Support My Blog

Showing posts with label MINYAK NEEM DAN FAKTANYA. Show all posts
Showing posts with label MINYAK NEEM DAN FAKTANYA. Show all posts

Sunday, May 17, 2026

MINYAK NEEM DAN FAKTANYA (PART 3)

MINYAK NEEM
atau Minyak Semambu atau 'Neem Oil' adalah minyak sayuran semula jadi yang diekstrak daripada biji dan buah pokok neem (Azadirachta indica). Kaya dengan sebatian azadirachtin, minyak ini terkenal sebagai racun serangga organik, agen anti-kulat, dan bahan penjagaan kulit atau rambut tradisional yang popular di seluruh dunia. Neem adalah pokok kawasan gersang yang mana ia mempunyai banyak kegunaan dimana kini ia telah ditanam di lebih daripada 70 negara diseluruh dunia dan juga merupakan salah satu dari spesies pokok neem pelbagai guna yang paling berharga di kalangan spesies pokok tropika. Apa pun bahan 'Azadirachtin' yang diekstrak daripada biji-biji neem boleh digunakan untuk menghasilkan racun perosak biologi iaitu berspektrum luas yang semulajadi dan bebas pencemaran. Ia digunakan secara meluas untuk mengawal perosak dalam makanan, sayur-sayuran, hutan dan tanaman ekonomi. Ia juga mempunyai kesan yang jelas terhadap lebih daripada 200 jenis perosak tanaman hasil kajian yang di lakukan saintis. Kesan penghalau dan insektisida dimana ia bukan toksik kepada haiwan berdarah panas, tiada sisa selepas digunakan serta tiada pencemaran kepada alam sekitar dan menjadi jenis objek kawalan tidak mudah untuk membangunkan rintangan dadah. Kandungan azadirachtin dalam biji neem mencecah 0.3-0.6 peratus didalam spesies tumbuhan semambu terbaik yang ditemui untuk mengeluarkan biopestisid berkecekapan tinggi dalam industri racun organik. Minyak Neem ialah minyak sayuran kuning yang diekstrak daripada buah dan bunga neem dipercayai ia berasal dari India dan bahagian lain di Asia dan terkenal dengan banyak khasiat perubatannya. Semua bahagian pokok neem digunakan secara perubatan kerana ia mengandungi azadirachtin iaitu sebatian kuat yang pastinya ia memberikan sifat antibakteria, antikulat dan antiparasit neem. Minyak neem mengandungi azadirachtin pekat dan terdapat banyak manfaat kesihatan menggunakan minyak neem untuk penjagaan rambut. Minyak Neem selalunya ia dalam variasi warna yang berbeza seperti ia boleh berwarna seperti coklat kekuningan, coklat keemasan, coklat kehijauan, merah terang atau coklat gelap. Minyak Neem mempunyai bau yang kuat kerana gabungan bau bawang putih dan kacang tanah. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira untuk mengupas ilmu mengenai minyak neem atau minyak semambu sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

Bagi penulis blog dimana minyak neem adalah minyak organik serbaguna yang diekstrak daripada biji pokok neem. Kegunaan utamanya merangkumi kawalan serangga perosak untuk tanaman, rawatan masalah kulit dan rambut serta sebagai bahan penghalau nyamuk semula jadi. Kegunaan yang paling signifikan adalah dalam kawalan erosak tanaman di kebun iaitu sebagai bahan  Racun Serangga Organik dengan ia bertindak membunuh dan menghalau serangga perosak seperti kutu daun (aphids), hamaputih (whiteflies), dan kutu babi secara semula jadi. Hasil kajian mendapati jenis serangga yang dapat dikawal gunakan bahan minyak neem termasuk Serangga Kutu Daun (Aphids) bila serangga kecil yang menghisap cecair daun serta jenis serangga Lalat Putih (Whiteflies) dimana serangga putih kecil yang sering berada di bawah daun. Ia juga berkesan untuk kawa Hama (Spider Mites), Koya (Mealybugs) iaitu serangga putih bertepung yang menghisap nutrien tumbuhan. Sesuai untuk kawa serangga Kutu Thrips iaitu jeni serangga nipis yang merosakkan daun dan bunga serta jenis perosak Ulat (Caterpillars) dan Teritip (Scale insects) yang menganggu tanaman di kebun. Ia juga dilaporkan akan kawalan kulat dengan cara mencegah dan merawat masalah kulat pada daun.  Cara guna dengan mencampurkan sedikit minyak neem dengan sabun cecair (sebagai agen pengemulsi) dan air paip dan ia kemudian semburkan terus pada daun tanaman.  Ada juga kegunaan minyak neem untuk tujuak kecantikkan dan penjagaan diri yang berkesan. Ia di laporkan mampu untuk  Merawat Masalah Kulit sebab ada sifat antibakteria dan ciri antikulatnya membantu melegakan ekzema, jerawat dan kulit kering. Ia memang bahan sesuai mengatasi isu atau masaalah kelemumur serta mampu menyihatkan kulit kepala dan dapat mengurangkan kegatalan. Cara guna jangan sapu terus minyak neem yang pekat ke kulit dan sebaiknya perlu ianya dicampurkannya terlebih dahulu dengan minyak pembawa (carrier oil) seperti minyak kelapa atau minyak jojoba sebelum digunakan. Minyak Neem adalah bahan penghalau Serangga Semula Jadi dan minyak ini boleh disapu pada kulit (selepas dicampur dengan carrier oil) atau ditambah ke dalam losyen untuk menghalau nyamuk, kutu dan serangga.  Bagi dapatkan stok produk ini bagi kegunaan rumah atau kebun di sekitar Malaysia semak di kedai pertanian atau pling mudah google sahaja portal jualan on-line seperti Shopee Malaysia atau Lazada. Perlu juga sentiasa buat ujian tampalan (patch test) pada kulit terlebih dahulu untuk mengelakkan jika ada alahan dan elakkan daripada menyembur minyak neem pada pokok tanaman ketika cuaca terik bagi mengelakkan daun terbakar.


