Support My Blog

Monday, August 9, 2010

RUMPAI DI DUSUN

RUMPAI DIDUSUN (Weed in Orchard) di kawasan dusun buah-buahan merupakan satu masaalah kepada pemilik dusun. Artikel ini dalam "Anim Agro Technology" saya membincangkan beberapa jenis rumpai yang sering didapati dikawasan tanaman dusun buah-buahan di Malaysia. Dusun buah-buahan di Malaysia mempunyai dua kategori asas iaitu dipanggil sebagai 'DUSUN KOMERSIL' dan 'DUSUN TRADISIONAL'. Dusun komersil adalah dusun dimana tanaman buah-buahan ditanam secara monokrop atauu dengan selingan beberapa jenis buah-buahan terpilih yang diuruskan dengan intensif. Antara beberapa jenis buah-buahan popular untuk dudun komersil seperti Mangga, Durian, Pisang, Betik, Pitaya, Belimbing, Jambu Batu, Nenas, Limau Manis dan beberapa lagi. Dusun Tradisional pula terletak disekitar kampong yang ditanam keliling rumah dengan tanaman bercampur-campur dan tidak diuruskan dengan sistematik. Diharap artikel dalam "Anim Agro Technology" ini dapat memberikan sedikit maklumat kepada para pembaca blog saya. Tulisan ini berdasarkan kepada pengalaman penulis yang bertugas sebagai pegawai pengembangan lebih 33 tahun di lapangan dan bidang pertanian di beberapa negeri.


Dusun buah-buahan merupakan satu kawasan yang diusahakan dengan pelbagai jenis buah-buahan sama ada Dusun Campuran atau Dusun Tunggal. Di Malaysia terdapat seluas 275,650 hektar kawasan tanaman buah-buahan yang mengeluarkan hasil buah sebanyak 1,669 juta tan metrik hasil yang bernilai RM 2.762 billion pada tahun 2009. Tanaman utama buah-buahan di Malaysia adalah Durian (Durio zibethinus) yang keluasannya melebihi 110,000 hektar diseluruh negara. Kebanyakan dusun durian (65%) adalah dalam bentuk Dusun Monokrop (Sistem tanaman tunggal) dimana 35% lagi merupakan dusun tanaman durian bercampur dengan buah-buahan lain. Saya banyak menulis mengenai tanaman durian yang anda boleh baca untuk menambahkan pengetahuan. Sila anda baca dengan Klik disini (Kalendar durian), Klik disini (Musang King) dan banyak lagi.  Kawasan utama tanaman dusun di Malaysia adalah seperti di Negeri Johor, Perak, Selangor dan Pahang menghasilkan lebih 66% pengeluaran buah-buahan di Malaysia. Selain durian yang ditanam dengan meluas dinegara ini , tanaman lain yang popular adalah seperti Nenas (Ananas cosmosus) , Betik (Carica papaya), Pisang (Musa spp), Rambutan (Nephelium spp), Tembikai (Melon), Jambu Batu (Psidium guava), Belimbing (Averhoa carambola -Star Fruit) dan banyak lagi. Penghasilan buah-buahan dari Malaysia adalah untuk pasaran domestik dan juga tujuan ekspot.


Pengurusan rumpai dikawasan dusun buah-buahan adalah penting dalam Aktiviti Agronomi dimana kaedah kawalan terbaik perlu dibuat untuk penghasilan buah yang optima. Mengawal rumpai dengan konsep Amalan Pertanian Baik didusun perlu diketahui oleh pemilik dusun. Kita perlu mengetahui jenis-jenis rumpai yang sering dijumpai dalam dusun buah-buahan agar mudah kita mambuat pengawalan dan pengawasan.

Berikut adalah beberapa jenis rumpai yang sering didapati dikawasan dusun mengikut pengalaman penulis iaitu :

1. Rumput Tahi Ayam 
Nama botani :  (Ageratum conyzoides)
Rumput Tahi Ayam ini (Foto disebelah) tumbuh dengan mudah dikawasan dusun dan mempunyai daun berwarna hijau dan bunga berwarna putih. Pokok dan daunnya mengeluarkan bau yang busuk seperti bau tahi ayam jika di hancurkan atau ditebas. Rumpai ini mudah membiak dengan akar dan melalui benih dari bunga putih yang akan terbang apabila matang dan ditiup oleh angin. Pokok rumput tahi ayam ini mudah di cabut (Diatas tanah gambut) atau ditebas. Pemusnahan juga boleh mrnggunakan racun rumpai jenis racun sentuh untuk mengawalnya. Rumpai ini juga mampu hidup sehingga ketinggian 0.5-1.0 meter dan mempunyai batang yang sederhana keras.



2. Rumput Kapal Terbang 
Nama botani :  (Chromolaena odorata)
Rumput kapal terbang (Foto sebelah) merupakan sejenis rumput Renek (Shrub) yang sering tumbuh dikawasan teduhan dan dan kawasan panas. Rumput ini mampu hidup sehingga ketinggian 1.5 meter dan daunnya tebal serta mempunyai warna daun pucuk yang agak ungu. Batangnya sederhana lembut dan pokok ini mudah berbunga. Bunganya berwarna putih atau agak ungu dan mudah diterbangkan angin apabila matang dan kering untuk dibiakkan dikawasan lain. Kawalan menggunakan kaedah manual (menebas, membakar) atau gunakan racun kimia yang sesuai.




