Support My Blog

Sunday, July 6, 2025

SEMBANG PASAL IKAN REBUS (PART 2)

MAKANAN IKAN REBUS merupakan salah satu resepi makanan berasaskan ikan yang di kelaskan sebagai makanan enak dan berkhasiat serta mudah menyediakannya. Ikan rebus di laporkan ia mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Di antaranya adalah kandungan protein tinggi dan rendah lemak dimana iini juga menjadikannya pilihan makanan yang sihat. Selain itu kajian mendapati jika ikan rebus juga kaya dengan asid lemak omega-3 iaitu kompopnen yang baik untuk kesihatan jantung. Ikan rebus juga dapat membantu mencegah masaalah anemia kerana mengandungi zat besi yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Dalam eberapa laporan di nyatakan jika antara beberapa khasiat ikan rebus yang lebih terperinci dimana ia mengandungi zat yag tinggi Protein dan Rendah Lemak. Ikan rebus adalah sumber protein yang baik untuk membina dan membaiki tisu badan serta rendah lemak yang menjadikannya pilihan yang baik untuk diet yang sihat. Ikan rebus emang ia mengandungi dan Kaya Omega-3 dimana dilaporkan komponen Asid lemak omega-3 dalam ikan rebus dapat membantu menjaga kesihatan jantung dengan menurunkan kadar kolesterol jahat dan menjaga kadar kolesterol normal. Paling popular apabila memakan ikan rebus akan Mencegah Anemia sebab ikan rebus mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah, yang dapat membantu mencegah anemia. Bagi penulis blog yang suka makan ikan rebus mendapati jika ia dilaporkan mampu Memelihara Kesehatan Tulang dimana kajian mendapati ada beberapa jenis ikan rebus, seperti ikan selar, kaya dengan kalsium dan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang. Dalam pada itu memakan ikan reus di dakwa akan memberikan Sumber Vitamin dan Mineral sebab ikan rebus juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting seperti vitamin B12, selenium, fosforus, dan magnesium. Apa pun selalunya dengan adanya pelbagai khasiat ini maka cara menyediakan makanan berasaskan ikan segar di Malaysia dengan cara jadikan ikan rebus adalah makanan yang baik untuk dimasukkan dalam diet harian pembaca blog semua. Artikel pada tengahari ini dapam "Anim Agro Technology'' saya sembang dengan menulis mengenai kehebatan ikan rebus untuk di jadikan bahan rujukkan dan baaan semua.


Menarik kisah bagaimana resepi dan hidangan 'Tilapia kukus ala Cina' di kongsikan sebagai pilihan oleh Restoran Ewa Sungai Penchala Kuala Lumpur yang menawarkan hidangan ikan air tawar iaitu tilapia kukus buat pelanggan menyukai pilihan hidangan lebih sihat. Berbeza dengan hidangan sama disajikan di restoran Siam atau makanan laut, restoran itu menyediakan ikan kukus mengikut resipi Cina. Maka tidak hairanlah kuah hidangan dipanggil ‘tilapia stim’ itu tampak lebih gelap kerana menampilkan sos dan kicap terpilih berbanding hidangan sama menggunakan resipi Siam mahupun kukus biasa. Ada dilaporkan yang Restoran Ewa yang sudah beroperasi lebih lima tahun itu mengetengahkan sajian oriental halal dengan lebih 50 pilihan sajian mahupun masakan. Sejak dibuka pada 2011, Restoran Ewa menyediakan hidangan Cina halal dan menu utama sajian di sini adalah ikan tilapia kukus. Meskipun sajian ikan air tawar kurang digemari kebanyakan orang, sebaik pelanggan merasai keenakan ikan berkenaan menerusi resipi kukus Ewa, selalunya mereka akan kembali menikmati hidangan berkenaan. Pengunjung mahupun peminat hidangan ikan kukus oriental itu tidak perlu bimbang dengan ikan tilapia kami guna dalam masakan kerana kualiti dipastikan segar. Kualiti ikan tilapia terjaga kerana kami mempunyai kolam khas khusus untuk membekalkan stok ikan terbaik kepada restoran. Apa pun ikan talipia dibekalkan mempunyai tekstur pejal dan manis sesuai untuk resipi ikan kukus. Tiada bau kurang menyenangkan melainkan aroma halia dan bahan lain sesuai dengan sajian ikan berkenaan. Selain itu dilaporkan ada ramai juga berkunjung untuk menikmati hidangan lain seperti sotong goreng telur masin, udang mentega dan nasi goreng Cina mahupun yee mi Kanton. Waktu tengah hari pula hidangan nasi ayam Ewa menampilkan ayam goreng rangup dan nasi lengkap bersama sup dan potongan sayur menarik pengunjung dari pejabat sekitar. Setiap hari kami menjual lebih kurang 120 set hidangan dan jumlah itu meningkat apabila terdapat tempahan daripada pelanggan berhampiran,” katanya. Restoran berkenaan boleh memuatkan 70 pelanggan dan biasanya sering menjadi pilihan pengunjung sudah berkeluarga. Pelanggan terdiri daripada pelbagai golongan tetapi paling ramai ialah mereka yang datang bersama keluarga dan kenalan. Maklumlah, apabila membabitkan hidangan Cina, kami bermain dengan saiz hidangan besar sesuai untuk dimakan mereka datang berkumpulan. Tetapi ada juga datang perseorangan atau kumpulan kecil untuk merasai hidangan ‘ala carte’ seperti yee mi Kanton dan masakan goreng yang lain. Saranan untuk mereka ingin datang dalam kumpulan melebihi 10 orang, sebaiknya buat tempahan agar tempoh penyediaan lebih lancar dan tidak terkecuali minuman popular disajikan di restoran Cina Muslim seperti teh herba untuk minuman panas dan teh bunga krisan atau minuman Chrysanthemum menjadi pilihan untuk minuman sejuk.


Bagi penulis blog ujirasa makanan 'Nasi goreng ikan rebus' memang ia sedap tidak terkata dan kena ulang lagi. Ia agak berlainan dengan jenis-jenis lain nasi goreng seperti Nasi Goreng Kampong atau Nasi Goreng USA atau NAsi Goreng Belacan. Sebenarnya makanan nasi goreng adalah sejenis makanan yang sangat popular di banyak negara dimana ia adalah menu selamat untuk korang yang tidak sempat untuk menyediakan lauk. Apa pun kalau pembaca blog sudah bosan dengan menu gorengan yang biasa-biasa maka bolehlah cuba resipi nasi goreng ikan rebus ini. Terdapat kepingan manis-manis rasa isi ikan digaul bersama nasi yang enak memang mengikat selera. Apa pun ia sesuai dihidangkan bersama ulaman serta sesuai dinikmati pagi, petang atau makan malam. Memasak sendiri menu ini dengan sediakan bahan-bahan iaitu 2 atau 3 ekor ikan kembung rebus (gorengkan terlebih dahulu dan ambil isinya sahaja), 1 biji bawang besar dihiris nipis, 2 ulas bawang putih, 2 tangkai cili besar merah, 4 tangkai cili padi (ikut suka pedas letak lebih), 1/2 inci belacan, Secubit ikan bilis, 1 biji telur, Lobak yang potong memanjang, Kobis yang dihiris sederhana nipis dan secubit garam serta sedikit pati ikan bilis. Bahan ramuan perlu di tumbuk lumat dengan lesung. Cara-cara memasak dengan menumiskan bawang besar hingga harum. Masukkan bahan tumbuk dan tumiskan lagi hingga kekuningan. Masukkan lobak dan kaup balikkan seketika. Kemudian di masukkan pula nasi dan gaul rata dan kemudian boleh diletakkan pati ikan bilis dan garam. Bila nasi dah rata dengan semua bahan, letakkan pula kubis dan isi ikan rebus. Sebaiknya ia di kacau lagi dan masak dan gaul rata hingga semuanya jadi sebati. Kemudian buatkan lubang di tengah-tengah nasi dan pecahkan sebiji telor. Biarkan seketika atas kuali dan kemudian barulah gaul rata dengan nasi dan bila masak tutup api dan masukkan dalam pinggan hidangan untuk di nikmati. Bagi penulis blog paling enak di makan semasa panas lagi.


