Support My Blog

Monday, February 12, 2024

KARBON KREDIT DAN ISUNYA

KREDIT KARBON
(Carbon Credit) adalah semacam cara atau kebenaran yang mewakili tiap 1 unit karbon dioksida yang dilepaskann ke atmosfera. Biasanya kredit karbon dibeli oleh negara yang mempunyai industri atau kilang perusahaan sebagai hak dari negara mereka untuk mengeluarkan iaitu sejumlah pelepasan (emmision) karbon atau gas rumah kaca dalam proses industrinya. Ketika sebuah perusahaan membeli kredit karbon maka biasanya dari kerajaan mereka maka perusahaan tersebut akan mendapatkan kebenaran untuk menghasilkan satu tan emisi gas CO2 atau karbon dioksida ke atomesfera. Kemudian dengan kredit karbon sebahagian dari pendapatan dari industri yang keluarkan karbon akan mengalir secara vertikal dari perusahaan ke regulator walau pun ada perusahaan yang berakhir dengan kelebihan kredit pun dapat menjualnya ke negara yang memerlukannya. Individu atau perusahaan yang ingin mengimbangkan pelepasan gas rumah kaca mereka sendiri dapat membeli kredit karbon tersebut melalui perantara atau secara langsung melakukan 'carbon offsetting'. Sementara itu carbon offsetting merupakan skim yang memungkinkan individu dan perusahaan untuk dapat mmelaburkan didalam projek kelestarian di seluruh dunia untuk menyeimbangkan keseimbangan karbon mereka sendiri. Penulis blog merujuk dari laporan IPCC iaitu 'Climate Change 2021' yang menyatakan dimana pengaruh manusia menyebabkan pemanasan global yang signifikan dan perkara ini akan sangat bergantung pada perlepasan gas rumah kaca atau emisi karbon. Malaysia sendiri telah berkomitmen dalam usaha mengurangi pelepasan karbonnya. Perubahan iklim dunia merupakan agenda yang penting bagi kebanyakan negara maju di dunia pada hari ini. Mereka telah berusaha membangunkan teknologi masing-masing untuk tujuan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera bumi. Antara teknologi yang berkembang pesat pada ketika ini untuk menghalang kesan pemanasan bumi adalah wujudnya kenderaan yang mana ia menggunakan kuasa elektrik untuk berfungsi. Amerika Syarikat merupakan negara yang memberi tumpuan serius terhadap perubahan iklim dunia. Preiden Joe Biden yang merupakan presiden Amerika Syarikat yang ke-46 pernah berikrar akan memberi bantuan yang sewajarnya kepada mana-mana syarikat yang membangunkan teknologi hijau di negara tersebut. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya  kongsikan beberapa perkara mengenai kredit karbon isu-isunya untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Selalu didengar di mana sahaja isu mengenai isu '
Perubahan Iklim Dunia' yang merupakan agenda yang penting bagi kebanyakan negara maju di dunia pada hari ini. Banyak negara telah membangunkan teknologi masing-masing untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti pelepasan gas karbon dioksida (CO2) ke atmosfera bumi. Antara teknologi yang berkembang pesat pada ketika ini untuk menghalang kesan pemanasan bumi adalah wujudnya kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik untuk berfungsi (seperti kereta TESLA). Dilaorkan dimana di USA merupakan merupakan negara yang memberi tumpuan serius terhadap perubahan iklim dunia. Presiden USA termasuk Joe Biden yang merupakan presiden Amerika Syarikat yang ke-46 telah berikrar akan memberi bantuan yang sewajarnya kepada mana-mana syarikat yang ingin membangunkan teknologi hijau di negara tersebut. Beliau juga menjemput negara-negara maju dan negara yang sedang membangun di dunia untuk sama-sama berbincang menegnai kesan pemanasan global. Kalau sebelum ini kebanyakan negara perindustrian bersetuju untuk mengawal pengeluaran karbon dioksida melalui Protokol Kyoto. Kebanyakan negara telah bersetuju untuk mengurangkan karbon dioksida melalui kaedah yang dinamakan carbon trading. Istilan 'Carbon trading' dilaporkan ia merupakan kaedah di mana sesebuah negara mempunyai kadar tertentu yang dibenarkan untuk melepaskan gas karbon dioksida ke udara. Setiap negara mempunyai kuota berdasarkan perindustrian yang ada di dalam negara tersebut. Kuota yang diberikan kepada negara adalah di dalam bentuk permit, di mana permit ini boleh dijual kepada mana-mana negara perindustrian lain jika negara tersebut tidak mahu menggunakannya. Kebanyakan negara perindustrian membeli permit daripada negara membangun yang menyertai Protokol Kyoto ini, di mana kebanyakan negara membangun dan miskin tidak mempunyai pelepasan karbon dioksida yang tinggi. Selain daripada ianya boleh dijual di antara negara, permit ini juga boleh dijual di antara satu kilang kepada kilang yang lain di dalam negara yang sama. Jika kilang A tidak menggunakan sepenuhnya permit yang diberi kepadanya, kilang A boleh menjual permit tersebut kepada kilang B. Kebiasannya harga permit pelepasan karbon dioksida ini dikira dalam unit tan metrik. Harganya pula sama seperti harga saham atau komoditi yang bergantung kepada permintaan dan pengeluaran (supply and demand). Hedge fund turut melakukan trading terhadap carbon trading ini kerana ianya mempunyai nilai dalam pasaran negara maju. Kesatuan Eropah merupakan negara yang paling aktif melakukan trading ini kerana peraturan yang semakin ketat terhadap pelepasan karbon dioksida di kalangan ahli kesatuan tersebut. Jika dilihat di atas kertas, sistem ini dapat mengurangkan kesan perubahan cuaca namum hakikatnya ia tidaklah seperti yang digambarkan. Walaupun ada negara yang mematuhi protokol tersebut, ada juga negara yang menipu dan melakukan rasuah. Bagi tujuan mengatasi masalah perubahan cuaca ini, ianya bukanlah perkara yang mudah untuk diselesaikan. Cara paling mudah dan semula jadi adalah dengan menanam kembali pokok-pokok yang telah ditebang. Walaupun ia nampak mudah, banyak negara tidak mampu melakukannya. Kini wujud pula teknologi yang terbaru iaitu teknologi untuk memerangkap korbon dioksida dalam atmosfera bumi. Teknologi ini merupakan salah satu altenatif yang dibangunkan oleh negara maju bagi mengurangkan karbon dioksida di udara. Masalah yang timbul mengenai teknologi ini adalah, sekiranya karbon dioksida telah diserap oleh perangkap karbon dioksida, ke mana pula ianya akan disalurkan?. Hanya syarikat petroleum saja yang berminat untuk mendapatkan karbon dioksida untuk digunakan dalam proses pencairan petroleum yang digali di dalam perut bumi.


Di Malaysia portal berita bernama.com laporkan '
Syarikat kredit karbon pertama Malaysia akan imbangi pelepasan karbon dioksida' sesuai bagi dirujuk. 
Dalam konteks hutan, stok karbon merujuk kepada jumlah karbon yang disimpan di dalam ekosistem hutan dunia, sebahagian besarnya biojisim kehidupan dan tanah. Syarikat kredit karbon pertama Malaysia berharap lebih banyak negeri akan mengikuti langkah Kelantan yang memperuntukkan 25 peratus kawasan tanahnya untuk dilindungi serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2). Berdasarkan program usaha sama dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu untuk 'Melindungi Alam Sekitar daripada Pemusnahan Hutan dan Degradasi (REDD)' dimana Climate Change Protector (CCP) Sdn Bhd diperuntukkan 396,000 hektar hutan untuk tujuan melindungi flora dan fauna kawasan itu. Syarikat berkenaan yang membuat pengkhususan dalam tenaga boleh baharu dan lestari, memperoleh projek itu menerusi inisiatif REDD PBB membabitkan tempoh konsesi 30 tahun dengan kerajaan negeri Kelantan. Ketua Pegawai Eksekutif CCP Tang Too Siah berkata pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) pada 9 Jan itu merupakan inisiatif kerajaan Kelantan untuk melindungi kawasan berkenaan daripada aktiviti perlombongan yang sah dan haram. Bagi saiz (kawasan) luas dimana inilah kali pertama kerajaan memperuntukkan 25% tanahnya untuk tujuan komitmen terbabit. Diaporkan matlamat keseluruhan program adalah untuk mengurangkan pelepasan hutan dan meningkatkan stok karbon dalam hutan dan pada masa yang sama menyumbang kepada pembangunan lestari negara. Dalam konteks hutan dimana 'stok karbon' adaah ia merujuk kepada jumlah karbon yang disimpan di dalam ekosistem hutan dunia dimana sebahagian besarnya biojisim kehidupan dan tanah. Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh pihak Greenpeace International pada Mac 2013 iaitu isu mengenai 'Mengenal pasti Stok Karbon Tinggi untuk Dilindungi' telah menyatakan hutan tropika mengandungi kandungan karbon yang tinggi, menyimpan biodiversiti penting yang kritikal untuk kehidupan komuniti tempatan. Penukaran hutan kepada pertanian atau perladangan merupakan antara pelepasan terbesar gas rumah hijau. CO2 ialah antara punca utama kesan rumah hijau dimana ia sebagaian besarnya dihasilkan oleh industri pembuatan. Apa pun memandangkan CCP merupakan syarikat perdagangan kredit karbon, matlamat kami adalah untuk mengimbangi pelepasan CO2 menerusi pemuliharan yang kami jalankan. Pada masa ini, industri diperuntukkan jumlah tertentu pencemaran dalam bentuk sijil (perakuan) yang boleh dijual beli atau permit yang membolehkan hak untuk melepaskan satu tan CO2 atau gas rumah hijau lain. Sebaik sahaja industri mencapai kuota mereka dilaporkan mereka perlu membeli lebih banyak karbon kredit bagi menambah had semasa. Pada masa ini, syarikat itu menyasarkan pasaran Eropah. Mengenai prospek inisiatif ini di laporkan mereka menyediakan aliran tunai positif antara kerajaan negeri dan syarikat itu, yang dijangkakan masing-masing sebanyak 55% dan 45% daripada pendapatan. Apa pun pulangan akan dapat dilihat selepas penilaian dan pengesahan saintifik mengenai jumlah stok karbon yang boleh diperoleh. Ini dilakukan oleh juruaudit PBB bertauliah dalam tempoh 24 bulan mulai tarikh MoA ditandatangani," katanya. Selain pulangan keuntungan, kerajaan akan menerima dron terkini, pengimbas haba dan teknologi pemantauan, secara percuma. Satu pasukan petugas bersama akan ditubuhkan untuk memantau kawasan bagi mengesan aktiviti haram. Syarikat itu akan menggunakan teknologi terkini, yang kemudiannya akan diserahkan kepada kerajaan secara percuma, termasuk perkakasan dan perisian. Kini komitmen Malaysia ke arah pemuliharaan hutan hujan semula jadi tropika dilihat sebagai inisiatif yang positif, memandangkan negara ini merupakan antara peneraju dalam penghasilan minyak sawit mentah.


