Support My Blog

Showing posts with label KELAWAR DAN PERTANIAN - KAITANNYA. Show all posts
Showing posts with label KELAWAR DAN PERTANIAN - KAITANNYA. Show all posts

Sunday, May 24, 2026

KELAWAR DAN PERTANIAN - KAITANNYA (Part 2)

KELAWAR (Bats)
adalah sejenis mamalia yang unik kerana ia merupakan satu-satunya haiwan di dunia yang boleh terbang. Haiwan kelawar tergolong dalam golongan haiwan mamalia dan ia adalah satu-satunya mamalia yang boleh terbang dan mempunyai keupayaan seperti burung (terbang). Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu ia bergerak melalui udara akan tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang. Penulis blog merujuk banyak sumber dan ada terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk diseluruh dunia. Mudah memahami iaitu kelawar terbahagi kepada dua iaitu Jenis Keluang (Megabats) dalam sub-susunan Megachiroptera dan juga Jenis Kelawar Biasa (Microbat) dimana ia juga didalam Microchiroptera. Apa pun lazimnya jenis Kelawar Mega ia memakan buah-buahan, madu atau debunga dimana ia biasanya bersaiz lebih besar dan banyak membantu dalam proses pendebungaan tanaman dan terbang malam hari. Bagi jenis Kelawar Mikro ia bersaiz lebih kecil dan memakan serangga dimana pergeraan kelawar ini unik sebab majoriti menggunakan sistem sonar (ekolokasi) untuk mengesan arah dan mangsa dalam gelap. Memang di laporkan yang haiwan kelawar ini ia sangat penting kepada ekosistem dan sektor pertanian kerana peranannya mengawal populasi serangga perosak dan menyebarkan benih pokok dengan cekap didalam hutan dan habitatnya. Haiwan Kelawar merupakan sahabat petani yang sangat penting dalam aktiviti dan ekosistem pertanian sebab ia membantu meningkatkan hasil tanaman secara semula jadi tanpa kos dan penggunaan racun kimia. Buah-buahan termasuk pokok durian (Durio zibethinus) adalah antara buah-buahan yang bunganya di bantu proses pendebungaannya di malam hari oleh haiwan kelawar jenis microbat. Penulis blog pernah di hidangkan dengan masakan Goreng Keluang Lada hitam di Limbang semasa bertugas di sana pada tahun 1999-2000 dimana ia kelihatan berisi dan enak tetapi tidak memakannya di restoren ekslusif masa itu. Hukum memakan kelawar adalah HARAM secara mutlak bagi umat Islam kerana haiwan kelawar ada tersebut dikategorikan sebagai kotor (jijik) dan ianya dilarang daripada dibunuh dalam Islam diman terbaru ia terbukti secara saintifik membawa pelbagai virus berbahaya (seperti virus SARS dan virus Nipah dan mungkin virus covid-19) yang mendatangkan kemudaratan dan kematian massal kepada kesihatan manusia. Artikel pada petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas tentang sejenis haiwan kelawar dan faktanya serta kepentingan dalam sektor pertanian untuk bahan rujukkan semua.