Penulis blog konsgikan fakta walau pun minyak neem ini ia adalah racun perosak dan agen perubatan herba yang popular, namun ia membawa beberapa ancaman atau bahaya serius jika tidak digunakan dengan betul. Risiko utamanya termasuklah keracunan teruk jika tertelan (terutama kepada kanak-kanak), kejadian kerengsaan kulit dan juga kemungkinan kesan buruk terhadap kesuburan dalam kandungan. Penulis blog senaraikan kemungkinan ancaman dari minyak neem yang perlu di ketahui semua. Pertama adalah Ancaman Yang Sangat Beracun jika tertelan sebabnya walaupun ia bahan semula jadi, minyak neem sama sekali tidak selamat untuk dimakan atau diminum. Ada juga ancaman kepada golongan kanak-kanak dan bayi sebab jika ada pengambilan minyak ini boleh membawa maut kepada kanak-kanak. Kesan sampingan termasuk muntah, cirit-birit, sawah, kerosakan hati dan koma sementara ancaman bagi orang dewasa jika berlaku pengambilan dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan asidosis metabolik (tahap asid dalam badan terlalu tinggi) dan ensefalopati (gangguan fungsi otak). Ancaman lain termasuk kesan Kerengsaan Kulit sebab minyak neem tulen (pekat) sangat kuat diana ia memang boleh menyebabkan tindak balas alahan seperti dermatitis sentuh. Simptom yang berlaku dimana kulit bertukar menjadi kemerahan, gatal-gatal atau pedih (Sila lihat foto disebelah).  Cara elakkan insiden ini dengan sentiasa cairkannya (dilute) dengan minyak pembawa (seperti minyak kelapa atau jojoba) sebelum menyapu pada kulit dan melakukan ujian tampalan (patch test) terlebih dahulu kepada kulit. Ancaman paling penting di ketahui adalah ada ancaman Tidak Selamat untuk Ibu Hamil dan Menyusu dimana penggunaan ekstrak atau minyak neem adalah sangat tidak digalakkan bagi wanita hamil dan ada risiko yang boleh menyebabkan keguguran. Juga di laporkan ancaman seperti kes Gangguan Terhadap Kesihatan Tertentu antaranya seerti kepada mereka ada Penyakit Autoimun: Neem mungkin merangsang sistem imun menjadi terlalu aktif, sekali gus memburukkan lagi penyakit seperti Lupus (SLE) atau Rheumatoid Arthritis. Bagi kes-kes seerti kes pembedahan minyak neem berpotensi didalam cara merendahkan paras gula dalam darah. Pesakit dinasihatkan berhenti menggunakannya sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sebarang pembedahan. Bagi kes pmindahan organ pula ia juga dikhuatiri boleh mengganggu ubat diberikan doktor yang menghalang penolakan organ. Ada juga ancaman yang minyak neem boleh Mengganggu Kesuburan dimana terdapat bukti awal yang menunjukkan bahawa neem didakwa ia boleh merosakkan sperma dan mengurangkan kesuburan. Mereka yang merancang untuk mendapatkan anak adalah  dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaannya. Seterusnya ada ancaman kepada Haiwan Peliharaan dan semua perlu berhati-hati jika anda menggunakan semburan minyak neem pada tumbuhan di kawasan yang mempunyai haiwan seperti haiwan peliharaan seperti kucing. Ia boleh menyebabkan haiwan tersebut berasa lesu, menggeletar, atau mengalami air liur berlebihan jika terjilat. Langkah keselamatan penggunaan minyak ibaca panduan daripada agensi kesihatan.


