Support My Blog

Friday, January 12, 2018

GELATIN - APA DIA?

GELATIN merupakan sejenis zat kimia yang padat, lutsinar (tembus cahaya) tidak berwarna, rapuh (jika kering) dan tidak mempunyai rasa dimana lazimnya ia dihasilkan daripada kolagen yang berasal dari berbagai produk sampingan haiwan. Dilaporkan 40% daripada gelatin komersil yang ada dipasaran dunia diproses daripada haiwan babi (Bahagian kulitnya). Sebahagian gelatin pula diproses daripada lembu dan ikan. Daripada ceramah JAKIM disairkan di TV1 dimana penulis blog tonton ada menyatakan dimana produk gelatin umumnya digunakan sebagai bahan untum membuat gel pada makanan, farmasi, fotografi dan juga banyak produk kosmetik.  Gelatin secara kimia merupakan campuran antara peptide dengan protein yang diperolehi dari tindakbalas hidrolisis kolagen yang secara semulajadi terdapat pada tulang atau kulit binatang. Gelatin komersial biasanya boleh diperoleh dari ikan, lembu dan babi dan amat kurang pada haiwan lain. Dalam industri makanan didapati gelatin digunakan dengan meluas sebagai salah satu bahan asas dialam pembuatan makanan seperti untuk tujuan penyedap makanan (kek), penghasilan jelly dan juga aiskrim. Ais krim yang membeku dari peti sejuk akan cair dan enak semasa dijilat atau dimasukkan kedalam mulut kerana bahan gelatin membolehkan aiskrim membeku dan cair apabila ianya dikehendakki. Malaysia antara negara yang mengimport gelatin kerana tidak ada premis yang mengeluarkan gelatin di Malaysia. Antara negara yang dilaporkan menghasilkan gelatin halal diimport Malaysia berasal dari negara seperti dari Pakistan. Gelatin ini banyak menimbulkan kebimbangan dikalangan umat Islam di Malaysia dari segi hukum halal dan haram produk makanan serta produk lain yang mana ia ada menggunakan bahan gelatin dari haiwan ini. Artikel malam ini saya menulis artikel tentang gelatin dalam "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan penulis sendiri didalam memahami gelatin. 


Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu dan kini gelatin telah dikomersilkan diseluruh dunia. Selain itu kini gelatin lebih luas kegunaannya terutama dalam industri farmaseutikal dan kosmetik. Didakwa dimana tanpa bahan gelatin maka sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan. Ais krim yang enak akan hanya membeku jika ada gelatin didalamnya dan mencair sebaik sahaja ia dimasukkan dalam mulut (Sila lihat foto disebelah). Daripada apa yang penulis blog dengar dan membuat banyak rujukkan dinyatakan dimana terdapat dua jenis gelatin. Pertama adalah jenis Gelatin ‘Type A’ dimana produk ini mengejutkan iaitu kebanyakannya didapati dari kulit babi. Jenis kedua adlah Gelatin ‘Type B’ pula dimana ia didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau. Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit daripada haiwan. Bagi orang-orang Islam pula, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan tetapi mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut melalui proses iaitu disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah. Bagaimana pun ada beberapa pendapat daripada ulama iaitu apabila bahan asas haiwan diproses sehingga membentuk produk lain maka ianya perlu diperjelaskan hukumnya. Pada prnulis blog dan ramai pengguna bagi mempastikan keyakinan makanan dan produk komestik atau farmaseutikal ini boleh digunakan dengan memastikan ada SIJIL HALAL dikeluarkan oleh HALAL MALAYSIA atau JAKIM. Rakyat Malaysia malahan seluruh dunia kini yakin dengan logo sijil halal yang ada pada label.


Dalam pada itu kita juga perlu tahu akan beberapa makanan yang menggunakan bahan gelatin. Diantara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah seperti makan dari jenis Konfeksioneri (seperti coklat, gula-gula dan lain-lain), Puding, kek dan pai, Gummi jelli, Pastil berperisa,  Yogurt, keju dan butter. Makanan lain pula adalah seperti Ais-krim, Pencuci mulut segera, Gula-gula getah (Chewing gum) dan produk-produk daging yang diproses. Selain dari itu bahan Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat. Kalau begitu banyak makanan yang dijual ada menggunakan bahan gelatin ini maka tidak mustahil bahawa jumlah pengeluaran gelatin memang berbilion ringgit nilainya. Malaysia memang tidak ada mengeluarkan gelatin sendiri dan masih bergantung kepada negara lain untuk mengimport bahan ini. Dilaporkan negara China merupakan salah satu negara pengeluar utama bahan gelatin dunia selain daripada USA. Dalam satu laporan akhbar tempatan bertajuk "USM cipta kaedah kesan gelatin babi" dilaprkan dimana di Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan telah berjaya menghasilkan kaedah untuk menentukan sama ada sumber asas pembuatan kapsul ubat produk farmaseutikal itu halal atau sebaliknya sebelum memasuki pasaran. Mengikut Pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF), Prof. Madya Dr. Gam Lay Harn dimana kandungan daripada penghasilan kapsul itu dapat dikesan melalui teknik penanda bio iaitu pengekstrakan dan pengasingan protein. Katanya kebanyakan sumber yang digunakan dalam penghasilan kapsul ubat-ubatan adalah gelatin iaitu campuran protein yang diekstrak daripada kulit binatang. Beliau berkata, penggunaan gelatin menjadi isu kerana dalam proses untuk pengeluarannya selalunya sumber protein daripada babi lebih banyak digunakan berbanding lembu kerana ia lebih murah dan senang diperolehi. Penyelidikan ini memfokuskan kepada kaedah yang boleh mengenal pasti sumber protein yang digunakan untuk penghasilan gelatin sama ada daripada babi, lembu mahu pun sayur-sayuran. Malah kaedah ini juga sangat tepat dan kemungkinan untuk mendapat keputusan positif palsu atau negatif palsu tidak wujud kerana penanda bio yang digunakan juga berasaskan kepada protein. Dalam pada itu teknik penanda bio yang spesifik ini juga mampu menghasilkan keputusan yang tepat.


Didakwa dimana kaedah itu juga bukan sekadar dapat menentukan campuran gelatin tulen sebaliknya berupaya mengenal pasti sumber protein melalui gelatin campuran (wujud kedua-dua unsur protein babi dan lembu dalam gelatin). Walaupun dengan campuran 20 peratus protein babi dan 80 peratus lembu tetapi menerusi kaedah itu ia dapat mengesan kandungan protein babi yang wujud dalam gelatin berkenaan berbanding kaedah sedia ada. Kaedah sedia ada dalam pasaran kebanyakannya menggunakan teknik ‘polymerase chain reaction’ (PCR) iaitu satu kaedah iaitu cara pengesanan berasaskan kepada kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam gelatin. Ia tidak konsisten kerana DNA dianggap kotoran dalam gelatin dan kebarangkalian kehadiran DNA juga tidak menentu kerana ada ketika ia tidak wujud langsung dalam gelatin. Oleh itu kebergantungan terhadap kewujudan DNA dalam kaedah PCR menjadikan sesuatu keputusan itu tidak boleh dipercayai dan kemungkinan untuk mendapat keputusan positif palsu atau negatif palsu amat tinggi. Lay Harn yang juga pakar dalam bidang proteomik atau kimia protein iaitu satu cabang dalam bidang bioteknologi berkata, penyelidikan yang dimulakan setahun lalu itu merupakan kaedah yang pertama seumpamanya di dunia. Katanya terkini kaedah mengenal pasti gelatin halal itu juga telah ditawarkan kepada industri farmaseutikal dan bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubunginya di talian 04-6532208. (Berita ini dipetik dari sumber : utusan online). Oleh itu kesimpulannya tanpa kita sedari proses penggunaan gelatin dalam makanan adalah perkara biasa dalam industri tersebut. Cuma yang menjadi masalahnya sekarang kita tidak tahu sama ada produk yang dihasilkan menggunakan Gelatin yang halal atau tidak. Terutamanya produk-produk makanan yang dihasilkan dari negara China seperti makanan ringan dan sebagainya perlu diperiksa.  Ramai berpendapat iaitu pasti Gelatin babi lebih murah dan mudah didapati di sana berbanding gelatin yang dihasilkan oleh lembu. Persoalannya adalah jika ada pun adakah lembu tersebut di sembelih oleh orang Islam?. Namun jika produk yang dihasilkan tersebut mengandungi tanda halal tiada masalah, tapi kenyataannya jarang sekali kita nampak bahan makanan yang diimport daripada negara China mempunyai logo halal. Jika alat di atas dapat dihasilkan lebih komersil lagi bagus, sekurang-sekurangnya setiap rumah ada satu supaya mudah untuk kita menentukan kandungan sebenar gelatin yang kita gunakan.


