Support My Blog

Tuesday, March 6, 2018

KELAPA - INFO EKONOMI

KELAPA (Cocos nucifera) mempunyai 3 jenis kategori iaitu mengikut kumpulan iaitu KELAPA TINGGI, KELAPA RENEK dan KELAPA HIBRID. Tanaman kelapa secara komersil dan tradisional dilakukan semenjak lama dulu dan kelapa adalah tumbuhan daripada keluarga Arecaceae. Ia juga merupakan jenis tanaman yang penting dibeberapa negara termasuk di Malaysia. Indonesia merupakan negara yang paling luas menanam kelapa dengan keluasan melebihi 3.8 juta hektar diikuti dengan Filipina seluas 3.6 juta hektar. Malaysia hanya mendudukki tempat ke 10 sebagai pengeluar kelapa dunia dengan kapasiti sebanyak 670,000 biji setahun dimana ujud kawasan tanaman kelapa seluas 85,700 hektar (Sumber: Laporan ststistik, Jabatan Pertanian Malaysia 2016). Antara kawasan utama tanaman kelapa masa kini adalah dipantai barat Semenanjung Malaysia seperti di Perak, Selangor dan Johor serta di Sabah dan Sarawak. Melihat kepada situasi ini ianya menunjukkan bahawa tanaman kelapa adalah amat signifikan dengan kawasan berpulau-pulau yang dikelilingi dengan laut. Tanaman kelapa dikelaskan sebagai serba guna atau pun 'Tree of Life' kerana semua komponen daripada tanaman kelapa boleh digunakan. Penggunaan perkapita kelapa di Malaysia sekitar 17-18 biji seorang setahun dimana bekalan kelapa tempatan adalah tidak mencukupi untuk kegunaan kilang. Malaysia mengimport sekitar 85 - 120 juta biji kelapa setahun daripada negara jiran iaitu Indonesia melalui beberapa buah pelabuhan yang telah ditentukan. Pengimportan kelapa tua biji ini dikawal oleh kerajaan melalui MoA dengan kuota import tahunan. Kebanyakkan kelapa yang diimport tersebut adalah dari jenis kelapa tinggi dalam bentuk tuah kelapa tanpa sabut (Kelapa bulat) untuk kegunaan kilang. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan dimana tanaman kelapa dijadikan sebagai Sumber Kekayaan Baru dan perlu dimajukan dengan pelan tindakan yang lebih tersusun. Perdana Menteri semasa membuat pembentangan Bajet 2018 ada menyatakan dimana sebuah lembaga baru menggabungkan Kelapa dengan Nanas akan diujudkan. Ini membolehkan kedua-dua industri tersebut dijangka akan lebih terjamin penengeluarannya dan juga pendapatan petani.  Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai nilai ekonomi 3 jenis kelapa iaitu Kelapa Matag, Kelapa Rendah Merah (Malayan Red Dwarf - MRD) dan Kelapa Rendah Kuning (Malayan Yellow Dwarf - MYD) sekadar dijadikan bahan rujukkan. Anda juga boleh membuat pautan dalam blog ini mengenai pendapatan daripada tanaman kelapa berbanding dengan kelapa sawit (Sila rujuk disini) sebagai panduan anda semua. 

Kelapa Varieti Matag merupakan jenis kelapa yang paling banyak mendapat permintaan daripada petani. Kelapa Matag mempunyai 3 varieti iaitu Matag Hijau (CN13), Matag Oren (CN14) dan Matag Gold (CN15) iaitu jenis kelapa Hibrid yang sama dari segi potensi pengeluarannya. Pengalaman penulis blog yang pernah terlibat terus dalam industri ini mendapati kelapa MATAG adalah kacukan hasil daripada Kelapa Tagnanan dan Kelapa Renek Merah (MRD) atau Kelapa Renek Kuning (MYD) di beberapa pusat pengeluaran benih Jabatan Pertanian dan swasta. Bagi menanam varieti ini benih tulin MATAG F1 mesti dibeli dari pihak yang ada jaminan iaitu Jabatan Pertanian. Terkini harga runcit dipasaran benih matag F1 yang tulin sekitar RM56.00 sepokok sedangkan harga Jabatan Pertanian sekitar RM15.00 sahaja. Kepadatan tanaman kelapa Matag 178 pokok sehektar atau sekitar 72 pokok seekar (Sila rujuk foto disebelah). Pokok kelapa matang mampu menghasilkan sebanyak 140 biji sepokok setahun atau sekitar 24,920 biji sehektar setahun (Purata potensi sebanyak 25,000 biji sehektar setahun) dengan amalan agronomi yang baik. Purata berat buah adalah 0.5 kg sebiji dimana air kelapa berada didalamnya mempunyai kemanisan sekitar 4.09 darjah Brix. Purata tebal isinya adalah sekitar 12-40 mm dimana ia merupakan kelapa yang pelbagai guna. Penelitian penulis dibeberapa lokasi yang telah menanam dan telah menghasilkan kelapa Matag ada mendapati dimana harga kelapa tua jenis ini dijual diantara RM1.20 - RM1.40 sebijiKelapa tua lazimnya matang dan sesuai dikutip hasilnya selepas setahun. Ini menjadikan anggaran ekonomi pendapatan kasar setahun kelapa Matag adalah dalam julat diantara sebanyak RM29,904.00 - RM34,888.00 sehektar setahun. Dikira semula dimana anggaran pendapatan kasar bulanan penanam kelapa Matag sekitar RM2,492 - RM2,907 sehektar sebulan. Bermakna kalau petani menanam seluas 2 hektar (5 ekar) beliau akan dapat pendapatan kasar diantara RM4,984 - RM5,814 sebulan. Pendapatan tersebut hanya diperolehi selepas pokok matang dan aktiviti pertanian intergrasi seperi menanam sayuran, nanas, tanaman kontan, ternakan boleh dilakukan sebelum pokok matang. Buah Kelapa Matang muda yang dipetik pada umur 7-8 bulan pula mendapat pasaran baik dimana ia dibeli dengan harga RM1.20 - RM2.50 sebiji. Air kelapa matang sesuai dijadikan minuman air kelapa dan 'coconut shake' yang popular. Sebiji kelapa matag boleh dibuat beberapa gelas air minuman.

Kelapa Renek Merah (CN4) merupakan jenis kelapa yang cepat berbuah iaitu 3-4 tahun selepas ditanam. Ia adalah kelapa bukan hibrid dimana benihnya boleh didapati dari pokok induk MRD yang telah disahkan oleh Jabatan Pertanian melalui akreditasi SPBT (Skim Pengesahan Bahan Tanaman). Harga benih ini yang dijual oleh Jabatan Pertanian sekitar RM6.00 sepokok dan keperluan benih adalah sebanyak 272 pokok sehektar atau sebanyak 110 pokok seekar (0.4 ha). Walau pokok jenis kelapa rendah ini memberikan saiz buah kecil sedikit iaitu purata berat 0.32 kg sebiji tetapi setiap pokok mampu menghasilkan sebanyak 150 biji kelapa sepokok setahun (Sila lihat foto disebelah). Ini menjadikan potensi pengeluaran kelapa MRD adalah sebanyak 40,800 biji sehektar setahun. Kelapa MRD mempunyai air kelapa dengan tahap kemanisan sekitar 5.5 darjah Brix (lebih manis dari kelapa Matag) dengan ukuran ketebalan isinya sekitar 11.22 mm. Bagaimana pun isipadu air kelapa MRD sedikit hanya sekadar satu gelas sahaja. Harga ladang kelapa MRD sekitar RM1.10 - RM1.35 sebiji dimana ini lazimnya memberikan anggaran pendapatan kasar petani sekitar RM 44,880 - RM 55,080 sehektar setahun. Jika dikira pendapatan bulanan sekitar RM3,740 - RM 4,590 sehektar sebulan. Analisa ekonomi ini juga penulis blog dapati ia menunjukkan bahawa menanam Kelapa MRD lebih menguntungkan daripada menanam kelapa Matag secara keseluruhannya. Ini kerana selain kos benih yang rendah, potensi pengeluarannya tinggi tetapi juga cepat berbuah.