Menarik membuat analisa dan tinjauan akan harga Minyak Neem di Malaysia dimana asasnya ia biasanya bermula serendah RM4 hingga RM15 untuk botol kecil (100ml - 250ml) dan sekitar RM25 hingga RM30 untuk botol bersaiz 1 liter. Penulis blog merujuk jualan on-line minyak neem di Shopee berharga sekitar RM26 sebotol sehingga RM128 sebotol (Sila lihat foto sebelah). Harga berbeza bergantung pada jenama, isipadu, dan sama ada ia telah dicampur dengan sabun atau tidak sebab banyak variasi dan jenaanya di pasaran. Secara umumia juga di bahagikan mengikut isipadu jualan dimana bagi isipadu 100ml - 250ml harga dipasaran sekitar RM4.00 - RM15.00 sebotol, bagi isipadu 500ml ia berharga sekitar RM15.00 - RM20.00 sebotol dan bagi harga mintak neem dalam isipadi 1 llitar berharga RM25.00 - RM30.00 ke atas.  Pengguna dan petani boleh mendapatkan minyak neem dengan mudah secara dalam talian atau di kedai fizikal termasuk kedai pertania yang menjual baja dan racun serta benih tanaman. Penulis blog dapati produk minyak neem ini banyak di jual di nurseri pokok yang atau ada di jual di farmasi tempatan untuk kegunaan kosmetik. Diingatkan lagi agar sentiasa lakukan ujian tampalan (patch test) pada kulit terlebih dahulu atau uji semburan pada sedikit dahulu bahagian daun tanaman untuk melihat kesan sebelum menggunakannya secara meluas di kebun. Penulis blog tinjau dimana diantara beberapa jenama popular di pasaran Malaysia termasuk Baba Mr. Ganick Dr. Neem, Serbajadi, Green Herbology dan jenama B'Green. Antara produk ini ia didakwa sangat berkesan untuk menghalau serangga seperti kutu daun, mealybug, dan hama tanpa merosakkan alam sekitar.  Bagi produk jenama Baba Mr. Ganick Dr. Neem ia terkenal dalam kalangan pekebun rumah yang mana produk ini ia dijual dalam bentuk sedia digunakan (Ready to Use) atau pekat. Bagi jenama produk Serbajadi Neem Extract dimana ia adalah satu jenama pekebunan yang popular dengan menawarkan minyak neem tulen yang siap diekstrak daripada biji pokok semambu untuk perlindungan tumbuhan menyeluruh. Bagi produk jenama BIO.NEEM OIL didakwa yang ia ada formula diperkaya (booster) yang sering digunakan untuk pertanian komersial kecil-kecilan dan hobi. Dalam pada itu jenama produk Green Herbology pula mereka ada menawarkan minyak neem tulen 100% cold-pressed yang popular untuk kegunaan peribadi. Bagi jenama produk neem  Moolihai Malaysia pula ia membekalkan minyak neem tulen untuk melembapkan kulit serta membantu merawat ekzema dan masalah kelemumur.  Peringatan dimana perlu tahu akan kes 
Gred Minyai iaitu hanya mempastikan membeli gred yang betul. Minyak neem untuk tanaman biasanya diproses khas manakala gred kosmetik lebih ditapis untuk keselamatan kulit. Penting juga tahu dan periksa Jenis Bancuhan Minyak Neem sebab boleh membeli jenis pekat (perlu dicampur dengan sabun pencuci pinggan dan air) atau jenis Ready-To-Use (RTU) yang sedia disembur. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di rujuk dan di baca kedua-duanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!... 
MINYAK NEEM...POKOK SEMAMBU ASALNYA...

BANYAK DI JUAL...IA ADA BANYAK JENAMA...
DALAM PERTANIAN...KAWAL SERANGGA...
BAHAN KOMESTIK...DIGUNA BANYAK CARA..


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, jalan Istana, Air Keroh,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 Ramadan 1447H).

