuaian hasil jika sesuai. Buang dan bersihkan sisa-sisa keledek didalam kebun yang jadi perumah kumbang ini. Tikus juga merupakan musuh tanaman ini dengan mengorek lubang serta memakan umbisi keledek dan rosak. Kawalan tikun dengan umpan racun tikus seperti Matikus dan sebagainya.

Penuaian biasanya manual dengan mengeluarkan keledek dan kumpulkan mengikut gred. Hasil keledek Gendut dikawasan subur lingkungan 20-25 mt sehektar jika diuruskan dengan baik. Pengalaman penulis mendapati kos pengeluaran tanaman keledek sebanyak RM 3,315.00 sehektar dan jika hasil sederhana sebanyak 11,000 kg sehektar maka pendapatan kasar sebanyak RM 11,000.00 (Harga jualan RM 1.00/kg). Pendapatan bersih sehektar sebanyak RM 7,685.00 sehektar. Kos pengeluaran sekilogram keledek sebanyak RM 0.31 dengan keuntungan setiap ringgit dilaburkan sebanyak RM 2.32.

Keledek digunakan untuk makan segar dengan direbus , dibuat kuih mueh dan di proses. Antara kueh berasaskan keledek ialah Karipap (Inti keledek), Keria Keledek, Bingka, Bubur Keledek dan sebagainya. Terdapat pengusaha yang mana keledek ialah untuk di goreng dan juga di buat kerepek. Keledek warna ungu (Foto sebelah) merupakan varieti paling popular untuk dibuat kerepek keledek dengan harga jualan lingkungan RM 8.00-RM12.00 sekilogram. Daun keledek terutama dibahagian pucuk juga sangat digemari sebagai sayuran yang mempunyai khasiat khusus. Pucuk daun keledek dijual di pasar2 dan dicelur untuk dijadikan ulam. Dipercayai daun keledek menyejukan suhu badan dan menyenangkan penghadaman makanan.

Penanaman keledek perlu di bangunkan lagi dengan varieti2 baru terutama untuk bahan produk proses. Varieti yang ada pada masa ini kebanyakkanya adalah untuk kegunaan segar. MOA perlu mencali varieti baru bagi mempastikan industri penanaman keledek terus maju di Malaysia.

TANAM KELEDEK....MENDAPAT HASIL....
KELEDEK VITATO....KELEDEK TERBARU.....
KALAU MENANAM...JANGAN LUAS KECIL....
TANAMLAH MELUAS...UNTUNG BERIBU-RIBU...


Artikel berkaitan:
1. Keladi Mawar (Klik disini)
2. Cashflow Keledek (Klik disini)
3. Keladi (Klik disini)
4. Kacang Tanah (Klik disini)
5. Ubi Kayu (Klik disini)

By
M Anem
Precint 11,

Putrajaya
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...