Support My Blog

Showing posts with label OKRA - APA FAKTA PENTING. Show all posts
Showing posts with label OKRA - APA FAKTA PENTING. Show all posts

Wednesday, April 22, 2026

OKRA - APA FAKTA PENTING (Part 2)

OKRA atau Bendi (Abelmoschus esculentus) di Malaysia adalah sejenis sayuran hijau berbentuk panjang meruncing (seperti jari) yang berlendir dan sangat berkhasiat. Apa pun bagi penulis blog tumbuhan daripada keluarga Malvaceae adalah popular di tanam di Malaysia dimana pada tahun 2025 seluas  4,001 hektar di tanam dengan ia menghasilkan sebanyak 76,191 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Penuis blog mendapati Negeri Johor paling luas menanam bendi iaitu seluas 1,460 hektar menghasilkan 27,442 metrik tan diikuti dengan Perak (553 ha) dan Kelantan (443 ha). Tinjauan penulis blog dibeberapa negeri mendapati dimana penanaman bendi ini selaunya ia dikombinasikan dengan sayuran buah yang lain seperti terung, timun, peria dan juga sayuran daun. Selain itu penanaman benii juga dilakukan dikawasan sekeliling rumah didalam pasu atau polibeg sebagai salah satu tanaman dibawah program bumi hijau yang popular. Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan biji kopi. Apa pun antara fakta penting mengenai Okra atau 'Bendi' atau 'Lady's finger' atau 'Kacang mior' ia memiliki lendir khas yang muncul terutamanya apabila dihiris dan dimasak dimana lendir ini mengandungi serat larut yang sihat. Terdapat dua jenis atau varieti utama iaitu Jenis Okra Hijau dan Jenis Okra Merah. Apa pun selalunya jenis okra merah akan berubah menjadi hijau apabila dimasak. Khasiat okra yang penting adalah ia dilaporkan mengandungi tinggi serat yang baik untuk proses pencernaan, vitamin C untuk imuniti, serta membantu dalam mengawal paras kolesterol dan gula dalam darah. Paling seronok beli okra dimana cara masak ia boleh direbus, ditumis, dibakar atau dijadikan kari dan sup. Okra memang ia kaya dengan serat, vitamin C, vitamin K dan antioksidan. Apa pun okra adalah makanan rendah kalori dan menjadikannya pilihan tepat untuk diet. Artikel pada petang Ahad ini saya terus menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai okra dan beberapa fakta penting bagi dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Bagi penulis blog okra atau lebih dikenali sebagai kacang bendi di Malaysia adalah sayuran yang sangat serba guna dan popular. Ia terkenal dengan teksturnya yang sedikit berlendir apabila dimasak namun tekstur itu sebenarnya memang ia menyedapkan kuah dan memberi khasiat. Ada banyak resepi popular dan sedap dan menggunakan okra di Malaysia yang mudah untuk ia disediakan. Pertama adalah Resepi Okra Goreng Belacan atau Okra Sambal dimana resepi ini dilaporkan ia paling popular di masak dan di sukai ramai. Ini adalah cara masakan ala-kampung yang paling digemari banyak kalangan dan juga lapisan masyarakat sebab ada rasa pedas, lemak dan rangup. Bendi goreng belacan ialah hidangan sayur ringkas dan pedas dengan sediakan dan menggunakan bendi yang ditumis dengan sambal belacan (cili, bawang putih, udang kering) sehingga layu tetapi tetap rangup. Ia sangat popular di Malaysia kerana rasanya yang umami dan penyediaannya yang cepat dan ia biasanya siap dalam 15-20 minit. Bahan-bahan disediakan terdiri dari 200 - 300g Bendi (perlu dicuci, dikeringkan sesuai dipotong menyerong). Bagi bahan kisar atau tumbuk sediakan cili merah atau cili padi, bawang merah, bawang putih, udang kering, dan belacan bakar, minyak masak, air, garam dan juga gula secukup rasa. Cara masak ramuan sambal dipanaskan minyak untuk menumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan wangi (4-5 minit) dan bila masak boleh dimasukkan bendi, goreng dengan api besar selama 2-3 minit supaya bendi tidak terlalu lembik (kekal rangup). Boleh ditambah sedikit air jika terlalu kering, garam dan gula secukup rasa dan diangkat untuk disajikan segera sesuai di makan dengan nasi panas. Kedua yang popular di Malaysia tentunya Resepi Okra Tumis Telur Pedas sebab ia adalah sejenis respei paling mudah disediakan dan cepat. Bahan disediakan adalah okra yang segar dan di tumis dengan bawang putih, cili merah dan dipecahkan telur ke dalamnya di masak sehingga sebati dan matikan api. Ia sangat sesuai untuk hidangan pantas dan mengurangkan lendir dalam okra tersebut disukai semua golongan. Ketiga adalah Resepi Okra Goreng Kicap yang setiap bulan penulis blog pasti akan memasaknya. Bahan di sediakan adalah okra segar yang di potong dan bahan tumisan serta kicap. Cara masak dengan menyaediakan bahan tumisan dari bawang merah, bawang putih, ikan bilis, dan bahan perisa di tumis sebelum dimasukkan potongan okra kedalam kuali. Kemudian di masukkan kicap dan di masak rangup (jangan over cook). Matikan api dan resepi ini sudah sedia di hidangkan. Keempat adalah Resepi Goreng Okra Bersalut Tepong atau Okra Celup Tepong dimana ia seusai dijadikan makanan snek atau lau dimakan dengan nasi putih. Bagi penulis blog dimana makanan okra celup tepung (atau bendi goreng rangup) adalah hidangan di mana okra muda disalut dengan campuran tepung dan digoreng sehingga garing. Ia merupakan snek atau lauk sampingan yang popular kerana teksturnya yang rangup di luar namun lembut di dalam. Bahan disediakan adalah okra muda dipilih supaya tidak keras dan ia biasanya dipotong nipis atau dibelah dengan cara empat memanjang. Bagi salutan tepung disediakan dengan campuran tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras sering digunakan untuk mendapatkan tekstur rangup (crispy) dan di tambah perasa garam, serbuk kunyit, lada putih, atau serbuk paprika ditambah ke dalam tepung untuk memberi rasa. Celup potongan okra dalam ramuan dan di goreng dalam minyak panas (deep fry) sehingga kuning keemasan dan angkat untuk di toskan dan di hidangkan. Ada laporan iaitu kelebihan makanan ini ia mampu menghilangkan tekstur lendir bendi yang kurang digemari oleh sesetengah orang dan teksturnya ia sangat rangup dan sesuai dijadikan kudapan.
Resipi yang ringkas dan mudah disediakan
.