Saturday, May 16, 2026

MINYAK NEEM DAN FAKTANYA (PART 2)

MINYAK NEEM
atau Minyak Semambu atau 'Neem Oil'  adalah minyak sayuran semula jadi yang diekstrak daripada biji dan buah pokok neem (Azadirachta indica). Kaya dengan sebatian azadirachtin, minyak ini terkenal sebagai jenis racun serangga organik, agen anti-kulat, dan bahan penjagaan kulit atau rambut tradisional yang popular di seluruh dunia. Neem    adalah pokok kawasan gersang yang mana ia mempunyai banyak kegunaan dimana kini ia telah ditanam di lebih daripada 70 negara diseluruh dunia dan juga merupakan salah satu spesies pokok pelbagai guna yang paling berharga di kalangan spesies pokok tropika. Apa pun bahan 'Azadirachtin' yang diekstrak daripada biji neem boleh digunakan untuk menghasilkan racun perosak biologi iaitu berspektrum luas yang semulajadi dan bebas pencemaran. Ia digunakan secara meluas untuk mengawal perosak dalam makanan, sayur-sayuran, hutan dan tanaman ekonomi. Ia juga mempunyai kesan yang jelas terhadap lebih daripada 200 jenis perosak tanaman hasil kajian yang di lakukan saintis. Kesan penghalau dan insektisida dimana ia bukan toksik kepada haiwan berdarah panas, tiada sisa selepas digunakan serta tiada pencemaran kepada alam sekitar dan menjadi jenis objek kawalan tidak mudah untuk membangunkan rintangan dadah. Kandungan azadirachtin dalam biji neem mencecah 0.3-0.6 peratus didalam spesies tumbuhan semambu terbaik yang ditemui untuk mengeluarkan biopestisid berkecekapan tinggi dalam industri racun organik. Minyak Neem ialah minyak sayuran kuning yang diekstrak daripada buah dan bunga neem dipercayai ia berasal dari India dan bahagian lain di Asia dan terkenal dengan banyak khasiat perubatannya. Semua bahagian pokok neem digunakan secara perubatan kerana ia mengandungi azadirachtin iaitu sebatian kuat yang pastinya ia memberikan sifat antibakteria, antikulat dan antiparasit neem. Minyak neem mengandungi azadirachtin pekat dan terdapat banyak manfaat kesihatan menggunakan minyak neem untuk penjagaan rambut. Minyak Neem selalunya ia dalam variasi warna yang berbeza seperti ia boleh berwarna seperti coklat kekuningan, coklat keemasan, coklat kehijauan, merah terang atau coklat gelap. Minyak Neem mempunyai bau yang kuat kerana gabungan bau bawang putih dan kacang tanah. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya amat gembira mengupas ilmu mengenai minyak neem atau minyak semambu sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


Minyak neem adalah racun perosak yang terdapat dalam benih dari pokok neem dimana ia boleh di buat sendiri atau membelinya sahaja di mana-mana termasuk beli on-line sahaja. Minyak ini selelunya ia berwarna kuning hingga coklat dimana ia mempunyai rasa pahit dan ada bau Bawang putih (Garlic) atau pun ada bau seperti Sulfur. Teknologi penggunaan minyak neem ini telah digunakan selama beratus-ratus tahun untuk tujuan bagi mengawal perosak dan penyakit tanaman dan kini sudah menjadi produk komersil di pasaran. Komponen minyak neem boleh didapati dalam banyak produk untuk kegunaan manusia juga termasuk dijadikan produk ubat gigi, produk kosmetik, sabun dan produk syampu haiwan kesayangan yang ada pelbagai jenama dan harga serta cara pemakaiannya. Minyak neem adalah campuran komponen bahan dikenali sebagai 'Azadirachtin' iaitu satu komponen yang paling aktif untuk menghalau dan membunuh perosak dan dapat diekstrak dari minyak neem yang didapatkan daripada pokok neem atau pokok semambu. Bahagian lain dalam proses pembuatannya pula yang tersisa disebut sebagai minyak 'Hidrofobik Neem'. 
Hidrofobik neem (atau Clarified Hydrophobic Extract of Neem Oil) ialah sejenis ekstrak minyak yang dihasilkan selepas bahan aktif utama pokok semambu (Azadirachtin) dikeluarkan daripada minyak neem mentah dimana bahan ini berfungsi terutamanya sebagai racun kulat organik dan agen pencegah serangga (perosak). Fungsinya adalah bagus untuk kawalan kulat dimana ia sangat berkesan merawat dan mencegah penyakit kulat seperti powdery mildew (kulat putih), kulat hitam dan karat pada tanaman. Ia juga akan membunuh perosak dengan bertertindak secara fizikal dengan menyekat liang pernafasan serangga atau hama perosak sehingga mati lemas. Bahan ini di laporkan ia lebih tahan lama dan ia kurang berbau dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding minyak neem mentah yang ditekan sejuk. Ia jua adalah amat mesra alam serta akan terurai secara semula jadi dan selamat digunakan mengikut panduan label. Apa pun sebenarnya istilan 'H
idrofobik' ini ia bermaksud kalis air dimana disebabkan sifat minyak ini maka ia perlu dicampur dengan sedikit air dan cecair pencuci pinggan (sebagai pengemulsi atau pemula) sebelum disembur terus kepada tumbuhan dan tanaman. Kegunaan bahan ini adalah sebagai bahn mengawal kesihatan tanaman dari ancaman Perosak Semula Jadi sebab ia amat berkesan bagi membunuh dan menghalau serangga perosak seperti kutu daun, ulat, lalat putih dan hama (labah-labah merah) tanpa merosakkan alam sekitar. Bahan ini di laporkan ia membantu mencegah dan merawat masalah kulat yang menyerang tanaman di kebun dimana ia akan bertindak dengan menyekat liang pernafasan serangga dan mengganggu hormon pembesaran serta selera makan mereka. Bagi manusia pula ada fungsi untuk banu bagi Melegakan Masalah Kulit sebab ada sifat antibakteria dan antiradang menjadikannya sesuai untuk melegakan isu seperti masaalah eczema, jerawat dan kulit kering. Ia juga akan Merawat Kulit Kepala jika ia digunakan dalam syampu untuk merawat kelemumur dan masalah kutu. Produk ini ia di laporkan memang Mesra Alam serta mudah terbiodegradasi (mudah lupus secara semula jadi) dan selamat digunakan. Ia juga selamat untuk haiwan ternakan dan jenis serangga baik yang berada di kebun. Jika digunakan dengan betul memang ia ia tidak toksik kepada serangga pendebunga (seperti lebah), burung atau ikan bagaimana pun sebaiknya di lakukan ujian tampalan (patch test) pada kulit yang kecil terlebih dahulu sebelum menggunakannya sebagai produk penjagaan atau produk kecantikan diri.


