Support My Blog

Showing posts with label KAITAN SEMUT DAN TANAMAN. Show all posts
Showing posts with label KAITAN SEMUT DAN TANAMAN. Show all posts

Tuesday, May 26, 2026

KAITAN SEMUT DAN TANAMAN (Part 2)

SEMUT DAN TANAMAN
adalah sangat berkait rapat didalam habitatnya dimana ada proses simbiosis diantara keduanya. Apa pun hubungan diantara semut dan tanaman adalah berbentuk interaksi kompleks yang boleh membawa Kesan Positif (ia membantu) atau Kesan Negatif (ia merosakkan). Dalam banyak kajian dilaporkn dimana kejadian interaksi ini kebanyakannya berkisar tentang keperluan makanan, ciri perlindungan dan pemindahan nutrien diantara keduanya. Dalam dunia semut dimana koloni semut ialah satu komuniti sosial yang sangat teratur sosialnya di mana ada ribuan hingga jutaan semut daripada pelbagai kasta selalu mereka bekerjasama untuk menjalani kelangsungan hidup. Setiap koloni mempunyai pembahagian tugas yang spesifik dengan ada beberapa kasta yang terdiri daripada Ratu Semut atu Queen yang fungsinya hanya bertelur, Semut jantan dan Semut pekerja atau Semut Askar yang terbanyak dalam populasinya dengan tugasnya adalah untuk mencari makan atau membina sarang dan mempertahankan koloninya. Beberapa bentuk kaitan utama antara semut dan tanaman memang penting di bincangkan dimana bagi Jenis Kesan Positif (Simbiosis Mutualisme) ia berkait dengan Proses Pendebungaan (Pollination) dimana semut boleh bertindak sebagai agen pendebunga apabila mereka merangkak dari satu bunga ke bunga lain untuk memakan nektar dimana aktiviti ini ia sekali gus membantu pembiakan tumbuhan. Kedua dimana semut akan juga membantu dalam Proses Penggemburan Tanah dimana semut yang membina sarang di dalam tanah membantu pengudaraan dan pengaliran air dan cara ini mereka menjadikannya lebih subur untuk akar pokok. Peranan semut kepada tanaman yang signifikan juga termasuk sebagai Kawalan Serangga Perosak dimana ada sesetengah spesies semut bersifat karnivor dan akan mereka memakan telur atau larva serangga perosak lain yang boleh merosakkan tanaman para petani. Kaitn antara keduanya juga ada Kesan Negatif (Simbiosis Parasitisme) seperti berlaku akan Penyebaran Kutu Daun (Aphids) dimana serangga semut sering bersimbiosis dengan kutu daun. Semut selalu ia melindungi kutu daripada pemangsa dan memindahkan kutu ke pucuk tanaman yang masih sihat. Sebagai balasan iaitu apa yang berlaku adalah semut memakan cecair manis (honeydew) yang dirembeskan oleh kutu tersebut dan akan membawanya ketanaman sihat yang lain. Kedua ancaman dalam simbiosis ini adakah potensi berlaku kes Serangan Kulapuk Hitam iaitu jenis cecair manis yang ditinggalkan oleh kutu daun menggalakkan pertumbuhan kulapuk hitam pada daun, yang menyekat proses fotosintesis. Dalam keadaan lain akan berlaku kejadian Kerosakan Akar Tanaman yang sukar di lihat dimana sarang semut yang terlalu besar di dalam pasu boleh mengganggu struktur akar dan melemahkan kesihatan pokok menganggu pertumbuhan tanaman. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting kaitan antara semut dan tanaman untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Kajian pakar menyataan masih ada beberpa risiko kehadiran semut terhadap pokok dimana ia akan menjalani simbiosis dengan perosak tertentu sebab semut bertindak sebagai 'pengawal' kepada serangga perosak penghisap cecair pokok seperti kutu daun (aphid), bena dan koya. Ada ancaman dari serangga perosak ini dengan cara ia akan mengeluarkan cecair manis (honeybee) yang mana manisan in sangat digemari semut. Ia menjadi makanan kegemaran semut dan mengurangkan jumlah populasi serangga perosak tersebut. Bagaimana pun di laporkan juga semut akan juga berfungsi sebagai Perosak Terlindung dimana sebagai cara balasan dimana semut akan melindungi perosak ini daripada pemangsa semula jadi seperti kumbang kura-kura dan ciri ini membolehkan perosak tanaman tersebut dapat membiak dan merosakkan pokok dengan lebih serius lagi. Ada jenis semut dimana ia menyebabkan kerosakan daun tanaman atau daun tumbuhan dimana peranan kutu daun dan bena akan mereka menyedut nutrien daripada daun serta batang muda dimana kes ini menyebabkan daun menguning, layu dan terbantut.  Semut juga berkait dengan isu Jangkitan Kulat apabila ada cecair manis yang dirembeskan oleh perosak tadi dimana cecair ini akan menggalakkan pertumbuhan kulat (kulat hitam atau sooty mold) pada permukaan daun dan akibatnya ini sekaligus menyekat proses fotosintesis oleh tumbuhan. 
Kulat hitam (atau sooty mold) pada daun adalah kulapuk yang tumbuh di atas sisa cecair manis (embun madu) yang sudah ia direembeskan oleh serangga perosak seperti kutu daun, koya, atau teritip. Walaupun tidak berjangkit secara langsung kepada tisu tumbuhan akan tetapi ia akan menghalang proses fotosintesis dengan menutup permukaan daun. Cara sesuai untuk mengawalnya adalah dengan menyembur pokok dengan racun serangga organik seperti 'Neem Oi'l atau 'White Oil' untuk membunuh punca serangga. Petani boleh juga mencuci daun dengan membersihkan daun yang terjejas dengan semburan air yang kuat untuk membuang sisa kulat dan cecair manis atau boleh di pangkas dan dibuang daun atau ranting yang telah diserang teruk. Semut juga mengancam berlaku kes Kerosakan Akar diman ada sesetengah spesies semut invasif akan membina sarang di dalam tanah, menggemburkan tanah terlalu banyak dan merosakkan struktur akar tanaman. 


Di laporkan dimana isu k
ehadiran semut bukanlah punca utama penyakit tanaman sebab kehadiran semut biasanya adalah petanda kepada masalah serangan serangga perosak lain. Serangga perosak tanaman yang ada mungkin Jenis Kutu Daun (Aphids) atau pun Jenis Koya (Mealybugs) dimana kedua-dua jenis perosak ini menghisap nutrien tumbuhan dan merembeskan cecair manis yang dipanggil honeydew (embun madu). Semut sangat menyukai cecair manis ini dan akan memakan atau menjaga serangga perosak tersebut daripada pemangsa. Hubungan antara aphid (kutu daun) dan semut adalah contoh simbiosis mutualisme di mana kedua-duanya saling mendapat manfaat iaitu bagi semut ia akan melindungi aphid daripada pemangsa dan sebagai balasan sebenarnya aphid merembeskan cecair manis yang dipanggil 'madu atau 'honeydew' untuk dimakan oleh semut sebagai makanan yang di gemarinya. Cara hubungan Ini ia berfungsi pada tumbuhan sebagai satu 'Perlindungan' apabila pihak semut bertindak seperti pengawal peribadi yang akan menjaga aphid daripada serangga pemangsa lain seperti kumbang kura-kura. Ia juga sebagai makanan dimana aphid menyerap nutrisi daripada tumbuhan dan menghasilkan bahan buangan cecair manis dan juga semut akan mengumpul cecair ini secara langsung daripada aphid. Semut akan membawa atau memindahkan aphid ke bahagian pokok yang lebih segar untuk memastikan bekalan makanannyaagar tidak terputus. Perlu penulis blog beritahu jika kesannya simbiosis ini kepada tanaman dan