Menarik berita didalam portal bh.com.my yang bertajuk '
BCX buat lelongan sulung kontrak kredit karbon' yang berlaku di Malaysia baru-baru ini. Dri Kuala Kumpur pihak Bursa Carbon Exchange (BCX) mengadakan lelongan kredit karbon sulung negara dengan jayanya (Sila lihat foto disebelah). Apa pun lelongan sulung itu berjaya menarik 15 pembeli pelbagai industri yang membeli sejumlah 150,000 kredit karbon berdaftar Verra. Lelongan kredit karbon itu dikendalikan BCX, anak syarikat Bursa Malaysia Bhd pada 16 Mac 2023 dan dilaksanakan secara elektronik. Sebagai bursa karbon patuh Syariah pertama di dunia, BCX membolehkan perdagangan kontrak piawaian dengan kredit karbon asas daripada projek dan penyelesaian mesra iklim, yang boleh digunakan oleh korporat untuk mengimbangi jejak pelepasan dan memenuhi matlamat iklim. Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift, berkata pihaknya amat gembira dengan kejayaan pelaksanaan lelongan sulung itu. Lelongan sulung itu telah meningkatkan tahap kesedaran pasaran karbon sukarela (VCM) dan peluang mengimbangi karbon di negara ini. BSKL kini mempunyai mekanisme pasaran terbukti yang menyediakan penemuan harga. Ini adalah langkah ketara ke arah membuka potensi Malaysia sebagai pembekal kredit karbon berkualiti tinggi. Dengan pencapaian penting itu, lelongan berkenaan memudahkan penemuan harga kredit karbon daripada dua produk baharu yang ditawarkan oleh BCX - Kontrak Karbon Berasaskan Teknologi Global (GTC) dan Kontrak Karbon Tambah Berasaskan Alam Semula Jadi Global (GNC+). Kontrak GTC menampilkan kredit karbon daripada Projek Penjanaan dan Pemulihan Kuasa Biogas Linshu di China. Projek itu mempunyai manfaat yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu menjana tenaga bersih (SDG 7), menyediakan kerja yang baik (SDG 8) dan menangani perubahan iklim dengan mengurangkan pelarian kebocoran pelepasan metana ke atmosfera (SDG 13). Kontrak GTC terlebih langgan dan penjelasan pada RM18.50 setiap kontrak. GNC+ Contracts menampilkan kredit karbon daripada Southern Cardamom Project, iaitu projek REDD+ (Mengurangkan Pelepasan daripada Penebangan Hutan dan Degradasi Hutan) dari Kemboja yang datang dengan piawaian iklim, komuniti dan biodiversiti (CCB) menyediakan tambahan faedah bersama, menyumbang kepada kehidupan masyarakat tempatan dan pemuliharaan biodiversiti di Hotspot Biodiversiti Indo-Burma. Kontrak GNC+ memperoleh harga penjelasan RM68.00 setiap kontrak pada lelongan. Kedua-dua projek telah dipilih dengan teliti untuk merangsang minat tempatan terhadap pembangunan projek mengimbangi karbon. Ada terdapat minat yang kukuh dan isyarat harga yang sihat oleh sektor korporat domestik, terutamanya syarikat berkaitan kerajaan dan institusi kewangan, yang menunjukkan kepimpinan mereka dalam ruang VCM yang mana ia sedang  berkembang di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERDAGANGAN BARU... RAMAI BERTANYA...
KREDIT KARBON...MENGUBAH IKLIM DUNIA...
BURSA BCX...150,000 DAFTAR DI VERRA...
MEMBACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 RabiulAwal 1445H).
SALAM MAULIDULRASUL 1445H.

Sunday, February 11, 2024

KATAK DI TIMPA KEMARAU

Peribahasa lama iaitu 'KATAK DITIMPA KEMARAU' mungkin ramai warga tempatan kurang tahu mengenainya tetapi masih digunakan di rantau nusantara. DI Malaysia lazimnya isu cuaca ada beberapa musim iaitu Musim Hujan (monsoon) dan juga Musim Panas (Agak Kemarau) setiap tahun dimana keduanya selalu dilihat boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat tempatan. Apabila tiba musim hujan iaitu selalunya berlaku pada penghujung tahun dan awal tahun sering berlaku banjir disana-sini dimana ianya boleh menyebabkan ada ramai juga penduduk yang kemudian  dipindahkan ke Pusat Perpindahan Sementara (PPS) sehingga banjir surut sepenohnya. Sebaliknya pada musim panas pula berlaku  sekali dengan suhu tinggi dan kemarau dimana selalu akan ada banyak kolam air pertanian yang kering sehinggakan kes penanaman sayur yang mana ia perlukan banyak air terhenti. Pada musim kemarau inilah berlaku kekurangan air di empangan-empangan untuk membekalkan air bersih kepada perumahan dan industri dimana jika berlaku kekurangan air simpanan di resevoir maka akan dilakukan hujan tiruan dan penghantaran lori tangki membawa air kekawasan perumahan yang dicatu airnya. Berbalik kepad peribahasa 'Katak di timpa kemarau' amat berkait kiasan ini dengan kehidupan masyarakat masa kini. Peribahasa ini membawa maksud 'Berkeluh-kesah dengan tidak keruan' atau "berkeluh kesah tidak tahu sebabnya' dimana ia masih berlaku dalam masyarakat. Dalam beberapa jurnal dilaporkan dimana m
anusia menurut sifat semula jadinya adalah sentiasa dalam berkeluh kesah dan dalam kebimbangan apatah lagi jika ditimpa oleh sesuatu musibah atau bencana. Maka ketika itulah mereka perlu sentiasa berdoa dengan hati yang penuh harapan dan bersungguh-sungguh serta perasaan hiba dan memohon agar terlepas dari segala bencana yang menimpa. Bagaimana pun lazimnya bagi manusia ini terlalu cepat lupa lebih-lebih lagi ketika dia dikurniakan dengan berbagai-bagai kemewahan, kesenangan, wang ringgit, pangkat dan sebagainya, Maka ramai kalangan manusia dengan mudah saja lalai setelah diberikan segala kemewahan dan kesenangan tersebut. Malah ada pula mereka ini dengan angkuhnya mereka sanggup melakukan sesuatu dengan arahan hawa nafsu mereka sahaja. Maka timbullah rasa kedekut serta bakhil untuk membelanjakan harta-harta itu pada jalan yang berkebajikan. Seolah-olah segala kekayaan itu mereka perolehi hasil dari kebijaksanaan dan kekuatan tenaga mereka sendiri. Apa pun sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat gelisah lagi bakhil. Apabila dia ditimpa kesusahan kemudian maka dia berkeluh kesah. Selalu pula mereka akan ingat tuhan ketika di dalam kesempitan dan dengan mudah juga melupakannya ketika berada di dalam kemewahan yang melimpah ruah seperti mana kisah yang terjadi kepada Firaun. Disebabkan kemewahan, kebesaran serta kekayaan sebagai contoh dimana akhirnya Firaun telah mengakui dirinya sebagai Tuhan dan telah mengarahkan sekalian manusia di zamannya agar menyembahnya. Apa pun setelah diturunkan malapetaka atas kelalaiannya maka barulah ia mahu kembali akan tetapi semuanya sudah terlambat. Perlu diingat bahawa orang yang takwa di kala ditimpa kesusahan dan melupakannya dikala senang adalah manusia yang tidak tahu mensyukuri nikmat yang diberikan. Sama-samalah kita menanamkan sifat suka bersyukur atas segala nikmatnya di dalam apa jua keadaan sama ada ketika dalam kesulitan mahupun di dalam kemewahan. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas peribahasa diatas dalam pendekatan pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Penulis blog merujuk kepada portal MetMalaysia yang menyatakan dimana iklim ditakrifkan sebagai cuaca purata atau lebih terperinci sebagai keterangan statistik dalam bab purata dan juga  kepelbagaian kuantiti yang berkaitan untuk tempoh masa bermula dari bulan ke ribuan atau jutaan tahun. Tempoh yang biasa digunapakai adalah 30 tahun iaitu sebagaimana ditakrifkan oleh pihak Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO). Kuantiti yang biasa adalah seperti suhu permukaan, jumlah hujan dan angin. Iklim dalam ertikata luas adalah keadaan, termasuk keterangan statistik untuk sistem iklim. Sistem iklim adalah sistem yang sangat kompleks yang terdiri daripada lima komponen utama termasuk komponen atmosfera, hidrosfera, cryosphere, permukaan tanah dan biosfera, dan interaksi di antara mereka. Sistem iklim berubah dengan masa di bawah pengaruh dinamik dalamannya sendiri dan akibat pendorong luaran seperti letusan gunung berapi, variasi sinaran matahari dan kegiatan manusia yang menyebabkan perubahan komposisi atmosfera dan perubahan penggunaan tanah. Apa pun kepada pembaca blog ini penting untuk ketahui asas kepada Iklim Malaysia. Ciri-ciri iklim Malaysia ialah dimana ia mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia yang terletak di kawasan doldrum khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung meski pun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut. Terdapat tiga keadaan iklim di Malaysia yang semua penduduk Malaysia perlu tahu. Pertama adalah Monsun Timur Laut yang bermula pada bulan November hingga Mac dimana tuipan angin lazimnya adalah dari arah timur laut iaitu dengan tahap kelajuan angin 10-30 knot. Pada masa ini keadaan musim yang lembab (anggaran 4-5 luruan monsoon yang boleh menyebabkan banjir) terutama dikawasan yang rendah dan selalu banjir. Kedua adalah Monsun Barat Daya yang mana ia bermula pada bulan Mei hingga September setiap tahun dengan kadar kelajuan angin Lazim Dari Arah Barat Daya dan kelajuan angin kurang dari 15 knot. Pada masa ini dimana ia adalah musim Yang Relatif Kering dan terkecuali Sabah. Mungkin pada masa inilah katak-katak akan titimpa kemarau. Ketiga adalah Tempoh Peralihan Monsun dimana ia selalu bermula pada hujung bulan Mac hingga awal Mei dan Oktober hingga pertengahan November dimana tiupan angin adalah lemah dari pelbagai arah seperti palung Khatulistiwa merentangi Malaysia diman masa ini kerap berlaku ribut petir pada waktu petang. Apa pun dilaporkan dimana dalam tempoh dari April hingga November bila mana taufan kerap kali terbentuk di barat Pasifik dan bergerak ke arah barat merentasi Filipina, angin barat daya di kawasan barat laut pantai Sabah dan kawasan Sarawak menjadi lebih kuat dan boleh mencapai 20 knot atau lebih. Sebagai negara dikelilingi laut, kesan bayu laut dan bayu darat ke atas corak tiupan angin adalah besar terutamanya semasa hari tidak berawan. Pada keadaan petang yang terang cahaya matahari, bayu laut dengan kelajuan antara 10 dan 15 knot selalunya terjadi dan bayu ini boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan pendalaman. Dalam keadaan malam langit terang, proses sebaliknya berlaku di mana bayu darat yang lebih lemah kelajuannya boleh terjadi di kawasan pantai.


