Support My Blog

Showing posts with label PUCUK KEMANGI - BOLEH JADI ULAM?. Show all posts
Showing posts with label PUCUK KEMANGI - BOLEH JADI ULAM?. Show all posts

Friday, May 8, 2026

PUCUK KEMANGI - BOLEH JADI ULAM? (Part 1)

ULAM PUCUK KEMANGI
adalah daun daripada pucuk pokok kemangi (Ocimum basilicum var. anisatum) iaitu sejenis herba aromatik dalam keluarga selasih yang mana popular dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bahan penambah aroma dalam masakan seperti sambal, masak lemak dan masakan Vietnam (phở) kerana baunya yang wangi dan menyengat. Ia mempunyai saiz daun kecil runcing dan batang hijau atau ada sedikit warna keunguan. Penulis blog dapati dimana d
aun kemangi adalah sejenis tumbuhan herba aromatik yang sangat popular dijadikan ulam-ulaman mentah atau bahan perasa dalam masakan terutamanya dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Daun kemangi yang beraroma dan mempunyai bau yang wangi yang amat menyegarkan dengan ada sedikit rasa pedas (seakan bau limau atau anise) dan ciri ini yang menjadikannya penyegar mulut semulajadi. DIlaporkan daun ini ia dijadikan ulaman yang hebat dan dimakan mentah bersama sambal belacan, nasi kerabu atau bahan ramuan bagi makanan laksa. Apa pun didalam masakan tempatan daun kemangi ini ia sering juga untuk dimasukkan ke dalam masakan pepes, gulai atau dalam pelbabagai jenis masakan Thai (seperti Green Curry) untuk menaikkan aromanya. Ada perbezaan daun kemangi dengan daun selasih dimana jika di teliti daun kemangi lebih runcing dan baunya lebih menyengat berbanding daun selasih biasa. Ia didakwa mengandungi antioksidan tinggi yang baik untuk kesihatan dan bertindak sebagai ejen anti-stres jika diambil dengan cara dan kuantiti yang tepat. Ia sering disajikan dalam pinggan ulam bersama timun dan kobis bulat iaitu dijadikan sebagai penambah selera memakan nasi bersama laukpauk yang lain. Penulis blog sesekali ujirasa ulam daun kemangi dengan memberikan aroma atau bau seakan bau lemon atau citrus yang kuat dan menyegarkan. Selain di makan sebagi ulam mentah di mana daun kemangi juga akan dimasak dengan beberapa resepi popular tempatan. Kajian makmal mendapati jika daun kemangi ini ia kaya dengan kandungan minyak esensial, antioksidan dan bersifat antibakteria yang baik untuk kesihatan. Walaupun sering disamakan dengan selasih (Thai basil) sebenarbya hasil kajian saintifik dimana daun kemangi biasanya mempunyai bau yang lebih wangi dan saiz daun yang lebih kecil atau lebih runcing dan lazimnya pengambilan pucuk daun kemangi sangat mudah didapati dan popular di Indonesia, Malaysia dan Thailand. Artikel pagi Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira  menganalisa fakta mengeai ulam pucuk daun kemangi untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.


Tumbuhan 
Kemangi atau ia juga sering disamakan dengan nama sebagai 'Lemon Basil' adalah sejenis ulam yang sangat popular dalam masakan Melayu dan Indonesia. Walaupun namanya Selasih (Thai basil) dimana penulis blog mendapati tumbuhan ini ia sering dikelirukan yang ain sebab ada terdapat beberapa jenis kemangi atau jenis  selasih yang biasa digunakan sebagai ulaman. Antara beberapa jenis kemangi ada Jenis Kemangi Tempatan atau 'Lemon Basil' dengan nama saintifik iaitu Ocimum citriodorum yang mana ia mempunyi ciri daunnya lebih halus, berwarna hijau muda dan mempunyai bau aroma limau atau bau citrus yang kuat. Jenis ini ia paling popular dijadikan ulam mentah, ulam nasi kerabu atau sesuai untuk dimakan sebagai ula bersama sambal. Jenis kedua ada Jenis Selasih Thai atau namanya 'Thai Basil' (Ocimum basilicum var. thyrsiflora) dimana ciri jenis ini ia mempunyai batang dan bunganya berwarna ungu, daun lebih tebal dan kasar dengan ia mempunyai baunya lebih kuat seakan-akan licorice atau rempah yang sesuai untuk masakan panas seperti tomyam atau masakan Ala-Thai namun boleh juga dijadikan ulam jika suka rasanya yang kuat. Penulis blog dapati jenis ketiga adalah Jenis Selasih Manis atau Sweet Basil (Ocimum basilicum) dimana cirinya ia mempunyai daunnya lebar serta daunnya berwarna hijau muda dengan ciri baunya harum akan tetapi kurang bau citrus berbanding daun kemangi dimana ia selalu akan digunakan dalam masakan Barat (pesto) atau dimakan segar sebagai ulam juga. Asa bagi membezakan diantara jenis daun kemani dengan jenis daun selasih adalah  dimana pokok Kemangi berbatang hijau, bunga putih, aroma limau, lebih lembut sementara bagi Selasih ia berbatang atau berbunga ungu dengan mempunyi aroma Licorice (rasa agak pedas) yang tahapnya adalah ia lebih kuat. Dilaporkan iaitu kedua-duanya berkhasiat untuk menghilangkan bau mulut dan melancarkan pencernaan serta baik untuk di jadikan makanan yang berkhasiat juga.