3. Rumput Melela 
Nama botani : (Brachiaria mutica)
Rumput ini juga dipanggil sebagai Paragrass (Foto sebelah) yang sering digunakan sebagai sumber makanan ternakan ruminan bagi luar negara. Mereka menanam rumput jenis ini untuk dikomersialkan bagi sumber makanan lembu dan ruminan lain. Di Malaysia ternakan juga sering meragut rumput jenis ini yang mudah tumbuh dikawasan yang subur. Rumput ini mudah membiak melalui rizom dan bahagian akar tetapi lebih cepat melalui biji benih yang banyak pada bahagian pucuk. Ternakan yang makan rumpai akan menyebarkan biji benih melalui najis dan terus membiak dilokasi baru. Penggunaan racun sentuh dapat membunuh rumpai dikawasan dusun.


4. Rumput Keremak 

Nama Botani:  (Althermanthera sessillis)
Rumput Keremak (Foto sebelah) mudah tumbuh di kawasan dusun dan merupakan rumpai yang mempunyai daun berwarna hijau atau warna daun keunguan bergantung kepada sub-sepcies. Pokok renek ini mampu tumbuh sehingga 0.8 meter dan mempunyai batang sederhana lembut. Walau pun rumpai in dari keluarga Amaranthaceae sama seperti keluarga bayam tetapi tidak boleh dimakan sebagai sayuran. Kawalan dengan kaedah manual atau racun seperti Basta.


5. Rumput Akar Ruas-ruas 
Nama botani : (Asystasia intrusa)
Rumput Asystasia intrusa atau lebih mudah dipanggil sebagai rumput ruas-ruas atau Rumput Israel merupakan sejenis rumput yang sangat mudah didapati di kawasan dusun di Malaysia atau tepi-tepi jalan. Rumput ini sangat cepat membiak terutama dalam musim basah melalui akar. batang dan biji benih. Rumput ini mempunyai bunga berwarna putih atau ungu yang cantik dan menarik serangga terutamanya Lebah Keran (Apis cerana) , semut dan lain-lain lagi. Rumput ini mengeluarkan manisan dan debunga yang juga boleh dibiakan melalui ragutan binatang ruminan. Kawalan menggunakan manual (tajak, tebas) dan paling mudah gunakan racun rumpai.



6. Rumput Parit 
Nama botani :  (Axonopus compresus)
Rumput parit (Foto diatas) merupakan rumput yang juga dipanggil Rumput Kerbau, Tropical Lawn Grass dan sebagainya yang sering didapati dikawasan dusun dan sering digunakan dikawasan bola sepak (Rumput Padang Bola). Rumput ini mempunyai daun agak lebar dan mempunyai akar serabut serta tahan dalam keadaan cuaca panas dan kering. Rumput ini membiak melalui rizom pada bahagian akar dan di tanam di Johor untuk diekspot ke Singapura. Pembiakan dengan memotong rizom/pokok dan ditaanam pda jarak 1 kaki x 1 kaki dan dibaja organik serta sistem pengairan sprinkler. Rumput ini mudah dimusnahkan dengan kimia (Racun seentuh) atau tajak.




7. Rumput Duri Bulat 
Nama botani :  (Cenchrus echinatus)
Rumput ini tumbuh dikawasan dusun (Foto rajah disebelah) dimana merupakan satu rumpai yang perlu dimusnahkan. Rumput ini mempunyai daun agak keras dan ia kadang-kadang mempunyai duri bulat yang menganggu dan melekat diseluar. Rumpai ini membiak melalui biji benih dan boleh dikawal dengan kaedah manual atau racun kimia. Rumput ini lazimnya akan subur dikawasan dusun yang mempynyai tanah subur dan mendapat sinaran matahari yang agak banyak. 



8. Rumput Setawar 
Nama Botani :  ( Boreria latifolia)
Rumput setawar tumbuh dikawasan dusun dan mempunyai daun yang agak tebal serta mampu mengeluarkan bunga berwarna putih atau berwarna ungu. Pokok ini mudah dimusnahkan secara manual sama ada dengan cara menajak atau cara kawalan kimia dengan racun sentuh. Rumput ini menyebabkan dusun kita menjadi tidak cantik. Rumput ini makan baja dan mengambil ruangan dalam dusun yang perlu dimisnahkan.



Kawalan rumpai di kawasan dusun boleh dijalankan dengan Cara Manual dan Cara Kimia. Bagi kawasan dusun yang telah lama dan pokok-pokok buah-buahan telah tinggi makan kawalan cara manual adalah disyorkan dengan menggunakan mesin pemotong rumput, tajak, cangkul , sabiuit, parang panjang dan sebagainya. Kurangkan penggunaan racun rumpai dikawasan dusun buah-buahan terutama dusun durian. Racun rumpai akan merosakkan sistem akar durian yang mana menyebabkan akar rosak dan buah akan jadi keras atau mengkal. Penggunaan racun kimia dikawasan buah-buahan disyorkan ketika pokok buah-buahan masil kecil atau baru ditanam. Pastikan menggunakan corong khas ketika merracun rumpai dikawasan buah-buahan.




RUMPUT DUSUN....BANYAK JENISNYA...
ADA YANG TINGGI... RENDAH PUN ADA...
MERACUN RUMPAI...IKUT LABELNYA...
RUMPAI KURANG...POKOK TERJAGA...


By
M Anem
Senior Agronomist,
Dusun Nukleus Lenga,
Muar, Johor,
Malaysia.
(Kemaskini pada 13 Ogos 2013)

Sunday, August 8, 2010

SENDAYAN

Sendayan (Rhynchospora corymbosa) merupakan sejenis tumbuhan rumpai dari jenis Rusiga dari keluarga Cyperaceae yang sering tumbuh di kawasan semak yang lembab di Malaysia dan kawasan tropika yang lain. Sendayan merupakan tumbuhan yang dianggap rumpai bermasaalah oleh petani jika tumbuh dikawasan tanaman. Penulis memang kenal secara dekat tumbuhan Sendayan kerana terdapat sendayan di dalam kebun getah kawasan tanah gambut keliling kampong. Saya cuba membuat kajian rujukan dalam buku di perpustakaan UPM Serdang dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat mengenai sendayan tetapi tidak ada maklumat diperolehi. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis dan akan berbincang mengenai tumbuhan sendayan untuk bacaan ringan sahaja.


