Bunga Dahlia adalah sejenis tanaman hiasan yang sangat popular kerana kepelbagaian warna dan bentuk kelopaknya yang memukau. Apa pun bunga dahlia mempunyai pelbagai varieti atau jenis dari yang biasa kepada jenis hibrid diman ia dikelaskan mengikut bentuk bunga, saiz dan susunan kelopak. Antara beberapa jenis bunga dahlia yang poplar di Malaysia penulis blog dapati antaranya Jenis Dahlia Kaktus (kelopak runcing), Jenis Dahlia Pompon (bulat kecil), Jenis Dahlia Decorative (kelopak lebar), Jenis Dahlia Ball (bulat padat) dan Jenis Dahlia Single-flowered (ada banyak pilihan warna). Bagi Jenis Dahlia Kaktus (Cactus Dahlia) lazimnya ia mempunyai bentuk kelopak bunga panjang, kurus dan ia kelihatan runcing seperti duri kaktus. Ada juga di namakan sebagai Jenis Bunga Dahlia Semi-Kaktus iaitu merupakan sejenis dahlia Hibrid antara kaktus dan dekoratif dimana cirinya mempunyai kelopak yang lebih lebar di pangkal tetapi runcing di hujung. Bagi Jenis Dahlia Dekoratif (Decorative Dahlia) selalunya ia mempunyai kelopak rata dan lebar dimana di Malaysia ia adalah jenis yang paling biasa ditemui. Bagi Jenis Dahlia Pompon dimana bunganya di lihat ia berbentuk bulat sempurna seperti bola kecil dengan kelopak yang menggulung ke dalam. Bagi Jenis Dahlia Ball dimaa cirinya ia hampir sama dengan jenis dahlia pompon akan tetapi saiznya lebih besar dan kelopaknya lebih terbuka sedikit. Selain itu ada Jenis Dahlia Anemone iaitu bunga dahlia yang hanya mempunyai satu atau lebih baris kelopak luar dengan pusat yang dipenuhi kelopak tiub yang panjang. Ada juga Jenis Bunga Dahlia Collarette diman keunikannya adalah ia mempunyai kelopak utama yang besar dengan lingkaran kelopak kecil (collar) di bahagian tengah. Penulis blog jarang dapat melihat Jenis Bunga Dahlia Single-flowered dimana bunganya mempunyai satu baris kelopak tunggal yang mengelilingi pusat bunga. Ada juga Jenis Bunga Dahlia Dinnerplate iaitu satu istilah yang digunakan untuk dahlia yang mempunyai saiz bunga yang sangat besar diman ia juga sering kali melebihi 20-30 cm besarnya. Banyak lagi jenis bunga ini termasuk Jenis Bunga Dahlia Kolar (Collarette) dengan ia mempunyai barisan kelopak luar yang besar dan satu barisan kelopak dalam yang lebih pendek seakan bentuk 'kolar' di sekeliling bunga iaitu di tengahnya dan juga ada Jenis Bunga Dahlia Teratai (Waterlily) dimana dilihat yang kelopaknya lebar dan rata serta ini menjadikannya kelihatan sangat mirip dengan bunga teratai. Di Malaysia ada di laporkan spesis yang sering ditanam ialah dari Jenis Bunga Dahlia Coccinea dan Jenis Bunga Dahlia Dahlia Juarezii. Biasnaya ia akan menjadi mekar dalam pelbagai warna sama ada berwarna merah, kuning atau ungu dan di Malaysia ia paling sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands untuk prestasi terbaik. Bunga dahlia mempunyai pelbagai jenis yang dikelaskan mengikut saiz, bentuk kelopak, dan susunan bunganya. Berikut adalah antara jenis yang paling popular.
