Support My Blog

Wednesday, September 7, 2016

MEMPELAS - APA DIA?

POKOK MEMPELAS atau MEMPALAS (Tetracera indica Merr) atau sinonim Tetracera scadens (L) Merr.) merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang dikelaskan dalam kategori Rumpai. Tumbuhan mempelas ini juga merupakan sejenis tumbuhan liar yang tumbuh dikawasan belukar dari keluarga Dilleniaceae. Tumbuhan ini dikenali juga dengan nama lain sebagaai Akar Empelas dan Empelas dan di kampong saya sebagai Pelas. Anda jangan keliru dengan tumbuhan dari keluarga Arecaceae (Dulu Palmae) lain yang dipanggil dengan PALAS (Lucacia spp atau Licala grandis) yang mana saya menulisnya dalam artikel sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Daun Palas sering diambil untuk dijadikan Ketupat Palas atau Ketupat Palas Goreng yang enak dimakan. Mempelas pula merupakan sejenis tumbuhan jenis memanjat, atau menjalar dan tumbuh berkelompok. Ia juga mempunyai batang berkayu lembut atau sederhana keras berganutng kepada umurnya. Mempelas lazimnya akan tumbuh secara liar di kawasan semak di kampung, kebun, ladang, belukar dan hutan-hutan di Asia Tenggara terutama dikawasan terbuka atau dibawah kawasan dengan sedikit naungan oleh tumbuhan lain. Keunikan tumbuhan ini adalah dimana daun mempelas boleh digunakan untuk melicinkan permukaan kayu kraftangan jika digosok kerana ia mempunyai permukaan yang kesat. Daun mempelas bersaiz sederhana, berbentuk ringkas, tersusun secara berselang dengan permukaan daun yang kesat. Penulis dapati belum ada maklumat bagaimana tumbuhan ini mendapat nama. Kemungkinan pemberian nama Mempelas berasal kerana ia mungkin banyak tumbuh dibawah pokok 'Mempelam' dan tumbuh berlapis-lapis atau 'beralas-alas' menyebabkan masyarakat tempatan memberi nama sebagai "Mempelas". Tumbuhan ini pada penulis merupakan jenis rumpai yang tidak disukai oleh petani kerana ia mengambil ruang, nutrien makanan, air dan menjadi perumah kepada perosak tanaman. Tumbuhan ini boleh dimusnahkan dengan cara manual (menebas, mencungkil dan membakar) selain daripada menyembur racun kimia (Racun jenis sentuh atau jenis sistemik). Belum ada petani yang dilaporkan menanam tumbuhan ini dinegara kita untuk tujuan komersil sehingga artikel ini ditulis. Artikel subuh Hari Merdeka ke 59 ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan bernama Mempelas daripada pemerhatian dan rujukan beberapa sumber.



Tumbuhan mempelas ini merupakan jenis menjalar diatas tanah dan mampu untuk melilit dan naik kekawasan lebih tinggi pada pokok lain disekitarnya. Ia mampu tumbuh dalam rumpun yang luas sehingga mampu mencapai ketinggian 1.5 - 2.0 meter. Pokok mempelas yang berbatang kecil berbentuk selinder dan berwarna hijau keputihan dan coklat ini ada banyak cabang. Panjang batang mempelas mampu mencapai seopanjang 5 meter semasa menjalar. Daunnya adalah jenis daun simpel yang berbentuk Epiliptik sehingga bentuk Oblong yang berukuran sekitar 6 -10 cm panjang dan 3-5 cm lebar. Apa yang penulis Anim Agro Technology teliti mengenai ciri keunikkan permukaan daun dibahagian atas yang licin tetapi dibahagian bawahnya adalah kasar. Daun mempelas yang kasar ini selalu akan digunakan sebagai bahan untuk menggosok permukaan kayu bagi tujuan melicinkannya. Permukaan kasar, kesat dan melekat ini berfungsi seakan fungsi 'kertas pasir' yang ada digunakan sebagai bahan untuk melicinkan dan untuk menghaluskan permukaan kayu kraftangan. Antara bahan kraftangan yang sering digosok dengan daun mempelas seperti hulu keris, mangkuk kayu, kapalkayu, ukiran kayu dan sebagainya. Bunga mempelas berwarna kemerahan dengan saiz kecil dan menghasilkan stamen yang terkeluar dari petalnya. Jambak bunga ini mekar dan menghasilkan nektar yang sering dikunjungi oleh pelbagai jenis serangga termasuk lebah keran (Sila lihat foto saya ambil disebelah). Saiz bunga ini sekitar 2.5 cm -3.0 cm lebar dimana juga lazimnya akan berbunga sepanjang tahun. Buah mempelas berbentuk 'globular' dengan ukuran sekitar 1 cm lebar dan mempunyai struktur unik dalam kapsul seperti bentuk 'paruh' atau dipanggil sebagai 'beak' sepanjang 3-6 mm. Setiap kapsul buah mempelas mengandungi 1-2 biji benih yang boleh bercambah dikawasan lain. Belum ada laporan dari penyelidik tempatan yang berminat untuk mengkaji mengenai kegunaan biji mempelas.


Pesoalan penulis Anim Agro Technology adalah adakah pokok mempelas yang selama ini dianggap sebagai rumpai bermasaalah sesuai ditanam untuk tujuan komersil?. Penulis jumpa satu kawasan estet kelapa sawit yang memang menanam pokok mempelas untuk makskud khusus (Sila lihat foto disebelah). Mula-mula penulis fikir ia hanya sekelomppk atau beberapa rumpun mempelas yang tumbuh sendiri seperti bisasa. Namun setelah hampir 1 km memandu kereta akhirnya mendapati ia adalah mempelas yang sengaja ditanam oleh estet ini. Tanaman ini sama juga dengan tanaman bunga Tunera (Tunera spp), Pokok Bunga Pengantin atau Honolulu creepers dan beberapa lagi yang berfungsi sebagai 'Trap Crop' untuk beberapa jenis serangga perosak dikawasan ladang kelapa sawit. Kehadiran lebah keran, rama-rama dan semut dikawasan bunga mempelas ini mengesahkan yang tumbuhan ini ditanam sebagai 'trap crop' yang cekap. Walau pun belum banyak laporan kajian atau testimoni dilakukan oleh penyelidik tetapi penulis masih juga berpendapat tumbuhan ini akan berfungsi seperti dinyatakan diatas. Beberapa perosak kelapa sawit seperti kumbang dan serangga pemakan daun akan berkunjung kepada bunga mempelas dan ini adalah saah satu kaedah kawalan Pengurusan Perosak Bersepadu yang mungin ingin diamalkan oleh pemilik estet ini.