Apa yang saya perhatikan tumbuhan sendayan mudah tumbuh di kawasan tanah lembab sama ada dibawah sinaran matahari atau dibawah naungan terutama di kawasan lembab berair. Tumbuhan ini sama keluarga dan sifatnya dengan Rumput Menerong (Scirpus grasus) iaitu mempunyai batang lembut berbentuk tiga segi berwarna hijau gelap yang mampu mencapai ketinggian antara 1 -2 meter. Daunnya juga tajam berwarna hijau dan boleh melukakan kulit tangan atau kaki jika tergesel. Sendayan mempunyai akar serabut berwarna coklat kekuningan dan mampu hidup dalam air. Bunga sendayan berbentuk composit berwarna coklat kekuningan yang tumbuh pada hujung tangkai pada kedudukan tertinggi. Bunganya agak keras dan mudah gugur bila matang.


Sendayan membiak melalui akar rhizom yang cepat membiak jika mendapat air dan juga melalui biji benih yang gugur. Sendayan apabila tidak dikawal akan menggunakan ruang dan baja untuk tanaman dengan cepat kerana ia berada dikawasan lembah dan rendah. Dikawasan pokok getah yang ditumbuhi sendayan menyukarkan penoreh untuk melalui barisan antara pokok kerana semak dan mampu menlukakan penoreh jika tidak pakaian pelindung seperti sarung kaki dan kasut serta lengan panjang. Kawasan berpaya sangat disukai untuk sendayan hidup subur. Binatang liar juga bersembunyi didalam sendayan seperti biawak, ular dan burung-burung. Binatang ternakan seperti lembu, kambing dan bebiri juga tidak mahu makan sendayan jika berada dikawasan tersebut. Mungkin daun sendayan mengandungi racun atau bahan kimia yang akan meyakitkan perut ternakan.



Tumbuhan rumpai sendayan boleh dikawal dengan cara manual atau cara kimia. LAzimnya petani tradisional menebas sendayan dengan parang panjang dan dikumpulkan kemudian perdunya dikorek dengan cangkul atau tajak. Kumpulkan dan bila kering musnahkan dengan membakar. Kaedah ini dapat melambatkan pertumbuhan berikutnya. Kawalan kimia disyorkan menggunakan racun jenis sistemik yang bertindak sehingga kebahagian akar umbi. Racun Round-up dan Basta boleh digunakan dengan kadar disyorkan.



Belum ada kajian terperinci dijalankan di Malaysia mengenai kegunaan sendayan dari segi kandungan kimia dan kegunaan lain. Mungkin perlu dibuat kajian dan analisa kimia sama ada sendayan mengandungi potensi perubatan atau untuk makanan kesihatan pada masa akan datang. Sendayan juga boleh dijadikan tanaman tutup bumi dan penahan hakisan dikawasan yang lembab dan berair serta lereng bukit yang baru dipotong. Inilah artikel berkaitan sendayan yang dapat saya huraikan kali ini. Jika ada siapa-sapa nak tambah maklumat silakan KOMEN.

TUMBUHAN HIJAU...RUSIGA SENDAYAN....
DAUN YANG TAJAM...MAMPU MELUKAKAN...
CEPAT MEMBIAK..DIKAWASAN LEMBAP KAN...
PERLU DI KAWAL... DIKAWASAN PENANAMAN...

Related articles:
1. Senduduk (klik disini)
2. Rumput Kerbau (Klik disini)
3. Selaput Tunggul (klik disini)
4. Rumput Israel (Klik disini)
5. Lalang (Klik disini)
6. Semalu (Klik disini)
7. Rumput Kapalterbang (Klik disini)
8. rumpai di Dusun (Klik disini)


By
M Anem
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Sendayan,
Sendayan, 
Negeri Sembilan
Malaysia
(13 Ramadan 1431H)

Saturday, August 7, 2010

SENDUDUK


Senduduk (Melastoma malabathricum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Melastomaceae yang banyak terdapat di Malaysia. Tumbuhan ini tumbuh di merata kawasan seperti kawasan semak di dalam kebun, tepi kolam, tepi parit , kawasan lapang , dusun dan sebagainya. Pokok senduduk merupakan sejenis rumpai di kawasan kebun tanaman serta kawasan pertanian dan perlu dibasmi kerana mampu menurunkan hasil tanaman. Terdapat beberapa jenis senduduk yang sering kita lihat seperti Senduduk Ungu dan Senduduk Putih. Saya mengenali senduduk semenjak kecil lagi dan dapat mempelajari secara saintifik ketika belajar di universiti 30 tahun dulu. Artikel kali ini saya berkongsi dalam "Anim Agro Technology" maklumat dengan pembaca mengenai Senduduk untuk menambah ilmu pengetahuan.