Dalam menjawab banyak pertanyaan apakah itu gelatin? Adakah ujud gelatin halal?. Kini memang banyak masyarakat awam yang kurang tahu pengertian gelatin padahal mereka sudah sering mengetahui bahkan menggunakani makanan yang mengandungi bahan asas gelatin. Pada asasnya gelatin adalah suatu bahan yang boleh dilihat mirip agar-agar tapi bezanya kalau bahan agar datangnya dari tumbuhan sedangkan kebanyakan gelatin dibuat dari kolagen dari haiwan. Jenis Gelatin yang berada dipasaran ada dua jenis gelatin dimana apa yang membezakan berdasarkan bahan asas dan cara pembuatannya. Penulis dapat infi dimana untuk Gelatin type A (Acid) adalah gelatin yang kebanyakan dihasilkan dari kulit babi yang masih muda. Lazimnya proses pembuatan boleh lebih cepat sebab rangkaian kolagen belum terikat kuat. Kulit babi hanya perlu direndam dalam larutan asid lemah (seperti asid klorida) selama satu hari yang diteruskan dengan proses pencucian untuk tujuan menghilangkan asid dan garam. Dalam pada itu untuk jenis  Gelatin type B (base) lazimnya ia diperbuat dari tulang-tulang dan kulit tua (liat dan keras) dari haiwan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing. Proses pembuatan jenis ini adalah lebih lama bahkan berminggu-minggu dengan merendam bahan asas didalam kalsium hidroksida. Setelah kolagen terpisah barulah diproses untuk tahap selanjutnya iaitu proses pengekstrakan. Beberapa negara pengeluar gelatin memang paling banyak dibuat dari haiwan babi. Mengapa ia berlaku adalah berpunca sebab gelatin babi memiliki harga yang lebih baik berbanding dengan jenis gelatin lain berpunca dari proses pembuatan yang lebih mudah. Hukum gelatin selalu menjadi perdebatan dimana ada yang menyatakan gelatin halal sebab ia telah mengalami perubahan bentuk dari babi menjadi ekstrak garam. Ini hampir serupa dengan kes produk cuka yang dihasilkan dari bahan asas arak atau alkohol. Bagaimana pun ramai juga ulamak Islam yang menyebutkan gelatin itu haram dengan alasan pertama sebab mudah sekali membezakan gelatin dari babi dengan jenis gelatin lain melalui proses kimia sederhana. Di luar sana banyak sekali bahan lain yang boleh digunakan untuk pembuatan gelatin dan tentunya sudah pasti halal seperti kulit lembu. Keperluan bahan akan gelatin masih boleh dipenuhi dari bahan halal ini. 


Dalam pada itu kita sebaiknya mengetahui bagaimana untuk mengenali Gelatin. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Pembuatan gelatin bermula dari usaha menambah-nilai sisa tulang yang biasanya tidak diguna dan dibuang di rumah pemotongan haiwan. Gelatin merupakan suatu jenis protein yang dihasilkan dari rangkaian kolagen kulit, tulang atau ligamen (tulang rawan) haiwan. Kini penggunaan gelatin begitu meluas di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Selalu juga penggunaan gelatin dalam industri makanan bertujuan untuk mengatasi permasalahan yang timbul khususnya dalam mempelbagaikan produk dan kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan juga teknikal. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan. Terdapat dua jenis gelatin yang boleh dikategorikan dalam 2 prinsip asas, berdasarkan sifat bahan asas pembuatan gelatin iaitu cara alkali dan asid. Bagi Gelatin ‘Type A’ lazimnya diidapati dengan cara pengasidan, iaitu untuk menghasilkan gelatin jenis A (Acid). Jenis A ini kebanyakannya diperolehi daripada kulit babi, tapi ada juga beberapa kilang yang menggunakan bahan berasaskan tulang. Kulit dari babi muda tidak memerlukan penggunaan alkali yang intensif kerana rangkaian belum terikat kuat. Ia cukup direndam dalam asid lemah (cair) (HCl) selama sehari untuk dineutralkan dan setelah itu dicuci berulang kali sehingga asid dan garamnya hilang. Bagi jenis  Gelatin ‘Type B’ pula dilakukan untuk menghasilkan gelatin jenis B (Base), yang mana sumbernya dari kulit tua (keras dan liat) atau pun tulang daripada tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan seperti lembu, kambing dan kerbau. Mula-mula bahan tersebut diproses dengan merendamkannya beberapa minggu atau bulan dalam kalsium hidroksida; maka dengan ini ikatan rangkaian kolagen akan mengembang, terasing dan terurai. Setelah itu bahan dineutralkan dengan asid sehingga hilang alkalinya, kemudian dicuci bagi menghilangkan garam yang terbentuk. Setelah itu barulah dilakukan proses pengekstraskan dan proses yang lain. Gelatin jenis ini disebut juga sebagai ‘beef bovine’ atau ‘bovine’. Sembelihan Syarak adalah penting untuk tujuan mempastikan gelatin yang halal. Persoalannya ialah dalam penghasilan gelatin iaitu sama ada lembu tersebut telah pun disembelih mengikut syarak atau tidak adalah menjadi persoalan utama dalam menentukan kehalalan pengeluaran gelatin.


Walau pun bahan Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi masyarakat Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah. Dalam pada itu ada manfaat gelatin yang ujud dimana gelatin sangat diperlukan dalam kepelbagaian bahan produk makanan, kerana nilai zatnya yang tinggi, terutama dengan tingginya kadar protein khususnya asid amino dan rendahnya kadar lemak. Gelatin kering mengandung kira-kira 84 - 86% protein, 8 - 12% air dan 2 - 4% mineral. Dari 10 asid amino essensial yang diperlukan tubuh, gelatin mengandungi 9 asid amino essensial, asid amino essensial yang hampir tidak terkandung dalam gelatin iaitu triptofan. Penggunaan gelatin sangat meluas kerana gelatin bersifat serba boleh, iaitu boleh berfungsi sebagai bahan pengisi, pengemulsi (emulsifier), pengikat, pengendap dan mempertingkatkan zat. Sifatnya juga fleksibel iaitu dapat membentuk lapisan tipis yang elastik, membentuk filem yang transparan, kukuh dan kuat, kemudian sifat penting lain iaitu daya pencernaannya yang tinggi. Dalam pada iru antara jenis produk yang ada menggunakan gelatin sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat. Gelatin juga banyak digunakan oleh industri farmaseutikal, kosmetik, fotografi, jeli, gula-gula lembut, kek, Puding, susu yogurt, filem fotografi, pelapis kertas, dakwat inkjet, mancis api, gabus, pelapis kayu untuk interior, getah plastik, simen, kosmetik adalah contoh-contoh produk industri yang menggunakan gelatin. Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah seperti produk makanan secara am: berfungsi sebagai zat pengental, penggumpal, membuat produk menjadi elastik, pengemulsi, penstabil, pembentuk buih, pengikat air, penyalut nipis dan memperkayakan zat. Produk daging proses dimana ia berfungsi untuk tujuan meningkatkan daya ikat air, konsistensi dan kestabilan produk sosej, kornet dan ham. Produk seterusnya adalaj dari produk susu proses dan iaberfungsi untuk memperbaiki tekstur, konsistensi dan kestabilan produk dan mengelakkan sineresis pada yoghurt, ais krim, dadih, keju cottage dan butter. Ke 4 adalah produk bakeri dimana gelatin ini berfungsi untuk menjaga kelembapan produk, sebagai perekat bahan pengisi pada produk roti, kek dan pai. Dalam produk minuman pula gelatin akan berfungsi sebagai penjernih sari buah (juice), sirap, bir dan wine. Sementara itu ke 6 didalam banyak jenis produk buah-buahan gelatin akan berfungsi sebagai pelapis (melapisi pori-pori buah sehingga terhindar dari kekeringan dan kerosakan oleh mikrob) untuk menjaga kesegaran dan awetan buah. Ke 7 didalam produk gula-gula dan produk sejenisnya gelatin akan berfungsi untuk ianya menetapkan konsistensi produk, menetapkan daya gigit dan kekerasan serta tekstur produk, menetapkan kelembutan dan daya melekat di mulut seperti gula-gula getah (Chewing gum). Ke 8 didalam produk makanan bersos selalunya bagi menghasilkan kekentalan yang lebih tinggi pengeluar kicap dan sos menggunakan gelatine dan ke 9 bagi produk farmaseutikaldan bidang farmasi, gelatin digunakan sebagai pembentukan dan pengerasan serta kekentalan tekstur sarung kapsul dan ubat-ubatan. Ada laporan dimana di pasaran dunia kini terdapat sebanyak 70 peratus gelatin diperbuat dari kulit babi. Di Malaysia pula gelatin yang sudah mendapat sertifikasi halal dari JAKIM hanya yang dibekalkan oleh Syarikat HalalGel dan Hagecaps sahaja kerana kedua-dua syarikat ini mendapatkan sumber gelatin lembu yang disembelih mengikut syarak. Sebaiknya masyarakat Islam wajib berwaspada dalam memilih dan membeli produk-produk makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Diharap artikel ini memberi info terbaik kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallan!!!.
NAMA GELATIN... BABI ASALNYA....
MENJADI HARAM.... KATA ULAMA...
GELATIN HALAL... ADA JUALNYA...
PASTIKAN BETUL... JAKIM PERIKSA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1227 (Executive Suite);
Hotel Hilton, Kuching,
Sarawak, Malaysia.
(11 Januari 2018).