Selain itu resepi Air Asam Ikan Kukus memang sedap kalau masak untuk keluarga. Bahan memasaknya juga ringkas, senang dimasak malah membuka selera. Paling Istimewa dimana menu ini tidak menggunakan minyak jadi ianya lebih sihat. Jika tiada ikan, air asam ini juga boleh dinikmati bersama telur rebus sebagai makanan sihat. Sediakan bahan-baha terdiri daripada beberpa ekor ikan segar yang mesti dibersihkan, ½ biji bawang holland yag di potong dadu, 1 biji tomato yang dipotong dadu, cili padi secukupnya dan jus limau nipis. Bagi menyediakan air asam perlu disediakan bahan Asam jawa, Air suam, 1 ½ sudu teh gula, 1 sudu teh garam, belacan secukupnya (dimana jika tidak suka, boleh abaikan), 1 sudu teh secukup rasa. Cara memasak dimana ikan mesti disiang dulu dan di basuh bersih. Boleh guna apa sahaja jenis ikan tapi biasanya orang guna kembung tau mabung. Kemudian dimasukkan ikan dalam bekas bersesuaian. Kukus selama 10 minit dan kemudian diketepikan. Dalam bekas berlainan boleh di potong bawang holland, tomato dan cili padi. Kemudian satukan bahan-bahan untuk air asam. Kacau dan sebatikan. Pastikan tidak cair dan tidak pekat sangat. Seterunya boleh dimasukkan bahan-bahan hiris ke dalam mangkuk, bahan-bahan lain dan juga tuang air asam tadi untuj tujuan disebatikan dan kalau tidak mahu picit cili pun tidak mengapa. Kemudian ia dibiarkan campuran air asam selama 10-20 minit sebelum dituang pada ikan atau untuk dimakan. Ia bertujuan supaya air asam sebati rasa masam, masin, manis dan pedas. Sesuai di makan begitu sahaja atau dimakan dengan nasi panas sahaja serta lauk pauk lain. 


Ada satu kisah oleh bernama bertajuk 'Ikan rebus jadi lauk sahur, berbuka puasa' yang sesuai di sembangkan kali ini apabila Noor Azuani Rahyu tinggal di rumah kecil dan daif di Kampung Pasir Pekan Hilir, di Tumpat, keantan ada dikunjungi Faizah. Bernama laporkan dimana ada 8 beranak yang hidup daif di Kampung Pasir Pekan Hilir di sini terpaksa bersahur dengan berlaukkan telur dan ikan rebus sahaja. Lauk itu cukup untuk mengalas perut empat anak Noor Azuani manakala dua lagi yang berusia 6 tahun dan dua bulan masih belum mengerti tentang keperitan hidup. Dia yang juga baru habis berpantang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah sebanyak RM30 sehari. Mereka sekeluarga dilaporkan tak ada lauk mewah macam orang lain masa sahur atau buka puasa. Dapat makan ikan rebus dengan kicap pun anak-anak kami dah cukup berselera. Ketika dia bekerja, bayinya dihantar ke rumah pengasuh dengan upah RM50 seminggu manakala suaminya, Hamizi Mohd Hanafiah, 35, bekerja memikul simen di Pengkalan Chepa. Kini dengan lima anak bersekolah, dan yang kecil menyusu botol, kadangkala pendapatan kami tak cukup dimana dia terpaksa minta bantuan keluarga kalau terputus beras dan dia sekeluarga juga bimbang dengan keadaan rumah pusaka yang didiami itu hampir runtuh. Dilaporkan yang rumah yang sempit dengan zink reput dan lantai patah itu juga merisaukannya kerana mengundang bahaya kepada anak-anaknya. Dia tak ada bilik air sempurna, lantai banyak yang patah malah kaki anak sering jerlus dan terpaksa guna tirai kain sebab tak ada pintu untuk anak perempuan mandi dimana kalau hari hujan, mereka terpaksa tutup bahagian dinding berlubang dengan baju hujan untuk elakkan tempias sebab saya tidur dengan anak-anak di ruang tamu. Nasib keluarga itu mendapat perhatian aktivis masyarakat Faizah Qemerzaman yang datag menghulurkan bantuan barangan dapur dan keperluan Ramadan serta mengambil lima anaknya yang bersekolah sebagai anak prihatin yang akan menerima bantuan. DIlaporkan bayi pula akan diberikan bantuan susu dan lampin pakai buang dan ada pihak akan sumbangkan zink menggantikan yang reput itu. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk di jadikan bacaan yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

IKAN REBUS,... MUDAH MASAKNYA...
PILIH YANG SEGAR..DIREBUS SAJA...
BANYAK KHASIAT... SILAKAN BACA...
MANJADI TERINGIN... HENDAK UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Muharram 1447H).

Saturday, July 5, 2025

SEMBANG PASAL IKAN REBUS (PART 1)

MAKANAN IKAN REBUS
merupakan salah satu resepi makanan berasaskan ikan yang di kelaskan sebagai makanan enak dan berkhasiat serta mudah menyediakannya. Ikan rebus di laporkan ia mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Di antaranya adalah kandungan protein tinggi dan rendah lemak dimana iini juga menjadikannya pilihan makanan yang sihat. Selain itu kajian mendapati jika ikan rebus juga kaya dengan asid lemak omega-3 iaitu kompopnen yang baik untuk kesihatan jantung. Ikan rebus juga dapat membantu mencegah masaalah anemia kerana mengandungi zat besi yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Dalam eberapa laporan di nyatakan jika antara beberapa khasiat ikan rebus yang lebih terperinci dimana ia mengandungi zat yag tinggi Protein dan Rendah Lemak. Ikan rebus adalah sumber protein yang baik untuk membina dan membaiki tisu badan serta rendah lemak yang menjadikannya pilihan yang baik untuk diet yang sihat. Ikan rebus emang ia mengandungi dan Kaya Omega-3 dimana dilaporkan komponen Asid lemak omega-3 dalam ikan rebus dapat membantu menjaga kesihatan jantung dengan menurunkan kadar kolesterol jahat dan menjaga kadar kolesterol normal. Paling popular apabila memakan ikan rebus akan Mencegah Anemia sebab ikan rebus mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah, yang dapat membantu mencegah anemia. Bagi penulis blog yang suka makan ikan rebus mendapati jika ia dilaporkan mampu Memelihara Kesehatan Tulang dimana kajian mendapati ada beberapa jenis ikan rebus, seperti ikan selar, kaya dengan kalsium dan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang. Dalam pada itu memakan ikan reus di dakwa akan memberikan Sumber Vitamin dan Mineral sebab ikan rebus juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting seperti vitamin B12, selenium, fosforus, dan magnesium. Apa pun selalunya dengan adanya pelbagai khasiat ini maka cara menyediakan makanan berasaskan ikan segar di Malaysia dengan cara jadikan ikan rebus adalah makanan yang baik untuk dimasukkan dalam diet harian pembaca blog semua. Artikel pada tengahari ini dalam "Anim Agro Technology'' saya sembang dengan menulis mengenai kehebatan ikan rebus untuk di jadikan bahan rujukkan dan baaan semua.


IKAN REBUS dan IKAN KUKUS adalah dua kaedah menyediakan ikan sebelum di makan atau di masak resepi lain. Agak jarang di bicarakan akan kehebatan dan khasiat berkaitan me
nu ikan rebus atau ikan rebus goreng dimana ia merupakan antara hidangan yang amat digemari oleh orang dulu atau orang lama. Namun sebenarnya jika dibeli di pasar raya dimana ikan yang sudah siap direbus berkemungkinan agak mahal dan lebih berbaloi jika ianya dibuat atau direbus sendiri di rumah asalkan gunakan ikan segar.  Bagi penulis blog serint fikir jika menus makanan ikan rebus adalah salah satu menu orang lama sejak zaman dulu. Bagaimana pun dilihat ada sedikit perbezaan antara ikan yang baru disiang lalu terus digoreng dengan ikan yang direbus terlebih dahulu sebelum digoreng. Lazimnya dari segi rasa dan tekstur dimana ikan yang direbus sebelum digoreng mempunyai rasa yang lebih sedap dan rangup. Ia mempunyai isi yang lebih berjus selain bahagian luar ikan yang lebih rangup. Walaupun tidak digoreng dimana ikan yang telah direbus juga enak dimakan begitu sahaja. Bagi orang-orang tua, mereka biasanya memakan ikan ini dengan mencicahnya bersama budu, tempoyak atau dengan sambal belacan juga. Selalunya ikan segar yang telah direbus akan menjadi lebih lembut dan berlemak. Belajar ilmu cara membuat ikan rebus sedap ada kaedahnya. Pertama sekali adalah ikan yang direbus dengan asam (cara buat ikan rebus goreng Kelantan) perlu di sediakan bahannya. Apa pun teknik rebusan ikan bukan hanya menggunakan air bersih semata-mata akan tetapi terdapat juga beberapa bahan tambahan lain ketika merebusnya. Caranya dengan menyiang ikan dengan cara membuang segala insang dan isi perut untuk tujuan ia mengelakkan ikan cepat busuk. Mesti dibasuh bersih ikan dengan menggunakan air paip dan dimasukkan ikan ke dalam periuk. Sebaiknya dimasukkan bersama beberapa hirisan lengkuas, 5 keping asam gelugur dan juga satu sudu makan garam. Kemudian perlu diisikan air ke dalam periuk pada paras sekadar menutupi ikan sahaja. Tidak perlu air yang terlalu banyak bagi mengelakkan ikan dari menjadi hancur.
Buka api dapur dan rebus ikan dengan menggunakan api yang perlahan. Apabila sudah masak boleh di tutup api dan biarkan ikan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam peti ais. Ikan ini boleh di makan terus atau di keluarkan sahaja dari peti ais apabila di kehendakki atu di gunakan sebagai bahan resepi maskan lain yang sesuai.