KATAK (Frogs) merupakan sejenis haiwan amfibia yang mudah kita jumpai dikawasan lembab di dalam hutan, belukar, keliling rumah dan tepi parit. Katak merupakan haiwan unik kerana ia mempunyai pergerakan 'Melompat' yang dahulunya digelar Salientia. Katak dewasa apa yang saya lihat memang mempunyai kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata terjojol keluar dan memang tidak berekor. Kebanyakan katak mempunyai kitaran hidup berperingkat iaitu daripada peringkat telur, berudu, anak katak sehingga kepada peringkat dewasa dalam masa tertentu bergantung kepada spesis katak. Katak juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat atau pandai berenang didalam air. Katak dewasa juga merupakan haiwan pemangsa maging yang gemar memakan haiwan artropod iaitu terutamanya serangga, annelid dan gastropod. Katak haiwan paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam terutamanya ketika musim ia mengawan. Katak boleh didapati dari kawasan tropika hingga ke kawasan sejuk sub-artik walau pun kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak juga merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian melibatkan lebih 5,000 spesis yang dikenali. Walau pun bila sahaja mendengar namanya ramai akan rasa 'Geli Geleman', tetapi kini terdapat beberapa spesis katak yang sesuai diternak dan dimakan oleh sesetengah manusia sebagai makanan eksotik. 
Di Indonesia didapati spesis katak Lembu merupakan yang paling banyak diternak. Kriteria lokasi cara berternak katak lembu dikawasan agak sejuk dengan ketinggian lokasi yang ideal sekitar 1,600 kaki dari paras laut. Keadaan topografi tanag tidak bercuram atau tidak terlalu mendatar asalkan mempunyai sumber air yang jernih atau sedikit tercampur lumpur untuk hidup. Lazimnya punca air yang jernih akan dapat melancarkan proses penetasan telur. Katak atau di panggil Kodok ini dapat hidup di air yang bersuhu 2 - 35 celcius dimana pada waktu penetasan telur adalah sekitar 24 - 27 celcius dengan kelembapan disekeliling sekitar 60–65%. Kualiti air terbaik mengandungi oksigen lebih kurang 5-6 ppm atau minimum 3 ppm dan kandungan untuk karbon dioksida terlarut tidak kian lebih 25 ppm. Sebaiknya kandang ternakan adalah dekat dengan sumber air dan sumber air dapat masuk dan keluar dengan lancar dan bebas dari kekeringan atau elakkan dari kebanjiran.


Merujuk kepada portal bharian.com bertajuk '
Cuaca panas di Malaysia disebabkan fenomena Ayunan Madden-Julian' agak menarik ditulis semula dan di kongsikan selari dengan peribahasa diatas. MALAYSIA tidak terkecuali dilanda gelombang haba yang tinggi sehingga dikejutkan dengan satu kes kematian setakat ini, membabitkan membabitkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari Kampung Perupok, Bachok, Kelantan disebabkan keadaan cuaca terlalu panas. Apa yang lebih membimbangkan apabila pusat ramalan iklim APEC Climate Center di Busan, Korea meramalkan dimana El Nino kuat dijangka akan berlaku bermula Jun, sekali gus menyebabkan di Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih kering dan panas bermula Jun hingga Oktober depan. Pakar Klimatologi dan Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) iaitu Dr Fredolin Tajudin Tangang ada beritahu cuaca panas di negara ini akan berakhir dalam masa terdekat dengan kadar hujan dan suhu mulai turun. Pada April hingga Mei apabila musim peralihan monsun dengan keadaan cuaca dicirikan oleh kejadian ribut petir dan hujan lebat pada petang, lewat petang dan malam, terutama di bahagian pantai barat Semenanjung dan khususnya di kawasan Lembah Klang. Kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia secara puratanya menerima hujan tertinggi semasa musim peralihan monsun pada April hingga Mei. Kini mekanisme ini dilemahkan oleh fenomena Ayunan Madden-Julian yang merentasi kawasan Malaysia dan Indonesia dari Lautan Hindi ke Lautan Pasifik, menurut ramalan Pusat Ramalan Iklim di Amerika Syarikat iaitu sejak awal April apabila Malaysia di dominasi oleh pusat tekanan tinggi berskala besar yang kesannya mengurangkan perolakan dan pencapahan kelembapan dari Malaysia. Akibatnya kesan cuaca kering dan kurang litupan awan berlaku sejak awal April. Keadaan kurang litupan awan meningkatkan pancaran matahari sampai ke permukaan bumi dan ini meningkatkan penyerapan haba dan suhu meningkat. Ketiadaan hujan yang boleh bertindak sebagai mekanisme penyejukan penyejatan dan keadaan angin yang agak lemah dalam musim monsun peralihan menyebabkan haba tidak dapat diangkut dari kawasan kita dan menyebabkan panas berpanjangan. Cuaca panas disebabkan Ayunan Madden-Julian adalah keadaan dan diramalkanan dikeluarkan 1 Mei lalu menunjukkan Malaysia didominasi sistem tekanan rendah berskala besar yang akan meningkatkan curahan hujan, keadaan atmosfera tidak stabil dan mengukuhkan kejadian ribut petir serta hujan lebat, terutama di pantai Barat Semenanjung Malaysia. Cuaca panas sejak bulan lalu disebabkan fenomena Ayunan Madden-Julian ini dan sebahagian daripada mod keragaman iklim akibat interaksi lautan dan atmosfera. Gelombang haba lebih teruk sejak April, di Thailand, Loas, Pakistan dan India dilihat berbeza dengan Malaysia kerana negara itu menerima hujan paling minimum dan sangat kurang litupan awan. Dari segi perbezaan musim dan kecondongan paksi bumi menyebabkan pergerakan matahari merentasi khatulistiwa ke utara. Pada sekitar 21 Mac berlaku fenomena Equinox yang menunjukkan matahari merentasi Khatulistiwa dimana disekitar April negara seperti Thailand dan Laos menerima pancaran matahari yang maksimum. Hujan di kawasan ini akan bermula pada Jun apabila angin monsun musim panas bertiup dari Lautan Hindi dan keadaan yang panas akan berlaku seperti di Thailand, namun di Malaysia dimana ia tidak didomiansi oleh keadaan cuaca berawan serta ribut petir semasa musim monsun peralihan ini. Akan tetapi Ayunan Madden-Julian yang merentasi kawasan kita merubah keadaan ini dan menjadikan keadaan kurang berawan 
Info mengenai Ayunan Madden-Julian. Info asas dimana dengan keadaan ribut petir dan cuaca lembap berlaku disebabkan fenomena dipanggil sebagai 'Madden-Julian Oscillation (MJO)' atau Ayunan Madden-Julian. Fenomena ini sebahagian keragaman iklim dalam musim di kawasan tropika yang berayun dengan kekerapan sekali dalam tempoh 20/60 hari. Fenomena MJO sering berlaku ketika ketiadaan fenomena El Nino atau La Nina. Bagaimanapun, fenomena MJO boleh memperkukuhkan proses penjanaan fenomena El Nino. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini berkaitan peribahasa 'Katak ditimpa kemarau' untuk dijadikan bahan rujukkan semua. Wasallam!!!...
BAGAI KATAK... KEMARAU DILALUINYA....
JIKA KELUH KESAH..TAK TAU SEBABNYA...
KATAK SUKA LEMBAB... AIR PERLU ADA...
MUSIM HUJAN,... KEMARAU ADA ISUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 235, Grand Darul Makmur Hotel,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(27 RabiulAKhir 1445H).

