
JERING (Archidendron jiringa) adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara seperti diIndonesia, Filippina,Thailand adalah dari keluarga Leguminocae. Di Indonesia ia dikenali dengan nama Djengkol (Jawa) dan dimakan sebagai Ulam dengan nasi dan sambal. Nama lain jering adalah seperti tangyin ; tanyeng-pen (Myanmar), niang ; niang-nok ; chaniang (Thailand) dan jingkol ; jringkol ; jengkol (Indonesia). Pengarang blog mempunyai pengalaman dalam menanam, menjaga, memetik hasil dan memakan buah jering semenjak kecil lagi kerana di sekeliling rumah saya di Muar, Johor ada sebanyak lebih 10 pokok jering. Jering dipercayai adalah natif atau berasal dari Malaysia dan Indonesia serta ditanam di Thailand, Bangladesh dan Myanmar. Tidak ada laporan rasmi dapat disemak daripada Jabatan Pertanian mengenai keluasan tanaman jering di Malaysia tetapi pengarang menganggarkan sekitar 33.5 hektar CHE sahaja. Ia tidak ditanam secara monokrop tetapi kebanyakannya adalah sebagaii tanaman campuran didalam dudun buah-buahan atau tanaman sekitar rumah. Sebahagian pokok jering juga tumbuh didalam hutan yang mana hasilnya akan dikutip oleh pihat tertentu mengikut musim. Artikel dalam 'Anim Agro Technology' kali ini saya menulis berkaitan teknologi tanaman ulaman atau kategori rempahratus iaitu jering sebagai tanaman ulaman yang popular di Malaysia dan Indonesia berdasarkan pembacaan, pengalaman selama lebih 31 tahun dalam sektor pertanian dan kajian oleh penulis sendiri.







MAKAN JERING....MULUT BERBAU....
TANGKAI JERING.... LIAT SELALU....
TANAM JERING....TAK BERGURU....
ILMU JERING... RAMAI BELUM TAHU....
Related articles:
1. Petai (Klik disini)
2. Petai Belalang (Klik disini)
3. Petua (Klik disini)
4. Ketumbar (Klik disini)
5. Jintan (Klik disini)
By
M Anem,
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bukit Beruang, Melaka
Bukit Beruang, Melaka
Malaysia
(Kemaskini pada 10 Oktober 2012 dan 3 Mac 2015)
(Kemaskini pada 10 Oktober 2012 dan 3 Mac 2015)