Support My Blog

Sunday, April 12, 2026

LEMPUK DURIAN DAN FAKTANYA

LEMPUK DURIAN
(Durian Cake) adalah sejenis makanan tradisional sejenis dodol yang diperbuat 100% daripada isi Buah Durian (Durio zibethinus) dimasak bersama gula (biasanya gula melaka atau jenis gila nisan) dan garam sehingga menjadi pekat, kental serta sebati. Ia memang berbeza daripada dodol biasa kerana tidak menggunakan tepung beras dimana ini telah menghasilkan rasa durian yang kuat serta ia bertekstur kenyal dan memang ia tahan lama. Bagi penulis blog yang selalu di beri percuma lempuk durian oleh pengusaha durian terutama semasa bertugas membuat tinjauan teknikal ke Projek Tanaman Durian Komersil di beberapa kampong dulu memang jarang membelinya. Selalu juga kini membeli lempuk durian untuk menikmatinya di beberapa negeri dimana harga lempuk durian asli di pasaran biasanya sekitar RM10 - RM35 ke atas satu pek dimana ia bergantung kepada berat (biasanya 150g - 500g atau 1kg) dan kualiti lempuk yang bergantung kepada varieti isi durian. Baru-baru ini membuat tinjauan di beberapa kedai di Bandar Hilir, Melaka yang ada menjual lempuk durian dengan berat pek iaitu 500g pada harga RM30 - RM35/pek sementara bagi bungkusan 200g - 300g pula ia di jual pada RM10 - RM20. Ada juga membeli lempok kampung tradisional di Duyung, Melaka (mungkin guna durian kampong) berharga sekitar RM10 - RM15 per pek (250 gram). Ujirasa lempuk durian ia memang mempunyai tekstur dan rasa yang lembut atau rasa kental dengan mempunyai rasa durian yang sangat asli bergantug kepada ia baru di buat atau sudah agak lama. Apa pun di laporkan ia mempunyai ketahanan dan boleh disimpan lama dan popular sebagai juadah terutamanya semasa musim durian dimana pembuatan lempok adalah salah satu kaedah teknik pengawetan makanan yang bagus. Bagi penulis blog percaya dimana pembuatan lempuk sering dianggap sebagai kaedah orang lama untuk mengawet durian (khususnya untuk isi yang kurang elok atau tidak habis dimakan) agar boleh dinikmati sepanjang tahun terutama di kawasan pulau-pulau, kawasanan pendalaman seperti Kg Orang Asli dan orang yang hanya ada menanam durian kampong yang rendah harga dan banyak buah gugur. Artikel petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira menulis fakta penting tentang Lempok Durian untuk bahan rujukkan semua.


Pembuatan Lempuk Durian ia merupakan sejenis makanan yang diperbuat dari isi durian dimana memang ia popular di negeri Kelantan tetapi sudah menjadi makanan biasa di seluruh negara. Biasanya durian yang tidak habis dimakan atau kurang elok akan dimasak bersama gula atau nisan dan dimasak sehingga berjelira dan sebati. Makanan Lempuk sebenarnya dalam bahasa Malaysia baku dipanggil 'Lepuk' dimana ia merupakan sejenis penganan yang dibuat daripada durian dan dimasak dengan gula atau gula melaka atau gula kerek sehingga pekat. Apa pun kadang kala buah durian mengkal akan dicampurkan bersama bahan agar-agar memberi rasa rangup kepada lempuk yang ada cita rasa khas. Lempuk kemudiannya akan dibungkus atau disimpan dan jika ia sempurna dimasak sehingga agak kering memang ia boleh disimpan agak lama dan ia dinikmati dengan dimakan begitu sahaja atau bersama roti atau biskut. Lempuk durian adalah sejenis makanan tradisional atau penganan manis yang mana ia diperbuat daripada isi buah durian yang dimasak bersama gula sehingga menjadi pekat, kental dan kenyal. Bahan yang utama ia menggunakan 100% isi durian sebenar yang juga dicampur dengan gula (gula pasir, gula Melaka, atau gula kerek) dan sedikit garam dan ia memang berbeza dengan makanan dodol walau pun ada yang kata ia sering juga di gelar sebagai 'Dodol durian' di Pantai Barat sebab lempuk durianyang biasanya tidak menggunakan tepung sebagai bahan asas manakala pembuatan dodol biasanya ia akan menggunakan tepung beras atau tepung pulut. Ia dicipta oleh masyarakat dahulu sebagai cara untuk mengawetkan lebihan buah durian supaya tahan lebih lama tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cara Masak dengan mengambil isi durian dann di masak serta sentiasa dikacau dalam kuali (biasanya kuali tembaga) di atas api perlahan untuk tempoh yang lama dan ia kadangkala memakan masa sehingga 3 jam atau lebih sehingga teksturnya menjadi sangat pekat. Selain dimakan begitu sahaja sebagai snek lazimnya ia juga boleh dijadikan bahan campuran dalam masakan atau dibuat kuah untuk dimakan bersama cucur dimana kini ia banyak di jual di pasar, atas talian dan di pasaraya juga. Cara penyimpanan cara tradisional adalah dengan menggunan upih tua dari pelepah pokok pinang yang mana ia digulung sebesar lengan dan di ikat rapi di bahagian hujung ke atas dan beberapa bahagian tengah badan. Kemudia akan di gantung di para atau loteng dapur kayu. Resepi Lempok Durian bahan-bahannya adalah isi durian (ikut kuantiti), gula pasir atau gula nisan atau gula Melaka. Cara membuatnya dengan memasukkan isi durian dan gula ke dalam kuali dan dimasak dengan api yang perlahan dan mesti dikacau selalu. Ia dikacau sehingga betul-betul kental dan likat dan dipastikan dia tidak melekat pada kuali dan bertukar kepada warna gelap. Tutup api dan ia  sejukkan dimana setelah sejuk boleh lah disimpan dalam bekas yang sesuai untuk jangka masa panjang.