walaupun hubungan ini menguntungkan kepada serangga tersebut akan tetapi ia sangat memudaratkan pokok yang di tanam sebab aphid akan menyedut cecair tumbuhan yang menyebabkan daun menjadi kerinting, kuning dan akan terbantut. Sisa manis yang tertinggal pada daun juga boleh menggalakkan pertumbuhan kulat (kulapok hitam). Untuk dapat membasmi kedua-dua serangga perosak ini secara berkesan petani perlu memutuskan hubungan ini dengan meletakkan penghalang fizikal atau semburan organik di pangkal pokok untuk mengelakkan semut daripada naik. Cara lain dengan menyembur aphid iaitu menggunakan semburan cecair organik seperti Neem Oil pada daun yang diserang. Lakukan semburan beberapa kali bagi memastikan telur-telur aphid yang baru menetas turut dihapuskan. Simbiosis ini juga menyebabkan kes kejadian Kulapok Hitam (Sooty Mold) bila cecair manis (honeydew) yang tertinggal pada daun akan menjadi tempat pembiakan kulat hitam. Kulapok ini boleh menutupi permukaan daun dan mengganggu proses fotosintesis pokok. Cara mengatasi dengan sering memeriksa daun tanaman dibahagian bawah daun dan batang pokok untuk melihat jika terdapat koloni kutu daun atau koya.  Cara kawal perosak ini dengan menyembur pokok dengan racun serangga organik seperti minyak neem untuk menghapuskan kutu daun dan koya. Apabila sumber cecair manis hilang maka semut akan beredar dengan sendiri. Petani juga boleh untuk menaburkan serbuk kulit kayu manis atau serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok untuk menghalau semut tanpa membahayakan tanaman.


Di kongsikan fakta bagaimana cara u
ntuk mengawal semut di kebun, anda boleh menggunakan kaedah semula jadi atau racun yang bersesuaian. Fokus kepada menghapuskan punca kehadiran semut terutama di tumpukan perosak serangga seperr jenis aphid yang menghasilkan manisan. Pertama boleh di Tabur Serbuk Penaik (Baking Soda) dengan jumlah sesuai atau campuran tepung di sekeliling pangkal pokok untuk membasmi semut secara semula jadi. Menabur serbuk penaik (soda penaik atau  baking soda) di pangkal pokok berfungsi sebagai agen pengawal pH tanah, racun serangga semula jadi, dan pembunuh rumput liar. Ia akan membantu untuk membunuh kulat dimana serbuk ini akan bertindak sebagai racun kulat semula jadi untuk ianya mencegah penyakit seperti powdery mildew. Ia juga akan dapat memaniskan buah dengan cara menabur di pangkal pokok seperti tomato mengurangkan keasidan tanah dimana ini menjadikan buah lebih manis. Pertua agar jangan tabur terlalu banyak kerana ia boleh mengubah pH tanah secara drastik dan merosakkan pokok. Cara kedua halau semut adalah dengan Menggunakan Serbuk Kopi: iaitu menaburkan hampas kopi di sekeliling batas atau kawasan laluan semut. Kesan dari bau kopi ini yang kuat akan mengganggu deria semut dan menghalang mereka daripada mendekati tanaman. Boleh juga di semburan cuka iaitu mencampurkan satu bahagian cuka putih dengan satu bahagian air di dalam botol penyembur dan disembur pada laluan semut atau sarangnya. Apa pun semut biasanya datang untuk memakan sisa manis yang ditinggalkan oleh serangga perosak seperti aphid atau bena dimana dengan memggunakan semburan cecair neem oil untuk membasmi serangga perosak tersebut. Boleh juga meletakkan jenis racun semut sebagai umpan atau racun semut jenis tabur (sering dijual di tapak semaian atau kedai serbaneka) berhampiran sarang agar ia dibawa balik oleh semut pekerja untuk membunuh seluruh koloni.