Senduduk mampu tumbuh sehingga melebihi ketinggian satu (1) meter dalam kawasan yang sesuai. Batangnya berwarna coklat dan mampu mencapai ukurlilit batang sehingga 3-4 cm jika capai ketinggian 1 meter dan ia mempunyi banyak cabang. Daun senduduk berwarna hijau gelap , berbentuk lonjong, agak berbulu serta tebal. Daun senduduk mempunyai lendir jika dihancurkan dan sangat sesuai untuk memberhentikan darah jika dibubuh apabila luka-luka kecil. Cara terbaik ialah dengan ambil daun senduduk segar yang sederhana tua dan kunyah kemudian letakkan pada luka dan darah akan serta merta berhenti. Bunga senduduk terdiri dari 5 kelopak yang berkembang pagi hari dan warnanya cantik (Ungu atau Putih) yang akan menarik serangga untuk hinggap. Akar senduduk merupakan akar tunjang dan akar serabut yang sangat kuat. Buah senduduk berwarna coklat, berbentuk seperti cawan, berangkai dan mengandungi banyak biji berwarna hitam serta rasa manis jika dimakan. Zaman kanak-kanak dulu saya memang sering makan buah senduduk organik dikampong. Buah senduduk muda juga sangat baik untuk dijadikan 'peluru' senapang buloh mini yang seronak menembak zaman dulu.


Kaedah pembiakan senduduk ialah semulajadi iaitu dengan buah senduduk dimakan oleh binatang terutamanya burung (rasa manis) dan akan diberakkan dilokasi lain. Benih senduduk yang banyak akan bercambah dikawasan baru apabila mendapat situasi sesuai. Buah senduduk juga dimakan oleh serangga lain seperti semut, kerengga, binatang lain dan sebagainya. Serangga ini juga mempu membiakan senduduk. Buah senduduk yang matang juga akan gugur apabila kering dan jatuh ketanah. Benih tersebut akan tumbuh atau di bawa arus air kekawasan lain. Kawasan tanah mineral, tanah gambut atau tanah yang bermasaalah lain juga senduduk boleh tumbuh. Senduduk tahan dalam cuaca kering atau pun kawasan mudah terendam.


Pokok senduduk merupakan sejenis tumbuhan kategori rumpai yang berlu dimusnahkan jika berada didalam kebun. Cara memusnahkan ialah dengan Kaedah Manual dan Kaedah Kimia. Kaedah manual ialah dengan mencabut atau menebas atau menajak menggunakan cangkul, parang atau tajak. Kumpulkan pokok-pokok senduduk tersebut dan bakar apabila telah kering. Penggunaan racun sentuh tudak membunuh senduduk. Oleh itu Racun Sistemik perlu digunakan dalam kawalan senduduk seperti Round-up dan Basta. Pokok senduduk mempunyai sistem akar yang dalam dan tidak mati jika guna racun sentuh walau pun daunnya kering.


Senduduk memang sejenis tumbuhan yang sangat berguna dalam alam perubatan tradisional. Sejak kecil dulu saya dah guna daun senduduk untuk mengubati luka dan memberhentikan aliran darah dengan mengunyah daun senduduk dan meletakkan di tempat yang luka. Kajian klinikal juga menunjukkan daun senduduk muda mampu menghentikan masaalah cirit birit. Daun senduduk yang direbus bersama halia dan diminum semasa suam panas juga dapat mengurangkan penyakit keputihan wanita. Paling menakjubkan ialah bagaimana daun bersama akar senduduk yang digiling dan ditampal kepada parut bekas cacar mampu menghilangkannya.


Daun senduduk kering yang direbus dengan air panas dan diminum sepanjang pantang bagi wanita bersalin sangat baik untuk mengecutkan rahim sehingga habis waktu pantang. Amalan meminum air rebusan senduduk juga membantu menjadi penawar kepada penyakit buasir. Rebusan air, batang dan akar senduduk suam yang diminum suam-suam juga mempunyai keupayaan mengurangkan sakit gigi jika dikumur-kumur. Air tersebut juga mampu mengurangkan lenguh2 badan dan sakit sendi jika diamalkan. Sungguhmenakjubkan khasiat pokok senduduk !!!


Senduduk merupakan tumbuhan anugerah tuhan yang perlu dibuat kajian saintifik khasiatnya. Kebanyakkan amalan dan petua diatas daripada pengalaman orang-orang lama dan hanya sedikit kajian dijalankan. Satu hari nanti saya hendak melihat ada produk seperti jus senduduk, pil dan kapsul senduduk, serbuk minuman senduduk dan beberapa produk kesihatan dari senduduk. Saya juga ingin lihat petani yang menanam pokok senduduk secara komersial sebagai satu komoditi yang menguntungkan. Banyak kajian yang perlu dijalankan untuk menjayakan industri penanaman pokok senduduk ini.  Insyaalah.


DALAM SEMAK... ADA POKOK SENDUDUK....
DIANGGAP RUMPAI...DIBASMIKAN SERENTAK....
BANYAK KHASIATNYA....JANGAN DUK KUTUK....
TEKNOLOGI SENDUDUK....BILA NAK TENGUK...


Related articles:
1. Sendayan (Klik disini)
2. Rumput Kerbau (Klik disini)
3. RumputIsrael (Klik disini) 
4. lalang (Klik disini)
5. Selaput Tunggul (Klik disini)
6. Paku Pakis (Klik disini)

By
M Anem
Ipoh City Hotel,
Ipoh ,Perak,
Malaysia
Ogos 2010
(Kemaskini pada 1 Mac 2013)

Friday, August 6, 2010

SUNGKUPAN


SUNGKUPAN (Mulching) merupakan aktiviti penting dalam bidang agronomi tanaman. Ramai petani mempraktiskan sungkupan dalam aktiviti pertanian mereka untuk mendapatkan hasil yang optima. Sungkupan adalah aktiviti meletakkan media diatas batas atau tanah untuk beberapa tujuan dalam Amalan Pertanian Ladang Baik (APB atau Inggerisnya Good Agriculture Practices -GAP). Antara media atau bahan untuk dijadikan sungkupan adalah jerami padi, rumput kering, guni terpakai, lalang kering, kompos dan yang paling populat masa kini menggunakan plastik lutsinar (Silvershine plastic). Saya sering mengesyorkan petani untuk membuat sungkupan ketika menjalankan aktiviti beberapa pengembangan pertanian di lapangan. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai keperluan sungkupan dan kepentingannya dalam aktiviti agronomi tanaman bagi bacaan dan rukukan anda. 