Thursday, January 11, 2018

SARAWAK HUB NANAS MD2 - POTENSI

SARAWAK merupakan negeri potensi untuk pengeluaran hub baru nanas MD2 untuk pasaran eksport dimasa akan datang. Perkara ini menjadi satu daripada asas dan pelan perancangan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan LPNM (Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia). Seluas 1,547 hektar nanas MD2 telah ditanam pada tahun 2016 di Semenanjung Malaysia dengan anggaran pengeluaran sebanyak 60,153 mt bernilai sekitar RM152.36 juta. Nanas MD2 menyumnang 11.7% daripada seluas 13,148 hektar tanaman nanas keseluruhan di Malaysia. Jumlah pengeluarab b uah nanas adalah berjumlah sebanyak 262,643 metrik tan yang bernilai RM335.5 juta (Sumber: Laporan statsiktik industri Nanas 2016). Negeri Johor masih merupakan kawasan utama penanaman nanas dimana keluasan sebanyak 8,900 hektar atau 68% daripada semua keseluruhan keluasan dalam negara. Keluasan tanaman nanas dunnia pada 2016 adalah seluas 1.622 juta hektar dengan didahului oleh Nigeria seluas 182,000 ha diikuti dengan India (109,800 ha), China (72,817ha), Thailand (72,736 ha) dan Brazil (66,599 ha). Malaysia hanya mendudukki tangga ke 20 pada tahun 2016 dalam rangking keluasan tanaman nanas dunia. Laporan menunjukkan dimana pengeluaran nanas dunia pada tahun 2016 sebanyak 25.499 juta metrik tan dengan negara peneraju paling banyak mengeluarkan nanas adalah Costa Rica (2.915 juta mt) diikuti dengan Brazil (2.648 juta mt), Filipina (2.507 juta mt), Thailand (1.914 juta mt) dan Indonesia (1.836 juta mt). Malaysia mendudukki tangga ke 19 dalam ranking atau tahap pengeluaran buah nanas dunia. DiSarawak pada tahun 2016 mencatitan keluasan 843 hektar dengan nilai pengeluaran sebanyak 25,848 metrik tan yang bernilai RM30.18 juta. Kawasan utama penanaman nanas di Sarawak adalah di Samarahan, Betong dan Mukah. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan laporan akhbar tempatan menyaatakan potensi tanaman nanas di Sarawak sebagai hub pengeluaran nanas MD2 dimasa akan datang.


Laporan 1 : Sarawak jadi hab nanas MD2


Datuk Mohd Anim Hosnan menandatangani surat Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sambil diperhatikan Pengarah Negeri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azmi Alias serta pegawainya selepas Perhimpunan Pagi LPNM dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah di Dewan Masmerah, Wisma Nanas LPNM di Johor Bahru. Laporan Berita Online pada 8 Januari 2018 dengan foto oleh Zain Ahmed dan wartawan Junita Mat Rasid menulis laporan ini. JOHOR BAHRU: Sarawak dijangka menjadi hab pengeluaran nanas MD2 menerusi pembukaan ladang seluas 2,000 hektar dengan sebahagian besar pengeluaran akan dieksport ke China. Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Datuk Mohd Anim Hosnan, berkata selain mempunyai tanah luas, kedudukan Sarawak yang hampir dengan China menjadikannya lokasi strategik. Katanya, projek perintis MD2 di Kampung Padang Pan, Bau, Sarawak akan dilancarkan Sabtu ini dan sebagai permulaan, projek perintis itu membabitkan penanaman 100,000 pokok MD2 di tapak seluas empat hektar. "Nanas MD2 ini menjadi antara nanas pilihan seluruh dunia kerana rasanya manis dan tidak lidas. Menerusi pelabuhan di Sarawak, nanas hanya mengambil masa lima jam saja untuk sampai ke China, berbanding jika eksport menerusi Pelabuhan Klang mengambil masa sehingga 10 hingga 11 jam untuk sampai ke China," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Pagi LPNM dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Azmi Alias. Mohd Anim berkata, penubuhan hab nanas MD2 di Sarawak selaras dengan tumpuan pihaknya terhadap pengeluaran nanas jenis itu termasuk bagi memenuhi pasaran luar negara.


"LPNM menumpukan penanaman premium MD2 tetapi pada masa sama, tetap tidak melupakan nanas jenis lain seperti Josapine, Moris dan N36," katanya. Mohd Anim berkata, pengusaha MD2 dijangka mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM5,000 sebulan berbanding pengusaha nanas jenis lain memperoleh RM3,000," katanya. Sementara itu, mengenai penubuhan Lembaga Kelapa, Nanas dan Buah-buahan negara (LKNBN) yang diumumkan pada Bajet 2018, Mohd Anim berkata, ia dijangka dibawa ke mesyuarat Kabinet Rabu ini. Katanya, ia akan membabitkan kaedah dan penstrukturan semula LPNM dengan kemasukan lembaga baharu. "Mesyuarat itu akan memutuskan sama ada Akta 427 akan digubal atau dirangka baharu bagi penubuhan lembaga baharu ini. Selain kelapa dan nanas, cadangan buah-buahan yang akan dimasukkan adalah jenis tidak bermusim seperti betik, belimbing, pisang, jambu batu, jambu air, tembikai, limau bali dan buah bermusim durian," katanya.


(2) Laporan II: Nanas MD2 ke China

MOHD Anim (tengah) bersama-sama pegawai pada Majlis Perhimpunan pagi dan Ikrar Bebas Rasuah LPNM di Bandar Baru Uda, semalam. Laporan akhbar oleh Omar Ahmad daripada Harian Metro dari Johor Bahru nyatakan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) berhasrat menjadikan Sarawak sebagai hab pengeluaran nanas MD2 membabitkan tanah berkeluasan 2,000 hektar bagi memenuhi pasaran China pada masa akan datang. Ketua Pengarah LPNM Datuk Mohd Anim Hosnan berkata, projek perintis MD2 yang terletak di Kampung Padang Pan, Bau, Sarawak akan dilancarkan pada 13 Januari ini. Katanya, pada peringkat permulaan, projek perintis itu hanya membabitkan program penanaman 100,000 pokok MD2 di tanah seluas empat hektar. “Nanas MD2 ini menjadi antara nanas pilihan seluruh dunia kerana rasanya yang manis dan tidak lidas. Selain nanas MD2, nanas N36 juga dieksport ke Timur Tengah. Insya-Allah, pada 13 Januari ini, projek perintis MD2 di tanah berkeluasan empat hektar akan dirasmikan di Sarawak membabitkan seorang pengusaha. “Sebahagian besar hasil MD2 di Sarawak akan dieksport ke China untuk menampung permintaan yang semakin meningkat ketika ini. China meminta kami menghantar nanas jenis ini 100 kontena sebulan tetapi buat masa ini, kami hanya mampu untuk menyediakan 24 kontena sebulan. “Dengan penanaman nanas di Sarawak, kami yakin ia dapat menampung permintaan domestik dan luar negara. Kami juga tidak mengabaikan nanas jenis lain seperi Josapine, Moris dan N36 dengan tujuh program berkaitan nanas itu diadakan sepanjang tahun ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan pagi dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) LPNM di Bandar Baru Uda, di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azmi Alias.  Mohd Anim berkata, pihaknya berusaha memenuhi keperluan 20 juta benih MD2 bagi memenuhi permintaan eksport ke China. Katanya, benih yang berada di Sarawak dibawa dari Semenanjung dan sekiranya tidak mencukupi, pihaknya akan mengimport benih sesuai dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan. “Kami nasihatkan pengusaha nanas MD2 menggunakan benih asli daripada sulur nanas dan tidak menggunakan benih daripada tisu kultur. “Ini kerana, benih dari tisu kultur tidak menentu daripada segi rasa dan boleh menjejaskan kepelbagaian rasa, bentuk dan kualiti nanas MD2,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2018 @ 4:47 AM