Bagi penulis blog dimana secara logik ramai yang menganggap tumbuhan adalah membosankan dimana ia hanya melakukan proses fotosintesis sahaja. Mungkin ramai fikir sedemikian namun banyak spesis tumbuhan telah lama ia mengalami evolusi bagi membolehkan ia menarik perhatian semut misalannya seperti penghasilan nektar sebagai sumber makanan serangga dan semut dan duri berongga untuk mereka berlindung. Sebagai ganti ada jenis tumbuhan menjadikan semut sebagai benteng pertahanan dari serangan luar dan juga menyebarkan biji benih. Beberapa llaporan kajian saintis nyatakan sudah lama ujud hubungan Evolusi Tumbuhan Semut secara mendalam. Dilaporkan jika evolusi interaksi bermula dengan semut membangunkan tingkah laku untuk mendapatkan manfaat dari tumbuhan atau sebaliknya. Apa pun kajian dapati jika data DNA dan Ekologi yang banyak dalam usaha untuk menentukan sejarah awal evolusi interaksi semut-tumbuhan. Mereka cuba menghubungkan tingkah laku semut dan perubahan struktur fizikal tumbuhan untuk dapat menentukan bila semut mula mencari makanan dan tinggal di atas tumbuhan serta bila tumbuhan mula mengubah struktur fizikal dengan ciri mesra semut. Kajian dengan Proses Ancestral State Reconstruction telah digunakan untuk tujuan memetakan sejarah evolusi interaksi semut-tumbuhan. Data diperolehi menunjukkan semut yang memulakan interaksi dengan menjadikan tumbuhan sebagai sumber makanan dan habitat. Ini kerana pada agak mustahil tumbuhan mampu membangunkan struktur fizikal dengan ciri mesra organisma khusus (semut), melainkan organisma (semut) itu telah melakukan interaksi dengan tumbuhan, dalam konteks ini semut menjadikan tumbuhan sebagai habitat dan sumber makanan. Dilaporkan dimana berlakunya interaksi evolusi positif diantara semut-tumbuhan, dilaporkan memang masih tiada perbezaan ketara dari sifat fizikal atau kadar pertumbuhan semut diantara kumpulan semut yang menjalinkan interaksi dengan tumbuhan dan kumpulan semut yang tidak menjalinkan interaksi dengan tumbuhan. Maka kajian mereka ini penting kerana memberikan gambaran tentang bagaimana interaksi yang meluas dan kompleks ini berkembang. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan di baca keduanya sekali. Seuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology jua. Wasallam!!!!..
ADA SEMUT... SUKAKAN TANAMAN...
KESAN POSITIF..NEGATIF ANCAMAN...
PENTING...BANTU PENDEBUNGGAN...
BACA ARTIKEL...ADA KETERANGAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Zulhijjah 1447H).