Saturday, February 10, 2024

CACING ANISAKIS DALAM MAKANAN LAUT?

CACING ANISAKIS
(Anisakis spp) merupsksn sejenis cacing ne
matoda parasit yang menyerang ikan dan juga mamalia laut. Cacing ini juga dapat menyerang manusia yang telah memakan ikan mentah dan is boleh menyebabkan penyakit anisakiasis. Dalam beberapa kes dilaporkan tubuh dapat menghasilkan imunoglobulin E untuk melawan parasit ini dan memberikan kesan keradangan seperti anafilaksis. Di Malaysia dimana pengesahan penemuan parasit cacing uang dilaporkan media di dalam produk tin sardin baru baru ini ternyata memberi kesan kepada masyarakat. Produk yang di import dari China tersebut di sahkan mengandungi parasit cacing jenis Anisarkis. Banyak persoalan timbul mengapakah terdapat cacing di dalam ikan sardin dan adakah parasit ini merbahaya dan mengancam kesihatan terus viral. Nama saintifik bagi cacing yang dikenlpasti ini dari jenis Anisarkis simplex yang sering ditemui di dalam ikan herring, ikan mackerel dan ikan sardin. Cacing ini boleh membesar saiznya sehingga 2 cm panjang ,tidak berwarna dan sering ditemui melingkar di dalam perut ikan. Dilaporkan dimana parasit seperti cacing sememangnya sering di temui didalam perut dan daging ikan dan kebiasaannya ramai pengguna TIDAK menyedari akan kehadiran parasit ini Cara cacing ini boleh menjangkiti ikan apabila Parasit Anisakis mempunyai kitaran hidup yang kompleks dan perlu melalui pelbagai perumah yang berbeza seperti ikan, udang, sotong dan biasanya berakhir di haiwan mamalia laut seperti ikan lumba lumba, ikan paus dan anjing laut. Cara memakan ikan mentah dan tidak di masak dengan sempurna selalunya apa yang penulis blog baca adalah ia akan meningkatkan risiko jangkitan ini. Lazimnya jenis ikan yang bersaiz besar mengandungi jumlah cacing yang lebih banyak. Ini kerana saiz ikan yang besar akan makan lebih banyak dan menelan jumlah parasit lebih banyak dan saiz lebih besar. Selalunya dilaporkan jenis ikan liar yang ditangkap si laut atau perairan luas adalah lebih berisiko dari ikan di dalam sangkar. Kajian saintisa menyatakan dimana diantara kawasan yang memiliki kes-kes jangkitan yang tinggi adalah negara Scandinavia, Jepun, Belanda, Sepanyol dan negara di sekitar Lautan Pasifik. Kita di Malaysia agak kurang risiko berbanding dengan negara yang disenaraikan diatas tetapi peliknya ramai rakyat Malaysia yang suka makan sardin dalam tin dimana sudah di viralkan menyebabkan kurang orang makan sadin ketika isu tersebut. Artikel pada subuh Khamis ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" artike ke 7,892 mengenai apakah dia cacing anisakis untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.


Persoalan bolehkah cacing ini memberi kesan negatif kepada manusia menjadi perbincangan yang serius. Dilaporkan dimana sebenarnya cacing ini BOLEH menjangkiti manusia dan menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai Penyakit Anisakiasis. Dilaporkan dimana dalam tempoh beberapa jam selepas termakan cacing ini maka ia akan cuba menembusi dinding usus manusia. Setelah gagal menembusi maka ia akan terperangkap di usus dimana ia kemudian akan mati. Hal ini akan merangsang imun tubuh yang menyebabkan tindak balas alahan kemudian. Bagaimana pun bagi inidividu yang mempunyai alahan kepada parasit ini dilaporkan berlaku pula gejala alahan akan muncul seperti gatal gatal dan ruam. Apa pun dilaporkan diantara gejala lain yang boleh berlaku adalah termasuk tanda sakit perut secara tiba tiba serta muntah.  Dalam kes yang lebih serius dimana kesan alahan kepada cacing ini boleh menyebabkan alahan teruk yang boleh menyebabkan kematian. Beberapa langlah bagaimanakah cara untuk mencegah jangkitan dimana salah satunya cara untuk mencegah jangkitan ini adalah dengan membersihkan ikan dan memeriksa isi ikan sebelum memasaknya. Apa yang perlu dibuat yang penulis blog faham adalah dengan mana pada bahagian perut merupakan 'sarang' utama cacing ini dipastikan mesti dicuci bahagian ini dengan sempurna. Kajian mendapati dimana cacing anisakiasis boleh dicegah dengan memasaknya pada suhu lebih tinggi daripada 60 ° C atau dengan cara membekukannya dimana pihak FDA juga mengesyorkan semua jenis makanan laut perlu di sejuk bekukan pada suhu serendah -35 °Celcius dalam jangkamasa selama 15 jam. Kajian saintis juga mendapati dimana cara memerap dan mengasinkan ikan TIDAK akan membunuh cacing aniskasis ini. Berkaitan dengan kaedah rawatan sesuai untuk jangkitan cacing ini dimana sebenarnya cacing anisakis TIDAK mampu bertahan untuk hidup di dalam tubuh manusia dimana ia akhirnya akan mati. Dalam kebanyakan kes dilapor jangkitan itu di rawat denagn mudah berdasarakan gejala pesakit (rawatan simptomatik). Walau bagaimanapun dilaporkan dimanajangkitan boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius seperti usus kecil tersumbat dimana kes ini kemudiana ia mungkin memerlukan pembedahan. Rawatan dengan ubat anti cacing biasa juga sangat berkesan untuk cara membunuh cacing ini. Di Malaysia isu apa yang perlu di pelajari berkaitan cacing ini terutama kes ikan sardin dalam tin dimana walaupun kehadiran cacing didalam ikan adalah sesuatu perkara yang biasa namun penemuan cacing berada di dalam produk makanan yang telah di tinkan membuktikan kegagalan pengeluar produk untuk menjamin kualiti produk makanan keluaran mereka. Ini kerana pihak pengeluar produk tersebut tidak mencuci dan membersihkan ikan dengan sempurna dan mereka juga tidak memeriksa produknya dan mempastikan kualiti produk sebelum di pasarkan. Sebagai pengguna pula isu ini memberi pengajaran untuk agar perlu sentiasa memeriksa makanan yang di beli termasuklah produk di dalam tin. Sekiranyaada mengesyaki sebarang objek asing di dalam makanan ditemui maka boleh melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tindakan susulan.


Boleh dikatakan dimana 
Anisakiasis adalah sejenis jangkitan cacing parasit daripada makanan laut. Terdapat dua jenis penyakit disebabkan cacing parasit yang sering dikaitkan dengan cara iaitu pengambilan makanan laut secara mentah yang dilaporkan iaitu Penyakit Diphyllobothriasis (jangkitan cacing pita) dan Penyakit Anisakiasis (jangkitan cacing bulat). Apa pun di Malaysia sudah ada laporan penemuan cacing bulat yang menyebabkan anisakiasis dalam tin ikan sardin dimana ia menimbulkan kegusaran tentang pengambilan makanan asas laut tersebut. Penyakit Anisakiasis ialah jangkitan parasit pada sistem gastrousus disebabkan pengambilan larva cacing Anisakis pada makanan laut yang mentah atau kurang masak. Larva anisakis boleh ditemui pada daging pelbagai makanan laut seperti ikan salmon, ikan kembung, sotong dan udang. Dilaporkan dimana larva cacing ini dijumpai pada daging dan organ makanan laut dan boleh hidup selama 51 hari dalam cuka, 50 hari pada suhu 2 celcius, 6 hari dalam 10% formalin pada suhu bilik dan lebih kurang 2 jam pada suhu -20 Celcius. Larva ini akan mati dalam masa beberapa saat dalam suhu 60 celcius. Sebaiknya peminat makanan laut patut membekukan pada suhu -20 celcius selama sekurang-kurangnya 24 jam atau dimasak pada suhu 60 celcius untuk menyingkirkan larva parasit ini. Pembekuan secara komersial kebiasaannya akan melibatkan suhu di bawah -37 Celcius selama sekurang-kurangnya selama 15 jam untuk membunuh parasit tersebut. Kebanyakan penyejuk beku rumah (peti ais) tidak mempunyai suhu rendah yang mencukupi untuk membunuh parasit tetapi proses memasak biasanya melibatkan suhu lebih daripada 60 Celcius dan mencukupi untuk membunuh parasit ini. Merujuk beberapa artikel dinyatakan dimana simptom Penyakit Anisakiasis akan melibatkan simptom gastrik atau masaalah dalam usus. Dalam anisakiasis gastrik dimana pesakit mungkin mengalami sakit perut, loya, dan muntah secara tiba-tiba sementara anisakiasis usus melibatkan sakit di bahagian bawah perut, loya, muntah, demam dan cirit-birit. Kerosakan tisu atau kebocoran gastrousus dilapor boleh berlaku kerana pencerobohan dinding mukosa sehingga menyebabkan pendarahan dimana pesakit juga mungkin boleh mengalami simptom alahan. Simptom boleh berlaku dalam satu hingga dua minggu selepas pengambilan makanan laut yang mentah atau kurang masak dan mungkin boleh berlangsung selama berbulan-bulan, kadangkala (jarang berlaku) selama bertahun-tahun. Jika berlaku tersalah diagnosis adalah perkara biasa dalam kes anisakiasis disebabkan oleh simptom-simptom penyakit ini yang tidak spesifik. Diagnosis seperti apendisitis, ulser perut, tumor gastrik, peritonitis, dan penyakit Crohn sering dibuat sebelum Anisakiasis disahkan. Kunci utama diagnosis Anisakiasis adalah sejarah pengambilan makanan laut mentah.


