Support My Blog

Showing posts with label KERENGGA DAN FAKTA MENARIK. Show all posts
Showing posts with label KERENGGA DAN FAKTA MENARIK. Show all posts

Friday, April 3, 2026

KERENGGA DAN FAKTA MENARIK (PART 2)

KERENGGA (Oecophylla smaragdina) adalah sejenis serangga dari kategori semut yang dikenali kerana sifatnya yang selalu penulis blog lihat ia adalah agresif dan tabiatnya yang suka untuk membina sarang dari daun di lektakan di atas pokok. Apa pun serangga kerengga ini ia adalah unik iaitu berbanding dengan semut lain diatas tanah sebab ia dari jenis Pembina Sarang (Weaver Ants) dimana ia membina sarang dengan mencantumkan daun-daun hidup dipokok iaitu dengan menggunakan sejenis bahan sutera yang dihasilkan oleh larva mereka dimana ia kukuh melekat. Sarang kerengga berbagai saiz ada yang berukuran sekitar 60 cm garispusat dengan melibatkan 6 helai daun dokong yang dicantum dengan pelekat berwarna keputihan disisi cantuman daun dan ada yang sederhana atau kecil bergantung kepada saiz koloninya. Sarang kedua agak kecil sedikit dengan ukurlilit sekitar 40 cm melibatkan 3 helai daun dokong. Selalunya saiz koloni dianggarkan bilangan kerengga dalam koloni tersebut sekitar 250 sehingga ribuan ekor daripada kerengga dewasa dan anak kerengga. Melihat dengan teliti dimana warna bagi kerengga biasanya berwarna oren atau kemerahan atau coklat berkarat bergantung kepada alam sekitar atau habitatnya. Bagi penulis blog yang banyak kali kenis gigitan kerengga sudah faham jika ia bersifat 'Agresif' dan sangat menjaga wilayahnya dan akan menggigit sesiapa sahaja yang datang atau cuba mengganggu pokok tempat tinggalnya atau sarangnya. Gigitannya selalu terasa pedih kerana kerengga dewasa akan merembeskan asid formik ke dalam luka gigitan tersebut yang menambah kesakitan. Apa pun peranan serangga ini didalam sektor pertanian penting sebab ia adalah sejenis haiwan sebaga ejen 'Kawalan Biologi' di kebun atau selalu di panggil sebagai 'Penjaga kebun' kerana makanannya ia akan memburu serangga perosak seperti ulat dan kumbang. Ini akan sekaligus membantu mengurangkan ancaman serangga perosak dan hasilnya ia menjaga kualiti buah-buahan tanpa perlu menggunakan racun kimia yang banyak. Mengenali akan habitat kerengga dimana ia selalunya akan dijumpai di kawasan tropika seperti Malaysia dan Indonesia terutamanya pada pokok buah-buahan seperti pokok mangga, pokok rambutan, pokok jambu dan pokok hutan lainnya. Bagi  penulis blig kerengga ialah sejenis semut merah besar yang sinonim dengan kehidupan di kampung, dikenali kerana membuat sarang daripada anyaman daun di pokok dan ia  juga terkenal dengan gigitan yang pedih, namun bertindak sebagai ejen kawalan biologi yang memakan serangga perosak, sekali gus melindungi buah-buahan daripada rosak. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa fakta menarik pasal kerengga dan telurnya untuk di buat bahan rujukkan pembaca semua.