Di kalangan restoren masakan Melayu Tradisional selalunya akan ada hidangan Resepi 
 Asam Pedas Okra untuk makan tengahari. Okra atau bendi adalah ia menjadi komponen wajib dalam masakan asam pedas (ikan atau ayam) dimana ia menyerap kuah asam pedas yang pedas dan masam dan ini akan menjadikannya sangat menyelerakan. Ada banyak jenis asam pedas yang popular di Malaysia dimana kebanyakannya akan bubuh okra didalamnya. Ada jenis Asam Pedas Ikan, Asam Pedas Daging, Asam Pedas Tetel dan banyak lagi. 
Okra Asam Pedas (atau Asam Pedas Bendi) ialah hidangan tradisional Melayu yang menggabungkan sayur bendi (okra) dengan kuah asam pedas yang pekat, pedas dan masam. Ia sering dimasak bersama ikan (seperti ikan pari atau ikan tenggiri) atau dimasak secara berasingan sebagai hidangan sayur berkuah. Bahan perlu ada dalam masakan asam pedas adalah okra yang dipotong, cili kisar, air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum. Bila siap ia akan di makan dengan nasi putih atau roti canai diana ia mempunyai kuah yang berwarna merah, rasanya seimbang antara pedas, masam, dan sedikit manis serta wangi daripada daun kesum dan bunga kantan. Kehadiran okra ini akan dapat  memberikan tekstur sedikit berlendir yang memekatkan kuah asam pedas seterusnya ia menjadikannya lauk yang sangat popular dimakan dengan nasi putih di rumah atau di gerai makan. Kalau dulu makanan asam pedas popular di Muar dan Melaka akan tetapi kini ia sudah menjadi makanan poular di seluruh negara. Resepi popular dari okra yang lain ia di jadikan ulaman atau Resepi Okra Rebus atau Okra Celur Sambal Belacan dimana bagi penulis blog menu ini adalah ia adalah salah satu 
cara makan yang paling sihat. Okra ini akan dicelur sekejap dalam air mendidih yang sudah dicampur sedikit minyak dan sedikit garam supaya warna kekal hijau dan dimakan bersama sambal belacan atau budu. Bagi penulis blog ia paling enak di cicah dengan sambal belacan iaitu sejenis sambal tradisional Malaysia yang sangat popular. Sambal belacan dibuat dengan cara menumbuk atau mengisar cili bersama belacan (udang geragau yang diperam) sehingga lumat dimana ia merupakan hidangan sampingan yang wajib ada dalam juadah Melayu amat sesuai di makan bersama ulaman yang mana ia juga biasanya dihidangkan bersama nasi panas, ulam-ulaman, atau ikan bakar.


