BUNGA RAFFLESIA atau 'Bunga pakma' ialah satu genus tumbuhan parasit terbesar di dunia yang terkenal dengan saiz gergasi (mencapai 100 cm diameter) dan aroma daging busuk untuk menarik lalat. Ia juga dikenali dengan beberapa nama tempatan lain seperti 'Padma Raksasa', 'Kerubut', 'Pelimun' dan juga ia kadangkala dirujuk sebagai 'Bunga Bangkai' sebab ada mempunyai bau busuk yang dikeluarkan untuk menarik serangga pendebunga mendatanginya. Paling unik sebab bunga ini ia tidak mempunyai daun, tidak ada batang atau akar sebenar dimana ia sebaliknya menumpang pada jenis akar tumbuhan liar di hutan tropika Asia Tenggara terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Bunga Rafflesia sebenarya ia adalah sejenis tumbuhan parasit sepenuhnya pada perumah (akar Tetrastigma) yang mana ini menjadikannya mustahil untuk ditanam di kebun rumah. Dilaporkan dimana ia merupakan sejenis 'Bunga Terbesar' didunia seperti jenis Rafflesia arnoldii yang di laporkan ia adalah spesies paling terkenal di dunia iaitu ia mampu menghasilkan bunga tunggal terbesar di dunia dimana ukuran beratnya boleh mencapai 11 kilogram. Apa pun bunga ini berbau busuk iaitu seperti 'bau seperti daging reput' dimana fungsinys ia digunakan untuk menarik serangga seperti lalat bangkai bagi tujuan pendebungaan. Hasil kajian dimana kitaran hidup bagi bunga ini hanya mekar selama beberapa hari sahaja dan ia bbiasanya hanya mekar untuk selama 5-7 hari sebelum kemudian layu dan reput. Mereka yang dapat melihat bunga ini di katakan amat bertuah sebab amat jarang ia di jumpai. Habitat bunga ini di laporkan ia hanya boleh di temui dalam hutan hujan tropika seperti di Sabah, Sarawak, Perak (Royal Belum) dan beberapa lokasi dalam hutan di Sumatera. Ia semakin terancam akibat kehilangan habitat. Apa pun perlu diingat bahawa Rafflesia sering dikelirukan dengan Amorphophallus titanum (atau jenis bunga bangkai) dimana kedua-duanya adalah spesies yang berbeza. Memang Bunga Rafflesia atau lebih dikenali secara tempatan sebagai 'Bunga Pakma' adalah bunga terbesar di dunia yang merupakan khazanah alam unik di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia dan Indonesia. Dalam laporan resmi di laporkan ia adalah 'bunga terbesar' seperti jenis iaitu Rafflesia arnoldii boleh membesar sehingga diameter 1 meter dan berat mencecah 11 kilogram. Di habitatnya bunga ini mengambil masa berbulan-bulan (12 hingga 15 bulan) untuk membesar daripada tunas akan tetapi hanya mekar selama 5 hingga 7 hari sebelum menjadi hitam dan layu. Artikel pagi Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" dimana saya kupas beberapa fakta menarik pasal bunga rafflesia untuk di jadikan bahan rujukkan semua.
Dilaporkan terdapat lebih 30 spesies Bunga Rafflesia (Pakma) di dunia dengan jenis Rafflesia arnoldii di Sumatera adalah merupakan yang terbesar dengan ukurnan garispusat mencapai diameter 91 cm (Sila lihat foto disebelah). Spesies utama yang biasa ditemui di hutan hujan Malaysia dan Indonesia termasuk spesis utama ain iaitu dinamakan sebagai Rafflesia cantleyi, Rafflesia kerrii, Rafflesia azlanii (di Perak/Semenanjung), dan Rafflesia keithii (ada di Borneo). Mengenali akan fakta jenis bunga Rafflesia yang terkenal iaitu Rafflesia arnoldii dimana ia adalah spesies bunga yang terbesar dan ia ditemui di Sumatera. Apa pun bagi jenis Rafflesia azlanii ia hanya di temui di Semenanjung Malaysia iaitu habutanya terutama di Royal Belum, Perak dan ia masih di jaga baik oleh pihak berkuasa. Jenis Rafflesia cantleyi pula adalah bunga pakma dari spesies yang biasa ditemui di hutan hujan di Semenanjung Malaysia. Seterusnya adlah jenis Rafflesia kerrii yang saintis laporkan jenis ini hanya terdapat di kawasan Thailand dan Malaysia. Seterusnya adalah jenis Rafflesia keithii iaitu ia adalah spesies yang sering ditemui di Borneo seperti di Sabah, Sarawak dan juga di bahagian hutan di Indonesia. Akhir sekali adalaj jenis iaitu Rafflesia hasseltii dimana ia merupakan spesies yang jarang ditemui di pedalaman Sumatera Barat. Rafflesia adalah sejenia tumbuhan parasitik yang tidak mempunyai daun, batang atau akar sendiri dan ia hanya menumpang pada akar pokok anggur liar (Tetrastigma) untuk nutrisi. Ia juga dilapor mempunyai bau busuk yang kuat apabila mekar bertujuan untuk menarik serangga pendebungaan datang hinggap.