Selain dari banyak kepentingan dalam sektor pertanian dimana kehadiran k
elawar memang dilaporkan ia ada membawa ancaman utama sebagai pembawa penyakit bawaan zoonosis yang sangat berbahaya. Ini juga termasuk kes seperti ancaman Virus Nipah, Rabies (penyakit anjing gila), SARS, dan COVID-19. Ancaman ini biasanya berpunca daripada gigitan, cakaran, atau sentuhan langsung dengan air liur dan najis kelawar yang tercemar. Virus Nipah adalah penyakit zoonotik berbahaya yang boleh membawa maut, dengan kadar kematian manusia dianggarkan antara 40% hingga 75%. Ia disebabkan oleh virus Henipavirus yang berasal daripada haiwan dan pertama kali dikesan di Malaysia pada tahun 1999 semasa wabak di kalangan penternak babi. Dilaporkan dimana punca dan juga pembawa atau perumah semula jadi virus ini adalah kelawar buah (kelawar еndok atau Pteropus). Cara ia berjangkit adalah melalui sentuhan langsung atau terdedah kepada cecair badan haiwan yang dijangkiti seperti babi atau kelawar. Ia juga boleh berjangkit melalui makanan tercemar atau meminum air nira atau memakan buah-buahan yang telah dicemari oleh air liur kelawar. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan rapat dengan cecair pernafasan atau cecair badan pesakit yang dijangkiti. Simptom jangkitan dimana pesakit mula menunjukkan gejala 4 hingga 14 hari selepas terdedah kepada virus ini. Pada peringkat awal melibatkan demam, pening kepala, sakit otot, muntah dan masalah sesak pernafasan. Ia juga boleh melarat kepada keradangan otak (ensefalitis) yang menyebabkan sawan, koma,dan akhirnya menyebabkan kes kematian. Penyakit Rabies juga di bawa oleh kelawar dimana ia akan menyerang sistem saraf manusia melalui gigitan atau cakaran kelawar yang dijangkiti. Paling dekat di hati semua pembaca blog adaah ancaman penyakit berkait dengan Kes  Jangkitan Pernafasan yang berpunca dari virus seperti SARS-CoV-1, SARS-CoV-2 (COVID-19) dan MERS-CoV dikaitkan dengan penularan asal daripada kelawar sebelum berpindah kepada haiwan perantara. Dalam kes lain dilaporkan dimana ada kes Penyakit Berdarah apabila ada jenis kelawar di kawasan Afrika turut menjadi perumah semula jadi kepada virus Ebola dan Marburg yang mempunyai kadar kematian sangat tinggi dan tahun 2026 ini ia timbul semula disana. Ada beberapa langkah pencegahan sesuai di lakukan seperti dengan mengelakkan sentuhan iaitu jangan sesekali cuba memegang kelawar hidup atau mengutip kelawar mati dengan tangan kosong. DIsyorkan agar mencuci buah atau membasuh buah-buahan yang dibeli atau dipetik bersih-bersih sebelum dimakan. DI kawasan perumahan boleh memasang jaring nyamuk pada tingkap dan tutup ruang di bawah bumbung bagi mengelakkan kelawar bersarang di dalam rumah. Dapatkan rawatan perubatan segera di klinik atau hospital berhampiran jika anda digigit atau dicakar oleh kelawar.
 

Dilaporkan dimana kelawar memainkan peranan yang sangat penting kepada alam sekitar dan ekosistem hutan semulajadi terutamanya dalam
pemuliharaan alam sekitar dan didalam perkhidmatan ekosistem serta pertanian. Fungsi utama haiwan ini termasuklah masih di perlukan dimana ia membantu dalam proses Pendebungaan Bunga Tanaman. Sebenarnya jenis kelawar terutama spesies pemakan nektar adalah salah satu agen penting dalam proses pendebungaan untuk tanaman komersial seperti durian dan buah-buahan lain. Kelawar (terutama spesies seperti Eonycteris spelaea atau kelawar gua dan keluang) adalah agen pendebungaan semula jadi yang paling penting bagi pokok durian dimana tanpa kehadiran haiwan ini maka proses pendebungaan akan terjejas dengan teruk dan ini sekaligus mengurangkan hasil dan kualiti pengeluaran buah durian anda. Berlaku hubungan penting antara kelawar dengan pokok durian dimana kelawar adalah pemakan manisan nektar sebab bunga durian mekar pada waktu malam dan menghasilkan nektar yang banyak. Ini menarik minat kelawar yang keluar mencari makan pada waktu malam. Kelawar menjadi salah satu agen agen pendebungaan efektif dimana semasa kelawar menghisap madu bunga durian ada debunga akan melekat pada bulu badan mereka. Apabila kelawar terbang ke pokok lain, debunga tersebut disenyawakan dan menghasilkan buah durian yang lebih lebat. Kelawar dilaporkan ia bukan haiwan perosak kepada tanaman waau pun masih ada ramai yang tersilap menganggap kelawar sebagai musuh pokok. Kehadiran kelawar yang mengunjungi kebun durian adalah kelawar mesra alam yang memakan nektar, debunga dan buah-buahan kecil. Peranan penting kelawar sebagai haiwan 'Pengawal Serangga' dimana kelawar pemakan serangga bertindak sebagai 'racun perosak semula jadi' yang memakan ribuan serangga perosak dan nyamuk setiap malam dan ini mengurangkan populasi serangga perosak tanaman. Kelawar juga bertindak sebagai agen penyebaran Biji Benih dimana cara ini ia membantu memulihkan hutan dengan menyebarkan biji benih melalui pemakanan buah-buahan. 