Memang penting mengetahui akan isu Penyakit 
Anisakiasis di Malaysia yang umum tahu setelah viral di media mengenai 'Cacing dalam tin sardin'. Diluar sana dilaporkan dimana isu  Penyakit Anasiakiasis pertama kali dikesan di Netherland dan banyak dilaporkan di negara yang gemar memakan ikan mentah seperti Jepun, Perancis, Sepanyol dan Jerman. Apa pun di Malaysia pula kes Anisakiasis pernah dilaporkan pada tahun 2016 dalam seorang pesakit berusia 64 tahun yang mengalami simptom cirit-birit dan najis berdarah. Pesakit tersebut dipercayai dijangkiti parasit tersebut daripada sushi yang dimakannya dua hari sebelumnya (Sudah umur warga emas pun masih berminat makanan sushi...). Ramai kalangan rakyat Malaysia yang gemar melancong dimana meraka akan ujirasa makanan laut mentah dan ingin dapatkan pengalaman memakan makanan yang kaedah memasak dari negara-negara asing menjadi trend di seluruh dunia dimana ia berlainan. Mereka ingin menikmati trend ini iiaitu termasuklah cuba memakan makanan laut mentah atau makanan yang kurang masak. Kajian mendapati cacing parasit ini telah pun ditemui dalam hidupan marin di Asia Tenggara dan mungkin akan menyebabkan jangkitan pada manusia di masa akan datang. Sebenarnya jangkitan Penyakit Anisakiasis ini pada kebiasaannya tidak berkesan dirawat dengan gunakan ubat antihelminth dan selalunya memerlukan endoskopi untuk diagnosis dan rawatan. Sebaiknya para pembaca semua boleh mencegah berlaku serngan Anisakiasis dengan kaedah memasak atau membekukan makanan laut sebelum dimakan. Apa pun kaedah Menggaram, Memanggang dan Memerap ikan yang ada cacing ini dilaporkan ia tidak akan membunuh larva cacing tersebut. Cara pencegahan terbaik daripada isu akan serangan cacing Anisakiasis adalah dengan sebaiknya mengelakkan makanan laut mentah atau kalau sudah teringin sangat hendak makan perlu dipastikan ia dibekukan di bawah suhu -20 Celcius untuk selama sekurang-kurangnya 24 jam. Cara lain adalah dengan mempastikan makanan laut dimasak pada suhu 60 darjah Celsius. Masih ramai ragu-ragu sama ada adakah cacing Anisakis dalam tin berbahaya untuk dimakan. Sebenarnya semua organisma hidup, termasuk ikan memang lazimnya ia mungkin mempunyai parasit. Adalah penting untuk difahami bahawa kewujudan parasit adalah kejadian semula jadi dan ia juga bukan pencemaran. Parasit tidak mendatangkan masalah kesihatan dalam ikan yang dimasak dengan teliti. Proses pengetinan ikan melibatkan pemanasan untuk pensterilan komersial yang cukup untuk memastikan kemusnahan parasit. Apa pun pada penulis blog dimana kesdaran akan potensi serangan Penyakit Anisakiasis patut dikhuatiri dalam pengambilan ikan mentah dan langkah pencegahan yang sesuai patut diambil untuk mengelakkan jangkitan parasit ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
CACING ANISAKIS... IA MEMANG ADA...
MAKANAN LAUT... ITU HABUTATNYA...
PENYAKIT ANISAKIASIS... MERBAHAYA...
BASMI DAHULU...SEBELUM MAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Rejab 1445H).

Friday, February 9, 2024

SKIM PENSIJILAN MYGAP SEKTOR AKUAKULTUR

SKIM PERSIJILAN MyGAP
bagi Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) mula diperkenalkan pada tahun 2005 meliputi sistem ternakan akuakultur kolam, sangkar, tangki, panti benih (hatcheri) dan pengeluaran rumpai laut. Apa pun skim ini adalah bermatlamatkan penghasilan produk akuakultur selamat dimakan dan berkualiti tanpa memudaratkan persekitaran, kebajikan haiwan dan mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Malaysia Good Agricultural Practice (MyGAP) merupakan penjenamaan semula bagi sektor akuakultur. Skim ini dikendalikan dan di uruskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Merujuk kepada DOF dimana sebenarnya antara faedah skim ini adalah bagi (1) Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap hasil akuakultur yang bersih, selamat dan dikeluarkan tanpa menjejaskan kualitit alam sekitar. (2) Ia memberikan jaminan kerajaan bagi produk akuakultur yang selamat melalui aktiviti pensampelan. (3) Komitmen ladang untuk mengeluarkan hasil akuakultur yang selamat dimakan dan meningkatkan keyakinan pengguna. (4) Memperluaskan laluan pasaran kepada hasil akuakultur Malaysia. Di nyatakan dimana k
riteria permohonan adalah di mulakan dengan proses pemilihan tapak ternakan yang mempunyai pemilikan dan diusahakan secara sah (persendirian/ sewa/ pemilikan sementara/ pajak). Seterusnya pengusaha telah menjalankan ternakan sekurang-kurangnya setahun dan telah mempunyai rekod pengeluaran hasil. Ketiga pemohon hendaklah ada menyimpan dokumen dan rekod ladang yang dikemaskini. Seterusnya keem[at dimana pemohon bersedia menerima pandangan, teguran dan saranan penambahbaikan terhadap aspek ternakan yang mengamalkan akuakultur baik. Akhir sekali ke lima dimana pemohon mesti mempunyai dokumen program jaminan kualiti sebagai bukti. Sebagai prosedur permohonan dalam cara untuk memenuhi syarat dan kriteria pengiktirafan MyGAP maka sebaiknya penternak berdaftar dengan mengisi borang ARF-01 Jabatan Perikanan Malaysia. Kemudian pihak DIF melalui Unit Biosekuriti Negeri akan menjalankan kerja-kerja pemeriksaan pra-pendfataran dan pengesahan ladang yang memohon. Dalam masa itu nombor pendaftaran akan juga dikeluarkan kepada pemohonan yang layak. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan apakah dia cara untuk mendapatkan sijil dalam Skim Persijilan MyGAP Ladang Akuakultur di MAlaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Skim ini menetapkan beberapa kriteria penilaian semasa pemeriksaan dimana kriteria ini adalah berpandukan kepada keperluan piawai seperti terkandung dalam piawiian iaitu -MS 1998:2007 – Good Aquaculture Practice (GAqP) - Aquaculture Farm General Guidelines; MS 2467:2012 - Code of Practice for Seaweed Cultivation. 
Dalam garispanduan ini dinyatakan dimana ada lima (5) kriteria utama yang digunapakai semasa proses mendapatkan persijilan skim ini. Ini termasuk aspek Keselamatan Makanan Keperluan Kesihatan Ikan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kelestarian Persekitaran dan juga aspek berkaitan dengan Kebajikan Haiwan. Dalam pada itu ada sebanyak lapan belas (18) perkara perlu dipatuhi semasa pemeriksaan dijalankan dan pemohon perlu menepati perkara ini. Perkara tersebut termasuk aktiviti Pemilihan Tapak, Kawalan Air Buangan, Pembinaan Ladang, Kebersihan dan keadaan permukaan bersentuh, Reka bentuk kolam atau sangkar, Kesihatan Pekerjaan, Pengurusan Air, Amalan Kebersihan Ladang, Pembajaan Kolam, Sosial dan Kebajikan Pekerja, Kawalan Pemangsa dan Makhluk Perosak, Penuaian dan Pengendalian Hasil Ladang, Bekalan Bahan Mentah (Aditif, Benih), Pelabelan, Penyimpanan dan Penggunaan Sebatian Berbahaya, Pengurusan Kesihatan Ternakan, Penyimpanan Rekod Ladang, Kawalan Biosekuriti Ladang dan akhir sekali mesti ada persijilan Halal.

Dilampirkan carta alir bagaimana proses permohonan dan Pendaftaran baharu Persijilan MyGAP.