Monday, May 25, 2026

KAITAN SEMUT DAN TANAMAN (Part 1)

SEMUT DAN TANAMAN
adalah sangat berkait rapat didalam habitatnya dimana ada proses simbiosis diantara keduanya. Apa pun hubungan diantara semut dan tanaman adalah berbentuk interaksi kompleks yang boleh membawa Kesan Positif (ia membantu) atau Kesan Negatif (ia merosakkan). Dalam banyak kajian dilaporkn dimana kejadian interaksi ini kebanyakannya berkisar tentang keperluan makanan, ciri perlindungan dan pemindahan nutrien diantara keduanya. Dalam dunia semut dimana koloni semut ialah satu komuniti sosial yang sangat teratur sosialnya di mana ada ribuan hingga jutaan semut daripada pelbagai kasta selalu mereka bekerjasama untuk menjalani kelangsungan hidup. Setiap koloni mempunyai pembahagian tugas yang spesifik dengan ada beberapa kasta yang terdiri daripada Ratu Semut atu Queen yang fungsinya hanya bertelur, Semut jantan dan Semut pekerja atau Semut Askar yang terbanyak dalam populasinya dengan tugasnya adalah untuk mencari makan atau membina sarang dan mempertahankan koloninya. Beberapa bentuk kaitan utama antara semut dan tanaman memang penting di bincangkan dimana bagi Jenis Kesan Positif (Simbiosis Mutualisme) ia berkait dengan Proses Pendebungaan (Pollination) dimana semut boleh bertindak sebagai agen pendebunga apabila mereka merangkak dari satu bunga ke bunga lain untuk memakan nektar dimana aktiviti ini ia sekali gus membantu pembiakan tumbuhan. Kedua dimana semut akan juga membantu dalam Proses  Penggemburan Tanah dimana semut yang membina sarang di dalam tanah membantu pengudaraan dan pengaliran air dan cara ini mereka menjadikannya lebih subur untuk akar pokok. Peranan semut kepada tanaman yang signifikan juga termasuk sebagai Kawalan Serangga Perosak dimana ada sesetengah spesies semut bersifat karnivor dan akan mereka memakan telur atau larva serangga perosak lain yang boleh merosakkan tanaman para petani. Kaitn antara keduanya juga ada Kesan Negatif (Simbiosis Parasitisme) seperti berlaku akan Penyebaran Kutu Daun (Aphids) dimana serangga semut sering bersimbiosis dengan kutu daun. Semut selalu ia melindungi kutu daripada pemangsa dan memindahkan kutu ke pucuk tanaman yang masih sihat. Sebagai balasan iaitu apa yang berlaku adalah semut memakan cecair manis (honeydew) yang dirembeskan oleh kutu tersebut dan akan membawanya ketanaman sihat yang lain. Kedua ancaman dalam simbiosis ini adakah potensi berlaku kes Serangan Kulapuk Hitam iaitu jenis cecair manis yang ditinggalkan oleh kutu daun menggalakkan pertumbuhan kulapuk hitam pada daun, yang menyekat proses fotosintesis. Dalam keadaan lain akan berlaku kejadian Kerosakan Akar Tanaman yang sukar di lihat dimana sarang semut yang terlalu besar di dalam pasu boleh mengganggu struktur akar dan melemahkan kesihatan pokok menganggu pertumbuhan tanaman. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting kaitan antara semut dan tanaman untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Baik di kongsikan fakta dimana hukum memakan semut bagi umat Islam dengan secara sengaja adalah haram kerana ia termasuk dalam haiwan yang dilarang dibunuh dalam Islam. Bagaimana pun jika ia termasuk atau tidak sengaja termasuk ke dalam makanan atau minuman yang di ambil dimana  hukumnya dimaafkan. Sesiapa yang makan semus secara senghaja maka memang ia HARAM sama ada ia dimakan  semut itu masih hidup atau sudah mati. Dilaporkn dimana semut yang sering terdapat di atas pokok biasanya adalah dari Jenis Kerengga (semut merah) atau semut hitam. Kehadiran kerengga di pokok biasanya menunjukkan dua perkara asa iaitu ia mencari cecair manis (madu) yang dirembeskan oleh serangga perosak seperti aphid dan kutu putih atau mereka sedang melindungi pokok tersebut daripada serangga perosak lain. 