Dalam pada itu okra merupakan satu komponen penting dalam semua jenis masakan kari. Resepi 
Kari Okra di dimana okra ia akan dimasukkan ke dalam kari ikan atau ayam dimana kesannya ia akan memberikan tekstur lembut dan mampu dalam memekatkan sedikit kuah kari. Kari ikan bendi adalah hidangan popular Malaysia yang menggabungkan ikan segar (seperti merah atau jenahak) dengan sayur bendi yang mana ia dimasak dalam kuah kari pekat berasaskan rempah, santan atau asam jawa, serta daun kari. Ia sering ditambah terung, tomato, dan bawang merah atau bawang putih untuk rasa lebih beraroma. Ada beberapa petua penting dimana cara untuk mengurangkan bahan lendir okra dimana ia perlu di basuh dan keringkan sepenuhnya sebelum okra ini dipotong. Kemudian di goreng bendi kering-kering dalam kuali tanpa minyak atau dengan sedikit minyak sebelum peringkat iaitu mencampurkannya dengan bahan tumis lain dan kedua boleh kurangkan lendir dengan cara memasak dengan api yang kuat. Bagi Resepi Okra Goreng Belacan dimana menua ini dilaporkan ia adalah diantara gaya masakan yang paling diminati kerana aromanya yang membangkitkan selera. Bahan digunakan adalah okra, belacan, cili padi, bawang merah, bawang putih, dan udang kering. Resepi ini ia dilaporkan dan merupakan hidangan dari sayuran okra yang sangat popular, terdiri daripada bendi (okra) yang ditumis atau digoreng bersama sambal belacan (pes udang). Ia berikan rasa dan  pedas, enak daripada belacan dan sedikit masam (jika menu ini ada ditambah jus limau) yang menjadikannya selalu ia menyelerakan. Okra pula memberikan tekstur rangup-lembut dimana rasanya yang pedas, masin dan mempunyai aroma udang yang kuat. Agak popular juga Resepi Okra Tumis Telur (Telur Pecah) dimana ia sangat ringkas, sihat, dan digemari oleh anak-anak kerana tidak terlalu pedas.Bahan Utama: Bendi dihiris serong, telur, bawang putih dan sedikit cili merah untuk warna. Cara membuatnya dimana di tumis bahan bawang dan di masukkan bendi dan akhir sekali pecahkan telur serta gaul rata. Menu ini enak di makan dengan nasi panas dan laup pauk lain semasa di hidangkan. Ia selalu ada di jual didalam banyak restoren masakan melayu.
 