Minyak neem adalah jenis ekstrak pokok semambu secara saintifiknya ia terbahagi kepada beberapa jenis utama bergantung kepada cara pengekstrakan dan dalam kandungannya. Dilaporkan antaranya adalah Jenis Minyak Neem Mentah (Raw), Minyak Neem Tulen Tekanan Sejuk (Cold-Pressed), Minyak Neem Hidrofobik dan Minyak Neem Pra-Campuran (Ready-to-use) dimana setiap jenis ini ia mempunyai fungsi berbeza cara menyediakannya dan penggunaannya. Pertama adalah Jenis Minyak Neem Mentah (Raw) dimana ia selalu dihasilkan terus daripada biji benih dan mengekalkan semua nutrien. Ia mempunyai bau yang sangat kuat dan sesuai untuk kegunaan perubatan tradisional. Ia adalah b
ahan organik yang sangat popular sebagai racun perosak semula jadi (bio-pestisida) dalam pertanian organik dan digunakan secara meluas dalam produk penjagaan kulit dan rambut kerana sifatnya yang antibakteria dan anti-kulat. Ia adalah jenis minyak neem mentah berwarna kuning hingga coklat diman ia mempunyai rasa yang pahit dan berbau kuat mengandungi komponen aktif seperti azadirachtin yang sangat berkesan untuk menghalau dan membunuh perosak pada tanaman. Dalam sektor pertanian ia bertindak sebagai racun serangga organik yang berkesan untuk mengawal perosak, bertindak sebagai anti-kulat, dan antibakteria.  Untuk kesihatan ia kaya dengan asid lemak (seperti asid palmitik, linoleik, dan oleik), ia digunakan dalam produk kosmetik, sabun dan syampu haiwan peliharaan untuk menyokong kesihatan kulit. Minyak neem mentah sering diproses untuk mengekalkan keaslian bahan aktif di dalamnya, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mencari penyelesaian semulajadi. Kedua ada Jenis  Minyak Neem Tekanan Sejuk (Cold-Pressed) iaitu dari jenis paling popular untuk kawalan serangga organik. Kaedah perahan sejuk mengekalkan kompaun aktif Azadirachtin yang berkesan memusnahkan perosak tumbuhan seperti afid, bena, dan kulat. Ketiga ada Jenis Minyak Neem Hidrofobik (Clarified) dimana jenis ini adalah minyak yang telah diproses untuk memisahkan bahan aktif utama (Azadirachtin). Ia digunakan secara meluas sebagai penyembur racun kulat (fungicide). Apa pun yang keempat ada Jenis Minyak Neem Pra-Campuran (Ready-to-use) iaitu ia adalah produk yang telah dicampur dengan air dan agen pengemulsi (sabun). Ia semburan terus yang mudah dan selamat untuk penjagaan pokok harian semua.  
 