Kerengga (Oecophylla smaragdina) biasanya membina sarang dengan mencantumkan daun-daun dimana ia paling kerap ditemui di pokok buah-buahan seperti rambutan, mangga, jambu air dan limau. Kaotan dan manfaat kerengga berada dipokok dimana memang ada ramai pekebun akan mengekalkan kerengga di kawasan tanaman kerana ia membawa banyak kebaikan diantaranya adalah kerengga ini adalah Pemangsa Semula jadi dengan memakan serangga perosak lain seperti ulat dan belalang (Sila lihat foto disebelah). Kerengga di pokok juga akan melindungi buah di pokok dengan mengelakkan buah daripada diserang oleh lalat buah (Bactocers spp). Kehadiran kerengga di pokok memang akan seterusnya Mengurangkan penggunaan racun apabila ia akan bertindak sebagai kawalan biologi percuma untuk pokok sebab serangga perosak yang ada di pokok menjadi kurang menjadi makanan mereka. Walau bagaimanapun apa yang petani dan pencuri buah tidak suka adalah Kesan Gigitan kerengga boleh ianya mendatangkan kesakitan kepada mereka dimana kehadiran kerengga juga ia kadangkala menjadi petunjuk kepada masalah serangga lain seperti kutu daun (afid) dan hasilkan buah yang berkualiti juga.


Ada beberapa perkara asas mengenai persoalan punca Semut Suka Naik ke Pokok di kongsikan dalam artikel kali ini. Pertama semut naik atas pokok untuk dapat mencari maanannya seperti cecair nektar atau manisan yang di ada dalam koya dan white tips. Ia akan memakan 'honeydew' dari pokok dan ada jenis serangga perosak seperti kutu putih dan afid (kutu daun) menghisap nutrien pokok dan mengeluarkan cecair manis dipanggil honeydew yang sangat digemari semut. Berlaku kejadian hubungan Simbiosis dimana semut menjaga serangga perosak ini iaitu daripada pemangsa lain dan kemudian ia akan seterusnya memindahkannya ke daun baru pokok lain semata-mata untuk mendapatkan cecair manis tersebut. Masih keliru pembaca blog ini persoalan adakah semut akan membahayakan tanaman di kebun?. Secra amnya dimana semut juga boleh  Menjadi Perosak Secara Tidak Langsung sebab apabila ada populasi banyak semut penulis blog dapati ia adalah menjadi petunjuk bahawa pokok tersebut mungkin sedang mengalami serangan serangga perosak. Kumpulan serangga perosak tanaman ini lazimnya ia boleh melemahkan kesihatan pokok dan seterusnya ia akan menyebabkan daun kerinting (seperti daun kerinting pokok cili) dan juga ia akan akan merencatkan pertumbuhan tanaman yang banya semut. Kebaikan asas juga apabila kehadiran semut yang banyak pada pokok rambutan (Nephelium lappaceum) akan dapat Membantu Dalam Proses Pendebungaan dimana kehadiran semut hitam sebenarnya boleh membantu proses pendebungaan bunga buah-buah terpilih dengan signifikan. Semut berkait dengan Kaedah Dalam Kawalan Biologi seperti jenis kerengga (semut merah) yang membina sarang di celah daun juga boleh menjadi 'pengawal' semula jadi dengan memakan serangga perosak kecil yang hadir untuk ianya merosakkan buah-buahan. Penulis blog berdasarkan pengalaman dan tinjauan teknologi di seluruh negara mendapati dimana disenaraikan akan beberapa jenis semut yang sering ditemui pada kawasan tanaman. Jenis pertama adalah Jenis Semut Hitam (Black Ants) dimana jenis ini ia sangat gemar memakan cecair manis (honeydew) yang dirembeskan oleh kutu daun (aphid). Apa pun kemudian semut akan melindungi kutu daun daripada pemangsa semula jadi supaya bekalan cecair manis sentiasa akan berterusan dan hubungan ini menyebabkan kutu daun membiak dan merosakkan pokok. Kedua ada Jenis Semut Api (Fire Ants) dimana semut jenis ini ia akan membina sarang di dalam tanah atau di batas tanaman dan ia bersifat agresif dan boleh menggigit yang menyakitkan dan radang serta gatal. Ada pun jenis Semut Api ini selalunya di kebun ia akan jenis serangga perosak berukuran kecil dan juga sarang mereka boleh mengganggu sistem akar dan tumbesaran pokok. Ketiga adalah Jenis Semut Kerengga atau Jenis  Semut Penenun (Weaver Ants) dimana ia akan membina sarang dengan mencantumkan daun-daun di atas pokok menggunakan sutera larva mereka. Jenis ini ia merupakan agen kawalan perosak semula jadi yang sangat baik kerana mereka memakan serangga perosak lain. Namun, gigitan mereka amat pedih. Keempat ada Jenis Semut Gula (Ghost Ants atau Sugar Ants) dimana ia ada jenis semut kecil yang tertarik kepada sisa bahan organik dan rembesan manis pada tumbuhan. APa pun kehadirannya menandakan ada masalah hama atau serangga perosak penghisap daun di sekitar tanaman anda. Kelima ada Jenis Semut Pemotong Daun (Leafcutter Ants) diman jenis ia akan menggunting daun untuk dibawa pulang ke sarang dimana kesannya daun tersebut bukan untuk dimakan akan tetapi digunakan sebagai baja bagi menumbuhkan kulat yang menjadi makanan koloninya.