Menyediakan ikan rebus adalah berlaian dengan IKAN KUKUS. Bagi penulis blog dimana walaupun kedengaran agak berbeza dengan teknik merebus, namun secara teknikalnya dimana produk ikan yang terhasil daripada kaedah mengukus juga hampir sama dengan ikan yang telah direbus. Bagaimana pun keduanya agak berlainan cara memasaknya. Beberapa kaedah dan langkah-langkah memasak ikan kukus dengan menyiang ikan dan dibersihkan ikan seperti biasa. Lebih elok lagi jika ikan segar ini dibilas dengan bahan berasid seperti air perahan limau atau cuka. Sebaiknya jika dibilas dengan bahan berasid, bilas sekali lagi dengan menggunakan air paip atau air bersih.
Setelah itu, taburkan beberapa sudu kecil garam pada ikan dan lumur garam sehingga ia merata. Amalkan cara dimana boleh di titiskan beberapa titis cuka makan diatasnya pada ikan. Jangan lupa untuk titiskan juga sedikit minyak masak pada ikan tersebut untuk menambah keenakan rasanya. Ia kemudian boleh di susun ikan dengan teratur dalam periuk pengukus diatas periok kukus (Sila lihat foto disebelah). Apa pun setelah ikan siap disusun, letakkan beberapa keping asam gelugur di atas susunan ikan tersebut. Sebaiknya di kukus ikan tersebut dengan api sederhana sehingga ikan masak. Biasanya ia akan mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit sahaja bergantung kepada api, saiz ikan dan juga jumlahnya.
Tutup api dan biarkan ikan sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan. Ikan ini boleh terus di makan datau disimpan untuk di gunakan bila-bila masa. Apa pun di kongsikan akan cara simpan ikan rebus dan ikan kukus yang terbaik. Jika mahu menikmati ikan goreng rebus dimana sebaiknya ikan terus digoreng selepas siap direbus kerana rasanya masih segar dan berjus. Namun begitu jika anda mahu menyimpannya terlebih dahulu sebaiknya perlu menyimpannya dengan teknik yang betul untuk mengelakkan ikan cepat busuk. Caranya adlah mempastikan ikan benar-benar sudah sejuk sebelum mula disimpan dalam peti sejuk. Ikan yang masih panas akan menyebabkan wap air terbentuk dalam bekas dan seterusnya menyebabkan ikan cepat rosak. Perlu dipastikan ikan ditoskan sehingga kering sebelum disimpan. Jika tidak kesannya maka ikan akan mudah rosak. Sebaiknya menyimpan ikan dalam bekas makanan yang sesuai. Elakkan menyimpannya dengan menggunakan plastik kerana ikan akan sukar untuk dipisahkan dan boleh merosakkan isi ikan kelak. Jika ingin menyimpannya pada bahagian bawah peti sejuk, pastikan menghabiskannya dalam masa seminggu sebab ikan tidak dapat bertahan lama.
Jika suka menyimpan ikan pada bahagian sejuk bekudimana ia boleh bertahan lebih lama sehingga berbulan-bulan. Namun rasanya pasti sudah kurang enak jika disimpan terlalu lama. Apa pun bagi penulis blog diman ikan yang sudah direbus sememangnya lebih sihat jika dibandingkan dengan menu-menu ikan yang lain seperti ikan goreng atau yang dimasak berkuah. Kalorinya lebih sedikit dan tidak menggunakan bahan yang berlebihan dan semua mungkin boleh cuba amalkan menu ikan yang direbus dengan kerap di rumah selepas ini.


Menarik kisah dalam sinarharian.com bertajuk '
Ulam, ikan rebus rahsia umur panjang Tok Pora' untuk ianya di kongsikan dan disembangkan. Nenek bernama Sepora (dua dari kanan) bersama tiga daripada empat anaknya yang tinggal di rumahnya di Kampung Telok Berembang, Pulau Tuba, Langkawi masih sihat dengan amalan mengambil ulam-ulaman dan dia hanya makan ikan yang direbus dan bakar serta mengelak menu bergoreng menjadi resipi rahsia buat wanita ini kekal sihat pada usia lebih 100 tahun. Nenek berusia 104 tahun dakwa dia percaya pilihan menu sihat serta kehidupan aktif yang diamalkan sejak usia remaja membantu dirinya untuk terus kekal sihat tanpa sebarang masalah kesihatan. Sejak muda lagi saya memang aktif turun ke laut untuk menangguk udang siring dan mencari siput. Aktiviti tersebut diteruskan selepas berkahwin untuk membantu arwah suami. Selain itu saya amalkan makan pucuk kayu seperti pucuk cemumar, pucuk kaduk, pucuk palas atau apa sahaja pucuk kayu yang boleh dimakan. Ikan pula direbus atau bakar kerana saya memang tidak suka makan masakan rendang atau masakkan yang bergoreng. Kisah Sepora atau dikenali dengan panggilan Tok Pora yang masih kuat turun ke laut pada usia emas untuk menangguk udang siring dan mencari siput tular di media dan bercerita lebih lanjut, Tok Pora ibu kepada enam cahaya mata itu mengakui kadangkala anaknya menasihati beliau supaya tidak turun ke laut atas faktor usia. Kadangkala dia tak ikut juga nasihat mereka. Saya ni tak boleh duduk saja nanti sakit sebab tak keluar peluh rasa nak demam saja lagi pun bukan tiap hari ke laut bergantung kepada keadaan. Akan tetapi bila ke laut menyauk udang atau mencari siput diri ini rasa sihat sebab saya boleh buat aktiviti yang disukai dan ada juga menambah udang yang ditangguk dijadikan belacan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk di jadikan bacaan yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN REBUS,... MUDAH MASAKNYA...
PILIH YANG SEGAR..DIREBUS SAJA...
BANYAK KHASIAT... SILAKAN BACA...
MANJADI TERINGIN... HENDAK UJIRASA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Muharram 1447H).

Friday, July 4, 2025

SEMBANG TENTANG POKOK KELOR (Part 3)

POKOK KELOR 
atau POKOK MORINGGA (Moringa oleifera) di Malaysia kini semakin mendapat perhatian kerana dilapor khasiatnya yang tinggi dan mudah untuk ditanam. Di negara-negara membangun dimana sellaunya pokok ini digunakan sebagai sumber alternatif bagi makanan manusia dan juga bagi ternakan. Apa pun penulis blog dengar jika tumbuhan Moringga oleifera juga dirujuk sebagai 'Pokok Ajaib' kerana mengandungi pelbagai jenis nutrien termasuk unsur protein, vitamin dan mineral yang menjadikannya sebagai salah satu sumber makanan berpotensi untuk mengurangkan masalah malnutrisi. Selain itu Kelor ini terkenal dengan sifat antioksidan dan antiradang yang bermanfaat dalam bidang perubatan untuk merawat pelbagai penyakit seperti diabetes, hipertensi dan keradangan. Hasil beberpa laporan kajian menunjukkan bahawa moringa boleh membantu dalam ia menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung. Penerokaan dan penggunaan sumber alternatif makanan ternakan tanpa kebergantungan sepenuhnya terhadap sumber bahan mentah import seperti kacang soya merupakan salah satu faktor yang penting bagi menjamin kejayaan industri penternakan negara. Tumbuhan moringga ada menawarkan pelbagai manfaat dalam industri ternakan dengan cara ia mampu meningkatkan kualiti makanan dan kesihatan ternakan. Kandungan protein kasar daun moringga ini mempunyai kira-kira 47% protein pintasan (bypass protein) rumen yang boleh diserap secara terus oleh ternakan ruminan. Pemberian secara daun moringga ini secara berterusan kepada ternakan ruminan sesuai kerana kebolehannya untuk menghadam makanan yang tinggi serat. Apa pun syor ini terhad kepada ternakan unggas, khinzir dan ikan kerana kehadiran bahan serat dan kandungan antinutirisi pada daun tersebut. Moringga ini bukan sahaja dapat menyokong produktiviti sektor pengeluaran ternakan akan tetapi penulis blog yang membuat tinjauan kebeberapa ladang ternkan tahu jika ia menyumbang kepada kelestarian dan keterjaminan dalam keselamatan makanan negara. Di Malaysia tidak banyak maklumat mengenai prestasi pertumbuhan, hasil dan komposisi nutrien daun pokok Moringga oleifera terhadap tempoh penuaian berbeza yang ditanam di tanah mineral masih terhad. Saya ada menulis artikel mengenai tanaman ini yang boleh 
di rujuk (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa lagi. Laporan kajian untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi prestasi tumbuhan ini untuk menyokong sektor pengeluaran ternakan negara ada di jalankan d MARDI. Artikel subuh dingin dan sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan cara menulis fakta teknikal mengenai resepi makanan tentang pokok kelur atau pokok moringga untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Paling penulis blog suka makan adalah 
Kerabu Daun Moringa yang mudah disediakan dan amat berkhasiat. Apa pun membuatnya sendiri di rumah emang perlukan bahan iaitu terdiri dari 5 batang Daun Moringa, 1 ekor ikan kembong atau 2 ekor ikan selayang, 100 ml pati santan,  2-3 biji bawang merah, 1 sudu besar lada hitam, 100 gm atau 2-3 sudu besar kelapa goreng, 1 sudu teh garam, 1 biji jus limau nipis dan jga bahan 0.5 sudu teh gula. Apa pun cara memasaknya dengan mengabil daun moringa yang segar dan masih lembut sahaja dan di cuci bersih. Apa pun sterusnya daun ini dicelur daun hingga masak dan di toskan airnya. Sebaiknya perlu di tambahkan bahan garam kedalam air rebusan tersebut. Dalam pada itu ambil ikan kembong dimana ia mesti di bakar sehingga masak. Dalam pada itu boleh di tumbuk bahan ramuan iaitu lada hitam, bawang merah sehingga lumat dalam lesung. Kemudian ambik isi ikan kembong yang tadi dan ia di masukkan kedalam bahan daun moringga yang sudah di celur dan seterusnya boleh di masukkan kelapa goreng. Dalam bekas kemudian semuanya di gaul semua bahan tersebut sehingga merata dan sebati. Boleh di tambah bahan jus limau, pati santan (ia perlu dipanaskan sekejap akan tetapi pastikan jangan sampai mendidih). Bubuh perasa garam, gula dimana bagi orang pantai timur pua mereka sealu menambahkan sedikit budu. Makanan ini siap di hidangkan untuk di makan dengan nasi panas dan lauk pauk lain. 