Kelapa Renek Kuning (MYD - CN5) adalah merupakan jenis kelapa yang cepat berbuah iaitu 3-4 tahun selepas ditanam. Ia adalah kelapa bukan hibrid dimana benihnya boleh didapati dari pokok induk MYD yang telah disahkan oleh Jabatan Pertanian melalui sistem akreditasi SPBT (Skim Pengesahan Bahan Tanaman). Harga benih ini yang dijual oleh Jabatan Pertanian sekitar RM6.00 sepokok dimana kadar keperluan benih adalah sebanyak 272 pokok sehektar  atau sebanyak 110 pokok seekar (0.4 ha). Walau pokok jenis kelapa rendah ini memberikan saiz buah kecil sedikit iaitu purata berat 0.35 kg sebiji tetapi setiap pokok mamu menghasilkan sebanyak 150 biji kelapa sepokok setahun. Ini menjadikan potensi pengeluaran kelapa MYD adalah sebanyak 40,800 biji sehektar setahun (Sila anda lihat foto disebelah). Kelapa MYD mempunyai air kelapa dengan tahap kemanisan sekitar 6.1 darjah Brix (lebih manis dari kelapa MRD dan Kelapa Matag) dengan ukuran ketebalan isinya sekitar 11.54 mm. Harga ladang kelapa MYD sekitar  RM1.10 - RM1.35 sebiji dimana ini memberikan anggaran pendapatan kasar petani sekitar RM 44,880 - RM 55,080 sehektar setahun. Jika dikira pendapatan bulanan sekitar RM3,740 - RM 4,590 sehektar sebulan. Analisa ekonomi ini juga penulis blog dapati ia menunjukkan bahawa menanam Kelapa MYD lebih menguntungkan daripada menanam kelapa Matag dan kelapa sawit. Pokok ini juga amat cantik jika ditanam sebagai pokok hiasan disekeliling rumah dan disepanjang jalan kerana warna buahnya yang terang amat sesuai untuk landskap.

Sumber: Bahagian PTIF, Jabatan Pertanian Malaysia,
Putrajaya (Mohd Anim dan Christopher J.B.), 2016
Berapakah pulangan penanaman kelapa berbanding dengan tanaman lain masa kini?. Itu merupakan satu persoalan penting yang ingin dibincangkan untuk mempastikan aktiviti menanam kelapa ini diterima petani sebagai satu pilihan bidangusaha yang memberikan pulangan terbaik. Jadual diatas menunjukkan bagi tanaman KELAPA SAWITyang kepadatannya adalah 160 pokok sehektar yang akan memberikan hasil sebanyak purata 2.5 tan/ ha/ sebulan atau pun produktiviti sebanyak 30 mt /ha/ tahun. Jika harga buah kelapa sawit dikira sekitar RM500 satu metrik tan maka jumlah pendapatan kasar adalah seitar RM1,250.00 sebulan. Bagaimana pun harga buah kelapa sawit turun sehingga RM350 satu metrik tan dan pernah mencecah sehingga RM700 satu metrik tan dahulu. Bagaimana pun lazimnya penanaman kelapa sawit oleh pihak estet adalah dalam jumlah keluasan yang besar. Jika penulis blog hendak dibandingkan dengan tanaman KELAPA PANDAN (Aromatic coconut) dengan No daftar CN6 dimana jumlah kepadatan tanaman adalah sebanyak 250 pokok sehektar dan ianya memberikan hasil sekitar 2,500 biji sehektar sebutlan atau lingkungan 30,000 biji sehektar setahun. Tinjauan penulis blog menunjukkan purata harga ladang biji kelapa pandan muda adalah RM1.20 sebiji. Ini memberikan pendapatan dari penanaman kelapa pandan sebanyak RM36,000 sehektar setahun atau purata sekitar RM3,000 sebulan iaitu lebih tinggi daripada pendapatan kasar bulanan kelapa sawit (perbezaan lebihan sebanyak RM1,242 sehektar sebulan). Pendapatan ini didapati lebih tinggi dengan penanaman kelapa sawit (Lebihan sebanyak RM1,758 sehektar sebulan). Berdasarkan kepada fakta diatas penanaman kelapa sama ada Kelapa matag, Kelapa MRD, Kelapa MYD dan Kelapa Pandan memberikan didapati pulangan lebih tinggi. Analisa ekonomi ini bagaimana pun mungkin berubah dari semasa kesemasa. Tinjauan penulis diladang kelapa matag di Pontian dan Batu Pahat yang menjual Buah Kelapa Matag Muda untuk diambila air kelapa muda didapati jauh lebih menguntungkan penanam kelapa matag. Ini kerana buah kelapa matag muda dijual dengan harga sehingaa RM1.50 - RM1.70 sebiji kerana saiznya yang lebih besar dimana ia ada mengandungi air kelapa lebih banyak selain keenakan airnya yang tidak kurang hebatnya. Tinjauan penulis yang dibuat dibanyak tempat yang menjual produk Coconut Shake dan Air Kelapa didapati dimana penjual lebih sukakan kelapa matag muda untuk tujuan komersil ini.Semuga tulisan ini menjadi bahan rrujukkan rasmi kepada semua pembaca yang mengikuti tulisan saya. Artikel ke 4,651 ini diharap memberi info berguna kepada anda semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
ANALISA EKONOMI... TANAMAN KELAPA....
TIGA JENIS KELAPA...SAWIT PUN ADA...
MEMANG JELAS... YANG UNTUNG MANA...
MENULIS ARTIKEL... PENGALAMAN ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(4 Mac 2018).

Monday, March 5, 2018

CUPUACU - APA KEHEBATANNYA

CUPUACU (Theobroma grandiflorum) merupakan sejenis buah yng sama dengan buah koko (Theobroma cacao) iaitu daripada keluarga Malvaceae. Nama lain bagi buah ini adalah berbeza dimana dalam bahasa Inggeris sebagai Çupuassu, dalam bahasa Sepanyol dipanggil sebagai buah Cupuasú, copoasú, cacao blanco dan dalam bahasa Portugis sebagai buah Cupuaçu, pupu atau Pupuaçu. Pada penulis blog yang membuat banyak penulisan mengenai teknologi pertanian memang sentiasa mencari bahan tulisan yang unik dan pelik daripada banyak sumber. Melihat bentuk dan warna buah Capuacu tersebut diatas seakan buah binjai dengan kulit tebaall berwarna coklat. Penulis pernah melihat dan memegang buah ini semasa membuat tinjauan teknologi di salah satu lokasi di Indonesia lama dahulu. Bila bertanya kepada penjaga taman botani tersebut ia menyatakan buah capuacu ini adalah unik dan berbuah. Membuat rujukkan seterusnya dimaklumkan bahawa buah ini berasal daripada hutan malar hijau tropika diari kawasan Lembah Amazon.  Bagaimana pun dilaporkan ia ada banyak ditanam sekitar negara seperti Colombia, Bolivia, Peru dan juga Brazil. Di Brazil lokasi penanaman yang luas terdapat di kawasan Para, Amazonas, Rondonia dan kawasan Acre. Buah capuacu ini boleh dimakan di Amerika Tengah dan Amerika Selatan dengan rasa lemak dimana sering juga dijadikan aiskrim, makanan ringan dan produk lain bernilai. Jika kita ingin melihat kesesuaian iklim dan tanah, penulis blog ada berpendapat pokok capuacu ini memang boleh ditanam, berbunga dan berbuah di Malaysia dan negara ASEAN yang lain. Kemungkinan ada pusat-pusat pertanian dan individu yang ada menanam pokok ini di negara kita. Rencana malam Jumaat sempena Cuti Raya Cina 2018 ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai sejenis buah agak pelik yang amat jarang kita lihat atau kenal.