Penting juga fakta tentang kitaran hidup semut (ants lifecycle) melalui empat peringkat metamorfosis lengkap yang mengambil masa antara beberapa minggu hingga beberapa bulan bergantung pada spesies semut. RIngkasnya ia bermula dari Fasa Telur, Fasa Larva, Fasa Pupa dan Fasa Semut Dewasa (Sila lihat rajah disebelah). Fasa Telur selalu ia dihasilkan oleh semut ratu dimana saiz telur sangat kecil yang berbentuk bujur dan berwarna putih atau kekuningan. Fasa Larva dimana selepas telur menetas menjadi larva yang ia kelihatan seperti ulat kecil. Peringkat ini memang ia juga memerlukan pemakanan berterusan daripada semut pekerja untuk membesar. Ketiga adalah Fasa Pupa dimana larva semut ini akan membentuk kepompong iaitu ia berbentuk fizikal semut mula terbentuk perlahan-lahan (kaki dan antena). Akhir sekali yang selelu dapat di lihat adalah Fasa Semut Dewasa apabila pupa bertukar menjadi semut dewasa (Imago) dan bersedia keluar dari kepompong untuk menggalakkan tugas dalam koloni dan beraktiviti mengikut kastanya. Kaitan dan peranan semut kepada tanaman sebagai agen Kawalan Perosak Semula Jadi dimana semut adalah pemangsa yang aktif mencari makan di kebun. Semut membantu memburu dan memakan serangga perosak kecil seperti ulat, anai-anai, dan telur serangga. Hasil kajian menunjukkan kehadiran pelbagai spesies semut berkesan mengawal perosak setanding dengan penggunaan racun kimia. Semut juga bantu untuk sistem Pengudaraan Tanah apabila aktiviti semut membina sarang dan terowong di dalam tanah membantu melonggarkan tanah. Ini melancarkan pengaliran air dan membolehkan akar tanaman bernafas dengan lebih baik. Memang fungsi semut sebagai agen Penyuburan Tanah (Nutrient Cycling) dimana sisa makanan dan bahan organik yang dibawa masuk ke dalam sarang semut secara tidak langsung mengurai dan membekalkan nutrien tambahan kepada tanah di sekeliling pangkal pokok. Dilaporkan dimana semut bukanlah pemakan tumbuhan secara langsung akan tetapi kehadiran mereka adalah petanda ancaman besar kepada tanaman dimana petani perlu memahami asas akan kaitan diantara semut dan tanaman di kebun agar dapat diurus dengan kesesuaian kebaikan dan ancamannya. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan di baca keduanya sekali. Seuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology jua. Wasallam!!!!..
ADA SEMUT... SUKAKAN TANAMAN...
KESAN POSITIF..NEGATIF ANCAMAN...
PENTING...BANTU PENDEBUNGGAN...
BACA ARTIKEL...ADA KETERANGAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Zulhijjah 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...