Dalam kes lain penulis blog Anim Agro Technology juga berpendapat tumbuhan mempelas yang lasak daripada serangan serangga perosak dan penyakit serta tahan kemarau atau musim monsoon ia masih tetap 'survive'. Pokok mempelas yang ditanam ditebing jalan raya mampu mengawal hakisan tanah dan mencantikkan permandangan pengguna jalanraya (Sila lihat foto diatas dan foto dibawah sekali). Menanam mempelas amat mudah iaitu dengan mengambil anak pokok yang telah tumbuh dan ditanam dikawasan dikehendakki. Cara lain dengan kaedah mengambil bijinya yang telah matang dan kemudian ditanam dikawasan dikehendakki. Ia mudah tumbuh terutama jika menanam pada musim hujan. Walau pun belum ada bukti dan kenyataan rasmi dari pemilik estet ini tetapi penulis berpendapat pokok mempelas yang banyak dan luas disepanjang kiri dan kanan jalan adalah sengaja ditanam. Penulis juga ingin merujuk kepada beberapa sumber lain mengenai khasiat mempelas. Khasiat pada daunnya yang kesat digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai bahan untuk melicinkan ukiran atau hasil kraftangan sebelum kewujudan kertas pasir. Daun ini berfungsi seperti kertas pasir. Ada juga masyarakat zaman dahulu yang biasa untuk menggunakan daun ini untuk melicinkan kuku. Serbuk yang dihasilkan dari daun mempelas kering untuk boleh digunakan untuk merawat radang. Pokok ini juga boleh menghasilkan salap untuk meredakan selesema. Daunnya yang dilumatkan pula digunakan untuk merawat sengatan serangga berbisa. Air rebusan daripada daun mempelas yang matang/tua boleh merawat darah tinggi. Buah mempelas yang masam boleh dijadikan cuka untuk masakan. Batangnya yang panjang dan agak kuat juga boleh dijadikan tali. Pada era sebelum adanya dapur gas, kayu api dari dahan pokok getah yang kering sering diikat menggunakan tali daripada pokok mempelas ini kerana kekuatannya. Semuga tulisan dalam Anim Agro Technology dipagi Sabtu ini memberikan info berguna kepada anda pembaca semua. Wasallam!!!.


RUMPAI MEMPELAS...APAKAH DIA...
DILADANG SAWIT...ADA RUPANYA...
KELILING LADANG...TANAM MERATA...
TAHAN HAKISAN...DAN SERANGGA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Ladang IOI, Jalan Machap,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(30 Zulkaedah 1437H)

Tuesday, September 6, 2016

DURIAN BELANDA - VARIETI BARU?.

Tanaman DURIAN BELANDA (Anonna muricata) atau juga dipanggil Soursop (English) dan Sirsak (Indonnedia) merupakan sejenis tanaman yang kini semakin popular dikalangan petani di Malaysia kerana permintaan yang tinggi dan harga runcit yang baik. Ini kerana khasiat daripada tanaman buah durian belanda yang mengandungi banyak bahan Antocyanin ini didakwa mampu mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti Kanser, Gout, Diabetis dan sebagainya. Bukan sahaja buahnya yang ada khasiat perubatan yang baik tetapi kini bahagian daunnya pula telah dijadikan teh untuk diminum kerana kehebatan khasiatnya. Daripada sumber laporan statistik Jabatan Pertanian Malaysia dilaporkan seluas 650 hektar tanaman durian belanda secara Crop Hectarage Equivalent (CHE) telah direkodkan pada tahun 2015. Ini disebabkan penanaman durian belanda secara tradisional adalah didalam dusun campuran dimana hanya sekitar kurang 5 tahun ini sahaja durian belanda ditanam secara monokrop oleh usahawan komersil. Diantara beberapa ladang durian belanda yang besar pernah penulis lawat untuk buat tinjauan teknologi terletal di Batu Pahat, Negeri Sembilam, Sg Jerik, Maran , Pahang dan beberapa lagi yang telah mengeluarkan hasil. Satu lawatan di tepi Jalan utama Maran-Temerloh baru-baru ini penulis sempat lawat tapak hampir 40 hektar sedang menanam pokok durian belanda. Harga ladang dari tinjauan penulis di Pahang adalah sekitar RM8.00 sekilogram untuk Gred A dan RM5.00 -RM7.00 sekilogram baagi Gred B. Harga runcit durian belanda Hred A dipasaran diantara RM15.00 - RM20.00 sekilogram. Kini minuman jus durian belanda amat digemari pelanggan di Premis Komplekd Membeli Belah, Pasar Malam, Gerai Tepi Jalan dan sebagainya. Artikel petang Ahad ini bagaimana pun penulis "Anim Agro Technology" menulis mengenai varieti durian belanda yang ditanam di Malaysia sekadar dijadikan bahan bacaan sahaja.


Dalam saya merujuk kepada Jabatan Pertanian Malaysia mengenai varieti durian belanda, rupanya hanya ada 3 varieti durian belanda yang telah didaftarkan iaitu DB1 sahaja. Varieti DB1 ini telah didaftarkan pada 25.7.1989 oleh Encik Karim bin Fakeh daripada Bt 7, Jalan Endau-Rompen, Pahang. Nama varieti ini adalah 'Durian Belanda Manis Rompin'. Antara ciri yang ada dalam lamanweb adalah simana buah ini berbentuk seperti jantung, besar dibahagian pangkal dan runcing dibahagian hujung buah. Warna kulit hijau tua. Isinya berwarna putih, ira halus, rasanya manis. Sila anda rujuk di http://pvpbkkt.doa.gov.my/. Penulis tidak tahu ketika itu bagaimana proses pendaftaran dan pemeriksaan semasa proses pendaftaran dilakukan. Sebenarnya pernah dahulu penulis berbincang dengan pakar-pakar buah durian belanda di Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya untuk memberikan pandangan untuk asas-asas mengenai pencirian untuk buah durian belanda. Bagaimana pun 'bentuk buah' atau fruit shape durian belanda tidak boleh dijadikan satu ciri bagi menentukan sesuatu varieti durian belanda. Bahagian lain bagaimana pun boleh dijadikan ciri dalam sistem pencirian DUS (Distincness, Uniformity and Stability) yang dijadikan asas oleh UPOV dalam pencirian tanaman. Ini kerana bentuk buah durian belanda berubah-ubah menfikut proses pembentukkan selepas proses pendebungaan (sama ada pendebungaan lengkap, separa lengkap atau tidak lengkap) dan juga faktur serangan oleh perosak (seperti oleh lalat buah) dan juga faktur persekitaran (air, suhu dan sebagainya). Ada buah durian belanda pada pokok sama yang penoh bentuknya seperti bentuk HATI (Heart Shape), ada yang BENGKOK dan ada yang memanjang sahaja. Bantuk buah ini akan juga menentukan nilai pasaran sebenar walau pun besar juga kemungkinan dari segi kandungan nutrisi dan khasiatnya adalah serupa. Bagaimana pun penulis terjumpa ladang dimana peratus buah yang berbentuk penoh (heart shape) dengan melebihi 75% diladangnya dan amat kurang yang jadi buah bengkok atau buah kecil. Ladang ini telah mengamalkan pengurusan kebun dengan sistematik dikawasan seluas 15 ekar dengan ketinggian pokok sekitar 15 kaki. Setiap pokok menghasilkan antara 50 - 70 biji buah setiap kali musim penuaian.


Pokok Durian Belanda didakwa amat sukar untuk proses pendebungaan akibat ciri bunga yang tidak sam waktu aktifnya. Ada bunga betina yang awal bersedia untuk menerima polen bunga jantan tetapi bunga jantan terlewat kesediannya mengakibatkan peratus kejaaan yang rendah dan sebaliknya. Oleh itu beberapa kebun durian belanda komersil telah menjalankan aktiviti Pendebunggan Berbantu Durian Belanda. Debunga Jantan yang dikumpulkan dari pokok disapukan kepada bunga betina yang bersedia menggunakan bersu warna (Sila lihat foto diatas). Ini merupakan satu proses kerja yang rumit untuk dilakukan kecuali mempunyai kepakaran dan kemahiran tinggi. Pekerja yang cukup dilatih mampu melakukan kerja ini terhadap beberapa pokok sahaja sehari kalau cuaca mengizinkan. Penulis dapati didalam kawasan kebun yang padat ditanam dengan pokok durian belanda dan dijaga dengan baik aktiviti pendebungaan berbantu tidak perlu dilakukan di Maran, Pahang. Bagaimana pun didalam kebun tersebut ada 2 sarang tabuan (Vespa spp) dan banyak Sarang Kelulut (Trigona itama) yang dipercayai membantu proses untuk pendebungaan. Dalam artikel saya sebelum ini ada penulis nyatakan peranan yang dimainkan oleh Kumbang Tukang (Xylocopa spp). Sila baca artikel berkaitan yang ditulis sebelum ini (Sila Klik Disini) dan (Sila Klik Disini). Artikel ini berbincang banyak perkara mengenai pendebungaan durian belanda.