Jika anda pernah melihat pokok koko di Malaysia tentunya boleh bayangkan pokok capuacu ini kerana ia hampir sama. Ia adalah jenis pokok berkayu dengan mampu mencecah sekitar 5-15 meter tinggi (16-49 kaki) tetapi dilaporkan ada yang mencecah ketinggian sehingga 20 meter (66 kaki). Sama seperti batang pokok koko ia juga mempunyai warna batang iairu coklat yang kuat. Daunnya adalah berwarna hijau berukuran sekitar 25-35 cm panjang dan 6-10 cm lebar. Daunnya mempunyai sekitar 9-10 urat daun yang ketara dilihat. Warna daun akan menjadi hijau gelap apabila pokok matang semasa berbuah. Apa yang kompleks pada tumbuhan ini adalah bunganya yang bersifat Kompleks (Sila lihat foto disebelah). Proses pendebungaan bunga capuacu lazimnya memerlukan agen biotik vektor. Walau pun sebahagian besar pokok capuacu adalah tidak mempunyai keserasian bunga (self-incompitable) dimana perkara ini telah menyebabkan produktiviti rendah akibat proses pendebungaan yang rendah. Proses pendebungaan juga rendah akibat faktor keadaan cuaca dimana pada masa hujan lebat ianya kurang berjaya. Ini berpunca bila hujan lebab maka serangga pendebunga tidk dapat melakukan proses pendebungaan seperti kumbang, lebah, semut dan sebagainya.


Buah capuacu merupkan bahagian penting didalam penanaman pokok ini. Bunga yang telah berlaku proses pendebungaan akan membentuk putik buah seterusnya buah muda dan masak (Sila lihat foto disebelah). Buah yang telah masak ini boleh dipetik dari pokok dengan menggunakan pisau tajam atau memulasny sahaja dari pokok. Buah yang masak apabila dikopek akan dilihat isinya yang berwarna putih susu dengan baunya yang kuat seakan bau campuran antara buah nanas dengan bau coklat. Buah ini boleh dimakan dan enak kepada mereka yang menyukainya. Buah capuacu selain daripada dimakan segar juga boleh dijadikan pemcuci mulut, jus minuman dan juga manisan (sweets). Dari beberapa ujirasa dilaporkan jus buah capuacu mempunyai rasa seperti jus buar pear dengan ada sedikit rasa seperti buah pisang. Pokok ini boleh ditanam dari benih yang dihasilkan dari bijinya yang perlu disemai dahulu dan akan dipindahkan kekebun apabila cukup umur (sama dengan teknologi tanaman koko). Jarak tanaman bergantung kepada keadaan tanah iaitu sekitar 3 meter x 4 meter. Hanya buah masak yang gugur ketanah akan dikutip sebagai 'hasil' dimana sebenarnya agak sukar untuk melihat tahap indeks kematangan kerana warnanya sama dengan buah tua belum gugur. Bagaimana pun beberapa kajian di Westeru Colombia Amazon mendapati lazimnya buah capuacu akan masak selepas 117 hari selepas anthesis. Perkara ini amat penting untuk memetik buah capuacu yang berkualiti.


Ramai petani yang telah menanam pokok capuacu ini dilakukan secara hobi sahaja di negara asal. Kaedah pembiakan terbaik adalah dengan menyemai biji yang memang dikeluarkan dari buah masak. Kaedah lain proses pembiakan melalui cntuman dari pokom penanti terpilih. Walau pun pokok capuacu ini dikategorikan sebagai pokok hutan tetapi sesuai ditanam untuk mendapatkan hasil dan faktur keunikannya. Ia juga mudah tumbuh dan subur walau pun diatas tanah yang kurang subur. Tumbuhan capuacu ini sama dengan pokok jenis keluarga koko memang ada banyak musuh dan serangga perosak. Antara perosak seperti Witches Broom (Moniliophthora perniciosa) yang banyak menyerang bahagian babtang dan buah Serangan perosak ini menyebabkan hasil berkurangan dan juga lebih teru menyebabkan pokok capuacu akan mati jika tidak dikawal. Kaedah kawalan adalah dengan sering membuat cantasan ranting dan dahan mengikut jadual. Serangan oleh rama-rama Herbivor (Macrosoma tipulta) juga boleh juga menyebabkan keguguran pada daun capuacu. Buah unik capuacu amat bernilai kerana ia mengandungi bahan penting Phytokimia seperti Tanin, Glycoside, Theograndin, Cachin, Quercetin, Kaempferol dan juga Isoscutellarein. Buah capuacu juga mengandungi bahan seperti Caffiene, Theobromine dan Theophylline yan ujud dalam buah koko walau pun kandungan caffien didalamnya rendah berbanding buah koko. ''Capuacu Butter'' merupakan produk dai buah ini yang dikomersilkan mengandungi bahan Triglyceride Tepu dan Asid Lemak Tidak Tepuyang membolehkan produk ini mempunyai low melting point rendah sekitar 30 celcius. Jika diproses ia dijadikan bahan untuk confectionary dimana boleh dikatakan ia adalah ''COKLAT PUTIH". Banyak produk ini dijual dipasaran dengan pelbagai jenama (Sila lihat foto disebelah). Penanaman pokok capuacu walau pun tidak berlaku di Malaysia tetapi anda kali ini apabila membaca artikel dlam anim agro kali ini sudah tahu menganai produk dari buah capuacu ini. Semuga tulisan ini memberi info yang berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.

BUAH CAPUACU... AMAZON ASALNYA...
AMERIKA SELATAN... ADA TANAMNYA...
MACAM KOKO... PUTIH ISI WARNANYA..
PELBAGAI PRODUK... IA SERBA GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11,
Bandar Badu UDA, Johor Bahru,
Johor, Malaysis.
(28 JamadilAwal 1439H)
Cuti sempena Tahun Baru Cina 2018.

Sunday, March 4, 2018

PHYSALIS - ITU BUAH UNIK

BUAH PHYSALIS (Physalis spp) merupakan sejenis buah yang seakan buah Cipluka (letup-letup) yang ada dibelukar kita di Malaysia terutama pada bentuk bahagian sarungnya (Sila lihat foto diatas). Tumbuhan yang berbunga ini ujud di dunia baru (new world) dimana ia boleh didapati dikawasan liar di tropika dan subtropika daripada keluarga Solanaceae (Sama keluarga dengan tanaman terung dan Cili). Terdapat sebanyak 60 - 90 spesis buah Physalis ini diseluruh dunia dimana ia dibiakkan dengan menggunakan bijinya. Negara Mexico sahaja mempunyai sebanyak 48 spesis buah ini yang didaftarkan dan telah ada yang dikomersilkan. Nama lain bagi buah ini seperti Cape Grosberries, Groundberries, Poha Berries, Golden Berries dan Incaberry. Di antara beberapa jenis buah Physalis yang popular dan sering ditanam adalah seperti jenis Physalis minima, Physalis heterophylla, Physalis peruviana, Phsalis philadelphica, Physalis caudella, Physalis pubecens, Physalis viscosa dan Physalis virginiana. Banyak lagi spesis lain kalau hendak disenaraikan mengenai kumpulan buah dari physalis ini yang ada diseluruh dunia. Apa pun kebanyakannya adalah tumbuh liar pada masa dahulu dalam belukar, kebun dimana ada dilaporkan dilembah Prairies di USA memang terdapat ia diladang mereka. Apa yang unik mengenai tumbuhan yang  berbuah ini adalah buahnya seakan buah tomato mini dengan isinya yang kaya dengan bahan berkhasiat. Mungkin ramai dikalangan orang kita yang masih belum kenal akan tumbuhan ini dan mereka yang berada diluar negara juga mungkin yang berminat mengenai tumbuhan seperti ini hanya akan mendekati untuk mengkajinya. Pada penulis memang belum pernah jumpa nampak pokok ini yang ditanam komersil di Malaysia kerana mungkin ia hanya berada diluar negara sahaja. Apa pun saya akan berkongsi maklumat dengan pembaca semua dalam ''Anim Agro Technology" apa yang dimaksudkan dengan buah unik dinamakan Buah Physallis sebagai tujuan untuk menambah ilmu pengetahuan.