Dimana-mana sahaja di kampong sana terutamanya jenis resepi Daun Moringga Goreng Telur adalah yang paling sering di buat dan di makan. Memasaknya juga sangat mudah asalkan ada bahan dan alatan memasak. Ba
ahan yang perlu disediakan adalah daun moringa, 1 biji bawang besar (mayang), 5 ulas bawang putih (mayang), 3-5 biji cili kering di potong kecil, segengam ikan bilis, 1 biji telur ayam dan sedikit garam. Cara-cara untuk memasaknya dengan mula-mula di bersihkan semua daun moringga dengan bersih dan ditoskan. Dalam kuali yang panas boleh di tumis bawang merah, bawang putih, cili kering dan ikan bilis dengan api di kawal. Kemudian boleh di bubuh semua daun moringa dimasak tidak perlu terlalu lama dan seterusnya di masukkan telur ayam yang di kacau dalam mangkuk dahulu ditengah-tengah kuali dan kacau sehingga rata dan masak. Akhir sekali boleh diperisakan dengan garam dan matikan api. Boleh di angkat dan dihidangkan untuk dimakan dengan nasi panas dan lauk pauh lain.


Bagi penulis blog ujirasa resepi Sambal Ikan Bilis Moringga adalah amat unik rasa dan resepinya. Apa pun bahan asas di perlukan adalah daun moringga (yang perlu di celur), soon, 
150 gram kobis bulat (dipotong), 1/2 biji lobak merah (di mayang halus), 4 tangkai kacang panjang (yang perlu di potong), satu ikat daun ketumbar (dipotong haus), 1 biji bawang besar (yang di mayang halus), 1 batang serai (mayang halus), 1 batang kantan (di mayang halus), 1 biji tomato (di potong), 50g serbuk daun moringa, 1 ikat daun moringa (petik daun yang segar sahaja), 3 sudu besar sos ikan, 5 biji cili padi dan 3 ulas bawang putih. Bahan lain yang perlu ada adalah 8 biji perahan limau kasturi, setengah sudu kecil garam, seternag sudu kecil gula, setengah sudu kecil serbuk moringga. Kesemua bahan tersebut ditumbuk sebagai ramuan digalu atau jika suka di tumbuk dalam lesung sehingga lumat dan sebati. Tambahkan sedikit daun moringga hijau yang dihiris halus sebagai hiasan. Sambal moringga ikan bilis ini sedia untuk di hidangkan dan di makan dengan nasi putih.


Memang agak popular di kampong sana dimana ada Resepi 
Masak Lemak Daun Moringa yang enak di makan selalunya pada jamuan makan tengahari. Memasak sendiri di rumah perlukan bahan iaitu hidangan untuk 3 orng makan terdiri dari  1 mangkuk Daun Moringga Segaryang perlu ia dil lurutkan daun dari tangkai, 1 kotak santan kelapa, 1 cawan air, 1 keping asam gelugor, 1 batang serai perlu diketuk, 1 biji cili merah yang di hiris, 4 putik jagung (pilihan), garam secukup rasa, gula, suku sudu teh bahan perisa. Bagi ramuan atau bahan untuk di tumbu atau di kisar adalah 3 ulas bawang putih, 5 biji bawang merah, 5 biji cili padi, 2 sudu besar udang kering perlu direndam sekejap dan juga 1 inci kunyit hidup. Apa pun cara memasak dengan memasukkan semua bahan iaitu santan, bahan tumbuk kisar, serai, putik jagung dan asam gelugor jedalam kuali atau periuk. Cara memasak di atas api yang di jaga dengan sederhana dan sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak. Kemudian boleh di masukkan daun moringa, hirisan cili merah, garam, gula dan perasa pilihan. Perlu sentiaa di kacau seketika sehingga daun moringa ini akan ia berubah warna dan boleh ditutup api. Makanan masak lemak daun moringga ini siap dan boleh dihidangkan akan tetapi sebaiknya dikeluarkan dan asing asam keping. Ia enak dimakan dengan nasi putih panas dan lauk lain. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yangsesuai di baca kesemuanya. Semuga usaha menulis artikel ini memberi ilmu pengetahuan kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KELOR...SAMA POKOK MORINGGA...
MUDAH DI TANAM... DI MANA-MANA SAHAJA...
BANYAK KHASIAT... PELBAGAI KAJIANNYA...
UNTUK MANUSKA...BAGI TERNAKAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Syawal 1446H).

Thursday, July 3, 2025

SEMBANG TENTANG POKOK KELOR (Part 2)