Penternak atau usahawan yang telah berjaya mendapatkan Persijilan MyGAP Ladang Akuakultur akan diberikan sijil dimana temph sah laku adalah selama dua (2) tahun. Selepas tamat tempoh sah laku penternak ladang akuakultur boleh memohon untuk menambung persijilan tersebut dan proses pemeriksaan akan dijalankan oleh Jabatan Perikanan untuk tempoh selama 2 tahun lagi jika semuanya menepati piawaian yang disediakan. Sebaiknya permohonan oleh penternak untuk pembaharuan sijil ini dilakukan dalam masa 3 bulan sebelum tarikh tamat tempoh persijilan yang lama. Ini akan membolehkan pihak Jabatan Perikanan membuat persediaan bagi pemeriksaan. Dalam skim ini juga ada proses iaitu  Pembatalan Sijil bagi mereka yang tidak layak. Ladang ternakan akuakultur yang didapati telah tidak mengamalkan kriteria MyGAP serta melanggar dan tidak akur kepada mana-mana syarat piawaian pengiktirafan pensijilan berdasarkan boleh dilakukan bersasarkan kepada keadaan dimana ladang telah berpindah ke lokasi lain. Ia juga boleh dibatalkan jika berlaku perubahan kepada operasi dan jenis ternakan ladang (Contohnya sebelum ini adalah usaha menternak ikan dan di tukar kepada usaha menternak udang). Pembatalan juga boleh berlaku jika pihak pengurusan ladang menarik diri secara sukarela disebabkan oleh sebeb tertentu dan di beritahu kepada Jabatan Perikanan. Paling sering berlaku pembatalan adalah dimana penternak akuakultur sudah tidak mengekalkan tahap pematuhan semasa aktiviti serveilan dan pemeriksaan mengejut dilakukan di ladang ternakan akuakultur dilakukan. Pembatalan juga boleh dilakukan jika dilaporkan dan didapati dimana hasil ladang tidak selamat dan dikesan telah melepasi paras sisa maksimum yang dibenarkan melalui program pensampelan rasmi Jabatan Perikanan Malaysia. Ini kerana produk akuakultur tersebut sudah di ketahui ia tidak selamat untuk di gunakan. Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan mana-mana Pejabat Jabatan Perikanan yang terdekao. Semuga tulisan ini dapat memebri sedikit penjelasan mengenai apakah dia proses untuk mendapatkan persijilan MyGAP bagi Ladang Akuakultur sebagai rujukkan semua. Wasallam!!!...
PERSIJILAN MYGAP... ADA DI MALAYSIA...
LADANG AKUAKULTUR...POHON SAJA...
PROSEDERU DIJELASKAN...SILA BACA..
KURANG FAHAM... SILAKAN BERTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Rejab 1445H).

Thursday, February 8, 2024

LEDAKAN ALGA MERBAHAYA - APA DIA?

FENOMENA LEDAKAN ALGA BERBAHAYA 
atau dalam perkataan lain sebagai kembangan alga (algae bloom) adalah keadaan dimana berlaku peningkatan pesat taburan alga terutamanya yang jenis sel tunggal dalam sistem air-air tawar (seperti sungai dan tasik) atau dalam air masin (seperti di laut). Fenomena peningkatan ini sering dikenal pasti daripada berlaku perubahan warna dalam jasad air yang diperhatikan kerana padatnya pigmen tertentu dalam alga. Pertambahan ini disebabkan nutrien berlebihan seperti nitrogen atau fosforus dari sumber luar misalnya sisa baja atau kumbahan yang tersalur memasuki jasad-jasad air ini. Lazimnya didapati dimana keadaan ini boleh menjejaskan ekosistem sekitar di mana kepadatan bilangan alga boleh menghalang cahaya matahari daripada sampai organisma lain, menurunkan kadar oksigen dalam air malah adakala juga melepaskan toksin berbahaya ke dalam air lalu boleh membahayakan haiwan atau ekologi termasuk menyebabkan kematian ikan ternakan dan penjejasan bekalan air petempatan. Sebagai gambaran umum dimana proses mekar ini adalah hasil nutrien yang diperlukan oleh alga tertentu ke sistem akuatik tempatan. Nutrien yang membatasi pertumbuhan ini biasanya nitrogen atau fosforus (P) akan tetapi juga zat besi (Fe), vitamin atau asid amino. Cara nutrien lebihan ini lazimnya ia dibawa masuk merangsang taburan alga ini bergantung kepada lokasi. Terdapat dua situasi mengenai fenomena ini ia boleh terjadi dialam Air Masin atau Air Laut dan juga dalam Air Tawar. Apa pun dilaporkan '
Ledakan Air Masin' berlaku di laut terbuka dan juga kawasan dipesisiran pantai. Di lihat dimana air laut yang terjulang baik dari pergerakan angin kencang mahupun dari bentuk dasar laut boleh menarik nutrien naik aras laut disinari matahari lalu boleh dikesan fitoplankton yang memakan nutrien banyak ini; plankton-plankton jenis ini mengandungi klorofil membantu menyerap cahaya matahari menghasilkan tenaga sendiri melalui fotosintesis yang turut mewarnakan persekitaran. Fenomena bagi 'Ledakan Air Tawar' pula berlaku disepanjang kawasan pesisir dan dalam sistem air tawar. Ia boleh berpunca dari kesan limpahan sisa kegiatan manusia baik dari pertanian, pembangunan bandar dimanaa kumbahan boleh menggalakkan pertumbuhan alga terutamanya jika limpahan tersebut mengandungi beberapa fosfat atau fosforus (dari produk pembersih lantai). Di tasik pula jika ia berstrata pada musim panas akan berlaku pergantian musim luruh dapat melepaskan sejumlah besar fosforus yang tersedia secara bio yang berpotensi mencetuskan bunga alga sebaik sahaja cahaya fotosintetik mencukupi.  Kandungan unsur  karbon (C) dan nitrogen (N) yang berlebihan juga disyaki menjadi penyebabnya, begitu juga kehadiran natrium karbonat yang mampu menjadi pemangkin tindak balas melarutkan karbon dioksida menggalakkan fotosintesis alga. Menilai bagaimana pula kesannya terhadap alam sekitar dimana da sebanyak 2% dari lebih dari 5,000 spesies fitoplankton diketahui berbahaya atau beracun. Maka apabila berlaku fenomena peledakan pentaburan plankton ini maka ia dapat memberi kesan kepada ekosistem lautan bergantung pada jenis spesies, persekitaran dan mekanisme biokimia alga yang mempengaruhi persekitarannya diman ia akan mendatangkan ancaman yang membahayakan. Contohnya bahan jika berlaku ada brevetoksin yang terkumpul dari plankton dinoflagellata seperti Karenia brevis merupakan penyebab utama seberapa kes kematian besar-besaran haiwan tertentu yang teracun melalui pemakanan sumber memvektorkan plankton ini seperti lumba-lumba hidung botol di Florida musim bunga tahun 2004 (disebabkan pemakanan ikan dari genus Brevoortia dan Ethmidium). Dalam pada itu spesis seperti jenis rumput laut Thalassia testudinium apabila dimakan oleh penyu tempayan yang beri kesan lumpuh otot (akibat makanan laut terjejas) sehingga penyu tersebut akan dihanyut arus ke pantai. Contoh lain dimana spesis ikan paus Atlantik boleh terdedah kepada neurotoksin akibat memakan zooplankton berbahaya  terutamanya beberapa jenis dinoflagellata toksik seperti Alexandrium fundyense akan  boleh menyebabkan gangguan kepada pernafasan, tabiat pemakanan, dan sistem pembiakan ikan paun itu. Sering dilaporkan dimana makanan laut tercemar dari toksin alga juga telah menyebabkan kematian manusia. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai apakah dia Ledakan Alga Merbahaya untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Menarik dimana di Malaysia pada pagi 11 Februari 2014 dilaporkan ada pengusaha ikan sangkar di perairan Tanjung Kupang, Johor digemparkan dengan ribuan bangkai ikan yang ditemui terapung di dalam sangkar. Dilaporkan kemudian dalam beberapa hari berikutnya berlaku jumlah kematian ikan terus meningkat. Insiden itu berlarutan selama dua minggu yang menyaksikan kematian pelbagai ikan seperti ikan senangin, merah, kerapu dan jenahak di sembilan kolam ternakan ikan. Salah seorang pengusaha dilaporkan mengalami kerugian yang bernilai RM150,000 dan kematian ikan itu dipercayai disebabkan oleh Ledakan Alga Berbahaya (HAB) atau dikenali juga sebagai fenomena air pasang merah iaitu percambahan plankton secara melampau. 
Sampel air di Selat Johor mengesahkan ledakan mikroalga Karlodinium australe sebagai punca menyebabkan ribuan ikan mati di Tanjung Kupang seperti di laporkan oleh Jabatan Perikanan Johor (Sila lihat foto disebelah). Walaupun ledakan alga berbahaya itu jarang dilaporkan terjadi di Semenanjung Malaysia, fenomena itu bukan sesuatu yang luar biasa di Sabah. Fenomena tersebut pertama kalinya dilaporkan pada 1976 dan ia berlaku setiap tahun sejak dari itu. Pada Januari dan Februari tahun 2013 berlaku fenomena keracunan kerang-kerangan meragut tiga nyawa manakala 40 orang lagi mengadu sakit yang berlaku di Sepanggar dan Inanam di Sabah dimana kes itu kedua-duanya dekat Kota Kinabalu iaitu bandar paling teruk terjejas dengan kes HAB. Pihak Jabatan Perikanan Sabah terus menguatkuasakan amaran air pasang merah yang dikeluarkan pada Oktober 2011. Pada Januari 2012 berikutan air berwarna merah-coklat mula kelihatan di perairan Kota Kinabalu dilaporkan Jabatan Perikanan Sabah memberikan amaran air pasang merah masih dikuatkuasakan dan toksin yang dikesan selama lapan bulan pada tahun lalu masih dapat dilihat dari Tuaran dan Kuala Penyu. Fenomena ini mungkin menjadi petunjuk kepada apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.