Teknik untuk mengambil telur kerengga (kroto) memerlukan teknik yang agak bahaya sebab bila serangga dewasa jatuh dan banyak mengigit amat menyakitkan. Selalunya kaedah di lakukan adalah dengan cara 'menjolok sarang kerengga' iaitu dengan cara menggunakan galah buluh yang dipasang kerondong (tangguk) yang di buat daripada upih pinang atau jaring. Ada dilihat beberapa petua dimana masa terbaik memburu telur kerangga adalah dalam kalendar Islam genap untuk hasil terbaik dimana ia kemudian diasingkan daripada kerengga dewasa dengan cara asingkan iaitu menggunakan daun kelapa kering yang dibakar dimana kerangga dewasa akan mati maka selalunya tertinggallah terlur berwarna putih krim tertinggal. Pengalaman penulis blog dimana cara-cara mengambil telur kerengga dengan sediakan peralatan galah panjang yang dipasang tangguk atau jaring halus sebagai kerondong di hujung galah dengan diikat kuat. Masa terbaik adalah memilih waktu bulan Islam genap (hari bulan genap) untuk mendapatkan telur putih yang banyak berbanding anak kerengga yang sudah menetas. Apa pun pastikan amalan atau teknik semasa menjolok sarang kerengga dengan berhati-hati supaya telur tidak pecah. Proses seterusnya adlah mengasingkan kerengga dewasa dengan menggunakan daun kelapa kering yang dibakar untuk ianya dapat mengasingkan semut dewasa daripada telur. Disyorkan agar pemburu telur kerengga ini menggunakan bedak atau tepung pada tangan atau pada kaki untuk mengelakkan gigitan kerengga tersebut. Telur yang telah dibersihkan biasanya direbus bersama daun kunyit dan sedikit garam untuk tujuan ia dijadikan umpan pancing atau lain-lain kegunaan. Perlu di nyatakan dimana telur dan larva kerengga (semut merah besar) ia merupakan sumber protein tinggi dan lemak sihat yang dianggap makanan eksotik berkhasiat di Asia Tenggara, terutama Thailand dan Vietnam. Ia sering dijadikan hidangan istimewa kerana rasanya yang unik seperti sitrus (lemon) dan kaya dengan nutrien, sering dimakan dengan cara digoreng atau dicampur dalam masakan. Khasiatnya dimana kedua telur dan larva kerengga adalah salah satu sumber protein yang tinggi dan keduanya mampu membekalkan protein yang sangat baik. Ia dianggap sebagai sejenis makanan Eksotik atau Makanan Alternatif serta di beberapa negara ia juga dianggap hidangan mewah kerana rasa lemak dan sitrus yang unik. Di sesetengah kawasan pula dilaporkan yang kerengga dewasa juga dikutip untuk dijadikan makanan, walaupun telur dan larvanya lebih popular kerana teksturnya yang lebih lembut dan rasanya yang berlemak.


Penulis blog yang pernah bertugas di Jabatan Pertanian Sarawak dimana perlah melihat bagaimana sempat melihat rsepi kerengga goreng yang menjadi hidangan jenis hidangan eksotik atau pun sejenis hidangan yang unik yang popular dalam kalangan komuniti Iban dan juga kaum Bidayuh di Sarawak masa dulu. Agak unik dimana makanan ini selalu menggunakan kerengga dewasa yang di ambil dari koloninya dimana untuk memasaknya, kerengga (semut merah besar) perlu selalunya ia akan direbus terlebih dahulu bagi tujuan untuk menghilangkan rasa masamnya. Kemudian proses seterusnya ia akan digoreng sehingga kering atau sesuai di buat sambal yang dimasak sehingga garing. Dalam kes lain di laporkan dimana bahagaian telur kerengga segar berwarna putih yang di kumpulkan juga ia sering dijadikan resepi kerabu. Dijelaskan sekali lagi bagaimana cara Resepi Untuk Masak Kerengga Goreng iaitu langkah pertama dengan merebus kerengga dalam air mendidih untuk menghilangkan rasa masam atau pun 'rasa asid' dari badan kerengga. Kemudian ia di angkat dan di tapis dan ia dikeringkan kerengga setelah direbus. Proses seterusnya adalah menggoreng iaitu dengan cara memanaskan minyak secukupnya dan di goreng semua kerengga sehingga garing. Bagi menambah perisa selalunya ia boleh digaul dengan garam atau bahan perisa lain mengikut selera. Apa pun dilaporkan juga sebagai alternatif, kerengga juga popular dimasak sambal seperti Resepi Sambal Telur Kerengga atau digoreng bersama bawang dan cili untuk menambah rasa.


Menarik di kongsikan akan fakta menarik Resepi Sambal Telur Kerengga kali ini sebagai salah satu jenis hidangan ringkas menggunakan telur ayam yang dikisar bersama cili padi, cili hidup, bawang, garam, gula, dan sedikit cuka dan ia kemudian dimasak sehingga garing. Ia memberikan rasa pedas manis yang padu tanpa perlu ianya menggunakan serangga kerengga sebenar. Apa pun resepi makanan ini enak di makan begitu sahaja atau di makan dengan nasi putih atau roti. Mungkin kalangan para pembaca blog anim agro technology yang belum pernah ujirasa atau cuba makan resepi ini teringin cuba membuatnya selepas membaca artikel ini. Pertama perlu di sediakan bahan masakan terdiri daripada 10-15 biji cili padi (yang dikisar dan jumlahnya mengikut pedas di perlukan), 2-3 biji cili hidup, 4 - 5 biji bawang merah, 3 biji telur ayam (mentah), minyak masak secukupnya, garam dan gula secukup rasa dan sedikit cuka atau air asam jawa. Cara memasak dengan mengisar bahan ramuan iaitu masukkan cili padi, cili hidup, bawang merah, telur, garam, gula, cuka, dan sedikit minyak ke dalam pengisar dan dikisar sehingga halus. Memasaknya dengan terus menuangkan bahan kisar ke dalam kuali tanpa minyak (atau sedikit minyak jika perlu) dan dikacau sehingga ia garing iaitu cara kacau sentiasa dengan api sederhana sehingga sambal garing dan pecah minyak (kira-kira 10-15 minit). Bila sudah masak di angkat dan toskan minyak jika perlu dan sesuai di makan dengan nasi panas waktu makan tengahari. Penulis blog juga pernah beberapa kali berkursus dan membuat lawatan teknikal ke kebun pertanian di Laos dan pernah melihat bagaimana hidangan resepi tumis telur kerengga bersama daun pakis di hidangkan untuk jamuan makan tengahari di kampong mereka (Sila lihat foto paling bawah sekali). Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...