Bagi penulis blog dimana Resepi Okra Chicken Rice Shop yang di makan dengan hidangan nasi ayam adalah menus terkini yang sangat di sukai. Ia adalah resepi bendi Ala-Chicken Rice Shop yang popular di Malaysia iaitu okra ini celur yang disiram sos udang kering dari bahan bawang putih. Kuncinya ialah bendi dicelur sekejap (30 saat) dalam air mendidih dan terus direndam air ais agar hijau kekal rangup. Sosnya dibuat iaitu dengan menumis bawang putih cincang, udang kering, cili flakes, sos tiram dan sedikit minyak bijan. Penulis blog kongsikan akan resepi ini dengan bahan-bahan perlu disediakan adalah 10-15 batang bendi (dicelur dan kemudian ia direndam air ais), 5-6 ulas bawang putih (dicincang halus), 1-2 sudu besar udang kering (direndam dan ia dicincang halus), 1-2 sudu besar chili flakes, 2 sudu besar sos tiram,1 sudu besar kicap cair aau jenis kicap manis, 1 sudu besar minyak bijan (bahan wajib untuk bau wangi), sedikit gula perang (optional) serta minyak untuk menumis. Cara membuat iaitu dengan di rebus okra ini didalam air mendidih selama 30 saat hingga 1 minit dan kemudian ia diangkat dan masukkan segera dalam air ais (supaya kekal hijau dan rangup). Bagi bahan tumisan pula di panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga garing atau warna kekuningan. Kemudian boleh di masukkan Udang Kering kering cincang dan ia ditumis hingga wangi dan bolej di masukkan sos. Dimasukkan bahan iaitu chili flakes, sos tiram, kicap dan sedikit air (jika pekat). Proses terakhir adalah membubu perasa dan minyak bijan serta bahan masukkan gula perang di gaul sebati dan tutup api. Ia boleh di hidangkan dengan menyusun okra di celur tadi di dalam pinggan dan tuangkan sambal udang kering di atasnya dan sudah sedia dinikmati. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... 
NAMANYA OKRA...KACANG BENDI SAMA...
MUDAH DI TANAM...BANYAK BUAHNYA...
BANYAK KHASIAT...RESEPI BANYAK ADA..
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Zulkaedah 1447H).

Tuesday, April 21, 2026

OKRA - APA FAKTA PENTING (Part 1)