(3) Laporan III: 
Sarawak hab pengeluaran nanas premium MD2

MOHD. ANIM HOSNAN (tiga dari kiri) sedang menyerahkan dokumen Ikrar Bebas Rasuah kepada Pengarah SPRM Negeri Johor, Datuk Azmi Alias (dua dari kiri) dalam Majlis Perhimpunan Tahun Baharu 2018 dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah LPNM di Dewan Masmerah, Wisma Nanas, Johor Bahru, semalam. Laporan dari akhbar utusan oleh wartawan Baazlan Ibrahim dan Mohamad Faizal Hashim pada terbian  09 Januari 2018 3:00 AM. JOHOR BAHRU 8 Januari 2018 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akan menjadikan Sarawak hab pengeluaran nanas premium MD2 dengan memba­ngunkan kawasan tanaman seluas 2,000 hektar bagi tujuan eksport ke China pada masa akan datang.  Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Anim Hosnan berkata, sebagai permulaan, projek perintis akan digerakkan melibatkan penanaman 100,000 pokok MD2 di kawasan berkeluasan empat hektar di Kampung Padang Pan, Bau, Sarawak, Sabtu ini. Katanya, program pembangunan nanas MD2 adalah yang utama daripada tujuh program yang akan dilaksanakan pada tahun ini membabitkan peruntukkan sejumlah RM16.5 juta. “Pengeluaran nanas MD2 bukan sahaja untuk kegunaan domestik malah dipasarkan ke luar negara khususnya di China melibatkan permintaan sebanyak 100 kontena sebulan sedangkan kita hanya mampu untuk menyediakan 24 kontena sebulan. “Program pembangunan na­nas MD2 akan diperluaskan de­ngan menyasarkan tanaman na­nas di kawasan seluas 5,600 hek­tar menjelang 2020 dengan nilai pengeluaran sejumlah RM1 bi­lion sekali gus memenuhi pasaran China,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Pagi dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) LPNM di Bandar Baru Uda, di sini hari ini.  Mohd. Anim berkata, Sarawak merupakan lokasi strategik kerana bukan sahaja mempunyai kawasan yang luas malah mengambil masa lima hari perjalanan ke China melalui kapal laut berban­ding sembilan hingga 11 hari dari Pelabuhan Klang. Katanya, bagi memenuhi ke­perluan di Sarawak, LPNM akan berusaha mendapatkan bekalan benih dari Semenanjung atau membawa masuk benih berkualiti dari luar yang melepasi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kira-kira bernilai RM20 juta. “Kita menasihatkan pengusaha nanas MD2 agar menggunakan benih yang asli daripada sulur nanas dan tidak menggunakan benih daripada tisu kultur kerana khuatiri menjejaskan kualiti, rasa dan bentuk nanas MD2,” katanya. Menyentuh mengenai penubuhan Lembaga Kelapa, Nanas dan Buah-buahan Negara (LKNBN), Mohd. Anim berkata, perkara itu masih dalam peringkat perancangan dan dijangka dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Rabu ini. “LKNBN ini akan dapat me­ngukuhkan LPNM di bawah akta baharu yang akan dikembangkan kepada komoditi kelapa dan buah-buahan lain. Mesyuarat itu akan memutuskan sama ada Akta 427 yang diguna pakai LPNM sebelum ini dimansuh dan digantikan akta baharu,” katanya. © Utusan Melayu (M) Bhd



(4) Laporan IV: LPNM lancar projek MD2 di Sarawak

Mohd Anim (kiri) menyerahkan sijil ikrar kepada Azmi selepas majlis menandatangani ikrar selesai dijalankan. Lporan akhbar SINAR HARIAN oleh SHAHIZATUL FARHA S ROSLI pada 8 JANUARI 2018 di JOHOR BAHRU dipeik.  Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) akan melancarkan projek pertama tanaman nenas MD2 di Sarawak membabitkan keluasan kawasan 2,000 hektar.  Ketua Pengarah LPNM, Datuk Mohd Anim Hosnan berkata, projek itu bertujuan memenuhi permintaan pasaran eksport ke negara China bagi nenas MD2 berikutan kedudukan Sarawak yang lebih hampir dengan negara berkenaan.  Katanya, projek perintis telah dijalankan di Kampung Padang Panjang Bau, Sarawak membabitkan kawasan seluas empat hektar dengan 100,000 pokok bagi penyediaan benih MD2 untuk keseluruhan projek itu. "China merupakan antara eksport terbesar kota dengan permintaan 100 kontena nenas MD2 sebulan. Pada masa ini kita dapat menyediakan 20 hingga 24 kontena sebulan membabitkan empat syarikat berdaftar. "Menerusi pelancaran projek di Sarawak ini kita harap dapat memenuhi permintaan eksport ke negara berkenaan selain untuk pasaran nenas tempatan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Ikrar Bebas Rasuah LPNM Johor bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di Wisma Nenas di sini, pagi ini. Turut hadir pada majlis itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias. Mohd Anim berkata, sehingga tahun lalu ladang tanaman nenas di seluruh negara berkeluasan kira-kira 13,000 hektar dengan nilai pengeluaran RM515 juta membabitkan 391,714 metrik tan pengeluaran. Selain itu katanya, kira-kira 20 juta benih MD2 diperlukan sepanjang tahun ini dan menasihatkan pekebun agar menggunakan benih tulen berbanding benih tisu kultur bagi memastikan pengeluaran yang lebih berkualiti. "Benih tisu kultur menyebabkan nenas yang terhasil berubah bentuk dan rasa, sebab itu kita galakkan pekebun dan peladang agar guna benih tulen yang telah kita tentusahkan kualitinya bagi mengawal kualiti pengeluaran MD2," katanya. Sementara itu, seramai 266 penjawat awam LPNM Johor menyempurnakan ikrar bebas rasuah pada majlis berkenaan.


(5) Laporan V: 
RM1 bilion nilai pengeluaran nanas menjelang 2020

Mohd Anim Hosnan (kiri) menyerahkan dokumen dalam Majlis Himpunan LPNM dan Ikrar Bebas Rasuah di Ibu pejabat LPNM, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor sebentar tadi. Laporan oleh akhbar UTUSAN SARAWAK ONLINE oleh wartawan Mohamad Faizal Hashim diterbitkan pada 08 Januari 2018 11:32 AM. Berita dipetik dari JOHOR BAHRU melaporkan dimana Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) berhasrat untuk memperluaskan kawasan pertanian sebanyak 5,600 hektar dimana ini menjadikan nilai pengeluaran meningkat kepada RM1 bilion menjelang 2020.  Ketua Pengarahnya, Datuk Anim Hosnan berkata, bagi sasaran tersebut, LPNM mampu menjana sebanyak 700,000 tan metrik pengeluaran nanas dengan nilai eksport kira-kira RM320 juta.  “Setakat 2017, kawasan tanaman nanas sedia ada seluas 13,148 hektar dengan jumlah nilai pengeluaran sedia ada RM515 juta melibatkan nilai eksport RM138.  Bagi hala tuju 2020 menjadikan pengeluaran nanas sebagai sumber kekayaan baharu, kita berharap nilai pengeluaran dapat ditingkatkan sebanyak RM1 bilion dengan pekebun nanas MD2 menjana pendapatan hingga RM5,000 sebulan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Perhimpunan LPNM dan Ikrar Bebas Rasuah di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE
Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAM NANAS..... SELURUH NEGARA....
SARAWAK SABAH... ADA POTENSINYA...
PROGRAM DIATUR.... EKSPORT DIANYA...
ADA POTENSI....IA PERLU DILAKSANA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(9 Januari 2018).