Paling penulis blog tahu sejak lama dulu di mana kalawar hasilkan tahinya yang di panggil 'Baja Guano' yang mana ia dikumpulkan dijadikan sejenis baja organik premium yang kaya dengan 
nutrien. Apa pun baja tahi kelawar (atau bat guano) adalah baja organik bernilai tinggi yang kaya dengan kandungan Posforus (P), Nitrogen (N) dan Kalium (K) dimana ia selalunya akan diambil dari gua-gua batu kapur dan ia memang sangat popular dalam kalangan pekebun kerana berkesan untuk fungsi menyuburkan tanah, merangsang pertumbuhan akar dan menggalakkan proses pembentukan bunga serta buah. APa pun dilaporkan antara kebaikan utama baja tahi kelawar atau baja guano ini sebab ia sangat tinggi nutrien Phosforus yang pasti akan membantu pokok untuk terus membesar dengan sihat, menguatkan dahan dan akan mempercepatkan proses pengeluaran bunga dan buahnya. Baja Guano juga ia memang kaya Mikronutrien dan analisa menyatakan ia mengandungi pelbagai nutrien tambahan yang diperlukan untuk tumbesaran tanaman. Baja guano adalah jenis baja semulajadi dan menjadi pilihan baja organik yang selamat digunakan untuk pelbagai jenis pokok bunga serta tanaman sayuran dan tanaman buah-buahan. Cara guna baja guano ini boleh di taburkan sedikit di sekeliling pangkal pokok (mengikut saiz pokok) dan elakkan daripada terkena terus pada batang utama. Tahi kelawar mentah yang tidak diproses boleh membawa kulat bawaan udara (Histoplasma) yang menyebabkan penyakit paru-paru. Pastikan sentiasa memakai pelitup muka dan mencuci tangan selepas mengendalikannya. Gunakan produk baja tahi kelawar yang telah siap diproses dan dikomersialkan yag dijual di kedai pertanian berdekatan atau boleh di beli secara on-line sahaja. Harga pasaran bagi baja tahi kelawar (atau guano) di Malaysia secara purata adalah antara RM4.00 - RM15.00 satu pek yang bergantung kepada berat, jenama, dan gred pemprosesan. Secara detail bagi baja guano dengan pek kecil (500g) hatganya adalah sekitar RM4.00 dan bagi Pek Biasa (1kg) hatganya adalah sekitar RM8.00 - RM10.00 satu pek dan bagi membeli Pek Pukal atau pun Pek Premium (1kg ke atas) harganya adalah sekitar RM12.00 - RM15.00 satu pek. 


Merujuk kepada beberapa sumbuer dimana memang k
elawar pemakan buah (Spesis Keluang) yang berkeliaran di antara pokok buah di sekitar rumah didakwa akan merugikan pemilik rumah. Haiwan ini merugikan pemilik rumah karena memakan buah-buahan yang siap untuk dituai dan bila di serang ia boleh menghabiskan banyak hasil buah tersebut dan merugikan. Lebih malang apabila kelawar jenia ini akan mengotori sekitar rumah dengan kotoran dan potongan buah yang jatuh. Selama musim menuai buah dimana kelawar menjadi musuh utama pekebun dan pemilik dusun buah-buahan pilihan mereka yang datang pada malam hari. Kalangan petani ada yang cuba memeriksa dan ada yang membungkus buah-buahan di pokok (pokok longan dan rambutan di sukai kelawar) agar buahnya tidak dimakan. Ada beberapa cara menghalang atau mengawal ancaman kelawar di kebun buah dimana yang pertama dengan Semburan Bahan Semulajadi yang baunya ia tidak digemari kelawar yang berbau menyengat yang boleh mengganggu deria penciuman kelelawar. Ia termasuk bahan seperti peppermint, kayu manis, kayu putih atau eucalyptus. Cara terbaik untuk menggunakannya adalah dengan mencampurkan beberapa titisan minyak essensial beraroma menyengat tadi dengan dua cawanr air hangat dan setengah cangkir gula. Semburkan larutan ini disekitar pokok buah yang hampir masak. Kedua dengan cara Membungkus Buah di pokok sebab selalunya kelawar akan terbang  untuk mengambil buah-buahan yang sudah matang boleh dicegah membungkus buah-buahan yang hampir atau sudah matang dengan jaring atau plastik. Cara ini akan mencegah kelelawar memakannya. Cara ketiga dengan Cara Memasang Lampu Terang dipokok sebab kelawar adalah haiwan nokturnal yang kalah dan terbang jauh dari lampu terang ini. Keempat adalah dengan Memasang Alat Bunyi Ultrasonik sebab deria kelawar pendengarannya sangat sensitif dengan suara ultrasonik dimana gelombang sbunyi yang tidak terdengar manusia itu justru menakutinya. Kelima dengan Cara Membesihkan Kawasan dari sisa buah dan najisnya sebab kelawar yang terbang akan meninggalkan kotoran dan sisa-sisa buah di sekitar tempat yang diganggu. Bau buah ini akan menarik ia datang lagi. Agak unik cara keenam iaitu dengan Menggantung Cermin Muka atau aluminimum foil yang berlikat dan ada refleksi cahaya mampu untuk menghalang kelawar yang mengganggu penglihatannya. Cara ketujuh adalah dengan gunakan Kapur Barus Digantung di dahan pokok dimana ia adalah bahan kimia yang berbau tajam dan dapat membasmi mamalia kecil termasuk kelelawar. Penulis bloh sering membuat tinjauan bagaimana petani Memasang Jaring Burung di rentang di kawasan dusun sedang hampir masak seperti di kebun longan, rambutan. mata kucing dan sebagainya dan berjaya menghalang ancaman keluang dan kelawar (Sila lihat foto paling bawah sekali). Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang isinya sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..
NAMA KELAWAR... MALAM AKTIFNYA...
BANTU TANAMAN...BAWA DEBUNGA...
MAKAN BUAH...ADA JUGA SERANGGA...
DALAM PERTANIAN...IA INI BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Zulhijjah 1447H).

