Support My Blog

Showing posts with label MARKISA. Show all posts
Showing posts with label MARKISA. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

MARKISA


MARKISA (Passiflora endulis) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga PASSIFLORACEAE yang sesuai ditanam di Malaysia untuk penghasilan buah bagi  kegunaan segar. Buah Markisa juga di kenali sebagai BUAH SUSU di negara kita tidak banyak itanam secara komersial dimana penulis menganggaran keluasan tanaman ini sekitar 200-250 CHE  hektar sahaja. Nama lain bagi buah ini adalah Passion Fruit (Inggeris), Lilikoi (Hawai), Granadila ; Parcha, Parchita, Parchita marucaya (Sepanyol), Grenadile, Couzou (Perancis), Marcuja peroja (Portugis) dan Linmangkon (Thailand). Terdapat dua sepsis utama buah markisa iaitu Buah Warna Ungu dan Buah Warna Kuning. Tumbuhan spesis buah warna ungu banyak ditanam di Afrika dan India sementara jenis buah kuning ditanam di Australia, Brazil dan Equador. Markisa hidup dikawasan tropika dan sub-tropika. ArtikEl malam mini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai amalan agronomi  iaitu sejanis tumbuhan markisa untuk bacaan semua.

Tumbuhan markisa merupakan sejenis pokok menjalar yang perlukan sokongan sulur dan melilit untuk mendapatkan cahaya matahari.  Batangnya berbentuk selinder berwarna hijau berkayu lembut yang mempunyai ruas-ruas yang mengeluarkan daun sulur paut  bunga dan buah. Daunnya berwarna hijau dengan bentuk jantung dengan 3 lekuk berukuran 8-20 cm panjang yang licin dipermukaan atas dan kasar dibahagian bawah. Warna daun bahagian bawah agak hijau pucat.  Bunga markisa terbit dari pangkal ruas satu unit dengan ukuran 5-7 – 5.0 cm dengan kelopak berwarna hijau dan rerambut berwarna ungu keputihan atau kuning bergantung kepada sepsis.  Buah markisa berbentuk bulat dengan kulit licin berkilat berwarna hijau dan bertukar kepada kuning atau ungu apabila masak mengikut varieti. Saiz buah berukuran 4-8 cm garispusat mengandungi biji berwarna hitam dan manis apabila masak.

Buah markisa mengandungi banyak khasiat untuk dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus minuman, kordial dan pelbagai produk lain. Setiap 100 gram buah markisa mengandungi 75.1 g air, 90 kalori tenaga, Protin (2.2 g), Lemak (0.7 g), Karbohiderat (21.2 g), Kalsium (13 mg), Posforan (64 mg), Kaliam (28 mg), Fe (1.6 mg), Vitamin A (700 IU), Riboflavin (0.13 mg), Niacin (1.5 mg) dan Asid Askorbik (1.5 mg).  kajian saintis mendapati kandungan Asid Amino juga banyak dalam buah markisa seperti jenis Arginine, Asid Asitik, Glysine, Leusine, Lysine, Proline, Threoline, tyrosine dan valine.  Jenis markisa kuning paling banyak ditanam untuk menghasilkan jus markisa dimana ianya mengandungi 36% jus, 11 % Biji dan 51% bahagian isi.

Penanaman markisa menggunakan biji benih dari buah yang cukup masak. Biji benih markisa diambil dari buah masak yang disimpan 1-2 minggu sebelum dikeluarkan bijinya.  Biji ini perlu dibersihkan dan dibiarkan beberapa hari sebelum disemai. Biji akan bercambah dalam2-3 minggu dan bersedia untuk diubah apabila mencapai ketinggian 22-25 cm. Penanaman pokok markisa didalam lubang yang telah di berikan baja organik dan sebaiknya mempunyai sistem pengairan yang sempurna.   Pokok markisa memerlukan kayu penyokong untuk menjalar dan menghasilkan bunga dan buah. Jarak penanaman sekitar 2 meter x 3 meter dibawah sistem para yang dibina. Kerja melilit pokok markisa diperingkat awal adalah perlu. Buat cantasan pembentukkan pada batang yang menjalar diatas tanah kalau terlalu banyak tunas baru.