Wednesday, January 10, 2018

PAMERAN VIVARIUM - SUMBER BIODIVERSITI

VIVARIUM?.... mungkin ramai dikalangan kita yang tidak pernah mendengar perkataan ini. Penulis blog pertama kali mendengar perkataan ini daripada seorang rakan Pensyarah Kanan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dahulu sama-sama belajar di universiti sama sekitar tahun 1997 hingga 1982. Perkataan ini pada mulanya saya dengar agak 'pelik' kerana bunyinya semacam dengan 'Akuarium', 'Terrarium', 'Puludarium' dan juga 'Riparium'. Rupa-rupanya kesemua perkataan yang ada 'arium' dihujungnya tidak banyak yang tahu kecuali perkataan 'Akuarium' dan juga 'Terrarium' sahaja. Setelah penulis blog balik rumah membuat sedikit rujukkan daripada lamanweb dan mendapat jawapannya. Daripada lamanweb dinyatakan iaitu perkataan 'Vivarium' nerupakan perkataan Latin iaitu gabungan dari pada dua patah perkataan iaitu 'Vivaria' yang bermakna sebagai 'Place of life' atau tempat tinggal dan perkataan 'Arium' iaitu sebuah wadah / tempat / bekas tertutup. Masunya secara umum adalah satu tempat generik/umum dimana segala macam kehidupan atau ekosistem yang ditempatkan pada sebuah bekas yang tertutup. Biasanya  Vivarium kekal sumber biodiversiti dan dijadikan kajian atau pameran untuk tujuan kesedaran umum. Pada saya sering mengadakan pertandinga Terrarium di Peringkat Sekolah Menengah setiap dua tahun sekali sempena Pesta MAHA yang diadakan dwi tahunan ini. Pelbagai ciptaan terrarium yang amat menarik dari seluruh negara dipertandingkn dengan hardiah pertama RM2,000, hadiah kedua RM1,500 dan hadiah ketiga RM1,000 sementara 10 hadiah saguhati dibeikan RM500. Pameran Terarium di MAHA menarik ramai pengunjung yang memang amat meraik minat mereka. Apa pun baru-baru ini pula di adakah Pameran Vivarium di UPM, Serdang, Selangor yang dilaporkan oleh akhbar tempatan. Artikel malam ini saya mengupas mengenai aktiviti Vivarium dalam "Anim Agro Technology" untuk dikongsi bersama pembaca yang mencecah hampir 13 juta hujung tahun 2017.


VIVARIUM merupakan sebuah ciptaan satu ekosistem yang dibina di dalam kawasan tertutup dengan persekitaran terkawal atas tujuan memelihara dan mengekalkan sumber biodiversiti. Bagi menambahkan kelainan pada konsep yang bakal dipamerkan pada Festival Vivarium 2017 dilaporkan ada lima sahabat itu duduk berbincang untuk membentangkan idea masing-masing. Waktu itu hampir beberapa minggu juga lima rakan yang terdiri daripada pelajar Fakulti Pertanian di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu memerah idea. Kemudian selepas berhempas-pulas dengan melakukan beberapa kaji selidik maka akhirnya mereka bersetuju untuk membawakan ekosistem padang pasir pada festival berkenaan yang diadakan di Dewan Fakulti Pertanian UPM, 18 Disember 2017. Menurut salah seorang ahlinya dikenali dengan nama Mohamad Izzat iaitu  konsep berkenaan dipilih selepas meneliti beberapa faktor dan kajian terhadap festival terdahulu yang rata-ratanya hanya mengetengahkan tema yang lebih kurang sama. Kini disebabkan ingin tampil dengan kelainan pada pameran ini maka mereka mengambil keputusan untuk membawakan ekosistem padang pasir yang dikira agak unik dan lain daripada lain (Sila lihat foto disebelah). Kemudian mereka selepas mendapat idea mula melakukan kajian tentang spesies pokok yang sesuai untuk ditanam, jenis tanah dan bentuk balang yang sesuai digunakan. Dimaklumkan kumpulannya menggunakan pendekatan terrarium di dalam program berkenaan. Apa yang penting mereka dapat mereka satu ekosistem yang hebat. Terrarium pula adalah jenis vivarium ekosistem darat yang dibentuk atau dibuat dengan menggunakan tanaman dan haiwan darat. Taman mini dibentuk dengan menggunakan medium tertentu dan dihias dengan batu-batuan serta aksesori lain sehingga menjadi taman mini yang menarik. Selain menggunakan balang, ia boleh juga menggunakan mentol lampu, botol kaca, gelas dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing.


Dalam pada itu pada tahun ini banyak usaha dan keringat Mohamd Izzat bersama empat lagi rakannya iaitu Mohd  Amin, Mohd. Nur Alwasi , Muhd Hafizuddin dan Muhaimin  yang ternyata berbaloi apabila kumpulan (Kumpulan 32) mereka dinobatkan sebagai juara dalam program Festival Vivarium 2017. Kemenangan itu diperoleh melalui penjurian pensyarah, dekan serta pengunjung yang hadir melalui borang penilaian. Sebagai juara mereka menerima hamper makanan. Tambah Mohamad Izzat lagi untuk mengenal pasti bahan-bahan yang digunakan juga memakan masa agak lama. Mereka pergi ke taman semaian untuk memilih tumbuhan yang sesuai dengan pasir merah. Mereka juga memilih pokok kaktus dan sukulen untuk diletakkan di dalam balang kaca bersaiz akuarium sederhana. Kemudian mereka ke kedai perkakasan pula bagi mencari perhiasan untuk diletakkan pada terrarium ini seperti batu-batuan berwarna. Selepas semua bahan yang diperlukan telah pun mencukupi mereka hanya mengambil masa semalaman untuk menyiapkan balang kaca ini. Kumpulannya hanya mengeluarkan kos RM120 untuk menyiapkan bahan pameran tersebut. Program Festival Vivarium 2017 pada asalnya merupakan sebuah program berskala kecil dikenali Ekspo Terarium dan Taman Mini. Ia mula dianjurkan pada 2015 berkonsepkan terrarium. Kini bagaimanapun saban tahun program berkenaan semakin maju melalui peningkatan dari segi bilangan peserta, penganjur dan pengunjung. Oleh itu, pada tahun ini, ia ditukar kepada Festival Vivarium 2017 yang lebih merangkumi pelbagai konsep.


Istilah Vivarium berasal daripada perkataan Latin iaitu vivaria iaitu tempat kehidupan. Ia didefinisikan sebagai sebuah ekosistem yang dibina di dalam kawasan tertutup dengan persekitaran terkawal atas tujuan memelihara dan mengekalkan sumber biodiversiti dari aspek pertanian. Vivarium sebenarnya boleh dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu terrarium, akuarium, insectarium, paludarium, penguinarium, riparium dan herpatariumJika terrarium merupakan ekosistem daratan, akuarium pula dapat didefinisikan sebagai cabang vivarium yang membentuk ekosistem air. Paludarium pula adalah jenis vivarium yang menggabungkan unsur air dan darat di dalam ruangan tertutup. Manakala, riparium adalah jenis vivarium yang menyerupai habitat ekosistem sungai. Biasanya secara tradisional biodiversiti menjadi tema utama didalam aktiviti ini. Bagi tempat kedua pula ia dimenangi oleh Kumpulan 11 yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Fatini Ghazali, Kahirul Amirin , Ahmad Syukri dan Sharifah Nur Shahirra. Mereka menggunakan vivarium jenis terrarium dan paludarium. Konsep yang dibawakan pula adalah tradisional dengan memaparkan ciri-ciri tumbuhan kampung ke dalam bekas kaca. Disamping itu  dimaklumkan kumpulan berkenaan turut menerapkan elemen air pada lima jenis balang kaca yang dipersembahkan pada Festival Vivarium 2017. Menurut ketuanya dengan keedah menggunakan konsep tradisional, mereka membina model rumah kampung daripada lidi sate, mengambil lumut dari Sungai Congkak serta membawakan haiwan seperti udang dan ikan bagi membangkitkan lagi suasana kampung. Mereka mengambil masa seminggu sahaja untuk memikirkan konsep yang akan dipertontonkan. Dengan lahirnya konsep ini, kami mahu flora dan fauna yang ada di kampung dibawa ke bandar.Mereka juga ingin menunjukkan kepada orang ramai tentang keindahan semula jadi di desa yang mungkin tidak terdapat di kawasan bandar. Apa yang paling menarik mengenai vivarium adalah tumbuhan dan haiwan tidak memerlukan cahaya matahari atau oksigen secara terus. Maksudnya di sini dimana ikan akan mendapat oksigen melalui rumpai dan lumut manakala tumbuhan itu pula mendapat bekalan nutrien daripada hasil kumbahan ikan itu tadi. Ia seperti satu proses kitaran hidup yang bergantung di antara satu sama lain.