Pada penulis dakwaan ada varieti durian belanda baru ini yang dibawa masuk daripada Australia dan Negara Jiran perlu dipantau dan didaftarkan dengan Jabatan Pertanian. Jika tidak maka potensi durian belanda untuk pasaran domestik dan antarabangsa agak sukar untuk menentukan varieti mana yang boleh disyorkan. Pihak Jabatan Pertanian dengan kerjasama MARDI dan pihak lain serta usahawan durian belanda sudah boleh mengatur perbincangan mengenai potensi tanaman durian belanda. Satu forum perlu diadakan untuk tujuan membincangkan varieti durian belanda, teknologi amalan agronomi, pasaran, aktiviti lepas tuai, persijilan MyGAP dan MyOrganic, Industri pemprosesan dan sebagainya. Semakin ramai petani dan usahawan yang berminat menanam pokok durian belanda di negara kita dan mereka mencari dan bertanya apakah varieti paling baik yang disyorkan dan sesuai dikomersilkan?. Semuga artikel ini memberi cetusan idea kepada pembaca blog Anim Agro Technology yang purata capaian harian pembaca antar 10,000 -12,000 orang dari seluruh dunia. Wasallam!!!.
DURIAN BELANDA...VARIETI APA...
VARIETI TEMPATAN... IMPORT ADA...
CIRI BUAH... TIDAK BOLEH GUNA...
PERLU DIDAFTAR... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 105, Hotel Skyview,
Chukai, Kemaman,
Terengganu.
(7 Ramadan 1437H)

Monday, September 5, 2016

DURIAN MUSANG KING - 30 BULAN BERBUAH?

BETULKAH POKOK DURIAN MUSANG KING (D197) BERBUAH DALAM MASA 30 BULAN?. Itu merupakan satu persoalan yang sering ditanya oleh beberapa orang petani, pegawai-pegawai dan VVIP kepada penulis. Perkara ini sebenarnya tidak mustahil dan ia boleh dilakukan dengan ilmu pengetahuan dan kemahuan petani itu sendiri. Dalam beberapa tinjauan yang penulis lakukan mendapati perkara ini telah dilakukan oleh beberapa petani komersil. Memang seronok kalau mampu melakukannya sendiri dikebun durian yang dijaga dengan baik. Harga buah durian Musang King (D197) atau dahulu dikenali dengan nama Durian Raja Kunyit mencecah sehingga RM40.00 sekilogram pada tahun 2016. Pengalaman penulis pula pada 2017 harga durian Musang King mencecah RM120.00 sekilogram. Pada tahun 2017 juga penulis mengikuti Menteri Pertanian ke Pameran 'Durian Malaysia Festival' di Nanning, China bersama-sama dengan pameran Nanas MD2 (AC9) dan Nangka Tekam Yellow (J33). Berbanding dahulu dengan harga durian kampong dijual dengan harga kadang-kadang kurang dari RM2.00 sekilogram sahaja bermakna durian Musang King yang berkualiti memang lebih menguntungkan. Kalau musim ada lambakkan durian, kadang-kadang durian kampong ini tidak menjadi duit pada masa lalu. Oleh itu kini lebih ramai petani yang menanam durian telah menukar durian kampong mereka dengan durian yang mempunyai harga mahal ini iaitu Durian Musang King, Duri Hitam, Tekka dan beberapa varieti lagi. Isunya bagaimanakah untuk mendapatkan hasil yang cepat dimana ada petani yang telah mensasarkan untuk mengeluarkan hasil buahnya dalam masa 30 bulan sahaja (kurang dari 3 tahun)?. Penulis cuba mengupas beberapa kaedah atau teknologi yang boleh dilakukan dari beberapa pemantauan dan pemerhatian. Bagaimana pun penulis berpendapat ilmu dan komitment petani disokong dengan amalan agronomi yang sempurna sahaja boleh menentukan akan kejayaan ini. Pada tahun 2018 ada penganjur swasta mengendalikan kurusu menanam durian Musang King dengan bayaran RM3,000 seorang dan berduyun-duyun peserta yang hadir di Raub, Pahang. Ini merupakan satu bentuk 'kegilaan baru' dalam industri durian selepas Menteri Pertanian membuat banyak kenyataan mengenai durian sebagai 'Buah Jalinan Mesra'. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" penulis akan huraikan beberapa lagi kemungkinan mengenai menanam durian D197 sehingga mampu menghasilkan buah dalam masa 30 bulan sahaja.


Pertama adalah menanam anakpokok durian dari Benih APM. Apakah dia benih APM?. Benih APM adalah singkatan daripada "Advanced Planting Material" iaitu benih D197 yang telah lama disemai dalam polibeg dalam polibeg besar. Benih APM adalah bersaiz lebih besar daripada benih 'standard' yang sering dijual. Ia mengambil masa lama untuk menukarkan polibeg anakbenih tersebut beberapa kali sehingga mencapai saiz yang besar. Benih APM akan ditanam didalam lubang penanaman yang besar yang digali sedalam 1 meter dengan lebar 1 meter dan diisikan dengan baja organik, gel pertanian, MOP, kompos dan tanah atas. Anakpokok APM yang besar ini ditanam ditengah lubang dan dipadatkan (Sila lihat foto di sebelah). Pastikan ia selalu disiram diperingkat awal penanaman kerana pokok durian perlukan air mencukupi untuk pertumbuhan. Aktiviti seperti kawalan musuh dan perosak dibuat sepanjang peringkat pertumbuhan. Selain daripada baja NPK 15:15:15 diberi dengan kadar disyorkan, kini beberapa petani komersil sekitar Raub, Pahang menggunakan baja foliar dan baja berasaskan 'Fish Meal Fertilizer' untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan pokok. Dari kunjungan penulis di Dusun Mr Tan di Kg Sg Jerik di Maran mendapati pokok yang brlum sampai 30 bulan ditanam telah berbuah dengan beberapa pengamalan agronomi. Walau pun hanya ada sekitar 5 biji sahaja yang lekat kali ini, petani merasa puas hati kerana bukan sepokok yang berbuah tetapi hampir 65% pokok yang baru ditanam telah berbunga dan berbuah. Penggunaan baja 'Fish Meal Solution' berkemungkinan mempercepatkan masa anak pokok berbuah. Apa pun pada penulis 'komitment' yang amat tinggi oleh petani amat mempengaruhi pokok durian ini cepat berbuah. Beliau memeriksa pokok durian dengan kekerapan yang tinggi dengan membuat aktiviti ladang yang sesuai. Ini kerana kepercayaan yang durian Musang King memang akan mendapat harga tinggi dipasaran dimasa akan datang terutama untuk pasaran domestik dan eksport.