POKOK KELOR
atau POKOK MORINGGA (Moringa oleifera) di Malaysia kini semakin mendapat perhatian kerana dilapor khasiatnya yang tinggi dan mudah untuk ditanam. Di negara-negara membangun dimana sellaunya pokok ini digunakan sebagai sumber alternatif bagi makanan manusia dan juga bagi ternakan. Apa pun penulis blog dengar jika tumbuhan Moringga oleifera juga dirujuk sebagai 'Pokok Ajaib' kerana mengandungi pelbagai jenis nutrien termasuk unsur protein, vitamin dan mineral yang menjadikannya sebagai salah satu sumber makanan berpotensi untuk mengurangkan masalah malnutrisi. Selain itu Kelor ini terkenal dengan sifat antioksidan dan antiradang yang bermanfaat dalam bidang perubatan untuk merawat pelbagai penyakit seperti diabetes, hipertensi dan keradangan. Hasil beberpa laporan kajian menunjukkan bahawa moringa boleh membantu dalam ia menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung. Penerokaan dan penggunaan sumber alternatif makanan ternakan tanpa kebergantungan sepenuhnya terhadap sumber bahan mentah import seperti kacang soya merupakan salah satu faktor yang penting bagi menjamin kejayaan industri penternakan negara. Tumbuhan moringga ada menawarkan pelbagai manfaat dalam industri ternakan dengan cara ia mampu meningkatkan kualiti makanan dan kesihatan ternakan. Kandungan protein kasar daun moringga ini mempunyai kira-kira 47% protein pintasan (bypass protein) rumen yang boleh diserap secara terus oleh ternakan ruminan. Pemberian secara daun moringga ini secara berterusan kepada ternakan ruminan sesuai kerana kebolehannya untuk menghadam makanan yang tinggi serat. Apa pun syor ini terhad kepada ternakan unggas, khinzir dan ikan kerana kehadiran bahan serat dan kandungan antinutirisi pada daun tersebut. Moringga ini bukan sahaja dapat menyokong produktiviti sektor pengeluaran ternakan akan tetapi penulis blog yang membuat tinjauan kebeberapa ladang ternkan tahu jika ia menyumbang kepada kelestarian dan keterjaminan dalam keselamatan makanan negara. Di Malaysia tidak banyak maklumat mengenai prestasi pertumbuhan, hasil dan komposisi nutrien daun pokok Moringga oleifera terhadap tempoh penuaian berbeza yang ditanam di tanah mineral masih terhad. Saya ada menulis artikel mengenai tanaman ini yang boleh 
di rujuk (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa lagi. Laporan kajian untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi prestasi tumbuhan ini untuk menyokong sektor pengeluaran ternakan negara ada di jalankan d MARDI. Artikel subuh dingin dan sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan cara menulis fakta teknikal mengenai kajian dan kisah tentang pokok kelur atau pokok moringga untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Beberapa rujukkan di artikel ada yang nyatakan akan '
9 Khasiat Moringa Yang Menakjubkan' yang mana ia mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya moringa mampu menawarkan khasiat dari pelbagai vitamin dan mineral. Daun ini mempunyai vitamin C 7 kali lebih tinggi daripada buah oren serta ada kandungan potassium 15 kali lebih banyak daripada pisang. Ia juga mengandungi kalsium, protein, zat besi dan amino asid yang penting bagi perkembangan fizikal dan pertumbuhan otot. Khasiatnya yang menyeluruh dan lengkap turut menarik perhatian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjadikan tumbuhan ini sebagai alternatif kepada bekalan makanan yang diimport bagi merawat malnutrisi di serata dunia. Moringa diperkaya dengan kebaikan antioksida yang dapat melindungi sel daripada kerosakan di samping menguatkan sistem imun badan. Ada sebatian antioksida juga berperanan dalam melawan aktiviti radikal bebas yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif yang sering dikaitkan dengan penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis. Apa pun selain vitamin C dan beta carotene, daun moringa juga didapati mengandungi kebaikan antioksida lain seperti quercetin yang berfungsi dalam menstabilkan tekanan darah. Ia juga mampu Menstabilkan Paras Gula Dalam Darah sebab ia mengandungi sebatian yang dinamakan chlorogenic acid yang dikatakan dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Sebuah kajian mendapati pengambilan serbuk daun moringa pada setiap hari dapat mengurangkan paras gula dalam darah sehingga 13.5%. Kalangan saintis juga telah pun mencadangkan kesan antidiabetik ini berpunca daripada komponen yang terkandung di dalam moringa seperti isothiocyanates. Kajian yang lebih terperinci perlulah dilakukan bagi mengesahkan keberkesanan penggunaan moringa dalam menstabilkan kadar gula dalam darah. Ke tiga ia mampu dan dapat Mengurangkan Keradangan sebab moringa sering digunakan sebagai ramuan tradisional bagi merawat keradangan. Dalam kajian tabung uji, pengkaji mendapati bahawa isothiocyanates yang ditemui dalam daun, buah dan biji moringa memainkan peranan bagi melawan keradangan. Ia juga didakwa akan Menurunkan Paras Kolesterol dimana kadar kolesterol yang tinggi dalam darah sering dikaitkan dengan risiko penyakit jantung. Selain gaya hidup yang sihat, sumber makanan yang dapat menurunkan kolesterol juga baik untuk diamalkan seperti oat, kacang almond dan flaxseed. Hasil kajian mendapati moringa juga mampu memberikan kesan penurunan kolesterol yang sama. Ke lima dimana bahan moringga adalah ia Berpotensi Sebagai Antikanser sebab ada dari ekstrak daun moringa mampu untuk ia dapat memperlahankan perkembangan sel kanser pankreas dan meningkatkan keberkesanan sesi kemoterapi. Kajian makmal lain juga membuktikan potensi akar dan kulit pokok moringa sebagai agen antikanser yang baik. Seterusnya kehebatan moringga ke 6 adalah ia Merangsang Penghasilan Sel Darah Merah dimana biji moringa kaya dengan zat besi iaitu mineral yang penting bagi penghasilan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah pula boleh mengundang kepada masalah anemia. Satu kajian pada tahun 2016 juga sudah mengesahkan potensi moringa sebagai sumber zat besi yang dapat mengatasi masalah kekurangan zat besi dan anemia. Seterusnya ia adalah Baik Untuk Kesihatan Kulit sebab bahan minyak biji moringa sangat baik untuk melindungi kulit daripada radikal bebas dan bagus untuk kesihatan kulit serta rambut.Moringa juga kaya dengan protein yang membantu melindungi sel daripada kerosakan rambut. Kemudian khasiat ke 8 adalah ia mampu untuk Meningkatkan Kesihatan Tulang dimana diantara manfaat lain yang ditawarkan oleh moringa ialah ia dapat meningkatkan kesihatan tulang dengan khasiat kalsium dan fosforus yang terkandung di dalamnya. Moringa yang bersifat antiradang juga memiliki potensi yang tinggi bagi merawat arthritis di samping mengekalkan kekuatan tulang. Akhirnya ehebatan yang ke 9 adalah ia didakwa akan Meredakan Asma atau elah dimana moringa juga dikatakan dapat meredakan serangan asma serta berupaya mencegah pengecutan alur pernafasan. Hasil dari kajian turut mendapati moringa membantu meningkatkan fungsi paru-paru dan pernafasan dengan lebih baik.


Dalam portal bharian.com dilaporkan '
Khasiat moringa bantu rawat pelbagai penyakit' wajar dikongsikan infonya.  Pokok moringa selalu ia dipanggil 'pokok kehidupan' kerana kemampuannya dikatakan dapat mengurangkan kesakitan dan pelbagai penyakit kronik. Apa pun tumbuhan moringa juga dikenali sebagai pokok 'drumstick sebagai sejenis tumbuhan perubatan yang berasal dari India mungkin asing bagi mereka yang jarang menggunakannya sama ada dalam masakan atau tujuan kesihatan dimana dasarnya moringa ini dikatakan kaya dengan nutrien. Pokok moringa kadang-kadang dipanggil 'pokok kehidupan' kerana kemampuannya juga dikatakan dapat mengurangkan kesakitan dan risiko penyakit jantung, ulser dan penyakit kronik lain. Dalam perubatan tradisional iaitu hampir semua bahagian pokok ini digunakan termasuk daun, kulit kayu, akar dan getahnya (Sila lihat foto sebelah). Ada laporan di Amerika Syarikat moringa popular dijadikan daun serbuk, suplemen dan rumusan dalam bahan penjagaan kulit. Ia kaya dengan antioksidan yang membantu mengatasi tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif kronik ialah situasi iaitu berlaku ketidakseimbangan antara jumlah antioksidan dan radikal bebas dalam sel. Ia dikaitkan dengan perkembangan penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, dan diabetes. Dilaporkan yang pokok moringa penuh dengan sebatian fenolik, iaitu molekul dengan sifat antiradang. Bahan seperti Flavonoid, fenolik dan karotenoid adalah sebatian fenolik ada dalam pokok moringa. Para penyelidik mendapati sebatian fenolik seperti flavonoid boleh meningkatkan kesihatan sistem imun, mencegah penyakit kronik dan melawan keradangan. Dalam satu kajian mendapati tumbuhan moringa boleh membantu menangani malnutrisi, yang berlaku apabila anda tidak mendapat cukup atau terlalu banyak nutrien atau tenaga. Bahagian daun dan biji moringa mengandungi vitamin, mineral dan lemak yang membantu mencegah malnutrisi. Tumbuhan ini juga kaya dengan vitamin C, vitamin A dan serat. Kajian juga mendapati serbuk daun moringa meningkatkan indeks jisim badan (BMI) dalam kalangan mereka yang menghidap HIV dan mereka yang menjalani terapi antiretroviral. Apa pun dilaporkan hasil kajian itu mencadangkan moringa dapat meningkatkan pengambilan dan status nutrisi sesetengah orang dengan HIV, namun lebih banyak penyelidikan diperlukan. Ia mungkin mengurangkan gula darah apabila kajian mendapati jika pesakit diabetes yang mengambil 20 gram suplemen serbuk daun moringa sehari mempunyai kesan kecil pada kawalan gula darah mereka. Bagaimanapun, tidak cukup penyelidikan untuk mengetahui dengan pasti keberkesanan moringa dalam mengawal gula darah. Ia juga didakwa mungkin melegakan gejala menopaus seperti rasa hangat panas atau 'hot flashes', berpeluh malam dan rasa kegelisahan. Isu menopaus berlaku apabila haid dan ovulasi berhenti, yang biasanya berlaku antara umur 45 hingga 55 tahun. Hasil kajian yang moringa mungkin membantu dalam mengurangkan hot flashes kerana kesan tumbuhan ini terhadap tekanan oksidatif. Apabila ada ketidakseimbangan antioksidan dan radikal bebas dalam badan, anda mungkin mengalami hot flashes. Tekanan oksidatif juga boleh ianya meningkatkan berpeluh malam. Peserta kajian mendapati peningkatan kecil dalam jumlah antioksidan dalam badan mereka, yang mungkin dikaitkan dengan pengurangan keparahan gejala menopaus mereka. Moringa semakin popular sebagai bahan penjagaan kulit. Menurut penyelidikan, ekstrak moringa mempunyai sifat antipenuaan untuk kulit. Apa pun krim yang mengandungi sekurang-kurangnya tiga peratus ekstrak daun moringa membantu memperbaiki kelembutan kulit. Kajian mendapati bahawa krim moringa ia meningkatkan keanjalan kulit. Kandungan vitamin C dan E yang tinggi dalam tumbuhan moringa membantu meremajakan dan menyerikan kulit. Bagaimanapun mungkin ada lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengetahui sejauh mana kesan krim moringa terhadap kulit anda dari masa ke masa.