Tanaman sayuran dan buah-buahan perlukan sungkupan seperti penanaman cili, tembikai, terung, bendi, kacang panjang, peria, petola, timun dan banyak lagi. Penggunaan sungkupan bermula semenjak aktiviti menyemai benih tanaman. Benih-benih yang di tabur dalam kotak atau kawasan nurseri atau tapak semaian perlukan sungkupan uuntuk melindungi benih dari serangan perosak, lindungi dari matahari dan kerosakan akibatan air siraman. Setelah anak benih mula keluar sungkupan dikurangkan secara berperingkat untuk proses pengerasan atau 'hardening ' anak benih sebeluh di ubah ke ladang. Pemasangan sungkupan diatas batas atau tanah lazimnya bermula sebelum atau selepas aktiviti menanam. Bahan sungkupan jerami padi atau rumput kering dibubuh selepas menanam bagi tanaman bawang merah yang saya jalankan di TRP Teluk sari Mersing. Jangan bubuh sungkupan jerami terlalu tebal atau terlalu nipis. Bahan sungkupan Plastik Silvershine pula dipasang mengikut kesesuaian iaitu selepas siap buat batas dengan merentangkan secara manual atau alat perentang gunakan trekter. Kelebihan plastik silvershine adalah mudah untuk di koyakkan atau dibuat lubang penanaman aatau lubang pembajaan. Pastikan bahagian yang terang ibahagian atas dan yang gelap dibahagian bawah.


Antara kebaikan pemasangan sungkupan ialah seperti berikut:

1. Melindungi benih dari kerosakan serangga perosak dan percikan air siraman.
2. Memberikan kelembapan yang sempurna pada tanah.
3. Memberikan pantulan cahaya dan haba pada tanaman (Terutama plastik silvershine ) yng membantu mengurangkan serangan hama.
4. Mengurangkan kadar hakisan pada batas dan tanah.
5. Mengurangkan kadar pengwapan air tanah (Evapotranspiration)
6. Menjadi baja organik (Kes jerami dan rumput) apabila terurai dan berlaku pereputan.
7. Memaksimakan penggunaan bahan sungkupan terpakai (Jerami dan rumpai).
8. Meningkatkan hasil tanaman.
9. Mengurangkan pertumbuhan rumpai diatas batas atau tanah.
10. Mengikuti konsep Amalan Pertanian Ladang Baik (APB).

Aktiviti Pertanian di sektor perladangan pula menggunakan sungkupan jenis Rumpai Kekacang seperti Kacang Penutup Buni (Campuran 3 jenis kekacang seperti Centrosema pubecens dan 2 jenis lagi). Pihak pengurusan Estet di Malaysia membelanjakan sebanyak RM 10 - RM 15 juta setiap tahun untuuk penanaman sungkupan penutup bumi di ladang-ladang kelapa sawit dan ladang getah. Kaedah ini mesti dilakukan untuk mempastikan tanaman kelapa sawit dan getah tidak berlawan dengan kadar pertumbuhan rumpai yang lebih cepat. Penggunaan racun dan bertambahnya kanopi tanaman secara perlahan-lahan akan mengurangkan kepadatan tanaman sungkupan penutup bumi diladang sawit dan getah.

Semasa menjalankan temuduga pengambilan pegawai-pegawai baru sering saya tanyakan apakah itu SUNGKUPAN dan apakah itu CANTASAN dan apakah itu HAKISAN.Tahukan anda apabila berada di dalam situasi temuduga, calon-calon sering keliru dalam menerangkan makna dan fungsi ketiga-tiga perkara tersebut. Ada yang kata Hakisan ialah memotong dahan-dahan pokok yang tidak berguna dan Cantasan ialah kerja buat perlindungan pada tebing tanah!...Nasib le calon-calon yang Gabra!. Inilah artikel saya kali ini berkenaan dengan apa dia Sungkupan semuga memberikan sedikit ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi pertanian..

PENUTUP BATAS...IA SUNGKUPAN...
JERAMI PADI...DIJADIKAN BAHAN...
PLASTIK SILVERSHINE...JADI PILIHAN...
TANAMAN SUBUR...HASILNYA LUMAYAN...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Projek PB Sayuran Batu 19,
Sengkang, Bukit Gambir,
Muar, Johor
Malaysia.
(12 Ogos 2010)

LASTIK

LASTIK adalah satu nama yang sangat sinonim dengan zaman kanak-kanak dulu. Lastik merupaka sejenis alatan yang digunakan untuk melontarkan batu dengan pemegang dan getah kepada sasaran yang hendak ditujukan. Lastik sering digunakan untuk tujuan menghalau musuh tanaman dalam sektor pertanian dan merupakan satu alat digunakan untuk menghalau burung, tupai, monyet dan lain-lain perosak tanaman dan kini sebagai satu jenis sukan tradisional. Saya menulis artikel ini berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian saintifik. Ramai anak-anak muda sekarang tidak pernah menmegang atau menggunakan Lastik terutama mereka yang tinggal dikawasan bandar.