Penulis juga mengesyorkan agar petani menanam benih pokok Durian '3-In-One' iaitu disediakan dengan 3 pokok penanti dan kemudian disandingkan sebelum dicantum dengan mata tunas durian D197 (Musang King) merupakan satu teknologi yang boleh dilakukan untuk mendapatkan hasil dalam 30 bulan sahaja. Penyediaan benin '3-in one' ini memerlukan kepakaran tinggi oleh mereka yang ada kemahiran dan pengetahuan. Benih ini lazimnya dijual dengan harga mahal dinurseri oleh beberapa nurseri sahaja (Sila lihat foto disebelah). Benih ini selalunya dujual apabila berumur lebih setahun dimana peringkat proses penyediaannya juga agak lama. Penanaman benih pokok ini perlukan lubang penanaman yang besar sama seperti penanaman benih APM. Aktiviti pembajaan, kawalan musuh dan perosak serta penyiraman sama dengan amalan penanaman pokok durian APM dimana ia memang perlukan komitment petani. Kelebihan anak pokok durian 3-in-one ini adalah kerana ia mempunyai 3 anak pokok dengan banyak akar dan ini membolehkan pengambilan nutrien dari tanah cepat untuk proses tumbesaran pokok. Bagaimana pun penulis ingatkan petani agar menjaga tunas D197 yang akan menjadi pokok kerana kemungkinan juga tunas pokok penanti yang tidak diketahui varietinya akan tumbuh menjadi pokok kelak. Kini ramai dikalangan penanam durian telah mula menggunakan benih jenis ini walau pun semua kos membelinya adalah lebih mahal. Daripada beberapa laporan mendapati anakbenih ini mampu menghasilkan buah durian lebih cepat daripada kaedah konvensional biasa.


Kaedah ke 3 terkini yang paling popular untuk cepat dapatkan hasil durian varieti Musang King (D197) adalah dengan cara atau kaedah melakukan CANTUMAN DEWASA. Cantuman dewasa amat sesuai dilakukan terhadap pokok durian lama yang kurang produktif dan juga durian kampong yang kurang berkualiti. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai apakan dia cantuman dewasa durian dan perkara berkaitan dengannya (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Kaedah cantuman dewasa durian ini ada beberapa teknik Pembentukkan Semula Tunas Penanti (Kaedah Tunggul dan Kaedah Kelaran) dan Tanpa Pembentukkan Tunas Penanti (Kaedah Tampal  - Patching). Pokok durian yang hendak dibuat cantuman dewasa dipilih daripada pokok dewasa yang masih sihat dimana dikawasan kebun ada sistem pengairan sempurna. Ini kerana jika tidak ada sistem pengairan maka kadar kejayaan aktiviti cantuman dewasa boleh gagal dan sasaran untuk menjadikan pokok berbuah awal tidak dapat dicapai. Lebih malang jika musim kemarau yang panjang menjejaskan pertumbuhan pokok durian yang baru sahaja selesai dijalankan cantuman dewasa. Pokok durian yang dibuat cantuman dewasa dan dijaga dengan baik mampu mengeluarkan buah awal (Sila anda lihat foto disebelah). Semenjak kebelakangan ini ramai pengusaka dudun durian telah melakukan aktiviti cantuman dewasa dikebunnya dengan menukarkan kepada varieti Durian Musang King (D197). Perbezaan harga jualan durian musang king amat tinggi berbanding dengan varieti lain. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog Anim Agro Technology dan mendapat menafaatnya. Wasallam!!!...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Dusun Durian Komersil,
KM23, Kg Sg Ruan, Raub,
Pahang, Malaysia.
(29 Zulkaedah 1437H)
Kemaskini pada 20 Febuari 2018

Sunday, September 4, 2016

TANAM BETIK DALAM POLIBEG - UNIK

TANAM BETIK DALAM POLIBEG DAN BERBUAH?... Foto diatas menunjukkan teknologi ini boleh dilakukan dengan membaca blog ini seterusnya. Teknologi ini merupakan satu teknologi yang diperkenalkan di Thailand yang penulis baca dalam sumber didalam Facebook dan kemudian membuat penelitian sebelum menulisnya iaitu dari bahasa asal Thai kebahasa Malaysia. Tulisan Thai ini memang saya tidak faham langsung tetapi berdasarkan foto, sebagai seorang agronomist rasanya boleh faham akan teknologi yang ada dan yang dimaksudkan. Memang seronok kalau kita boleh menanam betik dihalaman rumah dalam polibeg besar dan kemudian memetik hasilnya. Pokok Betik (Carica papaya) daripada keluarga Caricaceae merupakan pokok buah yang tidak bermusim dan boleh berbuah sepanjang tahun. Cara menanam betik dengan kaedah konvensional diatas tanah memerlukan kemahiran khusus terutama didalam memilih pokok betik jenis hermaprodit sahaja. Ini kerana ada pokok betik jantan (tiada buah hanya berbunga sahaja) dan pokok betik betina (Buahnya kecil, bulat dan isi yang nipis. Oleh itu penanaman betik selalunya menggunakan 2-3 anakbenih dalam satu lubang penanaman dimana pokok betik jantan dan pokok betina akan dibuang kemudian. Hanya pokok betik hermaprodite sahaja akan ditinggalkan untuk dituai hasilnya. Betik Sekaki atau Betik Hong Kong merupakan varieti betik paling popular ditanam di negara kita. Hampir 75% varieti betik yang ditanam kini adalaj dari varieti Betik Sekaki. Varieti Betik lain yang ditanam seperti Varieti Eksotika, Varieti Subang, Varieti Frangi dan Three Pillars yang saya tulis dalam artikel saya sebelum ini (Sila klik disini). Keluasan tanama betik pada 2012 sebanyak 3,450 dengan pengeluaran hasil sebanyak 49,000 metrik tan. Apa artikel kali ini penulis berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi menanam betik dalam pasu untuk dijadikan amalan kepada mereka yang berbinat melakukannya sendiri.


Pokok Betik merupakan pokok yang boleh hidup lama jika dijaga dengan baik. Pemerhatian penulis ada pokok betik yang hidup melebihi 10 tahun dan masih berbuah walau pun pokoknya tinggi dan banyak cabang. Pokok betik yang buahnya lebat, tahan serangan penyakit, rajin berbuah dan kualiti buah baik sesuai dibiakkan dan dijadikan pokok induk untuk teknologi ini. Pokok yang sudah tinggi ini kemudian ditakek atau dipotong (mana satu sesuai) dengan parang tajam dibatangnya dan digalakkan untuk mengeluarkan tunas baru. Berikan baja dan tunas membesar sehingga saiz batang sesuai dan mula berbunga. Kemudian buatkan satu beg jernih dari plastik yang diisikan dengan cocopeat dan juga penggalak akar setelah batang tunas tersebut dilukakan dengan pisau. Potong beg plastik tersbut ditengahnya dan kemudian dilekapkan pada tunas betik tersebut (Sila lihat foto disebelah). Kemudian ia diikat kuat dengan tali dan elakkan daripada plastik tersebut pecah. Biarkan untuk beberapa minggu sehingga akar pokok keluar daripada beg plastik tersebut (Boleh dilihat kerana akar akan kelihatan dari plastik jernih ini). Penjagaan pokok induk seperti menyiram, membaja dan mengawal serangan perosak perlu dilakukan. Sentiasa melihat beg cantuman ini sehingga akar keluar dan ia sesuai untuk dipotong.