Dalam portal hmetro.com dilaporkan kes bagaimana cara '
Bantu golongan kekurangan zat' yang berkait dengan moringga. Dilaporkan daun moringa oleifera atau kelor mengandungi nutrien yang tinggi dan antioksidan menjadikan daun ini dikenali sebagai makanan super. Dengan nama botani Moringa oleifera adalah tumbuhan kaya dengan nutrien. Ia juga kaya dengan gabungan nutrien, asid amino, antioksidan, antiradang yang jarang digunakan dalam pemakanan dan penyembuhan. Di Malaysia daun dan buah moringa digunakan dalam masakan kari dan hidangan tempatan. Tumbuhan ini juga sangat terkenal sebagai pelengkap makanan dalam kalangan masyarakat India. Ada sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan inovasi Chewable Moringa Fruity Tablets sebagai makanan tambahan khusus bagi golongan berpendapatan rendah. Ketua Penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan UPM Prof Madya Ir Dr Yus Aniza Yusof berkata, kebanyakan golongan berpendapatan rendah tidak mampu membeli makanan tambahan untuk menampung kekurangan zat yang diambil setiap hari melalui pemakanan rutin kerana harganya terlalu tinggi. Produk 'Chewable Moringa Fruity Tablets' ini adalah formulasi unik daun kelor atau nama saintifiknya Moringa Oleifera bersifat Orally Disintegrating Tablet (ODT) yang mudah dikunyah, berkhasiat, semula jadi, menjimatkan dan boleh dijadikan makanan tambahan untuk semua peringkat umur. Inovasi ini menggunakan serbuk buah sebagai pengikat dan pengurai semula jadi bagi menghilangkan rasa pahit yang terdapat di dalam daun berkenaan. Malah daun kelor juga dikenali sebagai daun lemunggai, gemunggai atau remungai dalam kalangan masyarakat Malaysia. Daun moringa menjadi bahan utama untuk menghasilkan inovasi ini kerana ia adalah tumbuhan paling kaya dengan nutrisi yang ditemui setakat ini. Ia juga kaya dengan gabungan nutrisi, asid amino, antioksidan, dan antiradang yang bersesuaian dalam pemakanan serta penyembuhan. Dia yang juga Ketua Makmal Perkhidmatan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal UPM berkata, inovasi ini berpotensi untuk membantu golongan yang kekurangan zat atau kurang sihat dengan menghasilkan tablet mudah dimakan dengan kos yang rendah. Kepentingan untuk memenuhi keperluan nutrisi di dalam pemakanan seharian perlu diambil berat terutama keperluan untuk kanak-kanak. Isu kekurangan nutrisi atau zat dapat menjejaskan kesihatan individu. Zat boleh didapati di dalam makanan yang berkhasiat dengan kadar mencukupi setiap hari dan cara pengambilan makanan tambahan juga boleh memastikan nutrisi mencukupi. Didakwa yang daun ini boleh dijadikan sebagai makanan tambahan multivitamin yang murah. Selain itu ia dapat memenuhi tahap multivitamin hilang dalam makanan untuk yang kurang berkemampuan di seluruh dunia. Diantara ciri lain tablet Moringa adalah memberi kekerasan yang optimum, cepat hancur tanpa air dan larut hanya dalam masa kira-kira 60 saat. Hasil ujikaji terhadap kecenderungan tablet pecah dengan sendiri kurang daripada satu peratus dan ini menunjukkan ia adalah stabil. Selain tidak mudah pecah ketika pengendalian, pembungkusan, pengangkutan dan juga bagi pengedaran. Diantara kelebihan lain adalah makanan tambahan multivitamin yang sedia ada di pasaran mahal dan disediakan bersama bahan sintetik serta perlu melalui banyak operasi unit serta rawatan haba. Tablet ini cair pada lidah dan mempunyai tahap penyerapan nutrisi yang baik di dalam badan. Ini dapat menghilangkan kesan laluan pertama yang biasa berlaku apabila menelan tablet ia akan ke perut dan seterusnya akan diproses. Kini denga teknologi yang biasa menggunakan sintetik ‘superdisintegrant’ untuk tujuan ia dapat mempercepatkan proses larutan. Dalam penghasilan tablet ini, serbuk buah asli digunakan sebagai ‘superdisintegran’t yang juga bertindak sebagai agen bernutrisi dan perasa semula jadi. Memang inovasi ini berpotensi untuk dikomersialkan bagi membantu golongan yang kurang berkhasiat dan mampu bagi orang yag berpendapatan rendah serta boleh disarankan di zon krisis seperti zon peperangan, banjir dan kemarau. Ini adalah kerana kosnya yang murah dan mudah untuk ianya dikendalikan, disimpan dan diedarkan. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yangsesuai di baca kesemuanya. Semuga usaha menulis artikel ini memberi ilmu pengetahuan kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KELOR...SAMA POKOK MORINGGA...
MUDAH DI TANAM... DI MANA-MANA SAHAJA...
BANYAK KHASIAT... PELBAGAI KAJIANNYA...
UNTUK MANUSKA...BAGI TERNAKAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Syawal 1446H).

Wednesday, July 2, 2025

SEMBANG TENTANG POKOK KELOR (Part 1)

POKOK KELOR
atau POKOK MORINGGA (Moringa oleifera) di Malaysia kini semakin mendapat perhatian kerana dilapor khasiatnya yang tinggi dan mudah untuk ditanam. Di negara-negara membangun dimana  sellaunya pokok ini digunakan sebagai sumber alternatif bagi makanan manusia dan juga bagi ternakan. Apa pun penulis blog dengar jika tumbuhan Moringga oleifera juga dirujuk sebagai 'Pokok Ajaib' kerana mengandungi pelbagai jenis nutrien termasuk unsur protein, vitamin dan mineral yang menjadikannya sebagai salah satu sumber makanan berpotensi untuk mengurangkan masalah malnutrisi. Selain itu Kelor ini terkenal dengan sifat antioksidan dan antiradang yang bermanfaat dalam bidang perubatan untuk merawat pelbagai penyakit seperti diabetes, hipertensi dan keradangan. Hasil beberpa laporan kajian menunjukkan bahawa moringa boleh membantu dalam ia menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung. Penerokaan dan penggunaan sumber alternatif makanan ternakan tanpa kebergantungan sepenuhnya terhadap sumber bahan mentah import seperti kacang soya merupakan salah satu faktor yang penting bagi menjamin kejayaan industri penternakan negara. Tumbuhan moringga ada menawarkan pelbagai manfaat dalam industri ternakan dengan cara ia mampu meningkatkan kualiti makanan dan kesihatan ternakan. Kandungan protein kasar daun moringga ini mempunyai kira-kira 47% protein pintasan (bypass protein) rumen yang boleh diserap secara terus oleh ternakan ruminan. Pemberian secara daun moringga ini secara berterusan kepada ternakan ruminan sesuai kerana kebolehannya untuk menghadam makanan yang tinggi serat. Apa pun syor ini terhad kepada ternakan unggas, khinzir dan ikan kerana kehadiran bahan serat dan kandungan antinutirisi pada daun tersebut. Moringga ini bukan sahaja dapat menyokong produktiviti sektor pengeluaran ternakan akan tetapi penulis blog yang membuat tinjauan kebeberapa ladang ternkan tahu jika ia menyumbang kepada kelestarian dan keterjaminan dalam keselamatan makanan negara. Di Malaysia tidak banyak maklumat mengenai prestasi pertumbuhan, hasil dan komposisi nutrien daun pokok Moringga oleifera terhadap tempoh penuaian berbeza yang ditanam di tanah mineral masih terhad. Saya ada menulis artikel mengenai tanaman ini yang boleh di rujuk (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa lagi. Laporan kajian  untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi prestasi tumbuhan ini untuk menyokong sektor pengeluaran ternakan negara ada di jalankan d MARDI. Artikel subuh dingin dan sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis fakta teknikal mengenai kajian dan kisah tentang pokok kelur atau pokok moringga untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Belajar mengenai pokok kelor atau moringga menarik sebab pada bahagian daun dan buah kelor banyak khasiatnya. Dilaporkan hebatnya daun kelor ini ia mempunyai ciri kualiti dengan cara menilai kadar kehadaman serta kadar pengambilan makanan dan sebagai asas untuk pembangunan formulasi makanan. Protein kasar Protein kasar (CP) merupakan sejenis sebatian organik yang terdiri daripada unit struktur yang dipanggil Asid Amino. Ternakan memerlukan protein untuk proses pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembiakan. Daun muda moringga mengandungi protein kasar yang tinggi namun kandungan ini berkurangan dengan pertambahan usia pokok kerana daun muda lebih cekap menyerap dan mengumpul nutrien daripada tanah. Apa pun kajian menunjukkan nilai kandungan protein kasar yang semakin berkurang dengan umur pokok di mana kandungan protein tertinggi dicatatkan pada tuaian daun moringga umur 50 hari (28.82%), diikuti oleh 70 hari (27.06%) dan 90 hari (25.97%). Bahan Serat kasar (Crude Fiber) didalamnya terdiri daripada komponen selulosa, hemiselulosa dan lignin yang merupakan struktur karbohidrat yang membentuk tisu tumbuhan dan dinding sel. Haiwan jenis ruminan mempunyai keupayaan untuk mencernakan (digest) sebahagian komponen serat ini kerana mempunyai sistem pencernaan yang kompleks terdiri daripada rumen, retikulum, omasum dan abomasum. Dilaporkan dalam rumen terdapat mikroorganisma yang membantu mencernakan serat kasar. Ini berbeza dengan haiwan seperti jenis Ayam (Bird) dan jenis ternakan monogastrik yang mempunyai sistem pencernaan yang ringkas dan hanya boleh mencerna sebahagian kecil serat kasar disebabkan ketiadaan rumen. Kandungan serat kasar meningkat dengan umur tumbuhan. Kandungan serat kasar meningkat dengan tempoh penuaian pokok kelor dengan kandungan serat kasar yang paling rendah dituai pada 50 hari (5.66%) diikuti oleh 70 hari (6.86%) dan 90 hari (8.24%). Laporan kajian ini dilihat ia selaras dengan trend yang diperhatikan dalam setiap komponen serat yang mana ia menunjukkan pengumpulan serat secara keseluruhan dengan peningkatan tempoh penuaian. Laporan kajian pihak MARDI ini menunjukkan bahawa daun kelor sangat berpotensi.


