Support My Blog

Thursday, July 6, 2023

PISANG CAVENDISH - APA DIA?

PISANG CAVENDISH (Musa spp) merupakan sejenis pisang dimakan segar yang popular di seluruh dunia iaitu sejenis tumbuhan daripada keluarga Musaceae. Tanaman pisang Cavendish di Malaysia amat sedikit berbanding dengan jenis pisang berangan, pisang nipah dan pisang tanduk. Bagaimana pun dilaporkan pisang cavendish ini ada di tanam di Johor, Sabah dan beberapa negeri lain dengan skala sederhana. Penulis blog beberapa kali membuat tinjauan teknologi dalam penanaman pisang cavendish semasa bertugas dahulu dimana kebanyakan pengusaha memerlukan kepakaran khusus untuk mendapatkan kualiti buah yang bermutu tahap dunia. Pisang cavendish ini mempunyai tandan seberat 25 - 40 kilogram dengan mempunyai kulit berwarna kuning terang seragam menarik apabila masak setelah dibuat rawatan dengan suhu sejuk. Kulitnya yang tebal ini mudah dikupas walau pun agak tebal dimana isinya berwarna putih pekat, bertekstur halus dan lembut, berbau wangi serta rasa yang manis. Pisang cavendish memang ada dijual dibanyak premis terutama premis pasaraya sehingga ke kedai runcit tempatan. Penulis blog suka makan pisang cavendish sebagai pencuci mulut atau dimakan segar dimana pisang merupakan sejenis makanan pemberi tenaga. Sebenarnya pisang cavendish merupakan merupakan salah satu buah favorit di seluruh dunia dan mudah di dapatkan dimana-mana. Pisang ini banyak beredar di pasaran mulai dari pasar tradisional hingga pasar ke pusat perniagaan besar. Pisang Cavendish apa yang penulis blog tahu merupakan tanaman komoditi buah-buahan tropika yang sangat popular di dunia dipercayai ia berasal dari Vietnam dan China. Namanya adalah sempena nama William Cavendish, Duke Devonshire ke-6 dan kekal sehingga hari ini. Di beberapa lokasi lain pisang ini juga dikenali dengan nama Pisang Ambon Putih. Pisang Cavendish banyak dibiakkan menggunakan kaedah Kultur Tisu (TC) dimana teknik pembiakan ini merupakan paling sering digunakan. Kehebatan benih pisang menggunan teknologi TC adalah ia didakwa mampu melawan penyakit utama pisang seperti Penyakit Layu Moko secara semula jadi. Penyakit Moko Pisang ini terjadi akibat serangan oleh patogen Pseudomonas solanacearum. Penyakit Layu Panama pula menyerang pisang ini akibat Fusarium oxysporum cubense. Serangan kedua-dua penyakit ini di laporkan ada di Malaysia telah menyebabkan beberapa pengusaha pisang cavendish ini mengalami kerugian dan mereka sering mencari kawasan baru untuk menanam pisang cavendish seperti di Kluang, Johor yang penulis blog pernah buat tinjauan. Sila baca artikel berkaitan dengan pautan (Sila klik disini) dan (Sila klik disini).  Artikel tengahari khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai pisang cavendish sebagai bahan rujukan semua pembaca.


Penulis blog merujuk kepada laporan dari laman Royal Botanica Garden yang menyatakan pisang cavendish yang dengan nama botaninya adalah Musa accuminata ini ditanam di seluruh dunia sebanyak 55 - 60 juta metrik tan sepanjang tahun. Dilaporkan dimana pisang cavendish ini adalah buah pisang yang memenuhi hampir seluruh pasaran eksport pisang global. Kenapa ramai penduduk dunia makan jenis pisang cavendish segar adalah disebabkan pisang ini bernutrisi tinggi yang mana sangat sesuai kepada ahli sukan (Atlete). Memang bukan jadi rahsia lagi bahawa pisang adalah salah satu buah hebat yang memiliki kandungan nutrisi yang kompleks seperti kandungan vitamin A dan C yang sangat tinggi. Pisang Cavendish juga mengandungi bahan mineral seperti Fosforus (P), Kalsium (Ca), Kalium (K) dan Karbohidrat yang diperlukan tubuh. Ada dakwaan klinikal dimana pisang cavendish ini menjadi pilihan terbaik untuk mengisi bahan bakar otot seseorang yang aktif berolahraga dan bersukan. Harga pisang ini merupakan antara harga mampu beli dan terjangkau oleh ramai pengguna diseluruh dunia. Walau pun pengurusan tanaman pisang cavendish dilaporkan agak susah dan rumit akan tetapi ia masih menjajikan pulangan terbaik kerana penghasilan yang agak lumayan. Pisang ini perlukan rawatan sejuk untuk dibawa kepengguna dalam jarak yang jauh. Faktanya sehingga kini pisang cavendish yang menjadi 'pisang primadona' di seluruh dunia dengan harga yang cukup murah dan relatif stabil. Memakan pisang cavendish boleh menyebabkan perut menjadi kenyang dan sesuai diambil sebagai makanan diet. Hebatnya kerana pisang cavendish dilaporkan mengandungi karbohidrat yang tidak dapat dicerna. Ini memberikan efek kenyang lebih lama kepada seseorang yang makannya. Selain itu, pisang cavendish pun memiliki serat makanan dimana ini telah menyebabkan para ahli sukan memakannya sebagai makanan sempurna sebelum dan sesudah latihan atau berolahraga.


R
amai pembaca mungkin kurang tahu apabila pisang cavendish ini boleh dan mampu menyembuhkan situasi mabuk. Ia merupakan fakta menarik dari pisang cavendish apabila kemampuannya untuk meneutralkan rasa mabuk seperti mabuk dalam kereta. Perkara ini disebabkan pisang cavendish kaya akan kandungan potasium yang dapat meredakan rasa mual dan muntah. Dilaporkan dimana pada masa dahulu pisang cavendish ini berbiji akan tetapi sekarang ianya sudah tidak berbiji sama sekali. Pisang cavendish yang sekarang beredar di pasaran sekarang diseluruh dunia adalah pisang cavendis dari jenis hibrid yang meneluarkan buah pisang tanpa biji. Dahulu dilaporkan sebelum ditemukanya pisang hidrid tersebut memang pisang cavendish liar memiliki biji yang mengganggu semasa dimakan sehingga tidak menarik ramai orang untuk memakannya. Pisang cavendish yang berwarna kuning bersih ini memiliki banyak kandungan zat berguna untuk kesihatan seperti Riboflavin, Manganese, Vitamin A, Vitamin B6, Niacin, Serat, Protein, Vitamin C, Besi, Kalium, Folate dan juga bahan Magnesium. Sesiapa yang mengambil pisang ini didakwa akan lebih sihat dan membantu mencegah penyakit menular mahupun penyakit dalaman. Ada yang semata-mata makan buah pisang dan buah-buahan lain dengan tidak mengambil nasi sebagai amalan makanan diset harian. Ramai suka makan pisang ini kerana rasanya yang sedap dan kurang manis selain dapat mengenyangkan perut dengan makan satu dari sesisir pisang sahaja. Ia adalah sebagai sumber tenaga hebat kerana kandungan karbohidrat sederhananya cukup untuk mengenyangkan perut. Jadi ianya sesuai untuk orang diet dan dan aktif berolahraga. Pisang merupakan sejenis buah-buahan yang menyihatkan jantung. Kandungan kalium tinggi dan sangat berkesan mencegah tekanan darah tinggi untuk diri kita. Ia juga dilaporkan mampu menyimbangkan darah. Pisang Cavendish kaya dengan vitamin B6 yang berperanan aktif dalam pembentukan antibodi dan jiga hemoglobin di dalam darah kita dan ia sudah tentu memang menyihatkan. Ia juga melindungi sister saraf dan menjauhi potensi terkena stroke. Pisang ini dilaporkan bertindak sebagai 'mood boster' disebebkan ianya memberikan ketenangan kepada manusia melalui zat yang bertanggung jawab atas 'feeling' seseorangagar merasa lebih tenang dan bahagia. Cewah kalau kali sentap elok sangat makan pisang ini. Ia memang makanan yang baik untuk kesihatan otak. Bagi mereka yang sering pedih perut ataupun selalu sakit perut disyorkan makan pisang ini kerana ianya dapat menenangkan perut kita dari selalu pedih dan pastinya kenyang bila makan.