Komponen Lastik terdiri daripada Pemegang , Getah Elastik, Pemegang Peluru dan Peluru. Pemegang Lastik adalah Kayu atau Plastik berbentuk "Y" yang dicari daripada kawasan semak keliling kampong. Ukur lilit yang sesuai lingkungan 1.5 - 2 cm dan sebaiknya lebih besar dibahagian pemegang. Biasanya kulit kayu akan dikikis untu menjadikan pemegang kayu jadi halus dan cantik serta tidak licin. Kayu jenis pokok kayu leban dikenalpasti yang paling sesuai untuk dibuat pemegang lastik. Pemegang Lastik juga boleh dibuat dari kayu besar yang diukir menjadi bentuk "Y" dengan pelbagai rekabentuk mengikut kreativiti pemilik lastik yang kadang-kadang diukir sehingga sangat menarik.

Pemegang lastik akan diikat dibahagian atas "Y" kiri dan kanan dengan Getah elastik berukuran 1 cm lebar dan 40 -50 cm panjang (Bergantung kepada kesesuaian pengguna). Getah ini diambil daripada tiub basikal yang tidak digunakan dan digunting dengan teliti. Ikat menggunakan getah karet atau tali getah dari alur susu getah yang telah kering (Paling Kuat). Bahagian Pemegang Peluru diperbuat daripada Kulit Haiwan dari kasut terpakai atau kadang-kadang gunakan tayar basikal lama atau lain-lain bahan yang dipotong berbentuk bulat bujur 4 cm x 5-7 cm . Buatkan lubang sepanjang 1.2 cm dikiri kanan Pemegang Peluru dan masukkan Getah Elastik serta ikat dengan kuat menggunakan tali getah kering tadi.

Peluru Lastik biasanya menggunakan batu kerikil yang dikutip ditepi-tepi jalan (Dulu jalan kampung menggunakann batu kerikil tanah merah). Pilih batu kerikil berukuran 2-3 cm diameter dan sebaiknya berbentuk bulat. Masukkan batu-batu kerikil tadi kedalam bekas khas untuk digunakan sebagai "Karung peluru". Bagi rakan-rakan yang ada duit, mereka beli guli (Guli Putih atau Guli berbunga jernih) untuk digunakan sebagai peluru dan merupakan peluru terbaik...tapi sekali lastik akan hilang. Peluru yang tidak dipakai boleh digunakan untuk pemburuan akan datang. Pastikan stok peluru mencukupi kerana bila kehabisan peluru...kita kecewa ababila sasaran masih mencabar pelastik!

Setelah kelengkapan semua lastik lengkap, jalan kekawasan sasaran seperti kebun buah-buahan atau kawasan keliling kampung. Setelah menjumpai sasaran seperti burung atau tupai atau biawak maka persiapan melastik akan bermula. Pastikan kita 'senyap' agar sasaran tidak terbang jauh. Ambil peluru dan masukkan dalam bekas peluru. Halakan pemegang lastik kepasa sasaran dan tarik kebelakang getaah elastik tadi. Pejamkan sebelah mata untuk mempastikan peluru akan mengenai tepat sasaran dan lepaskan peluru. Peluru akan terbang menuju sasaran dan jika 'Tepat' mengenai burung makan burung tersebut akan jatuh atau terbang-jatuh. Jika tidak kena dengan segera isikan semula peluru dan teruskan pemburuan.

Beberapa petua melastik dalam aktiviti melastik perlu dipatuhi. Pertama pastikan tiada manusia dikawasan sasaran terutama jika melastik dikawasan rendah di kebun atau semak. Jika peluru mengenai manusia maka...nahaslah kita. Kedua jika melastik berhampiran rumah pastikan tidak kena tingkap sermin atau atap zink rumah tersebut...Kes naya kalau cermin pecah kena peluru plastik. Ketig ketika menbidik getah elastik jaga-jaga jika getah tersebut putus...alamak akibatnya bengkaklah mata dan muka kena libasan getah.

Lastik merupakan alat berkesan untuk kawalan secara IPM (Intergrated Pest Management) bagi membunuh, menyakitkan atau menghalau musuh tanaman di kebun dan sawah padi. Kepakaran melastik boleh didapati dengan membuat banyak latihan amali. Saya pernah ada kawan yng tahap ketepatan melastiknya sangat tinggi mencapai lebih 85% ketepatan.

Kini penggunaan Lastik kurang diamalkan...yang ada cuma acara dalam Hari Sukaneka atau Sambutan hari Keluarga, itu pun menggunakan lastik plastik dibeli dari kedai yang dibuat secara komersial (mungkin buatan dari negara China). Kepakaran generasi sekarang untuk membuat lastik sendiri sudah kurang. Gambar sebelah menunjukkan kanak-kanak pegang lastik pun terbalik da...Satu program pendedahan mungkin perlu diadakan bagi memperkenalkan semula lastik kepada generasi baru. Wallahualam...



ANAK KREATIF...BUAT LASTIK...
LASTIK TRADISIONAL....SANGAT MISTIK...
KAYU DIUKIR....DIPEGANG SECARA STATIK...
PELURU DIHALAKAN...SASARAN DI BIDIK...


By:
M Anem
Pelastik Handalan
Johor

Statistik Pertanian Malaysia

Malaysia merupakn sebuah negara yang masih aktif dalam sektor Pertanian selain daripada sektor Industri, Pembuatan dan Perkhidmatan. Penduduk Malaysia seramai 26.6 juta (2006) dijangka meningkat kepada 27.2 juta (2007), 29.7 juta (2008), 30.4 juta (2009) dan seramai 31.1 juta pada tahun 2010. Kebanyakkan mereka tinggal dikawasan bandar dan separuh lagi tinggal di kawasan luar bandar.