Mengetahui akan istilah 'Serat Detergen Neutral' dimana serat detergen neutral (NDF) merujuk kepada jumlah serat dalam tumbuhan yang membentuk dinding sel (selulosa, hemiselulosa dan lignin) serta komponen bukan struktur (seperti pektin dan serat larut yang lain). Biasanya semakin matang daun maka akan jadi semakin banyak komponen struktur terkumpul yang mana ini menghasilkan bacaan NDF yang lebih tinggi dan kualiti makanan yang lebih rendah. Kandungan NDF berkait rapat dengan jumlah pengambilan makanan dan ia penting untuk meramalkan jumlah pengambilan makanan dan kualiti makanan oleh haiwan ternakan ruminan. Selalunya bahan makanan dengan NDF yang rendah adalah berkualiti tinggi dan dimakan oleh ternakan dalam kuantiti yang banyak. Nilai kandungan NDF meningkat mengikut umur daun moringga iaitu dengan nilai NDF terendah adalah pada 50 hari (17.41%) diikuti oleh 70 hari (26.46%) dan 90 hari (34.61%). Serat detergen asid (ADF) pula ia merujuk kepada jumlah atau nilai kandungan serat komponen dinding sel yang lebih spesifik iaitu selulosa dan lignin. Nilai ADF memberikan maklumat tentang tahap kebolehcernaan sesuatu bahan makanan dan digunakan untuk mengira jumlah kandungan nutrien yang boleh dihadam (TDN). Makanan yang mempunyai nilai ADF yang rendah biasanya mempunyai kadar kehadaman yang tinggi dan sebaliknya. Nilai ini akan meningkat dengan tempoh penuaian dengan nilai terendah adalah pada 50 hari (8.15%) diikuti oleh 70 hari (14.16%) dan 90 hari (18.91%). Lignin detergen asid Lignin detergen asid (ADL) merujuk kepada kandungan lignin dalam tumbuhan. Lignin ialah polimer kompleks yang berfungsi memberikan struktur sokongan kepada dinding sel tumbuhan, tetapi ia tidak mudah dihadam oleh kebanyakan haiwan. Nilai ADL digunakan untuk ia dapat menentukan kadar kehadaman dan nilai tenaga bersih bagi sesuatu bahan makanan. Bahan makanan yang mengandungi ADL yang tinggi boleh mengurangkan nilai pemakanan sesuatu bahan dan sebaliknya. Nilai ADL bagi daun M. oleifera dilihat semakin meningkat selari dengan peningkatan tempoh tuaian (Jadual 1). Tempoh tuaian pada hari ke-50 mencatatkan bacaan ADL terendah (6.69%) diikuti hari ke-70 (8.57%) dan hari ke-90 (11.28%). Bagi pembaca blog ini yang agak kurang faham akan bab ini boleh merujuk pakar nutrisi ternakan di JPV atau dimana sahaja.


Kajian mendapati jika hasil pengeluaran daun Moringa oleifera Hasil pengeluaran daun akan ia meningkat secara kuadratik negatif dengan tempoh penuaian. Tempoh penuaian 70 hari mencatatkan hasil daun tertinggi iaitu sebanyak 152.99 g/ pokok dengan peningkatan ketara sebanyak 98.57 g atau 64.43%. Kajian dapati juga jika hasil daun mulai menurun dengan ketara pada tempoh masa penuaian 90 hari iaitu sebanyak 56.69 g atau 37.05%. Alasan bagi penurunan hasil ini adalah disebabkan oleh proses penuaan semula jadi pokok di mana daun pokok kelor ini akan menjadi semakin kecil dan selalunya dilihat ia berubah warna kepada kekuningan dan gugur secara semula jadi. Hasil pengeluaran daun moringga ini yang terendah dicatatkan pada hari ke-50 iaitu sebanyak 54.42 g/pokok. Ini kerana pokok kelor ini yang muda menghasilkan jumlah daun yang sedikit. Pertumbuhan pokok kelor dan proses pertumbuhan akan terus meningkat secara linear positif dengan tempoh penuaian. Kelewatan penuaian pokok sehingga 70 hari selalunya ia akan menunjukkan peningkatan pertumbuhan pokok secara ketara sebanyak 54.36 cm bersamaan 52.27%. Penuaian berikutnya pada tempoh 90 hari pula turut mencatatkan peningkatan pertumbuhan pokok secara ketara iaitu sebanyak 35.26 cm bersamaan 33.9%. Sekiranya tempoh penuaian dipanjangkan, pokok akan mempunyai lebih banyak masa untuk membesar dengan menghasilkan lebih banyak kayu dan cabang yang akhirnya akan meningkatkan ketinggian keseluruhan pokok. Apa pun tanaman Moringa oleifera dimana ia mempunyai potensi yang besar untuk dijadikan sebagai sumber makanan alternatif ternakan. Melalui pendekatan pengurusan yang baik serta pemilihan tempoh penuaian yang optimum dilaporkan yang ia mampu meningkatkan hasil dan kualiti tanaman. Data kajian hasil daun dan komposisi nutrien menunjukkan bahawa walaupun pertumbuhan pokok berada pada kemuncaknya iaitu pada 90 hari, namun hasil daun dan kandungan nutrien akan berkurangan dengan ketara. Sebaliknya kajian dapati jika bahan kandungan nutrien adalah tertinggi semasa penuaian pada 50 hari. Apa pun perlu di ingat jika hasil daun adalah terendah masa itu. Disyorkan kepada penternak yang ingin menanam pokok moringga ini dapat laksanakan secara berkala pada selang masa 70 hari untuk memperoleh hasil daun yang tinggi dan kandungan nutrien yang optimum. 
Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yangsesuai di baca kesemuanya. Senuga usa menulis artikel ini memberi imu pengetahuan kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KELOR...SAMA POKOK MORINGGA...
MUDAH DI TANAM... DI MANA-MANA SAHAJA...
BANYAK KHASIAT... PELBAGAI KAJIANNYA...
UNTUK MANUSKA...BAGI TERNAKAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Syawal 1446H).

Tuesday, July 1, 2025

SEMBANG KISAH DAUN PALAS (PART 4)

DAUN PALAS
adalah sejenis daun popular iaitu daripada Pokok Palas (Lucasia spp) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Arecaceae ang sering digunakan sebagai tnaman landskap atau daunna diambil untuk dijadikan pembakut ketupat palas. Terdapat beberapa jenis pokok palas yang ada dinegara kita dengan kegunaan dan ciri-ciri marfologi yang berlainan. Penulis merujuk kepada beberapa rakan untuk mendapatkan informasi mengenai tumbuhan ini. Bagaimana pun penulis telah berkunjung ke Nong Nouch Palm Garden, Pattaya, Thailand pada tahun 2013. Taman ini mendakwa mempunyai lebih daripada 3,500 spesis palmae dari seluruh dunia yang dikumpulkan dalam sebuan taman luas yang menjadi tarikan pelancon di Pattaya. Ini termasuk beberapa spesis pokok palas yang mungkin sebahagian darinya datang dari negara kita terutama jenis liar dari Borneo. Pokok Palas Duri kurang diambil berat oleh petani tempatan untuk penanaman komersil kerana agak kurang permintaan bagi pengeluaran pucuk daun palas. Bagaimana pun bagi jenis Palas Kipas ianya menjadi komoditi pokok landskap yang mendapat permintaan dan pasaran sangat tinggi dipasaran. Nurseri swasta akan sentiasa membiakkan pokok palas kipas kerana ia mudah disediakan dan mudah dijual sama ada dialam pasu atau dalam polibeg. Kini pokok palas kipas ditanam di taman-taman riadah, keliling pejabat, premis perniagaan malahan dikawasan rumah. Pokok ini mudah dijaga dan memberikan keindahan kepada dunia landskap dengan tarikan tersendiri. Palas jenis lain agak kurang dikenali oleh orang ramai walau pun ia mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan pada masa akan datang. Artikel kali ini saya sembang dengan menulis beberapa artikel mengenai daun papas dan kisahnya dalam blog "Anim Agro Technology" sekadar menambah ilmu pengetahuan pembaca semua.