Program seperti ini sebenarnya mendapat sambutan baik daripada pelajar dan siswa serta kakitangan universiti. Dalam pada itu penasihat program Festival Vivarium 2017, Dr. Mohd. Firdaus berkata, beliau melihat program berkenaan semakin berkembang dengan lebih banyak penyertaan diterima bukan sahaja daripada pelajar Fakulti Pertanian malahan ada fakulti lain turut menzahirkan minat seperti Fakulti Kejuruteraan. Menurutnya dari sudut pertanian ramai pelajar-pelajar ini akan lebih fokus kepada tumbuhan atau tanah yang digunakan, manakala bagi pelajar Fakulti Kejuruteraan, mereka melihat dari sudut susun atur bahan-bahan yang dipakai serta reka bentuk bekas yang digunakan. Dakwanya pada kali pertama program ini dianjurkan pihaknya hanya menerima lapan penyertaan dan angka itu kian bertambah. Diatas dasar itu maka fakulti  telah meluaskan lagi konsep ini kepada vivarium yang lebih meluas dari segi konsep dan penyertaan. Sebelum ini hanya tumbuhan dibenarkan tetapi kini pelajar boleh menggunakan kreativiti dengan memasukkan haiwan seperti ikan dan belalang ke dalam konsep yang dipersembahkan. Pada Festival Vivarium 2017 yang merupakan projek pelajar tahun pertama Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia Serdang bagi mendedahkan para pelajar, pegawai dan orang ramai akan apa dia kepentingan vivarium. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology yang juga dirujuk oleh ribuan siswa menurut dakwaan oleh Dekan Fakulti Pertanian yang saya temui hujung Oktober lepas. Waslalam !!!...
MEMBUAT VIVARIUM... SATU USAHA...
BOLEH DITANDING... HADIAHNYA ADA...
BIODIVERISITI... ITU KONSEP ASALNYA...
PERLU DIKEMBANG...SELURUH NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 745, Hotel Mariott Putrajaya,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(12 RabiulAkhir 1439H)

Tuesday, January 9, 2018

STEVIA - TESTIMONI

STEVIA (Stevia rebaudiana) yang kini popular dikalangan usahawan adalah tumbuhan dari keluarga Asteraceae yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan. Tumbuhan ini adalah bersifat saka jangka pendek dan boleh hidup selama tiga hingga lima tahun. Ia juga dipanggil sebagai 'Sugar leaf' dan 'sweet leaf' kerana kandungan 'steviol glycocide' didalamnya. Apakah dia yang dikatakan keistimewaan tumbuhan ini?. Kini umum tahu yang tumbuhan stevia merupakan tumbuhan yang memberikan 'rasa manis' apabila ianya dimasukkan kedalam mulut dan bercampur dengan air liur seperti kemanisan gula malahan didakwa mempunyai 300 kali ganda kadar kemanisan dari gula pasir. Ramai juga petani di Malaysia yang telah menanam stevia secara 'penanamann kontrak' atau 'contract farming' dengan beberap syarikat tempatan. Produk stevia ini didakwa sangat baik untuk mereka yang menghadapi masaalah diabetik. Penanaman boleh dijalankan secara kecil-kecilan dikeliling rumah atau pun secara komersil dikebun. Artikel pagi ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa lagi testimoni berkaitan tanaman stevia berdasarkan rujukkan dibeberapa akhbar tempatan dan tinjauan penulis. Dalam pasaran juga kini telah banyak produk yang berasaskan stevia. Penulis blog juga ada terlihat iklan besar produk stevia di sepanjang lebuhraya PLUS dimana ini menunjukkan industri tanaman stevia telan lebih maju.

TESTIMONI 1 :
Pemanis untuk kesihatan


Terdapat sejenis tumbuhan yang baik dan ia dianggap makanan berguna kepada pesakit kencing manis. Produk ini didakwa diambil kerana ada kesukaran mengawal paras gula dalam darah pesakit diabetik. Stevia kini dikenalpasti sebagai bahan pemanis yang dikenalpasti umum tidak mengandungi kalori dan karbohidrat, sesuai untuk kesihatan terutama bagi pesakit kencing manis dan untuk mengawal berat badan. Menurut dakwaan pegawai penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Baharuddin Jumani, tumbuhan stevia merupakan tumbuhan yang unik dan kini sedang ditanam dengan secara meluas di Malaysia. Biarpun begitu pokok stevia didapati masih tidak mampu bertahan lama jika proses penjagaannya tidak dilakukan dengan betul dan teliti. Pokok stevia sebagai mana yang mungkin ramai masih belum mengetahui adalah dimana  tumbuhan ini bukan berasal dari Malaysia. Oleh itu dari segi agronomi ia memerlukan kadar sinaran matahari yang lebih panjang. Pada kebiasaannya pokok stevia yang ditanam di negara ini lebih cepat mengeluarkan bunga akibat kekurangan sinaran cahaya matahari dan situasi berkenaan akan mengakibatkan kurang mengeluarkan daun yang mana menjadi tujuan utama penanamannya. Kajian lebih lanjut perlu dilaksanakan bagi tujuan memastikan kadar tuaian daun pokok stevia yang maksimum boleh diperolehi. Penulis blog dalam meneliti tumbuhan ini menapati dimana Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereaceae). Sejarah mendapati dimana asalnya tanaman stevia ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr. Moises Santiago Bertoni dimana beliau  telah menamakannya sebagai Stevia Rebaudini Bertoni sebagai penghormatan kepada ahli kimia dari Paraguay. Stevia juga pada penulis didapati merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah dan yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari spesies Rebaudiana. Stevia juga merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut dan boleh dibiak menggunakan keratan batang (stem cuttungs). Bagi proses penanaman stevia lazimnya medium semaian yang sesuai digunakan ialah tanah dari jenis poros agar air tidak bertakung selepas ia disiram.


Pada masa iini pokok stevia tidak akan bertahan lama sekiranya bahagian akar dan pangkal pokok terendam di dalam air. Tumbuhan tersebut memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram sebanyak dua kali sehari. Jika dalam keadaan cuaca yang panas, ia perlu disiram dengan lebih kerap kerana tumbuhan ini cepat kering dan mudah mati jika kekurangan air. Pokok stevia terdapat di dalam pelbagai bentuk namun kebiasaannya daun stevia berbentuk bujur manakala batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun, pokok stevia boleh mencapai ketinggian sehingga satu meter atau lebih. Pokok berkenaan mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bunga berkenaan boleh membentuk untuk menjadi biji benih apabila matang namun kaedah pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar bagaimanapun ia boleh juga dibiak juga dengan menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan kaedah tersebut. Penulis blog dapati di luar negara, stevia lebih dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf atau pun sweet herb. Terdapat pelbagai bahan aktif yang menyebabkan rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside.  Kelebihan yang terdapat pada stevia tersebut menjadikan ia digemari ramai terutamanya bagi mereka yang ingin mengehadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh mampu merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti. Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi.