KERENGGA... SERANGGA BERGUNA...
SARANG DIPOKOK...AMAT UNIKNYA...
MAKAN PEROSAK...JADI PEMANGSA...
BACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 507, Micasa All-Suite Hotel,
368B, Jalan Tun Razak,
Kuala Lumpur,
Malaysia.
(12 Syawal 1447H).

Thursday, April 2, 2026

KERENGGA DAN FAKTA MENARIK (PART 1)


KERENGGA
(Oecophylla smaragdina) adalah sejenis serangga dari kategori semut yang dikenali kerana sifatnya yang selalu penulis blog lihat ia adalah agresif dan tabiatnya yang suka untuk membina sarang dari daun di lektakan di atas pokok. Apa pun serangga kerengga ini ia adalah unik berbanding dengan semut lain diatas tanah sebab ia dari jenis Pembina Sarang (Weaver Ants) dimana ia membina sarang dengan mencantumkan daun-daun hidup dipokok iaitu dengan menggunakan sejenis bahan sutera yang dihasilkan oleh larva mereka dimana ia kukuh melekat.
Sarang kerengga berbagai saiz ada yang berukuran sekitar 60 cm garispusat dengan melibatkan 6 helai daun dokong yang dicantum dengan pelekat berwarna keputihan disisi cantuman daun dan ada yang sederhana atau kecil bergantung kepada saiz koloninya. Sarang kedua agak kecil sedikit dengan ukurlilit sekitar 40 cm melibatkan 3 helai daun dokong. Selalunya saiz koloni dianggarkan bilangan kerengga dalam koloni tersebut sekitar 250 sehingga ribuan ekor daripada kerengga dewasa dan anak kerengga. Melihat dengan teliti dimana warna bagi kerengga biasanya berwarna oren atau kemerahan atau coklat berkarat bergantung kepada alam sekitar atau habitatnya. Bagi penulis blog yang banyak kali kenis gigitan kerengga sudah faham jika ia bersifat 'Agresif' dan sangat menjaga wilayahnya dan akan menggigit sesiapa sahaja yang datang atau cuba mengganggu pokok tempat tinggalnya atau sarangnya. Gigitannya selalu terasa pedih kerana kerengga dewasa akan merembeskan asid formik ke dalam luka gigitan tersebut yang menambah kesakitan. Apa pun peranan serangga ini didalam sektor pertanian penting sebab ia adalah sejenis haiwan sebaga ejen 'Kawalan Biologi' di kebun atau selalu di panggil sebagai 'Penjaga kebun' kerana makanannya ia akan memburu serangga perosak seperti ulat dan kumbang. Ini akan sekaligus membantu mengurangkan ancaman serangga perosak dan hasilnya ia menjaga kualiti buah-buahan tanpa perlu menggunakan racun kimia yang banyak. Mengenali akan habitat kerengga dimana ia selalunya akan dijumpai di kawasan tropika seperti Malaysia dan Indonesia terutamanya pada pokok buah-buahan seperti pokok mangga, pokok rambutan, pokok jambu dan pokok hutan lainnya. Bagi  penulis blig kerengga ialah sejenis semut merah besar yang sinonim dengan kehidupan di kampung, dikenali kerana membuat sarang daripada anyaman daun di pokok dan ia  juga terkenal dengan gigitan yang pedih, namun bertindak sebagai ejen kawalan biologi yang memakan serangga perosak, sekali gus melindungi buah-buahan daripada rosak. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya  kupas mengenai beberapa fakta menarik pasal kerengga untuk di buat bahan rujukkan pembaca blog ini semua.