Berita bagaimana '
Sabah berpotensi jadi pengeksport bersih pisang Cavendish
menarik dikongsikan. Sabah perlu menerima guna model perniagaan ladang pisang Cavendish yang berjaya di Kemboja untuk memenuhi permintaan tempatan dan pasaran eksport, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Junz Wong (Sila lihat foto disebelah). Perkara ini dilaporkan media tempatan setelah dia melawat ladang pisang Cavendish seluas 4,046.85 hektar di negara berkenaan yang diuruskan rakyat Malaysia iaitu Datuk Tom Chow Chin Kiat. Dalam pada itu Junz menyatakan rasa kagum terhadap teknologi perladangan moden yang telah digunakan untuk mengeluarkan pisang berkualiti tinggi secara konsisten bagi pasaran termasuk China, Australia, Jepun dan Amerika Syarikat.  Mereka mempunyai kepakaran, malah mereka memiliki ladang benih kultur tisu sendiri selain nurseri menggunakan kaedah pengeluaran benih konvensional.  Selain itu mereka ada kilang pembuatan baja sendiri yang mengeluarkan 10 tan baja organik setiap bulan, menggunakan terutamanya hampas sawit yang banyak di Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini. Ladang itu turut menggunakan sistem pengairan moden dan sistem dron berteknologi tinggi untuk memantau kedaan pertumbuhan dan nutrisi tumbuhan tersebut. Ia juga dilengkapi sistem mekanikal khusus untuk mengangkut pisang setelah dituai ke bahagian jaminan kualiti dan kawalan kualiti (QAQC) kemudiannya dipindahkan keah kilang pembungkusan yang meningkatkan tahap kecekapan secara ketara. Keseluruhan ladang pisang tersebut termasuk bahagian pembuatan dan pembungkusan, menggaji 2,000 pekerja dan perbelanjaan modal awal adalah tidak kurang daripada US$10 juta (AS$1=RM4.12). Dia menjemput mereka untuk datang ke Sabah serta membawa masuk pelaburan, pengetahuan teknologi dan sistem QAQC mereka. Kita masih menunggu berita selanjutnya dari Sabah mengenai usaha penanaman pisnag cavendih untuk pasaran domestik dan eksport dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PISANG CAVENDISH... POPULAR DIA....
KINI DIEDARKAN.. DISELURUH DUNIA...
WARNA CANTUK... MANIS  RASA ISINYA...
BOLEH DIPERLUASKAN ... DI MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Muharam 1443H).
Kemaskin i pada 6 Julai 2023.
Posted from:
Room 2309, Trove Hotel, JB.

Wednesday, July 5, 2023

PENINGKATAN HASIL GETAH - BAGAIMANA?

TANAMAN GETAH
 (Hevea brazilliensis) di Malaysia memang merupakan diantara tanaman yang penting diusahakan oleh sektor perladangan dan sektor pekebun kecil sejak beratus tahun dulu. Terkini Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pernah mereka melancarkan Kempen Penorehan Getah di negara ini iaitu di Peringkat Kebangsaan bagi ia meningkatkan lagi produktiviti terutama untuk sektor pekebun kecil tanaman getah. Kempen yang dilaksanakan itu selaras dengan Amalan Pertanian Baik (GAP) yang dilakukan RISDA termasuk cara pembajaan dan cara penggunaan bahan rangsangan lateks pokok getah. Perkara ini memang amat signifikan kerana selain penggunaan baja dan benih yang baik dimana teknik cara torehan juga penting untuk memastikan hasil pengeluaran getah dapat ditingkatkan. Kempen yang dilakukan oleh agensi RISDA telah membuka mata dan ia memberi kesedaran kepada pekebun kecil untuk mereka dapat meningkatkan produktiviti seterusnya menambahkan pendapatan. Fenomena GAP dapat dijadikan satu amalan berterusan kepada pekebun kecil walaupun kita dihimpit oleh isu kejatuhan harga getah di pasaran domestik dan juga  antarabangsa. Pekebun kecil digalakkan agar ada kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan dengan cara atau teknik penorehan sempurna bagi memastikan jangka hayat pokok mencapai tempoh yang optimum. Dilaporkan dimana ketika ini produktiviti dari pihak pekebun kecil getah sentiasa menjadi keutamaan pihak kerajaan. Peningkatan produktiviti getah yang ditunjukkan setiap tahun banyak disumbangkan oleh kempen-kempen GAP yang dilakukan RISDA secara berterusan. Dilaporkan oleh RISDA dimana ketika ini pekebun kecil getah berupaya mengeluarkan hasil sebanyak 1,671 kilogram sehektar melepasi produktiviti kebangsaan  yang mana ia dilaporkan sebanyak 1,651 kilogram sehektar. Banyak cara boleh dilakukan didalam usaha untuk petani meningkatkan lagi akan produktiviti dari pokok getah untuk meningkatkan pendapatan mereka. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya akan mempaparkan beberapa perkara berkaitan usaha meningkatkan hasil itanaman getah untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam pada itu dilaporkan dimana 'LGM hasilkan inovasi untuk tingkatkan pengeluaran getah asli' dimana sasaran utama adalah pekebun kecil getah harus meningkatkan kualiti getah asli untuk dapat bersaing dengan getah asli negara luar. Info terkini menyatakan dimana negara Malaysia menghadapi penurunan dalam aktiviti pengeluaran getah asli dunia. Dari tahun 1990 hingga 2013 dimana Malaysia mengeluarkan hanya antara 825,000 tan hingga 1.3 juta tan getah asli setahun. Perkara ini  tidak memungkinkan Malaysia menyaingi pengeluaran getah dari negara Thailand, Indonesia, Vietnam dan Kemboja berikutan faktor kekangan kawasan penanaman baharu getah semakin berkurangan saban tahun. Justeru itu juga Malaysia hanya mampu mengekalkan kedudukan sebagai pengeksport getah asli keenam terbesar dunia. Kini ada juga dilaporkan dengan keluasan penanaman hanya 1.06 juta hektar sedia ada sekarang maka Malaysia tidak mampu lagi menyaingi keluasan tanaman getah dengan ketiga-tiga negara terbabit. Faktor ini ditambah dengan kehilangan semakin banyak kawasan terutama sektor ladang getah yang diubah menjadi kawasan pembangunan hartanah atau ladang sawit yang membawa pulangan lebih stabil dan ianya terus berlaku dengan pantas. Di laporkan saban tahun memang penulis blog dapati ada saja ladang getah yang diubah menjadi lainn terutama sebagai ladang sawit, kawasan perumahan atau bangunan komersial dimana ia sekali gus menyebabkan pengeluaran getah asli negara semakin menyusut. Telah dilaksanakan dalam RMK11 dimana Program Tanaman Baharu dan Tanam Semula Getah Pekebun Kecil dengan meletakkan sasaran meningkatkan keluasan tanaman getah kepada 1.2 juta hektar dengan pengeluaran dua juta tan setahun sehingga tahun 2020. Dalam pada itu Kementerian KPPK telah menyediakan bajet sebanyak RM744 juta bagi melaksanakan kedua-dua program berkenaan dengan sasaran tanaman baharu seluas 38,770 hektar dan tanam semula seluas 113,900 hektar dan telah dilaksanakan. Apa pun Malaysia dilihat masih hebat apabila dilaporkan Malaysia sebagai 'pengeluar sarung tangan terbesar dunia' apa lagi di zaman pandemik covid-19 berlaku diseluruh dunia dulu.  Meskipun tidak mampu bersaing dari aspekpengeluaran getah asli dengan negara jiran terbabit akan tetapi sebenarnya  Malaysia masih mempunyai kelebihan dari aspek industri hiliran berasaskan getah yang mana telah menyaksikan negara ini kekal sebagai pengeluar sarung tangan terbesar dunia. Pada 2014 negara Malaysia mengeksport produk berasaskan getah bernilai RM14.62 bilion iaitu 43.33 peratus daripada keseluruhan eksport industri getah dunia yang bernilai RM33.73 bilion. Bagaimana pun nilai eksport sarung tangan getah Malaysia mencecah RM40.96 billion pada tahun 2020 dan terus meningkat pada tahun 2021 iaitu satu jumlah yang amat menakjubkan.


Bagaimana pun bagi Lembaga Getah Malaysia (LGM) ada mendakwa usaha berkenaan tidak akan berjaya tanpa langkah untuk membantu meningkatkan pendapatan 400,000 pekebun kecil getah kerana mereka menghasilkan 93 peratus daripada pengeluaran getah negara (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan bagi terus membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil pihak LGM mengkomersialkan beberapa teknologi seperti mesin menyemai benih getah (SoFIL), mesin untuk bahan tanaman (PMac) dan kenderaan memungut lateks (LCV). Inovasi itu akan dilaporkan telah meningkatkan tahap mekanisasi dalam operasi di ladang dan mengurangkan kebergantungan tenaga buruh. LGM juga dilaporkan berjaya untuk dapat memperkenalkan i-Klon dan Sistem Maklumat dan Pengesanan Klon Getah (RITes) yang bakal meningkatkan produktiviti pekebun kecil dan estet melalui pemilihan klon yang betul. Mengenai inovasi terbaru Sistem Penorehan Getah Automatik (ARTs) bertujuan bagi mengurangkan situasi unik iaitu kebergantungan kepada buruh asing dalam pasaran tenagakerja maka usaha untuk meningkatkan kekerapan torehan dan menambah nilai  pengeluaran susu getah kepada dua (2) tan sehektar. LGM kini juga menubuhkan Pusat Ranting Tunas Hijau Malaysia (MRBC) bertujuan untuk memastikan hanya getah yang mana ia disyorkan ditanam oleh pekebun kecil. ARTs adalah mereka menggunakan mesin torehan automatik atau pun dengan menggunakan mata pemotong berputar berkelajuan tinggi yang mampu untuk menghasilkan torehan tepat dan sekata. Ia direka dengan sistem kawalan elektronik untuk mengawal mesin operasi mesin tanpa memerlukan kawalan secara manual. Ia dipasang pada pokok dan mampu menoreh secara automatik mengikut waktu yang diprogramkan. ARTs diidakwa membolehkan torehan dilakukan pada awal pagi ketika tekanan lateks dalam pokok berada pada tahap tinggi. Ia didakwa menghasilkan pemotongan sepanjang 2.5 cm dan pembuangan kulit pokok setebal 2.3 mm sehari. Ia direka bentuk bergerak pada arah menegak dan mengufuk dimana ini akan membolehkan mata pemotong mirip kepada turutan torehan secara manual. Selain itu, ia beroperasi secara serentak mengikut masa ianya akan diprogramkan (Sila lihat foto disebelah). Bagaimanapun, ARTs belum mampu diaplikasi secara menyeluruh kepada pekebun kecil berikutan kos yang terlalu tinggi. Sehubungan itu pihak LGM masih meneruskan kajian bagi meminimumkan kos bagi memastikan ia tidak membebankan pekebun kecil.