OKRA atau Bendi (Abelmoschus esculentus) di Malaysia adalah sejenis sayuran hijau berbentuk panjang meruncing (seperti jari) yang berlendir dan sangat berkhasiat. Apa pun bagi penulis blog tumbuhan daripada keluarga Malvaceae adalah popular di tanam di Malaysia dimana pada tahun 2025 seluas  4,001 hektar di tanam dengan ia menghasilkan sebanyak 76,191 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Penuis blog mendapati Negeri Johor paling luas menanam bendi iaitu seluas 1,460 hektar menghasilkan 27,442 metrik tan diikuti dengan Perak (553 ha) dan Kelantan (443 ha). Tinjauan penulis blog dibeberapa negeri mendapati dimana penanaman bendi ini selaunya ia dikombinasikan dengan sayuran buah yang lain seperti terung, timun, peria dan juga sayuran daun. Selain itu penanaman benii juga dilakukan dikawasan sekeliling rumah didalam pasu atau polibeg sebagai salah satu tanaman dibawah program bumi hijau yang popular. Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan biji kopi. Apa pun antara fakta penting mengenai Okra atau 'Bendi' atau 'Lady's finger' atau 'Kacang mior' ia memiliki lendir khas yang muncul terutamanya apabila dihiris dan dimasak dimana lendir ini mengandungi serat larut yang sihat. Terdapat dua jenis atau varieti utama iaitu Jenis Okra Hijau dan Jenis Okra Merah. Apa pun selalunya jenis okra merah akan berubah menjadi hijau apabila dimasak. Khasiat okra yang penting adalah ia dilaporkan mengandungi tinggi serat yang baik untuk proses pencernaan, vitamin C untuk imuniti, serta membantu dalam mengawal paras kolesterol dan gula dalam darah. Paling seronok beli okra dimana cara masak ia boleh direbus, ditumis, dibakar atau dijadikan kari dan sup. Okra memang ia kaya dengan serat, vitamin C, vitamin K dan antioksidan. Apa pun okra adalah makanan rendah kalori dan menjadikannya pilihan tepat untuk diet. Artikel pada petang Ahad ini saya terus menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai okra dan beberapa fakta penting bagi dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Antara fakta penting okra dimana sayuran ini mengeluarlan bahan lendirnya atau sejenis serat larut yang membantu melancarkan sistem penghadaman. Ia juga dilaporkan memang selalu dimakan untuk membantu mengawal paras gula dalam darah terutamanya bagi penderita diabetes. Apa pun ada laporan dimana bahan serat dalam okra membantu mengikat kolesterol dan mengeluarkannya dari badan. Ia selalunya akan di masak dengan pelbagai cara seperti ditumis, dimasukkan ke dalam kari (seperti kari kepala ikan), digoreng celup tepung, atau dijadikan ulam. Lendirnya juga bertindak sebagai agen pemekat semulajadi dalam masakan seperti sup atau stew. Dalam beberapa tinjauan dimana harga okra atau bendi di Malaysia berbeza mengikut tempat jualan sama ada di jual dipasar basah, pasar raya, pasar malam, pasar tani atau kedai runcit dimana harga runcit sekitar RM 10 - RM20 sekilogram di kawasan bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kajian harga ladang di Melaka dan Johor dilaporkan ia di jual pada harga sekitar RM 2.75 - RM3.50 sekilogram. Okra atau bendi boleh dibahagikan kepada dua kategori utama berdasarkan warna iaitu Jenis Okra Hijau dan Jenis Okra Merah. Jenis Okra Hijau (Green Ocra) adalah jenis yang paling biasa ditanam petani di Malaysia dan ada dijual di pasaran. Rupanya ia berbentuk seperti torpedo kecil (7.5-15 cm) berbulu dengan lekukan memanjang serta selalunya iaberwarna hijau muda hingga hijau pekat. Bijinya kecil dan putih yang memang diselaputi lendir dengan mempunyai rasa yang ringan dan sedikit berumput dan ia mirip terung atau kacang buncis sekali pandang. Antara varieti popular di tanam di Malaysia adalah seperti 'Clemson Spineless' yang mana ia Sangat popular kerana buahnya tidak mempunyai bulu halus yang tajam (tanpa duri), jenis 'Emerald Green Velvet' yang mana ia mempunyai buah yang berwarna hijau gelap dan tekstur yang lembut, jenis 'Annie Oakley' iaitu varieti hibrid yang berbuah lebat. Terdapat Jenis Okra Merah dimana jenis ini ia mempunyai kulit berwarna merah atau ungu tua yang cantik, namun akan bertukar menjadi hijau apabila dimasak (Sila lihat foto disebelah). Ia juga di kenali dengan nama 'Burgundy' sebab memang ada warna merah wain (burgundy) yang pekat dan bunganya yang berwarna kuning. Antara verieti yang di tanam di Malaysia adalah varieti 'Red Velvet' yang mana ia mempunyai warna merah cerah yang menarik. Pengkelasan okra juga dibuat mengikut Saiz dan Bentuknya dimana Ada Jenis Okra Kerdil (Dwarf) dimana ia adalah jenis renek atau rendah dan ia selalu sesuai ditanam di dalam pasu kerana pokoknya tidak terlalu tinggi. Ketinggian pokoknya hanya mencapai ketinggian sekitar 2.5 hingga 3 kaki (75cm - 90cm) iaitu ia jauh lebih rendah daripada bendi biasa yang boleh tumbuh setinggi 6-8 kaki. ANtara varieti yang ada di tanam termasuk 'Perkins Long Pod' dimana ia mempunyai pod atau buah yang lebih panjang daripada biasa atau sekitar 4 hingga 6 inci apabila di petik. Ada juga varieti 'Star of David' yang dilaporkan ia berasal dari Israel yang mempunyai bentuk pod yang lebar dan beralur tajam, menyerupai bintang jika dipotong melintang. Ada varieti 'Clemson Spineless' yang lebih disukai oleh petani dan tukang masak kerana dilaorkan ia tidak menyebabkan kegatalan pada tangan semasa memetik atau memotongnya. Bagi varieti 'Heirloom' pula ia ada sejenis okra tradisional yang benihnya boleh disimpan untuk ditanam semula tanpa kehilangan ciri asalnya.