Jangka Hayat: Hanya mekar selama 3 hingga 7 hari sebelum layu, mengecut, dan bertukar hitam. Tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang lembap dimana ia dikenali sebagai Bunga Pakma ada mempunyai sekitar 30 hingga 42 spesies di seluruh dunia diman kawasan habitat utamanya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Filipina. DIkongsikan fakta beberapa spesies Bung Pkma yang terkenal di Malaysia iaitu pertama jenis Rafflesia arnoldii dan ia juga memnag dikenali sebagai bunga terbesar di dunia dan merupakan ikon bunga nasional. Kedua pula jeinis Rafflesia azlanii iaitu spesies yang dinamakan sempena Sultan Azlan Shah, banyak ditemui di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Royal Belum, Perak. Bagi jenis Rafflesia cantleyi pula ia adalah satu-satunya spesies yang boleh ditemui di dalam hutan Terengganu dan juga wujud di Perak. Rafflesia kerrii: Spesies bersaiz besar yang ditemui di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dan di Perak. Rafflesia keithii pula ia adalah spesies yang menjadi kebanggaan di Borneo (Sabah dan Sarawak). Jenis Rafflesia pricei adalah satu lagi spesies yang sering ditemui di kawasan tanah tinggi di Borneo. Bagi jenis Rafflesia tuanku-halimii sebenarnya ia adalah jenis yang dinamakan sempena Sultan Kedah. Ada juga jenis Rafflesia hasseltii iaitu jenis pokok bunga yang nadir yang ditemui di pedalaman hutan Sumatera Barat. Paling berkait namanya adalah jenis Rafflesia patma iaitu satu jenis pakma yang terkenal di kawasan Pangandaran, Jawa Barat dimana ia juga dikategorikan sebagai sangat terancam punah. Ada juga jenis seperti Rafflesia magnifica iaitu ia adalah spesies yang berasal dari Filipina dan tersenarai dalam daftar terancam oleh IUCN. Hampir kesemua spesies Rafflesia kini dikategorikan sebagai tumbuhan yang terancam punah disebabkan oleh kemusnahan habitat hutan hujan tropika.
Media lokal laporkan dimana 'Jangan sentuh bunga pakma' menarik faktany untuk di tulis semula. Kisah dari Hulu Terengganu dengan penemuan bunga pakma atau popular dengan nama Rafflesia di Hutan Simpan (HS) Tembat, Jenagor dan ia menjadikan hutan berkenaan antara lokasi pilihan pencinta alam dan penggiat aktiviti pendakian. Pegawai Hutan Daerah Terengganu Barat, Jabatan Perhutanan Terengganu, nyatakan sejak penemuan pertama pada 2019 dimana HS Tembat terus dikunjungi orang ramai yang masuk untuk melihat dan merakam gambar tumbuhan berkenaan. Orang ramai yang melihat dan akan merakam gambar tumbuhan berkenaan dinasihat supaya tidak terlalu ghairah mendekati tumbuhan itu kerana ia sejenis tumbuhan yang sensitif. Buga Rafflesia tidak boleh disentuh sesuka hati dan ia boleh menyebabkan tumbuhan itu mati dan orang ramai juga dinasihatkan agar tidak berada terlalu dekat dengan bunga berkenaan dalam kumpulan yang ramai kerana ia boleh menyebabkan akar tumbuhan rosak. Apa pun Rafflesia yang ada di sini (HS Tembat) adalah dari spesis 'Cantleyi' dan sekarang ia dalam tempoh mengembang. Apa pun orang ramai khususnya penggiat aktiviti lasak dan mendaki yang datang ke sini untuk melihat bunga berkenaan dinasihatkan tidak terlalu ghairah menghampiri tumbuhan berkenaan. Perkara paling penting sebelum memasuki kawasan hutan simpan, orang ramai perlu mendapatkan permit Jabatan Perhutanan Hulu Terengganu dahulu untuk melihat bunga berkenaan dengan permohonan perlu dibuat awal," katanya ditemui ketika meninjau bunga Rafflesia di HS Tembat, Terengganu. Dilaporkan sejak 2019 sehingga kini, terdapat sebanyak kira-kira 10 kuntum Rafflesia tumbuh di kawasan hutan berkenaan, namun kini hanya ada dua kuntum sahaja yang sedang mengembang manakala lima lagi sedang menunggu tempoh masa untuk kembang. Bunga berkenaan akan kembang apabila cukup tempoh usia iaitu sembilan bulan dimana bunga yang belum cukup tempoh perlu dijaga dengan teliti ketika usia antara empat