Dalam pada itu dilaporkan jumlah permintaan getah asli di pasaran dunia semakin menurun yang berlaku sebelum ini adalah berdasarkan kelembapan dalam industri getah dunia akibat dari kekurangan permintaan daripada pengguna utama getah asli dunia seperti China, Jepun dan Eropah. Bagaimana pun akibat pandemik covid19 kemudian dilaporkan permintaan meningkat sedikit disektor perubatan tetapi menurun disektor industri lain. Negara Malaysia, Thailand dan Indonesia yang menganggotai Tripartite Rubber Council (ITRC) sentiasa membincangkan langkah berkesan bagi tujuan untuk memperkukuh harga getah di pasaran. Kini walaupun Malaysia ketinggalan dari aspek pengeluaran getah asli dunia berbanding Thailand, Indonesia dan Vietnam akan tetapi negara ini masih mampu berbangga dengan fungsinya sebagai pengeluar sarung tangan getah asli utama dunia. Dilaporkan berlaku hambatan kemajuan bagi menyaksikan semakin banyak kebun kecil dan estet getah dibangunkan ditukar dengan penanaman sawit dan hartanah yang dilihat semakin membawa negara ke arah belakang berbanding negara pengeluar getah asli dunia yang lain. Faktor ketiadaan syarikat pembuatan tayar tempatan dilapor menyebabkan syarikat pembuatan tayar antarabangsa yang melabur di negara ini mengawal permintaan getah asli terutama Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 mengikut kehendak dan juga keperluan mereka. Faktor kejatuhan harga getah beku (cuplump) semasa antara RM2.00/kg hingga RM2.20/kg juga menyebabkan semakin ramai pekebun kecil terpaksa terus 'menggantung' pisau torehan dan mencari kaedah lain untuk mencari rezeki. Pekebun kecil getah harus meningkatkan kualiti getah asli untuk bersaing dengan getah asli yang mana ia dikeluarkan oleh Thailand, Indonesia dan Vietnam. Getah asli berkualiti rendah kurang mendapat permintaan syarikat pengeluar tayar antarabangsa. Sering dilaporkan dimana kini pihak pengeluar getah asli Malaysia adalah disahkan memang kurang berkualiti berbanding getah dikeluarkan Vietnam dan Kemboja.


Di peringkat antarabangsa pula ada dilaporkan disebabkan oleh pengusaha yang kurang ambil berat penjagaan kualiti getah tempatan menyebabkan syarikat pembeli antarabangsa kini lebih cenderung untuk mengimport produk getah mentah asli daripada pelbagai negara lain. Terkini apabila Standard Vietnam Rubber (SVR) dilaksanakan maka ia telah diproses menjadi getah yang sesuai untuk dibuat tayar diperingkat antarabangsa (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana pihak LGM dakwa kebanyakan dari pekebun kecil di negara ini kurang mengambil berat aspek penjagaan kualiti. Contohnya dimana ada pekebun kecil yang sanggup mengikat tali pada batang pokok yang ditoreh pada tempat yang tinggi untuk membolehkan susu getah mengalir masuk terus ke dalam mangkuk. Akibatnya dimana tali itu turut akan masuk ke dalam mangkuk berkenaan. Apabila susu getah membeku maka tali masih berada di dalamnya dan kilang yang memproses akan getah tercemar tersebut tidak mampu mengasingkan tali daripada getah seratus peratus. Selain kualiti getah asli yang agak rendah dimana industri getah dunia juga dipengaruhi permintaan di pasaran antarabangsa. Keadaan semasa menyaksikan industri pembuatan tayar di China berada pada tahap kurang memberangsangkan akibat kurang mobiliti disebabkan pandemik covid19 dan pasca pemulhan pandemik ini. Perkara ini berbeza dengan keadaan ketika industri pembuatan tayar di China mencapai kemuncaknya pada tahun 2010 dan 2011. Ia menyebabkan Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 dijual ke China pada harga iaitu RM71 sekilogram (kg) dimana kita masih tidak boleh  bergantung harap kepada industri tempatan. Dahulu Kerajaan Republik China menggalakkan rakyatnya menggunakan kereta baharu dan kereta lama tidak digalakkan berada di atas jalan raya dan kemudian China juga mengeksport 30 peratus daripada tayarnya ke Eropah akan tetapi situasi itu merudum menjelang Februari 2012 hingga sekarang tahun 2021-2023 lebih serius keadaannya. Industri getah Malaysia masih tidak boleh lagi bergantung harapan kepada industri pembuatan tayar tempatan kerana syarikat pengeluar tayar sedia ada dimiliki oleh pihak pelabur asing yang lebih mementingkan pembelian bahan mentah dari luar negara untuk diproses bersama getah asli di negara ini selain negara lain di Asia Tenggara. Pada penulis blog sehubungan itu sebaiknya pekebun kecil getah di negara ini harus berusaha dalam meningkatkan kualiti getah, selain berharap permintaan di pasaran antarabangsa kembali pulih. Penulis blog dapati sebagai info tambahan mengenai tanaman getah (Hevea braziliensis) yang mana ia hidup subur di kawasan 1,000 km utara dengan 1,000 km selatan Khatulistiwa dan memerlukan hujan antara 180 cm hingga 250 cm setahun. Kini ada seluas  2.06 juta hektar estet dan kebun kecil getah di Malaysia dengan penghasilan sebanyak 1.66  juta tansetahun. Dari segi eksport getah Malaysia dimana 63% dihantar ke China, 15% pula ke Kesatuan Eropah dan cuma 3% sahaja ke USA.


Dalam pada itu terkini penoreh getah sudah boleh menoreh getah pada waktu tengkujuh (musim hujan) dengan mana ada pengenalan inovasi 'Alat Pelindung Hujan atau Awning'. Penggunaan 
Alat pelindung hujan berbentuk awning boleh digunakan bagi melindungi alur torehan dari dibasahi hujan. Pekebun kecil kini disaran menggunakan teknik torehan lewat, torehan ganti dan alat pelindung hujan untuk meningkatkan jumlah hari mereka boleh menoreh pada waktu musim tengkujuh. LGM dilaporkan sudah melakukan banyak lakukan kajian di mana apabila rain guard atau alat pelindung hujan digunakan maka ia mampu meningkatkan jumlah hari torehan. Dilaporkan dimana jika sebulan mereka menoreh 10 hari namun pada waktu hujan mereka hanya mampu menoreh 3 hari sahaja dan menjejaskan pendapatan. Kini jika mereka menggunakan teknologi rain guard maka jumlah hari mampu menoreh getah boleh ditingkatkan lagi kepada 8 hari sebulan dimusim tengkujuh. Bagaimanapun didakwa hanya sekitar 5 -10% sahaja jumlah pekebun kecil di Malaysia menggunakan alat pelindung hujan ketika ini. Didakwa ia berpunca dari kos yang tinggi apabila satu batang pokok mereka perlu belanjakan sekitar RM1.20 seunit bagi pekebun kecil yang mempunyai pendapatan rendah maka dikira angka itu adalah mahal. Kini digalakan agar kerajaan mengambil sebahagian peruntukan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi membantuk pekebun kecil membeli alat pelindung hujan. Alat pelindung hujan berbentuk awning boleh digunakan bagi melindungi alur torehan dari dibasahi hujan (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu teknik torehan lewat adalah menoreh di luar masa kebiasaannya manakala torehan ganti pula merujuk kepada hari torehan yang diubah pada hari berikutnya disebabkan hujan lebat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAMAN GETAH... DULU JUARA...
NOMBOR 6... PENGELUAR DUNIA....
JAGA KUALITI... ANTARABANGSA...
ADA INOVASI... TINGKAT HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Jamadilawal 1443H).
Kemaskini pada 17 Dzulhijjah 1333H).

Tuesday, July 4, 2023

ROJAK PETIS - MAKANAN HEBAT!