Kerengga adalah sejenis serangga yang mempunyai 6 kaki ( 3 pasang) daripada keluarga Formicidae yang mana ia juga mudah dijumpa di Malaysia. Ramai orang Malaysia kenal akan serangga ini yang mana sering mengigit mangsa yang cuba mengganggu koloni tersebut dekat pokok dimana kerengga tinggal atau bersarang. Kerengga mempunia kasta unik dan ia  merupakan serangga yang tinggal berkoloni dengan kasta RATU, JANTAN, PEKERJA (Askar), LARVA (Anak) dan juga KEPOMPONG. Kerengga selalu ia di panggil sebagai Weaver Ants, Green Ant, Green Tree Ant dan Orange Gaster dalam bahasa Inggeris. Kerengga adalah serangga yang mempunyai 3 segmen iaitu Bahagian Kepala (Head), Bahagian Badan (Thorax) dan juga Bahagian Abdomen (Belakang). Bahagian Kepala mempunyai sepasang mata kompound yang besar dan sepasang sesungut. Organ Mata kerengga berwarna hitam di bahagian atas hadapan. Ada sepasang sesungut kerengga yang mana ia mampu bergerak-gerak dan merupakan alat penghubung penting diantara sama mereka. Kajian menunjukkan sesungut kerengga digunakan untuk berkomunikasi didalam koloni. Terdapat sepasang taring bergigi tajam di hadapan mulut kerengga. Organ taring ini merupakan senjata untama bagi kerengga pekerja (askar) untuk menyerang mangsa serta ia juga membawa makanan, membuat sarang dan pelbagai fungsi lain. Leher kerengga adalah kecil tetapi sangat kuat sehingga mampu mengangkat objek atau mangsa berkali ganda saiz dan berat. Taringnya yang tajam dan kuat mampu mengigit, mengoyak dan mampu dijadikan senjata bagi koloni kerengga. Bahagian Badan (Thorax) Kerengga mempunyai 6 pasang kaki yang kuat. Kakinya berfungsi untuk berjalan dengan kaedah pergerakan yang amat unik dan mampu berherak dengan pantas. Antara kelebihan pada kaki kerengga adalah kemampuannya untuk 'melekat' atau 'gripping power' ajaib dimana cengkamannya mampu melekat pada semua sudut pergerakan. Kekuatan kaki juga untuk membawa objek besar dan serangga mangsa yang masih hidup untuk di bawa kesarang. Kaki kerengga juga di gunakan bersama bahagian badan lain untuk kerengga 'Terbang' dari bahagian atas ke bawah kesasaran dengan baik. Bahagian tengah ini mempunyai beberapa 3 ketak dan bersambung dengan Bahagian Abdomen yang sangat ramping. Itulah sebabnya wanita cantik sering dikaitkan dengan mempunyai pinggang ramping 'Seperti Pinggang Kerengga'.


Penulis blog dapati dimana ada ramai petani dan pembaca blog ini yang bertanya adakah kerengga sebenarnya baik atau buruk untuk tanaman dan pokok-pokok dikebun. Walau pun ia mengigit dan menyakitkan namun kerengga bukan musuh sebaliknya ia adalah serangga penjaga di kebun yang menjadi salah atu kaedah dalam Kawalan Biologi peroak tanaman. Kerengga yang bersarang di atas pokok dan lazimnya memilih kawasan tinggi atas pokok dan mempunyai udara sekelilingnya bersih dan bebas daripada gangguan manusia. Kerengga lebih besar dan selalu ia agresif daripada semut lain dan sangat bermanfaat kepada kebun terutama kebun buah-buahan. Kerengga dikenali sebagai hidupan kawalan biologi yang boleh mengurangkan serangan lalat buah, kutu daun, hama, ulat pelombong daun (leafminers) dan serangga perosak yang lain. Kaedah ini ia dapat dalam mengelakkan pokok diserang penyakit serius yang dibawa oleh virus dan kulat. Kalangan petani yang ada sarang kerengga di kebun akan dapat mengurangkan beberapa kos perbelanjaan perbelanjaan racun kimia. Di beberapa negara dimana kerengga digantikan dengan racun kimia untuk dapat mendapatkan buah-buahan organik, kualiti tinggi dan dapat dijual dengan harga yang lebih mahal. Kerengga bukan sahaja meningkatkan pengeluaran buah malah kualiti dan kemanisan buah juga turut meningkat. Juga berdasarkan pengalaman di negara lain dimana populasi kerengga juga telah berjaya untuk menghalau tikus dan juga ular dalam kawasan kebun. Para pekebun sebaiknya boleh kurangkan ancaman dari kerengga dengan cara memakai pakaian yang bertutup seperti sarung tangan atau memakai jenis baju lengan panjang atau seluar panjang atau kasut but getah yang sesuai. Kaedah lain adalah memberikan umpan seperti dengan meletakkan perut ayam atau lebihan ikan sebagai umpan di keliling pokok yang menjadi sarang kerengga dan kemudian kumpulan kerengga ini boleh di musnahkan dengan menyemebur racun sesuai atau membakarnya. Boleh juga mengawal populasi serangga dengan cara menyapu abu kayu pada kawasan yang terdedah seperti tangan dan kaki sebelum berkebun. Penulis blog juga pernah melihat ada kalangan petani menyapu tepung ubi kayu pada kawasan terdedah seperti tangan dan kaki sebelum mula berkebun atau ada yang menyapu larutan garam atau larutan minyak petrol pada kawasan tangan atau kaki. Sebagai petua maka boleh petani untuk semasa ingin memanjat pokok untuk mengambil buah, dimana dia boleh menabur abu kayu sesuai iaitu di kawasan batang pokok tersebut. Bagi penulis blog dimana kerengga ialah sahabat kepada kebun dan ia juga adalah merupakan penjaga setia pokok-pokok kita agar tidak diusik oleh serangga perosak.  