Perlu di ketahui akan beberapa Proses Membuat Minyak Neem (atau minyak semambu) yang mana ia adalah racun serangga organik yang ianya berkesan. Lazimnya ia boleh dibuat di rumah saja iaitu dengan cara mengisar daun dan biji pokok neem bersama minyak pembawa (seperti minyak zaitun atau minyak masak) yang ia kemudian merebusnya menggunakan 'teknik double boiler' dalam masa selama 2 - 3 jam untuk tujuan bagi mengekstrak patinya. Cara untuk menyediakan minyak neem secara tradisional di rumah disediakan bahan iaitu daun dan buah neem sekitar 1 kg daun atau buah neem segar (buang rantingnya). Bahan lain adalah 1 - 2 liter minyak masak atau juga minyak kelapa atau sediakan jenis minyak zaitun. Juga disediakan peralatan terdiri dari Alat Pengisar (blender), periuk double boiler (pengukus dua tingkat) dan kain tapis yang sesuai untuk menapis. Langkah pertama adalah mengisar bahan mentah dimana dimasukkan daun atau buah neem ke dalam pengisar bersama minyak dan dikisar sehingga lumat menjadi pes.  Kemudian ia dimasak secara api perlahan dan baru dimasukkan campuran yang dikisar ke dalam periuk double boiler. Jangan masak terus di atas api langsung bagi mengelakkan khasiatnya rosak. Seterusnya proses ekstrak pati yang dimasak menggunakan api kecil selama 2 - 3 jam untuk mengeluarkan pati minyak neem. Minyak akan bertukar warna.  Biarkan minyak sejuk seketika kemudian ia baru tapis hampas menggunakan kain penapis yang sesuai dan minyak neem ini ia sesuai disimpan di dalam botol kaca yang mesti bertutup. Cara penggunaan minyak neem untuk tanaman dimana oleh kerana minyak dan air tidak bercampur maka ia sebaiknya perlu menambah agen pengemulsi. Caranya adalah dengan mencampurkan 1 sudu besar minyak neem dan 1 sudu kecil sabun cecair pencuci pinggan ke dalam 1 gelen (kira-kira 3.8 liter) air untuk di gunakan dengan menyembur bancuhan ini pada daun atau tanah pada waktu petang untuk mengelakkan daun daripada terbakar akibat panas dan cahaya matahari waktu tengahari. Serangga perosak tanaman akan mati jika kena terus semburan atau menjauhkan dai tanamana setelah di rawat dengan minyak neem. 
Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di rujuk dan di baca kedua-duanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!... 
MINYAK NEEM...POKOK SEMAMBU ASALNYA...

BANYAK DI JUAL...IA ADA BANYAK JENAMA...
DALAM PERTANIAN...KAWAL SERANGGA...
BAHAN KOMESTIK...DIGUNA BANYAK CARA..


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, jalan Istana, Air Keroh,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 Ramadan 1447H).

Friday, May 15, 2026

MINYAK NEEM DAN FAKTANYA (PART 1)

MINYAK NEEM
atau Minyak Semambu atau 'Neem Oil'  adalah minyak sayuran semula jadi yang diekstrak daripada biji dan buah Pokok Semambu atau Pokok Neem (Azadirachta indica) yang banyak kegunaannya. Kaya dengan sebatian azadirachtin iaitu sejenis minyak yang terkenal sebagai jenis racun serangga organik, agen anti-kulat dan juga sebagai bahan penjagaan kulit atau rambut tradisional yang popular di seluruh dunia. 
Neem ialah pokok kawasan gersang yang mana ia mempunyai banyak kegunaan dimana kini ia telah ditanam di lebih daripada 70 negara diseluruh dunia dan juga merupakan salah satu spesies pokok pelbagai guna yang paling berharga di kalangan spesies pokok tropika. Apa pun bahan 'Azadirachtin' yang diekstrak daripada biji neem boleh digunakan untuk menghasilkan racun perosak biologi iaitu berspektrum luas yang semulajadi dan bebas pencemaran. Ia digunakan secara meluas untuk mengawal perosak dalam makanan, sayur-sayuran, hutan dan tanaman ekonomi. Ia juga mempunyai kesan yang jelas terhadap lebih daripada 200 jenis perosak tanaman hasil kajian yang di lakukan saintis. Kesan penghalau dan insektisida dimana ia bukan toksik kepada haiwan berdarah panas, tiada sisa selepas digunakan, tiada pencemaran kepada alam sekitar dan menjadi jenis objek kawalan tidak mudah untuk membangunkan rintangan dadah. Kandungan azadirachtin dalam biji neem mencecah 0.3-0.6 peratus didalam spesies tumbuhan semambu terbaik yang ditemui untuk mengeluarkan biopestisid berkecekapan tinggi dalam industri racun organik. Minyak Neem ialah minyak sayuran kuning yang diekstrak daripada buah dan bunga neem dipercayai ia berasal dari India dan bahagian lain di Asia dan terkenal dengan banyak khasiat perubatannya. Semua bahagian pokok neem digunakan secara perubatan kerana ia mengandungi azadirachtin iaitu sebatian kuat yang pastinya ia memberikan sifat antibakteria, antikulat dan antiparasit neem. Minyak neem mengandungi azadirachtin pekat dan terdapat banyak manfaat kesihatan menggunakan minyak neem untuk penjagaan rambut. Minyak Neem selalunya ia dalam variasi warna yang berbeza seperti ia boleh berwarna seperti coklat kekuningan, coklat keemasan, coklat kehijauan, merah terang atau coklat gelap. Minyak Neem mempunyai bau yang kuat kerana gabungan bau bawang putih dan kacang tanah. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka mengupas ilmu mengenai minyak neem atau jenis minyak semambu sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