Dari segi Pertanian tanaman kelapa sawit merupakan satu dominasi dalam pengeluaran bahan manakan dan menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama minyak sawit dunia. Nilai tambah hasil produk kelapa sawit di pelbagaikan dengan pengeluaran pelbagai produk makanan, bahan kimia, kosmetik, bio-diesel dan pelbagai lagi. Pengeluaran getah asli dari Malaysia juga menyumbang kepada sektor pertanian dalam negara walau pun tanaman getah telah di terajui oleh Thailand dan Indonesia pada masa ini. Tanaman lain yang masih ketara dalam sumbangan kepada sektor pertanian ialah produk kayu balak dari hutan di Malaysia.

Tanaman makanan masih diusahakan oleh para petani di Malaysia seperti tanaman padi, sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman minuman (Teh, Kopi dsb), tanaman kontan (Keledek, jagung, keladi, ubi kayu dan lain-lain lagi). Malaysia mensasarkan penggunaan perkapita bagi beras daripada 85 kg/orang/tahun pada tahun 2006 kepada sebanyak 94 kg/org/tahun pada tahun 2008. Penggunaan perkapita buah-buahan pula daripada 62 kg/org/tahun disasarkan meningkat kepada 83 kg/org/tahun pada tahun 2010 sementara penggunaan perkapita sayuran kepada 23 kg/ha /tahun pada 2010 berbanding cuma 26 kg/ha/tahun pada 2006.


Nilai ekspot sektor pertanian Malaysia cuma RM 71.024 billion pada 2006 dijangka meningkat kepada RM 108.710 billion pada 2008 dimana daripada jumlah tersebut sebanyak RM 1.38 billion adalah jumlah ekspot dari subsektor tanaman (2006) dan sebanyak RM 1.599 billion (2008). Malasyia juga mengekspot produk beras sebanyak RM 210 juta (2006) dan RM 203 juta pada tahun 2008. Nilaai ekspot buah-buahan juga meningkat daripada RM 459 juta (2006) kepada RM 487 juta pada 2008. Ekspot sayur-sayuran Malaysia juga meningkat dari RM 511 juta (2006) kepada RM 665 juta pada 2008.

Kita juga mengimpot sebanyak RM 40.264 billion (2006) produk pertanian meningkat kepada RM 58.782 billion pada tahun 2008 dan dijangka sebanyak RM 70.5 billion pada 2010. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 3.644 billion adalah produk subsektor tanaman (2006) atau sebaanyak RM 5.628 billion (2008). Pecahan nilai impot mengikut komoditi pada tahun 2008 ialah Beras (RM 2.707 billion), Buah-buahan (RM 883 juta), Sayur-sayuran (1.880 billion) , Kelapa (RM 15 juta) dan produk Florikultur (RM 15 juta). Ini menjadikan Malaysia merupakan 'Net food importer' setiap tahun.

Malaysia mengimpot sebanyak 843,260 metrik tan beras pada tahun 2006 meningkat kepada sebanyak 1,098,011 metrik tan pada tahun 2008 daripada negara luar (Thailand, Myanmar, Vietnam) dan sebagainya. Walaupun Malaysia menanam padi seluas 672,304 hektar pada 2009 hanya seluas 506,330 hektar yang berjaya dituai dengan penghasilan padi sebanyak 2,460,446 metrik tan dan menjadi beras sebanyak 1,585,708 metrik tan. Purata penghasilan padi di Malaysia adalah sebanyak 3.66 metrik tan sehektar pada tahun 2009 berbanding cuma 3.236 kg/ha pada tahun 2006. Kawasan jelapang padi Malaysia seluas 204,246 hektar yang terdapat di Kedah, Perlis, Selangor, Perak, Kelantan perlu dikekalkan begitu dengan kawasan tanaman padi tradisi di Sarawak dan Sabah.

Penanaman buah-buahan di Malaysia seluas 281,223 hektar pada tahun 2006 hanya bertambahn sedikit kepada 275,650 pada 2009 dengan penghasilan sebanyak 1,699 juta tan (2009). Seluas 221,100 hektar tanaman buah-buahan berada di Semenanjung Malaysia, 18,150 hektar di Sabah dan 35,100 hektar di Sarawak sementara 300 hektar di WP Labuan. Nilai pengeluaran hasil buah-buahan meningkat daripada RM 2.762 billion (2006) kepada sebanyak RM 3.782 billion pada tahun 2009.


Malaysia juga menanam seluas 38,070 hektar sayur-sayuran pada tahun 2009 berbanding dengan seluas 39,659 hektar pada tahun 2006. Penghasilan juga menurun dari 572,687 metrik tan kepada 493,470 metrik tan pada 2009. Nilai pengeluaran sayur-sayuran di Malaysia adalah sebanyak RM 1.356 billion pada 2009 yang kebanyakkannya sayuran yang sesuai ditanam. Impot sayur-sayuran merupakan jenis 'temperate vegetables' seperti tomato, kobis, cili, bawang, cauliflower, salad, kentang dan sebagainya.

Terdapat 12,300 hektar kawasan yang ditanam dengan tanaman kontan di Malaysia dengan sebanyak 111,950 metrik tan hasil bernilai sebanyak RM 210,373 juta pada tahun 2009. Antara tanaman kontan yang luas ditanam adalah jagung, keladi, ubi kayu, kacang tanah, keledek dan sebagainya. Sebahagian tanaman kontan adalah ditanam untuk diproses dalam aktiviti Industri Asas Tani seperti memebuat kerepek, ubat gigi, kueh-mueh dan sebagainya.