Hasil kajian oleh pakar ekologi marin di Universiti Malaya iiaitu Dr Lim Po Teen dimana fenomena itu berlaku lebih kerap dan terjadi di lebih banyak perairan beberapa dekad lalu dan melibatkan spesies tidak dikenali sebelum ini. Sampel air di Selat Johor mengesahkan ledakan mikroalga Karlodinium australe sebagai punca menyebabkan ribuan ikan mati di Tanjung Kupang. Dalam kes Tanjung Kupang dilaporkan dimana jenis alga berbahaya itu dikenali sebagai Karlodinium australe dimana ia adalah satu penemuan mengejutkan oleh saintis. Saintis laporkan insiden ini adalah kali pertama kali dilihat ledakan spesies ini yang tidak pernah dilaporkan sebagai toksik di Malaysia sebelum ini. Pakar tersebut juga memang pernah melakukan kajian selama 14 tahun mengenai spesies tersebut. Saintis juga ada menjalankan kajian sampel air 10 hari selepas insiden kematian ribuan ikan tersebut. Namun mereka masih menjumpai ketumpatan yang tinggi dalam spesies tersebut di antara satu hingga dua juta setiap liter. Hasil temuan kajian mdndapati isu fenomena ledakan alga itu menjejaskan sejumlah ikan yang banyak. Sampel air itu akan dihantar ke kolaborator Jepun untuk menyukat kadar toksin di dalam bangkai ikan yang telah mati. Saintis yang sudah mengambil 40 spesies mikroalga perosak dan spesis berbahaya di Malaysia serta meramalkan lebih banyak lagi membiak di perairan kita. Sejarah menunjukkan dimana kesan berbahaya sehingga 1990 perkara mengenai masalah yang berkaitan keracunan paralitik kerang-kerangan hanya berlaku pantai barat Sabah. Pada awal 1991 insiden buat pertama kalinya tiga orang mengadu sakit di Semenanjung Malaysia selepas makan kupang dari Sebatu, Melaka (Masa itu saya bertugas di MIADP Melaka). Dilaporkan dimana hanya dalam masa setahun kemudian alga Alexandrium tamiyanavichi disahkan sebagai penghasil toksin. Sejak dari itu fenomena dan kes HAB dilaporkan di pelbagai kawasan di Semanjung Malaysia. Saintis berkata istilah 'air pasang merah' memang asalnya ia agak mengelirukan orang ramai kerana HAB bukan saja menukar air kepada warna merah tetapi coklat dan juga berbuih. Perubahan warna di dalam air dapat dilihat pada waktu pagi dengan jelas. Ia akan tenggelam untuk mengelak cuaca yang terlalu panas dimana selalunya tidak semua ledakan alga berbahaya walaupun jika ia berwarna merah. Dalam kes lain dilaporkan di Lumur, Perak dan Pulau Pinang dimana ada terdapat ledakan alga jenis Ceratium furca yang tidak menghasilkan toksin walaupun ia mempunyai karakter kesan air pasang merah. Kemudian padaa 2010 dilaporkan media dimana ada enam orang dikejarkan ke hopsital di Tumpat, Kelatan manakala seorang daripadanya meninggal dunia selepas makan kerang-kerangan yang mengandungi toksin dari Alexandrium minutum (Sila lihat foto disebelah). Apa pun dilaporkan punca berlaku percambahan Alga seperti yang berlaku di Sabah berlaku secara kebetulan ketika kerja pemasangan paip di dasar laut antara Kota Kinabalu dan Pulau Gaya dijalankan. Terdapat juga kerja-kerja penambakan tanah berhampiran kolam ternakan ikan di Tanjung Kupang ketika ledakan HAB. Satu lagi sumber pengayaan air pantai adalah sangkar ternakan ikan terutamanya apabila baja ikan digunakan sebagai makanan. Lazimnya mana-mana baja yang dimakan akan tenggelam ke dasar laut selalunya akan menyebabkan eutrofikasi. Adalah lebih baik menggunakan makanan yang boleh kekal terapung di dalam air dan ia bukannya tenggelam dengan sangat cepat. Ledakan alga biasanya berlaku di kawasan terlindung dengan pergerakan air yang terhad seperti lagun, pelabuhan dan kawasan Teluk. Sarawak tidak mempunyai masalah besar dengan ledakan alga kerana pergerakan air pasang surut yang konsisten di perairan negeri itu.



Dalam portal hmetro.com dilaporkan kisah bagaimana '
Ledakan alga punca ikan mati' berkait dengan tulisan kali ini. Akhbar tersebut paparkan bagaimana kakitangan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Perikanan Negeri Perak mengambil sampel ikan yang mati di perairan Perak dan Pulau Pinang. Fenomena dan kejadian ikan mati dan terapung yang didakwa berlaku di perairan Perak dan Pulau Pinang menerusi beberapa video tular adalah ikan yang hanyut dari sangkar disebabkan ledakan alga (algae bloom). Faktor itu dilaporkan menyebabkan ikan sukar bernafas dan kemudian ia berenang di permukaan air kemudian menjadi tidak stabil lalu mati. Bagi Jabatan Perikanan Malaysia dalam dakwa pihaknya menerima aduan mengenai kematian ikan secara berperingkat Kuala Kurau, Kuala Gula dan Tanjung Piandang, Perak. Siasatan kemudian dilakukan pada 29 Mei l2020 oleh pihak Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Perikanan Negeri Perak. Hasil dari siasatan awal menemui kehadiran spesies plankton atau dikenali sebagai ledakan alga Cochlodinum spp yang tinggi di perairan berkenaan. Ledakan alga Cochlodinum ini adalah kejadian yang kerap berlaku di perairan pantai di seluruh dunia pada setiap tahun. Cochlodinium adalah spesies plankton yang toksik terhadap banyak spesies ikan dan kerang-kerangan, namun ia tidak memberi kesan kepada manusia. Dalam perkembangan lanjut dimana pihak jabatan juga mendapati ikan yang mati itu adalah spesies ikan merah dan ikan nyok-nyok, tetapi tiada kes kematian dilaporkan bagi ikan laut liar kerana ia dapat melarikan diri daripada perairan yang mengalami ledakan plankton terbabit. Malah statistik hasil tangkapan nelayan juga kekal tinggi dan ikan di laut masih dalam keadaan baik serta terkawal. Jabatan Perikanan Malaysia menasihati penternak ikan di kawasan itu supaya memindahkan ikan ternakan dari kawasan terbabit ke kawasan yang tiada ledakan serta bersedia bagi menuai ikan jika ia kelihatan tidak normal. Penternak juga dinasihati supaya tidak membuang bangkai ikan ke laut kerana dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan nutrien serta percambahan plankton dan harus mengikut kaedah pelupusan ikan seperti yang sudah ditetapkan. Susulan daripada kes di Perak dan kemudian menular ke Pulau Pinang, pihak jabatan menjangka kejadian terbabit mungkin boleh berlaku di perairan negeri Kedah. Sehubungan itu kalangan penternak di Kedah juga dinasihati supaya berjaga-jaga serta melaporkan kepada Pejabat Perikanan Negeri sekiranya ada perubahan dalam warna air laut atau kelakuan tidak normal pada ikan ternakan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
LEDAKAN ALGA... JENIS MERBAHAYA...
BANYAK SEBAB... KAJIAN SUDAH ADA...
ADA YANG MAUT...DILAPORKAN MEDIA...
MEMBACA ARTIKEL...DI BACA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Rejab 1445H).