Kerengga (semut rangrang) terkenal dengan khasiat sebagai kawalan serangga perosak semula jadi di kebun dimana ia melindungi buah daripada lalat, dan membantu pendebungaan. Telur dan larva kerengga juga sering dimakan sebagai sumber protein yang tinggi serta digunakan sebagai umpan pancing. Ia juga berfungsi sebagai ejen biologi yang memastikan buah-buahan cantik dan tidak berulat dan lebih berkualiti. Penulis blog beberapa kali melihat begaimana kerengga di kebun membuat 'Jambatan kerengga' dimana ciri ini memang ianya sungguh unik dan mengasyikan untuk melihatnya (Sila lihat foto disebelah). Peraan kerengga senagai agen kawalan Perosak Semula Jadi bila ia bertindak sebagai pemangsa dengan memakan serangga perosak kecil dan secara tidak langsung akan mengurangkan keperluan menggunakan racun kimia pada tanaman. Kerengga akan Melindungi Buah apabila kehadiran koloni kerengga di atas pokok melindungi buah daripada serangan lalat buah dan serangga lain serta gangguan manusia yang cuba mendekatinya pasti akan diserbu dan digigit dimana perkara ini akan dapat memastikan hasil buah lebih sihat dan tidak rosak. Paling ramai kurang tahu mungkin khasiat Protein Tinggi Telur Kerengga dan larva kerengga sebagai salah satu jenis makanan eksotik yang mengandungi tinggi protein dan dikatakan mempunyai rasa lemak sesuai di abil sebagai makanan berkhasiat. Selalu melihat kalangan pemancing dimana selalu Telur Kerengga Sebagai Umpan Pancing yang sangat disukai oleh ikan darat dimana ia menjadikan ia sangat bernilai bagi pemancing ikan darat atau nelayan yang memancing seperti ikan puyu, ikan seluang dan sebagainya. Boleh di nyatakan jika sungguh pun gigitan kerengga menyakitkan sebenarnya ia adalah rakan baik pekebun dalam ekosistem kebun yang organik. Pernah baca laporan kajian dimana memakan kerengga atau telurnya (kroto) mempunyai beberapa khasiat dari sudut nutrisi dan perubatan tradisional walaupun ia mungkin kurang biasa bagi sesetengah masyarakat. Ia sebagai sumber  protin yang rendah lemak dan rendah kolesterol berbanding daging merah. Kandungan zat vitamin dan mineral seperti kalsium, zat besi, dan zink, serta vitamin seperti Vitamin B12 yang baik untuk sistem saraf. Fakta lain dimana Asid Formik yang di kelurkan semasa gigitan akan menyakitkan luka. Dalam cara perubatan tradisional sesetengah budaya, asid ini dipercayai mempunyai sifat antibakteria dan membantu melancarkan peredaran darah. Perlu ingat jika kalangan mereka yang allergik terhadap gigitan kerengga mesti berhati-hati kerana mungkin akan mengalami tindak balas alergi yang teruk. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
IA KERENGGA... CONTOH BERGUNA...
BERSARANG DIPOKOK...KUKUHNYA...
MAKAN PEROSAK...JADI PEMANGSA...
BACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 507, Micasa All-Suite Hotel,
368B, Jalan Tun Razak,
Kuala Lumpur,
Malaysia.
(12 Syawal 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...