Tumbuhan Physalis ini adalah tumbuhan herba atau renek dengan ketinggian hanya sekitar 0.4 - 3.0 meter mengikut spesis dan penjagaan. Pembiakan tumbuhan ini dan penanamannya juga sering mengunakan biji benih yang berkualiti untuk disemai dahulu. Ia tumbuh menegak dengan batang pokok dan dahan yang sederhana lembut serta daun yang banyak jumlahnya sama seperti tanaman Tomato (Lycopersicum esculantum). Sesuai untuk ditanam diatas tanah terbuka, diatas batas, dalam pot atau didalam rumahkaca (greenhouse) secara fertigasi. Kini beberapa negara maju telah menanam physalis ini dibawah Struktur Pelindung Hujan dengan sistem fertigasi secara komersil dimana ia mudah untuk menjadualkan tanaman, penjagaan, pengeluaran dan juga aspek lain. Ia boleh dikelaskan sebagai tanaman parenial dan juga annual bergantung kepada sistem tanaman. Tumbuhan ini perlukan banyak cahaya matahari untuk ia berbunga dan berbuah. Ada spesis physalis yang tidak serasi bunganya dan perlukan proses pendebungaan untuk membentuk putih buah. Kebanyakan varieti tidak berapa tahan dengan suhu sejuk beku (frost) kecuali beberapa varieti sahaja yang tahan dengan cuaca ini aitu Physalis alkekengi. Tumbuhan ini sesuai ditanam diatas tanah subur dengan banyak baja organik serta mempunyai sistem aliran baik. Pokok ini juga tidak tahan kelembapan tinggi, kawasan tanah banjir dan kawasan tercemar. Peringkat pertumbuhan awal tanaman perlukan air banyak dan baja mencukupi. Tumbuhan ini mudah dserang musuh dan penyakit yang menyerang tanaman tomato seperti Layu Fusarium, Lalat Buat, Reput Akar dan juga kulapok berdebu. Bagaimana pun jika dijaga dengan baik dan ditanam dalam rumahkaca secara fertigasi risiko serangan perosak adalah minima.


Buah Physalis yang muda dan buah masak kebanyakannya adalah boleh dimakan (edible) sama seperti tomato. Hanya ada beberapa spesis yang tidak boleh dimakan dan dijadikan tanaman hiasan sahaja. Buah ini apabila masak memberikan rasa seperti buah tomato dengan iainya yang berjus dan seakan rasa buah nanas atau strawberry dengan kandungan asid yng rendah (mild acidity). Buah physalis ini kaya dengan bahan Cryptoxanthin iaitu zat berkhasiat dan buah ini sangat sesuai dimakan sebagai salad (Sila lihat foto disebelah). Cryptoxanthin merupakan pigment tumbuhan semulajadi yang kaya dengan komponen Beta Carotene dan dalam tubuh manusia ia ditukr kepada retinol serta bagus mengawal kanser. Buah yang telah masak juga sesuai dijadikan makanan sebagai salad, dikeringkan sebagai raisin dan sebagainya. Kini buah yang dulu kurang dikenali ini telah menjadi satu industri komersil oleh beberapa buah negara maju. 


Buah Phylis yang banyak dihasilkan dengan kaedah penanaman komesil ini telah dijadikan industri produk proses yang terkenal. Antara produk proses buah Golden Berries (satu dari jenis buah Physalis) adalah buah yang boleh dikeringkan dan dijadikan raisin (kalau kita macam buah kismis daripada anggur). Ia dibungkus dalam pembungkusan kedap udara dan tahan lama serta memberikan khasiat terbaik kepada pengguna (Sila lihat foto disebelah). Buah ini juga dikeringkan untuk dijadikan bahan pectin didalam pembuatan ''pie filling'' diselruh dunia. Jenis Ground Berris lain dari jenis Poha pula sangat popular di Hawai sebagai makanan dessert tradisional yang diterima ramai. Negera India kini adalah diantara negara yang mempromosi dan luas menanam buah physalis untuk kegunaan domestik dan pasaran eksport. Di India buah physalis ini diberi nama dengan gelaran Tipari atau Rashbari (Hindi), Tepari (Bengali), Bandoola (Kannada) dan juga Mottaampuli (Malayalam). Di negara China buah physalis ini meluas digunakan didalam dunia perubatan mereka seperti untuk merawat batuk, demam panas dan saki tekak atau sakit kerongkong. Kepada pembaca blog anim agro technology yang berminat menanam pokok ini boleh dapatkan benihnya daripada sumber betul dan ditanam sendiri untuk dimakan sendii (jika ia boleh berbuah) dan berkongsi maklumat dengan orang lain termasuk penulis blog. Semua tulisan dalam blog anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!.
BUAH PHYSALIS... PELIK BUNYINYA...
MACAM TOMATO... PELBAGAI NAMA...
DI LUAR NEGARA... KOMERSIL DIA...
BACA ARTIKEL... INGIN MENCUBA RASA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Room 312, Hotel Premiera,
Menara MARA, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur,
WP, Malaysia.
(1 JamadilAkhir 1439H).
Posted pada 4 Mac 2018.

Saturday, March 3, 2018

KOPI NANAS - POTENSI MINUMAN ENAK!

KOPI NANAS atau KOPI NENAS (Pinealpple coffee) kini merupakan satu produk baru yang kini menjadi lebih popular dengan pelbagai promosi. Sebenarnya produk kopi nanas ini telah lama dijual dipasaran dibeberapa negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand. Di Malaysia produk kopi nanas ini mempunyai pasaran khusus (niche market) dengan beberapa syarikat telah beroperasi mengeluarkan dan juga mempromosikannya. Kopi Nanas asasnya adalah dimana ia menggunakan bahan asas Biji Kopi (Coffea spp) dan Buah Nanas (Ananas comosus). Penulis blog telah menulis lebih daripada 100 artikel mengenai kopi dan 200 artikel mengenai nanas dalam blog ini. Kopi merupakan tanaman yang dulu popular ditanam di Malaysia tetapi kini telah berkurangan.  Penanaman kopi di Malaysia diberi perhatian semenjak dulu kala sebagai tanaman industri untuk diusahakan oleh pihak estet swasta dan paling ramai oleh pekebun kecil. Keluasan tanaman kopi adalah seluas 9,470 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 68.184 mt pada tahun 1996 telah menurun kepada seluas 8,557 hektar pada tahun 2005 dan pada tahun 2010 hanya seluas 3,160 hektar sahaja (Sumber: Laporan Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia 2012). Tanaman Nanas adalah jenis buah yang tidak bermusim daripada keluarga Bromaliceae dengan mempunyai 3 kumpulan utama yang dikomersilkan iaitu Kumpulan Spanish, Smooth Cayene dan juga Queen. Penulis blog merujuk kepada data dari LPNM dimana ia melaporkan keluasan penanaman nanas dalam negara terus naik daripada seluas 14,833 hektar (2005) kepada 15,311 (2007) , 15,792 hektar (2009) dan seluas 17,601 (2010) seperti apa yang dilaporkan dalam Laporan Agromakanan Kementerian Pertanian 2011 dan Laporan Tahunan LPNM). Sebanyak 416,070 metrik tan nanas dihasilkan pada tahun 2010 yang bernilai RM 644.908 juta dengan jumlah purata pengeluaran nanas negara sekitar 25.1 metrik tan sehektar. Negeri Johor adalah merupakan pengeluar utana nanas di Malaysia dengan kawasan seluas 9,830 hektar (atau 68% daripada keluasan di Malaysia) dan menghasilkan sebanyak 163,830 metrik tan pada tahun 2010. Industri nanas telah lama di usahakan di Johor terutama ditanam di atas tanah gambut untuk di kaleng (ditinkan) atau pun untuk jualan nanas segar. Pada masa ini perkapita penggunaan buah nanas adalah 14.3 biji seorang setahun dengan kadar ini terus meningkat. Permintaan nanas terutama nanas premium MD2 terus meningkat untuk pasaran domestik dan eksport. Terbaru dimana negara China telah membuka pasaran eksport nanas dari Malaysia dengan termeterainya protokol pengeksportan buah nanas dengan sasaran sebanyak RM320 juta menjelang 2020. Eksport pertama nanas segar ke China telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah LPNM pada 12 Oktober oleh Syarikat Top Fruit di batu Pahat, Johor. Kini produk kopi nanas menjadi satu produk yang ingin dikembangkan lagi. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel ke 4,646 tentang industri produk kopi nanas untuk rujukkan dan bacaan anda.