Wednesday, February 7, 2024

AYAM DI TAMBAT DI SAMBAR HELANG

Peribahasa lama pilihan kali ini adalah 'AYAM DI TAMBAT DI SAMBAR HELANG' yang pada penulis blog menarik untuk di kupas mengenai kiasan ini dalam teknologi pertania. Apa pun peribahasa ini melibatkan dua jenis unggas iaitu Ayam dan juga Burung Helang. Mencari maksud peribahasa ini adalah sebenarnya 'Orang yang kehilangan secara tiba-tiba' atau 'lost item in the sudden'. Gambaran dalam peribahasa ini boleh juga dimaksudkan dengan 'ada orang yang tiba-tiba hilang tanpa sebarang khabar atau berita'. Kalau di lihat dimana kiasan ini menyatakan dimana ayam di tambat atau diikat mungkin ayam kesayangan pemiliknya atau atam yang sudah disedia untuk disembelih bagi dijadikan lauk di lokasi khas. Bagaimana pun tanpa pengetahuan pemiliknya yang berjauhan dengan ayam tersebut tiba-tiba seekor helang besar telah menyambar ayam tersebut dan membawa lari ketempat lain untuk dijadikan makanannya. Apa bila pemilik ayam ity cuba melihat ayam yang diikat tersebut ternyata ayamnya sudah tiada lagi seakan dia sudah kehilangan benda kesayangannya secara tiba-tiba sahaja. Maka terpaksalah dia mungkin kekedai runcit membeli satu tin ikan sardin untuk dijadikan lauk pada kali ini kerana ayam yang hendak disembelih sudah hilang. Kejadian seperti ini dilihat masih relevan di zaman millunium ini dimana ia sangat berkait dalam kehidupan harian. Paling selelu didengar adalah berkaitan dengan kes-kes kehilangan talipon bimbit (handphone) dimana kecuaian pemiliknya menyebabkan HP miliknya yang diletak dimana-mana sekejap (seperti direstoren semasa makan ingin masuk ketandas) dan suruh kawan menjaganya akan tetapi bila keluar tandas ia sudah hilang tanpa disedari oleh rakannya bak kata orang 'ayam ditambat di sambar helang'. Kehilangan telefon bimbing jika dilaporkan ke Balai Polis terdekat pun selelu akan di tanya banyak soalan semasa membuat laporan dan pihak polis juga akan kata ' Kalau kehilangan handphone atau laptop atau kamera ini encik memang susah hendak jumpa balik,,, satu dalam seriba kalau hendak dapat semula'. Pengalaman yang pernah penulis blog lalui ini memang 'kena' dengan peribahasa ini kerana ia berlaku beberapa kali dalam perjalanan hidup selama ini untuk dijadikan panduan. Maka semua orang mesti lebih berhati-hati dalam menjaga dan menyimpan alatan eletronik berharga seperti ini kerana 'kecuaian adalah sebab utama kehilangan atau kecurian'. Artikel pada pagi Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai peribahasa yam dan helang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Penulis blog akan kupas mengenai Industri Ternakan Ayam di Malaysia untuk dikaitkan dengan peribahasa ini dalam aspek pertaanian. Industri ini merupakan satu jenis industri ternakan yang berskala besar di negara kita dan juga banyak negara lain di dunia. Haiwan berkaki dua yang dipanggil sebagai Ayam (Birds) juga merupakan jenis daging yang di makan oleh semua bangsa di dunia dan semua kaum di Malaysia dalam pelbagai bentuk di,ama antara jenama ayam paling terkenal adalah Makanan Ayam Goreng Kentucky (Kentucky Fried Chicken) yang di pasarkan keseluruh dunia sebagai satu produk Fast Food. Kini ada banyak lagi restoren makanan berasaskan ayam muncul diseluruh dunia. Siapa yang tidak menyukai ayam goreng KFC dimana dari golongan kanak-kanak, remaja, dewasa malahan orang-orang tua pun suka akan ayam goreng resepi KFC. Dari manakah bekalan ayam yang di goreng di KFC ini di perolehi sepanjang masa?. Sebenarnya negara kita adalah sangat kedepan dalam teknologi penternakan ayam daging dimana sehingga mampu membekal keperluan domestik dan juga sebahgian untuk di ekspot ke negara jiran. Penternakan ayam juga menyebabkan kita menjadii 'net importer' bahan makanan ayam iaitu jagung dan kacang soya yang menyebabkan jumlah impot makanan negara amat tinggi berpuluh-puluh billion ringgit setahun. Kebanyakan makanan ayam adalah rumusan daripada jagung dan kacang soya serta bijirin lain yang dihasilkan oleh beberapa kilang makanan ternakan utama seperti Gold Coin, Cargill, Seng Heng Chan dan beberapa lagi. Penternakan ayam meliputi pelbagai jenis unggas iaitu untuk AYAM PEDAGING, AYAM PENELUR, AYAM KAMPONG, AYAM PEMBIAK BAKA, ITEK dan juga BURUNG termasuk juga ternakan BURONG PUYOH. Industri Ayam merupakan industri yang besar dijalankan di Malaysia dengan sebanyak 260,826,321 ekor di ternak pada tahun 2019. Daripada jumlah tersebut sebanyak 171,980,685 ekor adalah dari jenis Ayam Pedaging, sebanyak 62,162,143 ekor adalah Ayam Telur, sebanyak 15,473,432 ekor adalah Ayam Pembiakbaka dan sebanyak 11,210,061ekor adalah Ayam Kampong. Sementara itu terdapat sebanyak 9,780,573 ekor ternakan itek dilapor di Malaysia pada tahun 2019 (Sumber: Perangkaan Ternakan di Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Verterinar 2020). Apa pun dilaporkan penggunaan daging ayam tempatan adalah sebanyak 1.5 juta metrik tan setahun dimana daging ayam merupakan jenis daging putih yang banyak diambil oleh rakyat Malaysia seharian. Ramai akan jumpa daging ayam ini dihidangkan di restoran sema sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam sehingga makan lewat malam (supper). Ia dimasak menjadi sate ayam, kari ayam, ayam percik, ayam golek, ayam goreng, ayam ungkep, ayam kicap, ayam goreng Uncle John dan banyak resepi lagi ianya dihidangkan. Kenaikan harga ayam daging di Malaysia sejak tahun 2023 menarik dan menjadi topik pperbincangan hangat apabila harga mencecah lebih RM12.00 sekilogram akibat kos makanan yang tinggi yang perlu diimport.


Burung Helang (Eagle atau Raptor) merupakan salah satu daripada haiwan burung yang terdapat di seluruh Malaysia iaitu ia  termasuk ada di Sabah dan Sarawak. Apa pun memang negara Malaysia juga merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya (mega diversity) daripada segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih daripada 1,500 vertebrat darat, lebih daripada 150,000 spesies invertebrat, lebih daripada 1,000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih daripada 4,000 spesies ikan laut. Ramai orang pernah pergi atau berkunjung ke 
Langkawi dimana namanya adalah satu kombinasi antara “Lang” dan “Kawi”. “Lang” diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu 'Burung Helang'. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi dan antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih (Sila lihat foto disebelah). Apa pun ciri-ciri burung helang secara umumnya dimana helang ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Sebagai burung, helang membiak dengan cara bertelur telur yang mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Ia akan menjaga anaknya sehingga mampu terbang. Helang merupakan haiwan pemangsa atau maging (karnivor) dimana makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, tupai dan ayam (Ini yang orang dulu mencipta peribahasa - ayam di tambat disambar helang). Terdapat sesetengah helang yang menangkap ikan sebagai makanan utama mereka. Paruh helang tidak bergigi tetapi mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa. Burung in juga mempunyai sepasang kaki yang kuat dan kuku yang tajam bagi mencengkam mangsa serta daya penglihatan yang tajam untuk memburu mangsa dari jarak jauh. Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan ketika terbang. Jantung burung helang terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.


Menarik kisah dalam sinarharian.com yang bertajuk 'Apakah raja semua haiwan?' untuk dikongsikan dan ditulis semula berkait denga peribahasa ini. Apa yang penulis suka berita ini dimana ia bincangkan mengenai ayam. Dikatakan memang besar masalah ekonomi di Malaysia dimana ia bukan mengenai ekonomi, pengangguran, kos sara hidup, gaji minimum atau pandemik Covid-19 akan tetapi isu juga sepenting daripada masalah ayam atau kekurangan ayam dan kenaikan harga haiwan itu. Haiwan ayam sangat penting kepada masyarakat negara ini dimana lagu Ayam nyanyian Jalil Hamid sangat popular dan semakin relevan pada penulis blog. Masyarakat sememangnya terpersona dengan ayam berbanding haiwan-haiwan lain kerana penulis blog tahu apabila diselidiki sudah ada terdapat tidak kurang 40 peribahasa bahasa Melayu menggunakan perkataan ‘Ayam’ termasuk tajuk artikel kali ini iaitu 'ayam ditambat di sambar helang' dan lain-lain seperti peribahasa ‘Seperti Ayam Berak Kapur’, ‘Kalau Kucing Keluar Tanduk, Barulah Ayam Boleh Bersusu’, ‘Ajak-Ajak Ayam’, ‘Ayam Jalak’, ‘Ayam Tambatan’, ‘Bagai Ayam Mengeram Telur’, ‘Cakar Ayam’, ‘Hangat-Hangat Tahi Ayam’. Kenapa agaknya bukan haiwan kucing atau anjing disambar helang atau kerbau tambatan. Mungkin di mana-mana sahaja pembaca blog ini pergi, ayam mudah didapati sama ada di kampung-kampung dimana ternakan ayam hampir dibela di setiap rumah. Dilihat lazimnya akan ada  reban kecil dan jika ada nasi berlebihan diberi makan dan telur diambil. Jadi apabila krisis kekurangan dan kenaikan harga ayam timbul, pastinya ia menjadi masalah nasional terbesar mengalahkan darurat dimana pihak kementerian berkaitan seperti tiada masalah lebih menggoncang dunia. Penternak dan peniaga ayam memberi amaran jika kenaikan harga ayam tidak dilayan, bekalan akan terganggu. Rakyat Malaysia akan hidup tanpa ayam seperti Kentucky Fried Chicken tanpa ‘chicken’. Apa pun tuntutan kenaikan ayam itu berlaku kurang dua bulan sebelum bulan Ramadan dan diikuti Aidilfitri. Ketika itu lebih 60 peratus rakyat negara ini akan berbelanja besar daripada membeli juadah ayam untuk berbuka sehingga rendang ayam pencen ketika pagi Aidilfitri. Jika dilihat setiap kali musim perayaan selalunya harga ayam akan meningkat dimana pihak kerajaan melalui KPDNHEP akhirnya terpaksa campur tangan menangani krisis ayam. Apa pun untuk melegakan ribuan penternak ayam daging dan telur ayam, kerajaan memberi subsidi sebanyak lebih RM500 juta kepada penternak untuk tempoh selama empat bulan. Ia bagi memastikan bekalan daging dan telur ayam mencukupi. Kini dengan sekelip mata diman daging dan telur ayam berjaya memasuki kategori ‘barangan prestij’ yang sama ada dikawal harga atau mendapat subsidi kerajaan seperti bekalan elektrik bukan komersial, RON95, diesel, beras, minyak masak, gas petroleum cecair, gula dan gandum. Jadi setiap kali pengguna memakan ayam maka pembayar cukai akan merasai dimana sebahagian cukai yang dibayar dalam ayam yang dimakan. Biasanya keadaan ini akan berlarutan kerana pelbagai tekanan daripada permintaan tinggi kepada harga dedak ayam. Masalahnya, Malaysia bukan tidak kurang tanah. Pergi sahaja ke mana-mana jalan sama ada tanah luas terbentang. Kebanyakan tidak diusahakan. Jika setiap penduduk di kampung diberikan insentif untuk membela ayam (sesuatu yang bukan luar biasa), masalah bekalan ayam dapat diselesaikan. Penduduk kampung akan mendapat meluaskan sumber pendapatan dan negara tidak terjerumus ke dalam krisis. Jadi tidak hairan peribahasa seperti ‘Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Tiada Siapa Yang Tahu’. Berusaha keras adalah lebih 80 peratus daripada ‘tuah’. Masa untuk mencari tuah ayam dengan berusaha. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro kali ini. Wasallam!!!...
AYAM KESAYANGAN... DI TAMBAT DIKAKINYA...
HELANG DATANG... MEREMBAT GANASNYA...
ORANG YANG HILANG... APA KHABARNYA...
PERLU WASPADA... ELAKKAN BERLAKUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Rabiulakhir 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...