Hobi menanam bunga dahlia boleh dilakukan dengan tiga cara utama iaitu sama ada menggunakan umbi (tuber), keratan batang atau menggunakan biji benih. Di Malaysia dimana cara yang paling popular dan cepat berbunga adalah melalui umbi atau keratan batang dan menjadi pilihan peminatnya. Kaedah pertama adalah dengan Cara Menanam Melalui Umbi (Tuber) dilaporkan ia adalah cara paling berkesan dan mudah di lakukan dimana proses penyediaan umbisi ini dipastikan ia gunakan umbi dahlia mempunyai sekurang-kurangnya satu mata atau satu tunas dan kalau lebih lagi baik. Penyediaan media tanam dengan gunakan tanah yang gembur dimana ia mempunyai saliran yang baik seperti jenis campuran tanah bakar, kompos, dan sedikit pasir. Penanaman dengan cara menggali lubang sedalam kira-kira 10-15 cm dan diletakkan benih umbi secara mendatar dengan bahagian mata menghala ke atas. Jangan siram terlalu banyak pada peringkat awal untuk mengelakkan umbi mereput dimana bila dewasan ia perlu di siram secukupnya apabila tanah mula kering. Kedua adalah menanam dahlia dengan Cara Menanam Melalui Keratan Batang dimana batang di pilih dan di potong daari induk yang sihat sepanjang kira-kira 5 inci (12-15 cm). Ia perlu di semai dulu dengan mencelup hujung batang ke dalam hormon penggalak akar (pilihan) dan tanam ke dalam medium semaian yang lembap didalam polibeg. Apa pun penjagaan dengan meletakkan semaian ini di tempat yang teduh sedikit sehingga akar mula tumbuh sebelum dipindahkan menanam ke pasu besar atau terus ke tanah. Kaedah ini mudah di lakukan kalau sudah mahir dan berpengalaman. Tanaman pokok dahlia memerlukan cahaya matahari penuh (sekurang-kurangnya 6 jam sehari) untuk menghasilkan bunga yang besar dan berwarna terang. Pemberian baja dilakukan dengan jenis baja bunga (seperti NPK 12:12:17:2) setiap dua minggu sekali apabila pokok sudah stabil bertujuan untuk merangsang pengeluaran bunga. Aktiviti pemangkasan dibuat dengan memotong bunga yang telah layu (deadheading) dan pangkas batang selepas bunga habis mekar untuk menggalakkan tunas baru tumbuh dari umbi. Pokok dahlia yang ditanam daripada umbi biasanya lebih tahan lama dan boleh berbunga berkali-kali berbanding jenis yang ditanam daripada biji benih yang bersifat semusim sahaja dan perlu menanam semula.
Fakta paling menarik adalah mencari maklumat akan khasiat dan kegunaan bunga dahlia. Ini kerana bunga dahlia selain menjadi tanaman hias yang cantik dilaporkan memang ia mempunyai khasiat kesihatan dan kegunaan praktikal. Umbi dahlia kaya dengan bahan Inulin iaitu sejenis prebiotik yang membantu kesihatan usus, menyokong penyerapan kalsium, dan digunakan sebagai pemanis semula jadi untuk pesakit diabetes. Ia juga digunakan dalam aromaterapi untuk mengurangkan stres, serta popular sebagai hiasan majlis. Kalau di kategorikan akan kehebatan khasiat bunga dahlia ada beberapa segmen. Pertama ia berkhasiat untuk Kesihatan dimana di laporkan bahagian Umbi atau Akar atau Tuber mempunyai sumber Inulin dan juga polisakarida yang didakwa ia berfungsi sebagai sumber karbohidrat berkhasiat. Kedua adalah khasiat dalam Sistem Pencernaan apabila zat Inulin membantu mencegah konstipasi dan meningkatkan kesihatan usus. Dalam Pengurusan Diabetes pula di laporkan iaitu sebelum insulin dijumpai, umbi dahlia digunakan sebagai sumber gula (fruktosa) yang selamat untuk penghidap kencing manis dan batuk kering. Dalam kesihatan tulang pula di laporkan bahan Inulin dalam umbi dahlia dapat membantu meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan. Bunga dahlia dilaporkan ada kegunaan Estetik dan Praktikal dimana ia di tanam sebagai hiasan lanskap yang popular kerana pelbagai warna dan bentuk kelopak yang tebal. Ia sering juga di jadikan buag tangan dan di susun dalam majlis sebagai hiasan menarik terutama dalam majlis perkahwinan sebagai simbol cinta, komitmen dan keanggunan. Khasiat seterusnya ia digunakan dalam rawatan Aromaterapi bila baunya akan dapat memberikan efek untuk menenangkan sesiapa sahaja dan ia membantu mengurangkan stres serta meningkatkan suasana hati. Bunga dahlia mekar akan menarik serangga bermanfaat seperti kumbang yang membantu mengawal perosak seperti aphid di taman. Apa pun dimana walaupun umbi dahlia (tuber) mempunyai khasiat akan tetapi awas sebab penggunaannya untuk tujuan perubatan harus mendapat nasihat daripada profesional kesihatan bagi memastikan dos yang tepat. Akhir sekali adalah bagaimana bunga dahlia berguna dalam makanan dan masakan dimana bahagian ubi dan kelopak berguna. Ubi dahlia boleh dimakan kerana kandungan fruktosa dan inulinnya yang tinggi malahan ada dilaporkan ada suka memasak bunga dahlia bersama bahan lain seperti lada putih atau sardin sebagai makanan kesihatan. Dalam idustri dan estetika pula ia dilaporkan antara jenis bunga yang paling meluas adalah sebagai bunga hiasan di taman kerana kepelbagaian warna (merah, kuning, ungu, putih) dan bentuk kelopaknya yang menarik. Ada sesetengah spesies dahlia mungkin mengandungi sebatian phototoxic polyacetylene yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit jika dikendalikan secara berulang atau terkena daunnya bagi individu yang sensitif. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepadas emua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BENTUK SIMITRI...BANYAK JENISNYA...
BERKHASIAT... ADAPA PELBAGAI GUNA...
BACA ARTIKEL...BARU FAHAM FAKTA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 Ramadan 1447H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.