Pokok neem (atau pokok semambu) ianya bercirikan pokok tropika yang tahan lasak dan tahan kemarau dimana kadar ia tumbuh sangat cepat sehingga mencecah ketinggian sehingga 5 - 30 meter. Ciri utama fizikalnya termasuklah daun majmuk dengan pinggir bergerigi, berbunga putih yang wangi dan buah masak berwarna hijau kekuningan.  Pokok neem sesuai tumbuh dinegara beriIklim tropika dimana akan tumbuh subur pada suhu 21 - 32 Celcius dan jenis pokok yang memerlukan pancaran cahaya matahari penuh untuk tumbesaran. Sesuai ditanam di banyak jenis tanah dan ia sangat toleran atau mampu hidup di pelbagai keadaan termasuk jenis tanah berpasir, tanah berbatu dan di tanah yang kurang subur. Ia paling ideal ditanam di tanah bersaliran baik dengan pH6.0 - pH7.0 dengan baik. Kajian mendapati jika keistimewaannya adalah hampir semua bahagian pokok seperti bahagian daun, dahan, biji, akar dan kulit batangnya ia kaya dengan sebatian bioaktif iaitu 'Azadirachtin' dimana bahan ini ia sering diekstrak untuk kegunaan. Antara jenis kegunaannya termasuk dalam perubatan tradisional, kosmetik, dan racun serangga organik untuk banyak jenis tanaman. Bagi penulis blog yang ada pernah menanam beberapa pokok Neem sebagai jenis tumbuhan herba di rumah mendapati ia boleh ditanam sama ada melalui bahan tanaman biji benih atau seeds bagi mendapatkan pokok besar atau gunakan keratan batang sahaja jika ia ditanam di dalam pasu. Jika ingin menanam melalui Kaedah Biji Benih dimana cara ini adalah bertujuan untuk ditanam terus di atas tanah maka di sediakan biji yang baru dikutip daripada buah yang masak ranum sahaja kerana kadar percambahannya lebih tinggi. Seterusnya disemai biji benih di dalam dulang semaian menggunakan media campuran tanah, pasir, sekam padi dan kompos dengan kadar standard 1:1:1. Tanam biji tersebut kedalaman kira-kira 1 - 1.2 cm ke dalam medium semaian.  Perlu disiram menggunakan penyembur air halus dan tutup dengan plastik lutsinar yang ditebuk beberapa lubang pengudaraan dan ia letakkan di tempat teduh. Apabila anak pokok mempunyai 3-7 helai daun maka ia sedia dipindahkan ke tanah terbuka di kawasan yang mendapat cahaya matahari penuh. Cara kedua adalah Menanam Kaedah Keratan Batang dimana ia sesuai untuk ditanam dalam pasu di kawasan rumah. Caranya dnegan memilih dan potong dahan yang separa matang sepanjang 15 - 20 cm dan dibuang daun di separuh bahagian bawah keratan dan cucuk ke dalam pasu yang mempunyai tanah campuran yang peroi dan sistem salirannya baik. Perlu ia disiram agar tanah sentiasa lembap tetapi tidak bertakung sehingga anak pokok mula berakar dan tumbuh tunas baru. 