MAKANAN ROJAK PETIS
merupakan satu hidangan yang istimewa bagi penulis blog dimana makanan ini popular semenjak berpuloh tahun dahulu di Malaysia. Rojak Petis ini bukan sahaja diminati oleh masyarakat Melayu sahaja tetapi masyarakat lain seperti kaum Cina dan kaum India juga amat menyukainya. Membuat rojak petis adalah amat mudah sekali kerana ianya ia menggunakan bahan tempatan dan murah tetapi segar serta mudah didapati. Bahan untuk membuatnya juga murah harganya. Kita boleh sediakan sendiri dirumah dan ia boleh disesuaikan dengan citarasa yang dikehendakki. Bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan 1-2 org terdiri daripada buah Nenas (Ananas cosmosus), Buah Mangga (Mangifera indica), Sengkuang (Pachyrizus erosus), Timun (Cucumis sativus), Kangkong (Impomea reptans), Taugeh (Vigna radiata), Epal Hijau (Malus domestica) dan Kacang Tanah (Arachis hypogea) serta bahan lain yan sesuai. Apa pun yang paling utama dalam rojak petis adalah PETIS. Petis adalah adunan khas yang diperbuat daripada udang, kicap, cili dan sebagainya. Ada yang menulisnya sebagai ''Otak Udang'' untuk bahan ini. Bergantung kepada musim buah-buahan dan kreavititi, buah seperti Jambu Air (Euginia aquea), Jambu Batu (Psidium guava) dan Buah Kedondong (Spondalis dulcis) juga sesuai dijadikan bahan untuk rojak petis. Semua bahan buah-buahan dipotong mengikut saiz dan ukuran yang sesuai, Kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar dan sayur kangkong serta taugeh perlu dicelur dahulu. Bahan lain yang tidak boleh ditinggalkan tentunya Tempe (Glycine max) dan Tauhu (Glycine max) yang telah digoreng dan dihiris nipis-nipis. Seterusnya kita perlu menyediakan bahan-bahan seperti Petis (2 sudu besar), Gula Pasir (1½-2 sudu besar), Gula Melaka atau Gula Hitam (1 sudu besar), cili kisar mengikut kepedasan masing², sedikit belacan yg dibakar, sedikit air asam pekat dan garam jika perlu. Pastikan kita menyediakan besen kaca datau mangkuk kaca yang sesuai saiznya dan senduk kayu atau senduk plastik yang sesuai untuk aktiviti menggaul. Sebaiknya semua ramuan rojak petis ini mesti digaul rata dan boleh dihidangkan apabila siap. Artikel petang Sabtu 9 Zulhijjah 1443 Hijrah (Sehari sebelum Raya Haji) ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis beberapa kisah menarik mengenai Rojak Petis untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Pada penulis blog memang rasanya lebih puashati jika membuat sendiri rojak petis dirumah sama ada untuk dihidangkan kepada ahli keluarga atau pun semasa menjamu tetamu yang datang kerumah berkunjung. 
Mendapat peluang makan Rojak Petis Muar sejak zaman remaja dahulu memang rugi kalau tidak belajar resepi membuatnya. Makanan ini memang sudah lama popular di Muar sebagai ikon selain daripada Mee Bandung Muar, Sate Pagi Muar, Mee Rebus Muar dan sebagainya. Apa yang unik dimana makanan ini 15 tahun dahulu hanya dijual 80 sen sepinggan tetapi kini sudah mencecah RM5.00 sepinggan. Selain enak kerana ada rasa masin, pedas, masam, lemak, manis dimana makanan in amat sesuai untuk mendapatkan fiber dari buah-buahan dan sayuran yang terpilih. Penulis blog kongsikan resepi Rojak Petis yang sering dibuat sendiri dirumah. Bahan yang digunakan adalah 1 bekas petis atau otak udang, 1 inci belacan dibancuh dengan 1/4 cawan air, 1/3 cawan gula melaka yang hiris halus, 1/4 cawan gula pasir,1/4 cawan kicap pekat serta 1 cawan air. Bahan-bahan lain diperlukan termasuk kacang tanah secukupnya goreng tanpa minyak yang buang kulit dulu dan tumbuk hancur, Pes asam jawa secukupnya, Cili kisar, cili padi yang dikisar serta gula. Bahan utama membuat rojak petis termasuk Kangkung (Perlu disiang, culur dan toskan), Taugeh perlu ia (dibersihkan, celur sekejap dan toskan), Timun (dihiris nipis), Nenas (Juga ia dihiris nipis), Umbisi Sengkuang (dihiris nipis) dan Tauhu (boleh di goreng dan di hiris nipis). Cara membuat sos petis dengan menyatukan semua bahan asas untuk sos petis ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan gula larut. Kecilkan api dan teruskan memasak hingga pekat tetapi mesti di kacau sentiasa. Matikan api dan sejukkan. Bagi membuat rojak petis sbeiknya didalam satu bekas adunan sesuai, masukkan 4-5 camca besar sos petis, tambah 4 camca besar kacang tanah, 1/2 camca besar cili kisar dan 1 camca teh cili api kisar. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh pes asam jawa. Gaul rata dimana jika suka manis maka boleh tambah sedikit lagi gula pasir. Kacau rata dan kemudian dimasukkan taugeh dan kangkung dan di gaul rata. Tambah sengkung, timum, tauhu dan nenas dan juga diaduk gaul rata dan alihkan rojak ke dalam pinggan sesuai. Tabur sedikit kacang tumbuk untuk hiasan. Makanan ini sudah sedia untuk dihidangkan untuk dapat dinikmati. 


Dalam beberapa portal berita tempatan termasuk dalam utusan.com dilaporkan satu kisah menarik '
Rojak Petis Likat’ Norfatin popular di Pontian' dimana ia sesuai dikongsikan kali ini. Kisah dari Pontian, Johor ini paparkan dimana seorang pengusaha yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu bukan halangan untuk Norfatin Nabila Lokman (24 tahun) bagi membantu ibunya di kedai menjual rojak petis yang dikenali sebagai ‘Rojak Petis Likat’ di bandar Pontian. Beliau pernah dijemput sebagai tetamu bersama ibunya oleh dua buah syarikat televisyen tempatan sebelum ini dimana secara tidak langsung telah menambah popular rojak petis yang telah diusahakan sejak 24 tahun lalu yang sama dengan umurnya. Dakwanya dimana setelah menamatkan pengajian di UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) pada September tahun lalu, dia belum mendapat tawaran pekerjaan dari mana-mana pihak walaupun telah beberapa kali menghantar permohonan. Dia kemudian mendapati bidang pengajian tersebut melayakan dan membolehkannya dia untuk bertugas sebagai pengurus perhubungan awam, wartawan media cetak atau elektronik mahupun dalam bidang sumber manusia. Bagaimana pun sehingga kini belum ada rezeki saya bekerja dalam bidang bersesuaian dengan pengajian yang diikuti selama tiga tahun. Beliau yang ditemui Utusan Malaysia di Medan Selera Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) nyatakan memang tidak kekok untuk membuat rojak petis itu kerana telah biasa membantu ibunya di gerai apabila pulang pada cuti semester mahupun sebelum dia diterima masuk ke Unimap. Petis Likat yang menjadi tarikan utama kepada pelanggan dikedainya di Medan Selera MPPn Jalan Bakek di Pontian, Johor.  Selain menjual rojak petis, gerai yang dinamakan D’ Jannah Corner (Chek Sal) turut menjual pelbagai jenis makanan lain seperti mi goreng, bihun kampung, rojak pisang, cikong bizibodi, kuetiau goreng dan bihun sup. Kedai mereka beroperasi pada setiap Ahad hingga Khamis bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang dan bercuti pada Jumaat dan Sabtu. Apa pun didakwa perniagaan Rojak Petis Likat yang diusahakan oleh ibunya sejak tahun 1997 memang dikenali ramai di bandar Pontian kerana keenakan dan rasanya yang memikat para pelanggan. Sebelum ini ibunya menjalankan perniagaan di gerai yang kecil sahaja sebelum berpindah ke Medan Selera MPPn berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak lapan tahun lalu. ‘Alhamdulillah sambutan orang ramai amat memuaskan terutama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana pelanggan dibenarkan makan di kedai berbanding ketika ini. Meskipun begitu pendapatan harian mereka merosot hampir separuh namun masih boleh bertahan memandangkan terdapat pelanggan yang datang membeli untuk dibawa pulang ke rumah. Ditanya minatnya dalam bidang komunikasi, Norfatin Nabila bersedia untuk menyertai mana-mana syarikat atau agensi media sekiranya diberikan tawaran supaya pengajian yang dipelajari dapat dipraktikan.