TESTIMONI 1: HARIAN METRO

Kopi perisa nanas
rencana@hmetro.com.my


Selain isinya, tidak ramai yang tahu daun, kulit, empulur dan tangkai nanas sebenarnya boleh diproses untuk menghasilkan pelbagai produk sebagai satu lagi sumber kewangan tambahan. Daun nanas umpamanya boleh dijadikan benang dan fabrik berkualiti, kulit sebagai baja, sementara empulurnya boleh diproses menjadi jus minuman serta ‘nata de coco’. Di Feista Nanas 60, sempena sambutan ulang tahun ke-60 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di Pusat Perdagangan Bandar Baru Pontian, Johor, baru-baru ini, kopi berperisa nanas diperkenalkan dan dipasarkan usahawan muda, Mohd Redzuan Shah Ahmad, 34, melalui jualan di atas trak makanan. MOHD Redzuan menunjukkan nanas MD2 sebagai penambahan perisa dalam kopi yang dihasilkan (Sila lihat foto disebelah). Lebih menarik kopi nanas berjenama ‘Coffee Ngencess’ bukan saja menjadi tumpuan pengunjung malah dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong. Turut hadir, Ketua Pengarah LPNM Datuk Mohd Anim Hosnan dan Pegawai Daerah Pontian Mohd Shukri Masbah.  Mohd Redzuan ketika ditemui berkata, idea kopi perisa nanas diperkenalkan dalam usaha menambah produk berasaskan nanas dan menarik minat orang ramai. Katanya, dia mula berniaga melalui trak makanan sejak dua tahun lalu dan membuka empat cawangan, tiga melalui trak makanan dan satu di gerai di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. “Saya menggunakan nanas jenis MD2 untuk menghasilkan kopi berperisa nanas dengan kerjasama pembekal kopi dari kilang (OEM). Alhamdulillah dengan modal permulaan sebanyak RM20,000 dan dibantu isteri, Roslina Sapawi serta 12 pekerja, kami kini mampu memperoleh pendapatan RM5,000 sebulan,” katanya.

Sama seperti perniagaan lain, pada mulanya dia berdepan pelbagai masalah dan kesukaran namun berkat usaha gigih serta rajin menyertai pelbagai program atau karnival anjuran pelbagai agensi kerajaan, kopi berperisa nanas mula dikenali ramai. Kini ia dipasarkan di beberapa negeri sekali gus meningkatkan semangat untuk lebih maju pada masa hadapan. Pengunjung, Faridah Mohd Fadzil, 46, berkata menjual pelbagai menu dari atas trak dilihat semakin popular dalam kalangan usahawan muda dan ia menjadi tarikan kepada orang ramai yang mahu menikmati pelbagai menu lazat secara santai serta mudah didapati di mana-mana lokasi sesuai. MOHD Redzuan bersama Roslina menunjukkan kopi berperisa nanas yang dihasilkan (Sila lihat foto sebelah)“Perniagaan trak makanan bukan saja mewujudkan persekitaran bersih dan tersusun malah menjadi daya tarikan. “Melalui jualan menu seperti kopi berperisa nanas, ia bukan saja menambah kelazatan dan khasiat dalam minuman malah menjadi nilai tambah untuk penghasilan produk menarik. “Pada masa sama mampu menjana pendapatan kepada pengusaha itu sendiri dan petani,” katanya. Menurutnya, selama ini, nanas hanya popular sebagai makanan. Namun kini ia boleh diminum dan sesuai dengan daerah ini yang terkenal dengan tanaman itu.


Sementara itu, Tee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang berkata, sektor kulinari atau masakan adalah aspek penting kerana dapat memberi nilai tambah terhadap produk berasaskan nanas. Katanya, penghasilan kopi berperisa nanas antara minuman hasil kreativiti dan inovatif yang mampu menarik minat ramai pengunjung termasuk pelancong dari dalam serta luar negara. “Seperti slogan saya ‘Ingat Pontian Ingat Nanas’ dalam usaha mempromosikan nanas atau produk berasaskan tanaman itu supaya ia menjadi identiti atau ikon penting Pontian. “Kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai peluang dan bantuan bagi yang berminat menceburi perniagaan seperti LPNM menyediakan insentif nilai maksimum RM60,000 khususnya bagi usahawan trak makanan berasaskan nanas,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 10:03 AM



TESTIMONI 2: UTUSAN MALAYSIA

Kopi nanas semakin dapat sambutan
13 Oktober 2017 3:00 AM

JOHOR BAHRU 12 Okt. – Jika anda penggemar kopi, jangan lepaskan peluang untuk anda mencuba kopi nanas. Walaupun agak baru, namun percubaan oleh sebuah syarikat bumiputera, Coffee Ngences dimana ia kian menampakkan hasil apabila pelbagai jenis minuman yang dihasilkan dengan campuran buah nanas semakin mendapat sambutan daripada orang ramai. Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Datuk Mohd. Anim Hosnan berkata, usaha tersebut merupakan salah satu lagi langkah memperluaskan pasaran dan kegunaan nanas.Mohd. Anim Hosnan (tiga dari kiri) dan rombongan dari Sarawak mencuba rasa kopi nanas yang dihasilkan syarikat Coffee Ngences di ibu pejabat LPNM Bandar Baru Uda , Johor Bahru, baru-baru ini (Sila lihat foto disebelah). Kini usaha ini juga merupakan nilai tambah bagi buah nanas. Ini berita baik kepada pekebun dan pengusaha produk nanas,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini. Beliau ditemui pada sesi mencuba rasa pelbagai minuman yang dicampur nanas oleh syarikat Coffee Ngences di Ibu Pejabat LPNM, Bandar Baru Uda, di sini. Mohd. Anim turut meraikan rombongan dari Sarawak yang diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismawi Ismuni dengan mencuba minuman berkenaan selepas me­ngadakan mesyuarat berkaitan penanaman nanas di negeri berkenaan.  Sementara itu, pemilik Coffee Ngences, Mohd. Redzuan Shah Ahmad berkata, minuman seperti kopi nanas yang diperkenalkan pihaknya kira-kira sebulan lalu semakin mendapat sambutan daripada orang ramai. “Kami memperkenal enam minuman yang dicampur na­nas, iaitu kopi nanas, mocha nanas, coklat nanas, yogurt nanas, vanila nanas dan kopi nanas 3 dalam 1. “Minuman berkenaan dijual dengan harga antara RM6 hingga RM8 satu cawan,” katanya. Beliau yang merupakan anak jati Muar nekad untuk memperkenalkan minuman berasaskan buah nanas kerana tanaman tersebut merupakan salah satu identiti negeri ini.  “Kami juga berusaha untuk membantu mempelbagaikan produk nanas,” katanya.


TESTIMONI 3 : SINAR HARIAN

Iktiraf Pontian Bandar Nanas
NOR AZURA BINTI MD AMIN
19 DISEMBER 2017


PONTIAN - Replika nanas yang diletakkan di tengah-tengah bulatan di Pusat Perdagangan Pontian sempena Fiesta Nanas 60, perlu dikekalkan sebagai tarikan pelancong. Exco Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, replika nanas itu bukan sahaja unik tetapi dapat menonjolkan keunikan daerah Pontian sebagai pengeluar nanas segar utama di negara ini.Siew Kiong (kiri) cuba membuat kopi perisa nanas semasa program Fiesta Nanas di Pusat Perdagangan Pontian (Sila lihat foto disebelah). Menurutnya, pelbagai binaan dan hiasan berbentuk nanas sudah pun diketengahkan di daerah ini termasuk tempat menunggu bas yang mempunyai rekaan buah tersebut. “Binaan dan hiasan yang mengandungi unsur buah nanas selain replika buah itu yang banyak terdapat di daerah ini menjadikan Pontian sebagai Bandar Nanas. Oleh itu kerajaan negeri bersedia menerima pandangan agar bandar Pontian dikenali sebagai Bandar Nanas bagi menarik pelancong sebagaimana Cameron Highlands yang dikenali sebagai Bandar Strawberi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran kopi perisa nanas (Kopi Ngences) pada program Fiesta Nanas sempena sambutan ulang tahun ke-60 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di Pusat Perdagangan Pontian di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Pengarah LPNM, Datuk Mohd Anim Hosnan; Pegawai Daerah Pontian, Mohd Shukri Mohd Masbah; Timbalan Ketua Pengarah LPNM, Khairul Zamri Mohd Salleh dan Pengerusi PPK Pekan Nanas, Selamat Othman. Siew Kiong berkata, cadangan tersebut juga akan memberi nilai tambah kepada daerah Pontian yang dikenali sebagai Bandar Penghujung Benua Asia bagi melonjakkan lagi sektor pelancongan tempatan. Katanya, ketika ini satu-satunya muzium nanas juga terletak di Pontian yang menunjukkan daerah ini sebagai perintis kepada penanaman nanas dengan wujudnya kilang nanas. “Syor ini cukup baik untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi termasuk kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mengiktiraf bandar Pontian sebagai Bandar Nanas dalam kalangan pelancong. “Ia perlu diteruskan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga LPNM dengan mewujudkan Laman Nanas di bandar Pontian bagi memudahkan pelancong untuk melihat tanaman tersebut,” katanya. Beliau berkata, pengusaha atau peniaga tempatan juga boleh membuat pelbagai hasilan cenderamata berteraskan nanas seperti baju T, topi, seluar, pemegang kunci, lukisan dan sebagainya. “Produk makanan yang berasaskan nanas seperti nasi nanas, tat nanas, sos nanas dan jus nanas harus diperkenalkan," katanya.