TESTIMONI 2 :
Pengganti gula dalam minuman

GULA merupakan bahan pemanis utama dalam tubuh manusia yang menghasilkan sesuatu  rasa untuk masakan. Rasa kemanisan itu menjadi tarikan kepada masyarakat untuk menikmati masakan seperti kek, kuih muih dan pelbagai minuman. Penulis blog mendapat info sebab itu pengambilan gula merupakan perkara biasa dalam kehidupan harian kita. Ada orang seolah-olah tidak boleh hidup tanpa gula walaupun diri diancam pelbagai penyakit. Antara masalah kesihatan yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan adalah obesiti, lelah, kencing manis serta penyakit jantung. Secara ringkas, gula adalah karbohidrat yang mudah diserap tubuh dan bertujuan untuk membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan kita.  Tetapi tahukah kita terdapat pelbagai sumber lain gula yang boleh kita dapati secara lebih sihat. Antaranya daripada nasi, mi dan ubi-ubian. Selain itu, kita juga boleh berusaha untuk mendapatkan bahan penting ini daripada sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai pokok stevia.


Tanaman Stevia atau nama saintifiknya Stevia rebaudiana merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai lebih 10 peratus stevioside pada daunnya dan bahan ini mengandungi 200 hingga 300 kali kemanisan berbanding gula biasa.  Kebaikan stevia dimana pokok ini mempunyai pelbagai gelaran antaranya sweetleaf dan sugarleaf serta bagi sesetengah pihak, ia juga digelar daun ajaib yang mana ia mampu mengeluarkan manisan. Kemanisan daripada pokok ini sedikit lambat untuk dirasa tetapi ia akan kekal lebih lama berbanding gula biasa. Ini kerana kelarutan stevia di dalam air sedikit perlahan. Walaupun begitu dilaporkan stevia telah mendapat perhatian daripada pengguna bahan rendah karbohidrat bagi pengamal diet dan juga pengguna gula alternatif. Kajian perubatan yang telah dijalankan didakwa dan menunjukkan keupayaan stevia untuk mengawal penyakit darah tinggi, kencing manis serta hipertensi. Ini kerana stevia adalah bahan pemanis bersifat semulajadi yang mana ia memberikan rasa manis tanpa bahan kimia tambahan seperti glukos atau mana-mana komponen gula lain. Antara kegunaan stevia dalam produk masakan adalah pemanis untuk pelbagai jenis minuman, ais krim serta gula-gula.
Semuga tulisan mengenai stevia ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA STEVIA... BARU KENALNYA...
BANYAK PROMOSI... DIBUATNYA...
RASA MANIS. ...GUNA BAGAIMANA...
TANAM SENDIRI... UNTUNG JADINYA...

By, 
M Anem,
Senior Agronomist,
Stesyen Pertanian Janglau,
Rompin, Pahang,
Malaysia.
(25 Zulhijjah 1434H).
Kemaskini pada 8 Januari 2018.

Monday, January 8, 2018

JAMBU BATU - DAUN BUANG JERAWAT

JAMBU BATU (Psidium guava) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang semakin popular diusahakan daripada keluarga Myrtaceae. Tanaman ini ditanam secara komersil untuk menghasilkan buah jambu segar dan juga untuk proses. Penghasilan jambu batu untuk pasaran segar dengan memetik hasil yang matang untuk dijual segar kepada pengguna. Buah jambu batu yang mempunyai gred rendah atau pun dari varieti tertentu pula lazimnya akan diproses untuk dijadikan kordial, jus, produk jambu kering (dehydrated guava) dan sebagainya. Tidak ramai yang kita yang berbincang mengenai kegunaan bahagian daun jambu batu termasuk untuk buang jerawat. Pokok jambu batu adalah jenis yang sederhana besar dimana mampu mencapai setinggi 10 meter. Bahagian batang jambu batu mempunyai batang berkulit licin yang nipis dengan warna merah perang. Kadangkali batang yang ada kulit yang tua akan melekang mendedahkan kulit muda yang berwarna kuning atau kehijau-kehijauan. Bentuk daun jambu batu adalah jenis ringkas dengan susunan bertentangan yang saiz panjang sekitar 5-15 cm dan lebar 3-6 cm. Bunganya keluar dari ketiak daun yang keluar secara tunggal atau 2 kuntum dan berwarna putih, lebar 3-3.5 cm serta banyak stamen. Buah jambu adalah dari jenis beri, bentuk bebola, bujur telur seperti pear sama ada ia bersaiz kecil atau besar dengan panjang 2-12 cm. Buah jambu batu juga mempunyai bahagian hujung buah ada kelopak kaliks yang kekal yang mana buah muda berwarna hijau dan setelah masak masih hijau atau menjadi warna kuning, isi yang keras menjadi lembut setelah masak, warna putih, kuning, merah jambu atau merah, rasa manis atau masam. Baunya isinya adalah wangi dan kadang-kadnag pada isinya ada sel batu dan banyak biji kecuali varieti tanpa biji. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu kegunaan daun jambu batu sebagai bahan untuk membuang jerawat yang boleh di amalkan.


MASALAH jerawat yang selalunya tumbuh di muka memang cukup merimaskan kerana ia bukan saja mencacatkan wajah malah menjejaskan tahap keyakinan diri seseorang. Saya dapati mereka yang menghadapinya telah mencuba pelbagai cara tentunya telah dilakukan untuk mengatasi masalah jerawat tersebut walaupun kadang-kadang menemui jalan buntu. Di negara kita dalam pasaran sama ada pada kedai farmasi, kedai ubat atau pusat rawatan kulit, terdapat berbagai jenis ubat moden yang didakwa mampu membuang jerawat. Sebalik keghairahan pihak pengeluar produk komestik mempromosikan barangan mereka, pelanggan terus-menerus kebingungan tercari-cari produk yang benar-benar berkesan dan mujarab. Wang ringgit selalunya tidak menjadi halangan bagi mereka asalkan dapat menyingkirkan jerawat di muka yang telah menghilangkan seri wajah sejak sekian lama. Mereka yang banyak duit akan mendapatkan khidmat daripada pakar-pakar kulit swasta yang lazimnya berharga mahal dalam bentuk rawatan, ubat-ubatan dan makanan sesuai. Lazimnya pakar-pakar kulit dapat mengatasi masaalah jerawat dengan signifikan.


Kaedah rawatan alternatif bagi kita untuk mengubati muka yang ditumbuhi jerawat seperti penggunaan herba dengan cara tradisional selalunya kurang mendapat perhatian. Kini dunia perubatan cara tradisional telah mula diterima oleh maysarakat moden sebagai satu pilihan semakin popular. Selain daripada kosnya murah serta mudah digunakan, sebenarnya terdapat banyak pilihan jenis herba yang boleh membuang jerawat dengan berkesan. Walau pun kaedah rawatannya dianggap rumit dan melecehkan berbanding penggunaan losen atau ubat sapu yang lebih mudah, ianya memberikan kesan signikina kepada pengguna bergantung kepada kompleksiti. JAMBU BATU yang juga dikenali sebagai BIAWAS atau nama saintifiknya Psidium guajava L. dari keluarga Myrtaceae kini dikenalpasti sebagai salah satu herba yang mana daunnya boleh mengatasi masalah jerawat. Merujuk kepada Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, daun jambu batu juga digunakan untuk mengubati kudis, ruam, seriawan mulut (ulser) dan kencing manis. Katanya, bagi masalah jerawat, satu atau dua genggam pucuk muda direbus terlebih dahulu dan kemudian dilap atau disapukan pada muka menggunakan tuala putih bersih. Biarkan muka dibasahi air rebusan dan apabila sudah kering, basahkan semula tuala tersebut dengan air rebusan itu dan ulangi langkah tersebut.  Pada waktu malam, ambil tuala yang dibasahkan dengan air rebusan yang masih panas atau suam, kemudian diperah separuh airnya sebelum ia tekapkan di muka selama lima minit Tajuddin.


Kajian menunjukkan kedua-dua kaedah itu perlu diulangi dua atau tiga kali. Ia lebih berkesan jika setelah selesai bahagian muka yang ditumbuhi jerawat digosokkan pula dengan ibu kunyit yang dibelah dua. Sambil cuba menahan kepedihan, gosokkan ku-nyit itu selama 10 minit sebelum dibilas atau dibasuh dengan air bersih. Selain itu bagi penyakit kudis dan ruam terutama yang banyak dihadapi oleh bayi dan kanak-kanak, air rebusan pucuk muda dan daun matang direbus sebelum dijadikan air mandian ketika ia masih suam. Ini perlu dilakukan setiap kali mandi iaitu sekurang-kurangnya dua kali sehari dan teruskan sehingga seminggu sebelum melihat hasilnya atau sehingga sembuh. Penyakit seriawan mulut memang boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan pucuk muda untuk berkumur-kumur dua atau tiga kali sehari. Bagi merawat kencing manis dan mengurangkan kolesterol, buah jambu batu muda atau mengkal ditumbuk kasar sebelum direbus dan airnya diminum dua kali iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Semuga pembaca anim agro technology mendapat info berguna kali ini.  Wasallam!!!.
DAUN JAMBU BATU... HIJAUNYA....
MUDAH DIPETIK... DIMANA-MANA...
MASAALAH JERAWAT...ATASINYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT IDEANYA...