 

Sayur Okra dilaporkan ia kaya dengan serat dan selalu digunakan dalam masakan seperti tumis, goreng, kari dan sup kerana teksturnya yang berlendir (mucilage) dan rangup. Penulis blog suka makan okra salut tepong jangung yang digoreng rangup dan memang ia enak dan mengenyangkan juga (Sia lihat foto disebelah). Okra atau bendi mempunyai pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan terutamanya bagi sistem pencernaan dan aktiviti pengawalan gula darah dimana okra adalah sayur yang sangat popular di kalangan pesakit diabetes kerana wujud bahan kandungan seratnya membantu didalam melambatkan penyerapan glukosa dalam darah. Okra juga dilaporkan ia mampu untuk menurunkan kolesterol bila dimakan sebab ada kandungan mucilage (lendir) dalam okra bertindak mengikat kolesterol semasa proses pencernaan supaya ia dapat dibuang dari badan. Bahan serat dalam okra yang membantu melancarkan pembuangan air besar dan mengelakkan sembelit memang sesuai di jadikan makanan berkhasiat. Apa pun di laporkan okra membantu menjaga Kesihatan Jantung sebab ada gabungan serat, antioksidan yang mana ini akan tingkatkan lagi keupayaan menurunkan kolesterol didalam usaha membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Makan okra akan menguatkan tulang (bone) sebab kandungan vitamin K dan kalsium yang tinggi dalam okra membantu menjaga kepadatan tulang dan mencegah osteoporosis. Bagi usaha untuk menjaha kesihatan Kulit dan Awet Muda memakan okra yang kaya dengan Vitamin A dan C akan bertindak sebagai antioksidan membantu mengekalkan keanjalan kulit dan membasmi jerawat. Dalam pada iyu di laporkan okra sangat Baik untuk Ibu Hamil sebab okra kaya dengan asid folik yang penting untuk mencegah kecacatan tiub neural pada janin. Kandungan nutrisi Okra yang padat dengan:Vitamin A, C, K, dan B6 serta zat mineral seperti Magnesium (Mg), Kalsium (Ca) dan Folat bersama bahan Antioksidan (Polifenol dan Lektin) ia berpotensi sebagai makanan antikanser. Penggunaan dan cara masak okra perlu betul agar semua zatnya dapat di manafaatkan dimana ia boleh di tumis atau dimasukkan dalam kari atau direbus saja sebagai ulam yang di cicah sambal belacan memang enak sekali. Petua uUntuk mengurangkan lendirnya ia boleh di proses melalui cara memanggang atau memasaknya dengan api yang kuat. Ada sesetengah orang merendam hirisan okra semalaman untuk diminum airnya atau memakan keseluruhan buah adalah lebih baik untuk mendapat khasiat serat yang lengkap tetapi bersihkan dahulu. Walaupun okra (bendi) sangat berkhasiat dilaporkan ada terdapat beberapa ancaman atau kesan sampingan jika dimakan secara berlebihan atau oleh individu dengan kondisi kesihatan tertentu. Pertama adalah risiko Batu Karang sebab okra yang tinggi dengan oksalat (oxalate) dimana sesiapa makan terlalu banyak oksalat boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang jenis kalsium oksalat terutamanya bagi mereka yang pernah dulu dia mengalami masalah batu karang sebelum ini. Ada juga risiko atau masalah isu pencernaan sebab okra kaya dengan serat dan fructans (sejenis karbohidrat). Bagi individu yang sensitif atau mempunyai masalah usus seperti Irritable Bowel Syndrome (IBS) maka dia boleh menyebabkan kes kembung perut, angin, kekejangan dan cirit-birit. Ada kes bila okra ada interaksi dengan Ubat Diabetes dimana ada laporan kajian mendapati okra boleh menghalang penyerapan ubat diabetes (metformin) dengan berkesan. Penderita diabetes yang selalu mengambil ubat perlu berhati-hati dan berbincang dengan doktor. Berlaku juga risiko gangguan darah sebab okra tinggi dengan Vitamin K yang membantu pembekuan darah. Ini boleh menjejaskan ubat pencair darah (seperti warfarin atau coumadin) jika diambil dalam jumlah yang banyak. Dalam pada itu risiko radang sendi boleh mengancam sebab okra mengandungi solanin iaitu sejenis sebatian yang dikaitkan dengan peningkatan keradangan dan sakit sendi (arthritis) pada sesetengah orang. Cara untuk mengurangkan risiko ini dengan mengambil okra secara bersederhana dan tidak berlebihan adalah kunci utama. Bagi kebanyakan orang memang selalunya okra selamat dan berkhasiat jika dijadikan dalam diet seimbang.