Dalam portal lain termasuk Bernama dengan tajuk '
Jom cicah rojak buah dalam talam di gerai ABC' juga menarik untuk dikongsikan. Media laporkan dimana pemilik gerai ABC Sungai Kob iaitu Nor Hanisah Ghazali sudah lama berjual 'Rojak Talam' yang menjadi konsep baharu untuk pelanggan menikmati pelbagai jenis buah-buahan di gerainya di Kulim, Kedah. Dakwanya kreativiti menjadi resipi utama seorang peniaga makanan di Kampung Nob, di sini dalam menyajikan hidangan istimewanya ‘rojak talam' yang pasti menimbulkan perasaan ingin mencuba kepada sesiapa yang melihatnya.  Rojak atau campuran hirisan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan dengan kuah bukanlah makanan yang asing dalam kalangan masyarakat di negara ini. Namun cara menyajikannya di dalam talam dan dinikmati secara beramai-ramai bukan cara penyediaan yang sinonim dengan makanan itu. Itulah idea Nor Hanisah Ghazali (34) yang memberikan kelainan dalam menyediakan makanan itu untuk menarik pelanggan ke gerainya, Gerai ABC Sungai Kob. Dakwanya  rojak talam yang dihasilkannya mengandungi campuran lebih 10 jenis buah-buahan tempatan dan luar negara yang sekali gus menjadikan ia berwarna-warni dan memukau selera. Dia menggunakan buah seperti mangga muda dan ranum, jambu air, jambu batu, timun, sengkuang, kedondong, belimbing, betik, nanas, serta epal. Kesemua buah yang saya guna dalam hidangan rojak talam istimewa juga adalah segar, bagi memastikan pelanggan berpuas hati menikmatinya. Kini dengan menghidangkan di dalam talam, pelanggan dapat menikmati makanan itu dengan lebih santai dan boleh memilih buah-buahan atau sayur-sayuran yang hendak dimakan dengan lebih mudah kerana kuahnya tidak digaul sekali dengan buah bagi mengelakkan kuah menjadi cair. Idea untuk menghasilkan rojak talam itu tercetus selepas terbaca sebuah artikel mengenai penggunaan talam dalam menghidangkan makanan mampu mengeratkan hubungan antara manusia.  Beliau seterusnya mencubanya dengan menyediakan rojak dalam talam yang akhirnya berjaya menarik pelanggan yang datang dari daerah ini dan serata Kedah. Setiap hidangan rojak itu dijual pada harga RM12 yang disifatkannya amat berbaloi untuk dinikmati kerana pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran dalam satu talam. Gerai ABC Sungai Kob yang turut menyediakan air batu campur berasaskan buah, jus buah dan hidangan sampingan lain milik Nor Hanisah itu terletak di Jalan Kulim-Mahang, kira-kira 10 kilometer dari bandar Kulim dan dibuka mulai 10 pagi hingga 7 malam setiap hari kecuali Jumaat. Penulis blog yang meminati makanan rojak petis sering membuatnya sendiri dirumah menggunakan bahan rojak dan kuah rojak petis yang ada dijual di Supermarket dengan harga RM6.00 - RM8.00 satu bekas. Kalau ada masa memang suka ke Tanjung Mas, Muar untuk menikmati rojak petis dan juga asam pedas.  Semuga tulisan artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ROJAK PETIS... POPULAR DI MALAYSIA...
BANYAK BUAH-BUAHAN... YANG DIGUNA...
KUAH PETIS... MELAZATKAN RASANYA...
BUAT SENDIRI.... DIJUAL DIMANA-MANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tanjung Agas, Muar,
Johor,
Malaysia.
(9 Zulhijjah 1443H).
Kemaskini pada 5 Zulhijjah 1444H.

Monday, July 3, 2023

TIMUN BULU - TEKNOLOGI TANAM

TIMUN BULU (Cucumis sativus) merupakan sejenis sayuran buah timun yang popular ditanam dikawasan Daerah Mersing, Johor dan Daerah Rompin, Pahang serta ada ditanam juga disekitar Daerah Kota Tinggi, Johor. Pada penulis blog yang pernah bertugas di Daerah Mersing, Johor banyak kali membuat tinjauan teknologi kekawasan Projek Sayuran Komersil Kg Seri Pantai yang mencapai kelusan 280 ekar masa itu sekitar tahun 1997 - 2000. Tanaman sayuran komersil diprojek ini terdiri daripada jenis tanaman sayuran berbuah seperti Cili, Timun, Petola, Peria, Kacang Panjang, Bendi serta beberapa jenis sayuran daun terutama bayam, sawi dan sebagainya. Bagaimana pun agak unik apabila beberapa petani tetap suka menanam 'Timun Bulu' yang mendapat pasaran baik di Singapura terutama dari kaun Cina. Tanaman timun bulu ini merupakan tanaman yang menjalar daripada keluarga Cucurbitaceae iaitu sama dengan tanaman timun, tembikai dan beberapa jenis lagi. Penulis sebenarnya kenal dan dapat melihat dan mendengar sayuran 'Timun Bulu' semasa kali pertama bertugas di Mersing, Johor pada tahun 1997 dahulu selepas kembali dari bertugas hampir 2 tahun lebih di Negeri Sarawak. Tanaman Timun Bulu pada penulis blog semacam buah timun yang besar berwarna hijau gelap apabila matang dan uniknya dikulit luarnya ada kelihatan seakan bulu yang melekat. Buahnya tidak sama dengan jenis timun buasa yang juga luas ditanam kerana ia tidak sesuai dimakan segar atau dijadikan ulam makan sate atau dicicah dengan sambal belacan. Penulis blog diberitahu beberapa petani yang sudah lebih 10 tahun menanam timun bulu ini dimana ia kebanyakannya adalah untuk dimasak sebagai sayur tumis air atau pun dibuat sup sahaja. Dalam penulis blog saya ada cari dan membuat beberapa rujukkan di internet memang tidak jumpa sesiapa yang melaporkan sayuran jenis timun bulu ini. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya menulis mengenai perkara asas dan teknikal timun bulu untuk dijadukan bahan rujukkan semua. 


Tanaman timun bulu dari segi amalan agronominya tidak jauh berbeza dengan amalan teknologi tanaman timun biasa atau oun enghasilan tanaman timun tua. Apa pun apabila diteliti dimana penanaman timun bulu ini lazimnya memerlukan sistem para atau trellis kerana tanaman ini melilit pada batang dan kayu pancang. Jarak untuk tanaman ini yang disyorkan ialah antara 0.5 meter dan 1.0 meter antara pokok dan 1.0 meter antara barisan malahan ada kalangan petani di Mersing, Johor dan Rompin yang ada menanam dengan jarak lebih jauh lagi. Dakwa petani ini dimana jika menanam timun bulu ini dengan jarak 1.5 m x 1.5m maka umur pokoknya akan lebih panjang berbanding dengan menanam dengan jarak yang agak rapat. Biji benih yang berkualiti boleh ditanam terus ke batas atau disemai dulu ditapak semaian sebelum di ubah ke ladang untuk jimatkan lagi kos sulaman dan kos biji benih. Jika petani menanam terus di kebun maka sebaiknya gali lubang sedalam 2.5 cm dan letak dua atau tiga biji benih dengan menjarakkan dua cm antara satu sama lain. Seterusnya ia biji benih akan dikambus menggunakan tanah halus dan disiram. Selepas seminggu anak benih yang bercambah dimana ia perlu dijarangkan dengan cara mencabut anak benih yang kurang segar, tidak sihat, dilihat kerdil dimana perlu di tinggalkan hanya satu pokok sahaja setiap lubang penanaman bagi mengelakkan persaingan dari segi makanan, ruang, cahaya dan air. Tanah dikeliling anak benih dipadatkan supaya pokok lebih kuat dan akarnya tidak terdedah kepada panas. Aktiviti meletakkan sungkupan merupakan satu amalan meletak sungkupan pada batas penanaman amat digalakkan dan palin sesuai adalah menggunakan plastik silvershine. Ia dapat mengurangkan pertumbuhan rumpai, mengekalkan kelembapan batas serta mengurangkan hakisan. Terdapat banyak bahan yang boleh dijadikan sungkupan antaranya rumput kering, jerami padi kering atau sistem agrosheet (Silvershine atau bahan yang seumpamanya). Teknologi terkini kebanyakan petani komersil suka menggunakan jenis sungkupan Plastik Silvershine yang memberikan banyak faedah lain serta mudah dipasang. Plastik ini dijual dikedai-kedai pertanian dengan harga yang berpatutan dengan cara pemasangan yang betul.