Apabila jelas telah ada akar didalam beg tersebut maka sebaiknya ia sesuai untuk dijadikan anakbenih betik. Gunakan pisau tajam untuk memootong dibahagian bawah beg mendandungi media tanaman tersebut menggunakan parang atau scateurs. Pastikan akar anakbenih betik tersebut masih utuh dan tidak putus. Setelah dipotong pangkal anak benih maka ia dikumpulkan. Buang beberapa tangkai daun yang terbawah pada anakbenih betik tersebut (Sila lihat foto disebelah). Pilih anakbenih yang subur, sihat, vigorous, ada akar dan pokok yang matang (reproductive stage). Pokok yang masih dalam vegetative stage elakkan dari petani untuk mengambilnya bagi dijadikan benih. Simpan benih betik dikawasan sesuai sebelum ia sesuai untuk ditanam didalam pasu atau polibeg plastik besar. Saiz polibeg hitam 20" x 20" keatas sesuai digunakan untuk menanam betik APM ini. APM adalah singkatan untuk 'advanced planting material' atau benih dewasa untuk ditanam. Penggunaan benih cara ini membolehkan kita mendapatkan pokok yang cepat berbuah walau pun ditanam didalam pasu atau dalam polibeg besar. Kalau ditanam dalam pasu besar ia lebih tegap diletak berbanding dengan menggunakan polibeg besar yang perlukan kayu sokongan. 


Cara menanam anakbenih betik APM ini mudah jika segala persiapan dilakukan. Ambil pasu plastik, pasu biasa atau polibeg semaian hitam yang besar dan isikan dengan media tanaman. Media tanaman sebaiknya adalah dari tanah campuran atau cocopeat atau media tanaman lain yang sesuai. Sediakan lubang penanaman pada pasu atau polibeg dan masukkan anakbenih betik ditengah-tengahnya (Sila lihat foto disebelah). Pastikan ia dipadatkan setelah ditanam dan kemudian lakukan penyiraman, pembajaan dan aktiviti amalan agronomi yang lain. Susun polibeg dengan jarak 5-7 kaki diantara barisan (Sila lihat foto dibawah) dan ianya dialaskan dengan batu bata agari mudah untuk dialihkan untuk elakkan akar pokok betik melekat pada tanah. Pasangkan kayu sokong yang diikat pada pokok betik agar tidak tumbang ditiup angin atau menampung buah yang banyak. Pastikan semua polibeg atau pasu ini akan disusun dikawasan yang mendapat sinaran matahari. Selalu periksa dengan pokok betik ini dimana anakbenih matang akan berbuah tidak berepa lama kemudian. Kalau pokok ini dipasang dengan sistem fertigasi melalui paip dikawasan rumah adalah lebih baik lagi. baja larutan A dan Larutan B disesuaikan dengan peringkat pertumbuhan pokok betik ini. Memang menjadi kepuasan kalau anda memetik buah betik sendiri dikeliling rumah menggunakan teknik ini. Semuga ada dikalangan pembaca blog Anim Agro Technology akan mencuba melakukannya dirumah. Wasallam!!!.



POKOK BETIK... MUDAH MENANAMNYA...
CARA BIASA... ATAS DITANAH SAHAJA...
TEKNIK DIPERKENAL... MUDAH CARA...
ADA YANG BERMINAT...SILA MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Betik Agropolitan,
Chemomoi, Bentong,
Pahang, Malaysia.
(30 Zulkaedah 1437H)

Saturday, September 3, 2016

HIGHLAND SPROUT - TINJAUAN TEKNOLOGI

HIGHLAND SPROUT SDN BHD adalah sebuah syarikat berasaskan produk organik yang beroperasi di Lot 5614, Kg Chendering Tengah, Janda Baik, Bentong, Pahang. Penulis yang baru-baru ini membuat tinjauan ke lokasi syarikat in mendapati operasi asal pengeluaran taugeh organik telah bertukar kepada pengeluaran Wheat Grass, Alfafa Grass dan beberapa tanaman seperti Halia Bentong, Sayuran Buah dan sedikit sayuran daun. Menurut pengusaha En Chew Seng Cheng yang penulis temui, operasi pengeluaran taugeh organik telah dihentikan semenjak tahun 2015 disebabkan oleh kurangnya permintaan 'taugeh organik dipasaran' dan kesedaran pengguna mengenai kebaikan produk organik. Taugeh katanya hanya dipakai dan dimakan oleh penjaja gerai dan pasar malam selain beberapa restoran yang hendak beli yang murah sahaja. Pelanggan hanya akan mula mencari produk organik apabila telah sedar akan perlunya dan kepentingan makanan ini atau telah menderita sakit. Kin peralatan memproses taugeh organik bernilai ratusan ribu ringgit tidak digunakan. Hanya sekitar 2 - 3 tong taugeh yang diproses setiap hari untuk permintaan penduduk sekitar dan dihantar kebeberapa kedai organik di Lembah Kelang. Masaalah kekurangan pekerja juga menyebabkan operasi pengeluaran dari syarikat ini terjejas untuk pengeluaran taugeh. Bagaimana pun syarikat kini tumpukan kepada penanaman dan penghasilan Wheat Grass (Triticum aestivum)  dan Rumput Alfafa (Medicago sativa) untuk diproses menjadi Jus Minuman (Juice). Kedua-dua produk ini dihasilkan dan dihantar kekilang membuat jus minuman untuk pasaran domestik dan eksport. Syarikat ini masih beroperasi dengan tahap minima akibat beberapa faktor yang sedang dihadapi iaitu kesukaran untuk pasarkan produk organik, kekurangan tenaga pekerja dan modal pusingan serta masaalah kos bahan mentah semakin meningkat. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sebuah syarikat perladangan organik yang melalui masa sukar untuk beroperasi menghasilkan produk organik asal iaitu taugeh kepada peroduk lain.

Syarikat ini telah lama menerika persijilan Sijil Organik Malaysia (SOM) atau kini lebih dikenali dengan nama MyOrganic iaitu semenjak 2012 diluluskan. Syarikat berdaftar dengan nama Highland Sprouts Sdn Bhd yang beralamat Lot 5614, Kg. Chendering Tengah, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang boleh dihubungi dengan nmbor talipon  iaitu017-2830083.  Pada peringkat awal aktiviti utama syarikat ini adalah untuk pengeluaran taugeh organi secara moden dan komersil. Terdapat kawasan luas dengan sistem mekanisasi dan automosi moden disediakan di tapak. Bagaimana pun kini pengeluaran taugeh dihentika atau hanya buat sedikit disebabkan trend semasa. Persijilan syarikat ini dengan Nombor Pendaftaran 0.2 27/10/2011 (NO. SIRI: SOM.069) SOM.69 31/12 2012 dimana direkodkan yang asal SIJIL SIJIL SAHLAKU sehingga 31 Disember 2012 dan telah diperbaharui sehingga 2017. Konsep penghasilan produk taugeh dengan produk weed grass dan alfafa gras hampir serupa. Bahan media yang digunakan sebagai media tanaman adalah campuran habuk kayu getah dari bongkah cendawan yang telah reput dicampur dengan bokashi. Bongkah cendawan ini diambil dari projek tanaman cendawan di Negeri Sembilan dengan percuma. Syarikat hanya hantar lori untuk mengambilnya. Bahan baja bokasi sentiasa disediakan untuk dijadikan media tanaman menggunakan teknik penyediaan bokasi standard.