Bagi penulis blog memang suka membeli dan menikmati makanan tradisional yang banyak di jual di Pantai Timur iaitu Dodol Daun Palas. Media sinarharian.com laporkan bagaimana kisah 'Dodol daun palas masih menjadi pilihan' untuk disembangkan. 
Kisah dari Marang menarik bila dodol yang dibungkus secara tradisional menggunakan daun palas masih mendapat tempat di hati peminat juadah istimewa hari raya itu. Kampung Batangan yang terletak di Marang, kira-kira 25 kilometer dari Kuala Terengganu sememangnya terkenal dengan penghasilan dodol daun palas dan penduduk di situ menjadikan ia sebagai perusahaan yang diwarisi daripada generasi ke generasi.  Seorang daripada pembuat dodol daun palas di Kampung Batangan, Rojini Razak, 46, berkata rasa lemak manis dodol yang dicampur dengan aroma daun palas yang telah disalai atau dilayur menjadikan makanan tersebut sering dicari terutama pada Ramadan dan Aidilfitri. Kalau dahulu ada lebih kurang 15 orang yang buat dodol daun palas di kampung ini. Namun sekarang hanya tinggal dalam enam orang sahaja. Antara puncanya adalah kemahiran membuat dodol tersebut yang tidak diwarisi kepada generasi seterusnya. Jadi apabila pembuat dodol meninggal, anak-anak mereka tidak dapat meneruskan legasi yang ditinggalkan. Bagi Rojini yang mewarisi perusahaan dodol daun palas daripada arwah ibunya, Esah Mamat sejak 2014 berkata bagi menjaga kualiti dan rasa dodol, proses memasak dan mengacau makanan itu kebiasaannya memakan masa hingga lapan jam. Dodol yang dimasak secara tradisional menggunakan kayu arang juga lebih sedap berbanding menggunakan mesin kerana ia membuatkan dodol mudah hangus. Ada juga beberapa penduduk yang beli mesin membuat dodol tetapi tidak berapa lama kemudian terpaksa menjual mesin itu semula kerana pelanggan enggan memakan dodol yang dihasilkan daripada mesin. Selain itu katanya, daun palas yang digunakan untuk membungkus dodol juga perlu dilap sehingga betul-betul bersih dan kering bagi mengelakkan dodol cepat berkulat.  Rojini yang menjalankan perusahaan tersebut bersama suami, Mazlan Abdullah, 52, hanya memasak satu kawah dodol sebanyak dua kali seminggu memandangkan perlu juga mengambil masa untuk mencari dan menyalai daun palas serta membungkus dodol. Setiap kawah boleh menghasilkan sebanyak 4,000 unit bungkusan dodol daun palas yang kebanyakannya akan dibeli oleh peniaga, bukan sahaja untuk pasaran di sekitar Terengganu malah di negeri luar seperti Pahang dan Kedah. Ibu kepada enam anak itu berkata setiap unit bungkusan dodol dijual pada harga 18 sen seunit dan beliau meraih pendapatan kira-kira RM2,400 sebulan. Dia juga setakat ini telah menerima tempahan sebanyak 20,000 unit dodol daun palas sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Dodol ini kita memang buat sepanjang tahun walaupun bukan pada musim perayaan. Bila raya mungkin perlu buat banyak lagi kerana permintaan meningkat. Kalau hari biasa kita akan masak lapan kawah dodol sebulan tetapi untuk hari raya perlu tambah satu atau dua kawah lagi. Rojini berkata beliau kini sedang melatih kemahiran membuat dodol daun palas kepada anak sulungnya Nurul Fazlin Syahira, 26, supaya makanan tradisi tersebut tidak pupus ditelan arus kemodenan sekali gus terus diwarisi ahli keluarganya.
 

Menarik di laporkan dalam hmetro.com dimana 'Ketupat palas Mak Cik Nab popular' dimana ketupat palas menjadi satu daripada beraneka juadah tradisional yang mudah didapati pada kebiasaannya di bulan Ramadan dan Syawal khususnya di Terengganu. Ketupat ini sama ada dimakan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu, ramai yang menggemari juadah ini kerana rasa enak pulut yang dikukus dengan santan dan dibalut dengan daun palas yang kini semakin sukar didapati. Bagi Zainab Awang (61) pembuat ketupat palas berasal dari Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus, meskipun kini sukar mendapatkan daun palas bagi menghasilkan juadah itu, beliau tetap tidak putus asa memandangkan ia punca pencariannya sekeluarga sejak 18 tahun lalu. Dia yang selalu  mengupah orang kampung di Gemuruh mencari daun palas dengan bayaran RM30 bagi setiap 10 pelepah daun palas yang digunakan untuk menghasilkan ketupat kegemaran ramai itu. Dia pada mulanya memang tidak pandai mrmbuat ketupat dan cuba belajar dengan orang kampung, tapi dia tengok mak cik macam tidak pandai buat. Tapi makcik nekad belajar daripada orang lain dan selepas berjaya belajar, bermulalah jualan ketupat palas mak cik. Apa pun awalnya tidak ramai orang suka makan akan tetapi lama-kelamaan ketupat palas mak cik semakin mendapat sambutan dan hinggakan ada yang menempahnya untuk dibawa pulang termasuk dari Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Malah ada yang menempahnya untuk dibawa ke Arab Saudi. Kini Zainab yang dibantu oleh anak-anaknya meneruskan jualan ketupat palas pada bulan Ramadan ini di sekitar kawasan kampung itu dengan purata pendapatan lebih RM180 sehari. Bulan puasa selalunya seawal pagi selepas waktu sahur akan mula mengukus pulut sebanyak 15 kilogram yang boleh menghasilkan sehingga 375 biji ketupat. Dia akan sediakan santan sebelum di'arong' (adun) dengan pulut, dimasak dahulu supaya ketupat boleh tahan lebih lama dan tidak cepat basi. Menyedari persaingan daripada pembuat ketupat palas yang lain di sekitar Kuala Terengganu dan kampungnya, Zainab kekal menjual ketupat dengan harga 50 sen sebiji meskipun berdepan kenaikan harga barangan dan Cukai Barang dan Perkhidmatan. Dia tidak akan mengambil untung lebih pun..boleh makan anak-beranak pun dah syukur sangat...sebab ini sahaja yang mampu mak cik lakukan untuk bantu keluarga.


Kisah bagaimana 'Daun palas sumber rezeki Ramadan OKU' juga sesuai di kongsikan kisahnya. Kisah dari Sungai Petani, Kedah dimana kedatangan Syawal memberi idea kepada seorang orang kurang upaya (OKU) untuk meraih pendapatan dengan menjual daun palas. 
Bagi Muhammad Azamirudin (26) dari Bandar Puteri Jaya berkata, idea itu tercetus apabila memikirkan kepayahan orang ramai mendapatkan daun palas bagi menghasilkan ketupat. Biarpun menggunakan kerusi roda sepenuh masa namun dengan bantuan rakan niaga serta sahabat yang sentiasa menyokong membuatkan dia makin bersemangat untuk meneruskan jualan daun palas. Apa pun dakwanya dimana permintaan juga tinggi menyebabkan stok perlu sentiasa ditambah dari masa ke masa dimana dia akan menjual daun palas di hadapan rumahnya. Dia yang juga merupakan Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti tidak boleh memandu namun menggunakan khidmat rakan yang diupah untuk mengambil stok atau menghantar daun palas kepada pelanggan. Kalau sebelum ini dia pernah jual ikan laga kali ini jual daun palas pula sebab tahu memang ada ramai yang perlukannya. Selain jual kepada kawan-kawan terdekat di rumah, saya juga iklankan melalui media sosial. Pelanggan yang dekat saya akan hantar ke rumah tetapi jika jauh saya akan pos atau tumpang khidmat pemandu lain yang diupah. Kini dia memperoleh keuntungan kira-kira 30 hingga 40 sen bagi setiap satu kaki daun palas yang diambil di beberapa kawasan dalam dan luar daerah. Biarpun hanya berkerusi roda namun ia tidak menghalang Muhammad Azamirudin memberi khidmat kepada masyarakat. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna untuk pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAUN PALAS... ADA KEGUNAANNYA...
ANYAMAN KETUPAT...KUIH LAIN JUGA...
SEMAKIN PUPUS... SUSAH MENCARINYA...
MEMBACA ARTIKEL... SERONOK JUGA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Zulhijjah 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...