Terkini, seorang artis lagenda popular dengan lagu 'ISABELLA' iaitu Amy Search melangkah satu lagi usaha mempromosikan 'Kopi Nanas Pheewieett' iaitu jenama yang akan menjadi produk syarikatnya. Beliau telah berkunjung berbincang dengan LPNM strategi pengeluaran dan bantuan teknikal perusahaan kopi nanas ini pada 25 Feb 2018 di Johor Bahru (Sila lihat foto dibawah). Diharapkan produk kopi nanas ini akan menjadi satu produk minuman yang diterima baik oleh semua. Semuga anda mendapat info berguna dari tulisan dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
KOPI NANAS... ENAK RASANYA...
SUDAH POPULAR... ADA DIMANA...
CAFFIENE, BROMELIN..DALAMNYA...
SELALU MINUM... SIHAT JADINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA, Tampoi,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(11 JamadilAkhir 1439H).

Friday, March 2, 2018

BUAH KIWANO - KENALI DIA

BUAH KIWANO (Cucumis metuliferus) merupakan sejenis buah yang dikategorikan sebagai buah yang pelik dan jarang dikenali dinegara kita. Buah Kiwano merupakan sejenis buah kategori melon yang mempunyai duri pada kulit luar pada buah telah masak daripada keluarga Cucurbitaceae iaitu sama dengan tanaman tembikai, timun dan sebagainya (Sila lihat foto diatas). Buah ini mempunyai nama lain iaitu Horned melon, Kiwano, African horned cucumber, Melon, Jelly melon, Hedged gourd dan juga Melano. Tumbuhan ini adalah berasal atau natif dari Kawasan Sahara di Afrika tetapi kini telah dikomersilkan dibeberapa negara seperti USA,  Italy,  Portugal, Jerman, Chlie, Auatralia dan New Zealands. Bagaimanakah buah yang berasal dari kawasan iklim panas tropika dari Sahara kini telah menjadi tanaman penting iaitu dikawasan subtropika?. Inilah yang dikatakan melalui aktiviti penyelidikan biakbaka berterusan (plant breeding) maka tidak mustahil tumbuhan berasal tropika menjadi hebat diusahakan di negara maju. Kita di Malaysia pun amat jarang dapat melihat atau pun menanam pokok Kiwano ini yang dipercayai amat berkhasiat dan mempunyai pelbagai kebaikan serta mempunyai nilai ekonomi yang agak tinggi. Buah kiwano yang masak berduri dengan warna buah oren kehijauan dimana isinya seperti jelly yang kehijauan. Buh ini mengandungi vitamin C yang sangat tinggi. Rasa buah ini sangat enak seperti rasa pada buah Delima (Punica grantum) dan buah Markisa (Passiflora endulis). Ada juga dakwa rasa buah ini kombinasi diantara Timun (Cucumis stivus)Pisang (Musa spp) dan Lime (Citrus spp)Bagi penduduk di padang Pasir Kalahari di gurun Sahara buah ini merupakan sumber air dalam makanan mereka. Sementara itu di negara Zimbabwe, buah ini dipanggil sebagai 'Gaka' atau 'Gakachika' yang dijadikan makanan sebagai salad atau sebagai penghias makanan yang dihidangkan. Buah Kiwano boleh dimakan pada semua peringkat umur. Bagaimana pun uniknya bijinya akan terkeluar dan buah pecah secara paksa apabila cukup matang. Artikel subuh ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai sejenis buah unik yang dinamakan 'Buah Kimano' untuk bacaan dan rujukkan anda pembaca blog semua.


Pokok Kiwano sama dengan pokok timun dan tembikai adalah jenis yang menjalar. Tanaman ini dibiakkan melalui biji benih yang ada dalam buah yang matang. Biji ini akan bercambah pada suhu 25 - 32 celcius tetapi akan lambat bercambah pada suhu yang sejuk sekitar 12 celcius atau terlalu panas melebihi 35 celcius. Sebaiknya dengan teknologi sedia ada biji kiwano ini disemai didalam dulang semaian yang diisikan dengan media seperti cocopeat. Apabila anakbenih mempunyai dua helai daun ia sudah bersedia untuk diubah kekebun. Sama dengan cara menana tembikai atau melon sebaiknya ia ditanam diatas tanah yang mempunyai saliran baik atau dipasang para yang sesuai. Kawasan lubang penanaman sebaiknya diberikan baja organik yang cukup serta ada sistem pengairan yang semprna. Dinegara subtropika dengan 4 musim penanaman sebaiknya dijalankan pada musim Bunga (Spring) untuk dapatkan pertumbuhan dan jadual penuaian terbaik. Pokok ii menyamai dengan jenis cucurbit yang lain akan berbunga selepas dua bulan ditanam dan akan menuai hasil selepas 3 - 3.5 bulan dengan penjagaan yang baik. Jika menggunakan sistem tanaman berpara lazimnya ia memudahkan kerja-kerja pengurusan seperti kawalan penyakit, membaja, menyembur racun dan menuai hasil tanaman. Bagaimana ditempat asal di Afrika ia ditanam diatas tanah biasa tetapi di negara maju mereka menanam buah Kiwano dengan sistem fertigasi didalam rumah hijau (greenhouse) dengan lebih komersil dan lebih produktif sertana berkualiti.


Pokok kiwano kini telah dikomersilkan di mana ia telah ditanam didalam Rumah Kaca (Greenhouse). Di Israel tanaman kiwano ditanam dalam rumah kaca dengan kepadatan 10,000 tanaman dalam satu greenhouse atau sehektar. Kaedah atau cara tanaman fertigasi daam sistem tertutup ini menjamin kualiti buah kiwano yang bebas penyakit, buah seragam dan masa pengeluaran buah kiwano yang boleh dijadualkan. Hasil direkodkan dari sistemtanaman ini mencecah sebanyak 46 metrik tan sehektar. Buah Liwano dari penanaman secara ini juga menghasilkan 60% dengan kuliti pasaran ekport di Israel. Bunga dewasa akan dihasilkan dimana ia keluar dari vein dengan warna kelopak kuning (Sila lihat foto disebelah). Bunga yang berada dikawasan terbuka akan didebungakan oleh serangga dan angin serta agen pendebungaan lain. Aa pun berdasarkan kepada pengalaman penulis melawat tanaman seperti ini didalam greenhouse, proses atau cara pendebungaan didalam struktur SPH ini adalah dengan menggunakan ''wind blower'' atau meletakkan serangga terbang seperti kelulut. Pengairan secara fertigasi dengan menggunakan ''dripper''  larutan air baja sekitar 2 liter satu jam dengan jarak tanaman adalah 0.5 meter x 0.5 meter dlam SPH. 'Pemberian air dilakukan dua kali seminggu bergantung kepada kelembapan dan umur pokok. Kaedah penanaman kowano dibawah SPH atau dibawah jaring (nettings) membolehkan ia ditanam dua kali dalam setahun dan lebih menguntungkan penanam.