Walau pun kegunaan daun ini untuk dicampur dalam permakanan dibeberapa negara tetapi khasiat utama dan kegunaan yang lebih bernilai adalah penghasilan ekstrak daun kemangi. Kebanyakannya digunakan sebagai herba berguna untuk perubatan. Kajian saya mendapati dari beberapa rujukan setiap 100 gram daun kemangi mengandungi 22 kJ tenaga, 2.65 g karbohiderat, protin (3.15 g), lemak (0.64 g), Air (92 g), Vitamin (294 microgram), Vitamin C (18 mg), Vitamin E (0.8 mg), Vitamin K (414 mg), Zat Besi (31.7 mg), Mg (64 mg), Mn (1.148 mg), P (56 mg), K (295 mg), Na (4 mg), Zn (0.81 mg) dan banyak lagi nutrien lain. Kandungan dilakukan berdasarkan kajian makmal pelbagai unsur ini menyebabkan daun kemangi mempunyai nilai yang sangat tinggi untuk tujuan perubatan. Penanaman daun kemangi dijalankan adalah dimana kebanyakannya dalam pot atau bekas tanaman untuk kegunaan sendiri tetapi kini telah ada usaha untuk menanam daun kemangi bagi tujuan untuk penghasilan komersial terutama untuk menghasilkan ekstrak minyak daun kemangi. Tumbuhan Kemangi adalah jenis herba renek yang mempunyai daun berwarna hijau bersaiz purata 1 cm panjang berbentuk plonjong panjang dan oval. Batangnya bersegi dan banyak cabang serta agak berbulu untuk sesetengah spesis. Kebanyakan daun kemangi yang terdapat di malaysia adalah berwarna hijau sepenohnya walau pun dibeberapa negara lain ada yang daunnya berwarna ungu kehijauan. Bunganya berbenutuk terbuka dengan mempunyai kelopak dan petiol yang jelas dibahagian pucok. Pendebungaan boleh berlaku secara bersilang (cross pollination) kerana bunganya adalah terbuka.