hingga lima bulan kerana risiko bunga berkenaan mati sebelum mencapai usia matang sangat tinggi berikutan ia sejenis tumbuhan sensitif dan alah pada air yang banyak. Jika proses untuk kembang berlaku ketika musim tengkujuh, risiko bunga berkenaan mati sangat tinggi dimana kalangan pencinta alam nyatakan kewujudan bunga berkenaan menjadi 'penarik' untuk orang ramai mengunjungi kawasan hutan berkenaan. Ia perlu dijaga kerana ia sukar ditemui dan berharap orang ramai yang datang untuk melihat kewujudan bunga Rafflesia di hutan simpan itu mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Dalam portal sinarharian.com pula di laporkan 'Rafflesia merajuk dan ia tidak berbunga selamanya jika habitat dirosakkan' juga menarik faktanya. Pemuda bernama Ishak menunjukkan salah satu bunga rafflesia dikesan sedang mekar berkembang yang ditemui ketika memasuki kawasan hutan untuk mencari akar kayu dan daun mengkuang (Sila lihat foto disebelah). Apa pun spesies bunga terbesar di dunia dimana bunga pakma atau popular dengan nama 'rafflesia' ia tidak akan mengeluarkan bunga selamanya jika bahagian tumbuhan tersebut diambil atau habitatnya dirosakkan. Kaedah salah digunakan ketika mengendalikan spesies tersebut berisiko menyebabkan ia 'merajuk', tidak akan membiak sekali gus berdepan ancaman kepupusan dimana pernah berlaku sebelum ini, terdapat bahagian bunga ini diambil untuk tujuan kajian dan seumpamanya, menyebabkan ia terus 'merajuk' dan tidak lagi mengeluarkan bunga. Selain itu, aktiviti pembalakan, pembukaan hutan, perubahan cuaca dan serangan haiwan liar turut mengancam bunga ini daripada terus hidup. Menurut Ishak, buat masa ini terdapat sembilan tunas yang telah dikenal pasti sejak seminggu lalu di lokasi yang tidak didedahkan itu dan ia akan berkembang mengikut giliran dalam tempoh terdekat. Dalam pada itu, Ishak yang merupakan OA suku Semaq Beri berkata, komuniti kampung berkenaan turut meluahkan rasa bimbang terhadap aktiviti pembalakan yang dikhuatiri akan memusnahkan habitat bunga terbesar dunia itu. Diantara bunga rafflesia yang dikesan berkembang di habitat semulajadi tumbuhan itu di daerah Hulu Terengganu. Kalau sebelum ini, terdapat aktiviti pembalakan di kawasan itu dikesan dan telah mengakibatkan kerosakan habitat semulajadi bunga tersebut. Kalau kegiatan seperti ini tidak dibendung atau dikawal, tidak mustahil generasi akan datang sudah tidak boleh lagi melihat kewujudan bunga ini. Dilaporkan bunga rafflesia juga boleh diangkat menjadi antara produk pelancongan negeri sekali gus dapat dimanfaatkan oleh masyarakat (OA) dimana sebab itu lah besar harapan kami untuk melihat kawasan-kawasan yang terdapat bunga ini dipelihara untuk memastikan ia selamat daripada sebarang bentuk ancaman. Berdasarkan perkongsian pakar, bunga rafflesia hanya boleh hidup jika terdapat perumahnya iaitu sejenis tumbuhan menjalar di dalam hutan digelar Tetrastigma atau anggur liar. Bunga ini amat unik kerana terdapat bahagian bunga sahaja, (tidak mempunyai batang, akar dan daun) serta mempunyai jasad 'vegetatif' berbentuk seperti hifa kulat, hidup dalam tisu perumah. Bunga tersebut berkembang antara enam hingga lapan hari, jika proses pendebungaan berjaya, bunga betina itu akan membentuk buah yang mempunyai berjuta-juta biji benih yang akan disebarkan oleh haiwan dan serangga ke perumah lain untuk mengekalkan populasinya. Sebelum ini, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu pada Januari 2023 dilaporkan akan mewartakan sebahagian Hutan Simpan Tembat, Jenagor, di sini dalam usaha memelihara tumbuhan tersebut. Pengarahnya, Roslan dakwa pihaknya akan mengemukakan kertas kerja berkaitan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat bagi dengn membolehkan kajian dan penelitian dijalankan. Langkah pewartaan dijangka dapat dilaksanakan mengikut Seksyen 10 (1) Akta Perhutanan Negara 1984.