Sama dengan tanaman dari keluarga Cucurbitaceae yang lain, pokok kiwano juga menghadpi masaalah serangan oleh perosak dan penyakit. Antara penyakit yang menyerang seperti Melon Mosaic Virus (MMC-V) yang boleh musnahkan tanaman atau mengeruangkan kadar pengeluaran hasil. Penyskit lain seperti Squash Mosaic Virus (SqMV) juga boleh menyerang tanaman kiwano yang menyebabkan kerosakan teruk pada tanman (Sila lihat foto disebelah). Serangan penyakiy Layu (Fusrium Wilt) juga sering menyerang tanaman kiwano ini.  Dilaporkan juga tanaman kiwano diatas tanah mudh diserang oleh cacing nematod. Serangan lain seperti Lalat Buah yang merosakan buah hampir matang juga berlaku. Bagi tujuan mengatasi masaalah ini sebaiknya pastikan menanam pokok kiwano menggunakan benih yang tahan serangan penyakit dan perosak. Laporan menunjukkan penanaman kiwano didalam SPH (greenhouse) secara fertigasi membolehkan kurang serangan Penyakir Kulapok Berdebu (Downy Mildew) dan beberapa seranga perosak yang lain. Terkini lebih banyak negara yang menanam kiwano didalam rumahhijau kerana ia menjanjikan pengeluaran lebih terjamin dan hasil buah yang lebih berkualiti.


Buah Kiwano yang masak mempunyai duri dan berwarna oren kehijauan. Buah akan matang dan sesuai dipetik selepas 30 - 40 hari daripada peringkat awal pembentukan buah (fruit set). Kehebatan buah kiwano adalah kerana ia tahan lama (long shelf life) sehingga berbulan-bulan dalam suhu biasa dlm kotak (Sila lihat foto disebelah). Jika buah kiwano disimpan dalam suhu sejuk sekitar 20 celcius ia mampu tahan sehingga lebih 3 bulan lamanya. Proses kematangan buah dari warna hijau diperingkat muda, menjadi kekuningan apabila hampir matang dan menjadi oren apabila masak ranum. Bagaimana pun penanam komersil akan memetik buah kiwano semas ia masih kekuningan dan disimpan untuk jangkamasa lama. Bagi tujuan menjadikan warna oren seragam mada ia dirawat dengan 160 ppm Ethylene selama 24 jam lamanya.  Pada masa buah masak lazimnya ia mencapai tahap kandungan gula yang optima untuk dimakan. Kaedah pasaran domestik dan eksport berbeza mengikut negara pengeluar dan juga pengimport. Sehingga kini belum ada sistem pasaran kiwano antarabangsa yang ujud. Buah Kiwano ini juga diproses untuk dijadikan pelbagai produk makanan dan kosmetik. Semuga rencana ini memberikan info berguna kepad semua pembaca anim agro tehnology. Wasllam!!!

BUAH KIWANP... ASALNYA AFRIKA...
BUAH BERDURI... HIJAU JELI ISINYA...
BERWARNA OREN... VITAMIN 'C' NYA...
MENULIS ARTIKEL... TAMBAH ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandr BAru UDA,
Tampoi, Johor Bahru, 
Johor , Malaysia.
(30 JamadilAwal 1439H)
15 Febuari 2018).

Thursday, March 1, 2018

TANAMAN KELADI - FAKTA TEKNOLOGI

TANAMAN KELADI (Colocasia esculenta Linn, Schott) ialah sejenis tanaman kontan yang pernah menjadi bahan sumber karbohiderat penting di kawasan tropika. Tumbuhan ini dipercayai natif dan asli di Asia Tenggara dan ia tergolong dalam famili Araceae. Bagaimana pun penanaman keladi dibeberapa negara terus berkurangan disebabkan ramai petani di Malaysia menukar kepada tanaman lain. Banyak jenis keladi terdapat di Negara ini dalam kumpulan keladi boleh dimakan (edible yam) dan keladi tidak boleh dimanan (non-edible yam) seperti keladi hiasan. Di Malaysia keladi ditanam di kawaan tanah gambut dan edikit pada tanah mineral. Kawasan utama penanaman keladi seperti di Johor, Selangor, Perak dan Pahang. Ubi Keladi berbeza dari segi warna, isi, sama ada warna putih, merah samar atau warna kuning dan batangnya pula dari yang berwarna hijau, coklat keungguan hingga coklat tua. Keladi ialah tanaman kontan yang boleh ditanam secara sendirian dan juga boleh ditanam sebagai tanaman selingan. Dalam pada itu ia sesuai juga dijadikan tanaman selingan dengan getah, kelapa, kelapa sawit, lada hitam dan dusun buah-buahan yang baru saja diusahakan. Jarak dan kepadatan tanaman pokok keladi disesuaikan semasa pokok berkenaan masih di peringkat awal pertumbuhan. Tanaman ini tumbuh 0.4 m - 2 m tinggi dimana ubisinya boleh mencapai hingga 15 cm besarnya bergantung kepada jenis dan amalan agronimu yang dilaksanakan. Anak umbisi didapati tumbuh di sekeliling pangkal umbisi utama dengan bilangannya berbeza-beza. Daunnya lebar berbentuk hati (Heart shape) dengan saiz dan warna bergantung kepada spesisnya. Tanaman Keladi boleh ditanam dalam semua jenis keadaan dan kawasan iaitu dari kawasan tanah rendah bertakung air hinggalah ke kawasan tanah tinggi yang balik salirannya. Selain itu banyak jenis keladi liar dan keladi ornamental yang diusahakan untuk tanaman hiasan dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta teknologi tanaman keladi sebagai bahan rujukkan semua.


Dalam kita hendak mengenali pokok keladi sebaiknya penulis blog paparkan jenis-jenis keladi yang ada dinegara kita. Bergantung kepada kumpulannya keladi dikelaskan kepada dua iaitu Keladi yang boleh dimakan (edible yam) dan Keladi yang tidak boleh dimakan (non-edible yam). Apa pun antara jenis-jenis keladi boleh dimakan yang boleh ditemui di Malaysia adalah seperti Sarawak ialah seperti Keladi Cina, Keladi Sarawak, Keladi Mawar, Keladi Wangi, Keladi Udang, Keladi Kebuk, Keladi Kapas, Keladi Bugis, Keladi Lilin, Keladi Kuning dan lain-lain. Bagaimana pun ada sejenis keladi yang biasa ditanam dan dijual oleh petani-petani khususnya di Negeri Sarawak iaitu dipanggil sebagai 'Keladi Thailand' atau Keladi Pinang atau Keladi Cina (Sila lihat foto disebelah). Jenis ini boleh menghasilkan umbisi yang besar, anak dan batangnya boleh juga dimakan. Bagi jenis keladi Air, Manis dan Birah hanya batang dan tangkai daunnya boleh dimakan. Keladi Thailand telah dibuat pemerhatian oleh Jabatan Pertanaian di Sarawak dan mereka melaporkan keladi varieti Thailand berupaya untuk mengeluarkan hasil ubi segar lebih kurang 26 mt/ha ketika dituai iaitu pada umur 12 bulan selepas ditanam. Keladi jenis ini boleh mencapai ketinggian sek0.6 - 1.0 m. Warna isi ubinya kuning muda keputihan dengan kandungan kanji lebih kurang 65% daripada berat kering. Ketika dibuat kerepek ubi  kita boleh mendapat lebih kurang 30% daripada berat ubi segar. Biasanya untuk tujuan membuat kerepek keladi jenis ini boleh dituai ketika berumur 9-10 bulan selepas ditanam. Bentuk dan rasanya menyamai dengan keladi cina dan keladi Mawar.