Dilaporkan jika menan
am pokok ulam kemangi sangat mudah sama ada cara menanam menggunakan biji benih atau pun menggunakan cara keratan batang. Cara terbaik dan mudah dilakukan adalah merendam keratan batang dalam air selama seminggu untuk mengeluarkan akar sebelum ditanam dalam tanah yang lembap dan mendapat matahari penuh. Pokok yang dijaga baik subur di baja dan mesti dibuat pemangkasan kerap yang penting untuk merangsang pengeluaran banyak tunas baru. Cara Menanam Kemangi (Guna Keratan Batang) dimana kaedah ini adalah lebih cepat dan praktikal di lakukan di rumah. Sebaiknya di pilih keratan batang kemangi yang sihat yang di potong panjang anggaran 10-15 cm dan ia kemudian perlu di rendam dalam air selama seminggu sehingga akar tumbuh dan kemudian boleh ditanam ke dalam tanah lembap atau dalam pasu yang ada media sesuai. Pastikan ia di letakkan di tempat teduh agar ia tidak terkena matahari terik terus sehingga akar cukup kuat dan tunas baru keluarkan di tempat yang banyak cahaya matahari untuk fotosintesis. Kalu suka boleh menanam dengan Cara Menanam Kemangi Dari Biji Benih dimana pilih bijibenih yang matang dan sihat dan anakbenih dalam pasu semaian yang berisi tanah campuran tanah topsoil dan kompos. Kemudian boleh di pindahkan anakbenih kekebun atas batas atau kedalam pasu dengan media sesuai untuk pertumbuhan dilakukan selepas anak benih mempunyai 4-6 helai daun. Penjagaan Pokok Kemangi dengan pastikan di lokasi yang banyak cahaya Matahar agar tumbuh subur merimbun. Pastikan tanah sentiasa lembap dengan menyiram iar ikut jadual akan tetapi pastikan yang air tidak bertakung. Beri baja seperti jenis baja NPK (seperti NPK 15-15-15) untuk menggalakkan pertumbuhan subur dan juga baja organik. Pangkas pucuk secara berkala supaya pokok tidak cepat berbunga dan menjadi lebih rimbun dan aktiviti menuai daun dengan memetik pucuk atas supaya pokok bercabang lebih banyak seberapa kerap. Kemangi adalah ulam yang sangat sedap dimakan bersama sambal atau masakan berkuah. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technolohy kali imi. Wasallam!!!...
PUCUK KEMANGI... ULAM RUPANYA...

ULAM SEGAR... BERKHASIATNYA DIA...
MUDAH DI TANAM...CARI BENIHNYA...
BACA ARTIKEL... FAHAM FAKTANYA ...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Zulkaedah 1447H).

PUCUK KEMANGI - BOLEH JADI ULAM? (Part 2)

ULAM PUCUK KEMANGI
adalah daun daripada pucuk pokok kemangi (Ocimum basilicum var. anisatum) iaitu sejenis herba aromatik dalam keluarga selasih yang mana popular dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bahan penambah aroma dalam masakan seperti sambal, masak lemak dan masakan Vietnam (phở) kerana baunya yang wangi dan menyengat. Ia mempunyai saiz daun kecil runcing dan batang hijau atau ada sedikit warna keunguan. Penulis blog dapati dimana daun kemangi adalah sejenis tumbuhan herba aromatik yang sangat popular dijadikan ulam-ulaman mentah atau bahan perasa dalam masakan terutamanya dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Daun kemangi:yang beraroma dan mempunyai bau yang wangi yang amat menyegarkan dengan ada sedikit rasa pedas (seakan bau limau atau anise) dan ciri ini yang menjadikannya penyegar mulut semulajadi. DIlaporkan daun ini ia dijadikan ulaman yang hebat dan dimakan mentah bersama sambal belacan, nasi kerabu atau bahan ramuan bagi makanan laksa. Apa pun didalam masakan tempatan daun kemangi ini ia sering juga untuk dimasukkan ke dalam masakan pepes, gulai atau dalam pelbabagai jenis masakan Thai (seperti Green Curry) untuk menaikkan aromanya. Ada perbezaan daun kemangi dengan daun selasih dimana jika di teliti daun kemangi lebih runcing dan baunya lebih menyengat berbanding daun selasih biasa. Ia didakwa mengandungi antioksidan tinggi yang baik untuk kesihatan dan bertindak sebagai ejen anti-stres jika diambil dengan cara dan kuantiti yang tepat. Ia sering disajikan dalam pinggan ulam bersama timun dan kobis bulat iaitu dijadikan sebagai penambah selera memakan nasi bersama laukpauk yang lain. Penulis blog sesekali ujirasa ulam daun kemangi dengan memberikan aroma atau bau seakan bau lemon atau citrus yang kuat dan menyegarkan. Selain di makan sebagi ulam mentah di mana daun kemangi juga akan dimasak dengan beberapa resepi popular tempatan. Kajian makmal mendapati jika daun kemangi ini ia kaya dengan kandungan minyak esensial, antioksidan dan bersifat antibakteria yang baik untuk kesihatan. Walaupun sering disamakan dengan selasih (Thai basil) sebenarbya hasil kajian saintifik dimana daun kemangi biasanya mempunyai bau yang lebih wangi dan saiz daun yang lebih kecil atau lebih runcing dan lazimnya pengambilan pucuk daun kemangi sangat mudah didapati dan popular di Indonesia, Malaysia dan Thailand. Artikel pagi Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira bagi  menganalisa fakta mengeai ulam pucuk daun kemangi untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.