Bagi penulis blog mendapati dimana lempuk durian ialah sejenis manisan tradisional seakan dodol yang diperbuat daripada isi durian asli dan bahan lain. Apa pun hasil pemerhatian dimana ada beberapa jenis-jenis lempuk dibezakan berdasarkan jenis durian (contoh: Durian Kampung, Musang King) atau tambahan bahan seperti santan kelapa dan lain-lain kreativiti. Jenis pertama adalah Jenis Lempuk Durian Asli atau Jenis Lempuk Durian Kampung dimana jenis ini ia hanya menggunakan isi durian kampung biasa sahaia yang manaia dimasak dengan gula pasir atau nisan (gula kerek) dan ini memberikan rasa yang lebih tradisional dan manis. Kedua kini sudah ada Jenis Lempuk Durian Premium (seperti gunakan Varieti Durian Musang King atau Black Thorn) iaitu jenis durian berharga mahal atau isi durian premium lain yang menghasilkan rasa yang lebih lemak, tebal dan aroma yang kuat dimana selalunya harganya memang mahl dan di jual khusunya kepada para pelancong yang banyak duit atau orang kaya yang berkemampuan sahaja. Ketiga ada Jenis Lempuk Durian Santan dimana ia adalah salah satu variasi lempuk durian tetapi kelainannya adalah ia akan ditambah sedikit santan kelapa untuk memberikan tekstur lebih lemak dan berkilat serta mempunyai kalangan peminatnya yang tersendiri dengan harga mampu. Mungkin ramai pembaca blog anim agro technology kurang tahu akan Jenis Lempuk Durian Mengkal atau Jenis Lempuk Durian Rangup dimana ia di buat daripada bahan asas isi durian yang mengkal sahaja atau ia sedikit mengkal (kurang masak) digunakan untuk memberi tekstur sedikit rangup atau bertekstur sekadar lembut atau ia ada yang di campur dengan isi durian elok yang lembut. Lempuk sering dijadikan stok makanan apabila musim durian berakhir dan popular sebagai buah tangan terutamanya kalangan oleh masyarakay di Kelantan. Apa pun lempuk durian sebenarnya dikategorikan berdasarkan cara pembuatan dan jenis durian yang digunakan kerana secara asasnya ia adalah isi durian yang dimasak sehingga pekat. Rupa-tupanya di pantai timur ada Jenis Lempuk Durian Gula Merah iaitu ia dimasak iaitu menggunakan gula merah, gula melaka, atau gula kerek terutamanya di Kelantan atau di Terengganu) yang hasilnya ia memberikan warna lebih gelap dan rasa lemak manis yang unik.


Penting mengetahui akan fakta khasiat makanan lempuk durian dimana l
empuk durian yang diperbuat daripada isi durian asli dan gula (tanpa tepung) didakwa ia memang amat kaya dengan nutrien seperti tenaga segera, zat besi untuk mencegah anemia serta khasiatnya ia membantu melancarkan sistem pencernaan. Ia juga bertindak sebagai sumber hebat bagi tenaga tambahan yang baik dan membantu melegakan ketidakselesaan perut serta ia menjadikannya snek tradisional yang berkhasiat. Khasiat pentingnya yang pertama dimana lempuk durian adalah Sumber Tenaga Segera dimana ada kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi daripada durian memberikan tenaga segera yang diperlukan tubuh. Ia juga di laporkan akan Mencegah Anemia (Kurang Darah) apabila makanan lempuk mengandungi zat besi yang cukup tinggi, membantu meningkatkan penghasilan sel darah merah sesiapa yang memakannya. Lempuk durian ini juga akan  Melancarkan Pencernaan sebab ada kandungan serat dalam isi durian membantu memperbaiki sistem pencernaan. Ada kajian melaporkan jika memakan lempuk durian akan membantu Meredakan Masaalah Gastrik sebab isi durian bersifat antasid semula jadi yang manan ia boleh membantu melegakan masalah gastrik. Semua tahu jika makan durian akan jadi panas badan begitu juga jika memakan lempuk maka ia akan Meningkatkan Suhu Badan terutamanya ketika dimakan pada waktu malam atau cuaca sejuk apa lagi kalau dapat lempuk tersebit secara percuma sebagao hadiah. Apa pun paling canggih khasiatnya adalah ia di dakwa akan Mengurangkan Risiko Strok dimana diantara manfaat luar biasa yang dikaitkan dengan pengambilan lempuk durian dimana lempuk yang baik selalunya dibuat daripada 100% isi durian asli tanpa campuran tepung tetapi walaupun berkhasiat, lempuk durian tinggi kalori dan gula dan sebaiknya ia perlu dinikmati secara sederhana sahaja. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepadas emua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
LEMPUK DURIAN ... ENAK RASANYA...
ASAS ISI DURIAN... DI MASAK LAMA...
BANYAK JENIS... LEMPUK PREMIUM ADA...
MEMBACA ARTIKEL...BARU FAHAM FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Air Keroh,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Syawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...