Dalam pada itu 'Kebanyakan spesies 'bunga terbesar di dunia' berisiko pupus' dimana dilaporkan yang kebanyakan spesies Rafflesia yang terkenal kerana saiznya yang besar dengan kelopak merah berbintik berisiko pupus, menurut penyelidikan baharu. Apa pun Rafflesia adalah tumbuhan parasit yang hidup di pokok tropika di Asia Tenggara, antara spesies yang menghasilkan bunga terbesar di dunia. Ia adalah sesuatu yang enigma dengan bunganya muncul tanpa diduga dan ahli botani mempunyai kejayaan yang terhad dalam usaha untuk menyebarkannya di luar persekitaran semula jadinya. Satu spesies bunga itu kini dikelaskan sebagai 'kritikal terancam', menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi. Bagi lebih memahami tumbuhan dan status pemuliharaannya, sekumpulan ahli botani antarabangsa meneliti 42 spesies Rafflesia yang diketahui dan habitatnya yang membiak terutama di Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand. Menurut penyelidik dan berdasarkan kehilangan pesat habitat hutannya dan ada banyak strategi pemuliharaan dan pelan perlindungan yang tidak mencukupi, tumbuhan itu berisiko jauh lebih besar daripada yang diketahui sebelum ini. Pihak berkuasa menganggarkan 60% spesies Rafflesia menghadapi risiko kepupusan yang teruk seperti laporan dalam jurnal Plants, People, Planet yang dikaji semula. Ada sesetengah spesies berisiko pupus sebelum mereka diketahui oleh sains seperti laoran kajian tersebut dan mereka menggesa lebih banyak penyelidikan ke dalam tumbuhan luar biasa itu. Perlu di lakukan pendekatan 'joined-up', merentas wilayah untuk menyelamatkan beberapa bunga paling luar biasa di dunia, yang kebanyakannya kini hampir hilang," kata Timbalan Pengarah Taman Botani Universiti Oxford yang penulis kajian, Chris Thorogood. Penyelidikan menunjukkan bahawa tumbuhan itu dipercayai tumbuh di kawasan yang agak terhad, menjadikannya sangat terdedah kepada kemusnahan habitat. Ia juga menyerlahkan beberapa titik terang dalam usaha pemuliharaan, termasuk pembiakan yang berjaya di taman botani di Jawa Barat Indonesia dan ekopelancongan mampan di sekitar tanaman di Sumatera Barat. Tahun lalu, beberapa negara berjanji untuk melindungi 30 peratus daratan dan lautan dunia menjelang 2030 dalam perjanjian penting untuk memperlahankan kehilangan spesies dan ekosistem. Beberapa penyelidik berulang kali memberi amaran bahawa ancaman berganda perubahan iklim dan kemusnahan alam sekitar yang disebabkan oleh manusia secara mendadak mengurangkan biodiversiti di seluruh dunia. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUNGA rRAFFLESIA...SAMA PAKMA...
DALAM HUTAN... SUKAR JUMPANYA...
SEMAKIN PUPUS...PELANCONG SUKA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(27 Ramadan 1447H).
BUNGA rRAFFLESIA...SAMA PAKMA...
DALAM HUTAN... SUKAR JUMPANYA...
SEMAKIN PUPUS...PELANCONG SUKA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(27 Ramadan 1447H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.