By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room 1426, The Regency Hotel,
Jalan Raja Alang,
Kuala Lumpur
Malaysia.
(15 Safar 1435H).

Kemaskini pada 2 Januari 2018.

Sunday, January 7, 2018

BAYAM HIJAU BERDAUN LONJONG NO 088

BAYAM (Amaranthus spp) merupakan sejenis sayuran berdaun yang di tanam untuk kegunaan segar sebagai sayuran dari keluarga Amaranthaceae. Umumnya, bayam yang ditanam untuk dalam pasaran Malaysia dan mendapat permintaan tinggi terdiri daripada Bayam Hijau Berdaun Bulat, Bayam Hijau Berdaun Lonjong dan Bayam Merah. Bayam adalah jenis sayur jenis daun iaitu dari keluarga Amaranthaceae yang kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat2 galian seperti zat besi (Fe), Posforan (P), Potassium (K), Mangganese (Mn) dan Zink (Zn). Khasiat bayam memang tidak dapat dinafikan lagi kepada permakanan manusia. Saya memang suka makan sayur bayam terutama jika dimasak 'Bening Air' dan dimakan dengan ikan kering. Kebanyakkan bayam di Malaysia saya dapati di tanam untuk tujuan pasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke Singapura dan Brunei. Bayam adalan jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam diatas batas pada tanah subur yang cukup baja, cahaya matahari dengan penjagaan sempurna. Terdapat seluas 4,180 hektar bayam di tanam dalam Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 45,140 metrik tan pada tahun 2012 berdasarkan kepada laporan statistik Jabatan Pertanian. Saya dapati kawasan utama bagi penanaman bayam di Malaysia adalah di Negeri Johor (sebanyak 65% keluasan tanaman bayam di Malaysia) dan diikuti dengan Selangor serta Pulau Pinang. Artikel kali ini penulis menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu varieti iaitu BAYAM HIJAU BERDAUN LONJONG 088 atau BAYAM HIJAU BERDAUN TAJAM 088 daripada 8 varieti bayam yang popular ditanam di Malaysia berdasarkan kepada kajian teknikal oleh pasukan teknikal Hortikultur Jabatan Pertanian Malaysia yang dijalankan.


Kajian melibatkan sebanyak lapan (8) varieti Bayam yang saya dipilih dari pasaran iaitu jenis komersil yang ditanam dinegara kita untuk kita kenal akan varieti tersebut dimana ia berasaskan kepada pencirian teknikal. Varieti yang saya akan bincang dalam siri ini mengambil masa kutipan data selama 1 tahun untuk mengumpul maklumat. Penanaman varieti bayam ini daripada banyak lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia. Varieti yang dikaji adalah (1) Bayam Merah Bangladesh - Green Eagle 806 (2) Bayam Bulat Separuh Merah - Green Eagle 802 (3) Bayam Hijau Daun Panjang - Soon Huat Seeds S131 (4) Bayam Merah - Soon Huat Seeds S133 (5) Bayam Hijau Berdaun Bulat - Leckat Seeds 3388 (6) Bayam Hijau Berdaun Bulat/Lonjong - Leckat Seeds 088 (7) Bayam Merah - Leckat Seeds 788 (8) Bayam Merah Penuh - Leckat Seeds N888. Benih daripada tiga syarikat ini dibeli daripada kedai penjual benih untuk mempastikan ianya juga benih yang sama digunakan oleh kebanyakan petani yang menanam sayur bayam secara komersil. Kaedah penanaman mengikut Piawaian Teknik Kajian RCBD dengan ulangan penanaman beberapa kali (minima 3 kali ulangan) untuk setiap varieti yang dipilih.


Varieti Bayam Hijau Berdaun Lonjong atau Tajam 088 ini diedarkan oleh Leckat Seeds dengan bungkusan plastik kedap udara berwarna putih biru dengan ada gambar varieti dipaparkan pada label paket (Lihat foto sebelah). Nombor rujukan 088 dan nama lain varieti ini ditulis sebagai 'Bamboo Dance, Dark Green Pointed Leaf Amaranth 088'. Kajian dari pasaran menunjukkan benih varieti ini dipasarkan dengan harga jualan runcit sekitar RM 50.00 hingga RM 60.00 sekilogram. Keterangan pada paket benih dinyatakan mengenai nama varieti, tarikh lupus dan berat benih didalam paket tetapi tiada maklumat mengenai kadar penyemaian. Penanaman dalam petak kajian dibuat dengan sistem tabur terus diatas batas setelah dicampur dengan pasir halus pada kadar 1:40 (Benih : pasir halus). Satu gram benih mengandungi sekitar 900 - 1,100 biji bayam yang halus ini. Cara penanaman bayam mengikut pakej teknologi tanaman bayam yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.


Bayam varieti ini mempunyai bentuk daun 'Broad Ovate' atau dalam bahasa kita agaknya Lebar ovat dengan warna daunnya adalah berwarna merah ungu sepenohnya (Lihat foto sebelah). Saya dapati dibahagian tepi lai daun tidak ada sedikit lekukan (lobing) pada varieti ini. Dibahagian hujung laidaun bentuknya bulat (Rounded) dan bentuk permukaan pada daun pada pokok (curving of leaf margin) adalah mendatar (flat). Bentuk tangkai daun pada batang (petiole altitude) didapati menegak (erect) dengan nyata. Varieti ini mempunyai batang dan daun diperingkat awal penanaman adalah merah ungu solid dengan akarnya berwarna putih krim. Dari segi pertumbuhan, varieti ini mempunyai kadar pertumbuhan cepat dikalangan semua varieti. Varieti ini selalunya hanya ditanam oleh petani khususnya untuk pasaran segar dan antara kurang diminati oleh pengguna kerana mempunyai warna merah ungu pekat yang kurang menarik khususnya dikalangan orang Melayu. Varieti ini akan menghasilkan bunga dengan jambak berwarna Hijau (Foto diatas sekali) dan bayam varieti ini juga sering diserang ulat Plutella spp yang makan bahagian daun bayam (lihat foto dibawah).


Bayam varieti ini merupakan varieti yang popular dikalangan pengguna diseluruh Malaysia. Bayam ini dimasak masak air, sup atau ditumis dan dimakan bersama nasi lazimnya pada hidangan makan tengahari. Kajian daripada beberapa sumber mendapati bayam varieti daun merah ini memang mengandungi bahan vitamin, zat galian seperti Posforan, Kalium, Zat Besi dan juga Manganese yang baik untuk meningkatkan kesihatan kita. Dalam batang bayam merah kaya dengan bahan seperti Alkoloid, Flavanoid dan juga Poliferol. Antara khasiat bayam ini didakwa baik untuk sistem pencernaan kita, dapat mengurangkan kemungkinan Penyakit Nyanyuk (Alzeimer), Antikanser, Awet muda, mengurangkan risiko serangan diabetik, meningkatkan pengambilan serat dan sebagainya. Paling penting adalah semasa memasak jangan sampai 'overcook' sehingga banyak kandungan zat hilang. Kepada semua rakyat Malaysia saya syorkan tanam sendiri BAYAM HIJAU BERDAUN LONJONG 088 atau DAUN TAJAM 088 ini dikeliling rumah untuk kegunaan sendiri secara organik. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technologi dengan jumlah melebihi 12.7 juta baru-baru ini. Diucapkan Selamat mencuba!.

BAYAM HIJAU... LONJONG TAJAM...
NOMBOR 088... LECKAT EDARKAN...
VARIETI POPULAR... ENAK DIMAKAN...
BANYAK KHASIAT... DOA DIBACAKAN...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Pulau Gadong Agriculture Center,
Melaka Tengah, Melaka,
Malaysia.
(4 Ogos 2013)

Kemaskini pada 3 Januari 2018.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...