Bagi penanaman rumput weed grass, dulang plastik nipis dan berlubang berukuran 30 cm x 60 cm diisikan dengan media tanaman dan biji benih weed grass. Biji wheat grass ini diimport daripada Australia dengan anggaran harga RM40.00 satu kilogram. Harganya telah meningkat semenjak kejatuhan mata wang ringgit kebelakangan ini. Biji wheat grass ditabur diatas dulang dan disusun diatas rak-rak buloh yang murah didapati dikawasan Kg Janda Baik, tahan lama dan organik. Ia akan dibiarkan selama beberapa hari dan akan dihantar kepada pembeli di sekitar Lembah Kelang untuk diproses terutama dibuat jus minuman. Bagi tujuan jualan runcit, dulang yang ada wheat grass dimasukkan dalam bekas plastik untuk dipasarkan. Bagi pengeluaran Alfafa Grass juga menggunakan konsep sama tetapi gunakan bekas plastik yang kecil sedikit. Alfafa grass yang telah tumbuh akan dikeluarkan dari dulang ini dan dibuang media tanaman dengan membasuhnya dengan air. Ia kemudian dikumpulkan dalam bekas khas sebelum dihantar utuk pembungkusan. Alfafa Grass digunakan sebagai 'salad' di restoren dan hotel bersama dengan beberapa sayuran salad jenis lain. Pengeluaran wheat grass dan alfafa grass kini dilakukan oleh 8 orang pekerja (sebahagian pekerja asing). Syarikat bercadang meluaskan lagi pengeluaran dimasa akan datang.

Penulis tertarik dengan usaha syarikat untuk menanam Halia Bentong (Zingiber officinale) didalam polibeg secara organik. Tanaman halia di Daerah Bentong secara konvensional adalah dengan menanam dilereng-lereng bukit dimana halia muda dituai selepas 7-8 bulan ditanam dan halia tua selapas 12 bulan ditanam. Halia Bentong telah pun mendapat status antarabangsa Geographical Indicator (GI) sebagai satu tanaman yang bernilai. Penanaman halia dalam pliben besar 20 inci x 20 inci dan diisi dengan media tanaman terdiri daripada 60% tanah atas, 30% Kompos sisa cendawan dan 10% Bokasi ditanam dengan benih halis ditengahnya. Ia perlu disiram dengan air dari bukit yang bersih dan segar kesetiap polibeg halia. Tinjauan penulis membuka satu polibeg yang berumur 7 bulan mendapati hasil sekitar 500 - 650 gram daripada satu benih yang ditanam sebagai Halia Muda. Menurut Chew, ia pernah mendapat sehingga 2 kg halis bentong satu polibeg bagi pokok yang cukup dijaga dengan air dan cahaya matahari yang mencukupi. Kini kekurangan tenaga kerja menyebabkan penyelenggaraan pokok haloa sebanyak 3,000 polibeg ini kurang subur. Penulis mencadangkan beberapa kaedah penyediaan media tanaman agar diperbanyakan kompos dan perlu diberikan cukup cahaya matahari. Rumput yang tumbuh dalam polibeg yang mengandungi pokok halia juga tidak dibuang dimana ini menyebabkan  kesuburan tanaman halia memang agak kurang memuaskan. Penulis melihat cabaran utama didalam sistem perladangan organik adalah hasil yang tidak tinggi dan perlu dijual dengan harga lebih sedikit, penerimaan dan kesedaran umum yang kurang dikalangan pelanggan dan harga jualan yang tidak banyak beza dengan produk konvensional. Semuga artikel dalam blog Anim Agro Technology kali ini memberi informasi berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...

TANAM ORGANIK... ADA CARANYA...
HIGHLAND SPROUT... TELAH CUBA...
DITUKAR TANAMAN... PADA ALFAFA...
SATU TINJAUAN... DILAPOR SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Organik Highland Sprout,
Kg Chendering Tengah,
Janda Baik, Bentong,
Pahang, Malaysia.
(26 Zulkaedah 137H)

Friday, September 2, 2016

BSF SERANG KELULUT - LAPORAN AKHBAR

BLACK SOLDIER FLY (Hermentia ilucens) merupakan sejenis serangga yang kini menyerang koloni kelulut di Malaysia. Serangga Kecil Hitam sebagai 'decomposer' ini sebanarnya dikenali sebagai serangga berfaedah tetapi kini telah merupakan ancaman kepada penternak-penternak kelulut di negara kita semenjak bulan Jun 2016. Penulis ada menulis laporan mengenai serangga ini dan kesan pada kerosakannya pada Kelulut (Trigona spp) di dalam artikel sebelum ini (Sila klik disini). Kini kerosakan yang berlaku disebabkan oleh BSF telah dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan. Terkini adalah kenyataan akhbar oleh Ketua Pengarah Pertanian Malaysia yang menerangkan status serangan BSF dalam akhbar tempatan dengan tajuk "2,600 Koloni Lebah Kelulut Diserang Lalat BSF". Kenyataan akhbar yang dikelurkan di Putrajaya pada 29 Ogos 2016 dipetik oleh Bernama dan beberapa akhbar lain. Dakwanya kini kira-kira 2,600 koloni daripada 48,000 koloni lebah kelulut yang diusahakan oleh 118 penternak madu kelulut di Malaysia diserang sejenis lalat perosak Black Soldier Fly (BSF). Ketua Pengarah Pertanian Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek memulakan laporan akhbar tersebut. Beliau berkata akibat serangan BSF ke atas koloni lebah kelulut dimana ia mula dikesan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak penghujung Jun lepas. Sehingga bulan Ogos ini katanya, sebanyak RM2.4 juta kerugian telah direkodkan ekoran serangan oleh BSF itu dengan Negeri Kedah telah mencatatkan kerugian tertinggi iaitu sebanyaknilai  RM1.5 juta. "Kehadiran BSF ke atas koloni dipercayai kerana kawasan penternakan tidak dijaga dengan bersih dan rapi menyebabkan BSF datang dan kemudian menyebabkan kemusnahan kepada sarang penghasilan madu kelulut," katanya dalam sidang media berkenaan serangan BSF ke atas koloni lebah kelulut iaitu di Ibupejabat Pertanian di Putrajaya. Seterusnya Ahmad Zakaria berkata pihaknya telah mula mengambil tindakan lawatan pemeriksaan ke atas semua kawasan penternakan dengan memantau kekerapan pergerakan masuk dan keluar lebah kelulut tersebut di corong koloni. Artikel pagi Hari Kemerdekaan ke 59 ini saya menulis artikel ke 8,102 dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa laporan akhbar berkaitan serangan BSF yang merupakan ancaman terkini kepada industri kelulut di Malaysia.

Dalam kenyataan akhbar tersebut, Jabatan Pertanian mendapati sekiranya koloni lebah kelulut didapati diserang oleh BSF, tindakan segera seperti membakar koloni dan log yang diserang akan diambil bagi mengelakkan serangan merebak keatas koloni yang lain (Sila lihat foto disebelah). Penulis juga amat simpati dengan penternak kelulut yang baru memulakan projek menternak kelulut dengan membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk membeli koloni kelulut baru dan tidak lama kemudian ia diserang dengan BSF. Bagaimana pun Jabatan Pertanian yang selalu memantau akan ancaman perosak BSF ini akan terus menasihatkan para penternak untuk memasang jaring nyamuk yang saiznya boleh memuatkan lebah kelulut yang boleh dipasang di semua terowong masuk lebah kelulut sebagai langkah pencegahan (Sila lihat foto saya amdil di Temerloh paling bawah). Penternak juga telah dinasihatkan untuk memastikan tumpahan madu dan sisa-sisa 'roti lebah' dibersihkan untuk mengelakkan madu yang masam menarik perhatian serangga perosak. Pada tahun lepas industri madu kelulut berjaya menghasilkan 67,000 kilogram madu kelulut dengan nilai jualan di pasaran sebanyak RM200 hingga RM250 sekilogram. Ini menjadikan anggaran pengeluaran hasil dari madu kelulut di Malaysia sepanjang tahun 2015 adalah sekitar RM13.5 juta - RM16.75 juta. Nilai ini akan meningkat pada tahun mendatang dimana Madu Kelulut telah dinyatakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai "SUPER FOOD MALAYSIA". Kenyataan ini dikeluarkan menteri semasa perasmian Road To Maha Zon Timor di MARDI Cherating pada 26 Ogos 2016.