Tanaman keladi memerlukan keadaan panas dan lembap dengan suhu melebihi 21 darjah Celcius. Pertumbuhan pokok keladi lazimnya akan terbantut sekiranya ditanam di kawasan bersalji. Tanaman ini juga penulis blog dapati memang memerlukan hujan tahunan lebih kurang 250cm. Keladi boleh tanam di kawasan tinggi yang mana taburan hujannya lebih kurang 175cm dengan syarat curahan hujan disebar sama rata sepanjang musim penanaman. Pengairan diperlukan sekiranya keladi ditanam di kawasan yang ada menerima curahan hujan kurang dari 175cm setahun. Keladi boleh ditanam dikebanyakkan jenis tanah dimana untuk tujuan mendapatkan kadar pertumbuhan yang baik ianya sesuai ditanam di tanah yang dalam, saliran yang baik, lom peroi, terutamanya lom aluvial dengan paras air yang tinggi serta kaya dengan bahan organik. Dilaporkan bahawa PH tanah yang sesuai untuk pertumbuhan pokok keladi ialah 5.5 - 7.8. Di Johor dan Selangor lazimnya penanaman keladi akan dilakukan oleh petani diatas kawasan tanah gambut. Ia juga memang sesuai ditanam ditanah gambut berbanding dengan tanah mineral kerana tanahnya lembut. Apa pun tanaman keladi tidak boleh tenggelam dalam air apabila berlaku banjir besar yang snahkan tanaman keladi.


Menanam keladi perlukan sedikit ilmu pengetahuan dan juga kemahiran. Paling asas adalah mendapatkan bahan tanaman atau anakbenih sulur keladi yang berkualiti dan mengikut spesifikasi. Keratan umbisi dari induk keladi dan anak pokok (Sila lihat foto sebelah) boleh digunakan sebagai bahan tanaman. Keratan umbisi keladi boleh disemai terlebih dahulu sebelum ditanam di ladang. Setelah tangkai daunnya mencapai ketinggian kira-kira 20 -30 cm ianya akan dipindahkan ke ladang. Penulis blog dapati untuk bahan tanaman dari umbisi sekitar kira-kira 2 - 5 tan metrik umbisi diperlukan untuk kawasan tanaman seluas sehektar. Dari segi keperluan anak pokok yang mempunyai ketinggian lebih kurang sama dan yang diperolehi dari rumpun pokok keladi boleh ditanam terus ke ladang. Bagi tujuan untuk petani menggelakkan anak benih cepat buruk dan mungkin berlaku kerosakan dan mengalami pepeluhan yang tinggi daunnya hendaklah dipotong sebelum ditanam. Anak benih dari pokok induk boleh diperolehi ketika pokok berkenaan mencapai umur 6 - 8 bulan selepas ditanam. Sebaiknya tapak tanaman yang dipilih dibersihkan dengan dahulu dengan menggunakan racun rumput atau tebas bakar. Jentera boleh digunakan untuk membajak. Tujuan kita membuat batas tanaman atau membajak tanah adalah untuk mengemburkan tanah supaya pembentukkan ubi keladi mudah berlaku kelak. Penanaman dilakukan dengan memindahkan anak benih sulur ke batas dengan menggali lubang-lubang kecil 5 - 7 cm kedalamannya terlebih dahulu, kemudian baru meletakkan anak benih ke dalamnya dan ditimbus. Biasanya sebelum ditanam daun keladi dipotong untuk mengurangkan pepeluhan dan untuk mengelak dari reput atau busuk. Barisan pokok boleh dibuat 90 - 120 sm jaraknya diantara satu sama lain dan jarak dalam barisan ialah 30 - 45 cm. Selama pokok keladi membesar lazimnya daun tua akan gugur dan ubinya bertambah besar dan panjang. Dari semasa ke semasa tanah di tepi pokok hendaklah dinaikkan supaya menutupi bahagian ubi yang terdedah. Disamping itu juga sulur-sulurnya hendaklah dibuang.


Amalan agronomi tanaman keladi penting dilakukan untuk mempastikan penghasilan yang optima. Aktiviti pengawalan rumpai, pembajaam kawalan muduh dan penyakit perlu dilakukan. Keberkesanan pengawalan rumpai adalah amat penting terutamanya pada 3 bulan yang pertama. Kebiasaanya pengawalan rumpai menggunakan secara manual (Menggunakan tangan). Sebaiknya untuk petani menggelakkan pertumbuhan rumput yang sangat serius, Penyemburan racun kulat pra-cambah boleh dilakukan sebelum kerja penanaman. Racun rumput pra-cambah jenis Diuron boleh digunakan dengan kadar lebih-kurang kadar sekitar 4 kg/hektar.  Pembajaan keladi perlu dijalan ikut pakej teknologi kerana keladi bertindak balas dengan baik kepada pembajaan. Dicadangkan Baja 15:15:15 pada kadar 1,150 kg boleh diberikan untuk satu hektar tanah. Baja boleh diberikan semasa menanam dan pembajaan ke-2 boleh dilakukan 3 – 4 bulan selepas penanam. Sekiranya pertumbuhan masih tidak menggalakan penambahan baja perlu dilakukan. Pengairan dan pembajaan perlu untuk mempercepatkan pengeluaran hasil. Lazimnya penuaian bermula dari 8 - 12 bulan selepas penanaman, bergantung kepada jenis keladi. Ubi matang yang sudah membentuk sepenuhnya, boleh dituai dengan mencabut atau menggali dengan cangkul. Diantara jenis penyakit tanaman keladi Penyakit hawar daun Penyakit hawar daun pada tanaman keladi (Sila lihat foto disebelah). Masaalah ini adalah disebabkan oleh kulat Phytophtora colocasiae iaitu sejenis organisma bawaan tanah ini menghasilkan bintik-bintik berbentuk bulat kecil berwarna coklat di sekitar tepi pada permukaan daun di mana titisan air cenderung untuk berkumpul. Daun akan jatuh ketika jangkitan semakin serius. Patogen ini juga boleh menyebabkan ubi keladi busuk setelah ianya dituai. Cara untuk kawalan dengan menanam varieti yang lebih toleran, memastikan daun antara pokok tidak saling bersentuhan dengan menjarakkan jarak tanaman. Cara lain adalah untuk jangkitan yang serius, sembur dengan cymoxanil dicampur dengan racun Mancozeb dimana semburan mesti mengikuti cadangan pada label racun tersebut. Kawalan lain dengan cara membuang daun-daun yang telah mati dari kawasan penanaman dan mengamalkan sanitasi ladang yang bersih untuk mengurangkan inokulum pathogen.


Diantara perosak yang menyerang tanaman keladi adalah seperti Ulat pangkas Daun  (Cutworm) atau nama saintifiknya sebagai Spodoptera litura. Diantara simtom atau tanda kerosakan adalah dimana larva memakan daun menyebabkan daun berlubang (Sila lihat foto sebelah). Kaedah kawalan dengan cara membuang daun yang diserang dan memusnahkan larva yang biasanya ditemui dalam gugusan. Petani boleh mengutip kelompok telur dan larva yang baru menetas sebelum mereka bersebaran. Dalam kawalan biologi penggunaan feromon methyl eugenol boleh tarik serangga jantan boleh digunakan dimana ini akan mengurangkan populasi perosak. Perosak seterusnya adalah Rama-Rama Helang (Hawk moth) dengan nama saintifik Thereta nessus. Antara simtom kerosakan dimana peringkat larvanya memakan daun keladi dan merosakkan daun. Kawalan perosak ini dengan cara mengutip larvanya atau gunakan bahan kimia sesuai.  Anggaran Kos Pengeluaran Sehektar Keladi bagi Varieti Thailand yang ditanam dengan kepadatan 18,518 pokok/hektar. Ia ditanam dengan jarak tanaman iaitu 1.2m x 0.45m dan perlu masa penuaian selama 9 - 12 bulan. Setelah dituai dianggarkan jumlah pendapatan kasar tanaman keladi sekitar RM11,000 sehektar dengan anggaran 11 mt penghasilan dan harga ladang RM1.00 sekilogram (pada 2009). Anggaran kos pengeluaran sekitar RM8,345 sehektar dimana ini aktiviti ini memberikan pendapatan bersih sekitar RM2,532.00 sehektar. Bagaimana pun kini 2018 harga ladang keladi telah meningkat kepada RM2.50 sekilogram menjadikan pendapatan kasar kepada RM22,500 dan kos pengeluaran meningkat kepada RM12,450 sehektar menjadikan keuntungan bersih sebanyak RM 10,050 sehektar. Semuga anda mendapat info berguna dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM KELADI... BENIH BERKUALITI...
9-12 BULAN TANAM...DITUAI PASTI...
PERLU DIBAJA... SERANGGA DIBASMI...
HASIL DIJUAL... GEMBIRAKAN PETANI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 708, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(11 JamadilAkhir 1439H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...