Pokok neem ini perlu di jaga baik dimana apabila matang ia sedia untuk di tuai.  Penuaian pokok neem atau pokok semambu adalah ia bergantung kepada bahagian pokok yang ingin digunakan dimana penuaian DAUN NEEM (leaves) ia boleh dilakukan dengan memetik sepanjang tahun dari dahan yang sudah cukup matang. 
Cara Menuai Daun dengan memotong dahan kecil yang sihat dan matang menggunakan pisau atau gunting pokok yang bersih. Selepas daun di petik ia diasingkan daun daripada tangkainya dan di masukkan kedalam bekas khas. Elakkan terlalu banyak memetik daun dan membotakkan keseluruhan pokok dalam satu masa sebab ianya akan menganggu pertumbuhan seterusnya akibat kurang proses fotositesis. Kemudian semua daun boleh dikeringkan di tempat teduh atau terus dikisar menjadi pes untuk kegunaan herba dan pelbagai produk lain. Kalau hendak menuai BUAH NEEM dimana buahnya akan dipetik apabila ia bertukar warna daripada hijau kepada kuning sepenuhnya. Bagi dapatkan bijinya dimana ia dituai selepas buah gugur atau dikumpul dan dijemur sehingga kulitnya berwarna perang. Cara menuai buah neem dan masa memetik bila buah neem telah masak sepenuhnya dan bertukar warna menjadi kuning atau sesuai untuk mengutip buah yang jatuh di atas tanah. Ia perlu dibersihkan dengan membuang isi atau pulpa buah tersebut dengan segera supaya biji tidak mudah berkulat. Proses berikutnya adalah mengasingkan bijibenih untuk dijadikan produk Semburan Organik dimana ia perlu dijemur dan dikeringkan biji benih bersih di bawah cahaya matahari selama 3 - 4 hari sehingga kulitnya bertukar warna menjadi perang. Kemudian dikopek kulitnya dan dipecahkan kulit luar biji yang keras menggunakan lesung batu. Ia perlu ditampi iaitu dengan menggunakan kaedah menampi (tiup atau biar angin lalu) untuk memisahkan kulit daripada isi biji. Seterusnya biji neem ini dikisar menjadi serbuk halus. Serbuk ini sangat berkesan dijadikan racun serangga organik atau baja dan juga pelbagai jenis produk lain.


Minyak Neem datang dalam variasi warna yang berbeza dimana selalunya ia boleh menjadi coklat kekuningan, warna coklat keemasan, coklat kehijauan, merah terang atau coklat gelap (Sila lihat foto disebelah). Minyak Neem dilihat ia mempunyai bau yang kuat kerana ada gabungan bau bawang putih dan kacang tanah. Dalam proses mendapatkan minyak neem dimana p
roses menekan atau proses pengasingan kacang, pembersihan dan juga proses penyingkiran batu dan proses pengeringan. Seterusnya ada proses menekan, proses penapisan dan juga proses penapisan (penyahbauan). Walaupun minyak neem adalah minyak sayuran sebenarnya ia tidak selamat untuk dimakan manusia dimana minyak neem juga ia tidak boleh digunakan untuk memasak. Kegunaan paling biasa minyak ini adalah dalam menyediakan produk kosmetik seperti sabun, produk penjagaan rambut dan krim badan, merawat demam, jerawat, sebagai ubat Ayurveda, merumuskan racun perosak dan bagi membuat produk pencuci mulut. Kualiti herba minyak neem adalah penting untuk memusnahkan virus dan bakteria oleh itu minyak neem digunakan secara meluas dalam merumuskan antiseptik. Berdasarkan beberapa kajian di laporkan dimana kandungan minyak buah neem hibrid yang dibentuk dengan menyilangkan dua induk neem dan neem dengan teknologi gabungan sel somatik telah diukur dan komposisi asid lemak minyak benih telah dianalisis. Keputusan menunjukkan bahawa kandungan minyak kulit dan pulpa adalah rendah dengan data direkodkan sekitar 1.65% dan 1.53% sahaja. Sementara itu kandungan minyak isirong benih neem agak tinggi sekitar 39.20% . Selepas minyak benih diekstrak daripada isirong benih dan di buat rawatan esterifikasi dengan bahan Methyl dijalankan dan analisa makmal GC-MS pula dilakukan dilaporkan ada 6 jenis asid lemak dikesan didalamnya. Asid tersebut dari minyak biji Asid Rami (67.0%), Asid Oleik (18.0%), Asid Palmitik (8.96%), Asid stearik (3.94%), Asid Arakidik (0.35%) dan Asid Lemak tidak diketahui (1.72%). DIlaporkan hasil kajian dimana jenis asid lemak tidak tepu menyumbang 85.03% dan keputusannya dimana kandungan minyak dari bijibenih neem hibrid adalah nilainya berbeza 1.6% lebih tinggi daripada minyak dari pokok neem bukan hibrid. Artikel ini ditulis dalam tiga (2) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di rujuk dan di baca kedua-duanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!... 
MINYAK NEEM...POKOK SEMAMBU ASALNYA...

BANYAK DI JUAL...IA ADA BANYAK JENAMA...
DALAM PERTANIAN...KAWAL SERANGGA...
BAHAN KOMESTIK...DIGUNA BANYAK CARA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, jalan Istana, Air Keroh,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 Ramadan 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...