Dalam teknologi penanaman timun bulu memang ia memerlukan sistem para atau kerja penyediaan junjung. Timun bulu ini adalah tanaman yang memerlukan junjung atau penyokong untuk membolehkan pokok memanjat dan memudahkan semasa proses penuaian. Bagimana pun tinjauan penulis blog mendapati kini petani yang menanam timun dengan cara fertigasi gantung dimana ia adalah semakin popular dijalankan (Sila lihat foto disebelah). Cara untuk menanam timun bulu ini dengan cara fertigasi gantung lebih menguntungkan petani yang mempunyai kawasan tanah rendah sering banjir. Sistem memacang tiang dan para secara tradisional dilakukan dengan memacakkan kayu berukuran 5 cm x 5 cm x 6.5 meter panjang setiap jarak tiga meter dimana ia kemudian perlu diregangkan dawai kasar. Dawai ini diikat antara puncak kayu beruti dan sambungkan tiang kayu yang bertentangan antara kedua hujung batas. Sebaiknya petani menggunakan paku untuk memasang dawai. Tali sistem diguna bagi membantu anak pokok memanjat apabila telah berumur dua minggu. Tanaman timun bulu ini merupakan tanaman yang memerlukan sistem pengairan samaada menanam diatas tanah atau sistem fertigasi. Pokok timun memerlukan air yang banyak untuk capai tahap kelembapan yang cukup untuk pertumbuhan yang lebih subur, Penyiraman sebaiknya dibuat dua kali sehari di peringkat awal penanaman (kecuali jika hujan) dan dikurangkan sekali sehari bila pokok besar dan sistem memungut hasil. Rumpai merupakan satu ancaman kepada aktiviti menanam timun bulu dikawasan kebun. Pengawalan rumpai adalah penting untuk menjamin hasil yang tinggi, kawasan tanaman perlu sentiasa bersih bagi mengelakkan persaingan dalam mendapatkan zat makanan, air, cahaya dan ruang. Adanya rumpai juga menjadi perumah bagi perosak dan penyakit tanaman. Kerja merumpai perlu dilakukan setiap minggu dengan pelbagai cara. Pembajaan tanaman timun bulu dijalankan mengikut jadual yang sudah disyorkan dimana jenis baja yang disyorkan ialah 70 kg N:140 kg P2O5:200 kg K2O untuk setiap hektar tetapi ia bergantung pada keadaan tanah disesuatu kawasan dan juga sistem tanaman. Penggunaan baja NPK Hijau 15:15:15 sesuai untuk pembajaan pertama dimana ia boleh di gunakan dengan kadar 30gm/pokok dan ditabur keliling dengan jarak 15-20 cm dari rumpun pokok serta dikambus. Pembajaan ulangan kedua dan ketiga boleh menggunakan NPK biru 12:12:7 dengan kadar 40-50 gm/pokok diselangkan setiap dua minggu. Kerja membuat pemangkasan tidak perlu dilakukan kecuali bila terdapat terlalu banyak daun atau dikenali sebagai mabuk daun. Penyusunan pucuk timun bulu ini yang jatuh melempai bagaimana pun perlu dilakukan untuk tanaman timun fertigasi gantung. Tanaman timun bulu memerlukan kawalan perosak dan penyakit. Ini kerana antara serangga perosak yang biasa menyerang timun bulu ialah kutu afid . kumbang daun dan lalat buah. Lazimnya serangan adalah pada bahagian daun, bunga dan buah muda. Jika serangan teruk menyebabkan daun rosak dan 'berkerekot' dan buah berubah bentuk, menjadi terbantut dan busuk. Daun dan buah yang diserang deengan perosak ini perlu dimusnahkan serta selalu menjaga kebersihan kawasan kebun. Dalam keadaan perlu lakukan semburan dengan jenis racun perosak yang sesuai. Penyakit yang biasa menyerang tanaman timun bulu adalah kulapok berdebu. Penyakit ini akan menyebabkan tompok misilia putih dan berdebu pada permukaan daun, daun bertukar kekuningan, perang ,kering dan berkedut. Pokok timun bulu yang diserang kurang berbuah dan kecil saiznya. Serangan kulapok downy ialah pada daun,terdapat bintik berbentuk bersiku siku ,berwarna hijau pucat kekuningan di atas daun, lapisan bawah diselaputi spora dan akhirnya menjadi perang dan mati, buah akan terbantut, pastikan daun yang diserang dimusnahkan. Jika serangan teruk sembur dengan racun kulat yang sesuai.


Tanaman timun bulu yang dijaga dengan baik akan mula membuat pungutan hasil selepas sebulan lebih menanam. Lazimnya pokok timun bulu ini akan mula berbunga selepas tiga atau empat minggu ditanam. Hasil boleh dituai dalam 10 hari iaitu selepas proses pendebungaan berlaku atau lima dan enam minggu selepas ditanam. Buah timun bulu ini boleh dikutip sebaiknya ia cukup tua apabila mencapai panjang antara antara 15 dan215 cm. Bergantung kepada penjagan dimana buah muda mempunyai kulit kasar, warna hijau tua dan berkilat serta kulit agak keras dibanding timun biasa. Peringkat kematangan yang sesuai untuk pasaran ialah buah timun yang berwarna hijau gelap kepada hijau cerah dan berkilat dan ada seakan bulu. Tanda lain adalah sudah tiada duri pada buah dan benang sari dihujung buah telah tanggal. Mengenai kualiti buah timun lazimnya bentuk timun yang lurus dan sekata, warna ¾ bahagian keseluruhan permukaan berwarna hijau sederhana gelap, tekstur buah rapuh dan bebas dari penyakit, rosak dan kekotoran adalah baik. Buah timun dipetik dengan memotong tangkainya menggunakan gunting untuk mengelakkan batangnya rosak. Timun dmasukkan dalam bakul dan akan digredkan mengikut saiz dan kualiti. 
Tanaman timun bulu masih aktif untuk pasaran tempatan dan paling popular adalah untuk pasaran eksport. Di laporkan lebih 65% hasil tanaman timun bulu daripada Mersing dan Rompin adalah untuk dieksport ke Singapura. Buah Timun Bulu selalunya akan dibawa masuk kedalam kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Singapura sebagai salah satu daripada sayuran yang disukai pelaut kerana ia agak tahan lama untuk sebagai buah segar. Ini kerana timun bulu yang dimasak sup atau ditumis mampu menaikkan selera pelaut dan buah itu sendiri agak tahan disimpan lama. Sup timun bulu yang dimasak bersama daging ayam atau daging lembu merupakan antara hidangan enak yang sering dimasak dan sesuai unruk ia dihidangkan (Sila lihat foto disebelah). Penulis ada beberapa kali makan sayur timun bulu yang dimasak sendiri dirumah setelah diberi untuk mencuba beberapa biji selepas melawat kebun timun bulu komersil.  Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TIMUN BULU ...DIBERIKAN NAMA...
MACAM LABU AIR... BENTUKNYA...
DI ROMPIN, MERSING...LUASNYA...
DIBUAT SAYUR... PELAUT SUKA... 


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek TKPM Sepayang (Anugerah 5 Bintang),
Rompin, Pahang,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1437H).
Kemaskini pada 15 Dzulhijjah 1444H
Bersamaan 3 Julai 2023.
DI Taman Cendana, Melaka.

Sunday, July 2, 2023

ISU BAJA TIRUAN - BAGAIMANA?

BAJA TIRUAN
(Fake Fertilizer) merupakan satu perkara yang agak jarang dibincangkan di Malaysia kerana ramai daripada pengguna masih kurang tahu akan senario ini. Pada penulis blog isu ini perlu didedahkan agar para petani dan pengguna dapat tahu bahan input yang digunakan ini adalah produk sebenar yang memberi kebaikan kepada tanaman agar lebih produktif dan berkualiti. Sebenarnya input pertanian baja adalah sangat penting dalam bidang pertanian selain daripada input benih, bahan kimia seperti racun, peralatan pertanian dan lain-lainnya. Baja adalah antara komponen paling penting dalam ladang atau kebun untuk tanaman industri seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya serta lebih kritikal kepada tanaman makanan yang singkat masa atau tanaman lain jangkapanjang. Umumnya apa yang sering berlaku adalah hasil tanaman seperti buah adalah berkait langsung dengan bagaimana kaedah menggunakan input baja. Kenaikan harha bahan kimia termasuk input baja sehingga 52% pada tahun 2021/2022 telah menyebabkan isu iaitu kemungkinan akan ada lebih banyak baja tiruan dipasaran. Memang penulis blog terfikir dimana isu kenaikan harga input pertanian di pasaran terkini telah menyebabkan kerisauan banyak pihak termasuk di Malaysia dan seluruh dunia. Kini kenaikan harga makanan memang didorong oleh kenaikan dalam harga input pertanian asas seperti baja, bahan kimia, tanah, buruh dan mesin jentera atau alatan pertanian. Saya ada menulis beberapa artikel berkaitan dengan harga input pertanian untuk dibuat rujukkan (Sila klik disini). Kenaikan harga minyak seperti diesel juga telah menyebabkan keresahan kepada ramai para nelayan yang menggunakan bahanapi tersebut dengan kuantiti banyak setiap kali turun kelaut. Walaupun kerajaan melindungi harga petrol dan diesel tetapi penggunaan bot-bot besar dimana ia memerlukan kuantit minyak banyak. Kajian kini ada menunjukkkan harga baja telah meningkat 25% semenjak krisis makanan 2008 dimana mulai dua tahun lepas tahap upah buruh juga meningkat. Sejak peperangan Rusia-Ukraine tercetus pada tahun 2022 pula dilaporkan kenaikan harga input pertanian mencecah 52% saripada tahun sebelumnya. Dalam pasaran pengeluaran bahan makanan yang tidak menentu dan berisiko tinggi, persepsi adalah pertimbangan utama kepada faktur pengeluar, peniaga dan pengguna dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan. Sebagai contoh dilaporkan dimana keadaan ekonomi dunia pada sekarang telah pun ianya menyaksikan harga minyak mentah sawit dan harga BTS (buah tandan segar yang paling tinggi dalam sejarah). Isu dan masalah rantaian bekalan juga telah naikkan harga-harga input pertanian seperti baja dan racun. Ada kemungkinan akan ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan mengambil kesempatan dengan cuba menjual ‘baja murah’ yang di bawah harga pasaran. Oleh itu semua pihak sama ada kerajaan melalui pihak- pihak penguatkuasa, petani, para pengguna, penjual dan bagi semuanya mempunyai satu kesedaran pentingya mengatasi kejadian berlaku baja tiruan ini di negara kita. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mengupas laporan dari media tempatan mengenai isu baja tiruan  untuk dijadikan  sebagai bahan rujukkan semua.