Dilaporkan dimana daun kemangi sangat berkhasiat untuk kesihatan kerana kaya dengan antioksidan (eugenol, flavonoid), antibakteria dan zat anti-radang. Ia juga didakwa amat berkesan meningkatkan pencernaan, mengurangkan stres, meningkatkan kesuburan lelaki, merawat batuk/selsema, menurunkan gula darah bagi diabetes, serta bertindak sebagai agen anti-penuaan untuk kulit. Kh
asiat utama daun kemangi termasuk Menjaga Kesihatan Pencernaan iaitu dengan membantu meredakan kram perut, merawat gangguan pencernaan dan infeksi usus. Ia juga mampu untuk Mengurangkan Stres dan Cemas sebab kandungan di dalamnya berfungsi sebagai adaptogen yang membantu meredakan stres oksidatif. DIlaporkan kemangi akan dapat Meningkatkan Kesuburan Lelaki dimana ada hasil kajian menunjukkan kemangi dapat meningkatkan kualiti dan pergerakan (motiliti) sperma. Tumbuhan herba ini juga di dakwa ia mampu  Meredakan Batuk dan Selsema sebab ujud bahan bersifat antibakteria yang tinggi membantu mengeluarkan dahak (mukolitik). Ia dilaporkan akan dapat Mengawal Gula Darah dimana ciri ini ia s untuk penderita diabetes 2 kerana ia dapat membantu menurunkan kadar gula darah. Bagus makan ulam daun kemangi sebab ia menjaga Kesihatan Kulit dan Mulut dimana zat antioksidan berkesan agar untuk awet muda (mencegah penuaan awal iaitu sifat antibakteria membantu menyegarkan mulut. Ia di dakwa berbag bahan Anti-Radang dan selalu di minum untuk gastrik dimana selain dimakan mentah sebagai ulaman dun kemangi boleh direbus dan diminum airnya, atau dijadikan masker wajah. Pengambilan daun kemangi yang berlebihan ada ancaman sebab ia boleh  menurunkan tekanan darah dan kadar gula terlalu rendah. Apa pun daun kemangi (ulam) kaya dengan antioksidan, vitamin C, dan komponen antikuman yang sangat baik untuk kesihatan.  Berdasarkan maklumat terkini (Mei 2026) dimana harga ulam kemangi ia biasanya dijual secara seikat dengan harga yang murah, sekitar RM1 seikat atau kalau beli harga borong adalah sekitar RM6 - RM18 sekilogram. Jualan anakbenih yang ada dlam pasu adlah sekiuuat RM9 - RM10.50 satu pokok untuk  ditanam sendiri. Ulam kemangi (daun basil) ialah herba yang sangat harum dan enak dimakan segar atau sebagai penambah aroma dalam masakan. Cara mekannya adlah engan Cara Makan Mentah (Ulam Segar) iaitu cara paling popular adalah memakan daunnya secara mentah bersama nasi panas, sambal belacan, ikan goreng atau timun. dan boleh di cicah dengan sambal seperti jenis sambal belacan, sambal tempoyak atau sambal tempe dan selalunya aroma daun kemangi ini akan menaikkan selera. Ia juga boleh di sediakan dengan Resepi Dau Kemangi Berkuah dimana daun ini ia sering dimasukkan ke dalam masak lemak, asam pedas, atau sup untuk memberi aroma wangi, terutamanya dalam masakan ala Thai. [Ia juga boleh di masak Resepi Kemangi  Urap atau Kerabu Kemangi dimana sesai untuk ia dicampurkan dalam campuran ulam-ulaman untuk membuat kerabu atau urap bersama kelapa parut. Pastikan pucuk daun kemangi dicuci bersih sebelum dimakan dan diambil bahagian daun muda untuk rasa yang lebih enak.