Saturday, May 23, 2026

KELAWAR DAN PERTANIAN - KAITANNYA (Part 1)

KELAWAR
(Bat) adalah sejenis mamalia yang unik kerana ia merupakan satu-satunya haiwan di dunia yang boleh terbang. Haiwan k
elawar tergolong dalam golongan haiwan mamalia dan ia adalah satu-satunya mamalia yang boleh terbang dan mempunyai keupayaan seperti burung (terbang). Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu ia bergerak melalui udara akan tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang. Penulis blog merujuk banyak sumber dan ada terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk diseluruh dunia. Mudah memahami iaitu kelawar terbahagi kepada dua iaitu Jenis Keluang (Megabats) dalam sub-susunan Megachiroptera dan juga Jenis Kelawar Biasa (Microbat) dimana ia juga didalam Microchiroptera. Apa pun lazimnya jenis Kelawar Mega ia memakan buah-buahan, madu atau debunga dimana ia biasanya bersaiz lebih besar dan banyak membantu dalam proses pendebungaan tanaman dan terbang malam hari. Bagi jenis Kelawar Mikro ia bersaiz lebih kecil dan memakan serangga dimana pergeraan kelawar ini unik sebab majoriti menggunakan sistem sonar (ekolokasi) untuk mengesan arah dan mangsa dalam gelap. Memang di laporkan yang haiwan kelawar ini ia sangat penting kepada ekosistem dan sektor pertanian kerana peranannya mengawal populasi serangga perosak dan menyebarkan benih pokok dengan cekap didalam hutan dan habitatnya. Haiwan Kelawar merupakan sahabat petani yang sangat penting dalam aktiviti dan ekosistem pertanian sebab ia membantu meningkatkan hasil tanaman secara semula jadi tanpa kos dan penggunaan racun kimia. Buah-buahan termasuk pokok durian (Durio zibethinus) adalah antara buah-buahan yang bunganya di bantu proses pendebungaannya di malam hari oleh haiwan kelawar jenis microbat. Penulis blog pernah di hidangkan dengan masakan Goreng Keluang Lada hitam di Limbang semasa bertugas di sana pada tahun 1999-2000 dimana ia kelihatan berisi dan enak tetapi tidak memakannya di restoren ekslusif masa itu. Hukum memakan kelawar adalah HARAM secara mutlak bagi umat Islam kerana haiwan kelawar ada tersebut dikategorikan sebagai kotor (jijik) dan ianya dilarang daripada dibunuh dalam Islam diman terbaru ia terbukti secara saintifik membawa pelbagai virus berbahaya (seperti virus SARS dan virus Nipah dan mungkin virus covid-19) yang mendatangkan kemudaratan dan kematian massal kepada kesihatan manusia. Artikel pada petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas tentang sejenis haiwan kelawar dan faktanya serta kepentingan dalam sektor pertanian untuk bahan rujukkan semua.