Pemerhatian saya mendapati pokok markisa mula berbunga selapas 1-1.5 tahun selepas ditanam bergantung kepada amalan agronomi dan varieti yang ditanam.  Berikan baja organan sebanyak 240 - 300 gram sepokok dan bubuh baja NPK 15:15:15 pada peringkat vegetatif. Serangan ulat makan daun dan layu bakteria kadang-kadang berlaku pada tanaman markisa. Buah yang muda berwarna hijau berkilat dan mengandungi rasa sangat masam. Buah masak akan menjadi warna kuning, oren atau merah saga mengikut jenis markisa. Buah mengandungi biji yang lonjong dan varieti tempatan agak masam berbanding dengan varieti impot yang agak lebuh manis. Buah markisa sesuai dimakan segar, dibuat jus minuman atau dijadikan kordial markisa yang mendapat pemasaran yang baik. Penanaman markisa atau buah susu di Malaysia tidak popular berbanding dengan tanaman buah-buahan tropika yang lain kerana susah nak dijual. Wasallam..
BUAH MARKISA...TANAM DIMANA...
POKOK MENJALAR..SULUR PAUTNYA....
BUAHNYA MASAM...MASA MUDANYA...
WARNA MERAH ...MASAK KULITNYA....

By,
M Anem 
Senior Agronimist,
Bukit Beruang, Jalan Istana,
Melaka, 
Malaysia.
(29 JamadilAwal 1433H)   

Friday, October 21, 2011

MARKISA

MARKISA (Passiflora endulis) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Passifloraceae yang terdapat di negara kita dan dipanggil juga BUAH SUSU. Tumbuhan ini menghasilkan buah markisa yang mempunyai rasa manis dan masam dimakan segar atau lebih banyak diproses untuk dijadikan jus minuman dalam bentuk Kordial, Syrup atau tersedia diminum. Tidak ada laporan rasmi mengenai keluasan tanaman markisa di Malaysia tetapi penulis menganggarkan sekitar 150 - 170 hektar CHE sahaja. Tanaman ini pernah di popularkan sekitar tahun 1970'an dan 1990'an tetapi tidak banyak petani yang menanam secara komersial sebagai monokrop. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah Passion Fruit (English), Granadilla ; Parcha; Parchita ; Parchita maracuya (Sepanyol), Ceibey (Cuba), Maracuja peroba (Portugis), Grenadile ; Couzou (Perancis), Lilikoi (Hawai), Parcha amerilla (Venezuella) dan Limangkon (Thailand). Tumbuhan ini dibawa masuk kenegara kita dipercayai oleh kolonial semasa penjajahan dahulu. Artikel tengahari ini saya menulis mengenai tanaman Buah Markisa untuk bacaan dan rujukan umum.


Pokok Markisa adalah jenis tumbuhan yang menjalar dan memerlukan kayu sokongan untuk hidup serta untuk mendapatkan cahaya matahari. Terdapat dua jenis markisa iaitu Jenis Buah Markisa Ungu (Passsiflora endulis L.) dan Jenis Buah Markisa Kuning (Pasiflora flavicarpa L.). Jenis Ungu lazimnya ditanam di India dan Afrika sementara jenis Kuning pula banyak ditanam dikawasan Peru, Brazil dan Equador. Jenis atau varierti  yang ditanam di Malaysia pula kebanyakannya adalah jenis kuning walau pun ada juga jenis buah ungu yang ditanam.


Penanaman pokok markisa biasanya menggunakan bahan tanaman dari BIJI BENIH atau menggunakan Kaedah MENGETUT. Jenis Buah Markisa Ungu lebih mudah untuk di buat proses tut berbanding dengan jenis buah markisa kuning yang batang kayunya agak lebih keras. bagi penanaman monokrop komersial perlu disediakan kawasan dengan membajak dan pastikan membuat saliran yang sempurna. Pokok ini tidak tahan dengan keadal terendam. Pasangkan kayu sokong dengan menggunakan tiang kayu beruti dengan ketinggian 21.8 - 2.0 meter bergantung kepada kesesuaian untuk membuat pengurusan. Sebaiknya ikat dengan kawat atau dawai no 10 keatas untuk menyambung antara tiang kayu sokong bagi membenarkan batang markisa menjalar kelak (Trellis system). Jarak penanaman disyorkan 2.5 m x 3.0 m bergantung kepada keadaan topograpi dan cuaca.