Laporan dari k
ajian saintis menujukkan yang minyak ekstrak dari kemangi adalah sangat benililai tinggi di pasaran antarabangsa. Walau pun kandungan minyak dari biji sangat sedikit dan harganya sangat mahal tetapi khasiatnya adalah sangat baik. Kualiti minyak pati sangat baik sehingga mampu bertahan aromanya melebihi satu minggu iaitu satu jangkamasa yang sangat tahan lama. Aroma minyak ini sangat berguna untuk menghilangkan pening kepala, menyembuhkan muntah-muntah, migrain, kekejangan otot dan yangpaling berguna adalah untuk kegunaan lelaki. kajian klinikal menunjukkan pengguna minyak dan khasiat daun kemangi akan dapat meningkatkan kecergasan sperma lelaki dan meningkatkan lobido. Ketahuilah tumbuhan daun kemangi dan tanam pokok untuk dapatkan daun kemangi bagi kegunaan keluarga anda. Sebaiknya dipastikan tumbuhan daun kemangi yang anda hendak tanam dari spesis yang betul dan dari sumber yang dipercayai. Penanaman herba seperti ini dan juga ilmu pengetahuan bagaimana hendak menanam, menjaga dan menggunakan input perlu di perolehi dahulu dari mana-mana sumber rujukkan. Banyak jenis herba di Malaysia yang boleh di eksploitasi bagi mengingkatkan penerokaan dunia herba pada masa akan datang.


Dalam portal hmetro.com di laporkan kisah '
Hasil jual ulam tampung sekolah anak hingga universiti' yang wajar ia di kongsikan dengan pembaca blog anim agro semua. Bagi Pn Jamaliah (kanan) yang dibantu suaminya Ahmad Razali memetik pucuk daun salam di kebun ulam-ulaman mereka di Kampung Bukit Nambua, Kuala Nerang adalah kerja seharian. Kini kereka sudah bersyukur kerana hasil menjual ulam-ulaman ini juga dapat digunakan untuk menampung persekolahan anak sehingga mereka berjaya ke universiti. Idea kreatifnya yang menambah pendapatannya dengan menjual ulam-ulaman sejak 15 tahun lalu membuahkan hasil apabila permintaan terhadap makanan sihat itu semakin meningkat saban tahun. Baginya kerja menoreh getah kini telah menjadi pendapatan sambilan apabila hasil pendapatan jualan ulam-ulamannya kini muncul pendapatan utamanya selepas mampu mencecah jualan RM1,000 sebulan. Mereka mula memetik ulam-ulaman selepas pulang dari menoreh getah. Dia yang mulanya kami hanya menanam beberapa jenis ulam di halaman rumah dan menjual kepada peniaga di sekitar Pekan Kuala Nerang dan lama-kelamaan permintaan terhadap ulam-ulam semakin mendapat sambutan. Isteri saya dahulunya suka tanam pokok bunga kini telah berminat untuk tanam ulam-ulaman kerana dilihat mampu menjadi pendapatan keluarga. Mereka juga ada memanfaatkan kawasan rumah mereka dan juga tanah seluas 0.5 hektar yang berdekatan dengan menanam kira-kira 10 jenis pokok ulam-ulaman dan dijaga dengan rapi termasuk menyembur vitamin malah tanah 0.5 hektar ini juga dibeli hasil daripada wang simpanan jualan ulam-ulaman sebelum ini. Tanah ini kami guna dengan menanam kira-kira 500 pokok ulam-ulaman. Diantara ulam-ulaman yang mendapat permintaan adalah pucuk janggus, putat, cili, salam, beka, merunggai, cekur, asin-asin, selom, kemangi, bunga kantan dan limau kasturi. Dakwanya permintaan ulam-ulaman ketika negara dulu dilanda pandemik koronavirus (Covid-19) juga tidak putus malah semakin meningkat sehingga gagal untuk menampung permintaan tersebut. Mereka menjual atau menghantar ulam mereka ke pasar pagi dimana ada kadang-kadang pelanggan yang merupakan peniaga akan datang sendiri 'menyambut' ulam-ulaman ini terutamanya bekalan yang sukar didapati seperti ulam beka. Biasanya ulam beka dijual dengan harga RM3 hingga RM5 sekeping mengikut saiz. Sebiji buah merunggai pula dijual dengan harga 50 sen sekilogram manakala ulam-ulaman lain dijual dengan harga berbeza mengikut jenis iaitu antara RM6 hingga RM8 sekilogram. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technolohy kali imi. Wasallam!!!...
PUCUK KEMANGI... ULAM RUPANYA...

ULAM SEGAR... BERKHASIATNYA DIA...
MUDAH DI TANAM...CARI BENIHNYA...
BACA ARTIKEL... FAHAM FAKTANYA ...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Zulkaedah 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...