Aktiviti menanam okra atau bendi 
adalah salah satu aktiviti pertanian sama ada menanam sekeliling rumah, kebun komuniti atau menjadikan ia sebagai aktiviti pertanian komersil di Malaysia. Bagi penulis bllog dimana menanam okra ia adalah sangat mudah, cepat hasil dan sesuai untuk mereka yang baru mula berkebun. Okra ini ia boleh ditanam terus di atas tanah atau di dalam polibeg, pasu atau atas batas buatan sendiri di kepong dengan kayu. Paling utama adalah mendapatkan ilmu menanam okra sama menontonnya dari youtude, membaca blog anim agro technology atau membuat tinjauan dan boleh bertanya kepada jiran yang sudah ada menanam okra. Apa pun antara keperluan asas pertama adalah mendapatkan bijib benih okra yang boleh ia di beli di kedai pertanian atau kini ia ada meluas di jual di Kedai DIY serta beberap kedai runcit dan pasaraya besar dis eluruh negara. Pilih varieti yang sudah pun disenaraikan dapam bab diatas dan di syoran kalau ingin  tanam dalam polibeg atau pasu dapatkan benih varieti renek yang berbuah lebat. Bagi media tanaman boleh gunakan tanah yang kaya dengan bahan organik termasuk jenis tanah campuran 3-dalam-1 atau 6-dalam-1 adalah yang terbaik bagi tanaman okra. Gunakan saiz pasu atau polibeg besar yang berukuran 25cm (diameter) x 20cm (tinggi) atau polibeg bersaiz 16x16 inci untuk diisikan media tanaman ikra. Cara menanam dengan menyemai benih dalam tray semaian terlebih dahulu menggunakan peat moss atau tanah semaian. Kemudian boleh anakbeih ini di pindahkan (transplant) iaitu apabila anak benih okra ini sudah keluarkan sebanyak 2-3 helai daun (lebih kurang 1-2 minggu) untuk ia dipindahkan ke dalam pasu atau tanah di kebun sebenar. Jika tanam di atas tanah perllu pastikan jarak antara pokok sekurang-kurangnya 1-2 kaki untuk mengelakkan perebutan nutrien. Bagi menanam dalam polibeg atau pasi bubuh sepokok satu unit pasu atau polibeg tersebut. Penjagaan tanaman okra perlu ia disiram dengan kekerapan 2 kali sehari (pagi dan petang) kerana pokok okra ini ia perlukan air yang cukup untuk membesar. Lokasi menanam okra ia sebaiknya mendapat cukup cahaya matahari (elakkan dari terlindung) sepanjang pertumbuhannya. Pemberian baja dilakukan dengan unakan baja sebatia NPK seperti formulasi NPK15:15:15 di peringkat tubesaran dan juga Baj NPK 12:12:17:2 untuk peringkat berbunga dan berbuah yang di berian setiap 2 minggu sekali untuk hasil buah yang lebat. Aktiviti mencantas (pruning) di lakukan dengan cara membuang daun-daun di bahagian bawah pokok (daun yang dah tua) bertujuan untuk mengurangkan serangan perosak dan mempercepatkan pengeluaran buah. Dengan pokok okra ini dijaga baik maka ia mula berbuah untuk di petik sekitar 45 - 60 hari selepas disemai. Pastikan okara ini di petik buah ketika masih muda (sekitar 3-4 inci panjang) agar teksturnya lembut untuk sesuai di makan atau untuk di jual. Penulis blog dapati dimana jika buah kra ini di biarkan terlalu lama dipokok maka akibatnya ia akan menjadi okra yang keras dan berserabut. Bagi penulis blog selelunya menuai memetik dengan julat kekerapan iaitu setiap hari atau 2 hari sekali untuk ianya dapat merangsang pengeluaran buah baru. Sebenarnya menanam okra atau bendi adalah pilihan tepat kerana ia tahan lasak, kurang penyakit dan menjanjikan hasil yang banyak dalam jangka masa pendek. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemanya.  Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... 
NAMANYA OKRA...KACANG BENDI SAMA...
MUDAH DI TANAM...BANYAK BUAHNYA...
BANYAK KHASIAT...RESEPI BANYAK ADA..
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Zulkaedah 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...