P
eranan utama kelawar dalam bidang pertanian yang paling asas adalah ia menjadi haiwan makan serangga dan agen kepasa cara Kawalan Serangga Perosak tanaman. Haiwan Kelawar pemakan serangga bertindak sebagai agen kawalan biologi semulajadi terutama jenis serangga perosak yang aktif pada waktu malam seperti spesis kupu-kupu dan sebagainya. Serangga kupu-kupu atau moth yang aktif pada malam hari dan serangga Rama-rama (butterfly) dewasa lazimnya ia tidak merosakkan tanaman. Walau bagaimanapun bila ia bertelur pada tanaman dan pada peringkat larva (ulat beluncas) bagi serangga ini adalah perosak utama pertanian yang memakan daun, batang dan buah sehingga boleh menjejaskan hasil tanaman dengan teruk dan merugikan petani. Kelawar akan ia memakan memakan serangga perosak utama seperti kupu-kupu, ulat dan kumbang yang merosakkan tanaman terutama tanaman makanan seperti padi dan sayuran. Peranan kelawar juga sebagai agen utama bagi proses Pendebungaan Bunga dan Buah sangat cekap dan efektif sebab selalunya kelawar yang juga ia datang sebagai pemakan buah dan nektar hinggap di pokok dan ini membantu mendebungakan pelbagai tanaman komersial. Contoh terbaik di Malaysia ialah kelawar yang menjadi pendebunga utama bagi pokok durian dan petai. Penulis blog dapati kelawar adalah agen pendebungaan utama bagi pokok durian. Bunga durian mekar pada waktu malam dan menghasilkan nektar dan ini menjadikannya sumber makanan kepada kelawar buah dan kelawar gua. Semasa kelawar makan dimana debunga ini akan melekat pada badan kelawar dan dipindahkan ke bunga pokok durian yang lain dimana proses ini memastikan pokok berbuah lebat (Sila lihat foto disebelah). Proses kelawar mendebungakan pokok durian dimana bunga durian memang ia hanya Mekar Malam dimana ia berkembang sepenuhnya pada waktu malam sehingga subuh dan mengeluarkan nektar yang kaya dan ini menarik perhatian kelawar yang aktif malam mencari makan pada waktu gelap. Ketika kelawar menghisap nektar maka debunga dari bunga durian akan melekat pada bahagian muka dan bulu badan mereka. Apabila kelawar terbang ke pokok lain untuk mencari nektar seterusnya maka debunga tersebut bersentuhan dengan stigma bunga durian yang lain dimana ini sekaligus membolehkan proses persenyawaan dan pembentukan putik buah durian berlaku. Spesies kelawar seperti Eonycteris spelaea (kelawar gua) dan Keluang atau Kelawar Buah (Pteropus spp) adalah antara spesis utama yang bertanggungjawab membantu didlam cara mengekalkan hasil pengeluaran dan kestabilan ekosistem durian di Malaysia. Kelawar juga ia membantu menyebarkan benih tanaman dan pokok hutan melalui najisnya dan proses ini ia sekaligus memulihkan kesuburan dan biodiversiti hutan dan kawasan sekitarnya.  
 