Dalam laporan lain, Akhbar KOSMO telah melaporkan dimana dakwanya penternakan lebah Malaysia kini digemparkan dengan serangan sejenis serangga perosak iaitu Black Soldier Fly (BSF) atau pun nama saintifiknya Hermetia illucens yang kini telah menyerang koloni lebah kelulut. BSF berasal dari Amerika dan mulai merebak ke Eropah, Australia, India dan Asia termasuk Malaysia selepas Perang Dunia Kedua. Peringkat larva BSF boleh dimanfaatkan kerana larva BSF boleh makan sehingga 15 kilogram (kg) sisa organik sehari manakala BSF dewasa hanya berperanan untuk mengawan serta bertelur. Di luar negara, BSF diternak secara komersial sebagai sumber protein bagi ternakan. Begitupun akibat dari cuaca panas El-Nino yang berpanjangan baru-baru ini telah menyebabkan BSF mencari tempat pembiakan yang lebih kondusif. Antara tempat yang disukai ialah di dalam sarang kelulut yang mempunyai sumber makanan iaitu madu dan roti lebah. Pengurusan kawasan penternakan yang tidak bersih juga boleh menyebabkan BSF mudah tertarik kepada kesan madu, propolis dan roti lebah pada sisa log kayu semasa proses topping dilaksanakan. Serangan BSF ke atas 1,200 koloni lebah kelulut mula dikesan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang pada penghujung Jun 2016. Setakat ini, dianggarkan jumlah kerugian adalah sebanyak RM1.2 juta. Serangan BSF bukan sahaja dapat dikesan pada koloni lebah kelulut yang lemah tetapi juga koloni yang kuat. Satu-satu koloni boleh musnah dalam tempoh dua minggu selepas BSF bertelur di dalam koloni.

Tanda paling mudah untuk mengesan serangan BSF adalah apabila terowong masuk lebah kelulut menjadi kering secara tiba-tiba dan propolis yang memenuhi kotak topping menjadi seakan-akan reput serta berkulat hingga merebak masuk ke dalam log. Serangan dianggap berada pada tahap kritikal apabila kelihatan larva BSF memenuhi sarang lebah kelulut manakala kantung madu dan roti lebah pecah serta terdapat larva di dalam kantung (Sila lihat foto disebelah). Pencegahan awal perlu dibuat bagi mengelakkan serangan ini berleluasa. Antara langkah pencegahan yang boleh dibuat penternak adalah pemerhatian yang kerap dan menyeluruh ke atas koloni lebah kelulut. Kehebatan mengenai Larva BSF adalah dimana ia boleh memakan 15kg sisa organik sehari. Sekiranya koloni lebah kelulut yang diternak telah diserang, penternak perlu mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan koloni tersebut. Antara tindakan yang boleh diambil adalah dengan menanggalkan kotak topping dari log kayu di samping membelah log bagi ianya menentukan sama ada permaisuri lebah kelulut masih boleh diselamatkan atau tidak. Sekiranya permaisuri tiada, maka penternak perlu segera memusnahkan koloni yang telah diserang dengan cara membakar log kayu sebelum serangan merebak ke koloni yang lain. Koloni-koloni yang belum diserang BSF perlu diberi perhatian yang serius kerana potensi serangan adalah tinggi sekiranya telah ada tanda serangan pada koloni di kawasan sekitar. Langkah kawalan yang boleh diambil bagi mengelakkan serangan lebih teruk adalah dengan penggunaan jaring nyamuk saiz yang sesuai dipasang di semua terowong masuk lebah kelulut di samping mengurangkan penuaian hasil madu. Selain itu, pemerhatian secara intensif perlu dilakukan seperti melaksanakan pemeriksaan koloni-koloni yang disyaki terkena serangan BSF dan pengasingan koloni lebah kelulut yang telah diserang dan koloni lebah kelulut yang sihat dipindahkan ke lokasi baharu yang kering. Kesimpulannya, penternak-penternak perlu lebih kerap menjalankan pemeriksaan ke atas koloni lebah kelulut masing-masing sebagai langkah pencegahan awal dan mengelakkan serangan yang lebih serius. Artikel Anim Agro Technology mempaparkan kes ancaman BSF dalam industri ternakan kelulut dimana ia mesti diatasi untuk mempastikan industri ini akan terus berkembang dan Malaysia mampu mengeluarkan "Super Food" iaitu Madu Kelulut dimasa akan datang. Wasallam!!!.
SERANGGA HITAM.. BSF NAMANYA...
MENYERANG KELULUT...TERUKNYA...
PEMANTAUAN SELALU...HADIRNYA...
LOG DIBAKAR... SATU KAWALANNYA...
PASANG JARING...BOLEH ELAKANNYA...
BACA ARTIKEL ANIM... INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pentas Utama, Perarakan Hari Merdeka,
Peringkat Negeri Pahang, Padang Kemunting,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(31 Ogos 2016)

Thursday, September 1, 2016

TENGGEK BURUNG - TEKNIK PEMBIAKAN


POKOK TENGGEK BURUNG (Melicope lunu-ankenda) atau nama lain disebut sebagai 'Cabang Tiga' merupakan sejenis tumbuhan liar yang didapati mempunyai nilai perubatan tinggi. Tumbuhan yang biasanya hidup meliar dalam semak dan belukar ini adalah daripada keluarga Rutaceae. Pokok Tenggek Burung (TB) merupakan pokok renek yang selalu menghasilkan bunga dan juga biji (Sila lihat foto diatas). Penulis yang beberapa kali menulis artikel mengenai pokok dan ulam tenggek burung menulis mengenai pokok ini dan boleh dibaca (Sila  rujuk disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Tumbuhan ini telah diberikan nama 'Tenggek Burung' kerana dipercayai burung bersaiz kecil suka hinggap diatas pokok ini (seperti burung kelicap, burung murai serta burung kecil lain) untuk menyedut manisan nektar daripada bunganya dan membuat sarang untuk bertelur. Penulis mula kenal pokok tenggek burung semenjak zaman remaja kerana terdapat beberapa pokok ini yang tumbur liar dikawasan rumah di kampong di Muar, Johor dahulu. Penulis kini ingin berkongsi pengetahuan mengenai tumbuhan ini yang kini dijadikan sebagai ULAM DAUN TENGGEK BURUNG yang mempunyai khasiat yang agak menakjubkan. Keluasan tanaman pokok tenggek burung belum ada maklumat yang saya dapat cari dari banyak sumber. Bahagian daun pucuk tumbuhan ini dipetik dan dijadikan ulam dengan rasa masam, kelat dan pahit sedikit dan biasanya amat enak dimakan dengan sambal belacan bersama nasi putih. Kalau dibuat anggaran penulis menganggarkan keluasan tanaman pokok tenggek burung yang ditanam secara komersil dan monokrop atau bercampur sekitar 10-20 hektar. Lawatan penulis dibeberapa lokasi petani menanam sayur ulaman di Johor, Pahang, Melaka dan Selangor ada menjumpai pokok ini yang ditanam disekeliling kawasan kebun sayur. Pokok ini bukan mudah untuk ditanam meluas kerana pasaran untuk ulam daun pucuk tenggek burung adalah masih kecil lagi pada masa ini. Hanya beberapa restoren masakan kampong yang menghidangkan ulam daun pucuk tenggek burung secara tradisional. Kalau penanaman dibuat secara meluas berkemungkinan ianya agak sukar untuk menjualnya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tahap kematangan biji dan peratus percambahan Tenggek Burung hasil kajian saintis di UPM dan MARDI sekadar dijadikan bahan rujukkan teknikal kepada pembaca semua diseluruh dunia.