Kisah bagaimana 'PPDNKK Kedah rampas baja bernilai RM44,000' sangat wajar ianya di kongsikan kisahnya. Kisah dilaporkan berlaku di Alor Setar, Kedah dimana 
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah merampas 40,000 tan metrik baja bernilai RM44,000 dalam serbuan di sebuah gudang di Tajar, Kedah. Ketua Pegawai Penguatkuasanya Shahrudin Hamzah dakwa rampasan dibuat kerana pemilik gudang itu tidak mempunyai lesen menyimpan baja seperti yang termaktub d dalam  prosedur barangan  kawalan berjadual. Rampasan dibuat hasil risikan selama dua minggu selepas menerima maklumat awam sebelum serbuan dilakukan kira-kira jam 12 tengah hari membabitkan 14 penguat kuasa PPDNKK. Pemeriksaan mendapati gudang itu menyimpan baja pertanian bersubsidi yang diletakkan dalam bungkusan baharu sebelum dijual kepada syarikat pertanian dan pemilik ladang. Hasil siasatan mendapati pemilik gudang itu membeli baja subsidi dengan harga RM13 setiap kampit dan telah menjalankan operasi berkenaan sejak dua tahun lepas. Baja bersubsidi itu mudah didapati kerana pesawah yang mempunyai lebihan baja subsidi yang disediakan kerajaan akan menjual kepada pihak lain bagi mendapatkan keuntungan lumayan. PPDNKK turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 30-an dipercayai penjaga gudang itu bagi membantu siasatan dan sedang mengesan pemilik gudang berkenaan untuk siasatan lanjut. Baja itu untuk pasaran di negeri sekitar utara dan kita sedang siasat harga sebenar yang dijual semula kepada sektor pertanian. Kes ini disiasat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dimana jika sabit kesalahan denda bagi individu RM1 juta atau tiga tahun penjara dan bagi syarikat pula sebanyak RM2 juta. Dalam serbuan berasingan, pihaknya dilaporkan turut merampas 25 botol racun tiruan yang diimport dari Thailand dengan nilai rampasan RM3,000 di sebuah setor di Simpang Empat di sini. PPDNKK juga menahan seorang lelaki dipercayai penjaga setor itu untuk siasatan lanjut. Kita terima rungutan daripada penjual racun sah mengenai kebanjiran racun tiruan yang tidak diketahui tahap asas keselamatan kepada ramai penggunanya. Diberitahu dimana kes disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011 jika sabit kesalahan bagi individu denda RM10,000 bagi setiap barangan atau penjara tiga tahun manakala bagi syarikat denda RM15,000 bagi setiap barangan (Sumber: Bernama).  


Portal berita hmetro.com dengan laporan bertajuk 'Rugi RM14,000 diperdaya jual baja tiruan' amat wajar untuk dijadikan peringatan. Sepasang suami  isteri yang juga peniaga kedai runcit di Kampung Temin, Sungai Siput, Perak kerugian RM14,000 selepas diperdaya tiga lelaki yang menjalankan kegiatan penjualan baja tanaman tiruan. Dilaporkan dimana pasangan itu telah didatangi dua lelaki 14 Oktober 2019 yang mendakwa wakil penjual sejenis baja tanaman kelapa sawit dan menawarkan menjual produk itu di kedai mereka. Bagi Zaliah Ghazali dan suaminya Zulkafli Mohamed Sabri dimana mereka kemudian bersetuju dengan tawaran kedua-dua lelaki itu setelah produk dipamerkan beberapa unit produk baja itu di premisnya. Dua  selepas mempamerkan produk itu mereka telah mendakwa didatangi seorang lelaki yang kononnya mahu membeli 120 unit baja berkenaan dengan membayar RM300 sebagai wang cagaran. Mereka juga kemudiannya membuat tempahan 120 unit baja kepada wakil penjual terbabit namun lelaki yang ingin membeli produk berkenaan tidak dapat dihubungi selepas produk ditempah sampai. Mereka terpaksa membayar sebanyak RM9,000 untuk semua unit baja ditempah dan dimaklumkan wakil penjual yang mereka akan cuba mencari pembeli lain menggantikan pembeli yang menghilangkan diri itu.  Beberapa hari selepas itu dilaporkan wakil penjual telah menghubungi mereka dan mengatakan ada pembeli baharu dari syarikat koperasi yang ingin membeli produk itu 240 botol namun mereka perlu membayar lagi tambahan RM9,000 kerana produk perlu diambil dari pembekal lain. Kemudian mereka telah  memindahkan wang RM5,000 kepada lelaki itu melalui akaun bank manakala baki RM4,000 hanya perlu dibayar selepas unit baja itu dijual. Bagaimana pun sebaik wang dipindahkan melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) di sebuah bank di Kuala Kangsar Perak dimana wakil penjual berkenaan sudah tidak dapat dihubungi menyebabkan dia dan suami merasakan mereka ditipu. Hasil semakan dengan bank kemudiannya mendapati wang RM5,000 yang dimasukkan itu sudah dikeluarkan di sebuah bank di Kedah sebelum dia bersama suami membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput Utara sebagai kes untuk tindakan pihak berkuasa.


Kisah selanjutnya berlaku di Ipoh, Perak apabila media nspt melaporkan '
14,600kg baja disita' memang boleh dijadikan rujukkan. Berita ini dengan foto di tempat pembungkusan dan mengedar bahan baja secara haram di Kawasan Perindustrian Pengkalan, Ipoh oleh pihak berkuasa. Dilaporkan dimana syarikat tersebut yang beroperasi di premis terpencil dengan keadaan tempat pembungkusan yang uzur menjadi taktik syarikat membungkus dan mengedar baja secara haram di Kawasan Perindustrian Pengkalani. Bagaimanapun akhirnya taktik premis dipercayai beroperasi selama enam bulan itu gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Perak. Ketua Pegawai Penguatkuasanya iaitu Khalid Tik dakwa pihaknya yang menerima maklumat daripada orang awam menjalankan risikan selama dua minggu sebelum menyerbu premis itu jam 5 petang.  Lokasi terpencil serta terletak di bahagian belakang kawasan perindustrian itu dengan jalan masuk berbatu menyukarkan penguat kuasa KPDNHEP untuk mengenal pasti premis berkenaan. Bagaimanapun dengan kecekapan serta risikan dimana mereka kemudian berjaya mengenal pasti lokasi itu sebelum pemeriksaan mendapati premis membungkus dan mengedar baja berkenaan tidak mempunyai lesen. Aktiviti pemerhatian dan risikan mendapati pemilik premis ini menjadikan gudang sebagai stor simpanan baja sebelum dibungkus dan diedarkan kepada pelanggan sekitar negeri ini. KPDNHEP juga berjaya menahan lelaki berusia 57 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis serta beberapa pekerja sebelum diambil keterangan dan dibebaskan selepas selesai yang dikeluarkan kenyataan kepada pemberita pada sidang media di premis berkenaan.  Dalam serbuan itu juga pihak KPDNHEP turut menyita baja pelbagai jenama sebanyak 438 beg dengan berat 14,600 kilogram (kg) yang bernilai RM20,293. Siasatan awal mendapati pemilik premis mengaku tidak pernah membuat permohonan lesen untuk menjalankan aktiviti menyimpan, membungkus dan mengedar barang kawalan itu. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum.