Malaysia menanam seluas 4,740 hektar tanaman herba dan rempahratus pada 2009 dengan penghasilan sebanyak 37,740 metrik tan dan bernilai RM 110.215 juta. Antara produk herba yang ditanam seperti serai, limau purut, tongkat ali, cekur, cengkih dan sebagainya. Dari segi bunga-bungaan (Florikultur) seluas 1,930 hektar dimajukan pada 2009 dengan pengeluaran sebanyak 165.6 juta keratan bernilai sebanyak RM 142.611 juta. Kebanyakan kawasan pengeluaran bunga di Malaysia di Cameroon Highland dan di Sabah.

Artikel ini membentangkan statistik asas pertanian di Malaysia berdasarkan statistik. Diharap laporan ini sedikit sebanyak membantu kita mengetahui maklumat yang berkaitaan. Sektor pertanian negara kita perlu terus dimajukan agar negara dapat mengurangkan imbangan impot bahan makanan. Imbangan nilai impot dan ekspot perlu dilihat sebagai satu faktur penting dalam negara tidak terlalu bergantung kepada luar negara demi "Food Securiity" di Malaysia.
Sekian sahaj nukilan kali ini.


DAH LAPAR...NAK PERGI MAKAN...
MAKAN NASI....BERAS IMPOT....
BELI DAGING... DARI INDIA....
MAKAN BAWANG...DARI CHINA...
BUAH EPAL...BUAH PEAR...
BELI BELIMBING...DENGAN PAPAYA...
MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN...



By
M Anem
Pct 11
Putrajaya


Tuesday, August 3, 2010

UKUR MANIS BUAH





Bagaimana kita nak tahu buah itu manis?
Selalunya kita rasa dengan lidah untuk menyatakan buah itu manis, masam atau kelat. Kalau buah itu sangat masam akibatnya muka akan berkedut atau badan akan mengigil akibat kemasaman. Kalau buah sangat manis juga tindakan yang sama akan dibuat oleh mereka yang makan buah tersebut. Jadi kita perlu ada ilmu bagaimana hendak mempastikan Dajah Kemanisan Buah secara Saintifik. Artikel saya akan menerangkan cara yang betul dalam mengetahui tahap kemanisan buah dengan menggunakan Brixmeter. Pengalaman sebagai pegawai teknikal pertanian dan kursus ketika di universiti dulu digunakan sebagai asas perbincangan artikel ini.

Darjah Brix (simbol °Bx) merupakan satu cara untuk mengukur tahap kemanisan dalam larutan pada buah-buahan dan lain-lain larutan. Satu Darjah Bris adalah dimaknakan sebagai 1 gram sukros (Gula) dalam 100 grams larutan cecair yang menunjukkan kepekatannya dalam unit berat (% w/w) . Unit Darjah °Bx selalu digunakan dalam menentukan kemanisan dalam Madu ebah, Jus Buah, Wain, Larutan Gula dan sebagainya dalam industri berkaitan. Kaedah perkiraan Brix merupakan kaedah paling mudah dan luas digunakan dalam dunia.

Alat untuk mengukur kemanisan anggur (Gambar kiri) sering digunakan untuk mempastikan tahap kematangan buah anggur. Alat ini akan diletakkan berhampiran buah dan sebiji buah anggur akan di masukkan kedalam 'sensor' dan bacaan elektronik akan didapati. Penanam anggur boleh menjalankan aktiviti agronomi untuk mempastikan anggur yang dihasilkan nanti seperti tahap kemanisan yang dikehendakki. Anggur merupakan bahan mentah yang sangat penting untuk membuat wain. Ketepatan kandungan gula dan kemanisan akan menentukan kualiti wain yang akan dihasilkan.

Terdapat banyak model alat mengukur darjah kemanisan di pasaran. antara alatan yang paling mudah didapati ialah alat yang di panggil sebagai Briemeter atau juga boleh diguna Refractometer. Alat ini kecil dan mudah dibawa serta senang digunakan. Dengan mengambil jus buah-buahan terpilih dan titiskan pada permukaan khas dibahagian hujung alat kemudian tutup dan bacaan dilihat dengan mata melalui kanta di sediakan. Meter akan menunjukkan peratus kadar kemanisan pada skel dalam Brixmeter. Jika bacaan pada angka 12 maknanya darjah kemanisan adalah 12%. Jika bacaan pada 18 maknanya buah tersebut adalah sangat manis dimana kandungan gula sebanyak 18%. Bersihkan permukaan dan penutup dimana sampel diletakkan untuk mengurangkan gangguan pada sambel berikutnya.



Keujudan alat ini dapat membantu pegawai pengembangan dan petani mendapatkan bacaan tepat mengenai kemanisan buah. Kalau buah kurang manis perlu dibuat kajian adalah ianya disebabkan oleh sifat semulajadi pokok tersebut (Klon buah masam) atau boleh di perbaiki tahap kemanisan dengan kaedah-kaedah lain. Antara penambahbaikan kemanisan buah tropika ialah dengan menggunakan lebih baja organik yang sesuai dan bahan kimia yang sesuai.

KEMANISAN BUAH...BOLEH DIUKUR...
MUDAH DIBAWA....TAHAN DIGUNA....
DENGAN TEKNOLOGI...KITA BERSYUKUR...
NAK BELI ALAT...BUKAN KEDAI SERBAGUNA....



Related Articles:
1. Anggur (Klik disini)
2. Limau Mandarin (Klik disini)
3. Jambu Batu (Klik disini)
4. Nona Kapri (Klik disini)
5. Malaysian Agriculture Standards (Click here)

By,
M Anem
MAEPS, Serdang,
Selangor, Malaysia.
(Menguruskan Gerai Hasil Pertanian 2011)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...