Anakbenih yang tersedia di tanam di pangkal tiang kayu sokong dan diberikan baja organik serta MOP pada kadar sesuai. Pokok akan merambat naik melalui tiang kayu dan pastikan ianya menjalar dengan seimbang diatas para. Buat cantasan pembentukan agar pembahagian dahan baru akan terbentuk dan tidak terlalu rapat pertumbuhannya. Rujuk rajah bagaimana kaedah membuat cantasan pembentukan dibawah. Tunas-tunas yang jatuh kebawah perlu dipotong atau diasuh agar ianya menjalar dalam keadaan horizontal.



Pendebungaan pokok markisa adalah dijalankan oleh serangga seperti lebah keran (Apis cerana), Lebah liar (Apis dorsata), Kumbang, Semut, Lalat Langau dan sebagainya bagi jenis markisa buah kuning. Jenis buah markisa warna ungu menjalankan pendebungaan tersendiri (iaitu Self compatible pollinated flower). Bagaimana pun kajian menunjukkan proses pendebungaan yang dijalankan oleh tangan manusia dapat meningkatkan pengeluaran buah markisa dengan lebih optima. Ini kerana debunga jantan pasti sampaai kepada stigma bunga betina 100% jika dibuat oleh manusia.   


Kulat bintik buah markisa.
Tanaman markisa mempunyai banyak penyakit dan serangga perosak yang menyebabkan industri tanaman ini di Malaysia kurang berjaya semenjak dahulu. Antara serangga perosak adalah Lalat Buah (Daucus spp), Aphid (Aphis gossypii), Thrips (Trysanoptera spp), Koya (Planococcus citri) dan Ulat Pelombong Daun (Leaf miner). Kawalan untuk semua serangga perosak ini dijalankan dengan semburan racun kimia, pemasangan perangkap, amalan agronomi ladang dan juga pengurusan kebun yang baik. Cacing Nematod (Meloidogynae spp) juga menyerang bahagian akar pokok markisa yang akhirnya pokok akan mati. Penyakit yang menyerang pula seperti Layu Fusarium yang akan menyebabkan kanker pucuk dan pokok akan mati jika tidak dikawal. Serangan Kulat Bintik Buah (Alternaria pissiflorae) juga menyebabkan buah markisa reput berbentuk bulat dan akhirnya busuk. Serangan virus pada daun juga berlaku menyebabkan daun kerekot. Serangan Penyakit Blight juga kadang-kadang berlaku disebabkan oleh kulat (Phythopthora cinamoni). Kaedah kawalan IPM membantu mengurangkan risiko penyakit. 


Buah markisa ungu dalam kotak
 Buah markisa yang masak akan dituai apabila mencapai tahap kematangan 75% apabila warna kulit buah bertukar kepada warna kuning atau ungu. Buah yang masih muda lazimya berwarna hijau, bulat dan berkilat dengan ada keputihan sedikit. Buah yang terlalu masak tidak sesuai untuk pasaran ekspot kerana sudah agak lembik dan tidak tahan lama. Sebaiknya elakkan buah daripada gugur diatas tanah dan dibiarkan kerana ianya akan menyebabkan lalat buah bertelur dan membiak dengan lebih banyak. Buah dengan garispusat 6-8 cm dengan warna kuning atau ungu sesuai dipetik, dibersihkan dibuat grading dan dimasukkan kedalam kotak. Kotak mengandungi 4.5 - 6 kg dengan satu atau dua lapisan sebelum dihantar kepada pembeli. Bagi yang untuk proses segar boleh dihantar kepada kilang memproses jus markisa seberapa segera. 

BUAH MARKISA...DIPANGGIL BUAH SUSU...
SUUSAH DITANAM...SERANGGA MEMBURU...
DIMAKAN SEGAR...DIPROSES JADI JUS...
NAK TANAM SENDIRI....BOLEH TANYA GURU...  



Related articles:
1. Epal (Klik disini)
2. Anggur (Klik disini)
3. Jambu Air Merah (Klik disini)
4. Nona Kapri (Klik didini)
5. Cermai Belanda (Klik disini)
6. Limau Mandarin (Klik disini)
7. Watermelon (Klik disini)
8. Star Fruit (Klik disini)
9. Jackfruit (Click here)


By,
M Anem
Serdang, Selangor,
Malaysia (23 Zulkaedah 1432H)
 

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...