Penulis masih keliru dengan nama saintifik mengenai Pokok Tenggek burung dimana dalam banyak rujukkan ia dinamakan sebagai Euodia redeleyi tetapi saintis di UPM ini merujuk pokok ini sebagai Melicope lunu-ankenda. Bagaimana pun penulis Anim Agro Technology kali ini menggunakan nama saintifik yang ditulis oleh pasukan saintis iaitu AMD Merican, UR Sinniah dan SA Hassan sebagai info yang terkini memendangkan mereka adalah pakar dalam bidang tersebut. Adakah ia tumbuhan yang sama spesis dengan foto yang penulis ambil disebelah semasa meninjau pokok tenggek burung di Kg Sg Miang, Pekan, Pahang tahun lalu (2015)?. Apa pun tumbuhan ini memang dijadikan ulam dan berkhasiat sebagai mempunyai nilai perubatan tinggi (high medicinal value). Ia kaya dengan kandungan antioksidan (antioxidant) dan Anti-inflamatory (Johnson et al. 2010). Kesannya ia mampu melegakan demam, menyegarkan tubuh badan dan paling penting adalah mengurangkan tekanan darah tinggi. Bahan ulam daun tenggek burung yang murah dan mudah didapati sama membelinya di pasar tani, pasar malam atau pasar basah atau anda menanamnya sendiri dirumah membolehkan ia sesuai dijadikan ulam segar. Bagaimana pun kaedah biasa yang dilakukan oleh petani yang ada menanam pokok tenggek burung adalah dengan mengambil benih dari anak pokok yang tumbuh dikawasan pokok induk tenggek burung dan kemudian ditanam dikebun atau dalam pasu. Penulis sendiri mengambil anak pokok yang masih kecil untuk menanamnya dalam pasu dikawasan rumah dahulu semasa tinggal di Melaka. Memang agak sukar untuk penulis cuba mendapatkan anakbenih pokok tenggek burung yang banyak tumbuh meliar untuk ditanam.

Bagi tujuan penanaman pokok tenggek burung monokrop secara komersil lazimnya kuantiti anakbenih yang banyak diperlukan. Pokok tenggek burung dewasa mampu berbunga dan berbuah dan akan menghasilkan bijibenih. Bunga Pokok Tenggek Burung amat disukai oleh banyak jenis serangga termasuk Lebah Madu dan Kelulut dimana ia dikunjungi sepanjang hari untuk mengambil manisan nektarnya. Biji matang Tenggek Burung adalah kecil dengan kulitnya berwarna hitam berkilat (Sila anda lihat foto disebelah). Kajian saintis mendapati biji yang dihasilkan amat bermasaalah dan ada masaalah kesukaran untuk bercambah (difficult for germination). Biji benih yang biasa dikutip dan kemudian dirawat (dibersihkan, disimpan dalam bilik sejuk dan dijaga) mengambil masa selama 7 bulan untuk ianya bercambah (Burrows, 1996). Banyak kemungkinan yang menyebabkan percambahan biji tenggek burung ini lambat dan ia sukar untuk pengeluaran komersil. Hampir tiada usahawan yang menjual anakbenih pokok tenggek  burung secara banyak dan besar-besaran (mass production). Saintis telah cuba melakukan penelitian dan kajian melihat peringkat kematangan (maturity stage) benih tenggek burung dan kadar percambahan mengikut peringkatnya. Penulis akan paparkan maklumat in kepada pembaca semua.

Kaedah kajian dengan menggunakan bijibenih yang diambil daripada MARDI Kelang dan menggunakan kaedah RCBD. Sebanyak 4 pokok induk ditandakan semanjak Jun 2014 melibatkan 20 jambak bunga (Panicles). Kemudian biji benihnya dikutip dengan jangkamasa kematagan yang berbeza iaitu pada 42, 56, 63, 70 dan 77 hari selepas dibuat 'tagging'. Sampel biji benih kemudian dikutip dan dimasukkan dalam bekas plastik kedap udara untuk dianalisa di makmal. Sebanyak 1,000 biji benih setiap kali pengambilan sampel benih. Ia kemudian ditandakan dengan mengambil ciri-ciri warna, saiz dan ciri-ciri khusus dan didokumenkan. Biji ini diuji dari segi berat basah (fresh weight), berat kering (Dry weight), kelembapan (mc) dan juga peratus percambahan. Biji segar sebanyak 150 biji diasingkan dan dibuat 4 replicate dan dikeringkan dengan suhu 103 celcius selama 16 jam dengan 'Hot air method - ISTA 2003' dan kadar kelembapan direkodkan.  Sementara itu 5 replicate dengan 50 biji benih dimasukkan untuk ujian percambahan menggunakan 5 jenis media iaitu Pasir, Tanah Campuran, Tanah Gambur, Peat Moss dan Kertas Turas.

Hasil kajian mendapati berat segar (Fresh weight) biji tenggek burung meningkat daripada bacaan 1.129 gram sebiji pada umur 42 hari kepada maksima seberat 1.817 gram pada umur 63 hari. Bagaimana pun hasil kajian mendapati berat kering (Dry weight) iaitu 1.523 gram dicatit pada masa 70 hari selepas anthesis tetapi menurun kepada 1.457 gram selepas 77 hari selepas anthesis. Dari segi warna biji didapati pada umur 70 hari lepas anthesis ia berwarna hijau gelap dan mejadi hitam gelap selepas umur 77 hari. Temuan menunjukkan dimana Kematangan Fisiologi (Physiological Maturity) benih tenggek burung sebenarnya dicapai pada 70 hari selepas anthesis berlaku (DAA - Days After Anthesis). Pada umur ini didapati ia mempunyai kandungan berat kering paling maksima pada biji tersebut. Biji benih pada hari ke 77 yang berwarna hitam pekat mempunyai kelembapan 8.6% sahaja. Kajian menunjukkan bahawa kadar percamahan paling maksima adalah pada umur biji tenggek burung 77 hari (Sila lihat foto benih bercambah disebelah). Media tanah gambut (peat soil) mencatatkan peratus percambahan tertinggi pada 84.5% yang data dikutip selepas 90 - 150 hari selepas proses semaian dijalankan. Penulis Anim Agro Technology merujuk kepada keputusan kajian sebagai menyatakan bahawa umur biji benih tenggek burung yang berumur 70 hari selepas DAA mencapai Kematangan Fisiologi tetapi untuk mendapatkan percambahan terbaik selepas 77 hari DAA. Kajian menunjukkan benih akan bercambah 90 hari (3 bulan) selepas disemai (untuk pecahkan dormancy) berbanding dengan kaedah biasa dilapangan selama 7 bulan. Di harap temuan kajian ini boleh dijadikan asas kepada mereka yang ingin menjadikan semaian anak benih tenggek burung sebagai satu bidang usaha menyediakan benih untuk dikomersilkan. Terimakasih kepada 3 orang saintis dari UPM dan MARDI yang membentangkan info dalam 9th NSAM Symposium baru-baru ini. Wasallam!!.

POKOK ULAM.. TENGGEK BURUNG DIA...
BENIH DIKAJI... SAINTIS MELAKUKANNYA...
MUDAH CAMBAH... 77 HARI MATANGNYA...
TANAH GAMBUT...SEBAGAI MEDIANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 302, Hotel Empress,
Sepang, Selangor,
Malaysia.
(28 Zulkaedah 1437H)
Hadir 9th NSAM Symposium di Sama-sama Hotel KLIA. 

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...