Memahami haiwan kelawar yang pada umumnya adalah haiwan nokturnal iaitu jenis haiwan yang hanya aktif pada waktu malam dan tidur pada waktu siang dimana 
sebab utama kelawar aktif pada waktu malam adalah ia melindungi dirinya dari ancaman pemangsa. Ia akan mengelakkan pemangsa yang mana ia akan menggunakan penglihatannya serta mengelakkan suhu panas terik siang hari dan dapat elakkan terdehidrasi. Apa pun biasanya kelawar ini memang ia tiada persaingan dengan haiwan lain seperti burung untuk mendapatkan sumber makanan mencukupi di waktu malam. Burung yang aktif waktu siang dengan jumlahnya yang banyak memakan buah-buahan dan serangga pada siang hari sebab ia mempunyai deria penglihatan dan bau yang hebat. Kehebatan kelawar dimana ia akan menggunakan pantuan bunyi bernada tinggi atau 'Echolocation' untuk mengesan arah serta mampu terbang laju dalam gelap dan mampu memburu mangsa dalam gelap. Penulis bloh dapati di Malaysia ada terdapat lebih 110 spesies kelawar yang dikategorikan kepada dua kumpulan utama mengikut diet pemakanan mereka. Pertama adalah Jenis  Kelawar Fitofagus iaitu jenis kelawar pemakan tumbuhan. Spesies ini memakan buah-buahan, nektar dan debunga dimana ia juga sangat penting untuk ekosistem kerana dapat membantu proses pendebungaan tanaman dan penyebaran biji benih di dalam hutan. Kedua ada Jenis Kelawar Insektivor iaitu jenis kelawar pemakan serangga dimana ia hanya akan menggunakan sistem gema (ekolokasi) untuk memburu serangga kecil dan ini sekaligus membantu mengawal populasi serangga perosak dalam sektor pertanian. Apa pun selain dua kategori utama ini ada dilaporkan terdapat spesies kelawar di dunia seperti 'Kelawar Vampire' tetapi tidak ada di Malaysia dan hanya ada di benua Amerika yang memakan darah sahaja.


Lazimnya kelawar mendiami pelbagai tempat perlindungan yang dipanggil 'roost' atau 'sarang tidur' dimana habitat utama kelawar selalunya adalah termasuk
Gua (cave) dan lombong (mining area) iaitu satu lokasi utama yang sunyi dan gelap dimana keadaan ini memang ia sesuai untuk kelawar tidur dan berhibernasi (rehat) pada musim sejuk. Kelawar juga tinggal dalam kawasan hutan dan lubang pada pokok atau pada celahan kulit kayu atau bergantungan di bawah daun. Di kawasan penempatan dimana kelawar juga mendiami struktur bangunan atau struktur buatan antaranya seperti ia akan menumpang di loteng rumah, celah bumbung, di bawah unit jambatan atau dalam kotak khas kelawar yang ada. Apa pun selalunya kelawar memilih lokasi ini kerana ia adalah selamat daripada pemangsa dan menawarkan suhu yang sesuai untuk berehat atau membiak. Kajian menunjukkan dimana haiwan kelawar ini jangkahayatnya adalah sangat panjang berbanding mamalia kecil lain. Secara purata dimana kebanyakannya jenis kelawar akan hidup antara 10 - 20 tahun didalam keadaan alam liar semulajadi. Lebih menarik ada sesetengah spesies kelawar yang ia boleh hidup lebih 20 - 30 tahun dimana ada rekod dunia bagi kelawar liar tertua pernah mencecah 41 tahun lamanya. Mengetahui akan kitaran hidup kelawar melalui empat peringkat utama iaitu Fasa Mengawan, Fasa Tempoh bunting, Fasa Kelahiran dan Fasa Penjagaan anak. Sebagai satu-satunya mamalia yang boleh terbang dimana kitaran ini berbeza sedikit bergantung kepada spesies kelawar dan lokaliti. Dalam fasa mengawan dimana kelawar biasanya mengawan pada musim tertentu (musim bunga atau panas di negara iklim sederhana). Ada juga spesies yang boleh membiak dua kali atau lebih setahun di kawasan tropika. Pada fasa Kelahiran (Peringkat Anak) iaitu tempoh diambil untuk pembesaran di dalam perut (gestation) mengambil masa antara 6 minggu hingga 6 bulan. Kelawar betina hampir selalu melahirkan hanya seekor anak (dipanggil pup) pada satu-satu masa. Fasa Penjagaan Ibu dimana anak kelawar yang baru lahir tidak berbulu dan sangat bergantung kepada susu ibunya. Ibu akan menyusukan anak mereka antara 5 minggu hingga 5 bulan. Kemudian ada Fasa Belajar Terbang apabila kebanyakan anak kelawar akan belajar terbang dan mencari makan sendiri seawal usia 3 hingga 4 minggu dan akhir sekali ada Fasa Kematangan dimana selepas melepasi peringkat anak yang penuh berisiko (seperti terjatuh atau kemalangan), kelawar yang matang mempunyai kadar kematian yang sangat rendah. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang isinya sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..
NAMA KELAWAR... MALAM AKTIFNYA...
BANTU TANAMAN...BAWA DEBUNGA...
MAKAN BUAH...ADA JUGA SERANGGA...
DALAM PERTANIAN...IA INI BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Zulhijjah 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...