Kisah yang sama berlaku juga di Sabah apabila Bernama melaporkan 'Baja tiruan diedar guna nama berjenama berleluasa di Sabah' dilaporkan. Kisah dari Pekan Keningau, Sabah ini telah menyatakan dimana Pengarah Pertanian Sabah Datuk Idrus Shafie telah berjaya mendedahkan berlakunya kegiatan menjual baja tiruan yang menggunakan nama baja berjenama secara berleluasa di Sabah. Apa pun menurutnya Jabatan Pertanian telah memperolehi fakta-fakta mengenai kegiatan itu daripada pengeluar dan mengarahkan pegawai-pegawainya di seluruh negeri supaya melakukan pemantauan selain meneliti dengan sebaiknya bagi memastikan baja yang dibekalkan kepada petani adalah tulen. Isu ini semenjak 2018 yang sedang berlaku melibatkan beberapa jenis baja berjenama telah ditiru dan diedar di kawasan-kawasan pertanian. Jabatan Pertanian Sabah juga ada dimaklumkan mengenai perkara ini (baja tiruan) sejak dua bulan yang lalu. Baja yang berjenama ditiru dan juga mungkin kegiatan ini berlaku sudah lama akan tetapi syarikat pemilik yang terlibat menghasilkan baja tulen tersebut (atau pengeluar baja) baru sahaja membuat aduan bahawa baja mereka ditiru. Jabatan semakin memandang serius mengenai kegiatan tidak beretika itu dan mengingatkan petani supaya hanya membeli baja daripada wakil sah yang diperakui kerajaan. Idrus juga tidak menolak kemungkinan kegiatan pengedaran baja tiruan berkenaan juga berjaya menembusi jabatannya. Diperingkat jabatan mungkin ada yang terlepas satu atau dua (kes) akan tetapi ia masih diklasifikasikan sebagai kes terpencil dan boleh dikawal. Kemudian beliau telah mengarahkan pegawainya di peringkat akar umbi bertindak serta merta menangani kegiatan itu. Adalah dinasihatkan syarikat-syarikat pengeluar dan pembekal baja di negeri ini supaya meningkatkan kesedaran di kalangan pelanggan mereka mengenai pembelian baja tulen. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAJA TIRUAN... IA ADA DIPASARAN...
BANYAK KISAH...ADA DILAPORKAN...
PETANI TERTIPU... HARUS DIELAKKAN...
BACA  ARTIKEL... INFO INI DIBERIKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
melaka,
Malaysia.
(15 JamadilAwal 1444H).
Kemaskini pada 2 Julai 2023:

Saturday, July 1, 2023

KELADI AARON - CANTIKNYA

KELADI AARON
(Caladium x horulanum aaron) merupakan sejenis spesis pokok keladi hiasan yang cantik untuk ia ditanam dikawasan rumah. Penulis blog yang membuat tinjauan tumbuhan ini dimana mendapati yang tumbuhan ini mempunyai ciri dan corak unik pada daunnya amat menarik untuk dijadikan salah satu daripada pilihan untuk tanaman hiasan. Ia merupakan sejsnia tumbuhan yang perlukan panas matahari dan tahan dalam bangak keadaan persekitaran. Ia mampu tumbuh dengan ketinggian 15 - 20 inci dan ia juga mempunyai warna daun berwarna corak-corak putih pada ditengahnya dan hijau disekelilingnya dan berbeza-beza antara spesis. Keladi ini boleh ditanam diatas tanah atau pun dalam pasu dengan menggunakan bahan tanaman daripada umbisi (bulbs).
Caladium Aaron dari keluarga tumbuhan Araceae cantik sekali ditanam sebagai tanaman hiasan kerana berdaun dengan corak yang begitu unik dan menarik sekali. Corak pada daunnya itu sangat menarik dengan tulang dan urat daunnya berwarna hijau muda keputihan atau dalam istilah Inggerisnya dikenali sebagai Variegated. Jika diteliti kita dapat lihat keseluruhan bahagian tengah daunnya juga berwarna hijau muda keputihan dengan dikelilingi warna hijau tua di bahagian tepinya. Pokok keladi ini juga dikenali sebagai Caladium Halfmoon atau bermaksud keladi bulan separuh mungkin kerana bentuk dan corak pada daunnya seperti yang tersebut di atas. Pokoknya cepat membentuk rumpun yang cantik jika diberi penjagaan yang diperlukannya. Artikel ini akan menulis dalam "Anim Agro Technology" menenai sejenis keladi hiasan yang menarik iaitu Keladi Aaron untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca blog.

Pembiakan tanaman keladi ini amat mudah jika kita tahu membuatnya. Lazimnya untuk penanaman amat senang ia dapat dibiakkan dengan menggunakan ubi (bulbs) yang banyak tumbuh di sekeliling. Sebaiknya pastikan mengambil benih daripada ubi pokok induknya yang telah betul-betul matang untuk mendapatkan kadar pertumbuhan yang cepat dan sihat. Cabut pokok keladi ini dengan cangkul dan asingkan bulb dibahagian pangkalnya dengan pisau. bagi setiap butir ubi itu akan tumbuh menjadi pokok yang baharu jika ditanam dengan penjagaan yang betul dan mengikuti amalan agronomi yang baik. Kalau anda hendak menanam dalam pasu sebaiknya disediakan pasu atau bekas lain terbuang yang sesuai. Isikan dengan media tanah campuran yangsesuai atau bahan media lain yang sesuai. Letakkan bekas tanaman di tempat teduh serta sejuk seperti di dalam bilik mandi bagi menyediakan persekitaran kelembapan yang sesuai untuk mempercepatkan lagi akan pertumbuhan akar anak pokok yang baharu diperingkat awal penanaman. Cara menanam perlu difahami dengan membaca blog ini kerana ia amat mudah dilakukan. Mula-mula perlu dipisahkan butir ubi (bulb) daripada induknya dengan menggunakan pisau tajam untuk membuat benih. Bagaimana pun pembaca blog ini boleh bertanya kepada pengusaha nurseri landskap yang ada menjual benihnya untuk lebih datail.


Kemudian ditanam ubinya itu sedalam kira-kira satu inci sahaja dari permukaan medium tanamannya bagi kita dapat memastikan sistem pengakarannya terbentuk dengan baik untuk pertumbuhan yang lebih subur. Sebaiknya kemudian siram medium tanamannya dengan air bersih tetapi perlu diingat jangan biarkan ianya kering kerana ini boleh membantutkan pertumbuhan akar anak pokok yang baharu. Seterusnya adalah meletakkan bekas tanaman keladi tersebut di tempat teduh serta sejuk seperti di bilik mandi bagi menyediakan persekitaran yang sesuai untuk keladi ini mempercepatkan pertumbuhan akar anak pokok yang baharu. Lazimnya selang beberapa minggu tunas pokok serta daun anak pokok yang baharu akan mula tumbuh. Pemerhatian penulis mendapati pokok ini sesuai ditanam dalam campuran medium tanah yang kaya dengan humus. Medium tanaman untuk pokok berpasu dalam nisbah 3:2:1 (Tanah peroi:bahan organik:pasir sungai) adalah sesuai untuk penanamannya. Dalam aspek penjagaan sebaiknya didedahkannya pokok ini kepada cahaya yang banyak untuk mendapatkan corak daunnya yang cantik dan menarik. Aktiviti menyiram medium tanamannya dua kali sehari pada hari panas untuk mengekalkan kelembapannya sentiasa akan menjadikan pokok subur. Semburkan daunnya untuk mengekalkan persekitaran yang agak lembap. Siram bila perlu sahaja pada hari hujan dan elakkan air bertakung dalam medium tanamannya kerana ini boleh menyebabkan pereputan pada bahagian bawah perdu pokok atau ubinya. Pokok ini boleh diberikan sedikit pembajaan menggunakan baja organik seperti najis ayam atau baja kimia khas untuk pokok berdaun iaitu berwarna hijau. Elak menggunakan baja biji yang boleh melecurkan perdu atau dedaunnya jika terkena.


Pokok keladi ini sangat menarik ditanam dalam pasu cantik sebagai pokok spesimen untuk pameran daunnya yang cantik dengan corak yang menarik. Perkara ini walau pun masih kurang disambut dikalangan rakyat Malaysia tetapi beberapa persatuan berkaitan landskap sudah mula memuatnya. Keladi aaron ini juga sesuai ditanam bersama dengan pelbagai pokok keladi lain untuk pameran satu kumpulan pokok dalam pasu besar. Jika ada kawasan laman keliling rumah yang luas ia akan mencantikkan lagi landskap bersama-sama dengan pokok hiasan lain yang berwarna warni. Pokok keladi initidak boleh diambil  untuk tujuan makanan.Jika ditanam didalam pasu maka ia boleh diubahlokasi mengikut kehendak pemiliknya agar ia memberikan kepuasan pemiliknta. Tumbuhan ini juga sesuai ditanam di atas tanah untuk hiasan landskap ala tropika dan sebagainya. Selalunya walaupun pokok ini cantik dan menarik tetapi didapati keseluruhan bahagian pokoknya mengeluarkan getah yang beracun dan boleh menyebabkan kegatalan jika bahagian pokoknya seperti batang daun dan ubinya dipotong. Sebaiknya pamerkan di kawasan yang jauh dari tempat lalu lalang orang ramai bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Namun, jika terkena getahnya segeralah basuh dengan air. Jika rasa keracunan seperti tergigit dan sebagainya segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
KELADI AARON... BERCORAK DIA...
WARNA PUTIH... HIJAU PUN ADA..
DALAM PASU.. DITANAM MUDAHNYA...
IA BERACUN... GATAL GETAHNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Rekreasi Saujana,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(19 Syaaban 1436H).
Kemaskini pada 25 Jamadilawal 1444H.
Bersamaan 21 DIsember 2022
 Dan pada 1 Julai 2023.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...